1 BAB 3 : MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL PADA ABAD KE - 16 DAN 17M
2 DEFINISI: MASYARAKAT MARITIM MERUJUK KEPADA MASYARAKAT YANG BERGANTUNG KEPADA AKTIVITI BERASASKAN KELAUTAN. ✓ PERDAGANGAN ✓ PERIKANAN, ✓ PENGUMPULAN HASIL LAUT, ✓ PERKAPALAN ✓ PENEROKAAN ✓ PENJELAJAHAN 6P:
3 FAKTOR KEMUNCULAN MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL PADA ABAD KE-16 DAN 17
4 FAKTOR KEMUNCULAN MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL 1. KEDUDUKAN GEOGRAFI 2. KESTABILAN POLITIK 3. PERANAN PUTERA HENRY 4. PENGARUH RENAISANS 5. PERANG SALIB 6. PENEMUAN BARU 7. PERKEMBANGAN KAPITALISME 8. DORONGAN PENGEMBARA TERDAHULU
5 1. KEDUDUKAN GEOGRAFI Portugal terletak di Semenanjung Iberia yang dikelilingi Lautan Atlantik pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pelayaran - Masyarakatnya menjadi pelaut mahir Mempunyai kawasan pantai yang Panjang dan pelabuhan yang baik seperti Lisbon dan Antwerp Kedudukan hampir dengan laut menggalakkan penerokaan dan penjajahan
6 2. KESTABILAN POLITIK Perkembangan ini memberi ruang pada Portugal untuk muncul sebagai kuasa maritime di Eropah. Raja-raja daripada Dinasti Avis (1383-1577) memberi galakan kepada masyarakat Portugal untuk melibatkan diri dalam bidang perkapalan dan perdagangan. Keadaan politik di negara Eropah lain seperti Itali, Perancis, Sepanyol dan England tidak stabil Kestabilan politik menyebabkan raja Portugal dapat memberi tumpuan kepada kegiatan maritim
7 1. Mengasaskan 3. PERANAN PUTERA HENRY institut pelayaran di Sagres. Institut ini berperanan sebagai memberi latihan dan kemahiran kepada pelayar. 2. Menjalankan aktiviti penyelidikan dan penciptaan peralatan pelayaran Pelayar yang mendapat latihan telah berjaya menakluki Kepulauan Madeira(1419) dan Azores (1427). 3. Menggalakkan usaha membina serta membaiki kapal Putera Henry (Henry the Navigator)
8 4. PENGARUH RENAISANS Melahirkan semangat ingin tahu untuk meneroka kawasan-kawasan baharu. Menyemai ciri-ciri seperti humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal dan rasionalisme dalam masy Eropah Gerakan renaisans menyebabkan berlakunya perubahan dalam pemikiran bangsa Eropah Menekankan kepentingan sains dan teknologi serta kebebasan manusia untuk berfikir
9 ❖ Memberi peluang kepada orang Portugal 5. PERANG SALIB dan bangsa Eropah lain mengenali peradaban dan kebudayaan Timur ❖ Melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka dan mempunyai sifat ingin tahu ❖ Perang ini menyebabkan orang Eropah belayar ke Timur untuk mendapatkan barangan berharga ❖ Penaklukan wilayah Islam di Sepanyol mendedahkan orang Eropah kepada ilmu pelayaran Islam ❖ Menimba pengetahuan dalam bidang astronomi, matematik dan perubatan daripada orang Islam
10 CIRI-CIRI MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL PADA ABAD KE-16 DAN 17
1. KEGIATAN EKONOMI 2. PETEMPATAN 3. TEKNOLOGI PERKAPALAN 4. TEKNOLOGI PELAYARAN 5. PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN 6. MEMILIKI SIFAT INGIN TAHU 7. SEMANGAT KETERBUKAAN 8. MEMILIKI SIFAT BERANI 9. KEUPAYAAN MENGUASAI JALAN LAUT CIRI- CIRI MASY MARITIM
PENDAHULUAN: 12 Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan laut. Masyarakat maritim memberi tumpuan utama terhadap kegiatan perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan. Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah. Perkembangan ini menyebabkan muncul masyarakat maritim di Portugal yang terdiri daripada pelayar, peneroka, pelaut dan pedagang. Tegasnya, terdapat beberapa ciri masyarakat maritim Portugal pada abad ke-16 dan 17 M.
13 Ciri pertama masyarakat maritim di Portugal ialah penglibatan dalam kegiatan ekonomi berasaskan kelautan. Aktiviti utama masyarakat maritim Portugal adalah perdagangan. Mereka menjalankan aktiviti perdagangan di pelabuhan-pelabuhan seperti Antwerp dan Lisbon. Mereka membekalkan hasil tempatan kepada para pedagang asing yang singgah di pelabuhan tersebut. Mereka juga membeli dan mengedarkan barang dagangan daripada pedagang asing yang singgah di pelabuhan tersebut. Masyarakat maritim juga melancarkan ekspedisi ke timur untuk menguasai perdagangan rempah. Selain aktiviti perdagangan masyarakat maritim juga terlibat di dalam aktiviti menangkap ikan, mengumpul hasil laut dan membina kapal. Tuntasnya aktiviti ekonomi masyarakat maritim bergantung sepenuhnya kepada laut seperti perdagangan dan mengumpul hasil laut. 1. KEGIATAN EKONOMI
14 Selain itu, ciri kedua masyarakat maritim Portugal adalah petempatan mereka terletak berhampiran laut. Masyarakat maritim biasanya tinggal di kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan. Kedudukan mereka yang berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan, menangkap ikan dan mengumpul hasil laut. Masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan-pelabuhan yang terletak di muara sungai seperti Antwerp dan Lisbon. Pelabuhan-pelabuhan ini berperanan sebagai pusat pembekal hasil tempatan, membeli barangan dagangan daripada pedagang antarabangsa dan pusat pengedaran barang dagangan kepada para pedagang. Jelaslah bahawa petempatan masyarakat maritim dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi yang berasaskan laut. 2. PETEMPATAN
15 3. TEKNOLOGI PERKAPALAN Seterusnya, masyarakat maritim Portugal juga mempunyai kemahiran dalam teknologi perkapalan. Mereka mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu. Dalam konteks ini mereka mampu membina kapal yang mampu belayar di lautan lepas. Misalnya orang Portugis memiliki kemahiran membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan. Kapal-kapal ini dibina dengan menggunakan teknologi yang tinggi memandangkan akan digunakan untuk pelayaran jarak jauh. Jelaskan masyarakat Portugal mempunyai kemahiran dalam teknologi perkapalan sehinggga berjaya melakukan banyak ekspedisi pelayaran ke Caravel kawasan luar.
16 4. TEKNOLOGI PELAYARAN Teknologi pelayaran juga merupakan ciri yang terdapat dalam masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan 17M. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam pelayaran lautan luas. Tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan teknologi pelayaran di Portugal ialah Putera Henry. Beliau mengasaskan sebuah sekolah pelayaran di Sagres, Portugal untuk memberi latihan kepada ahli pelayaran dan jurumudi. Di samping itu, sekolah ini juga mencipta pelbagai jenis peralatan untuk memudahkan pelayaran. Antara peralatan yang dicipta ialah kompas magnetik, astrolabe dan carta pelayaran. Penciptaan astrolab dapat menentukan kedudukan kapal ketika berada di tengah laut. Secara tidak langsung penggunaan peralatan ini membantu pelayar-pelayar Portugal melancarkan ekspedisi pelayaran ke timur.
17 KOMPAS MAGNATIK ASTROLAB PUTERA HENRY CARA GUNA ASTROLAB
18 Ciri masyarakat Portugal seterusnya adalah pendedahan kepada aktiviti penerokaan dan penjelajahan. Mereka mempunyai kemahiran dalam merancang dan melancarkan ekspedisi penerokaan dan penjelajahan. Menjelang abad ke-15 masihi, orang Portugis melancarkan beberapa ekspedisi untuk mencari jalan laut ke Timur. Sebagai contoh, pada tahun 1487, Bartholomew Diaz memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan berjaya mengelilingi Tanjung Harapan. Pada tahun 1497, Vasco da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harapan dan belayar sepanjang pantai hingga ke Malindi. Dari Malindi, Vasco da Gama berjaya merentasi Lautan Hindi dengan bantuan Ibn Majid dan sampai di Calicut, India pada tahun 1498 Tuntasnya masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran yang tinggi dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan. 5. PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN
19 Malindi BARTHOLOMEW DIAZ VASCO DA GAMA
20 Disamping itu, ciri lain yang terdapat pada masyarakat maritim Portugal adalah sifat ingin tahu yang kuat. Semangat ini mendorong masyarakat maritim melakukan penerokaan dan penjelajahan. Mereka ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat lain. Contohnya pelayar Portugal mempunyai keiginan untuk mencari Prestor John, iaitu raja yang memerintah kerajaan Kristian di Afrika. Mereka mahu mendapatkan bantuan Prestor John bagi menguasai kerajaan Islam di Maghribi. Semangat ingin tahu ini juga mendorong mereka menjalankan kajian mengenai bentuk muka bumi, iklim, dan cuaca sesuatu tempat. Jelas ternyata semangat ingin tahu menjadi pendorong kepada masyarakat maritim di Portugal untuk melakukan penerokaan dan penjelajahan. 6. SIFAT INGIN TAHU
21 Ciri terakhir masyarakat maritim Portugal adalah memiliki sifat berani. Masyarakat maritim di Portugal merupakan masyarakat yang berani menghadapi cabaran dan dugaan. Mereka sanggup mengharungi pelbagai cabaran ketika belayar di lautan luas. Contohnya, Ferdinand Magellen telah melancarkan ekspedisi ke Timur pada tahun 1519. Dalam pelayaran tersebut Magellen terpaksa menghadapi cabaran seperti kekurangan bekalan makanan dan kerosakan kapal. Walau bagaimanapun beliau tetap meneruskan pelayaran meskipun didesak oleh anak-anak kapal agar berpatah balik. Tindakan beliau ini menunjukkan Magellen adalah tokoh yang sangat berani menghadapi cabaran sepanjang perjalanan. Sesungguhnya sifat berani telah berjaya menjadikan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul. 7. MEMILIKI SIFAT BERANI FERDINAND MAGELLEN
22 PENUTUP: Kesimpulannya, masyarakat maritim Portugal memberi sumbangan dalam bidang perdagangan, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan. Mereka mencapai kejayaan yang amat memberangsangkan dalam ekspedisi penerokaan dan penjelajahan ke Timur. Kejayaan ini membolehkan Portugal menguasai laluan perdagangan dan mengasaskan koloni tanah jajahan di Timur. Perkembangan ini menyebabkan Portugal muncul sebagai kuasa maritim yang unggul di dunia pada abad ke-16 dan ke-17.
23 SUMBANGAN MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL PADA ABAD KE-16 DAN 17
24 Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kelautan. Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul bermula sejak abad ke15 lagi. Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pelayar dan peneroka yang terkenal. Pelayar Portugal melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan, penjelajahan, perdagangan dan penjajahan. Tegasnya, pada abad ke-16 dan ke-17, masyarakat maritim di Portugal telah memberi sumbangan dalam pelbagai bidang. PENDAHULUAN:
25 ❑ Penglibatan orang Portugal dalam bidang penjelajahan dan penerokaan dapat dikesan sejak awal abad ke-15. ❑ Pelayar Portugal berjaya menyeberangi Selat Gibraltar dan menawan pantai barat Afrika. ❑ Menjelang pertengahan abad ke-15, pelayar Portugal berjaya menguasai Kepulauan Madeira dan Azores. ❑ Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan berjaya mengelilingi Tanjung Harapan. ❑ Pada tahun 1497, Vasco da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harapan dan belayar sepanjang pantai hingga ke Malindi. Dari Malindi, Vasco da Gama berjaya merentasi Lautan Hindi dengan bantuan Ibn Majid dan sampai di Calicut, India pada tahun 1498. ❑ Tuntasnya, kejayaan Vasco da Gama meletakkan asas bagi Portugal melakukan penjelajahan ke Asia Tenggara, China, dan Jepun. 1.BIDANG PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN. :
26 ❑ Menjelang pertengahan abad ke-15, pelayar yang dihantar oleh Putera Henry terlibat dalam perdagangan hamba yang amat menguntungkan. ❑ Menjelang tahun 1460, Portugal berjaya menguasai rangkaian pelabuhan yang menganjur dari Kepulauan Madeira hingga Cape Verda. ❑ Kejayaan Vasco da Gama sampai ke timur memberi dorongan kepada pelayar Portugal melancarkan ekspedisi perdagangan ke Timur. Ekspedisi perdagangan dihantar ke Timur untuk mendapatkan barang dagangan seperti rempah, lada hitam, sutera, dan batu permata. ❑ Pedagang-pedagang Portugal mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Pulau Jawa, dan Kepulauan Rempah. ❑ Pada tahun 1503, Francisco de Almeida memulakan usaha menguasai laluan perdagangan ke Timur. ❑ Selepas menguasai Kepulauan Rempah, Portugal mengasaskan pusat perdagangan di Canton pada tahun 1517. ❑ Pada tahun 1542, pedagang-pedagang Portugal berjaya mengasaskan pusat perdagangan di Jepun. ❑ Perkembangan ini menyebabkan orang Portugal berjaya menguasai laluan perdagangan ke Timur. Ini meletakkan asas bagi orang Portugal menguasai perdagangan rempah daripada Saudagar Islam. ❑ Justeru, kekayaan dan kemakmuran yang diperoleh oleh Portugal menyebabkan kuasa Barat yang lain berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi ke Timur. 2. BIDANG PERDAGANGAN.
27 ❑ Masyarakat maritim di Portugal juga melibatkan diri dalam penguasaan tanah jajahan bermula sejak abad ke-15 Masihi. ❑ Pada tahun 1415, orang Portugal berjaya menawan Ceuta yang terletak di Maghribi daripada orang Islam. ❑ Pada tahun 1419, pelayar Portugal yang menerima latihan di sekolah pelayaran yang diasaskan oleh Putera Henry berjaya menakluki Kepulauan Madeira. ❑ Pada tahun 1427, orang Portugal berjaya menguasai Azores dan seterusnya belayar sepanjang pantai ke selatan benua Afrika. ❑ Pada tahun 1503, Portugal berjaya menguasai Cochin yang terletak di pantai barat India dan seterusnya dijadikan sebagai ibu pejabat, pentadbiran Portugal di Timur. ❑ Pada 11 September 1508, angkatan tentera Portugal yang diketuai oleh Lopez de Sequira tiba di Melaka. Angkatan ini berundur dari Melaka setelah mengetahui rancangan Melaka yang berhasrat menyerang mereka atas hasutan pedagang Gujerat. ❑ Pada tahun 1510, angkatan tentera Portugal berjaya menguasai Goa di India. Selepas itu, Portugal mengatur gerakan untuk menguasai laluan perdagangan di Asia Tenggara. ❑ Pada tahun 1511, Portugal menguasai Melaka dan seterusnya usaha dilakukan untuk menguasai Kepulauan Maluku. ❑ Selepas menguasai kepulauan rempah, Portugal mendapatkan tanah jajahan di Macau pada tahun 1517. ❑ Portugal mengukuhkan kedudukannya dengan menguasai tanah jajahan di Amerika Syarikat khususnya di Brazil. ❑ Jelaslah bahawa, perkembangan ini menyebabkan Portugal muncul sebagai kuasa Barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan pada abad ke-16. 3. PENJAJAHAN
28 ❑ Masyarakat maritim di Portugal mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang perkapalan. ❑ Mereka mempunyai kepakaran dalam pembinaan kapal serta kemajuan dalam teknologi perkapalan. ❑ Sebagai contoh mereka memiliki teknologi membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan. ❑ Mereka mencapai kemajuan dalam teknologi pelayaran. Mereka mencipta pelbagai peralatan baharu seperti carta pelayaran, kompas dan astrolab. ❑ Mereka juga memiliki peta-peta yang lengkap bagi memudahkan kegiatan penerokaan dan penjelajahan. ❑ Masyarakat maritim di Portugal juga merupakan masyarakat Eropah yang pertama mendirikan sekolah pelayaran. Sekolah ini didirikan oleh Henry the Navigator di Sagres dengan tujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada pelayar Portugal. ❑ Sekolah ini memberi galakan dan dorongan kepada pelayar-pelayar melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan dan penjelajahan. ❑ Pelayar yang mendapat latihan di sekolah ini berjaya menguasai Kepulauan Madeira, Azores dan belayar sepanjang pantai selatan benua Afrika. ❑ Tegasnya, kemajuan dalam bidang perkapalan ini menjadi penyumbang kepada lahirnya pelayar yang handal di Portugal pada abad ke-16 dan 17. 4. BIDANG PERKAPALAN
29 Kesimpulannya, Portugal merupakan kuasa besar maritim pada abad ke-17 di Eropah selain Belanda dan Britain. Sumbangan mereka dalam bidang perkapalan menjadikan Portugal muncul sebagai sebuah negara yang disegani di Eropah. PENUTUP:
THANKS! SUMBER: BUKU SEJARAH DUNIA PENERBIT EHSAN… OLEH: TICER MONIQ