The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 KAJIAN KES PERSATUAN SENI SILAT PUSAKA GAYUNG MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 431-10-asyraf, 2023-07-17 08:57:23

AIMAN HIDAYAT T2 PI B

TUGASAN 2 KAJIAN KES PERSATUAN SENI SILAT PUSAKA GAYUNG MALAYSIA

TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) SESI : TAHUN 3 / SEM II Nama : MUHAMMAD AIMAN HIDAYAT BIN MD NAZRI Angka Giliran : 2021212340028 Nombor Kad Pengenalan : 020805020673 Kumpulan/Unit : PISMP PENDIDIKAN ISLAM B Kod dan Nama Kursus : MPU3081 KOKURIKULUM PERSATUAN Nama Pensyarah : ENCIK ROHIMI BIN JAMEL Tarikh Hantar : 14 JULAI 2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh 14 JULAI 2023 NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR


SK TELOK KECHAI LAPORAN KAJIAN KES PERSATUAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA


1.0 PENGENALAN Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya telah melaksanakan satu kajian kes untuk mengkaji dan mendapatkan maklumat mengenai Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) di SK Telok Kechai. PSSPGM di sekolah tersebut merupakan satu persatuan yang menggiatkan seni silat gayong di Malaysia. PSSPGM merupakan salah satu persatuan silat yang didaftarkan secara rasmi pada tahun 2012 dan masih bergiat aktif di SK Telok Kechai secara khususnya. Bagi memastikan persatuan ini terus bergerak, pelbagai aktiviti telah dirancang sebagai sumber penjanaan kewangan untuk persatuan ini. Antara maklumat yang diperoleh hasil daripada temu bual guru penolong kanan kokurikulum ialah persatuan ini ditubuhkan pada tahun 2012. Persatuan ini telah diusulkan dalam mesyuarat bulanan yang diadakan pada awal tahun 2012 dan persatuan ini menarik minat guru besar untuk meluluskannya disebabkan terdapat beberapa orang guru yang mempunyai tauliah dalam bidang persilatan. Persatuan ini ditubuhkan bagi membantu menguatkan kesihatan fizikal dan mental serta menyemai nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri setiap murid. Antara ciri yang membezakan persatuan ini ialah berasaskan kebudayaan Melayu termasuk busana, muzik, senjata dan lain-lain serta berpandukan falsafah pendidikan silat iaitu berasaskan kerohanian Islam. Persatuan ini telah dipilih sebagai kajian kes yang mengkaji tentang pengurusan kewangan dan aktiviti serta analisis SWOT. Untuk makluman, bilangan ahli bagi persatuan ini adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada dua orang guru penasihat (jurulatih) dan 28 orang murid tahap dua.


2.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN Mesyuarat Penaja dilakukan dengan kehadiran 7 orang ahli jawatankuasa penaja. Mesyuarat sesama sendiri diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan perlantikan ahli jawatankuasa penaja, nama persatuan, alamat urusan persatuan dan lambang persatuan seterusnya meluluskan perlembagaan persatuan sebelum membentangkan dalam Mesyuarat Agung. Setiausaha Penaja perlu mencatat minit Mesyuarat Penaja berkaitan penubuhan persatuan, matlamat dan objektif persatuan, merangka strategi kelulusan, peraturan-peraturan, perlembagaan, keahlian, kegiatan, strategi penjanaan kewangan serta hal-hal lain berkaitan persatuan. Setiausaha Penaja hendaklah mendaftarkan diri sebagai pengguna sistem eROSES di www.eroses.gov.my. Dengan bayaran sebanyak RM 30.00 dan boleh dibayar melalui kaunter Jabatan Pendaftaran Pertubuhan cawangan negeri ataupun secara perbankan online. Setelah mendaftar di bawah JPPM, Mesyuarat Agung persatuan diadakan bagi membincangkan keahlian, aktiviti tahunan dan pembentangan perlembagaan persatuan. Mesyuarat Agung dijalankan berdasarkan perlembagaan yang telah ditetapkan dalam persatuan. Setiausaha dan bendahari persatuan perlu menyediakan laporan penyata tahunan dan kewangan seperti termaktub dalam Seksyen 14 (1), Akta Penubuhan 1966. Laporan perlu dimuatnaik setiap tahun ke dalam sistem eROSES. Akhir sekali, setelah semuanya diluluskan, persatuan boleh memulakan kegiatan bagi melicinkan perancangan tahunan persatuan.


3.0 AKTIVITI DAN PENGURUSAN KEWANGAN Sejak pengelolaan PSSPGM di SK Telok Kechai, ahli persatuan bergiat aktif dengan adanya pelbagai aktiviti dalam usaha memartabatkan budaya seni mempertahankan diri kaum Melayu. Kebanyakan kegiatan bertumpu di sekolah dan beberapa institusi yang menganjurkan program yang berkaitan seni silat. Antara aktiviti yang dijalankan seperti mengadakan latihan silat sebanyak 2 kali seminggu yang diketuai oleh guru penasihat sekolah itu sendiri selaku jurulatih dan terdapat juga hari yang diketuai oleh jurulatih berpengalaman dalam menurunkan ilmu persilatan kepada ahli persatuan. Antara jurulatih yang pernah dipanggil ialah ikon silat negara iaitu Al Jufferi Jamari. Seterusnya, ujian kenaikan bengkung juga dilaksanakan bagi memberi peluang kepada ahli persatuan untuk menaikkan tahap kemahiran mereka dalam ilmu persilatan. Selain itu, bukan sahaja tertakluk kepada kegiatan sekolah tetapi PSSPGM SK Telok Kechai juga pernah menghadiri jemputan khas untuk mempertunjukkan seni tarian di majlis perkahwinan, majlis kebudayaan dan persembahan di sekolah. Aktiviti yang paling besar pernah disertai oleh PSSPGM SK Telok Kechai ialah dengan menghantar wakil ke pertandingan silat peringkat daerah Kota Setar dan wakil tersebut memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Dalam melaksanakan aktiviti yang ditetapkan, perlu juga untuk mengambil kira dari segi kos pembiayaan. Berdasarkan kajian, sumber utama kewangan persatuan ini adalah hasil daripada sumbangan dan yuran ahli persatuan sebanyak RM35.00 setahun. Selain itu, sumbangan dari luar juga seperti sumbangan dari orang-orang korporat, ibu bapa dan badan bukan kerajaan seperti Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) turut menampung kewangan persatuan ini dalam melaksanakan program. Selain itu, bayaran ketika jemputan khas ke majlis perkahwinan juga merupakan salah satu strategi penjanaan kewangan persatuan.


FOTO-FOTO BERKENAAN :


4.0 ANALISIS BERDASARKAN SWOT Berikut merupakan analisis Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia menggunakan analisis SWOT : 4.1 KEKUATAN / STRENGTHS (S) Kesungguhan jawatankuasa mendapatkan dana dan sumbangan derma ialah kekuatan persatuan ini. Jawatankuasa persatuan mempunyai beberapa aktiviti yang boleh meningkatkan sumber kewangan, membolehkan operasi persatuan dirancang dan dijalankan dengan jayanya. Menerima jemputan khas untuk persembahan di majlis perkahwinan, majlis kebudayaan, majlis keramaian, sekolah dan tempat-tempat lain adalah salah satu inisiatif yang dilihat dapat meningkatkan sumber kewangan persatuan. Apabila mereka membuat persembahan, mereka secara tidak langsung dapat memupuk nilai kerja berpasukan dan sifat bertanggungjawab. Tegasnya, persatuan ini mempunyai kekuatan dari segi pengurusan dan dedikasi jawatankuasa untuk meningkatkan pendapatan persatuan melalui jemputan persembahan. 4.2 KELEMAHAN / WEAKNESS (W) Menurut kajian ini, kelemahan persatuan dari segi pengeluaran kewangan dan pelaksanaan program adalah wujudnya kekangan kehadiran program yang mungkin membantutkan penjanaan sumber kewangan persatuan akibat pandemik COVID-19 yang berlaku di Malaysia khususnya tahun 2020. Ini kerana aktiviti awam tidak dapat dijalankan dan secara tidak langsung persembahan silat tidak dapat dilaksanakan secara kerap dan berkala. Isu-isu sebegini harus diteliti lebih lanjut agar persatuan ini dapat terus wujud untuk beberapa tahun akan datang. Oleh itu, penyelesaian yang boleh menangani kekurangan ini adalah dengan menganjurkan persembahan seni mempertahankan diri di platform atas talian. Dengan adanya penganjuran seperti ini, sekurang-kurangnya, dapat meluaskan lagi pemahaman tentang seni mempertahankan diri ini kepada ramai golongan. Pada masa yang sama, perkara ini membawa kesedaran positif kepada masyarakat setempat. Secara umumnya, secara tidak langsung dapat menarik minat generasi sekarang untuk mempelajari seni mempertahankan diri ini apabila majlis atau aktiviti keramaian dibenarkan.


4.3 PELUANG / OPPURTUNITIES (O) Peluang dalam pengurusan kewangan persatuan ini dapat dilihat apabila PSSPGM telah menerima sumbangan dari pihak PIBG. Sumbangan yang diterima daripada pihak PIBG ini telah membuka peluang kepada persatuan ini untuk mengadakan aktiviti secara professional seperti boleh menghantar wakil silat sekolah ke pertandingan anjuran institusi yang membawa imej persilatan dalam negara. Sumbangan dari pihak PIBG ini telah dijadikan sebagai modal untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Peluang untuk pengurusan kewangan yang baik dapat direalisasikan apabila pihak pentadbiran iaitu guru besar dan guru penolong kokurikulum telah membenarkan PSSPGM SK Telok Kechai menyertai kejohanan yang besar kerana pencapaian yang agak memberangsangkan. Kelulusan yang dibenarkan itu dapat menjana kewangan persatuan itu sendiri apabila terdapat wakil yang memenangi atau mendapat tempat di pertandingan yang dianjurkan. Dengan demikian kewangan persatuan akan meningkat. 4.4 ANCAMAN / THREATS (T) Ancaman kepada PSSGM SK Telok Kechai, minat terhadap ilmu persilatan semakin berkurangan dalam kalangan anak muda dan generasi sekarang. Ini kerana generasi muda kurang meminati silat yang merupakan amalan warisan sejak zaman dahulu dan tersapat segelintir mentaliti mengatakan ilmu ini hanya dapat mendatangkan kesakitan sahaja tanpa mereka mengetahui hikmah di sebalik ilmu persilatan itu sendiri. Jika tidak ditangani, ancaman ini akan membara dan terus melanda organisasi ini.


5.0 KESIMPULAN Sebagai konklusinya, pertubuhan ini dilihat mampunyai banyak kelebihan untuk meraih dana atau sumber kewangan bagi meningkatkan prestasi dan mutu pertubuhan. Maka, perancangan-perancangan pertubuhan akan dapat dilaksanakan dengan baik, lancar, efektif dan menyeronokkan. Analisis SWOT yang dibuat telah memperlihatkan dengan jelas tentang kelemahan dan ancaman kepada pertubuhan. Perkara ini memerlukan tindakan segera untuk diperbaiki bagi memastikan kelancaran penjanaan kewangan pertubuhan. Peluang dan kekuatan pula perlulah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Akhir sekali, semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung perlu memainkan peranan untuk memastikan kelangsungan pertubuhan ini. Pertubuhan ini amat penting untuk diteruskan kerana berkait dengan seni warisan bangsa.


RUJUKAN Hasbullah, W. M. D. W. (2018). Meor Abdul Rahman: Konsep Tempur Seni Gayong Dan Inovasi Silat Melayu. Jurnal Pengajian Melayu/Journal of Malay Studies (JOMAS), 29(1), 262-285. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. (2019). Panduan pengurusan pertubuhan. Diperoleh daripada http://www.ros.gov.my Muhammad, N., & Ghani, M. (2021). Prinsip Pergerakan Dalam Seni Silat Melayu Melalui Media Campuran Bagi Penghasilan Karya Seni (Doctoral dissertation, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Amir Hamzah Aman.(2014). Panduan pengurusan kokurikulum. Puchong : Multimedia Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2009). Buku panduan gerak kerja kokurikulum sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum & Dewan Bahasa dan Pustaka.


Click to View FlipBook Version