The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM kali ke-62

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nuraisyah Syafiqah, 2023-12-07 09:44:35

LAPORAN TAHUNAN PKPIM

Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM kali ke-62

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA


1 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Kata-kata Aluan Setiausaha Agung PKPIM 3 – 4 DOKUMEN A Peraturan Tetap Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) 5 – 7 Peraturan Tetap Persidangan-persidangan PKPIM 7 – 11 DOKUMEN B 12 – 36 Minit Mesyuarat MPAT Kali Ke-61 PKPIM DOKUMEN C 1. Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja PKPIM Pusat Sesi 2022/2023 37 – 38 2. Diari Tahunan PKPIM Sesi 2022/2023 39 – 48 3. Laporan Setiausaha Agung & Jabatan Pengurusan dan Professionalisme (JPP) 49 – 65 C1 - LAPORAN PENILAIAN KHAS MAJLIS & JABATAN PKPIM 1. Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (JDPI) 66 – 73 2. Majlis Hewi Kebangsaan (MHK) 74 – 88 3. Jabatan Kesukarelawanan, Kemanusiaan dan Alam Sekitar (JASA) 89 – 92 4. Majlis Perhubungan Pelajar Islam Negeri (MAPPIN) 93 – 98 5. Majlis Pembangunan Kampus, Hal Ehwal Belia dan Sukan (PEKA) 99 – 107 C2 - LAPORAN PKPIM NEGERI 1. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Negeri Kelantan (PKPIM Kelantan) 108 – 114 2. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Negeri Perlis (PKPIM Perlis) 115 – 126 3. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Negeri Kedah (PKPIM Kedah) 127 – 137 4. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Negeri Sabah (PKPIM Sabah) 138 – 156 5. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Negeri Terengganu (PKPIM Terengganu) 157 – 168 C3 - LAPORAN PKPIM KAMPUS 1. Universiti Selangor Kampus Shah Alam (UNISEL SA) 169 – 179 2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 180 – 187 3. Universiti Malaya 188 – 191 4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak 192 – 199 5. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 200 – 208 6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gambang 209 – 213 7. Universiti Selangor Bestari Jaya (UNISEL BJ) 214 – 220


2 C4 - LAPORAN BADAN GABUNGAN NEGERI (BGN) 1. Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) 221 – 228 2. Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) 229 – 237 3. Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS) 238 – 247 4. Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM) 248 – 253 5. Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP) 254 – 261 6. Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak (KPIP) 262 – 275 7. Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) 276 – 288 8. Persatuan Pembimbing Belia Islam Pulau Mutiara (PEMBIMBING) 289 – 300 9. Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) 301 – 311 LAMPIRAN


3 KATA-KATA ALUAN SETIAUSAHA AGUNG PKPIM MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK MPAT KE-62 Assalamualaikum w.b.t. salam perjuangan dan salam Malaysia MADANI. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaan dan rahmat-Nya kita dapat berhimpun di dalam Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM Kali ke 62. Syukur kita kepada Allah kerana pada kali ini, kita dapat melaksanakan MPAT ke-62 di kampus Universiti Watan yang dicitrakan oleh senior-senior PKPIM yang terdahulu. Ketahuilah bahawa keberadaan kita berada di dalam gerakan yang kita cintai ini adalah untuk mengenalpasti kekurangan dan kekangan agar dapat menambahbaik pada masa akan datang. Pada tahun ini, PKPIM telah masuk tahun ke 62 sebagai simbolik kematangan, kekitaan dan kekeluargaan dalam gerakan dakwah pelajar Islam di Malaysia. Maka pada tahun kematangan ini, kita perlu merancang dan memeta strategi dakwah agar sinar Islam terus tersebar dan diangkat oleh segenap masyarakat khususnya di kampus-kampus. Merujuk irman Allah dalam surah Al Hasr ayat 18: “Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Justeru itu, sempena MPAT ke-62 ini bukan menyambut perayaan semata-mata tetapi untuk bermuhasabah dan refleksi dalam gerak kerja dakwah yang telah dilaksanakan. Agar anjakan paradigma dapat digerakkan pada masa akan datang. Saudara juga perlu diingatkan bahawa muktamar ini bukan medan untuk mengerat silaturahim semata sebagai rukun Jemaah, tetapi sebagai medan yang terbaik bagi perkumpulan ahli keluarga besar PKPIM, Badan Gabungan Negeri dan kampus, dengan semangat ukhuwah Islamiyyah dan ruh jihad fisabilillah yang menebal, sama-sama kita melakukan penilaian serta muhasabah bagi memastikan agar gerak kerja dakwah berada di landasan yang tepat. Di samping kita menguatkan jentera dakwah PKPIM, tradisi muktamar ini merupakan antara perkara yang telah menjadikan PKPIM sebagai sebuah gerakan pelajar islam yang berpengaruh dan kekal releven di negara ini. Manfaat serta hayatilah segala inspirasi, kritikan dan pedoman ketika muktamar ini sebagai motivasi untuk kita bergerak lebih maju ke hadapan demi mencapai tamadun khayra ummah. Intihanya, marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah s.w.t. semoga diberikan taufiq dan hidayah dalam menggerakan MPAT ke-62 ini. Semoga perhimpunan kita ini diredhai oleh Allah dan menjadi asbab untuk ditempatkan ke syurga.


4 Hidup Biar Berjasa! Selamat bermuktamar! MUHAMMAD DZUL AIMAN BIN ZULKEFLY SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA


DOKUMEN A


5 DOKUMEN A PERATURAN TETAP MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN (MPAT) KAEDAH TATACARA PERSIDANGAN TAHUNAN 1. Persidangan Tahunan akan dipengerusikan oleh Pengerusi Persidangan atau Timbalan Pengerusi Persidangan yang dilantik oleh Mesyuarat MKPI dari kalangan ahli-ahli MKPI. 2. Persidangan Tahunan akan mempunyai empat (4) sidang: (a) Sidang Ucapan Dasar. (b) Sidang Pembentangan Laporan-laporan sesi berakhir tahun tersebut atau Sidang Penuh. (c) Sidang Usul. (d) Sidang Resolusi (Perbahasan Ucapan Dasar, Pembubaran dan Pelantikan). 3. Persidangan Tahunan dimulakan dengan Sidang Ucapan Dasar oleh Presiden bagi sesi tersebut. 4. Persidangan diteruskan dengan memilih atau memperkenalkan anggota yang berikut daripadapeserta Persidangan: (a) Setiausaha / Pencatat Persidangan. (b) Jawatankuasa Tauliah. (c) Jawatankuasa Pemandu. (d) Jawatankuasa Usul. 4.1 Setiausaha/Pencatat Persidangan Kewajipan Setiausaha/Pencatat Persidangan ialah mencatatkan segala perjalanan dalam Persidangan dan akan menghantar catatannya kepada Setiausaha Agung setelah tamat persidangan. 4.2 Jawatankuasa Tauliah (a) Anggota-anggotanya: Jawatankuasa Tauliah adalah mengandungi ahli-ahli daripada setiap Badan Gabungan. Jawatankuasa itu akan melantik seorang daripada mereka menjadi Pengerusi yang akan menghantarkan penyata Jawatankuasa itu kepada Pengerusi Persidangan. (b) Tugas-tugas Jawatankuasa ini ialah: i. Menerima dan memeriksa tauliah tiap-tiap ahli yang hadir dalam persidangan itu.


6 ii. Menyokong dan mengesahkan kepada Sidang Penuh akan taraf yang ditetapkan bagi tiap-tiap ahli yang mengambil bahagian. 4.3 Jawatankuasa Pemandu (a) Anggota-anggotanya: Jawatankuasa Pemandu mengandungi seorang wakil daripada tiap-tiap persatuan gabungan. Jawatankuasa itu akan melantik di antara mereka seorang Pengerusi yang akan menghantarkan penyata pendahuluan kepada Sidang Penuh. (b) Tugas-tugas Jawatankuasa: i. Menentukan tempat dan masa untuk persidangan dan diberi kuasa untuk menyusun agenda setiap sidang, tertakluk kepada pengetahuan dan persetujuan Setiausaha Agung. ii. Memastikan perjalanan dan masa persidangan dipatuhi. iii. (c) Tertakluk kepada persetujuan Pengerusi Muktamar, Jawatankuasa ini berkuasa menyokong atau menolak apa-apa perkara untuk dibincangkan di dalam setiap sidang. 4.4 Jawatankuasa Usul (a) Anggota-anggotanya: Jawatankuasa Usul mengandungi wakil daripada badanbadan gabungan terpilih yang ditentukan oleh Setiausaha Agung. Jawatankuasa itu akan melantik di antara mereka seorang Pengerusi yang akan menghantarkan penyata pendahuluan kepada Sidang Penuh. (b) Tugas dan kuasa: i. Menapis dan memilih usul-usul yang dikemukakan oleh Badan Gabungan Negeri untuk dibentangkan dalam Sidang Usul. ii. Menyusun dan menentukan agenda dan peraturan Sidang Usul. 5. Sidang Penuh akan dijalankan oleh Pengerusi Persidangan selepas daripada Sidang Ucapan Dasar. Persidangan ini akan membincangkan perkara-perkara berikut: (a) Penyata daripada Jawatankuasa Tauliah (b) Penyata pendahuluan daripada Jawatankuasa Pemandu (c) Penyata daripada Jawatankuasa Usul (d) Penyata tentang perjalanan yang telah diambil pada Persidangan Tahunan yang lepas (e) Penyata Tahunan PKPIM (f) Penyata Kewangan dan Timbangan Kira-kira


7 6. Agenda-agenda pada Sidang Usul akan disusun oleh Jawatankuasa Usul dan akan dikuatkuasakan oleh Pengerusi Persidangan. 7. Agenda-agenda pada Sidang Resolusi adalah termasuk: 7.1 Memperkenalkan Jawatankuasa Kerja Kanan oleh Pengerusi Muktamar termasuk juga pemilihan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari Kehormat. 7.2 Resolusi/Kenyataan atas Ucapan Dasar Presiden dan / atau usul yang diterima dalam Sidang usul. 7.3 Ucapan Presiden sesi baru. 8. Sebarang pengecualian dan perubahan terhadap kaedah dan tatacara Persidangan Tahunan hendaklah dibuat melalui usul khas yang dibuat semasa berlangsungnya satusatu Persidangan itu. PERATURAN TETAP PERSIDANGAN-PERSIDANGAN PKPIM 1. PERSIDANGAN-PERSIDANGAN PKPIM 1.1 Semua persidangan PKPIM adalah mengikut peraturan yang dinyatakan dalam Fasal 5, Perlembagaan PKPIM. 1.2 Persidangan Tahunan akan dimaklumkan oleh Setiausaha Agung dalam tempoh satu (1) bulan sebelum Tarikh persidangan. 1.3 Persidangan Khas akan dimaklumkan oleh Pengerusi MKPI dalam tempoh dua (2) minggusebelum dijalankan persidangan tersebut. Surat pekeliling bersama dengan agenda-agendadihantar dengan surat berdaftar kepada badan-badan gabungan dalam tempoh tersebut. 2. AGENDA PERSIDANGAN 2.1 Agenda pada Persidangan Tahunan akan dirancangkan oleh Setiausaha Agung dan Pengerusi MKPI, kemudian dihantar bersama Notis Persidangan kepada badanbadan gabungan. 2.2 Agenda Persidangan Tahunan akan dilaksanakan mengikut Lampiran II. 2.3 Agenda bagi Persidangan Khas akan mengandungi tujuan khusus mengadakan mesyuarat, usul-usul yang dicadangkan serta dengan nama-nama pencadangnya.


8 2.4 Hal-hal lain khusus dipertimbangkan oleh Pengerusi MKPI. Usul-usul yang tidak dinyatakan di dalam Notis Persidangan Khas tidak boleh dibincangkan kecuali dengan persetujuan Pengerusi MKPI. 3. KORUM PERSIDANGAN 3.1 Korum bagi semua Persidangan Tahunan ialah satu per dua (1/2) daripada jumlah perwakilan yang ditetapkan oleh Fasal 5 Perlembagaan berdasarkan jumlah badan gabungan pada tahun diadakan Sidang Majlis Perhimpunan Agung Tahunan pada tahun tersebut. 3.2 Korum bagi Persidangan Khas ialah satu per dua (1/2) daripada jumlah perwakilan yang ditetapkan oleh fasal 5 dalam Perlembagaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. 3.3 Persidangan akan dibatalkan sekiranya korum tersebut tidak mencukupi pada masa Persidangan dan selepas dua (2) jam dari waktu ia sepatutnya dijalankan. 4. PESERTA-PESERTA PERSIDANGAN PKPIM 4.1 Mereka yang mengambil dalam Persidangan Tahunan akan dikenalpasti tauliah dan dibahagikan kepada peringkat-peringkat di bawah ini yang di tentukan kesahihan dan dipertimbangkan penyertaan mereka oleh Jawatankuasa Tauliah: (a) Perwakilan: Wakil yang bertauliah daripada badan-badan gabungan yang boleh memberi fikiran dan mengundi dalam semua sidang dan mendapat Laporan Tahunan. (b) Pemerhati: Wakil dari badan gabungan. (c) Pemerhati Khas: Wakil persatuan-persatuan yang tidak mempunyai keahlian yang mencukupi atau bukan badan gabungan. 4.2 Dalam Persidangan-persidangan PKPIM peserta yang bukan perwakilan tetapi adalah ahli PKPIM atau badan gabungannya boleh diberi peluang mengeluarkan buah fikiran dengankebenaran Pengerusi Persidangan.


9 5. HAK-HAK PESERTA PERSIDANGAN 5.1 Hak mengundi meliputi: (a) Hak bertutur (b) Hak untuk mencadangkan atau menyokong usul, melantik atau menjadi calon jika dianggap sesuai. 5.2 Hak bertutur termasuklah keistimewaan memberi fikiran dalam Persidangan dan mengesyorkan perkara-perkara untuk dibincangkan, tetapi tidak boleh mencadang atau menyokong satu-satu cadangan atau perlantikan dan juga tidak boleh menjadi calon. 5.3 Keistimewaan hak-hak tersebut terbatal jika peserta dibuktikan bukan ahli PKPIM atau mana- mana Badan Gabungan PKPIM atau telah disahkan dilucutkan keahlian. 6 PERATURAN UNDI 6.1 Semua perwakilan dan/atau pemerhati dan pengerusi Persidangan akan mempunyai satu undi. 6.2 Pemilihan atau pengundian sesuatu usul akan dijalankan dengan mengangkat tangan melainkan peserta-peserta Persidangan berkehendakkan sebaliknya. Pengerusi Persidangan akan melantik pembantu untuk menghitung undi jika perlu. 6.3 Sekiranya undi yang sama banyak didapati pada pencadang dan pembangkang, Pengerusi akan memberhentikan Persidangan selama lima (5) minit. Selepas itu pengundian akan diadakan semula dengan tiada perbincangan. Sekiranya kiraan undi masih sama, cadangan itu dianggap kalah, melainkan Pengerusi Persidangan mengundi, sebagai undian pemutus selepas pengundian yang kedua dijalankan. 7. PERATURAN BERTUTUR DAN MEMBERI FIKIRAN, CADANGAN ATAU PINDAAN 7.1 Setiap ahli yang hendak bercakap mestilah bangun dan menujukan percakapannya hanya pada Pengerusi Persidangan. 7.2 Ahli yang mencadangkan satu-satu usul atau pindaan berhak mengemukakan usul atau pindaannya dan memberi penerangan usul atau pindaannya sebelum diundi. 7.3 Kesemua usul dan pindaan mesti ada pencadang dan penyokong. 7.4 Satu-satu cadangan boleh dibahaskan selepas ia dicadang dan disokong.


10 7.5 Satu-satu pindaan mesti ada pencadang dan penyokong dan dibahaskan. 7.6 Perbahasan terbatas dalam lingkungan perkara-perkara yang diusulkan sebagaimana dinyatakan oleh Pengerusi Persidangan. Pengerusi berkuasa menegur seseorang jika ia bercakap perkara- perkara yang terkeluar dari perbincangan. 7.7 Satu-satu pindaan yang mendapat cadangan dan sokongan, tidak dibenarkan dipinda selagi cadangan yang sedang dibincangkan belum diputuskan. Pengumuman bagi meminda cadangan yang pertama tidak akan dibincangkan selagi cadangan itu belum dibacakan. 7.8 Pindaan pada satu-satu cadangan akan diselenggarakan seperti seolah-olah ia adalah cadangan asal. 7.9 Perbincangan dalam satu-satu cadangan termasuk pindaan boleh dipendekkan dari cadangan ahli- ahli atau kehendak Pengerusi Persidangan dengan mendapat persetujuan Persidangan. Jika perbincangan dipersetujui untuk dipendekkan, Pengerusi hendaklah menetapkan masa yang diperuntukkan. 7.10 Satu-satu usul, cadangan atau pindaan yang telah dinyatakan oleh Pengerusi tidak boleh ditarik balik melainkan mendapat sokongan dua per tiga (2/3) ahli Persidangan. 7.11 Perbincangan berkenaan satu-satu usul, cadangan atau pindaan termasuk perkaraperkaradi bawah ini: (a) Usul tidak percaya kepada Pengerusi Persidangan atau Presiden PKPIM (b) Menarik balik satu-satu usul atau cadangan (c) Cadangan untuk bersurai (d) Cadangan untuk berhenti sementara (e) Usul membantah satu-satu keputusan Pengerusi (f) Penggantungan penggunaan mana-mana kaedah dan tatacara Persidangan dengan mendapat sokongan dua per tiga (2/3) ahli Persidangan (g) Cadangan menghentikan perbahasan (h) Cadangan supaya satu-satu usul tidak dikemukakan (i) Cadangan menghadkan atau melanjutkan satu-satu perbahasan (j) Cadangan untuk menangguhkan satu-satu cadangan yang sedang dibincangkan ke suatu masa yang tertentu (k) Cadangan untuk mendapat keterangan lanjut daripadamana-mana Jawatankuasa (l) Lain-lain sebagaimana dibenarkan oleh Pengerusi Persidangan. 7.12 Pengerusi akan membenarkan ahli-ahli berbahas mengikut tata tertib dibawah:


11 (a) Kaedah adab tatacara Persidangan (b) Keistimewaan seseorang. (c) Satu penerangan (d) Lain-lain hal yang difikirkan sesuai oleh Pengerusi Persidangan 7.13 Selain daripada masa mengundi, penegasan dari Pengerusi berkenaan tatatertib Persidangan, pelanggaran Peraturan Tetap atau Perlembagaan dan perkaraperkara yang terkeluar daripada perbincangan mestilah disuarakan. 7.14 Satu-satu penjelasan jika dikehendaki dari seseorang yang sedang bercakap mestilah mendapat kebenaran daripada Pengerusi dahulu. 7.15 Satu-satu keputusan yang telah diterima atau ditolak di dalam Persidangan boleh dipertimbangkan semula sekiranya mendapat sokongan dua per tiga (2/3) ahli Persidangan. Cadangan untuk menimbang sesuatu usul itu hendaklah di buat oleh salah seorang ahli mengundi yang mendapat sokongan majoriti dalam pengundian menerima atau menolak usul tersebut. 8. PERATURAN TAMBAHAN 8.1 Pengerusi akan menguatkuasakan peraturan-peraturan tetap ini dan keputusannya muktamad, melainkan majoriti dua per tiga (2/3) ahli Persidangan bersetuju untuk tidak mengguna pakai mana-mana peraturan di dalam sidang yang tersebut sahaja. 8.2 Pengerusi boleh menyuraikan Persidangan apabila difikirkan perlu tetapi tidak lebih dari satu (1) jam. 8.3 Dalam Persidangan Tahunan, tugas Setiausaha Persidangan / Pencatat adalah mencatatkan perjalanan Persidangan dan membantu Pengerusi Persidangan. Beliau akan memegang jawatannya menurut taraf yang telah di berikan oleh Jawatankuasa Tauliah semasa persidangan. 8.4 Dalam Persidangan Khas, Setiausaha Agung akan mencatat perjalanan Persidangan serta membantu Pengerusi Persidangan dan berhak mengundi.


DOKUMEN B


12 DOKUMEN B MINIT MESYUARAT MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN Ke-61 (MPAT61) PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 1.0 PENDAHULUAN Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM Kali ke-61 telah diadakan pada 9-11 September 2022 bersamaan 12-14 Safar 1444H di Dewan Gemilang, Kolej Kediaman 12 Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mesyuarat dibahagikan kepada 5 sidang iaitu: Sidang 1 1- Pembentangan, Perbahasan dan Pengesahan Minit Mesyuarat MPAT PKPIM Kali ke-60 2- Pembentangan, Perbahasan dan Pengesahan Laporan Tahunan PKPIM Sesi 2021/2022 3- Pembentangan, Perbahasan dan Pengesahan Laporan Kewangan PKPIM Sesi 2021/2022 4- Pembentangan Ucapan Dasar Presiden PKPIM Sesi 2021/2022 Sidang 2 1- Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PKPIM Sesi 2021/2022 Sidang 3 1- Ucapan Penangguhan Ahli Jawatankuasa Kerja PKPIM Pusat Sesi 2021/2022 2- Pembubaran Ahli Jawatankuasa Kerja PKPIM Pusat Sesi 2021/2022 3- Pengumuman Ahli Jawatankuasa Kerja PKPIM Pusat Sesi 2022/2023 Sidang 4 1- Pembentangan dan Perbahasan Usul MPAT PKPIM Kali ke-61 Sidang 5 1- Ucapan Penggulungan Perwakilan MPAT PKPIM Kali ke-61 2- Ucapan Penangguhan Presiden PKPIM Sesi 2022/2023 2.0 KEHADIRAN Kehadiran mesyuarat adalah :174 orang AJKP PKPIM Pusat : 22 orang Perwakilan Negeri/Kampus : 97 orang Pemerhati Negeri/Kampus : 55 orang


13 AHLI JAWATANKUASA KERJA PUSAT SESI 2021/2022 BIL NAMA JAWATAN KEHADIRAN 1. Ahmad Farhan bin Rosli Presiden Hadir 2. Muhamad Nazmi bin Abd Rahim Timbalan Presiden Hadir 3. Ahmad Amsyar bin Ahmad Effendy Naib Presiden (Antarabangsa) Hadir 4. Muhamad Dzul Aiman bin Zulkefly Naib Presiden (Kebangsaan) Hadir 5. Nur Nadirah binti Hamdan Naib Presiden (Hewi) Hadir 6. Muhamad Anwar Hadi bin Romli Naib Presiden (Kampus) Hadir 7. Ahmad Firdaus bin Hadzir Setiausaha Agung Hadir 8. Airin Hafizah binti Khusaini Bendahari Kehormat Hadir 9. Muhammad Afiq bin Omaruddin Penolong Setiausaha Agung Hadir 10. Nur Farhana Marini binti Marzuki Penolong Bendahari Kehormat Hadir 11. Khairunnasuha binti Nazzil Saifuddin Timbalan Pengerusi Hewi (1) Hadir 12. Nur Aidatul Ain binti Zauwawi Timbalan Pengerusi Hewi (2) Hadir 13. Muhammad Asyiq Hakimi bin Kamalruzaman Exco Antarabangsa Hadir 14. Ahmad Haydhar bin Zabri Exco Antarabangsa Hadir 15. Raja Muhammad Arif Afifuddin bin Raja Ahmad Iskandar Exco Dakwah & Tarbiyah Hadir 16. Nafisatul Ilmi binti Zamri Exco Dakwah &Tarbiyah Hadir 17. Hazyrahtul Hadirah binti Haddrin Exco Dakwah & Tarbiyah Hadir 18. Faizahtun Nadhirah binti Omar Exco Latihan Dan Kaderisasi Hadir 19. Irfan bin Samsuddin Exco Latihan Dan Kaderisasi Hadir 20. Muhammad Adam bin Annuar Exco Kesukarelawanan Hadir 21. Fatin Natrah binti Mazelan Exco Perpaduan Hadir 22. Mohamad Luqman Hafiz bin Md Hanif Exco Intelektual Hadir


14 PERWAKILAN IKATAN PELAJAR ISLAM PAHANG (IKATAN) 1. Ahmad Zulhairi bin Azhari 2. Muhammad Afiq bin Othman 3. Muhammad Alif Syafiq bin Mohamed Ismail 4. Ahmad Shamil bin Mahadi 5. Syed Muhammad Naimullah bin Syed Nordin 6. Muhammad Afiq Razieki bin Abdullah 7. Nur Haziqa bbinti Mohd Repai 8. Nurul Saliana 9. Muhammad Asyiq Hakimi bin Kamarulzaman 10. Muhammad Muizuddeen bin Suratman KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ) 11. Muhammad Haqeem bin Zamri 12. Siti Aminah binti Zulkifli 13. Muhamad Hasif Aiman bin Januri KESATUAN PELAJAR ISLAM PERAK (KPIP) 14. Muhammad Faris Idzmad bin Abdillah 15. Ahmad Syafiq bin Abdul Razak 16. Syamila Azizan binti Abdul Aziz 17. Muhammad Iskandar Zulqarnain bin Mohd Abdullah 18. Fion Ines Ng binti Mohd Redzuan Ng PERSATUAN PEMBIMBING BELIA ISLAM PULAU MUTIARA (PEMBIMBING) 19. Wan Hafiz Zariqfitri bin Wan Ismail 20. Muhammad Adam bin Annuar 21. Nurul Atthira binti Rossaffie 22. Nuriffah Atiqah binti Ismail 23. Nor Azah binti Abdul Aziz 24. Muhammad Anas Mustaqim bin Abdul Rahman 25. Muhammad Ammar bin Noor Abidin


15 PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS) 26. Muhammad Zakir bin Abdul Razak 27. Muhammad Taufiq Hidayah bin Mohamad Kuturi 28. Zikrun Na'im bin Nordin 29. Nur Azimah binti Adnan 30. Cut Nurulmaulida binti Nurdin 31. Nur Izzawaie Nabiha binti Hairi 32. Nurhaikal bin Norhisham 33. Afiq Azri bin Muhamad Khuairi 34. Nadia Farahin binti Nasaruddin PERSATUAN PELAJAR ISLAM MELAKA (PEPIM) 35. Elma Natasya binti Yusof PERSATUAN PELAJAR ISLAM SARAWAK (PERKEPIS) 36. Muhammad Luqmanul Hakim bin Mohamad Suffian 37. Fakhri Syakirin bin Azezi PERSATUAN PELAJAR ISLAM NEGERI SEMBILAN (PPINS) 38. Luqman Alhakim bin Mohd Saleh 39. Muhammad Farhan bin Mohd Pilus 40. Siti Norhidayah binti Mohd Zamri PERSATUAN PELAJAR ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (PPIWP) 41. Muhammad Ridhwan bin Abdul Qasim 42. Danial Izzat Irfan bin Syarol Khairi 43. Rasyidah bt Hizal 44. Nur Amirah ‘Izzati binti Zakaria PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA NEGERI KEDAH (PKPIM KEDAH) 45. Abdul Rahman Solehuddin bin Mohd Zain 46. Ahmad Syarifuddin bin Afzaruddin 47. Muhammad Farhann Akmmal bin Mohamad Faizal 48. Muhammad Farhat bin Mohd Pisal 49. Ruhil Amani binti Muhamad Shah Kafli 50. Nazirah binti Abdullah 51. A’lia Sofea binti Mohammad Zainal Abidin 52. Husna Juwairiyah binti Zulkifly


16 PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA CAWANGAN NEGERI KELANTAN (PKPIM KELANTAN) 53. Amir Firhan bin Rosli 54. Wan Muhammad Hanif bin Wan Mustapa 55. Nurul Nadhirah binti Abdul Kadir 56. Wan Muhamad Khairuddin bin Wan Ibrahim 57. Siti Fadhiana Adira binti Ramli 58. Nur Aina Hanim binti Zahri 59. Airani Aryani Anis binti Abdullah 60. Muhammad Afif Syazwan bin Muhammad Salmizi PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA NEGERI PERLIS (PKPIM PERLIS) 61. Nurkhairil Zahirah binti Sham Shul Rizal 62. Fatin Natrah binti Mazelan 63. Nur Adiniy Fikriyah binti Mohammad Azizi 64. Nur Muhammad Naufal bin Durokhman PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA NEGERI TERENGGANU (PKPIM TERENGANU) 65. Mior Muhammad Syahir bin Zahari 66. Mohamad Irfan bin Kamarulzaman 67. Umar bin Hamzah 68. Azhan Anam bin Affendy 69. Nurina Mardiyah binti Abd. Razak 70. Khairunnisa binti Muhamad Khairil 71. Nursabila binti Sidek 72. Aisyah Solehah Binti Mohd Noor PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA NEGERI SABAH (PKPIM SABAH) 73. Muhammad Izuddin bin Hassanudin 74. Muhammad Syahmie bin Azman 75. Ahlam Syah bin Burhan 76. Siti Hajar binti Jamal 77. Nasyitah binti Mohamad Jalani


17 UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA GOMBAK (PKPIM UIAM GOMBAK) 78. Muhammad Adib Irfan bin Fazil 79. Amira Nurul Aina Amir Asree PUSAT ASASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA GAMBANG (PKPIM UIAM GAMBANG) 80. Mohamad Luqman Harith bin Md Hanif 81. Aina Batrisya binti Hasrunnizam 82. Muhammad Aminuddin bin Che Omar UNVERSITI SELANGOR BESTARI JAYA (PKPIM UNISEL BJ) 83. Nureen Auni Izzati binti Ishak 84. Fudhla Asma’ binti Jamnul Azmin 85. Nurul Athirah binti Ibrahim 86. Nurul Najwa binti A Rozi 87. Muhammad Amir Hakim bin Marudin 88. Muhammad Afiq Iqmal bin Mohd Razali 89. Ahmad Danish Amsyar bin Suhairi UNIVERSITI SELANGOR SHAH ALAM (PKPIM UNISEL SA) 90. Ahmad Haydar bin Zabri 91. Shafiah Athilah binti Shahlan 92. Nuraisyah Syafiqah binti Abdull Somad 93. Nur Adriana binti Azlan 94. Mohamad Syuwari bin Mohamad Zulkifli UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PKPIM UKM) 95. Izzah Zahriana binti Ibrahim 96. Muhammad Nazri bin Mohamad Zaini 97. Nur Farisah binti Saifussin


18 PEMERHATI KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ) 1. Fareezzuan bin Mohd Fauzi 2. Muhammad Khalil bin Saat 3. Muhammad Felzar Akmal bin Azman 4. Amirul bin Abdullah KESATUAN PELAJAR ISLAM PERAK (KPIP) 5. Nur Fathiyah Syamimi binti Muhd Fauzi 6. Meor Arif Najmi bin Meor Abdul Wahab 7. Nor Masitah binti Roszali PERSATUAN PEMBIMBING BELIA ISLAM PULAU MUTIARA (PEMBIMBING) 8. Nur Shafiqah Nadiah binti Mohd Syukri 9. Muhammad Syarifuddin bin Sulaiman 10. Muhammad Hasif bin Hishamudin 11. Muhammad Fikri bin Abdullah PERSATUAN PELAJAR ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (PPIWP) 12. Muhammad Zul Haqimie bin Zulkefli PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA NEGERI KEDAH (PKPIM KEDAH) 13. Najwa Nabila binti Mohmad Basrudin 14. Nur Afini binti Rusli 15. Muhammad Danish bin Abdul Karim 16. Nurulain binti Md Rasul 17. Abdul Hadi Awang bin Rosli UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA GOMBAK (PKPIM UIAM GOMBAK) 18. Wan Nur Fatinah binti Ghazali 19. Amirul Firdaus bin Mosni UNIVESITI SELANGOR BESTARI JAYA (PKPIM UNISEL BJ) 20. Nur Farhana Najwa binti Yusri 21. Nur Imanina binti Mohammad


19 22. Nur Farizatul Nadirah binti Rusli 23. Nur Syakirah binti Wan Mohd Zaini 24. Hanis Hamizan bin Muhammad Rahfee 25. Ikmal Wafi bin Abd Ghani 26. Nurul Aleesya Syahirah binti Kamarulzaman 27. Nur Fazilah binti Pazerizulsham 28. Nur Izzah Damia Pearl binti Noorhazizan Pearl 29. Nur Wafa Nabila binti Zin Adli 30. Muhammad Izzuddin bin Ismail 31. Nurul Nida’ binti Muhammed Fauzi 32. Nur Fariha Zafirah binti Abdul Halim UNIVERSITI SELANGOR SHAH ALAM (PKPIM UNISEL SA) 33. Nor Rina binti Siri 34. Nur Nilam Kirana binti Harlis 35. Fatin Najihah binti Jamaludin 36. Hafidzatul Soleha Dalila binti Khairudin 37. Ikhwan Afif bin Mohd Zaki UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (PKPIM USIM) 38. Muhammad Muizuddin bin Ismail 39. Nik Nor Najwa binti Nik Aziz 40. Auni Zhafirah binti Mohd Asnan 41. Alia Nur Najwa binti Azli PERSATUAN PELAJAR ISLAM NEGERI SEMBILAN (PPINS) 42. Adam Haikal bin Che Abdullah 43. Siti Khadijah binti Noor 44. Nurul Hikmah binti Bunawan 45. Muhammad Muslihuddin bin Mustaffar PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM KEBANGSAAN NEGERI KELANTAN (PKPIM KELANTAN) 46. Muhamad Mukhlish Iqbal bin Hassan Syukri 47. Sherry Balqis binti Solahudin 48. Muhammad Aiman bin Ahmad Yiromeeezan 49. Aleeya Tasneem binti Azman


20 PUSAT ASASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA GAMBANG (PKPIM UIAM GAMBANG) 50. Nur Aliya binti Mohd Fauzi 51. Auni Amali binti Azmi 52. Nurul Amira Dalilah binti Mohd Yasin 53. Najah binti Amran PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM KEBANGSAAN NEGERI PERLIS (PKPIM PERLIS) 54. Anis Arissa binti Mohamad Anizar 55. Nur Farah Aina binti Mohammad Bakri


21 BIL PERKARA TINDAKAN 1. SIDANG 1: PEMBENTANGAN, PERBAHASAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MPAT PKPIM KALI KE-60 1.1 Saudara Ahmad Firdaus bin Hadzir, Setiausaha Agung PKPIM membentangkan Minit Mesyuarat MPAT PKPIM Kali ke-60. 1.2 Pengerusi Tetap menjemput semua untuk bersama-sama meneliti dokumen sekiranya terdapat sebarang kesilapan teknikal atau inginkan sebarang maklum balas dan perkembangan terkini. 1.3 Saudara Ahmad Firdaus Hadzir (SUA PKPIM) maklumkan jika ada kesilapan nama, sila berikan nota kepada pencatat minit untuk disemak kembali. 1.3.1 Saudara Luqmanul Hakim memaklumkan terdapat kesalahan nama perwakilan Saudari Rasyidah bt Hizal (Perwakilan PPIWP), Saudara Muhammad Alif Syafiq bin Mohamed Ismail (Perwakilan IKATAN) & Saudari Fatin Natrah binti Mazelan (Perwakilan UIA Gombak). 1.4 Saudari Cut Nurul Maulida bt Nurdin (PEPIAS) menyatakan bahawa status setiap usul yang diterima perlu dimaklumkan dan ingin maklum balas yang terkini kepada semua perwakilan secara bertulis. 1.4.1 Saudara Firdaus Hadzir memaklumkan status usul telah dimaklumkan semasa Sidang Selari PKPIM. YDP atau Pengerusi BGN yang hadir semasa sidang selari perlu maklumkan kepada Ahli Cawangan/BGN berkenaan status usul. Enam usul yang diterima tersebut termasuklah pemerkasaan nuqaba (UNISEL Shah Alam), meramaikan jurulatih PKPIM (PKPIM Kedah), melatih pelapis kanan PKPIM (PKPIM Kelantan), TOT (PKPIM Perlis), Melantik jawatankuasa MyAct dan Perkaderan (UNISEL Shah Alam). 1.4.2 Saudara Muhammad Nazmi, Timbalan Presiden PKPIM menyatakan bahawa Jawatankuasa MyAct telah dilantik bagi setiap negeri, manakala pelatihan tamrin perlu dipertingkatkan lagi. Pelatihan tamrin perlu dilakukan mengikut keutamaan dimulai dengan Tamrin Jundi, kemudian Tamrin Qiyadi. Pemerkasaan jurulatih masih berjalan dan berterusan, secara langsung dan tidak langsung.


22 1.5 Tiada perbahasan lanjut daripada mana-mana perwakilan negeri dan kampus. 1.6 Wan Muhammad Khairuddin bin Wan Ibrahim (PKPIM Kelantan mencadangkan agar Minit Mesyuarat MPAT Kali ke-60 ini disahkan dengan pindaan. 1.7 Muhammad Nor Ielman Fakhri bin Mohd Razemi (PKPIM USIM) menyokong agar Minit Mesyuarat MPAT Kali ke-60 disahkan dengan pindaan. PEMBENTANGAN, PERBAHASAN DAN PENGESAHAN LAPORAN TAHUNAN DAN LAPORAN KEWANGAN PKPIM SESI 2021/2022 1.8 Saudara Ahmad Firdaus bin Hadzir, Setiausaha Agung PKPI membentangkan Laporan Tahunan PKPIM Sesi 2021/2022. Laporan telah dibahagikan mengikut turutan laporan Jabatan dan Majlis PKPIM Pusat seterusnya laporan Badan Gabungan Negeri (BGN), PKPIM Cawangan Negeri dan PKPIM Cawangan Kampus. 1.9 Saudari Airin Hafizah Binti Khusaini (Bendahari Kehormat PKPIM) membentangkan Laporan Kewangan PKPIM Sesi 2021/2022. 1.10 Pengerusi Tetap menjemput perwakilan Negeri dan Kampus untuk membahaskan laporan dan bertanyakan soalan. 1.11 Saudari Wan Nur Fatinah binti Ghazali (PKPIM UIA) bertanya bila tamrin akan diadakan setelah ditangguhkan pada tempoh hari. Beliau mencadangkan agar tamrin dilaksanakan secepat mungkin. Belia juga menekankan bahawa BGN & Kampus menanti Usrah HEWI yang perlu dilaksanakan oleh PKPIM Pusat. 1.12 Saudara Mohamad Irfan (PKPIM Terengganu) bercadang untuk membentuk usrah dengan proses yang betul, dengan kata lain adalah dengan menggunakan modul khusus seperti Silibus MAPPIN. Beliau sendiri mengalami kesulitan dalam negeri sendiri untuk mengadakan usrah. 1.13 Saudari Nurkhairil Zahirah binti Sham Shul Rizal (PKPIM Perlis) menyatakan bahawa MYKD tidak pernah dihantar kepada PKPIM Pusat, oleh itu


23 terdapat ralat pada laporan. 1.14 Saudari Cut Nurul Maulida binti Nurdin (PEPIAS) mencadangkan agar HEWI Kebangsaan memantapkan program HEWI seperti melaksanakan Bengkel Khas Pembangunan Wanita dan merapatkan lagi hubungan antara HEWI. 1.15 Saudara Syahrul Adam Salleh Ibrahim (PKPIM Kelantan) bertanyakan soalan kepada Bendahari PKPIM Pusat, jika BGN/Cawangan memohon sumbangan daripada PKPIM Pusat, adakah prosesnya masih perlu menunggu akhir bulan baru mendapat maklum balas. Beliau juga mencadangkan agar PKPIM Pusat melaksanakan bengkel Setiausaha dan Bendahari kerana sedia maklum laporan yang disediakan Kampus dan BGN tidak lengkap. MYKD daripada PKPIM Kelantan juga masih belum lengkap. 1.16 Saudara Muhammad Izuddin bin Hassanuddin (PKPIM Sabah) menyatakan bahawa tiada notis diberikan untuk menyiapkan MYKD. 1.17 Saudara Afiq Azri bin Muhamad Khuairi (PEPIAS) mempunyai persoalan yang sama seperti tahun sebelumya yang mana susut nilai tidak dinyatakan dalam laporan. Bendahari tidak mengikut format yang sebenar dan tiada dibiayai dan (-) perlu ditiadakan. 1.18 Saudara Muhamad Nazmi, Timbalan Presiden PKPIM memberikan makluman bahawa tamrin bermula di Kampus dan apabila berbicara tentang usrah, terdapat jalur dan silibus yang perlu ada di setiap peringkat. 1.19 Saudari Nur Nadirah, Naib Presiden HEWI memberikan makluman bahawa semua HEWI perlu memainkan peranan utama bagi membentuk sinergi bersama melalui program kaderisasi untuk membentuk HEWI berdaya. Beliau mengakui bahawa Usrah HEWI kurang dilaksanakan dan tentunya tarbiyah HEWI itu sendiri masih lemah. Momentum HEWI pada sesi ini diambil kira sebagai satu kekuatan dalam syura. Beliau memohon maaf kerana latihan dan kaderisasi HEWI tidak dilaksanakan dengan baik dan mengharapkan untuk penambahbaikan pada masa akan datang. 1.20 Saudara Ahmad Firdaus Hadzir memberikan makluman bahawa bantuan untuk silibus usrah akan dilaksanakan dan MAPPIN memanfatkan segenap sumber untuk membantu negeri. Bengkel yang bersesuaian juga akan


24 dilakukan mengikut keperluan semasa. 1.21 Untuk MYKD, notis bertarikh 23 Mei 2022 telah diberikan untuk peringatan penghantaran MYKD, iaitu sebelum Sidang Selari dan telah diberi peringatan oleh SUK untuk dihantar sebelum 6 Jun 2022. Status MYKD pula mendapat maklum balas yang lewat dari ROY dan pertemuan bersama ROY akan segera diaturkan. 1.22 Saudari Airin Hafizah binti Khusaini (Bendahari Kehormat) memaklumkan bahawa hadirin perlu memahami istilah peruntukan dan bantuan. Beliau memaklumkan bahawa peruntukan ada tempoh yang sepatutnya diberi dan jika permohonan baru, pemohon perlu menunggu mesyuarat kanan PKPIM Pusat untuk kelulusan. Beliau juga menegaskan bahawa laporan kewangan telah digunakan berdasarkan laporan lepas dan tunjuk ajar Bendahari sebelumnya, maka tiada istilah kesalahan teknikal dan jika perlu boleh bertemu dengan beliau sendiri. 1.23 Pengerusi Tetap menutup perbahasan dengan pesanan kepada semua bahawa Muktamar ini merupakan medan muhasabah. Jika kita tidak dapat laksanakan sesuatu, lebih baik mengakuinya. Yang lain pula haruslah memberi bantuan dan bukannya membahan. Beliau menambah bahawa ramai yang menyebut berkenaan dakwah dan tarbiah. Hal ini perlu diteliti dan tidak boleh mengenepikan agenda tamrin dan tarbiyah. 1.24 Penerimaan Pengesahan Penyata Tahunan Pencadang: Saudara Fakhri Syakirin bin Azezi (PERKEPIS) Penyokong: Saudara Ahmad Syahir bin Abdul Razak (KPIP) 1.25 Penerimanaan Pengesahan Penyata Kewangan Pencadang: Saudara Muhammad Farhat bin Mohd Pisal (PKPIM Kedah) Penyokong: Saudara Danial Izzat Irfan bin Syarol Khairi (PPIWP) PEMBENTANGAN UCAPAN DASAR PRESIDEN PKPIM SESI 2021/2022 1.26 Pembentangan ucapan dasar oleh Saudara Ahmad Farhan bin Rosli, Presiden PKPIM Sesi 2021/2022 yang bertajuk “Gerakan Mahasiswa Islam,Politik Perubahan”.


25 2. SIDANG 2: PERBAHASAN UCAPAN DASAR PRESIDEN PKPIM SESI 2022/2022 2.1 Saudara Muhammad Izuddin bin Hasanuddin (PKPIM Sabah) membahaskan berkenaan perkara 5 hingga perkara 8 iaitu cabaran di hadapan kita dan perkara 9 iaitu Menuju Kematangan Demokrasi. 2.1.1 Fokus kepada apa yang dapat dilihat, kematangan dalam berpartisipasi perlu diteruskan. Cabaran untuk kita lihat dan tanamkan. Timbul satu kerisauan terhadap anak muda. Telah dibangkitkan semasa di MPAT PKPIM Sabah berkenaan Quite Thinking (Melakukan kerja secara konsisten tetapi tidak bersungguh-sungguh). Semasa Seminar “Youth Academic Forum” dinyatakan satu isu kekecewaan belia. Diharapkan isu ini menjadi fokus utama pada masa akan datang. 2.2 Saudara Syahrul Adam Salleh Ibrahim (PKPIM Kelantan) membahaskan tentang beberapa perkara; 2.2.1 Perkara 46 berkenaan Re-Learning dan Re-Educating perlu dilihat kepada semua pihak termasuk PKPIM Pusat, negeri dan juga kampus. 2.2.2 Perkara 47 iaitu Nahdhah umat (Kebangkitan semula) dilihat mempunyai satu tuju yang sama, walaupun pembawaan setiap negeri adalah berbeza, tetapi masih berkongsi hasrat dan impian yang sama. Beliau menginginkan inspirasi Pusat dikongsi bersama negeri bagi mencapai matlamat yang sama. 2.2.3 Perkara 49, dalam formula 4P: Perbaiki Tarbiyah dan Latihan ini dapat dilihat pada jerih dan pedih air mata. Seperti Perkampungan Menara Gading yang mempunyai beribu pelapis tetapi tidak dimanfaatkan sebaiknya. Kita perlu bersama mencari jalan kerana kita sahaja tahu perantisnya. 2.2.4 Perkara 42 mengenai peranan PKPIM dalam memaknai PRU15 iaitu harapan Malaysia dan menghormati setiap warga. Walaupun tidak disebut secara spesifik peranan HEWI Kebangsaan buat kali ini tetapi hal ini tidak menghalang untuk HEWI bersuara. Didapati bahawa Ucapan dasar kali ini telah merangkum peranan HEWI di setiap barisnya. Aspirasi ini bukan


26 sahaja untuk para untuk rijal tetapi untuk kita bersama melebarkan kefahaman dan berkongsi hasrat bersama. 2.3 Saudara Muhammad Nor Ielman Fakhri bin Mohd Razemi (PKPIM USIM) membahaskan tentang Gerakan Mahasiswa & Politik Non-Partisan (Perkara 43); 2.3.1 PKPIM bukan di bawah parti politik, tetapi ahli gerakan Islam perlu menjadi mahasiswa yang bebas mengajak dengan menjadikan persidangan ini sebuah tampuk politik bagi mengesahkan hak mereka. Kita mesti meneliti calon pemimpin memainkan peranan sebagai belia untuk terus relevan mengakar ilmu, mengambil berat dan sentiasa bersikap patriotisme. 2.4 Saudari Elma Natasya Yusuf (PEPIM) membahas Peranan PKPIM (Perkara 36); 2.4.1 Isu kenegaraan dan patriotik di sekolah perlu ditekankan agar tidak menjadi pertikaian. 2.4.2 Wanita tidak terkecuali daripada politik yang menjadi penentu kepada masa depan negara. 2.5 Saudara Wan Hafiz Zariqfitri bin Wan Ismail (PEMBIMBING) membahaskan tentang beberapa perkara; 2.5.1 Beliau menyedari bahawa usia belia sudah berada di peringkat mahasiswa berpolitik. Belia perlu mengambil tahu lebih daripada itu. 2.5.2 Beberapa perkara yang boleh diambil perhatian untuk mahasiswa melibatkan diri dalam politik kampus sebelum ke lapangan sebenar, mengajak rakan-rakan menjadi ejen untuk menjernihkan pandangan serong terhadap politik serta menyokong PKPIM Pusat sebagai ejen perubahan berkenaan pilihan raya dan NGO non-partisan. 2.6 Saudara Muhammad Iskandar Zulqarnain bin Mohd Abdullah (KPIP) membahaskan perkara 41 berkenaan penggerak rakyat turun mengundi 2.6.1 Peratusan rakyat keluar mengundi di kampus UIA pada Pilihanraya Kampus baru baru ini telah menunjukkan peratusan yang kurang memberangsangkan iaitu 26.3% bersamaan 2 ribu dari 10 ribu mahasiswa.


27 2.6.2 Anak muda zaman kini tidak suka untuk mengundi. Kita seharusnya mengembleng tenaga untuk memastikan anak muda keluar mengundi. Ketahuilah satu undi sangat berharga untuk negara. 2.7 Saudara Muhamad Alif Syafiq bin Mohamed Ismail (IKATAN) membahaskan tentang beberapa perkara; 2.7.1 Cabaran utama dalam peremajaan demokrasi adalah menyeru belia untuk keluar mengundi dan memilih pemimpin yang tepat, bukan hanya sekadar melaksanakan kewajipan keluar mengundi. 2.7.2 Kita tidak boleh membandingkan antara harga tepung dan ikan. Semua tertutup pada kuasa politik. Sindiran demi sindiran diberi mengharapkan dapat kekuatan lagi. Pendedahan politik kepada pengundi atas pagar wajar diberi pendedahan agar kisah silam tidak berulang. 2.7.3 Perkara 50 tentang penekanan usrah, tamrin, muktamar harus dilakukan bagi melengkapkan ketiga-tiga rukun Jemaah. 2.8 Saudara Muhammad Luqmanul Hakim bin Mohamad (PERKEPIS) membahaskan tentang perkara 6 iaitu cabaran di hadapan kita. 2.8.1 Cabaran di hadapan kita termasuklah cabaran kegelisahan khususnya mahasiswa dalam menyuarakan pendapat. Tuan Presiden telah melalui fasa kesukaran yang mana pernah dipanggil ke balai polis bagi memberi keterangan. Namun hal ini tidak merencatkan suara dan menggoyahkan kepimpinan di atas. 2.8.2 Asbabnya, berdirinya mahasiswa dan mahasiswi hari ini yang menyambung pengajian ke menara gading. Pelbagai isu yang berkaitan mahasiswa keluar setiap tahun. Berita yang dikeluarkan oleh akhbar Berita Harian, terdapat rakyat yang tidak mampu memiliki rumah, sedangkan rumah menjadi suatu keperluan penting. Timbul juga isu pelajar lepasan SPM tidak menyambung pelajaran sebanyak 12% disebabkan kemelut ekonomi menjadi cabaran keluarga. 2.8.3 Memetik semangat daripada satu babak daripada filem Mat Kilau. Mat


28 Kilau mempunyai rakan yang tak mengkhianati pegangannya yang mempunyai sosok tubuh yang tegap, bernama Awang. Kita berjuang atas nama mahasiswa, kita berjuang dengan ekonomi yang menghimpit kita. 2.9 Saudari Nurkhairil Zahirah (PKPIM Perlis) membahaskan tentang beberapa perkara; 2.9.1 Bersetuju dengan beberapa perwakilan yang menyampaikan perbahasan sebentar tadi. Malaysia telah mengamalkan demografi Islam dan institusi yang berteraskan agama. Pilihan pertubuhan non-partisan dan persatuan yang berorientasikan aliran pemikiran parti menunjukkan kekuatan masing-masing. Orientasi 9: Non-partisan perlu difahami dengan lebih terperinci. 2.9.2 Tidaklah kita dilabel sebagai lalang yang mengikut sahaja keperluan parti tertentu. Apa yang dimaksudkan disini adalah mempunyai kebebasan yang diangkat. 2.10 Saudari Nurul Najwa Binti A Rozi (PKPIM UNISEL) membahaskan tentang perkara 6 iaitu cabaran di hadapan kita. 2.10.1 Kita perlu memiliki semangat yang jauh dari sudut sanubari, tidak boleh mundur. Setelah mendengar perbahasan daripada perwakilan lain, menjadi suatu kepentingan untuk memastikan Islam agama terpelihara. 2.10.2 Ketagihan gadget semakin luas, realitinya berlaku kekosongan dalam jiwa anak muda. Seseorang yang berakhlak mulia pastilah berfikiran positif seperti yang disebut oleh Dr. Yusuf Al Qardawi, jika ingin lihat pada negaranya, lihatlah pada anak muda. 2.11 Saudari Nur Nadirah Binti Hamdan (Naib Presiden HEWI Kebangsaan PKPIM) membahaskan ucapan dasar Presiden pada halaman 18 perkara 49. 2.11.1 Enam menifesto Perjuangan Dekad 2020-2030, beliau menyentuh manifesto ke-5, Kebitaraan Pembangunan Srikandi dan Kesihatan Mental. HEWI tidak boleh berdiri sendiri, untuk menggerakkannya perlu dirancang dengan ilmu serta pembugaran kebudayaan. Perlu juga masa kita bersama pencipta dan manusia. Nahdah dan perjuangan bermula dari akar.


29 Diingatkan di peringkat nasional, keteguhan HEWI yang berpotensi untuk teguhkan gerakan kewanitaan. Kesedaran datang dari akar umbi itu sendiri dan HEWI harus bitara dan sakti. 3. SIDANG 3: UCAPAN PENANGGUHAN AHLI JAWATANKUASA KERJA PKPIM PUSAT SESI 2021/2022 3.1 Saudara Ahmad Amsyar Ahmad Effendy, Naib Presiden Antarabangsa memberi peringatan bahawa menjadi seorang mahasiswa bukan suatu fakta semata bahkan menjadi mahasiswa merupakan satu tanggungjawab. Beliau berpesan bahawa sebagai aktivis, perlu untuk kita meneruskan komitmen sedia ada seperti menyusun tugas mengikut keperluan. Kedua, kepentingan belajar berdikari. Sikap ini agak kurang dalam bangsa kerana kita selalu mengharapkan orang lain. Selain itu, kita perlu mencari kekuatan sendiri dan bersedia untuk keluar. Dunia ini amat luas, berkelanalah maka kamu akan menemui penggantimu. Ambil ruang dan peluang untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara. 3.2 Saudari Faizahtun Nadhirah, Exco Latihan & Kaderisasi memetik ayat AlQuran surah Al-imran Ayat 10. Beliau menegaskan bahawa aktivis perlu menghafaz dan berpegang kepada ayat ini. Beliau juga berterima kasih telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Exco Latihan & Kaderisasi. Sebagai seorang kakak, beliau berpesan agar adik-adik tidak mengabaikan budaya merujuk dan jangan pula merujuk hanya kepada seorang yang kita selesa dan sukai sahaja. Beliau menyatakan bahawa kekuatannya pada hari ini juga adalah disebabkan kekuatan usrah. Jika kita masih belum faham tanzim, maka usrah kita yang bermasalah. Salam Hidup Biar Berjasa. 3.3 Saudara Ahmad Firdaus Hadzir, Setiausaha Agung PKPIM memulakan ucapan beliau dengan berkata percaya pada diri sendiri bahawa apa yang kita lihat pada hari ini tidak akan mendapat hasil pada hari ini. Percayalah bahawa 5 ke 10 tahun akan datang boleh memberi kesan yang sangat besar. Kita boleh lihat perjuangan senior ketika dahulu, nikmat itulah yang kita dapat pada masa ini. Kedua, pimpinan yang kita lantik bagi sama-sama gerakan medan dakwah di peringkat cawangan, negeri, kampus dan sekecil-kecil daerah, percayalah pada pimpinan masing-masing setiap mereka ada potensi dan kekuatan masing-masing. Tidak dinafikan terdapat perbalahan tetapi kita boleh hadapi bersama dan ia


30 lumrah dalam berjemaah. Ketiga, belia perlu berani bergerak buat keputusan dan berkarya. Sebanyak mana kita ada, gerakkan usrah. Dengan berani bergerak, kita dapat menikmati islam pada hari ini dan berani kecapi keputusan apa sekalipun. Saudara Firdaus Hadzir menambah, mungkin akan salah atau betul tapi kita tidak tahu kesan daripada keputusan yang kita buat dan itu yang akan memantapkan kerjaya kita dan menjadikan kita seorang yang berfikiran terbuka. Beranilah untuk berkarya dan jangan takut untuk membuat kesilapan. Saudara Firdaus juga berkata, seorang pemimpin perlu diangkat, bukan sahaja berbangga dengan jawatan namun akhlak dijaga, siqah dijaga dan keberadaan pimpinan pusat, kampus, cawangan negeri ini perlu dijaga imej. Percayalah dari mana kita datang, jangan lupa asal usul kita. Semakin berisi padi, semakin tunduk. Semakin tinggi jawatan, semakin merendah dirilah kita. Yang diatas tidak akan selamanya jadi pemimpin, begitu juga dibawah. PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA KERJA PKPIM PUSAT SESI 2021/2022 3.4 Presiden PKPIM, Saudara Ahmad Farhan menyeru ahli untuk mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana telah menginfakkan diri, waktu dan duit untuk hadir sepanjang sesi perhimpunan agung ini. Dengan lafaz bismilllah, AJKP semasa membubarkan barisan pimpinan PKPIM bagi sesi 2021/2022. 3.5 Pengerusi Tetap, Saudara Aliemran menjemput Encik Muhammad Fazril bin Mohd Salleh, selaku Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Islam (MKPI), Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan juga selaku mantan Presiden PKPIM ke-31 untuk mengumumkan AJKP PKPIM Sesi 2022/2023 di atas pentas. PENGUMUMAN AHLI JAWATANKUASA KERJA PKPIM PUSAT SESI 2022/2023 3.6 Saudara Fazril Salleh menyatakan cadangan pimpinan kanan PKPIM. Berdasarkan peruntukan perlembagaan 9.3.2, menyatakan ada dua kaedah di dalam pemilihan, iaitu dipilih dalam syura ataupun di dalam MPAT. Saudara Fazril mengumumkan keputusan MKPI untuk senarai nama pimpinan kanan PKPIM dibawa ke MPAT untuk dipilih dan diputuskan di dalam sidang MPAT. 3.7 Saudara Fazril Salleh mengumumkan barisan pimpinan kanan PKPIM:


31 1. Bendahari Kehormat - Airin Hafizah binti Husaini (PEPIAS) 2. Naib Presiden (HEWI) - Nur Nadirah binti Hamdan (KPIJ) 3. Naib Presiden - Muhammad Afeeq bin Qamaruddin (PEPIAS) 4. Naib Presiden - Muhammad Anwar Hadi bin Romli (PEPIAS) 5. Naib Presiden - Mior Muhammad Shahir bin Zahari (PKPIM Terengganu) 6. Setiausaha Agung - Muhammad Dzul Aiman bin Zulkefly (PEPIAS) 7. Timbalan Presiden - Mohammad Nazmi bin Abd Rahim (PEPIAS) 8. Presiden - Ahmad Farhan bin Rosli (PKPIM Kelantan) 3.8 Saudara Fazril Salleh menutup pengumuman beliau dengan pesanan bahawa amanah merupakan suatu taklifan yang menjadi pembakar dan ianya bukan suatu kemuliaan atau kebanggaan. Amanah tersebut hakikatnya sesuatu yang berat. Seterusnya dengan berkongsi Firman Allah yang memerintahkan manusia untuk memberi amanah di kalangan yang ahli. 3.9 Pengerusi Tetap mengucapkan terima kasih kepada saudara Fazril Salleh. Pengerusi Tetap membuka kepada ahli MPAT untuk mencadangkan senarai pimpinan kanan tersebut diterima dan adanya penyokong kepada cadangan tersebut. 3.10 Saudari Siti Fadhiana Adira binti Ramli (PKPIM Kelantan) mencadangkan pimpinan baru PKPIM Pusat sesi 2022/2023 disahkan. 3.11 Saudara Muhammad Rifqi bin Saiful Nizam (PKPIM Terengganu) menyokong perlantikan saf pimpinan baru PKPIM Pusat sesi 2021/2022. 4. SIDANG 4: PEMBENTANGAN & PERBAHASAN USUL MPAT PKPIM KALI KE-61 4.1 JK Usul, Saudara Asyiq Hakimi memaklumkan sebanyak 43 usul telah diterima dengan 9 usul diterima tanpa perbahasan, 31 usul yang ditolak, 3 usul diterima dengan bahas. 4.2 JK usul, Saudara Asyiq Hakimi memaklumkan terdapat tiga usul yang diterima untuk dibahas. 4.2.1 Tarbiyah & Kaderisasi: Membangunkan projek pembangunan Jurulatih Muda peringkat PKPIM (PKPIM Kedah). 4.2.2 Tarbiyah & Kaderisasi: Wujudkan modul khusus bagi KAFI dan KAJI untuk


32 rujukan setiap negeri (PKPIM Kelantan). 4.2.3 Pengurusan & Profesionalisme: Pusat haruslah memastikan syura terutama di kampus hidup sekurang-kurang 3 kali. (PKPIM UIA Gombak). 4.3 Saudara Muhammad Farhat bin Mohd Pisal (PKPIM Kedah) membahaskan tentang kekurangan jurulatih untuk menguruskan pengisian. Program yang melibatkan sekolah akan memerlukan bilangan jurulatih yang ramai. Sebagai NGO yang mempunyai jurulatih yang kurang, PKPIM tidak mampu menampung jumlah permintaan di luar kemampuan. Pada masa yang sama kita perlu bersedia untuk menerima. Pada waktu inilah perlunya jurulatih dari PKPIM. 4.3.1 Saudara Farhat menambah bahawa apabila jurulatih ini mendapat kepercayaan dari sekolah atau mana-mana agensi, ini yang membina kepercayaan dan pengiktirafan. Hal ini telah membangkitkan semangat untuk bersama PKPIM agar “Pembangunan jurulatih muda” dapat digilap dengan ilmu dan skil yang terbaik. Pembangunan jurulatih muda memerlukan senior untuk kembali berkhidmat. 4.4 Saudara Muhammad Afif Syazwan bin Muhammad Salmizi daripada PKPIM Kelantan membahaskan untuk mewujudkan modul khas KAFI dan KAJI rentetan KAFI dan KAJI yang dilaksanakan PKPIM Zon Timur pada Mei 2022. Usul ini berkait juga dengan usul yang dibawa PKPIM Kedah. PKPIM Pusat perlu membuat pemilihan jurulatih yang sesuai dan menepati ciri-ciri yang sesuai dengan fikrah di bawah tujuan yang sama iaitu dengan hasrat untuk membentuk jurulatih di seluruh Malaysia. 4.5 Saudara Ahmad Farhan Rosli, Presiden PKPIM memberi respon dengan mengatakan bahawa sistem latihan 15 tahun lepas telah dilakukan bagi pembentukan jurulatih PKPIM. Namun terhenti apabila generasi itu tamat. Pada hakikatnya, proses pembelajaran pengkaderan kejurulatihan telah berlaku secara tidak langsung sepanjang program diadakan. Sistem yang sistematik perlu dibina kembali agar fasilitator Islam dapat menumbuh dengan baik kembali. 4.5.1 Tidak dinafikan terdapat kelompongan apabila kepimpinan tidak diletakkan sebagai keutamaan dalam pembangunan insan. Terdapat beberapa tahap yang perlu dimiliki fasilitator Islam sebelum turun ke lapangan. Sebagai tindakan maklum balas, di peringkat PKPIM, kami akan kenal pasti senior yang akan dijemput kembali bagi mengembangkan modul latihan. Maka,


33 sokongan dan dokongan amat diperlukan setiap pimpinan untuk realisasikan hasrat ini. 4.6 Sdri Amira Nurul Aina dari PKPIM UIA Gombak menyatakan usul tadi telah dibawa sebulat suara dari perwakilan bagi membawa peneguhan dan pembinaan barisan pimpinan yang kukuh. Di peringkat PKPIM UIA, telah saling mengenali, tetapi tidak dimanfaatkan tenaga untuk maslahat umat. Tiga kali yang dinyatakan pada usul tersebut dibahagikan kepada tiga kali setahun, iaitu awal tahun, tengah tahun dan akhir tahun. 4.6.1 Sdri Amira Nurul Aina dari PKPIM UIA juga memberitahu bahawa setiap aktiviti yang dijalankan perlu ada check and balance agar perjalanan program memberi impak maksimum kepada pelajar. Kesan kepada pelajar UIA apabila usul ini diterima termasuklah Pusat mengetahui keperluan kampus semasa (kebajikan), menaikkan semangat PKPIM UIA untuk terus mengorak langkah. 4.7 Pengerusi Tetap memberi respon bahawa syura ini penting bagi mengumpulkan ahli. Ketahuilah pemilihan pimpinan berdasarkan syura memerlukan masa dan penelitian sehingga membawa kepada jam 2-3 pagi. Solat istikharah diperlukan untuk menentukan pilihan pimpinan yang tepat bagi menggerakkan kepimpinan utama. 4.8 Setiausaha Agung membentangkan satu usul khas yang melibatkan Pindaan perlembagaan yang telah dilakukan sesuai dengan perubahan semasa. Pindaan perlembagaan mendapat kelulusan daripada Pejabat Registrar of Youth (ROY) setelah setahun permohonan dihantar. Beliau memaklumkan bahawa semakan perlembangaan memerlukan saranan dan komentar akan dipinda dan diluluskan semasa MPAT. Jawatankuasa perlembangaan telah ditubuhkan pada 1 September 2022, tetapi tidak dapat membuat keputusan kerana memerlukan pindaan perlembagaan di MPAT61. Beliau menyatakan semakan perlembagaan berkaitan fasal 5 tentang keahlian, fasal 6, fasal 10, fasal 13, dan fasal 16. 4.8.1 Jawatankuasa AJKP yang terlibat dengan pindaan perlembangaan ini termasuklah Saudara Firdaus Hadzir, Saudara Dzul Aiman, Saudara Ahmad Amsyar, wakil daripada ahli lantikan (Khairul Arifin, Hasnul Hanif), pimpinan Badan Gabungan Negeri dan Kampus (UIA Gombak, UNISEL Bestari Jaya, PERKEPIS, PKPIM Kelantan, IKATAN dan mereka yang


34 dirasakan perlu). 4.9 Pengerusi Tetap menyatakan bahawa pindaan perlembagaan ini diteliti sebelum proses di peringkat akhir. 4.10 Saudari Airani Aryani Anis binti Abdullah dari PKPIM Kelantan mencadangkan agar keempat empat usul diterima dan disokong. 4.11 Nur Adiniy Fikriyah binti Mohammad Azizi dari PKPIM Perlis menyokong keempat empat usul diterima. SIDANG 5: UCAPAN PENGGULUNGAN PERWAKILAN MPAT PKPIM KALI KE-61 5.1 Saudara Muhammad Nazri (PKPIM UKM) memulakan penggulungan dengan mengucapkan tahniah kepada pimpinan baharu. Beliau menyatakan nilai integriti dan kompetensi yang perlu dipupuk di dalam diri seorang pimpinan serta mengharapkan medan dakwah ini dapat membentuk ahli yang lebih kuat dan utuh. 5.2 Saudari Farhana binti Muhammad Ali (PKPIM UIA Gambang) menyatakan kesediaan ahli untuk menyambut sebarang program yang dianjurkan daripada PKPIM dan menyambut usaha senior untuk mengajar ahli yang bersedia belajar. 5.2 Saudara Abdul Rahman (PKPIM Kedah) mengucapkan tahniah kepada barisan pimpinan baru. Beliau memberi pesanan ringan kepada ahli iaitu sentiasa menjaga solat yang menjadi tiang kepada agenda besar. Beliau juga memesan kepada pimpinan dan juga ahli untuk menjadi contoh yang baik, dan menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh yang terbaik. Beliau juga mengingatkan bahawa dunia merupakan tempat untuk kita membina amal dan memikirkan pahala yang akan dikumpul apabila melaksanakan tanggungjawab. Ucapan beliau diakhiri dengan Firman Allah, Surah Ali Imran, Ayat 54. 5.3 Saudara Muhammad Adam (PPINS) mengucapkan terima kasih kepada pimpinan terdahulu dan mengalu-ngalukan kehadiran ahli yang lain. Beliau berpesan agar menjaga ukhwah sesama ahli. Beliau menekankan juga kepentingan politik sebagai platform pembangunan sosial. Beliau juga berpesan untuk tidak takut selain daripada Allah, jangan takut untuk gagal dan melakukan kesalahan kerana ia akan menjadi iktibar kepada orang lain. Jangan bertindak berdasarkan emosi kerana emosi akan menghancurkan diri kita. Mengakhiri ucapan dengan


35 kata-kata Buya HAMKA, bahawa jika hidup sekadar hidup, kera di hutan pun boleh hidup, kalau kerja sekadar bekerja, kera di hutan pun bekerja. 5.4 Saudara Siti Aminah binti Zulkifli (KPIJ) menzahirkan penghargaan kepada pimpinan terdahulu dalam membantu pembangunan PKPIM, dan mengucapkan tahniah dan takziah kepada pimpinan baharu. Beliau mengharapkan jawatan yang disandang dapat dijalankan sebaiknya dan dapat menjadi role model kepada semua BGN seiring dengan nilai kebitaraan. UCAPAN PENANGGUHAN PRESIDEN PKPIM SESI 2022/2023 5.5 Saudara Ahmad Farhan bin Rosli memulakan ucapan dengan pujian kepada Allah SWT dan mengucapkan selamat kepada Pengerusi Tetap dan para muktamirin dan muktamirat. Seterusnya, Saudara Farhan juga mengucapkan terima kasih kepada saudara Firdaus Hadzir, mantan Setiausaha Agung (SUA) PKPIM, saudara Ahmad Amsyar, mantan Naib Presiden Kebangsaan dan rakanrakan lain yang berjasa ketika kepimpinan mereka. 5.6 Beliau memetik Firman Allah, yang menyatakan pemuda yang kuat kebergantungan dengan Allah SWT dan hati terikat kuat antara satu sama lain, demi mengejar keredhaan Allah SWT. Beliau menjelaskan jalan ini tidak mudah, dan beliau mengakui umurnya semakin di hujung usia di dalam konteks PKPIM. Lebih-lebih lagi memegang kepimpinan untuk penggal yang keempat. Beliau menasihati pimpinan-pimpinan PKPIM negeri dan kampus untuk memanfaatkan amanah yang diberikan kerana masa tidak pernah cukup. Ucapan selamat datang juga diucapkan kepada ahli PKPIM UIA Gambang. Seterusya memesan untuk tidak segan silu meminta tunjuk ajar daripada golongan senior PKPIM. 5.8 Saudara Presiden juga mengekspresikan kekaguman beliau terhadap para pembahas yang mampu membahas secara matang dan menyakini potensi ahli PKPIM yang boleh dimanfaaatkan diserata tempat, dan menjadi permata kepada ummat. Beliau mensyukuri isu kaderisasi dan tarbiah menjadi keutamaan rakanrakan. Beliau juga memuji PERKEPIS kerana mampu mengumpulkan 200 peserta untuk Perkampungan Menara Gading (PMG) di peringkat negeri. Beliau kagum juga dengan sambutan perbincangan berkenaan politik dikalangan ahli semasa perbahasan ucapan dasar, bersempena dengan agenda politik yang dihuraikan di dalam ucapan dasar Presiden. Beliau menyeru ahli untuk menggerakkan secara bersama untuk memastikan setiap daripada ahli turun mengundi pada PRU 15. Beliau menerangkan bahawa kerosakan yang berlaku bukan kerana ramainya


36 orang melakukan kerosakan, tetapi disebabkan oleh orang baik yang tidak melakukan apa-apa. 5.9 Diraikan juga kejayaan aktivis-aktivis PKPIM yang menyertai Anugerah Perdana Belia seperti di Perlis dan Selangor. Maka, Saudara Presiden akan memberikan buah tangan sebagai tanda galakkan dan motivasi kepada Badan Gabungan Negeri dan Kampus dalam menggerakkan agenda yang sama. Yang terakhir, Saudara Presiden mengungkapkan PKPIM bukannya tanggungjawab Presiden seorang tetapi tanggungjawab bersama. Beliau juga mengambil berat pesanan saudara Abdul Rahman dalam memberi nasihat dalam perkara-perkara asas sebagai seorang Muslim. Jemaah ini kuat bukan kerana harta dan duit yang banyak, tetapi kuat kerana kita menjaga keberkatan. Soal pergaulan dijaga dan keberkatan dalam amalan seperti, mathurat dan solat fardhu berjemaah.


DOKUMEN C


37 DOKUMEN C SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA PKPIM PUSAT SESI 2022/2023 BIL JAWATAN NAMA BGN KAMPUS 1. Presiden Ahmad Farhan bin Rosli PKPIM KELANTAN UIAM GOMBAK 2. Timbalan Presiden Muhamad Nazmi bin Abd Rahim PEPIAS UNIVERSITAS ARRANIRY ACHEH 3. Naib Presiden Pendidikan & Pembangunan Insan Mior Muhammad Syahir bin Zahari PKPIM TERENGGANU UNISZA 4. Naib Presiden Kemanusiaan & Alam Sekitar Muhammad Anwar Hadi bin Romli PEPIAS USM 5. Naib Presiden Kebangsaan Muhammad Afiq bin Omaruddin PEPIAS UPM 6. Naib Presiden HEWI Nur Nadirah binti Hamdan KPIJ UIS 7. Setiausaha Agung Muhammad Dzul Aiman bin Zulkefly PEPIAS UKM 8. Bendahari Kehormat Airin Hafizah binti Khusaini PEPIAS USIM 9. Penolong Setiausaha Agung 1 Muhammad Asyiq Hakimi bin Kamarulzaman IKATAN UNIPSAS 10. Penolong Setiausaha Agung 2 Husna Juwairiyah binti Zulkifly PKPIM KEDAH USIM 11. Penolong Setiausaha Agung 3 Abdullah Hakimi bin Mohd Zawawi PEPIAS UNIVERSITAS ARRANIRY ACHEH 12. Penolong Bendahari Nur Farhana Marini binti Marzuki PEPIAS UNISEL SHAH ALAM 13. Timbalan Pengerusi HEWI 1 Hazyrahtul Hadirah binti Haddrin PKPIM SABAH UNISEL BESTARI JAYA 14. Timbalan Pengerusi HEWI 2 Rasyidah bt Hizal PPIWP UUM 15. Setiausaha HEWI Nur Aidatul Ain binti Zauwawi PERKEPIS UM 16. Exco Pembangunan Kampus Nafisatul Ilmi binti Zamri PEPIAS UIAM GOMBAK


38 17. Exco Pembangunan Kampus Raja Muhammad Arif Afifuddin bin Raja Ahmad Iskandar KPIP KPIP 18. Exco Pembangunan Kampus Mohamad Luqman Hafiz bin Md Hanif PKPIM KEDAH UNITEN 19. Exco Generasi Prihatin Khairunnasuha binti Nazzil Saifuddin PEPIAS USIM 20. Exco Generasi Prihatin Muhammad Haakem bin Azman PEPIAS UM 21. Exco Sukan & Perpaduan Ahmad Haydhar bin Zabri PEPIAS UNISEL SHAH ALAM 22. Exco Latihan & Kaderisasi Nurfarhana Najwa binti Yusri IKATAN UNISEL BESTARI JAYA 23. Exco Latihan & Kaderisasi Elma Natasya binti Yusof PEPIM UKM 24. Exco Latihan & Kaderisasi Syahrul Adam Salleh Ibrahim PKPIM KELANTAN USIM 25. Exco Latihan & Kaderisasi Muhamad Hasif Aiman bin Januri KPIJ UNIKL 26. Exco Pendidikan & Pembangunan Insan Muhammad Rifqi bin Saipul Nizam PKPIM TERENGGANU UIAM GOMBAK 27. Exco Pendidikan & Pembangunan Insan Muhamad Adib Irfan bin Fazil KPIP UIAM GOMBAK 28. Exco Pendidikan & Pembangunan Insan Nurina Mardiyah binti Abd. Razak PEPIAS UKM 29. Exco Kemanusiaan & Alam Sekitar Shafiah Athilah binti Shahlan PEPIAS UNISEL SHAH ALAM 30. Exco Kemanusiaan & Alam Sekitar Muhammad Adam bin Annuar PEMBIMBING UNISHAMS


39 DIARI PROGRAM PKPIM (SEPTEMBER 2022-OKTOBER 2023) BIL. TARIKH NAMA PROGRAM CATATAN SEPTEMBER 2022 1. 5 September 2022 Ziarah PKPIM UNIMEL PEKA 2. 12 September 2022 Jemputan Persidangan Meja Bulat Palestin, Penyampaian Watikah Pelantikan Global Coalition of Youth and Sports Malaysia dan Peluncuran Buku, Himpunan Genta Rasa dan Korpus Palestin. JPP 3. 14 September 2022 Mengunjungi Pejabat Kedutaan British JPP 4. 14 September 2022 Pertemuan dengan SPRM JPP 5. 15 -29 September 2022 Bibiliophilia Siddiq Fadzil PEKA 6. 18 September 2022 Mesyuarat Pimpinan Kanan Bil. 01 AJKP Kanan 7. 20 September 2022 Mesyuarat PEKA PEKA 8. 21 September 2022 Mesyuarat JPP JPP 9. 22 September 2022 Wacana & Perasmian Buku korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu, penulis Prof Ulung Dr. M. Kamal Hasan PEKA 10. Mesyuarat MHK MHK 11. 23 -25 September 2022 Pemukiman Qiyadah PKPIM JPP 12. 25 September 2022 Kunjungan hormat SALWA Malaysia MHK 13. 30 September 2022 Jemputan ke Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena sambutan ulang tahun SPRMke-55 AJKP Pusat OKTOBER 2022 14. 3 Oktober 2022 Pertemuan bersama GLTS Leader JPP 15. 4 Oktober 2022 Mesyuarat JPP JPP 16. 7 -9 Oktober 2022 Induksi AJKP PKPIM 22/23 AJKP Pusat 17. 8 Oktober 2022 Dialog Antirasuah SPRM bersama NGO JPP 18. 9 Oktober 2022 Mesyuarat Kampus Bitara Nasional PEKA 20. 13 Oktober 2022 Pertemuan dengan Rasuah Buster dan JPP


40 Sinar Harian 21. 14 Oktober 2022 Mesyuarat PEKA PEKA 22. 14 Oktober 2022 Menerima Kunjungan Hormat dari SPRM JPP 23. 15 Oktober 2022 Mesyuarat Pimpinan Kanan Bil. 02 AJKP Kanan 24. 16 Oktober 2022 Mesyuarat Khas Setiausaha BGN dan Kampus AJKP Pusat 25. 17 Oktober 2022 Mesyuarat MBM JPP 26. 18 Oktober 2022 Jemputan Program Pelancaran Satu Jari Bebas Rasuah JPP 27. 18 Oktober 2022 Mesyuarat Khas Pimpinan Kanan Jemaah WAP Kanan 28. 22 -24 Oktober 2022 Tamrin Ammar Al-Fatih JDPI 29. 27 Oktober 2022 FORLOT #MYUNDI PRU15: Apa Kata Mahasiswa JPP NOVEMBER 2022 30. 3 -18 November 2022 Sukarelawan PKPIM di Pilihan Raya Umum Ke-15 AJKP Pusat 31. 8 November 202 Usrah Qiyadah JDPI 32. 15 November 2022 Usrah Gabungan Negeri & Kampus JDPI 33. 22 November 2022 USrah Gabungan Negeri & Kampus JDPI 34. 24 November 2022 Persidangan Meja Bulat Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Bersama MBM JPP 35. 29 November 2022 Usrah Qiyadah JDPI 36. 30 November 2022 Kunjungan Hormat Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia JPP DISEMBER 2022 37.. 1 Disember 2022 Jemputan Majlis Perasmian Yayasan Amanah JPP Program Kepimpinan Pelajar Asia Tenggara JPP 38. 3 Disember 2022 Mesyuarat Pimpinan Kanan Bil. 03 AJKP Kanan 39. 8 Disember 2022 Menerima Kunjungan Hormat dari YB Adam Adli JPP 40. 9 Disember 2022 Kunjungan Hormat TNC UTEM JPP 41. 16 Disember 2022 Menerima Kunjungan Hormat Mahasiswa USIM JPP 42. 15 Disember 2022 Mesyuarat Pimpinan Kanan Bil. 04 AJKP Kanan 43. MUDA PKPIM UKM PEKA


41 44. Muzakarah Pendidikan Al-Hikmah JPP 45. MUDA PKPIM UUM & UNISHAM PEKA 46. 17 Disember 2022 Pengisian: Kolokium Kepimpinan Mahasiswa Bitara PEKA 47. MUDA PKPIM Perlis dan KEdah MAPPIN 48. 18 Disember 2022 MUDA UNISEL Bestari Jaya & Shah Alam PEKA 49. 19 Disember 2022 Menerima Kunjungan Hormat Mahasiswa UIAM di Sekretariat PKPIM Pusat JPP 50. 20 Disember 2022 Santuni Kedutaan Argentina JPP Menerima Kunjungan Hormat dari EZ Qurban JPP 51. Mesyuarat Kampus Bitara Nasional PEKA 52. Ziarah PKPIM UNIMEL PEKA 53. Usrah Qiyadah JDPI 54. 21 Disember 2022 Konvensyen Dakwah MHK 55. 22 Disember 2022 MUDA PPINS MAPPIN 56. 23 Disember 2022 Menerima Kunjungan Hormat PKPIM UIAM JPP 57. MUDA PKPIM USIM 58. 24 Disember 2022 Mesyuarat PEKA PEKA 59. 27 Disember 2022 Usrah Qiyadah JDPI 60. 29 Disember 2022 Menerima Kunjungan Hormat Mahasiswa UM JPP 61. 30 Disember 2023 Misi Banjir Pantai Timur JASA JANUARI 2023 62. 1-5 Januari 2023 16th Women’s Wing Meeting Regional Islamic Da’wah Council of Southeast Asia & Pacific (RISEAP) MHK 63. 3 Januari 2023 Usrah Qiyadah JDPI 64. 5 Januari 2023 Menerima Kunjungan Hormat Kedutaan Amerika Syarikat JPP 65. 8 Januari 2023 Mesyuarat Kampus Bitara Nasional PEKA 66. 9 Januari 2023 Jemputan ke Program Grand Usrah Iftitah PKPIM CFS IIUM JPP 67. 10 Januari 2023 Usrah Qiyadah JDPI 68. 11 Januari 2023 Muzakarah Yayasan Petugas Jemaah JPP


42 Memenuhi Jemputan ke Persidangan Pemuda UMNO JPP Mesyuarat dan Ramah Mesra Friendship Group of Interfaith Services JPP 69. 17 Januari 2023 USrah Gabungan Negeri & Kampus 70. 18 Januari 2023 Townhall MBM bersama Menteri Belia dan Sukan JPP 71. 19 Januari 2023 Jemputan ke Pelancaran Malaysia MADANI AJKP Pusat 72. 20 Januari 2023 Kunjungan Hormat Setiausaha Politik Menteri Agama JPP Kunjungan Hormat Setiausaha Politik Menteri Pendidikan JPP Jemputan Ruang Bicara MADANI di Bernama TV JPP 73. 20-22 Januari 2023 Bengkel Pengukuhan Fikrah MHK 74. 21 Januari 2023 Mesyuarat Latihan Asas Regenerasi Siswi MHK 75. 24 Januari 2023 Mesyuarat Pimpinan Kanan Bil. 05 AJKP Kanan Usrah Qiyadah JDPI 76. 25 Januari 2023 Penyerahan Surat Bantahan Pembakaran Al-Quran ke Kedutaan Sweden JPP 77. 26 Januari 2023 Jemputan Sambutan Tahun Baru Cina Bersama RISEAP JPP Majlis Perundingan Belia Negara JPP 78. 28 Januari 2023 Ziarah PKPIM UTEM dan PKPIM UNIMEL PEKA 79. 29 Januari 2023 Ziarah PKPIM UIAM Gombak PEKA 80. 30 Januari 2023 Pengisian: Wacana Membangun Malaysia MADANI PEKA MUDA PERKEPIS MAPPIN 81. 31 Januari 2023 Kunjungan Hormat Setiausaha Politik Perdana Menteri JPP Ziarah PKPIM UKM PEKA Usrah Qiyadah JDPI Februari 2023 82. 3 Februari 2023 Kunjungan Hormat Setiausaha Politik Menteri Kewangan JPP 83. Meeting Pertubuhan GPM Siswa JASA


43 84. 5 Februari 2023 Jemputan ke Majlis Solidariti Kashmir di Kedutaan Pakistan JPP 85. 7 Februari 2023 Menerima Kunjungan Hormat dari Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) JPP 86. Usrah Qiyadah JDPI 87. 9 Februari 2023 Menerima Kunjungan Hormat dari Yayasan Amanah JPP 88. 10 Februari 2023 Kunjungan Hormat Setiausaha Sulit Menteri Pendidikan JPP Jemputan Program Pra-Tayangan Filem IMAM AJKP Pusat 89. 11 -13 Februari 2023 Ziarah PKPIM CFS UIAM, PKPIM UIAM Kuantan dan IKATAN UNIPSAS PEKA 90. 14 Februari 2023 Mesyuarat Kanan Pimpinan Jemaah AJKP Kanan 91. Usrah Qiyadah JDPI 92. 16 Februari 2023 Jemputan ke Mesyuarat PERKIM JPP 93. 17 Februari 2023 Mesyuarat Khas Setiausaha BGN dan Kampus AJKP Pusat 94.. 18 Februari 2023 Majlis Syura Kebangsaan WAP Mesyuarat Pimpinan Kanan Bil. 06 AJKP Kanan 95. 20 Februari 2023 Ziarah PKPIM UUM PEKA 96. 22 Februari 2023 Kunjungan Hormat ke YADIM JPP 97. Usrah Gabungan Negeri & Kampus JDPI 98. 24 Februari 2023 MUDA PKPIM Kelantan MAPPIN 99. 27 Februari 2023 Mesyuarat Ketua HEWI/HELWANI/ANIS BGN & Amirah Kampus MHK 100. 28 Februari 2023 Mesyuarat JPP JPP 101. Usrah Qiyadah JDPI MAC 2023 102. 1-3 Mac 2023 Training of Trainers MADANI MAPPIN 103. 3 -5 Mac 2023 Sidang Selari PKPIM Pusat JPP 104. 6 Mac 2023 Lawatan PKPIM ke ISTAC IIUM JPP 105. 6 Mac 2023 Lawatan PKPIM ke Parlimen JPP 106. 7 Mac 2023 Mesyuarat Kampus Bitara Nasional PEKA 107. 10-12 Mac 2023 BAKAT JDPI


44 108. 17-19 Mac 2023 BAKAT JDPI 109. Latihan Asas Regenerasi Siswi MHK 110. 19 Mac 2023 Mesyuarat Pimpinan Kanan Bil. 07 AJKP Kanan 111. 21 Mac 2023 Sidang NGO-NGO Islam PEKA 112. Sambutan Hari Belia Kebangsaan bersama Kampus Bitara PEKA 113. Usrah Qiyadah JDPI 114. 29 Mac 2023 Majlis Berbuka Puasa bersama PKPIM KDH PEKA 115. 30 Mac 2023 Kunjungan Hormat Menteri Pengajian Tinggi JPP 116. 31 Mac 2023 Majlis Sambutan Ulang Tahun PKPIM Kali ke-62 JPP APRIL 2023 117. 31 Mac-2 April 2023 Perkampungan Modul MAPPIN 118. Induksi PMG 2023 MAPPIN 119. 3-8 April 2023 Misi Mahasiswa Berkelana JASA 120. 5 April 2023 Iftar Jamaie Perdana Menteri AJKP Pusat 121. 6 April 2023 Jelajah Senyum Ramadhan PKPIM UKM PEKA 122. 9 April 2023 Jelajah Senyum Ramadhan PKPIM UTEM PEKA 123. 10 April 2023 Jelajah Senyum Ramadhan PKPIM UUM PEKA 124. Singgah Sahur PKPIM UUM PEKA 125. 11 April 2023 Round Table Discussion; Uyghur Women: Challenges and Way Forward MHK 126. A dialogue with Nuzugum East Turkistan Cultural and Family Association MHK 127. Talk Session at Masjid Seksyen 3 PJ MHK 128. 12 April 2023 Jelajah Senyum Ramadhan PKPIM UIAM Gombak PEKA 129. 13 April 2023 Jelajah Senyum Ramadhan PKPIM UNISEL Bestari Jaya PEKA 130. 15 April 2023 Mesyuarat Pimpinan Kanan Bil. 08 AJKP Kanan 131. Women and Children of Uyghur The Untold Stories MHK 132. 19 April 2023 Jelajah Senyum Ramadhan PKPIM UNISEL Shah Alam PEKA MEI 2023


45 133. 9 Mei 2023 Usrah Qiyadah JDPI 134. 4 Mei 2023 Majlis Sambutan Raya Aidilfitri PKPIM 1444H MHK 135. 13-14 Mei 2023 Bengkel Modul dan Pengurusan Modul MAPPIN 136. 14 -21 Mei 2023 China-ASEAN Youth Development Forum JPP 137. 16 Mei 2023 Usrah Qiyadah JDPI 138. 21 Mei 2023 Mesyuarat Pimpinan Kanan Bil. 09 AJKP Kanan 139. 23 Mei 2023 Usrah Qiyadah JDPI 140. 25 Mei 2023 Meeting Pelaksanaan Beg BAGUS JASA 141. 29 Mei 2023 Menerima Kunjungan Hormat dari Kedutaan Jepun JPP 142. 30 Mei 2023 Usrah Qiyadah JDPI JUN 2023 143. 31 Mei-1 Jun 2023 Program Cuti Sekolah PPR Bukit Jalil MAPPIN 144. 2-4 Jun 2023 KAJI JDPI 145. 3-4 Jun 2023 Liqa Daie MADANI Kebangsaan 2023 PEKA 146. 7 Jun 2023 Menerima Kunjungan Hormat dari Hayat Yolu Turkiye JPP 147. 9 -11 Jun 2023 Kursus Pengurusan Organisasi Belia Islam JPP 148. 11 Jun 2023 Mesyuarat PEKA PEKA 149. 13 Jun 2023 Usrah Qiyadah JDPI 150. 15 Jun 2023 Kunjungan Hormat Timbalan Perdana Menteri JPP 151. 16-18 Jun 2023 Bengkel Latihan Komunikasi Perubahan Sosial & Tingkah Laku Majlis Belia Malaysia PEKA 152. 18 Jun 2023 Inspiational Talk by Malaysian Uyghur Women: Work life balance for Muslim Women MHK 153. 20 Jun 2023 Usrah Qiyadah JDPI 154. 24 Jun 2023 Mesyuarat Pimpinan Kanan Bil. 10 AJKP Kanan JULAI 2023 155. 7 -8 Julai 2023 Second World Islamic Forum, Ankara Turkiye JPP 156. 10 Julai 2023 Kunjungan Hormat ke Young The Union of NGOs of the Islamic World (UNIW), Istanbul Turkiye JPP


46 157. Kunjungan Hormat ke East Turkistan Nuzugum Culture and Family Association di Turkiye JPP 158. 11 Julai 2023 Kunjungan Hormat ke East-Turkistan Human Right Watch Association (ETHR) di Turkiye JPP 159. Menyantuni Pimpinan Malaysia Student Association in Turkiye (MASAT) JPP 160. Meeting Pelaksanaan Laskar Alam JASA 161. 19 Julai 2023 Mesyuarat Pimpinan Kanan Bil. 11 AJKP Kanan 162. 20-23 Julai 2023 Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2023 MAPPIN 163. 25 Julai 2023 Program Penghayatan Tonggak Malaysia MADANI Mahasiswa Baru UMT JPP 164. 26 Julai 2023 Menerima Kunjungan Hormat daripada Ikatan Pelajar Nahdatul Ulama JPP 165. 30 Julai 2023 Program Pelancaran Beg BAGUS JASA OGOS 2023 166. 15 Ogos 2023 Mesyuarat Pimpinan Kanan Bil.12 AJKP Kanan 167. Usrah Qiyadah JDPI 168. 21 Ogos 2023 Pertemuan khas Ketua HEWI PKPIM BGN & Kampus MHK 169. 26-27 Ogos 2023 Program Cuti Sekolah PPR Bukit Jalil MAPPIN 170. 28 Ogos 2023 Mesyuarat Kampus Bitara Nasional PEKA 171. 29 Ogos 2023 Usrah Qiyadah JDPI 172. 30 Ogos 2023 PROTA 1.0 MHK SEPTEMBER 2023 173. 4 September 2023 Kunjungan Hormat PKPIM ke TNC HEPA USIM JPP 174. 8 September 2023 Kunjungan Hormat PKPIM ke TNC HEPA UiTM JPP Kunjungan Hormat ke Bayt Rahmah MHK 175. 9 September 2023 Program Intervensi Pengurusan Dana dalam Pertubuhan Belia Zon Sabah JPP 176. 9 September 2023 Program Intervensi Pengurusan Dana dalam Pertubuhan Belia Zon Timur JPP 177. 10 September 2023 Rehlah & Usrah HEWI MHK


Click to View FlipBook Version