KOMANWEL
Bincangkan sumbangan Komanwel terhadap negara-negara anggotanya pada abad ke20 Masihi
PENDAHULUAN Komanwel merujuk kepada pertubuhan negaranegara bekas tanah jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan. Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dalam kalangan negara-negara anggota. Di samping itu, Komanwel juga membantu memajukan negara-negara anggota dan menyelesaikan masalah bersama. Sejak ditubuhkan, pertubuhan ini berjaya melaksanakan beberapa program demi kesejahteraan negara-negara anggotanya. Justeru, terdapat beberapa sumbangan Komanwel terhadap negara-negara anggotanya.
Salah satu sumbangan Komanwel terhadap negaranegara anggotanya ialah pengenalan Rancangan Colombo. Rancangan Colombo telah diperkenalkan pada tahun 1950. Tujuannya adalah untuk memberi bantuan kewangan, teknikal dan biasiswa kepada negara-negara yang kurang maju. Contohnya, Malaysia mendapat pembiayaan bagi pembinaan lebuh raya timurbarat dan pembinaan institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak. Tegasnya, sumbangan Komanwel melalui Rancangan Colombo telah memberi bantuan yang besar kepada negara anggotanya dalam pembangunan negara. FAKTA 1: RANCANGAN COLOMBO
Selain itu, sumbangan Komanwel terhadap negaranegara anggotanya ialah memberi bantuan ketenteraan. Sebagai contoh, tentera daripada negara-negara Komanwel membantu mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Tentera Komanwel turut membantu Tanah Melayu bagi menghadapi ancaman komunis pada zaman darurat. Tuntasnya, bantuan ketenteraan yang diberi oleh Komanwel kepada negara anggotanya berjaya melindungi negara tersebut dari peperangan. FAKTA 2: BANTUAN KETENTERAAN
Seterusnya, sumbangan Komanwel ialah memberikan bantuan ekonomi kepada negara-negara anggotanya. Negara-negara Komanwel mendapat keistimewaan ketika menjalankan urusan perdagangan dengan negara-negara anggota yang lain. Hasil eksport ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain turut dikenakan cukai yang rendah. Oleh itu, ekonomi negaranegara anggota dapat ditingkatkan dengan adanya bantuan daripada Komanwel. FAKTA 3: BANTUAN EKONOMI
Selanjutnya, Komanwel juga sebagai landasan untuk menentang dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika Selatan. Perjuangan menentang dasar ini mendapat sokongan daripada negara-negara Komanwel kecuali Britain. Semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989, Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Afrika Selatan diisytiharkan. Terbukti, pertubuhan Komanwel tegas dan tidak berkompromi dengan sebarang dasar yang bersifat diskriminasi terhadap hak asasi manusia sejagat. FAKTA 4: DASAR Apartheid
Komanwel turut menyumbang dalam isu pengurangan senjata nuklear. Pada tahun 1996, Komanwel mengutuk Perancis kerana tidak menghormati Perjanjian Pengurangan Senjata Nuklear (NPT) kerana telah menjalankan ujian nuklear di Pasifik Selatan. Pada tahun 1998, Komanwel turut mengkritik India dan Pakistan kerana melancarkan ujian nuklear. Dalam mesyuarat ketua-ketua Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1998, isu menghadkan penggunaan senjata nuklear turut dibincangkan. Jelaslah, Komanwel komited dalam menangani isu berkaitan senjata nuklear. FAKTA 5: ISU SENJATA NUKLEAR
Kesimpulannya, Komanwel memainkan peranan yang aktif dalam memperjuangkan isu-isu sejagat. Komanwel juga memberikan sumbangan dalam mempertahankan keamanan dan kestabilan politik Negara - negara anggotanya. Kejayaan Komanwel dapat dikesan dalam isu pengurangan senjata nuklear dan penentangan terhadap dasar Apartheid. PENUTUP
SIGU MONIC