PENSYARAH KURSUS : PUAN MAILI BINTI LAMSIN MPU 3132 F A L S A F A H D A N I S U - I S U S E M A S A TUGASAN 3 MPU 3 132 PENGANJURAN (30%) ~ KUMPULAN ~ KUMPULAN 1
AHLI KUMPULAN 1 ADELLA ALBERT P21074371 HELLEYECIA JUAN P21074340 FENNY BIDIR P21074294
ISI KANDUNG 1.0 Pengenalan 2.0 Cabaran Pendidikan 3.0 Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Falsafah 4.0 Rumusan 5.0 Lampiran
2.0 CABARAN 3.0 ISU PENDIDIKAN 1.0 PENGENALAN 5.0 LAMPIRAN 4.0 RUMUSAN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) DEFINISI PENDIDIKAN MENURUT AHLI FALSAFAH Pendidikan merupakan satu usaha untuk memberi latihan moral dan disiplin kepada individu supaya menjadi manusia yang baik, setia dan patuh kepada undang-undang (Socrates, 470-399 SM).
2.0 CABARAN 3.0 ISU PENDIDIKAN 1.0 PENGENALAN 5.0 LAMPIRAN 4.0 RUMUSAN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) DEFINISI PENDIDIKAN MENURUT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
2.0 CABARAN 3.0 ISU PENDIDIKAN Krisis global akibat daripada penularan wabak COVID -19 menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka tertangguh dan menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila perlu menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu. Hal ini menuntut proses PDP dilaksanakan secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai aplikasi masa kini seperti whatsaap, zoom, google meet dan sebagainya. Oleh itu, perkara ini memerlukan guru yang berkemahiran dalam teknologi untuk mengendalikan proses PDP secara online agar mereka dapat berkomunikasi dengan murid dengan lebih efektif. Perkara inilah yang memperlihatkan kebanyakkan guru - guru lama kurang berkemahiran dalam teknologi kerana mereka terbiasa dalam PDP cara lama. 4.0 RUMUSAN 1.0 PENGENALAN 5.0 LAMPIRAN A) GURU KURANG BERKEMAHIRAN DALAM TEKNOLOGI FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132)
2.0 CABARAN 3.0 ISU PENDIDIKAN Berdasarkan keratan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, seramai 21, 316 pelajar telah berhenti sekolah sejak Mac 2020. Sewaktu pandemik Covid-19, pembelajaran dalam talian merupakan antara punca pelajar mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, sudah pastinya untuk memiliki telefon pintar atau komputer riba menjadi satu beban kepada mereka. Banyak pelajar yang mengambil peluang untuk membantu ibu bapa mereka untuk mencari wang demi kelangsungan hidup. Di sinilah bermulanya keciciran murid dalam pendidikan akibat kemiskinan. 4.0 RUMUSAN 1.0 PENGENALAN 5.0 LAMPIRAN B) KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132)
2.0 CABARAN 3.0 ISU PENDIDIKAN Masih terdapat sekolah yang kurang kemudahan dan infrastruktur terutamanya sekolah yang berada di kawasan luar bandar atau pedalaman. Sekolah-sekolah ini kebiasaannya menyukarkan pihak kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada pihak sekolah kerana keadaan laluan dan darjah ketersampaian yang jauh. Antara kekurangan lazim yang dihadapi oleh sekolah luar bandar / pedalaman ialah; Kemudahan: Komputer, buku teks, perlatan sukan, makmal dan muzik. Prasarana: Pusat sumber, pusat akses, makmal komputer, bekalan air, bekalan elektrik dan bekalan internet. 4.0 RUMUSAN 1.0 PENGENALAN 5.0 LAMPIRAN C) KEKURANGAN KEMUDAHAN DAN PRASARANA DI SEKOLAH FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132)
2.0 CABARAN 3.0 ISU PENDIDIKAN 4.0 RUMUSAN Akibat bersaing dalam dunia global telah membawa perubahan besar terhadap pendidikan, sekali gus menjadikan setiap negara ingin bersaing dalam menentukan hala tuju pendidikan masing-masing kerana ia membuka peluang yang lebih luas dalam menghasilkan pelajar dan masyarakat yang berdaya saing. Institut pendidikan sepatutnya dapat berdiri sendiri tanpa adanya pengaruh politik, manakala pendidikan perlu berkembang secara semulajadi dalam menghasilkan manusia yang seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). 5.0 LAMPIRAN 1.0 PENGENALAN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) A) CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM PENDIDIKAN
Berikut merupakan kesan-kesan positif campur tangan politik dalam dunia pendidikan; a) Kebolehcapaian Pendidikan Dapat Dipertingkatkan Politik awam boleh membantu memastikan pendidikan menjadi lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya mereka daripada kumpulan yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi dan sosial. b) Peruntukan Dana dan Sumber Kerajaan boleh menggunakan dasar pendidikan untuk memperuntukkan dana dan sumber secara cekap untuk menambah baik infrastruktur sekolah, mengemaskini kurikulum, dan menyediakan latihan untuk tenaga pengajar. FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) KESAN POSITIF CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM PENDIDIKAN
FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) KESAN NEGATIF CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM PENDIDIKAN Berikut merupakan kesan-kesan negatif campur tangan politik dalam dunia pendidikan; a) Penyimpangan daripada Matlamat Pendidikan yang Utama Politik boleh memaksa sistem pendidikan mengorbankan matlamat pendidikan yang sepatutnya (seperti memajukan kemahiran dan pengetahuan) demi matlamat politik tertentu. b) Kurikulum yang Tidak Neutral Kerajaan atau ahli politik mungkin cuba mempengaruhi kurikulum untuk mencerminkan pandangan politik mereka, yang boleh menghalang pendidikan objektif dan inklusif. c) Batasan Kebebasan Akademik Campur tangan politik yang tidak wajar boleh mengehadkan kebebasan akademik guru dan penyelidik, yang boleh membantutkan inovasi dan kreativiti dalam dunia pendidikan.
Menumpukan perhatian kepada kepentingan utama iaitu pendidikan yang berkualiti dan memberi faedah yang terbaik kepada pelajar. Berusaha untuk membuat keputusan dan dasar pendidikan berdasarkan bukti dan pakar pendidikan. FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM PENDIDIKAN a. Mengutamakan Kepentingan Pelajar dan Pendidikan
Melibatkan orang ramai, ibu bapa dan komuniti dalam proses membuat keputusan pendidikan boleh membantu mengurangkan campur tangan politik yang tidak sesuai dalam dunia pendidikan. Ini juga membolehkan pelbagai pihak memberi input dan memberikan pandangan yang pelbagai. FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM PENDIDIKAN b. Menggalakkan Penglibatan Komuniti dan Ibu Bapa
Menyediakan ruang untuk penyelidikan dan inovasi dalam pendidikan boleh membantu dalam meningkatkan kualiti sesuatu pendidikan. Ia juga secara tidak langsung dapat mengurangkan campur tangan politik yang boleh mengehadkan atau menghalangi kemajuan dalam bidang pendidikan. FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM PENDIDIKAN c. Menggalakkan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan
2.0 CABARAN 3.0 ISU PENDIDIKAN 4.0 RUMUSAN 5.0 LAMPIRAN Sejak berdekad, negara Malaysia berdepan dengan masalah kekurangan guru. Kementerian Pendidikan Malaysia YB Fadhlina Sidek mendakwa sekolah di seluruh negara mengalami kekurangan lebih 20,000 guru ketika. Perkara ini amat membimbangkan kerana guru - guru lama terpaksa bersara dalam usia yang tua bagi memenuhi keperluan guru di Malaysia. Selain itu, isu kekurangan guru ini berlaku juga disebabkan tiada tenaga pengajar baharu yang ditempatkan bagi menggantikan mereka yang sudah bersara. 1.0 PENGENALAN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) B) KEKURANGAN GURU DI MALAYSIA
Punca Utama Isu Kekukarangan Guru Disebabkan tugas mengajar yang dibebankan lagi dengan kerja - kerja dokumentasi, ramai guru yang mengambil keputusan untuk bersara sebelum sampai usianya. Bilangan guru yang bersara awal juga semakin meningkat melebihi 10,000 orang. Jumlah ini hampir sama dengan bilangan guru yang bersara wajib. Oleh itu, hal ini bermakna hampir 20,000 orang guru bersara setiap tahun. A) Ramai guru bersara awal Walaupun bilangan guru dalam suatu sekolah itu mencukupi untuk murid, namun guru tidak mencukupi untuk merangkumi segala mata pelajaran yang dimuatkan dalam satu silibus pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Silibus pembelajaran di negara kita adalah lebih banyak dibandingkan dengan negara - negara maju dunia B) Terlalu banyak mata pelajaran FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132)
Punca Utama Isu Kekukarangan Guru Ramai guru yang berhenti mengajar apabila dilantik menjadi pentadbir dan pegawai di PPD, JPN mahupun KPM. Perkara ini septutnya tidak berlaku kerana semua guru perlu fokus terhadap tugas hakiki mereka iaitu sebagai seorang pendidik bagi anak - anak muda yang akan menjadi pembangun kepada negara di masa hadapan C) Ramai guru diserap masuk dalam pentadbiran Sistem pendidikan di negara kita sering berubah - ubah mengikut kerajaan yang memimpin negara. Apabila kerajaan yang memimpin negara kita berubah, maka sistem pendidikan juga diubah mengikut kemahuan kerajaan yang memimpin. Hal ini menyebabkan guru rasa serik apabila terpaksa belajar benda baru yang tidak berkaitan dengan pengajaran setiap tahun Perkara ini juga mendorong kepada penyakit mental terhadap guru - guru kerana stress dan tekanan D) Sistem pendidikan sentiasa berubah FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132)
Guru tidak dapat mempersiapkan diri sebelum memulakan pengajaran disebabkan terlalu banyak kelas yang perlu diajar dan banyak tugasan pengurusan yang perlu diselesaikan Perkara ini menyebabkan guru tidak sempat untuk membuat bahan bantu mengajar yang berkesan kepada murid Selain itu, perkara ini juga menyebabkan guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran di luar daripada bidang kemahiran guru tersebut Natijahnya, murid mungkin kurang memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. A. Proses PDP kurang berkesan FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) Kesan isu kekurangan guru
Pengambilan khas jawatan guru secara sekali pengambilan atau “one - off “ oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengatasi masalah kekurangan guru. Pengambilan guru secara besar- besaran ini terbuka kepada anak - anak muda graduan universiti. Lantikan secara tetap akan diberikan kepada graduan pendidikan manakala lantikan secara kontrak diberikan kepada bukan graduan pendidikan. Usaha ini adalah kesinambungan teras pendidikan didukung oleh KPM bagi mengatasi jurang pendidikan. A. Pengambilan guru khas SPP secara one - off FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) Langkah mengatasi isu kekurangan guru
FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) Langkah mengatasi isu kekurangan guru Bagi mengatasi isu kekurangn guru ini pihak kerajan telah menawarkan program KPLI dan DPLI bagi graduan universiti yang bukan dalam bidang pendidikan. Selain itu, peluang ini juga terbuka kepada individu yang ingin meningkatkan tahap pendidikan tanpa mengorbankan kerja hakiki. B) Penawaran program KPLI, DPLI
2.0 CABARAN 3.0 ISU PENDIDIKAN 4.0 RUMUSAN 5.0 LAMPIRAN Wabak penyakit yang pernah melanda negara ialah wabak Covid-19 atau Coronavirus. Wabak ini boleh menyebabkan risiko kematian. Pihak kerajaan mengambil langkah untuk memastikan rakyat tidak terdedah dengan wabak ini. Contohnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PKP menyebabkan banyak sektor / operasi di Malaysia terpaksa ditutup termasuk sektor pendidikan. Penutupan sektor pendidikan ini menyebabkan semua sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup bagi memutuskan rantaian penularan wabak yang berbahaya ini. 1.0 PENGENALAN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) C) WABAK PENYAKIT
Alasan Wabak Covid-19 boleh menjadi isu dalam pendidikan? Murid terpaksa mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian . Kaedah PdP ini kurang berkesan kerana terdapat murid yang tidak mempunyai gajet atau telefon pintar peribadi. Bukan itu sahaja, terdapat juga murid yang tidak mempunyai data internet yang cukup bahkan tidak mempunyai capaian internet langsung. Justeru, timbulnya isu di sini apabila murid semakin ketinggalan dalam pembelajaran menyebabkan tahap pencapaian pendidikan mereka menjadi rendah berbanding sebelumnya. A) Pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan Penularan Wabak Covid-19 menyebabkan takwim persekolahan berubah. Hal ini menyebabkan, segala aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah seperti sukan, permainan, perkhemahan dan sebagainya tidak dapat dilaksanakan kepada murid. Bukan itu sahaja, perubahan pada takwim juga menyebabkan penilaian sumatif seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) terpaksa ditangguh buat sementara waktu. B) Takwim persekolahan berubah FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132)
FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) Langkah mengatasi Wabak Covid-19 ini dalam pendidikan? Vaksin membantu meransang sistem kekebalan tubuh iaitu imun atau daya tahan tubuh semakin tinggi. Pengambilan vaksin akan dapat menambahkan keyakinan guru dan murid untuk kembali semula ke sekolah. Dapat mengurangkan kebimbangan ibu bapa terhadap risiko kesihatan anak-anak mereka di sekolah. Vaksin membantu melancarkan semula sesi PdP secara bersemuka di sekolah. A. Vaksinasi untuk guru dan murid Pihak sekolah perlulah melaksanakan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. SOP membantu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan warga sekolah. Contoh SOP: Memakai pelitup hidung dan mulat, menjarakkan diri sejauh 1 meter, membasuh tangan menggunakan sabun /air/ Hand Sanitizer, melakukan disenfeksi atau nyahkuman. B. Pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19
4.0 RUMUSAN 3.0 ISU PENDIDIKAN 5.0 LAMPIRAN 2.0 CABARAN 1.0 PENGENALAN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) Hasil daripada pelaksanaan tugasan ini, kami dapat mengetahui tentang beberapa bentuk cabaran pendidikan yang berlaku di dalam negara. Apa yang dapat kami simpulkan, cabaran ini menunjukkan sistem pendidikan kita perlulah ditambah baik dari semasa ke semasa lebih-lebih lagi kita sudah memasuki alaf abad ke-21. Bukan itu sahaja, kami juga dapat mempelajari tentang isu kontemporari yang berkaitan dengan pendidikan. Dalam hal ini, kami yakin sistem pendidikan negara akan lebih sistematik jika tidak di campur tangan dalam urusan politik. Hal ini kerana, setiap perubahan yang berlaku dalam politik juga akan memberi kesan tempias terhadap pendidikan. Pihak kerajaan seharusnya mengurus dan mentadbir sistem pendidikan ini dengan lebih baik supaya setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan dengan itu, kami sebagai seorang bakal guru akan berusaha untuk mengikuti lagi cabaran dan isu kontemporari yang berkaitan dengan pendidikan supaya kami tidak dinaggap sebagai bakal guru yang cetek pengetahuan bagai katak di bawah tempurung.
3.0 ISU PENDIDIKAN 5.0 LAMPIRAN 4.0 RUMUSAN 2.0 CABARAN 1.0 PENGANALN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) CABARAN PENDIDIKAN : GURU KURANG BERKEMAHIRAN DALAM TEKNOLOGI
3.0 ISU PENDIDIKAN 5.0 LAMPIRAN 4.0 RUMUSAN 2.0 CABARAN 1.0 PENGANALN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) CABARAN PENDIDIKAN : KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN
3.0 ISU PENDIDIKAN 5.0 LAMPIRAN 4.0 RUMUSAN 2.0 CABARAN 1.0 PENGANALN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM DUNIA PENDIDIKAN
4.0 RUMUSAN 3.0 ISU PENDIDIKAN 2.0 CABARAN 5.0 LAMPIRAN 1.0 PENGANALN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) WABAK PENYAKIT
4.0 RUMUSAN 3.0 ISU PENDIDIKAN 2.0 CABARAN 5.0 LAMPIRAN 1.0 PENGANALN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) WABAK PENYAKIT
3.0 ISU PENDIDIKAN 5.0 LAMPIRAN 4.0 RUMUSAN 2.0 CABARAN 1.0 PENGANALN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) ISU KEKURANGAN GURU
3.0 ISU PENDIDIKAN 5.0 LAMPIRAN 4.0 RUMUSAN 2.0 CABARAN 1.0 PENGANALN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (MPU 3132) ISU KEKURANGAN GURU
S EKIAN & T ERIMA KAS IH MPU 3132