SEJARAH DUNIA (1500 -1955)
2MASYARAKAT FEUDAL Abad ke 16 - 17 England dan Jepun AGRARIA Abad ke 16 - 17 Belanda dan China MARITIMAbad ke 16 - 17 Portugal dan Jepun INDUSTRIAbad ke 16-17EnglanddanJerman
MASYARAKAT FEUDALDI ENGLAND ABAD KE 16 – 17
CIRI - CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND1
5CIRI -CIRI MASY FEUDAL KEDUDUKAN RAJA KEDUDUKAN DAN PERANAN KNIGHTPEMILIKAN TANAHMOBILITI SOSIAL KEWAJIBAN PERIBADI KEMEROSOTAN PENGARUH BANGSAWAN
DEFINISI: 6Masyarakat Feudal merupakan masyarakatberhierarki yang mempunyai struktur susunlapistersendiri. Marc Bloch Tajuk Buku: Feudal Society
PENGENALAN: 7v Istilah masyarakat feudal digunakan oleh sejarawan untuk menerangkansusun sosial masyarakat pada zaman pertengahan di England. Selaindaripada benua England, masyarakat feudal juga muncul di Jepunpadaabad ke 14 dan 15. v Menurut Marc Bloch dalam bukunya yang bertajuk Feudal Society,masyarakat Feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyaistruktur susun lapis yangtersendiri. v Kedudukan, kekuasaan dan status setiap lapisan ditentukanberdasarkanpenguasaan terhadap tanah. v Terdapat beberapa ciri masyarakat feudal di England pada abadke-16 dan ke-17 M.
KEDUDUKAN RAJA 8v Salah satu ciri masyarakat feudal di England ialah kedudukan raja. v Menjelang abad ke-16 dan ke-17, raja mempunyai kedudukan mutlak dalambidang pentadbiran,perundangan dan kehakiman. v Raja-raja dari dinasti Tudor dan Stuarts mengambil pelbagai langkah bagi mempertahankankedudukan dan kuasa mutlak raja. Antara langkah yang diambil ialah mengurangkankuasaparlimen, mengenakan cukai import dan eksport untuk meningkatkan perbendaharaannegaradanmenubuhkan Majlis Diraja yang berperanan sebagai mahkamah. v Namun, semasa pemerintahan Raja Charles I, parlimen telah menyekat pengaruhrajadenganmemaksa baginda menandatangani Pengisytiharan Hak. Menjelang pemerintahan RajaCharlesII,pemerintahan raja berperlembagaan diamalkan di England. Hal ini menyebabkanrajatertaklukkepada undang-undang yang digubalkan oleh parlimen. v Tuntasnya, kekuasaan raja mengalami perubahan apabila pemerintahan beraja mutlakdigantikan dengan raja berperlembagaan pada penghujung abad ke-17 M.
PENGARUH BANGSAWAN 9v Selain itu, ciri kedua masyarakat feudal di England ialah kemerosotan pengaruhbangsawan.v Menjelang abad ke-16 dan 17, pengaruh dan kuasa golongan bangsawanmengalamikemerosotan disebabkan kedudukan raja yang semakin kuat ekoran perkembangankapitalisme. Perkembangan ini menyebabkan raja di England dapat mengawal golonganbangsawan. v Kemerosotan pengaruh bangsawan menyebabkan muncul golongan baruiaitupegawai-pegawai pentadbir.Pegawai-pegawai pentadbir mengambil alih peranan pembesardalammembantu raja mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran negara. v Pegawai-pegawai ini terdiri daripada rakyat biasa yang mempunyai kebolehandankewibawaan dalam pentadbiran. Pegawai-pegawai ini menerima gaji daripada raja. v Justeru, golongan bangsawan mulai hilang pengaruh dan kedudukan mereka diambil alih oleh pegawai-pegawai pentadbir.
KEDUDUKAN DAN PERANAN KNIGHT 10v Ciri masyarakat feudal di England juga memperlihatkan perubahan dalamkedudukandanperananknight. v Pada zaman pertengahan, golongan knight memainkan peranan dalambidang ketenteraan.Tanggungjawab utama knight ialah menjaga keselamatan raja dan bangsawan serta kawasanyangdikuasainya. Sebagai ganjaran, mereka menerima tanah dan harta benda daripadarajadanbangsawan. v Menjelang abad ke-16 dan ke-17, peranan dan kedudukan knight berubah keranapemerintahEngland tidak bergantung pada golongan ini untuk mempertahankan negara. v Raja menubuhkan pasukan tentera tetap dan tentera upahan yang berada di bawahkawalandanpenguasaan baginda. Hal ini menyebabkan pasukan tentera tidak lagi didominasi olehgolonganknight. Terdapat juga golongan petani dan rakyat biasa yang direkrut untuk berkhidmat dalam pasukan tentera. v Tegasnya, peranan golongan knight turut mengalami perubahan ekoran perkembangandalam politik dan ekonomi di England.
PEMILIKAN TANAH v Ciri terakhir masyarakat feudal di England juga dapat dilihat dari segi pemilikantanah. v Pada zaman pertengahan, kegiatan ekonomi masyarakat feudal amat bergantungpadatanah. Raja menganugerahkan tanah kepada golongan bangsawan sebagai balasangolongan bangsawan membekalkan khidmat tentera kepada baginda. v Tanah yang berada di bawah penguasaan golongan bangsawan dikenali sebagai manor.Dalam hal ini, tanah yang dikurniakan oleh raja boleh diwarisi oleh keluargagolonganbangsawan. v Menjelang abad ke-16 dan 17, perubahan dalam sistem ekonomi menyebabkanmasyarakattidak lagi bergantung kepada tanah. Mereka melibatkan diri dalamaktiviti pertaniankomersial dan perindustrian. v Jelaslah bahawa penguasaan ekonomi oleh raja dan perkembangan ekonomi kapitalismetelah mengubah bentuk pemilikan tanah yang mengikat masyarakat feudal di England.
PENUTUP: v Kesimpulannya, masyarakat feudal di England padaabadke16dan 17 mempunyai ciri-ciri tersendiri yang merangkumi aspekpolitik, ekonomi dan sosial. v Namun, berlaku perubahan dalamperanan dankedudukanmasyarakat feudal yang diamalkan sejak zaman pertengahan. v Perubahan ini berlaku ekoran daripada perkembanganpesatdalam bidang ekonomi dan kemunculan negara bangsa
SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND2
14SLAVE RAJAGOLONGAN BANGSAWAN(BARON/VASSAL/DUKE/LORD) PAHLAWAN(KNIGHT) PETANI(SERF) HAMBA
PENGENALAN: 15§ Masyarakat feudal merupakan masyarakat yang berhierarki di manakedudukan setiap lapisan ditentukan melalui penguasaan terhadaptanah.§ Kemunculan masyarakat feudal di England bermula semasapemerintahanRaja William Sang Penakluk pada abad ke-11M. § Susun lapis masyarakat feudal di England terbahagi kepadagolonganpemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintahterdiridaripada raja, bangsawan, dan pahlawan, sementara golonganyangdiperintah terdiri daripada petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagaiserf dan hamba. § Setiap lapisan masyarakat mempunyai kedudukan dan perananmasing-masing.
RAJA 16§ Dalam masyarakat feudal di England, raja menduduki menduduki lapisantertinggi. § Semasa pemeritahan Dinasti Tudor dan Stuarts, sistempemerintahanmonarki mutlak diamalkan di England. Raja berkuasa mutlak dalampemerintahan, perundangan dan kehakiman. § Raja bergantung kepada golongan bangsawan bagi mengukuhkankedudukandan kekuasaannya. Raja akan memberikan hak pajakan tanahkepadagolongan bangsawan (vassal) yang dipercayai. § Sebagai balasan, golongan bangsawan akan menawarkan bantuanketenteraankepada raja. § Walaupun pemerintahan mutlak diamalkan, namun pemerintahanmasihtertakluk kepada undang-undang yang terkandung dalamMagna Carta.
GOLONGAN BANGSAWAN 17§ Golongan bangsawan menduduki lapisan kedua dalam susun lapis masyarakatfeudalEngland. § Pada zaman pertengahan, golongan bangsawan memainkan peranan pentingdalampentadbiran dan ekonomi. Mereka menerima dan memerintah tanah yang diperolehsecaralangsung daripada raja. § Tanah yang berada di bawah penguasaan golongan bangsawan dikenali sebagai manor.Sebagai balasan, mereka membayar cukai, menyediakan knight dan memberikantaatsetiakepada raja. § Raja turut mengurniakan pelbagai gelaran seperti lord, duke, baron dan vassal kepadagolongan bangsawan untuk mendapatkan sokongan. § Menjelang abad ke-16 dan 17, kedudukan dan peranan golongan bangsawanmulamerosot.Perkembangan politik dan ekonomi menyebabkan kedudukan raja semakin kukuhdandapatmengawal golongan bangsawan. § Impaknya, raja tidak lagi bergantung kepada golongan bangsawan dalammenjalankanpentadbiran.
KNIGHT 18§ Seterusnya, knight menduduki lapisan ketiga dalam susun lapis masyarakatdi England. § Knight berkhidmat sebagai tentera bagi raja dan tuan tanah. Knight menerimaganjaran dalam bentuk tanah, harta dan barang rampasan perangsebagaiganjaran perkhidmatannya. § Namun, pada abad ke-16 dan 17, perubahan dalam politik menyebabkankedudukan dan peranan knight berubah. § Raja tidak lagi bergantung kepada golongan knight untuk mendapatkanbantuan ketenteraan, sebaliknya raja menubuhkan pasukan tenterasendiri dengan mengambil tentera upahan dalam kalangan petani dan pendudukawam. § Jelaslah bahawa, peranan knight semakin berkurang disebabkanpasukantentera sendiri yang ditubuhkan oleh raja.
petani 19§ Di samping itu, petani atau serf pula merupakan rakyat biasa menduduki lapisankeempat dalam susun lapis masyarakat feudal di England. § Mereka mengusahakan tanah milik tuan tanah dan sebagai balasannya, merekamenerima perlindungan daripada tuan tanah. § Namun, menjelang abad ke-16 dan 17, kehidupan golongan petani berubahselepasberlakunya perubahan ekonomi di England. § Peningkatan dalam pertanian komersial, kemunculan bandar, dan perkembangansektor perindustrian menyebabkan golongan petani berhijrah ke bandar. § Tuan tanah membebaskan petani dan mereka menjadi buruh upahankepadatuantanah. § Tegasnya, menjelang abad ke-16 dan 17, petani tidak lagi terikat dengantuantuan tanah.
hamba 20§ Akhir sekali, golongan hamba menduduki lapisan terbawahdalamsusunlapis masyarakat feudal di England. § Pada zaman pertengahan, golongan hamba tidak memiliki tanahdanterikat dengan tuan tanah. § Mereka juga mempunyai kuasa perundangan yang terhad. § Menjelang abad ke-16 dan 17, kedudukan golongan hambamengalami perubahan ekoran perubahan dalam politik, ekonomi dan sosial. § Natijahnya, golongan hamba dibebaskan oleh tuan tanah dansebahagiandaripada mereka berhijrah ke bandar.
PENUTUP 21§ Kesimpulannya, pada abad ke-16 dan 17M, berlakuperubahanyang ketara dalam masyarakat feudal di England. § Perkembangan pesat dalam ekonomi, politikdansosialmenyebabkan kedudukan dan peranan masyarakatturutberubah. § Perubahan ini melahirkan masyarakat baharu yangberfikiranterbuka dan tidak terikat kepada gaya hidup tradisional.
22
Thanks! 23SUMBER: BUKU RUJUKAN SEJARAHDUNIA, penerbit ehsan