S E P A T A H K A TA
PENGARAH
IKM SEBERANG
PERAI UTARA
Selamat Sejahtera dan Salam Perkenalan
Saya mewakili seluruh Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara, Pulau
Pinang atau singkatannya IKM SPU mengucapkan selamat datang kepada pelajar-
pelajar baharu IKM SPU. Sekalung ucapan tahniah dan syabas juga kerana terpilih
bagi mengikuti pengajian di IKM SPU.
Pihak IKM SPU akan terus berusaha untuk memberikan khidmat dan curahan ilmu
yang terbaik bagi memastikan kejayaan kepada pelajar-pelajar IKM SPU sendiri. Oleh
itu, sama-sama kita bekerjasama dalam mengecapi kejayaan dan saya menasihatkan
para pelajar untuk merebut peluang yang terhidang dan sekali gus akan menjadi
insan yang cemerlang dan dapat menyumbang di dalam pembangunan negara kita.
Sekian dahulu dari saya dan tahniah serta selamat datang kepada pelajar-pelajar
baharu IKM SPU bagi sesi November 2020-April 2021.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
LUAR BANDAR SEJAHTERA”
Saya yang menjalankan amanah,
SUPARDI BIN AMALUDIN
Pengarah
Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara
Pulau Pinang
UCAPAN TAHNIAH & PENGHARGAAN
DARIPADA :
Pengerusi dan AJK Minggu Silaturahim serta
Majlis Perwakilan Pelajar dengan bangga dan sukacitanya
merakamkan ucapan
ribuan terima Kasih dan sepenuh penghargaan
KEPADA :
Pentadbiran IKM SPU
Penceramah-penceramah Jemputan
Yang telah menyumbangkan tenaga dan idea
Secara langsung atau tidak langsung
bagi menjayakan
PROGRAM MSR SESI NOVEMBER 2020 - APRIL 2021
VISI
Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat
martabat bangsa.
MISI
Membentuk modal insan TVET yang holistik dan berteraskan nilai-nilai
keusahawanan.
OBJEKTIF
i. Menjadi Institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan
industri dan teknousahawan.
ii. Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan
R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills and Entrepreneurship).
iii.Pemangkin dalam revolusi teknologi industri bagi meningkatkan daya saing.
iv.Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan dan dinamik.
v. Menjadi institusi pendidikan TVET yang di iktiraf di peringkat antarabangsa.
Wise Words…
Education is the most powerful weapon which
you can use to change your world!
- Nelson Mandela -
“ Give a man a fish and you feed him for a
day; teach a man to fish and you feed him for a
lifetime”.
RENUNGAN
KELEBIHAN MENUNTUT ILMU
Imam al-Syafie telah berkata :
Ilmu itu memiliki keutamaan. Keutamaannya
ialah membuat semua orang mengabdikan kepadanya.
Memelihara ilmu itu wajib sebagaimana wajibnya
seseorang manusia menjaga pergerakkan dan alir
darahnya. Sesiapa yang memiliki ilmu, kemudian dia me-
wariskan ilmunya kepada orang tidak berhak
menerimanya, perbuatannya adalah zalim.
“Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah
kita,semalam adalah teladan serta pengajarannya dan untuk
menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai
pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan… ”
Prosedur Umum Sesi Pendaftaran dan Pengajaran &
Pembelajaran Pelajar KKTM, MJII dan IKM
PENTING:
Prosedur umum yang dinyatakan ini adalah tertakluk kepada perubahan menerusi arahan terkini daripada
Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kerajaan Negeri,
Penguatkuasa Tempatan dan MARA.
A. PENDAFTARAN / LAPOR DIRI
1. Pelajar baharu sesi November-April 2020 akan melaporkan diri secara dalam talian (online) sebelum
atau pada 25/26 Oktober 2020.
2. Pelajar kanan sesi November-April 2020 akan melaporkan diri secara dalam talian (online) sebelum
atau pada 1/2 Novemver 2020.
3. Pelajar kanan bagi semester lima (5) Diploma boleh memohon kepada pengurusan senat untuk
melapor diri secara fizikal atas keperluan penting seperti latihan amali, makmal, bengkel, studio,
praktikal, Final Year Project atau yang memerlukan peralatan khusus mengikut tarikh dan tempoh
yang ditetapkan oleh IKM.
4. Proses pendaftaran secara dalam talian (online) adalah melalui sistem CMS yang dibangunkan oleh
KKTM Kemaman, Terengganu atau sistem yang dibangunkan sendiri oleh IKM.
B. MINGGU SILATURRAHIM (MSR)
1. Program / aktiviti MSR secara bersemuka adalah ditangguhkan.
2. Informasi penting bagi ibu bapa / penjaga dan pelajar-pelajar hendaklah disampaikan secara dalam
talian (online) melalui aplikasi ICT yang mudah diakses atau edaran handout.
Prosedur Umum Sesi Pendaftaran dan
Pengajaran & Pembelajaran Pelajar KKTM, MJII
C. PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
1. Pelajar baharu dan kanan sesi November-April 2020 akan mengikuti proses pembelajaran teori secara
dalam talian (online) mengikut pensyarah masing-masing.
2. Pihak pengurusan IKM boleh mengatur jadual kemasukan secara fizikal ke IKM bagi membolehkan
pelajar-pelajar baharu dan kanan sesi November-April 2020 mengikut pembelajaran amali di IKM dengan
memastikan SOP penjarakan fizikal dipatuhi semasa berada di kelas/bengkel dan asrama. NOTA: Pelajar
yang menetap di kawasan zon merah/PKPB/PKPD, berada dalam kuarantin wajib dan Patient Under
Investigation (PUI) adalah TIDAK DIBENARKAN untuk kemasukan secara fizikal ke pusat.
3. Pelajar-pelajar yang mengalami masalah akses terhadap rangkaian internet di rumah; boleh memohon
untuk berada di IKM atau Institusi Pendidikan MARA yang lain yang berdekatan.
4. Pelajar baharu dan kanan yang telah melaporkan diri dan berada di IKM boleh meneruskan
pembelajaran secara bersemuka di kelas/bengkel dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan
kecuali jika kawasan tersebut diisytiharkan sebagai zon merah/PKPP/PKPD oleh pihak MKN.
5. Sesi ko-kurikulum secara bersemuka dengan penglibatan yang ramai adalah ditangguhkan.
6. Kajian lapangan boleh dilaksanakan merujuk kepada tempat/kawasan yang tidak berada dalam zon
merah/PKPP/PKPD. Namun begitu, kajian lapangan secara dalam talian (online) adalah
digalakkan.
7. IKM boleh menggunakan pendekatan pengajaran yang berbeza untuk disesuaikan dengan
pembelajaran secara dalam talian (online) seperti modular.
8. Pematuhan yang tinggi terhadap SOP yang berkuatkuasa adalah diperlukan bagi mengelakkan
penularan wabak Covid-19 di IPMA.
Prosedur Umum Sesi Pendaftaran dan
Pengajaran & Pembelajaran Pelajar KKTM, MJII
D. LATIHAN INDUSTRI
1. Pelajar-pelajar boleh menjalani latihan industri secara fizikal dengan mengikuti SOP yang telah
ditetapkan oleh pihak MKN, KKM, MARA dan juga syarikat/industri.
2. Pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat/industri yang berada di dalam zon
merah/PKPB/PKPD; boleh memohon untuk meneruskan latihan industri secara in-house di
pusat masing-masing.
E. KEBAJIKAN PELAJAR
1. Semasa tempoh PKPB/PKPD, pelajar boleh memohon untuk pulang ke rumah ibu bapa/penjaga
dengan mendapat kebenaran daripada pihak penguasa melalui pengurusan IKM.
2. Semasa dalam tempoh PKPB/PKPD, pengurusan IKM hendaklah membantu pelajar-pelajar yang
berada di dalam kawasan IKM di dalam menyediakan keperluan makan minum dan keperluan
penting yang lain.
F. PERGERAKAN PELAJAR
1. Semasa dalam tempoh PKPB/PKPD, pelajar-pelajar tidak dibenarkan untuk keluar daripada
kawasan IKM kecuali atas keperluan penting dan kes kecemasan sahaja serta mendapat kelulusan
daripada pihak pengurusan IKM.
2. Semasa dalam tempoh PKPP, pengurusan IKM disarankan untuk menghadkan aktiviti keluar
masuk pelajar terutama bagi pelajar yang menetap di asrama. Bagi pelajar-pelajar yang tinggal di
luar, pematuhan yang tinggi kepada SOP hendaklah dilaksanakan.
IKRAR PELAJAR IKM SEBERANG PERAI UTARA,
PULAU PINANG
Bahawasanya Kami
Pelajar-pelajar Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara Pulau Pinang
Berikrar
Untuk Menjunjung Nilai-nilai Murni Sejagat
Dan Mematuhi Segala Peraturan Institut
Demi Kebaikan Semua Pihak
Kami Juga Sedar Akan Tanggungjawab Kami
Dalam Mempertingkatkan Ilmu Kemahiran
Dan Tidak Akan Mempersiakan
Peluang Yang Diberi
Tandatangan Pelajar : ______________________
Tarikh : ______________________
Nama Pelajar : ______________________
No. Pelajar : ______________________
Program : _________________________________
Lagu Negaraku
NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP Lagu Negeri Pulau Pinang
BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA, TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA, SELAMAT BERTAKHTA SELAMAT TUHAN KURNIAKAN
RAHMAT BAHAGIA, TUHAN KURNIAKAN SELAMAT PULAU PINANG
RAJA KITA, SELAMAT BERTAKHTA NEGERIKU YANG MULIA
KUTAAT DAN SETIA
Lagu Amanah Rakyat AMAN DAN BAHAGIA
MAJULAH JAYALAH
NEGERIKU YANG KUCINTA
DEMI SATU KEUNGGULAN BERSATU DAN BERSAMA
BANGSA YANG BERDAULAT
UNTUK NEGERI KITA
SEBUAH LAMBANG MENAWAN
PUNCAK JAYA
PERKASA DI PERSADA DUNIA
OBOR PARA CENDEKIA Lagu IKM
MERENTAS MASA HADAPAN
USAHAWAN JAYA TERCIPTA BAHAGIA IKM TERCIPTA NAMANYA
MAJU MARA MAJU JAYA ILHAM PEMIMPIN NEGARA
MEMAJUKAN RAKYAT BUMIPUTRA
MARA PERKASA, MENJUNJUNG AMANAH MEMBIMBING DALAM KERJAYA
RAKYAT
MEMAYUNGI BANGSA DAN NEGARA ANEKA BIDANG DIUSAHAKAN
BERSEMANGAT PERINTIS PENUH YAKIN
KEMAHIRAN DIUTAMA
DEMI SATU AMANAH MULIA MENEMPUH CABARAN
MENINGGIKAN NILAI KERJA
MARA PERKASA, MENJUNJUNG AMANAH
RAKYAT KAMI PELAJAR
MEMAYUNGI BANGSA DAN NEGARA BERCITA TINGGI
PENUH KEYAKINAN DEMI SATU BINA NEGARA
AMANAH MULIA… HIDUP JAYA BERDIKARI
IKM DI SELURUH MALAYSIA
INDAH HARUM SENTIASA
NAMAMU DIPELIHARA
LAMBANG CITA BUMIPUTERA
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
Tn. Hj. Supardi bin Amaludin 019-7903045
Pengarah
En. Hizal bin Abu Bakar 013-4893676
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik
Tn. Hj. Iswady bin Ismail 019-4111567
Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar
En. Mohd Nasir bin Osman 012-4052803
Ketua Jabatan Elektrik
En. Mohamad Habil bin Abdul Majid 019-4004023
Ketua Jabatan Elektrik
En. Mohd Amirul Mukminin bin Mohd Fadzil 010-3690706
Ketua Warden
En. Muhammad Farhan bin Ahmad Fauzi 018-8726376
Warden
En. Mohd Saiful bin Che Seman @ Nordin 013-9181995
Warden
Pejabat Pentadbiran 04-5732136
LOKASI INSTITUSI PENDIDIKAN TVET MARA DI
SELURUH MALAYSIA