PERTANDINGAN SYARAHAN DAN
UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU
SJKC DAN SJKT
PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI
PERINGKAT DAERAH
CAMERON HIGHLANDS
TAHUN 2022
PERASMIAN PENUTUPAN OLEH :
Tuan Haji Halim bin Salleh, SAP. AAP
Pegawai Pendidikan
Daerah Cameron Highlands
ATURCARA
8.00 pagi : Pendaftaran peserta
8.30 pagi : Pertandingan Syarahan
8.45 pagi : Taklimat Pertandingan Ujian
Bertulis
9.00 pagi : Pertandingan Ujian Bertulis
10.45 pagi : Rehat
11.00 pagi : Pertandingan Syarahan
Spontan bermula
11.15 pagi : Jamuan makan
11.45 pagi : Upacara perasmian penutupan
- Tarian Selamat Datang
- Nyanyian Lagu Cindai
- Nyayian Lagu Negaraku
dan Lagu Negeri Pahang
- Ucapan Pengerusi
Pengelola Pertandingan
- Ucapan Perasmian Penutupan
- Penyampaian cenderahati
- Ulasan Ketua Hakim
- Penyampaian sijil dan
hadiah
- Majlis bersurai
JAWATANKUASA PENGELOLA
Penaung : Tuan Haji Halim Bin Salleh, SAP. AAP.
Pegawai Pendidikan Daerah
Cameron Highlands
Penasihat 1 : En. Amar bin Ahmad
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Cameron Highlands (Pembelajaran)
Penasihat 2 : En. Badrul Hisham bin Mohd Tahir, AMP.
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Cameron Highlands (SPMd)
Penyelaras : Pn Zur Aida Binti Yusof
SISC+
Pengerusi : Pn Tan Lee Min
Guru Besar SJKC Kampung Raja
Setiausaha : Pn Thavamalar Thevi A/P
Letchemanan
Guru Besar SJKT Ringlet
Bendahari : En Lee Chong Dee
Guru Besar SJKC Kuala Terla
JAWATANKUASA KERJA
Pengelola : Pn Tan Lee Min
Guru Besar SJKC Kampung Raja
Setiausaha : Pn Lew Mee San
SJKC Kampung Raja
Juruacara Majlis / Pertandingan Spontan
→ SJKC Kea Farm
→ SJKT Sungai Palas
→Pertandingan Syarahan Pusingan 1
SJKT Ringlet
→Pertandingan Syarahan Spontan
SJKT Ladang Boh 1
→Pertandingan Ujian Bertulis
SJKC Bertam Valley
→Kehakiman
SJKT Shum Yip Leong
→Pendaftaran Peserta
SJKC Tanah Rata
→Penjaga Masa Syarahan Pusingan 1 & Spontan
SJKT Blue Valley
→Pencatat Markah / Syarahan & Juara Keseluruhan
SJKC Brinchang
→Rekod Keputusan Ujian Bertulis
SJKT Ladang Boh 2
→Hadiah/Cenderamata
SJKC Cameron
JAWATANKUASA KERJA
Sijil
→ PPD Cameron Highlands
→ SJKT Tanah Rata
Persiapan Tempat Syarahan / Ujian Bertulis /
→Spontan
SJKC Kampung Raja
→Siaraya
SJKC Kampung Raja
→Jurugambar
SJKC Kampung Raja
→Buku Program
SJKC Tanah Rata
→Kad Jemputan
SJKT Blue Valley
→Banner
SJKT Kuala Terla
→Perhiasan Dewan / Pentas
SJKC Tringkap
→Kawalan Disiplin
Semua Guru Pengiring
→Sambutan Majlis Perasmian Penutupan
SJKC Kampung Raja
SENARAI NAMA PESERTA
UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU
PIALA PERPADUAN 2022
SENARAI NAMA PESERTA
UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU
PIALA PERPADUAN 2022
SENARAI NAMA PESERTA
UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU
PIALA PERPADUAN 2022
SENARAI NAMA PESERTA
UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU
PIALA PERPADUAN 2022
PERATURAN-PERATURAN
PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS SJKC & SJKT
PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI
PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS
TAHUN 2022
1. NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT) Piala Perpaduan Perdana Menteri Daerah Cameron
Highlands 2022.
2. OBJEKTIF
2.1 Menggalakkan murid-murid SJKC dan SJKT bertutur,
menguasai serta mempertingkatkan taraf penggunaan
Bahasa Melayu.
2.2 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJKC dan
SJKT di Malaysia.
2.3 Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah serta
“Cintailah Bahasa Melayu”.
2.4 Membentuk watak murid abad ke-21 yang berketerampilan,
yakin dan berani.
3. PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
3.1 Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka /fizikal.
3.2 Penyertaan terbuka kepada semua murid bukan Melayu
tahap dua, warganegara Malaysia yang bersekolah di
SJKC dan SJKT di daerah Cameron Highlands dan bahasa
ibundanya bukan bahasa Melayu.
3.3 Setiap sekolah layak menghantar LIMA (5) orang peserta
terbaik bagi ujian bertulis.
3.4 Pertukaran peserta tidak dibenarkan selepas tarikh tutup
penghantaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola
pertandingan.
4. MAKLUMAT PERTANDINGAN
4.1 Soalan-soalan adalah berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah Bahasa Melayu
yang melibatkan petikan, sistem bahasa dan pengetahuan
am berkaitan bahasa kebangsaan serta perpaduan.
4.2 Diperuntukkan 60 minit untuk menjawab 100 jenis soalan
beraneka pilihan.
4.3 Perkara yang diuji merangkumi pemahaman, peribahasa
termasuk simpulan bahasa dan bandingan semacam,
sinonim, antonim, kata adjektif, kata kerja, penjodoh bilangan,
kata sendi, kata ganti nama, kata ganda serta pengetahuan
am berkaitan bahasa dan perpaduan.
5. CARA PENGHAKIMAN
5.1 Jawapan akan disemak oleh satu panel pemeriksa yang
dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pertandingan.
5.2 Markah bagi setiap soalan ialah satu (1) markah dan markah
penuh ialah seratus (100).
5.3 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama,
kedudukan akan ditentukan berdasarkan kepada markah
yang diperolehi mengikut susunan aspek-aspek seperti
berikut:
i. Kefahaman
ii. Simpulan Bahasa
iii. Peribahasa
iv. Perikatan Seerti dan Berlawanan
5.4 Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.
6. PAKAIAN PESERTA
6.1 Semua peserta mesti memakai pakaian seragam sekolah
semasa pertandingan.
7. HADIAH PERINGKAT NEGERI
7.1 Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut
bagi setiap kategori:
Johan : Piala + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Naib Johan : Piala + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Ketiga : Piala + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Keempat : Piala + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Kelima : Piala + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Keenam –Kesepuluh : Piala + sijil pencapaian + sijil penyertaan
7.2 Semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat
sijil penyertaan
8. HAL-HAL LAIN
8.1 Segala pindaan kepada peraturan adalah dalam
lingkungan kuasa Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
Daerah.
9. PENYERTAAN
9.1 LINK PENDAFTARAN PENYERTAAN YANG LENGKAP
(SYARAHAN DAN BERTULIS) hendaklah diisi dan dihantar
kepada Urusetia Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
Peringkat Daerah seperti yang berikut:
i) Link Pendaftaran Ujian Bertulis
https://forms.gle/ZKrJ1VGNXpjKLruh6
ii) Link Pendaftaran Syarahan
https://forms.gle/KcUp2DJeimhJmQhu8
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi
Guru Besar SJK C KAMPUNG RAJA melalui
Telefon : 05-4981271
E-mel : [email protected]
9.2 Borang penyertaan perlu dihantar sebelum atau pada
7 JUN 2022
SENARAI NAMA PESERTA
PERTANDINGAN SYARAHAN
PIALA PERPADUAN 2022
SENARAI NAMA PESERTA
PERTANDINGAN SYARAHAN
PIALA PERPADUAN 2022
PERATURAN-PERATURAN
PERTANDINGAN SYARAHAN SJKC & SJKT
PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI
PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS
TAHUN 2022
1. NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT) Piala Perpaduan Perdana Menteri Daerah Cameron
Highlands 2022.
2. OBJEKTIF
2.1 Menggalakkan murid-murid SJKC dan SJKT bertutur,
menguasai serta mempertingkatkan taraf penggunaan
Bahasa Melayu.
2.2 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJKC dan
SJKT di Malaysia.
2.3 Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah serta
“Cintailah Bahasa Melayu”.
2.4 Membiasakan murid-murid SJKC dan SJKT menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian mereka.
2.5 Membina elemen kebudayaan masyarakat Malaysia melalui
pertandingan syarahan.
2.6 Membentuk watak murid abad ke-21 yang berketerampilan,
yakin dan berani.
3. KELAYAKAN/SYARAT
3.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid bukan Melayu
tahap dua, warganegara Malaysia yang bersekolah di SJKC
dan SJKT di daerah Cameron Highlands dan bahasa
ibundanya bukan bahasa Melayu.
3.2 Peserta tidak boleh menyentuh, membangkitkan,
mengabaikan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti
berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera,
individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni sejagat, dan
hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif.
3.3 Peserta tidak dibenarkan membaca nota atau teks.
3.4 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap
apa-apa jua tuntutan berkaitan plagiarisme terhadap peserta
oleh mana-mana pihak.
4. BILANGAN PESERTA
4.1 Setiap sekolah layak menghantar DUA (2) orang peserta
sahaja untuk menyertai pertandingan di Peringkat Daerah.
5. TAJUK
5.1 Syarahan yang dipersembahkan mestilah berdasarkan
tema perpaduan dan diperluas kepada isu-isu semasa tetapi
masih mempunyai nilai-nilai yang berkaitan dengan:
a) Perpaduan dan muhibah
b) Kesopanan dan kesusilaan
c) Integrasi kaum
d) Patriotisme
e) Kebudayaan Kaum-kaum di Malaysia
6. HAD MASA
6.1 Setiap peserta diberi masa LIMA (5) minit sahaja.
Sekiranya peserta mengambil masa melebihi 5 minit, markah
akan ditolak. Setiap 30 saat selepas LIMA (5) minit yang
diperuntukkan, SATU (1) MARKAH akan DITOLAK daripada
markah yang diperolehi. Loceng akan dibunyikan sekali
SEMINIT(1) sebelum masa sebenar tamat. Loceng akan
dibunyikan DUA (2) kali apabila masa sebenar tamat.
7. FORMAT PERTANDINGAN
Pertandingan akan dijalankan secara bersemuka / fizikal. Ini
melibatkan DUA (2) bahagian dan setiap peserta wajib bertanding
dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap
bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan
oleh Jawatankuasa Pertandingan. Pengacara majlis dan peserta
syarahan TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah
dan daerah masing-masing.
7.1 Bahagian Pertama
Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing
dengan tajuk yang telah disediakan oleh pihak sekolah yang
mengambil bahagian. Tema tajuk mestilah berdasarkan
tema perpaduan.
7.2 Bahagian Kedua
7.2.1 LIMA (5) peserta TERBAIK bagi pertandingan
syarahan bahagian pertama akan layak menyertai
pertandingan syarahan secara spontan.
7.2.2 Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing
secara spontan berdasarkan tajuk yang ditentukan
oleh jawatankuasa pertandingan.
7.2.3 Tajuk bertemakan perpaduan tidak akan dikemukakan
lagi pada syarahan bahagian kedua.
7.2.4 Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul
yang disediakan di meja Ketua Hakim dan
menyerahkannya kepada juruacara tanpa membuka
sampul tersebut.
7.2.5 Juruacara akan membaca tajuk tersebut apabila
peserta telah berada di atas pentas.
7.2.6 Masa persediaan (1) satu minit bermula sebaik
sahaja juruacara selesai membaca tajuk syarahan
spontan.Semasa persediaan di pentas, peserta tidak
dibenarkan mendapat bantuan oleh mana-mana pihak,
alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat
elektronik.
7.2.7 Loceng akan dibunyikan (1) sekali menandakan
bermulanya masa persediaan dan (2) dua kali
menandakan tamatnya masa persediaan dan
bermulanya masa syarahan spontan.
7.2.8 Peserta perlu mula bersyarahan selama 3 minit.
7.2.9 Peserta tidak dibenarkan memulakan syarahan
spontan sebelum tamatnya masa persediaan.
7.2.10 Murid akan memakai ear-phone dan dibawa ke
bilik kuarantin untuk menunggu gilirannya.
8. KRITERIA PENILAIAN
8.1 Peserta syarahan WAJIB memberikan ucap selamat dan kata
alu- aluan sebelum memulakan syarahan. Markah
keseluruhan akan terjejas sekiranya peserta tidak
memberikan ucap selamat terlebih dahulu.
8.2 Lima (5) markah maksimum akan ditolak jika
peserta menyentuh isu sensitif/menunjukkan perlakuan /
tutur kata yang kurang sopan.
8.3 Peserta yang membaca nota atau teks,menyentuh isu
sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan
tidak sempat membuat kesimpulan, jumlah markah
maksimum yang boleh diberikan ialah 20 sahaja dan ia
TIDAK LAYAK untuk diumumkan sebagai pemenang
pertama, kedua dan ketiga dalam pertandingan ini.
8.4 Untuk syarahan bahagian pertama, setiap peserta akan
dinilai berdasarkan kriteria yang berikut;
i) Idea/Isi : 20 markah
ii) Bahasa : 30 markah
iii) Penyampaian : 50 markah
Jumlah : 100 markah
8.5 Bagi peserta yang mendapat markah yang
sama, kedudukannya akan ditentukan berdasarkan markah
yang lebih tinggi mengikut susunan kriteria-kriteria
seperti di bawah:
i) Penyampaian
ii) Bahasa
iii) Idea/Isi
8.6 Untuk syarahan bahagian kedua (syarahan spontan),
setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria yang berikut;
i) Idea/Isi : 40 markah
ii) Bahasa : 30 markah
iii) Penyampaian : 30 markah
Jumlah : 100 markah
8.7 Kedua-dua markah peserta dari setiap daerah ini akan
digabungkan dengan markah peserta-peserta daerah
masing-masing untuk menentukan Juara Perpaduan atau
Juara Keseluruhan peringkat negeri.
9. HAKIM
9.1 Para hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan.
9.2 Keputusan para hakim adalah MUKTAMAD.
10. PAKAIAN PESERTA
10.1 Peserta hendaklah memakai blazer berwarna gelap
yang tidak menunjukkan identiti sekolah.
10.2 Peserta lelaki juga dikehendaki memakai tali leher,
kemeja putih dan berseluar panjang berwarna gelap.
10.3 Peserta perempuan dikehendaki memakai tali leher,
kemeja putih dan skirt berwarna gelap.
10.4 Peserta turut digalakkan berpakaian tradisional masyarakat
Malaysia sebagai imej perpaduan dan kebudayaan negara.
11. HADIAH PERINGKAT DAERAH
11.1 Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut
bagi setiap kategori:
Johan : Piala + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Naib Johan : Piala + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Ketiga : Piala + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Keempat : Piala + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Kelima : Piala + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Keenam –Kesepuluh : Piala + sijil pencapaian
+ sijil penyertaan
11.2 Semua peserta yang mengambil bahagian akan
mendapat sijil penyertaan.
12. HAL-HAL LAIN
12.1 Segala pindaan kepada peraturan adalah dalam lingkungan
kuasa Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Daerah.
PENGHARGAAN
→Terima kasih kepada
Tuan Mohammad Rosli bin Abdul Rahman
→Pengarah Pendidikan Pahang
Tuan Haji Halim Bin Salleh, SAP, AAP.
→ Pegawai Pendidikan Daerah Cameron Highlands
En. Amar bin Ahmad
→ Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran)
En. Badrul Hisham bin Mohd Tahir, AMP.
→ Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (SPMd)
Pn Zur Aida Binti Yusof
SISC+
→ Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands
→ YB Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
→ Lembaga Pengurus dan PIBG SJKC Kampung Raja
→ Hakim-hakim Pertandingan Syarahan
→ Jawatankuasa Pertandingan Syarahan Dan Ujian Bertulis
SJKC Dan SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat
Daerah Cameron Highlands
Atas Sumbangan Yang Telah Diberikan Dan Semua Yang
Terlibat Bagi Menjayakan
PERTANDINGAN SYARAHAN DAN UJIAN BERTULIS
BAHASA MELAYU SJKC DAN SJKT
PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI
PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS
TAHUN 2022