The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by itaman06, 2021-09-29 22:20:38

Kolokium Present

Kolokium Present

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

WACANA DALAM PENULISAN:
SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN BERDASARKAN UNSUR TAUTAN

Rozita binti Mohamad Yuneh, Rahim bin Aman, Shahidi bin A. Hamid
Program Kesusasteraan Melayu,

Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains
Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]

Abstrak

Kepentingan unsur tautan dalam penulisan karangan sering diabaikan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis. Tautan dalam
karangan merujuk kepada perenggan yang ditulis menjurus kepada satu
idea sahaja. Semua ayat dalam perenggan akan tertumpu kepada idea
utama sehingga akhirnya perenggan itu akan memancarkan satu tema
tertentu. Gabungan idea utama dalam setiap perenggan akhirnya akan
menghasilkan sebuah karangan atau disebut wacana yang utuh. Tinjauan
terhadap penyelidikan terdahulu mendapati bahawa kajian tentang
pengajaran karangan sangat meluas dijalankan tetapi perspektif
pengajaran unsur tautan masih kurang diberi tumpuan. Makalah ini akan
membuat tinjauan dan perbincangan secara deskriptif tentang unsur tautan
yang meliputi aspek kohesi dan koheren dalam karangan yang ditulis oleh
murid sekolah menengah. Kajian ini berbentuk kualitatif dan kaedah analisis
kandungan digunakan. Dapatan daripada kajian diharapkan akan
mengupaya pengajaran guru dengan adanya petunjuk secara prediktif
akan keperluan pengajaran unsur tautan secara sedar dengan
menggunakan istilah yang mudah dalam meningkatkan kecekapan
berbahasa murid-murid.

Kata kunci: karangan, unsur tautan, pengajaran kemahiran menulis,
gabungan idea, wacana

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

Pengenalan

Kurikulum Standard Bahasa Melayu Sekolah Menengah digubal untuk
melengkapkan murid dengan kemahiran berbahasa dan persediaan
melangkah ke bidang pengajian tinggi, alam pekerjaan dan dunia sebenar
sebagai seorang dewasa. Untuk merealisasikan hasrat tersebut,
penggubalan kurikulum ini menerapkan kemahiran insaniah, kebolehgajian
dan kebolehpasaran sebagai persediaan murid untuk menjadi seorang
pelajar pengajian tinggi yang cemerlang dan pekerja yang mempunyai ciri-
ciri berketerampilan, berkeyakinan tinggi, berdaya saing, mempunyai sifat
kepimpinan dan berupaya menyelesaikan masalah. Kemahiran berbahasa
dalam Kurikulum Standard Bahasa Melayu distrukturkan kepada lima modul
iaitu modul kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, aspek
seni bahasa dan tatabahasa.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis
perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah
dilalui. Penekanan perlu diberikan kepada penggunaan ayat yang gramatis,
tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid
juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan
penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan kemahiran ini
diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan
grafik.

Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada
bakat semata-mata sebaliknya dipengaruhi oleh pengajaran menulis yang
bersistem dan berkesan (Ahmad Khair Mohd Nor, 2005). Penguasaan
peringkat asas adalah dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya
sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca (Abdul Rashid, 2005).
Zaaba (1965) menyatakan bahawa karangan merupakan satu proses
kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata untuk
dijadikan frasa dan seterusnya ayat. Kegagalan murid menguasai kemahiran
ini dengan baik boleh mengundang kegagalan bagi mata pelajaran lain
juga kerana mata pelajaran lain turut menuntut murid mempunyai
kemahiran menulis yang baik.

1

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

Kepentingan Pengajaran Unsur Tautan dalam Penulisan.

Pencapaian murid dalam menulis karangan masih menjadi
persoalan yang dibincangkan oleh sejak dahulu lagi. Kupasan Mutu
Jawapan SPM 2019 yang dikeluarkan oleh Pihak Lembaga Peperiksaan
Malaysia memperlihatkan aspek keutuhan karangan sebagai satu
wacana yang lengkap masih menjadi isu utama benteng penghalang
calon mendapat markah cemerlang. Ciri keutuhan perenggan sebagai
wacana yang mantap tidak terserlah. Karangan tidak memperlihatkan
turutan yang jelas dari segi ideanya atau dari segi jalinan atau ikatan
bahasanya. Ayat yang dibina dalam perenggan tidak memperlihatkan
turutan yang jelas, sebaliknya idea yang hendak disampaikan itu
melompat-lompat.

Laporan tersebut dibuktikan benar oleh kajian yang dilakukan oleh
beberapa orang pengkaji seperti Zuraini Jusoh, Fadzillah Abd Rahman,
Norazlina Mohd Kiram & Samsilah Roslan (2016), Khathijah Abdul Hamid
(2001), Abdul Jalil Othman (2001). Pengkaji-pengkaji berkenaan mengaitkan
keupayaan murid menghasilkan karangan masih jauh daripada standard
yang disasarkan khususnya aspek menjalin ayat-ayat yang mendukung
sesuatu idea sehingga maklumat yang hendak disampaikan agak longgar.

Para pengkaji seperti Khatijah Abdul Hamid (1996), Marohaini Yusoff
dan Zulkifli A.Manaf (1997), Wong Khek Seng (1993), Sanat Md Nasir (2002),
Zamri Salleh & Abdul Sukor Shaari (2009), Norfaizah Abdul Jobar, Anida
Sarudin & Idris Mohd Radzi (2014), menyarankan keperluan terhadap isu dan
masalah yang berkaitan dengan pertautan ayat seharusnya diberi perhatian
yang serius.

2

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

Konsep Unsur Tautan

Istilah tautan dalam makalah merujuk kepada istilah cohesion dalam Bahasa
Inggeris. Istilah-istilah sinonim yang sering digunakan bagi menggambarkan
maksud tautan ini ialah tetenunan, kohesi, kepaduan dan pautan. Tautan
merupakan hubungan dalam bentuk leksikal dan ketatabahasaan antara
bahagian yang membina satuan dan kukuh sifatnya (Raminah Sabran,
2014).

Menurut Halliday dan Hasan (1976) tautan merupakan konsep
semantik yang merujuk kepada hubungan makna antara satu unsur dengan
unsur yang lain dalam teks. Unsur tersebut boleh sahaja dalam ayat atau
antara ayat. Pewujudan sebahagiannya melalui tatabahasa dan
sebahagiannya pula melalui kosa kata. Oleh itu tautan terbahagi kepada
dua jenis iaitu tautan tatabahasa dan tautan leksikal. Tautan tatabahasa
terbahagi lagi kepada perujukan, penggantian dan elipsis. Penghubung
pula berada antara keduanya tetapi lebih mirip kepada tautan bahasa
daripada tautan leksikal.

Asmah Haji Omar (1987) yang menggunakan istilah tetenunan
menghuraikan tautan sebagai kesatuan yang diperlihatkan oleh sifat lahir
teks iaitu merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang ada pada teks.
Samsuri (1982) melihat tautan sebagai keserasian hubungan antara unsur
yang satu dengan unsur yang lain dalam wacana sehingga terciptalah
koherensi iaitu keapikan pengertian.

Tautan dapatlah dijelaskan sebagai hal yang berhubung dengan
yang bertaut ataupun sifat lahir teks yang digabung bersama dalam suatu
urutan. Perkara yang diistilahkan sebagai tautan itu merujuk hubungan intim
antara satu ayat dengan satu ayat yang lain berdasarkan urutan perkataan.
Oleh itu, tautan merupakan bidang yang mengkaji keharmonian hubungan
antara ayat dengan ayat sama ada secara langsung atau tidak dan
memainkan peranan yang penting dalam membawa makna sesuatu
wacana.

3

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

Analisis Unsur Tautan
Analisis unsur tautan dalam kajian ini disandarkan kepada Model Pengajaran
Unsur Tautan yang disesuaikan oleh Zamri Salleh dan Abdul Sukor (2009)
daripada Model Tautan Pindaan (MTP) yang dicadangkan oleh Samat Md.
Nasir (2002). Model Pengajaran Unsur Tautan Zamri Salleh dan Abdul Sukor
(2009) ini tidak menekankan penggunaan istilah lingustik yang
membebankan dan lebih mudah difahami oleh murid sesuai dengan tahap
mereka. Pendapat ini disokong oleh Khatijah Abdul Hamid (2001) iaitu
penggunaan istilah yang dipermudah amat perlu sebagai usaha
meningkatkan pemahaman murid.

Jenis Tautan Subjenis Tautan

1. Tautan Perulangan - Perulangan Sama

- Perulangan Sama Maksud

- Perulangan Rujukan

2. Tautan Hubungan - Hubungan Berlawanan

- Hubungan Keluarga

- Hubungan Sebab-Akibat

3. Tautan Penghubung - Penghubung Ayat

Ayat Tambahan

- Penghubung Ayat

Tentangan

- Penghubung Ayat Musabab

- Penghubung Ayat Waktu

- Penghubung Ayat Terusan
▪ Turutan
▪ Contoh
▪ Umum
▪ Kesimpulan

Rajah 1 Model Pengajaran Unsur Tautan (Zamri Salleh dan Abdul Sukor 2009).

4

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

Karangan I

(1) Langkah utama yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi menjamin
kesihatan ahli keluarga adalah mengutamakan sajian makanan seimbang.
(2) Sajian makanan seimbang merujuk kepada hidangan makanan harian
yang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk membekalkan
zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan. (3) Impak sajian makanan
seimbang akan membekalkan tubuh badan dengan pelbagai jenis
makanan dalam kuantiti yang berbeza bagi menjamin kesihatan (4) Sebagai
contohnya, piramid makanan merupakan satu panduan mudah bagi ibu
bapa mempelbagaikan sajian makanan seimbang kerana bentuk piramid
yang lebih besar pada bahagian bawah dan semakin mengecil pada
bahagian atas menggambarkan bahawa lebih banyak makanan pada
bahagian dasar piramid perlu disajikan seperti sayur-sayuran manakala
makanan pada puncak piramid seperti makanan berlemak perlu
dikurangkan dalam menu seharian. (5) Golongan bijak pandai ada
mengungkapkan bahawa jauh lebih sulit untuk membuat orang sihat
daripada daripada membuat mereka sakit. (6) Tegasnya, bagi memelihara
kesihatan ahli keluarga ibu bapa perlu mengutamakan sajian makanan
seimbang dalam hidangan keluarga.

5

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

Perenggan di atas memperlihatkan penggunaan unsur tautan perulangan
sama. Perulangan sama bermaksud apabila perkataan dan frasa dalam
perenggan diulang banyak kali. Frasa sajian makanan seimbang diulang
sebanyak enam kali bagi mengekalkan idea yang dibincangkan agar ayat-
ayat dalam perenggan tersebut sentiasa bertaut antara satu sama lain.
Melalui pengulangan frasa ini, idea utama dalam ayat topik dan idea-idea
yang menyokongnya dalam ayat-ayat huraian akan mudah difahami oleh
pembaca. Analisis unsur tautan perulangan sama maksud dalam perenggan
di atas ditunjukkan sebagai mana berikut.

... Frasa sajian makanan seimbang dalam ayat (2) bertaut dengan frasa
sajian makanan seimbang dalam ayat (1)...
... Frasa sajian makanan seimbang dalam ayat (3) bertaut dengan frasa
sajian makanan seimbang (2)...
... Frasa sajian makanan seimbang dalam ayat (4) bertaut dengan sajian
makanan seimbang dalam ayat (3)...
... Frasa sajian makanan seimbang dalam ayat (5) bertaut dengan sajian
makanan seimbang dalam ayat (4)...
... Frasa sajian makanan seimbang dalam ayat (6) bertaut dengan frasa
sajian makanan seimbang dalam ayat (5)...
... Frasa sajian makanan seimbang dalam ayat (6) bertaut dengan frasa
sajian makanan seimbang dalam ayat (1)...

6

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

Karangan II

(1) Kepentingan utama memelihara dan memulihara bangunan
bersejarah adalah sebagai menjamin sumber maklumat sejarah. (2) Hal ini
dikatakan demikian kerana, di sebalik monumen yang dibina pada era
penjajah itu, tersimpan pengetahuan dari segi latar belakang peristiwa atau
sejarah sesuatu tempat. (3) Kesannya, fakta-fakta yang lebih jelas, tepat dan
sahih tentang budaya masyarakat yang hidup dan berkembang dalam
lingkungannya yang begitu unik dapat dikekalkan. (4) Sebagai contohnya,
Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota A famosa dan Istana Jugra menyimpan
info serta nostalgia tentang cara hidup masyarakat Tanah Melayu pada
suatu masa dahulu. (5) Pujangga pernah berbicara bahawa orang yang
tidak memiliki rasa sejarah, adalah seperti orang yang tidak memiliki telinga
atau mata. (6) Ternyata khazanah yang dibina suatu masa dahulu itu
penting untuk dikekalkan sebagai bukti primer sejarah.

7

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

Perenggan di atas memperlihatkan penggunaan unsur tautan perulangan
sama maksud. Tautan perulangan sama maksud merujuk kepada
mengulang kata atau frasa yang sama erti atau sinonim dalam sesuatu teks.
Perulangan sama maksud ialah cara yang digunakan untuk mengatasi
masalah penggunaan perulangan sama yang berlebih-lebihan yang akan
membosankan pembaca kerana bersifat monotonous. Sinonim yang
digunakan akan memberi variasi kepada perenggan yang dibina tetapi
masih lagi mengekalkan maksud yang ingin disampaikan. Analisis tautan
perulangan sama maksud dalam perenggan di atas ditunjukkan seperti
berikut:

... Frasa monumen dalam ayat (2) bertaut dengan frasa bangunan-
bangunan bersejarah dalam ayat (1) ...
... Frasa pengetahuan dalam ayat (2) bertaut dengan frasa sumber
maklumat sejarah dalam ayat (1) ...
... Frasa fakta-fakta dalam ayat (3) bertaut dengan frasa sumber maklumat
sejarah dalam ayat (1) ...
… Frasa info dalam ayat (4) bertaut dengan frasa fakta-fakta dalam ayat
(3).
… Frasa cara hidup dalam ayat (4) bertaut dengan frasa budaya dalam
ayat (3).
… Frasa tidak memiliki telinga atau mata dalam ayat (5) bertaut dengan
frasa rasa sejarah dalam ayat (5).
… Frasa binaan sejarah dalam ayat (6) bertaut dengan frasa bangunan-
bangunan bersejarah dalam ayat (1).
… Frasa bukti primer sejarah dalam ayat (6) bertaut dengan frasa sumber
maklumat sejarah dalam ayat (1).

8

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

Karangan III

(1) Cara yang paling mudah bagi saya untuk menunjukkan rasa
hormat kepada guru adalah dengan melafazkan ucapan salam. (2) Perkara
ini dapat dijelaskan sebagai ungkapan dalam bentuk doa pengharapan
agar penerimanya sentiasa sejahtera dan selamat daripada segala macam
kedukaan. (3) Saya percaya kesan daripada perbuatan berkenaan bukan
sahaja dapat menyenangkan hati guru, tetapi dapat mencambahkan
perasaan kasih sayang antara kami. (4) Sebagai contohnya, saya akan
mengungkapkannya tatkala berjumpa guru tidak kira di dalam kawasan
sekolah seperti di kantin, pusat sumber dan makmal sains atau ketika
terserempak dengan guru di luar kawasan sekolah. (5) Nabi Muhammad
SAW sangat menekankan penyebaran usaha ini sesama Muslim dan
baginda menyebutnya sebagai perbuatan baik yang paling utama antara
perbuatan baik yang patut dikerjakan. (6) Tegasnya, cara ini merupakan
antara pendekatan yang saya praktikkan bagi menzahirkan rasa hormat
kepada para guru.

9

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

Perenggan di atas memperlihatkan penggunaan unsur tautan perulangan
rujukan. Tautan perulangan rujukan bermaksud hubungan makna yang
wujud antara sesuatu kata atau frasa yang berfungsi sebagai unsur rujukan
dengan kata, frasa atau klausa yang dirujuk dalam sesuatu teks. Kohesi
wujud dengan adanya tautan makna antara unsur rujukan dengan sesuatu
perkara, proses atau hal yang baru ditulis. Analisis tautan perulangan rujukan
dalam perenggan di atas ditunjukkan seperti berikut:

… Frasa perkara ini dalam ayat (2) bertaut dengan frasa ucapan salam
dalam ayat (1).
… Frasa perbuatan berkenaan dalam ayat (3) bertaut dengan frasa ucapan
salam dalam

ayat (1).
… Frasa mereka dalam ayat (3) bertaut dengan frasa guru dalam ayat (1).
… Frasa kami dalam ayat (3) bertaut dengan frasa saya dan guru dalam
ayat (1).
… Frasa mengungkapkannya dalam ayat (4) bertaut dengan frasa ucapan
salam dalam

ayat (1).
… Frasa mereka dalam ayat (4) bertaut dengan frasa guru dalam ayat (4).
… Frasa usaha ini dalam ayat (5) bertaut dengan frasa ucapan salam dalam
ayat (1).
… Frasa cara ini dalam ayat (6) bertaut dengan frasa ucapan salam dalam
ayat (1).

10

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

Kesimpulan

Penelitian tentang unsur tautan penting dalam menghasilkan
perenggan karangan yang kohesif dan koheren. Para guru disarankan
menjalankan pelbagai aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran agar
murid dapat menguasai unsur tautan dengan baik. Sebagai contohnya,
aktiviti mengenal pasti unsur tautan dalam petikan atau melengkapkan
tempat kosong dengan unsur tautan yang sesuai merupakan aktivti yang
sesuai dijalankan. Roselan Baki (1994) ada mencadangkan agar guru
meminta murid menghasilkan sebuah perenggan menggunakan unsur
tautan tertentu dan kemudian setiap kumpulan membentangkan tugasan
masing-masing. Sebaliknya, guru juga boleh memaparkan perenggan yang
tidak mengandungi unsur tautan tertentu dan murid diminta memberikan
pandangan dan kemudian memantapkannya melalui teknik pembinaan
pertautan yang bersesuaian secara berkumpulan. Tegasnya, aktiviti-aktiviti
yang dirancang yang berpegang kepada prinsip mudah kepada aktiviti
yang lebih sukar akan akan dapat meningkatkan penguasaan murid
menjalin ayat dalam perenggan sehingga perenggan memancarkan tema
karangan yang tertentu.

Selain itu, aspek penilaian karangan seharusnya mengambil kira
penggunaan unsur tautan. Perenggan karangan dengan pelbagai sarana
unsur tautan seharusnya diangkat sebagai ciri karangan cemerlang. Ketika
proses menyemak atau menilai karangan, para guru dicadangkan menegur
atau membetulkan penggunaan saranan unsur tautan yang kurang tepat.
Dengan demikian murid bukan sahaja dibimbing menghasilkan ayat yang
gramatis malah lebih penting dapat menjanakan ayat yang bermakna dan
mempunyai ciri kesatuan wacana yang utuh.

Sebagai kesimpulannya, pendedahan dan bimbingan secara
berterusan ketika proses murid mengarang tentang pelbagai jenis unsur
tautan akan membina kesedaran dalam diri murid tentang perkaitan dalam
setiap ayat yang ditulis. Impak pengajaran unsur tautan secara sedar ini
akan akan menjadikan karangan murid lebih kohesif dan koheren.

11

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

Rujukan

Abdul Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip, Kedah dan
Teknik. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd,
Abdul Jalil Othman (2001). Analisis Tautan Ayat Dari Segi Kohesi Nahuan dan
Leksikal

dalam Penulisan Karangan: Jurnal Bahasa, 44, 826-845.
Abdul Rahman bin Khaldun (2013). Muqadimah Ibnu Khaldun. Kaherah: Darul
Fajar.
Abdul Rashid Jamian (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan
Menulis Bahasa

Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu Vol 1. Bil 1, Mei 2011, 1-12.
Ahmad Khair Mohd Nor, 2005). Seni Mengarang: Penulisan Karangan. Shah
Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Arbak Othman (1985). Belajar Tatabahasa Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Awang Sariyan (2015). Tertib Mengarang Asas Retorik untuk Pelajar dan
Pendidik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
-------------------( 2018). Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa
dan Pustaka.
Azhar M. Simin. (1988). Discourse-syntax of Yang in Malay. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman (2011). Pelaksanaan
Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal
Penyelidikan Bahasa
Melayu-JPBM (Malay Language Education Journal - My LEJ).Vol. 1 Bil 1
(Mei
2011): 67-87.
Ghazali Darusalam (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Haliday, M. A.K & Hasan R. (1976). Cohesion in English. London: Longman.

12

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

Khatijah Abd Hamid (2001). Wacana dalam Teks Penulisan Pertautan dalam
Karangan

Bahasa Melayu Berdasarkan Analisis Kohesi dan Koheren. Dewan
Bahasa, 12, 31-38.
--------------------------(1996). Wacana dalam Teks Penulisan: Satu Tinjauan
Tentang

Pertautan Berdasarkan Analisis Kohesi dan Koheren. Jurnal Dewan
Bahasa 40: 10

Oktober, 866-880.
Kupasan Mutu Jawapan SPM 2019. Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kuala
Lumpur.
Marohaini Yusoff dan Zulkifli A.Manaf (1997). Pengajaran Kemahiran Menulis
Karangan

Bahasa Melayu di Sekolah Menengah: Satu Penilaian Kualitatif.
Pertanika J.Soc. Sci

& Hum. 5(2):65-71 (1997).
Marohaini Yusoff (2004). Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa
Melayu. Kuala

Lumpur: Universiti Malaya.
Mohammad Azam Ahmad (2000). Perspektif Baru Dalam Kemahiran
Mengarang: Satu Kajian

Kes. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Noor Hidayah Ismail & Azhar Mohd Sabil (2019). Penggunaan Prinsip
Keterampilan Menulis

Terhadap Karangan dalam Kalangan Pelajar di Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA): Satu Analisis Wacana Terhadap Penulisan
Karangan. Prosiding Seminar Lingustik Kebangsaan SILK 2019. Kuala
Lumpur.

Norfaizah Abdul Jobar, Anida Sarudin dan Idris Mohd Radzi (2014). Pola
Tematik dan

Implikasinya dalam Pengajaran Penulisan Karangan. Jurnal Bahasa
dan Sastera Melayu Jilid 5/2014 72-87.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2018). Kurikulum Standard Sekolah
Menengah Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Raminah Hj Sabran (1989). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa
Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

13

WACANA DALAM PENULISAN: SATU ANALISIS KOHESI DAN KOHEREN KOLOKIUM SISWAZAH
BERDASARKAN UNSUR TAUTAN
BITARA
MELAYU

Roselan Baki (2003). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Shah Alam:

Karisma Publications Sdn. Bhd.
Sanat Md Nasir. (2002). Tautan dalam Wacana Akhbar Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsul Hazliyatul Akma (2010). Tautan Wacana dalam Penulisan Karangan
Pelajar

Tingkatan 6. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Zamri Salleh dan Abdul Sukor (2009). Kesan Model Unsur Tautan Terhadap
Pengajaran

Karangan Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Learning and
Instruction (MJLI). Vol 6
(2009). 55-79.
Zuraini Jusoh & Abdul Rasid Jamian (2016). Kesan Bercerita Terhadap
Pencapaian
Penulisan Karangan Naratif Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan
Bahasa Melayu-JPBM (Malay Language Education Journal - My LEJ).
Vol. 4 Bil 1 (Mei 2014): 11-18.
Zuraini Jusoh, Fadzillah Abd Rahman, Norazlina Mohd Kiram & Samsilah
Roslan (2013).
Pencapaian Bahasa Melayu Yang Rendah Dalam Kalangan Calon
Penilaian
Menengah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol 3. Bil 1, Mei
2013, 1-11.

14


Click to View FlipBook Version