DISEDIAKAN OLEH:
SADIKIN BIN HJ. KASIM
KETUA PANITIA PEND. SENI VISUAL DAN KESENIAN
SEK. KEB. PASIR PUTIH,
TAWAU, SABAH.
.
PENDIDIKAN KESENIAN
TAHUN 4
.
UNIT 4 : BUNGA GERGASI
PENGHASILAN ARCA ESTETIK
(TEKNIK ASEMBLAJ)
MAKSUD ARCA
Perkataan arca berasal daripada
perkataan Yunani Kuno “sculpere”
yang bermaksud
mengukir, menebuk, memotong, melarik
dan sebagainya.
JENIS ARCA
Arca terbahagi kepada dua jenis iaitu :
1. Arca estetik
2. Arca berfungsi
Arca Estetik
1. Merupakan arca yang dijadikan bahan peragaan atau
tatapan sahaja. Ia dipamerkan diruangan galeri atau ruang
dalam bangunan sebagai penghias.
2. Arca sebegini mempunyai nilai intelektual yang
memerlukan daya pemikiran yang kritis untuk memahami
maksud atau mengintepritasikannya.
Arca Berfungsi
1. Arca berfungsi mempunyai nilai keindahan dan
dipamerkan dengan tujuan tertentu. Contohnya patung
kaum peribumi Malaysia dihasilkan sebagai lambang
kepercayaan dan digunakan dalam upacara ritual mereka.
2. Arca berfungsi ini merupakan jenis arca terawal yang
dihasilkan oleh manusia. Pembinaan arca di taman
permainan, selain menghias ia juga berfungsi sebagai
tempat kanak-kanak bermain.
TEKNIK MEMBINA ARCA
Asemblaj
ASEMBLAJ
Asemblaj adalah himpunan bahan terpakai yang
dicantumkan untuk membentuk kesatuan objek.
Aktiviti ini dikaitkan biasanya pada himpunan bentuk-bentuk
dua dimensi.
Namun begitu, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk
tiga dimensi.
.
Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu “Bicycle Wheel”
( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya
dalam bidang seni tangan.
Di mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan sedia
ada yang terdapat di rumah.
Jawab soalan berikut:
1. Perkataan arca berasal daripada perkataan Yunani Kuno
“sculpere” yang bermaksud ____________, menebuk, memotong,
____________, dan sebagainya.
2. Arca terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
(a) ____________________
(b) ____________________
3. Asemblaj adalah himpunan bahan _____________ yang
dicantumkan untuk membentuk _________________ objek.
.
4. Aktiviti asemblaj biasanya dikaitkan pada himpunan bentuk-
bentuk ___________ dimensi dan boleh juga dihasilkan dalam
bentuk ___________ dimensi.
5. Arca asemblaj biasanya dibina menggunakan bahan __________
yang terdapat di ____________.
6. Hasilkan satu arca estetik bertajuk “Bunga Gergasi”
menggunakan teknik asemblaj.
.
JAWAPAN SOALAN 6
“ Bunga Gergasi ”
(a) Penentuan bahan
(b) Alat dan bahan
Langkah 1: Gunting pinggan kertas membentuk
kelopak bunga.
Langkah 2 : Warnakan kelopak bunga dengan warna air
Langkah 3: Lekatkan kelopak bunga pada cawan
kertas menggunakan double side tape.
Langkah 4 : Lipatkan kertas warna menjadi 5 bahagian.
kemudian guntingkan kertas warna menjadi seperti
bentuk yang ditunjukkan.
Langkah 5: Potong polisterin seperti yang ditunjukkan dan hasilkan
lubang pada polisterin tersebut. Kemudian masukkan penyedut
minuman.
Potong cotton bud dan cucuk pada polisterin
Langkah 6 : Potong cawan seperti yang ditunjukkan dan warnakan
bahagian yang dipotong.
Hasilkan bukaan kecil pada bahagian tengah dan
masukkan penyedut minuman
Langkah 7: Lekatkan double side tape pada bahagian tepi cawan
dan masukkannya di tengah-tengah kelopak bunga.
Langkah 8: Masukkan cat air ke dalam botol berisi air dan
goncangkan. Kemudian penuhkan air berwarna tersebut.
Hasilkan bukaan pada bahagian yang ditunjukkan
dan masukkan bahagian atas botol
Langkah 9: Ikatkan beg plastik hijau pada bahagian bawah
botol dan gubah menjadi bentuk daun.
Arca Bunga Gergasi telah siap
.