INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU,SABAH
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN PPISMP
-KERJA KURSUS -
KURSUS: KETERAMPILAN BERBAHASA
KOD KURSUS : BMMB1134
KANDUNGAN: i. Bahagian A: Penulisan esei
ii. Bahagian B: Pembentangan
iii. Bahagian C: Penghasilan Produk
Markah : Nama Guru Pelatih : Fenny Bidir
No. Kad Matrik : P21074294
Kumpulan : PPISMP BM SK 1
Ambilan : JUN 2021 (Kemasukan September 2021)
Semester/Sesi : FEBRUARI 2022
No. Telefon Bimbit : 01136506548
Alamat E-mel : [email protected]
Nama Pensyarah Kursus : Puan Arbiah Binti Haji Maddahiri
KRITERIA 45% 25% 30% Jumlah (100%)
Pemeriksa 1 Penulisan Esei Persembahan Penghasilan Produk
Pemeriksa 2
A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)
Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat didalamnya.
Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan iniadalah pengakuan palsu.
Tanda tangan Pelajar: fennybidir Tarikh: 22 APRIL 2022
B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)
TUGASAN 3 :
PENGHASILAN PRODUK
KETERAMPILAN BERBAHASA
NAMA : FENNY BIDIR
KUMPULAN : PPISMP BM SK 1
ANGKA GILIRAN : 2021072310016
PENGHARGAAN
Terima kasih atas berkat dan kurnia dari-Nya, saya dapat
menyiapkan tugasan BMMB1134 ini dengan jayanya. Tugasan
ini menerangkan tentang halangan komunikasi dan isu
keterampilan berbahasa.
Sepanjang tempoh penghasilan kerja kursus ini, saya telah
berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Oleh itu,
saya yang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Puan Arbiah Maddahiri selaku pensyarah bagi subjek
BMMB1134 yang tidak pernah jemu untuk mencurahkan
ilmunya kepada saya. Tidak lupa juga, kepada ibu bapa saya
yang sentiasa menyokong dan memberi kekuatan kepada
saya begitu juga dengan rakan-rakan yang turut terlibat
dalam penghasilan tugasan ini kerana tanpa mereka, saya
tidak mungkin akan berhasil menjayakan tugasan ini.
Sekian terima kasih.
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 4
2.0 Halangan Komunikasi 4
2.1 Faktor Persekitaran 4
2.2 Faktor Emosi 5
2.3 Faktor Komunikasi Sehala 5
2.4 Faktor Semantik 5
2.5 Faktor Psikologi 6
3.0 Isu Keterampilan 6
3.1 Isu Bahasa 6
3.2 Isu Sosial 7
4.0 Kesimpulan 7
Rujukan 8
PENGENALAN
Keterampilan berbahasa merupakan suatu kemahiran
atau kecekapan dalam menggunakan bahasa yang
mencakupi kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Keterampilan berbahasa
boleh dibahagikan kepada dua kaedah iaitu kaedah
lisan dan tulisan. Kaedah lisan meliputi kemahiran
mendengar dan bertutur manakala kaedah bertulis
meliputi kemahiran membaca dan menulis. Oleh itu,
keterampilan berbahasa merupakan suatu kemahiran
yang sangat penting untuk dikuasai oleh semua orang
dan tidak dinafikan bahawa keterampilan berbahasa
adalah salah elemen yang sangat penting yang
menentukan keberhasilan seseorang itu dalam
berkomunikasi. Keterampilan berbahasa merupakan
suatu aspek yang sangat penting untuk dikuasai bagi
setiap individu. Dalam satu komuniti, aspek
keterampilan berbahasa adalah sangat penting bagi
mewujudkan sebuah suasana yang harmoni ketika
berkomunikasi dengan orang lain. Ketika mengirim
atau menghantar pesanan, pengirim tersebut akan
melakukan proses encoding lalu menghantar pesanan
tersebut kepada penerima. Manakala, penerima pula
pada waktu itu akan melakukan proses decoding
sehingga pesanan yang dikirim dapat diterima
dengan baik. Encoding adalah manusia yang
mengirim dan mengembangkan pesanan. Encoding
juga merupakan satu proses di mana maklumat dapat
disampaikan dalam bentuk lambang sama ada dalam
bentuk bunyi mahupun tulisan. Manakala, decoding
pula merujuk kepada proses penterjemahan
maklumat ke dalam bahasa atau pun mengubah
komunikasi kepada pemikiran.
Halangan
Komunikasi
Definisi Komunikasi
Komunikasi adalah satu proses
perpindahan maklumat, perasaan, idea
atau fikiran seseorang individu kepada
individu yang lain. Komunikasi juga boleh
ditakrifkan sebagai suatu perbuatan
menghantar maklumat atau proses
bertukar-tukar pendapat supaya dapat
menghasilkan pemahaman. Terdapat
banyak faktor yang menjadi penghalangan
bagi seseorang untuk melakukan aktiviti
yang melibatkan komunikasi.
Halangan Komunikasi
Faktor Persekitaran
Persekitaran boleh didefinisikan sebagai
kawasan sekitar. Di persekitaran kita seringkali
berlaku gangguan secara langsung atau nyata
ketika berkomunikasi dan ini sudah tentunya
akan menghalang proses komunikasi antara
seorang individu dengan individu yang lain. Hal
ini, kerana komunikasi sukar untuk dilakukan di
kawasan yang bising kerana ia akan menganggu
penyampai dan penerima semasa melakukan
proses komunikasi. Contohnya, bunyi bising
daripada mesin mahupun telefon.
Halangan Komunikasi
Faktor Emosi
Emosi adalah perasaan jangka pendek yang
berkaitan dengan situasi yang spesifik. Emosi
dapat ditunjukkan ketika kita berasa gembira,
marah atau takut tentang sesuatu perkara.
Emosi juga merupakan suatu tindak balas
subjektif yang berasaskan perasaan yang akan
mempengaruhi perlakuan pelaku. Pelaku akan
memperlihatkan emosinya, disamping
wujudnya fakta dan pendapat dalam
mengatakan sesuatu maklumat. Contohnya,
seseorang yang berada dalam gangguan
emosi apabila diganggu oleh rakan-rakan yang
lain kemungkinan akan mengundang
kemarahan dan boleh menyebabkan
perkelahian.
Halangan Komunikasi
Faktor Komunikasi Sehala
Komunikasi sehala tidak memerlukan
maklumbalas daripada penerima.
Mereka yang menerima arahan tanpa
diberi kesempatan untuk bertanya boleh
menimbulkan pelbagai perasaan negatif.
Komunikasi seperti ini boleh
menyebabkan mesej yang diterima
berubah dan tidak tepat atau mengikut
tafsiran diri sendiri. Oleh itu, pentingnya
untuk mendengar arahan yang diberikan
dengan teliti dan memberi respon yang
menggalakkan komunikasi.
Halangan Komunikasi
Faktor Semantik
Semantik merujuk kepada pemilihan ayat atau
istilah yang mempunyai maksud yang berlainan
apabila diterjemahkan oleh penerima.
Penyampai atau pembicara perlu sedar bahawa
terdapatnya perkataan yang sama tetapi
mempunyai maksud yang berlainan kepada
pendengar yang berasal daripada latar belakang
budaya yang berbeza. Misalnya, perkataan
“lawa” bagi masyarakat semenanjung
bermaksud cantik namun bagi masyarakat
Sarawak perkataan “lawa” bermaksud sombong.
Perkara ini, berlaku disebabkan oleh maksud
sesuatu perkataan dapat diterjemahkan lebih
daripada satu maksud oleh pendengar.
Halangan Komunikasi
Faktor Psikologi
Tanggapan yang dibuat oleh penerima
maklumat terhadap sesuatu perkara
mungkin bercanggah dengan
pandangan atau tanggapan yang
dilakukan oleh pembicara. Ia berlaku
disebabkan oleh pandangan yang
berbeza antara pendengar dan
pembicara. Contoh, tanggapan yang
salah terhadap lonceng kecemasan
kebakaran.
Isu
Keterampilan
Berbahasa
Isu Bahasa
Isu kecelaruan tentang penggunaan bahasa yang
kurang sopan dan tidak berhemah di tempat awam
serta di media sosial dalam kalangan masyarakat
khususnya remaja pada masa kini semakin berleluasa
dan membimbangkan ramai pihak. Perkara ini,
menunjukkan semakin lunturnya budaya kesantunan,
keluhuran, ketertiban, hormat dan rendah diri dalam
kalangan masyarakat kita. Mereka kerap kali
menggunakan bahasa yang kasar dalam percakapan
mereka ketika berkomunikasi dengan orang lain.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bahasa kasar
adalah bahasa yang tidak sopan atau tidak manis
digunakan. Bahasa ini seringkali digunakan ketika
berhubung dengan rakan-rakan yang akrab, rakan
sebaya serta ketika berada dalam suasana yang tidak
formal. Penggunaan ayat-ayat dan perkataan yang
kurang sopan dalam perbualan masyarakat kini
seakan diterima pakai dalam kalangan masyarakat
apabila perkataan yang kurang sopan itu menjadi
kebiasaan dalam perbualan harian ketika bergurau.
Contohnya, perbualan sekelompok remaja bersama
dengan rakan sebaya di kedai-kedai makan dan di
tempat awam. Antara perkataan yang sering
dikeluarkan oleh remaja adalah seperti ‘bodoh’, ‘sial’,
‘sundal’ dan sebagainya tanpa menghiraukan orang
sekeliling yang mendengar.
Isu Media Sosial
Selari dengan kepesatan perkembangan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi(TMK), fenomena
penggunaan bahasa campur atau lebih dikenali
sebagai bahasa rojak semakin berkembang dalam
kalangan masyarakat kita pada hari ini. Dari sudut
sejarah, penggunaan bahasa rojak sudah pun dikesan
seawal pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
ketika Parameswara menubuhkan perdagangan
antarabangsa pada tahun 1402 di Melaka. Aktiviti
perdagangan yang dijalankan telah berjaya menarik
pedagang asing yang secara keseluruhannya bertutur
lebih daripada lapan puluh bahasa. Lanjutan daripada
peristiwa ini, maka penggunaan bahasa rojak
dikatakan berlaku di negara kita. Kemunculan media
baharu pada masa kini, telah mempengaruhi cara
masyarakat berkomunikasi dalam aktiviti seharian
mereka. Oleh itu, pengguna yang berasal daripada
pelbagai latar belakang budaya akan menggunakan
peluang tersebut untuk menyuarakan pendapat dan
budaya masing-masing mengikut pemahaman bahasa
mereka. Maka, wujudlah perkataan-perkataan bahasa
yang baharu atau percampuran bahasa Melayu
dengan bahasa Inggeris bagi menerangkan sesuatu
perkara. Perkara ini, sedikit sebanyak telah
mengganggu keterampilan berbahasa seseorang itu.
Hal ini dikatakan sedemikian, kerana terdapat banyak
perkataan atau istilah yang tidak sesuai digunakan
dalam perbualan mereka yang tidak bersesuaian
dengan aspek keterampilan berbahasa. Contohnya,
“you pi mana?” atau “kita cancel perjumpaan hari ini,
next week kita start”.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya,
keterampilan berbahasa
merupakan satu aspek yang
perlu ada dalam diri setiap
individu bagi mewujudkan
sebuah komunikasi yang berkesan
dan efektif di samping
mengelakkan terjadinya sesuatu
perkara yang tidak diingini
berlaku seperti perselisihan
faham. Oleh itu, pentingnya bagi
seseorang itu untuk menguasai
keterampilan berbahasa demi
mewujudkan sebuah suasana
yang harmoni dan sejahtera.
Rujukan
Ariffin, H. ( 2019, November 18). Bahasa Kurang Sopan Ubah Cara Komunikasi Remaja
Masa Kini. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasa-kurang-sopan-
ubah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini
Gading, K. K. M. (2018). Gangguan dan masalah komunikasi berkesan dalam pembelajaran
dan pengajaran. IDEA’S Penulisan Ilmiah, 145.
Hassan, A. F. M., Alimi, K. F., Isam, H., & Mutalib, M. A. (2020). Amalan kesantunan
berbahasa dalam komunikasi formal dan tidak formal dalam kalangan pelajar universiti.
Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of Communication, 36(4), 410-427.
Ilham, M., & Wijiati, I. A. (2020). Keterampilan Berbicara: Pengantar Keterampilan
Berbahasa. Lembaga Academic & Research Institute.
Mahbob, M. H., Ali, N. A. S. M., Sulaiman, W. I. W., & Mahmud, W. A. W. (2019).
Komunikasi strategik dan peranannya untuk mewujudkan komunikasi berkesan dalam
organisasi. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(2), 49-67.
Mulyana, A. T. (2018). Isu-isu kritis kebijakan bahasa dan pengajaran bahasa. Biormatika:
Jurnal ilmiah fakultas keguruan dan ilmu pendidikan, 4(01).
Norhisham, S. (2019, Oktober 24). Faktor-Faktor Penghalang Komunikasi. Pascasiswazah.
https://www.pascasiswazah.com/faktor-faktor-penghalang-komunikasi/
Pitoyo, A. (2020). Pembelajaran Keterampilan Berbahasa Produktif Berbasis Cooperative
Learning: Sebuah Eksperimen Model Pembelajaran Brain dan Investigasi
Kelompok. Diksi, 28(2), 171-178.
1
Saprudin, D. B., Hamid, A. H. B. A., & Hamzah, M. I. B. M. (2020, September). Emosi &
Kepercayaan Sebagai Halangan Perubahan: Peranan Komunikasi Strategik. In
(Webinar) Seminar Nasional Pendidikan 2020 (Vol. 1, No. 1, pp. 219-225).
Sariyan, A. (2021, Disember 15). Isu Pintar Budaya dalam Pendidikan Bahasa. Dewan
Bahasa. https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/12/15/isu-pintar-budaya-dalam-
pendidikan-bahasa/
2