The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sigu Monic, 2023-12-11 19:24:51

BAB 1 MASY FEUDAL DI JEPUN

STPM SEJARAH DUNIA

1


MASYARAKAT FEUDALDIJEPUNABADKE16-17


CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDALDIJEPUNPADAABADKE-16 HINGGA173


CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDALDI JEPUN41 3 5 2 4 6KEDUDUKAN MAHARAJA KEDUDUKAN SAMURAI KEWAJIPANPERIBADI KEDUDUKAN SHOGUN PEMILIKANTANAHMOBILITISOSIAL


PENGENALAN: 5v Masyarakat feudal merujuk kepada masyarakat yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh golongan pemerintah terhadap golongan yang diperintah. v Masyarakat feudal juga merujuk kepada masyarakat yang berhierarki yang mempunyai susun lapis tersendiri. v Kemunculan feudal di Jepun dapat dikesan sejak zaman pemerintahan Kamakura. v Feudalisme di Jepun mencapai kematangan pada zaman Shogun Tokugawa apabila shogun telah mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan sistem ini. v Terdapat beberapa ciri masyarakat feudal di Jepun pada zaman Kesyogunan Tokugawa pada abad ke 17.


KEDUDUKAN MAHARAJA6v Salah satu ciri masyarakat feudal di Jepun pada zamanKesyogunanTokugawa ialah kedudukan maharaja. v Maharaja tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahandanpentadbiran.Meskipun maharaja merupakan ketua negara tetapi kuasasebenarpemerintahan terletak di tangan shogun. v Shogun Tokugawa mengambil langkah-langkah untukmengukuhkankedudukan dan pengaruhnya. v Shogun memperkenalkan undang-undang bagi mengurangkanpengaruhraja dan putera raja. v Tegasnya, pada zaman feudal Jepun, maharaja tidak memiliki kuasadalampemerintahan.


KEDUDUKAN SHOGUNv Ciri masyarakat feudal Jepun yang seterusnya ialah kedudukan shogun.v Shogun mempunyai pengaruh dan kedudukan tinggi dalammasyarakat. v Pada zaman Tokugawa, kuasa pemerintahan terletak padashogun. Shogunmengukuhkan kedudukan dengan menubuhkan pasukan tenterayangkuat.v Shogun juga bertindak menyerahkan pentadbiran wilayah kepadavassal yangsetia kepadanya. Beliau turut bertindak mengawal golonganDaimyoyangmenguasai daerah. v Shogun juga meningkatkan kekayaan dengan melibatkan diri dalamkegiatanekonomi komersial dan perlombongan. v Jelaslah bahawa, shogun adalah individu yang berpengaruhdalampolitikdanekonomi pada zaman feudal di Jepun.


KEDUDUKAN GOLONGAN SAMURAI 8v Ciri lain masyarakat feudal Jepun pada zaman Tokugawaialahkedudukan golongan samurai. v Golongan samurai mempunyai kedudukan istimewa dalammasyarakatfeudal di Jepun. v Mereka terdiri daripada panglima perang yang bertanggungjawabmemelihara keamanan negara. v Golongan samurai berkhidmat untuk bangsawan danmerekatidakdibenarkan melakukan kerja lain. Golongan ini tidak dibenarkanmemilikitanah sebaliknya mereka bergantung kepada bekalan berasyangdiberikanoleh daimyo. v Tuntasnya, golongan samurai memainkan peranan pentingdalammenjagakeselamatan negara.


PEMILIKAN TANAH v Selain itu, ciri masyarakat feudal Jepun juga dapat dilihat dari aspek pemilikan tanah.v Pada zaman Tokugawa, shogun akan memberikan tanah kepada daimyo(tuantanah)yangsetia kepadanya. v Tuan tanah yang setia kepada shogun akan mengawasi gerak-geri golongandaimyoyangdiragui kesetiaannya. v Pada zaman Tokugawa leyasu, beliau bertindak merampas tanah daripadadaimyoyangmenentang pemerintahannya dan tanah tersebut diserahkan kepada tenteraataudaimyoyang setia kepadanya. v Shogun melantik beberapa orang pegawai yang dikenali sebagai gundai dandaikanuntukmentadbir dan menguruskan tanah miliknya. v Impaknya, tanah pada zaman Tokugawa dimiliki oleh golongan yang memberi taatsetiakepada shogun.


MOBILITI SOSIAL 10v Ciri sistem feudal di Jepun juga memperlihatkan bahawa mobiliti sosial jarangberlaku. v Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 hingga 17, terdiri daripadabeberapa susun lapis masyrakat. v Setiap lapisan mempunyai kedudukan ekonomi, sosial, dan politikyangberlainan.Kedudukan status masyarakat ditentukan berdasarkan keturunandansistemkelas. v Namun, perubahan dalam status mobiliti sosial dalammasyarakatfeudaldiJepun jarang berlaku. Hal ini terbukti apabila golongan pedagangkekal di lapisanterbawah walaupun berjaya meningkatkan kedudukan ekonomi mereka. v Tegasnya, tiada perubahan yang berlaku dalamstatus danmobiliti sosialmasyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 hingga 17.


PENUTUP: 11Kesimpulannya, pada zaman keshogunan Tokugawa, masyarakat feudal Jepun masih berpegang teguh dengan ciri-ciri unik yang terdapat dalam sistem ini. Sistemfeudal yang diamalkan berjaya mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah. Sistem ini berubah pada abad ke-19 apabila Maharaja Meiji melakukan pemodenan ala barat.


STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN PADA ABAD KE-16 HINGGA 17 12


SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL JEPUN 13MAHARAJA SHOGUN DAIMYO SAMURAI PETANI ARTISAN SAUDAGAR


PENDAHULUAN: Masyarakat feudal merupakan masyarakat yangtinggal dalamsuatu komuniti dan terikat dengan aturan yang ditetapkanolehgolonganpemerintah ke atas golongan diperintah. Masyarakat feudal jugamerujukkepada masyarakat yang berhierarki. Struktur sistemfeudal di Jepunterbahagi kepada dua golongan yang terdiri daripada golonganpemerintahdan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogundan Daimyo. Golongan diperintah pula terdiri daripada samurai, petani,artisan (tukang) dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat denganjelassemasa pemerintahan Shogun Tokugawa. Struktur masyarakatfeudal di Jepun pada abad ke-16 hingga 17 Masihi terbahagi kepadabeberapalapisan yang mempunyai peranan masing-masing. 14


15Dalam hierarki pemer intahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas. Namun pada abad ke-16 dan 17, di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa, maharaja Jepun dianggap ketua negara tetapi tidak mempunyai kuasa dalampentadbiran. Kuasa pemerintahan sebenar pada zaman Tokugawa terletak di tangan Shogun. Baginda ditempatkan terpencil di Kyoto iaitu bandar diraja yang sentiasa dikelilingi oleh pegawai istana (kuge), manakala pusat pentadbiran negara terletak di Edo. Jelaslah bahawa, maharaja hanya dianggap boneka semasa pemerintahan Shogun Tokugawa. 1. MAHARAJA ISTANAOSAKA


162. SHOGUN Shogun merupakan golongan bangsawanyangberadadilapisan kedua. Kuasa memerintah yang sebenar beradadi tanganShogun Tokugawa. Bagi melicinkan pentadbiran, tigabuahjabatan diwujudkan iaitu Jabatan Tairo (Majlis PenasihatAgung),Jabatan Roju ( Majlis Tertua) dan Jabatan Hyojosho (MajlisKehakiman). Shogun juga melantik pegawai-pegawai di peringkatwilayah dan daerah untuk mentadbir dan menguruskantanah.Shogun mengambil langkah-langkah untuk menyekatkuasaMaharaja dan Daimyo dengan memperkenalkanOrdinan1615.Shogun juga merampas tanah daripada Daimyoyangmenentangpemerintahannya. Tanah yang dirampas diagihkankepadatentera dan tuan tanah yang setia kepada Shogun. Tuntasnya,kerajaan Tokogawa ini di kenali sebagai KerajaanBakufu(ketenteraan) yang berpusat di Edo. TOKUGAWA IEYASU


173. DAIMYO Selain itu, lapisan ketiga dalam struktur masyarakatfeudal Jepundiduduki oleh Daimyo. Daimyo merupakan golonganbangsawanyangmempunyai peranan penting dalam pentadbiranTokugawa.Merekaterbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shinpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluargaShogunTokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampirankediamanShogun. Daimyo Shinpan mempunyai hubungan kekeluargaandenganTokugawa. Mereka membantu Shogun dalampentadbirandanketenteraan. Daimyo Tozama t idak mempunyai hubunganpersaudaraan dengan shogun. Mereka tidak dipercayai dangolonganini sentiada diawasi oleh shogun. Tegasnya, golonganDaimyomembantu Shogun dalam melicinkan pentadbirannya.


184. SAMURAILapisan seterusnya diduduki oleh Samurai. Samurai merupakan panglima perang yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat. Samurai berperanan untuk menjaga keamanan negara dan keselamatan Shogun serta Daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain walaupun negara berada dalam keadaan aman. Golongan samurai merupakan golongan paling berpendidikan pada zaman Tokugawa. Sumber pendapatan samurai adalah bekalan beras yang diperoleh daripada Daimyo. Justeru, golongan samurai ini sentiasa siap sedia menjaga ketenteraman negara Jepun pada abad ke -16 hingga 17 Masihi.


195. PETANIDisamping itu, golongan petani atau dikenali sebagai nomin menduduki lapisan di bawah samurai. Golongan ini mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan rakyat biasa. Namun, golongan petani dikehendaki membayar cukai yang tinggi kepada Daimyo. Petani yang gagal membayar cukai akan dikenakan hukuman yang berat. Jelas ternyata, golongan ini mulia di Jepun kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun.


206. ARTISAN Seterusnya, dalam susun lapis masyarakatfeudaldiJepun, golongan artisan terletak di bawahgolonganpetani. Mereka dihormati kerana memiliki pengetahuandan kemahiran dalam pertukangan. Baranganyangdihasilkan oleh tukang-tukang mahir digunakanolehgolongan Daimyo. Antara tukangmahirdi Jepun,tukang yang menghasilkan pedangdiberi layananistimewa. Mereka diberi gaji yang baikdandiberi rumahyang selesa serta dibenarkan menggunakanpedang.Natijahnya, golongan ini mendapat penghormatankerana hasil pertukangan mereka.


217. SAUDAGAR Akhi r sekal i , golongan saudagar. Dalammasyarakat feudal Jepun, golonganpedagangyangjuga dikenali chonin terletak di bawahartisan.Mereka dipandang rendah olehmasyarakatdantidak wujud mobiliti sosial. Namun, menjelangabadke-17, kedudukan golongan ini mulaberubahseiringdengan perkembangan pesat yangberlakudalambidang ekonomi. Hal ini disebabkankemunculanpusat-pusat perdagangan danpenggunaanwangdalam urusan perdagangan. Tuntasnya, kemajuanini menyebabkan berlaku perubahanstatusdankedudukan golongan pedagang di Jepun.


22Kesimpulannya, sistem feudal di Jepun menjadi mantapdankukuhpada zaman pemerintahan Shogun Tokugawa. Dalamsistemini,masyarakat terbahagi kepada beberapa lapisanyangmempunyaikedudukan dan peranan tersendiri. Namun, menjelangabadke17,berlaku perkembangan ekonomi yang mengubahkedudukanmasyarakat feudal di Jepun. PENUTUP:


23Thanks!23SUMBER: BUKU RUJUKAN SEJARAHDUNIA, PENERBIT EHSAN


Click to View FlipBook Version