The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SUTINI PARNIN, 2023-10-15 04:37:28

NOTA RINGKAS DRAMA HADIAH TINGKATAN 1

NOTA RINGKAS DRAMA HADIAH

Keywords: DRAMA HADIAH

Drama : Hadiah (Aripin Said) SINOPSIS Setelah kematian ayahnya, keluarga Hayati mengalami masalah kewangan. Hayati tidak dapat membayar bayaran asrama dan terpaksa pulang ke kampung. Mereka hanya bergantung hidup daripada pencen Pak Mail yang sedikit. Masalah mereka telah diadukan kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu keluarga Hayati. Nasib menyebelahi mereka apabila wakil daripada Kementerian Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak sepuluh ribu ringgit atas jasa ayahnya yang terkorban semasa mempertahankan negara. TEMA Kegigihan menuntut ilmu. Buktinya, Hayati terpaksa pulang ke kampung kerana tidak dapat membayar yuran asrama sekolah. PERSOALAN i. Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan. Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar, yang terkorban semasa bertugas di sempadan. ii. Gigih meneruskan pelajaran. Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan pelajarannya. iii. Berusaha untuk menyelesaikan masalah. Contoh: Pak Mail menceritakan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada penghulu. PLOT Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian. i. Permulaan Contoh: Fauziah menerima sepucuk surat daripada Hayati yang memberitahu bahawa dia akan pulang ke kampung kerana tidak dapat menjelaskan baki yuran asrama. ii. Perkembangan Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah agar tidak bersedih dan berjanji akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Hayati tiba di rumah dan telah memberitahu guru besarnya tentang masalah keluarganya. Guru besar telah berjanji akan membantunya. Pak Mail juga memaklumkan bahawa dia telah meminta pertolongan daripada penghulu. iii. Klimaks Penghulu dan wakil Kementerian Pertahanan datang ke rumah mereka untuk menyerahkan cek berjumlah sepuluh ribu ringgit bagi menghargai pengorbanan Akhbar semasa bertugas mempertahankan negara. iv. Peleraian Pak Mail berjanji akan menghantar Hayati ke asrama bagi meneruskan pelajarannya. TEKNIK PENCERITAAN i. Imbas Kembali Contoh: Hayati sentiasa teringat akan ayahnyayangtelahmeninggal dunia hampir tiga bulan lamanya. ii. Dialog Contoh: Perbualan antara Fauziah dan Pak Mail tentangcara untuk membayar yuran asrama Hayati. iii. Imbas Muka Contoh: Hayati ingin menatap gambar ayahnyasekiranyadia pulang ke kampung. iv. Pemerian Contoh: Pak Musa menerangkan tujuan merekadatangke rumah Pak Mail. WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Hayati i. Gadis yang berusia 15 tahun. ii. Bersekolah di Sekolah MenengahSeri Setia,Melaka. iii. Gigih berusaha Contoh: Hayati menceritakan masalah yangdihadapi olehkeluarga mereka kepada guru besar. iv. Tabah. Contoh: Hayati tabah menghadapi kehilanganayahnya.v. Penyayang. Contoh: Hayati tetap merindui arwah ayahnyadaninginmenatap gambarnya apabila dia pulang kekampung.vi. Mementingkan pelajaran Contoh: Hayati berusaha untuk mendapatkanbantuanbagi meneruskan pelajarannya. Watak Sampingan 1. Fauziah i. Ibu kepada Hayati. ii. Tabah. Contoh: Tabah menghadapi kehilangan suami tercinta.iii. Penyayang. Contoh: Fauziah sangat menyayangi suami dananak-anaknya. 2. Pak Mail i. Bapa kepada Fauziah. Datuk kepadaHayati danFarid. ii. Tabah. Contoh: Pak Mail tabah menghadapi musibahyangmenimpa keluarga mereka. iii. Bertanggungjawab. Contoh: seorang yang bertanggungjawabmenjagaanakdan cucu-cucunya setelah mereka kehilanganayahyangtercinta. iv. Penyayang. Contoh: seorang yang penyayang terhadapanakdancucu-cucunya. LATAR Latar Masyarakat i. Masyarakat kampung Contoh: Pak Mail menemui penghulu kampunguntukmenceritakan masalah yang dihadapi olehmereka.


ii. Masyarakat yang berusaha gigih. Contoh: Pak Mail berikhtiar mencari duit bagi membayar yuran asrama Hayati. iii. Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air. Contoh: Akhbar terkorban semasa menjalankan tugas di sempadan. iv. Masyarakat yang percaya kepada Tuhan. Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan Tuhan dengan redha. GAYA BAHASA i. Bahasa istana Contoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda ii. Kata ganda Contoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga iii. Sinkope Contoh: mak, tuk, nak, dah iv. Simpulan bahasa Contoh: minta diri v. Bahasa Arab Contoh: assalamualaikum, waalaikumusalam. NILAI i. Nilai kasih sayang. Contoh: Pak Mail amat menyayangi Fauziah, Hayati dan Farid. ii. Nilai ketabahan Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya. iii. Nilai kegigihan. Contoh: Hayati gigih berusaha mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya. iv. Nilai bekerjasama. Contoh: Penghulu berjanji akan membantu keluarga Pak Mail. PENGAJARAN i. Kita hendaklah mementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan. Contoh: Hayati berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun menghadapi masalah kewangan. ii. Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk negara. Contoh: Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada keluarga Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di sempadan negara. iii. Kita hendaklah percaya kepada Tuhan Contoh: Pak Mail percaya bahawa Tuhan akan membantu mereka yang dalam kesusasahan. iv. Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain. Contoh: Guru besar berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan kewangan. Nama : ___________________________Kelas: ____KUIZ DRAMA ‘HADIAH’ A. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan. 1. Nyatakan nama penulis drama ‘Hadiah’. -------------------------------- 2. Berapakah umur Hayati? -------------------------------- 3. Nyatakan nama ibu Hayati. -------------------------------- 4. Nyatakan nama datuk Hayati. -------------------------------- 5. Nyatakan nama sekolah Hayati. -------------------------------- B. Bulatkan jawapan yang betul. 1.Umur ibu Hayati ialah _____ tahun. A 38 B 37 C 367. 2. Berapakah hutang yuran asrama yang belumdibayaroleh Hayati? A Tiga puluh ringgit B Empat puluh ringgit C Lima puluh ringgit8. 4. Siapakah nama ayah Hayati? A Azlan B Aqram C Akhbar 5. Bapa Hayati bekerja sebagai seorang______. A Tentera B Doktor C Peniaga 5.Siapakah nama adik Hayati? A Firdaus B Fahmi C Farid


Click to View FlipBook Version