Sambungan……..
Peningkatan kegiatan pemburuan haram ke atas gajahgajah liar
bagi tujuan tertentu juga menyebabkan populasi gajah turut berpecah
dan bergerak ke tempat yang baru. Permintaan seperti gading dan
lain-lain anggota gajah dengan harga yang tinggi di pasaran gelap juga
memburukkan lagi keadaan. Penguatkuasaan Akta Perlindungan
Hidupan Liar No. 76, 1972 terhadap pemburuan haram telah berjaya
mengurangkan kemungkinan kepada pembunuhan haram gajah ini.
Sambungan……..
Usaha jabatan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan
masyarakat mengenai pentingnya konservasi gajah sebagai satu
warisan negara memerlukan perancangan dan usaha yang berterusan.
Kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat terhadap pentingnya
konservasi hidupan liar menyukarkan lagi usaha jabatan untuk
menjalankan aktiviti konservasi gajah. Tanggapan setengah
masyarakat bahawa keperluan untuk manusia lebih utama dalam
menyelesaikan masalah berkaitan dengan hidupan liar menyukarkan
lagi usaha ini.
Secara umumnya terdapat dua kumpulan pelanggan Jabatan
PERHILITAN yang utama dalam konflik manusia-gajah iaitu:
a) Pekebun kecil dan penduduk kampung Pekebun kecil ialah mereka
yang mengamalkan corak pertanian dengan keluasan tanah kurang
dari 100 ha dan kebiasaannya mengamalkan tanaman
heterokultur. Penduduk kampung pula ialah mereka terdedah
dengan ancaman gangguan gajah ketika menjalankan urusan
harian mereka terutamanya penempatan Orang Asli di pinggir-
piggir hutan.
b) b) Pemilik-pemilik ladang Ladang boleh ditakrifkan sebagai
kawasan pertanian yang mempunyai keluasan tanah melebihi 100
ha dan kebiasaannya mengamalkan jenis tanaman monokultur
seperti getah dan kelapa sawit. Mereka kebiasaanya terdiri
daripada pemilik syarikat-syarikat besar, FELDA, FELCRA atau anak-
anak syarikat milik Kerajaan Negeri.
LUAS KAWASAN GANGGUAN
Luas kawasan gangguan dinilai berdasarkan luas kawasan yang
dimusnahkan oleh gajah berbanding dengan luas kawasan sebenar.
Ianya boleh dikira dalam bentuk peratusan atau dalam jumlah hektar.
Keluasan kerosakan yang tinggi (> 75%) dianggap mengalami masalah
yang amat serius, (50 – 74%) serius dan (< 50%) tidak serius.
PERINGKAT UMUR TANAMAN
Peringkat umur tanaman adalah berdasarkan kepada usia pokok
tersebut daripada mula ianya ditanam hingga ianya dirosakkan oleh
gajah. Pada kebiasaannya pokok yang sudah boleh mengeluarkan hasil
akan mengakibatkan kerugian yang besar apabila dimusnahkan oleh
gajah. Pokok-pokok yang berbeza mengeluarkan hasil pada umur yang
berbeza.
JENIS TANAMAN YANG TERLIBAT
Jenis tanaman juga boleh mempengaruhi tahap gangguan gajah. Tahap gangguan
yang serius ialah gangguan yang melibatkan jenis tanaman komersial dan bernilai
tinggi. Contohnya dalam ladang kelapa sawit yang juga ditanam dengan tanaman
kontan seperti pisang dan nenas. Kelapa sawit merupakan tanaman yang bernilai
tinggi sedangkan tanaman pisang dan nenas tersebut hanyalah tanaman selingan
sementara menunggu hasil daripada kelapa sawit.
LAMA MASA GAJAH BERADA DI DALAM KAWASAN GANGGUAN.
Ianya bermaksud tempoh masa gajah-gajah tersebut berada di dalam kawasan
gangguan. Semakin lama gajah tersebut berada dalam kawasan terbabit maka
semakin banyak kerosakan yang dilakukan. Pada kebiasaannya jika gajah berada
melebihi tiga hari ianya sudah boleh diambilkira sebagai amat serius. Namun jika
gajah-gajah tersebut hanya lalu di kawasan tersebut ianya hanya boleh dikira
sebagai sederhana serius. Ini adalah kerana gajah-gajah tersebut mungkin memakan
tanaman di sepanjang laluannya.
BILANGAN GAJAH YANG MENGGANGGU
Bilangan gajah yang mengganggu juga mempengaruhi tahap gangguan
gajah. Bilangan gajah yang banyak (> 5 ekor) adalah dianggap amat
serius dalam gangguan gajah. Namun begitu, bagi kawasan kampung
seekor gajah sudah dikira amat serius merujuk kepada keluasan
tanaman serta ancaman yang kemungkinan ditimbulkan oleh gajah
tersebut.
KEKERAPAN GANGGUAN
Kekerapan gangguan bermaksud kekerapan gangguan gajah ke atas
tempat yang sama dalam tempoh sebulan. Gangguan dikira sangat
serius apabila gajah mengganggu pada setiap minggu(4 kali sebulan).
Namun begitu kekerapan yang minimum (sekali sebulan) masih
dianggap amat serius bagi penduduk kampung yang mengamalkan
aktiviti pertanian secara kecil-kecilan.
KOS KEROSAKAN
Kos kerosakan ialah kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak pengurusan
atau pemilik ladang disebabkan oleh gangguan gajah ke atas ladang mereka.
Namun begitu kos kerosakan ini berbezabeza mengikut tahap pengurusan,
umur pokok dan kadar upah pekerja yang sering berubah dari masa ke
semasa. Selain daripada itu kos juga berubah mengikut nilai semasa hasil
pengeluaran jenis tanaman yang terlibat.
ANCAMAN KEPADA MANUSIA
Ancaman kepada manusia berlaku apabila gajah tersebut mula memasuki
kawasan penempatan penduduk atau mengganggu penduduk ketika mereka
bekerja di ladang. Ancaman boleh berlaku apabila gajah mula merosakkan
bangunan atau binaan lain seperti tandas, dapur dan sebagainya. Selain itu,
ancaman amat serius boleh berlaku apabila gajah mula menyerang manusia.
Ancaman tidak dianggap serius jika gajah tersebut hanya dilihat oleh
penduduk dari jarak jauh.
KAWASAN PERLINDUNGAN GAJAH.
Pengwujudan kawasan-kawasan baru sebagai tempat
perlindungan hidupan liar dan usaha-usaha bagi
mengekalkan kawasan perlindungan yang sedia ada seperti
Taman Negara, Rezab dan Santuari Hidupan Liar adalah satu
langkah penting ke arah usaha jabatan untuk melindungi
hidupan liar dan habitatnya. Keluasan kawasan-kawasan
perlindungan hidupan liar di Semenanjung Malaysia kini
berjumlah 1,128,573 ha (Jadual 4). Namun begitu jumlah
keluasan tersebut tidak kesemuanya sesuai untuk habitat
gajah. Kawasan Perlindungan utama yang menjadi habitat
gajah hanyalah di Taman Negara, Taman Negara Endau-
Rompin dan Taman Negeri Di-Raja Belum.
Pada masa lalu, langkah-langkah tradisional bagi mengatasi
masalah gangguan gajah ialah dengan cara menghapuskannya. Di
antara tahun 1967 dan 1977, Jabatan PERHILITAN (dahulunya
dikenali sebagai Jabatan Mergastua) telah menembak mati
sebanyak 120 ekor gajah yang mengganggu kawasan pertanian dan
yang mengancam nyawa manusia. Namun begitu, bermula pada
tahun 1974 Jabatan PERHILITAN telah memperkenalkan teknik
terbaru konservasi gajah iaitu menangkap dan memindahkan
gajah-gajah yang merosakkan tanaman dan mengganggu manusia
ke kawasan perlindungan yang lebih selamat seperti di Taman Di-
Raja Belum, Taman Negara dan Taman Negara Endau Rompin
(Jadual 5). Selain daripada tangkap dan pindah, beberapa cara juga
telah diperkenalkan seperti pembinaan parit dan pagar elektrik di
sepanjang sempadan yang menjadi tumpuan kemasukan gajah.
Ianya didapati sangat efektif bagi menghalang kemasukan gajah ke
kawasan pertanian yang terlibat.
Sumber: Aiken, R. (1994),
DWNP-DANCED(1996); Nota:
GR (Game reserve), WS
(Wildlife sanctuary), BS (Bird
sanctuary), WR (Wildlife
reserve), NP (National Park),
NaP (Nature Park), TR
(Tuntung Reserve)
Sumber: Aiken, R. (1994),
DWNP-DANCED(1996); Nota:
GR (Game reserve), WS
(Wildlife sanctuary), BS (Bird
sanctuary), WR (Wildlife
reserve), NP (National Park),
NaP (Nature Park), TR
(Tuntung Reserve)
Gajah merupakan spesies hidupan liar yang
diperlindungi di bawah Jadual 1 Akta Perlindungan
Hidupan Liar No. 76, 1972. Ia juga disenaraikan di bawah
Lampiran 1, CITES (Convention on International Trade in
Endangered Species of Wild Fauna and Flora) serta
dikategorikan sebagai binatang yang terancam dalam
Buku Data Merah IUCN (International Union for the
Conservation of Nature and Natural Resources). Oleh itu,
perdagangan spesies ini di peringkat antarabangsa adalah
dikawal dengan ketat.
Para perancang dan pembuat dasar perlu mempunyai
kesedaran bahawa penekanan yang diberikan kepada gajah
bukanlah sekadar konservasi untuk satu spesies gajah sahaja, tetapi
mestilah dianggap sebagai satu tindakan konservasi hidupan liar
yang menyeluruh. Ini kerana gajah merupakan spesies utama yang
memerlukan habitat yang luas. Perlindungan terhadap habitat gajah
secara tidak langsung melindungi kepelbagaian biologi kawasan
tersebut. Gajah juga mempunyai hubungkait dengan budaya,
ekonomi dan warisan alam semulajadi negara. Oleh itu, kehadiran
gajah memberi makna yang besar kepada kita dan generasi yang
akan datang. Untuk melindungi dan memulihara gajah supaya
terhindar daripada bahaya kepupusan beberapa strategi konservasi
dicadangkan yang meliputi tindakan pengurusan, penyelidikan,
inventori, kewangan, kerjasama peringkat nasional dan
antarabangsa
1. PERTIMBANGAN TERHADAP PENGURUSAN POPULASI GAJAH
Pengurusan populasi gajah pada dasarnya bergantung kepada saiz kumpulan, saiz habitat
serta keadaan habitat tersebut. Keadaan ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
a. Gajah tunggal
Gajah tunggal ialah gajah yang bergerak secara bersendirian, terutamanya gajah jantan
yang tidak lagi boleh memberi sumbangan dari segi baka disebabkan tua, uzur atau disingkir
oleh kumpulannya. Gajah tunggal seperti ini dianggap sudah tidak mempunyai nilai
konservasi.
a. Gajah terkepung
Kumpulan ini merupakan kumpulan gajah yang berada dalam hutan yang kecil yang
dikelilingi oleh kawasan pembangunan dan tidak mampu menampung keperluan makanan
dan mempunyai kawasan keliaran terbatas. Dalam keadaan seperti ini gajah akan hanya
menggunakan hutan yang kecil itu sebagai tempat berlindung pada siang hari dan keluar
pada waktu malam untuk mencari makanan. Kawasan pertanian yang berhampiran dengan
kumpulan gajah seperti ini akan mengalami kerosakan yang serius disebabkan kekerapan
gangguan oleh gajah ini. Malah sekiranya ladang dipagar dengan pagar elektrik sekalipun
gajah akan tetap cuba memasuki ladang pertanian tersebut.
a. Gajah selamat
Kumpulan ini merupakan kumpulan gajah yang menghuni hutan yang masih luas dan
kumpulan ini tidak menimbulkan masalah dari segi pengurusan dan selamat di habitat yang
sedia ada. Namun begitu, ia mungkin sekali-sekala memasuki kawasan pertanian atau
pinggiran kampung apabila tiba pusingan keliarannya.
2. KAEDAH TINDAKAN BERDASARKAN KEADAAN, SAIZ KUMPULAN DAN TAHAP GANGGUAN
Tindakan yang dijalankan adalah berpandukan kepada keadaan kumpulan dan tahap
ancaman yang berlaku. Beberapa kaedah pengurusan yang diamalkan adalah seperti berikut.
a. Tembak mati
Kaedah ini dijalankan terhadap gajah yang cedera atau sakit teruk dan tiada harapan
untuk pulih tanpa mengira umur atau jantina. Gajah tunggal yang memberikan masalah yang
amat serius atau mengancam nyawa orang awam juga akan ditembak mati. Namun begitu
tidak semua gajah yang menyerang orang awam di tembak mati. Sekiranya orang yang
diserang adalah pemburu haram, tindakan tembak mati tidak dijalankan. Ini adalah kerana
punca masalah tidak ditimbulkan oleh gajah tersebut (Jadual 6).
b. Tembak halau
Kebiasaannya ia melibatkan kumpulan gajah yang tinggal berhampiran dengan pinggir
hutan dan kawasan pertanian atau penempatan penduduk. Kekerapan gangguan tidak begitu
serius dan gajah akan masuk semula ke dalam hutan apabila ditembak halau. Kakitangan
perlu memastikan gajah tersebut masuk semula ke dalam hutan selepas tembak halau
dijalankan. Setiap aduan perlu dirujuk kepada pengadu agar gajah dapat dikesan dengan
segera.
2. KAEDAH TINDAKAN BERDASARKAN KEADAAN, SAIZ KUMPULAN DAN TAHAP GANGGUAN
Tindakan yang dijalankan adalah berpandukan kepada keadaan kumpulan dan tahap
ancaman yang berlaku. Beberapa kaedah pengurusan yang diamalkan adalah seperti berikut.
c. Tangkap dan pindah
Kaedah tangkap dan pindah dijalankan terhadap kumpulan gajah yang terperangkap
dalam suatu kawasan atau pulau hutan. Gajah kerap memasuki ladang atau kawasan
perkampungan yang terbabit dan menyebabkan kerugian yang besar dan berterusan. Anak
gajah yang tertinggal atau ditinggalkan oleh ibunya akan ditangkap dan dipindahkan ke Pusat
Konservasi Gajah Kebangsaan, Lanchang, Pahang atau terus dihantar ke Zoo Melaka untuk
rawatan. Tangkap dan pindah juga dijalankan bagi gajah yang terkena jerat (wire snare) dan
dipindahkan ke Zoo Melaka untuk rawatan lanjut.
d. Pagar elektrik dan parit
Kaedah ini perlu disyorkan kepada setiap pemilik ladang dan jabatan hanya bertindak
sebagai penasihat sahaja. Kekuatan voltan pagar elektrik mestilah sekurangkurangnya 9 kV.
Jabatan boleh memainkan peranan dengan menasihatkan pemilik ladang supaya sentiasa
memastikan pagar elektrik serta longkang sentiasa diselenggara dengan baik.
3. Penyelidikan gajah
Beberapa kajian telah
dijalankan oleh Jabatan
PERHILITAN sejak tahun 1941
sehingga sekarang. Kajian-
kajian tersebut meliputi
berbagai aspek seperti
populasi, taburan, pergerakan,
permasalahan gajah,
pemakanan, deria gajah dan
sebagainya (Jadual 7).
Namun begitu penyelidikan gajah masih perlu dipergiatkan kerana:
a. Bagi mendapatkan kaedah pengurusan gajah yang rasional dan efektif sama ada secara in-
situ atau ex-situ. Lebih banyak penyelidikan dan bancian perlu dijalankan untuk mendapatkan
saiz populasi yang sesuai (viable population) dalam kawasan hutan yang sedia ada. Populasi
minimum yang sesuai bagi populasi gajah yang kecil perlu diwujudkan di dalam habitat yang
sedia ada bagi menjamin kesinambungan generasi dan warisan gajah di kawasan terbabit.
b. Kajian jangka panjang perlu dijalankan untuk mengetahui komposisi gajah dalam kumpulan
yang sedia ada. Kajian ini penting terutama bagi kumpulan gajah yang berada di dalam
kawasan yang dikelilingi oleh aktiviti pembangunan. Nisbah yang berat kepada jantan akan
menyebabkan serakan gajah-gajah jantan apabila dewasa. Sebaliknya nisbah yang berat
kepada betina akan meningkatkan saiz kumpulan gajah tersebut dan meningkatkan tekanan
terhadap habitat serta keperluan makanan yang sedia ada.
c. Penyelidikan tentang laluan gajah (corridor) perlu dijalankan agar kesinambungan di antara
habitat gajah wujud dan tidak terputus. Keluasan laluan perlu diwujudkan agar ianya benar-
benar efektif di dalam pengurusan gajah.
d. Penyelidikan ke atas gajah-gajah yang telah ditangkap pindah juga perlu dijalankan bagi
mengetahui pergerakan, kesesuaian dan pembentukan kumpulan gajah-gajah tersebut. Kajian
ini boleh dijalankan dengan menggunakan teknologi terkini seperti penggunaan pemancar
satelit. Ini dapat membantu dalam penentuan kawasan kelia
4. PENCEGAHAN ANCAMAN GAJAH
Aktiviti pencegahan ancaman gajah daripada memasuki kawasan
tanaman perlu dijalankan di kawasan yang terlibat. Cara-cara
tradisional yang telah digunakan untuk menakutkan dan seterusnya
menghalau gajah perlu diteruskan. Ini termasuk menghalau dengan
cara membuat bising, membakar tayar, membuat unggun api dan
sebagainya. Sistem pagar elektrik yang bervoltan tinggi dan disertakan
dengan sistem parit dan jalan pesisiran bagi memantau keadaan pagar
adalah merupakan cara yang paling berkesan bagi mengawal gajah
daripada memasuki ladang. Kegagalan sistem pagar elektrik adalah
disebabkan oleh kegagalan dalam penyelenggaraannya.
5. KERJASAMA DENGAN BADAN-BADAN KONSERVASI ANTARABANGSA
Kerjasama yang erat dengan badan-badan konservasi antarabangsa
seperti IUCN (International Union for the Conservation of Nature and
Natural Resources), UNDP (United Nation Development Programme),
WWF (World Wilde Fund for Nature) dan WCS (Wildlife Conservation
Society) adalah amat penting di dalam merangka strategi konservasi
gajah bagi jangkamasa panjang. Badan-badan seumpama ini dapat
memberi bantuan dan sokongan dari segi dana kewangan dan
kepakaran saintifik dalam merangka dan melaksanakan sesuatu polisi
yang seiring dengan aktiviti konservasi gajah yang dijalankan oleh
Jabatan PERHILITAN. Sebagai ahli gabungan kepada CITES setiap
peraturan yang berkaitan dengan perdagangan gading gajah akan
dapat dikawal. Pengawalan ini dapat mengelakkan populasi gajah
daripada berkurangan dan mengalami ancaman kepupusan.
6. KERJASAMA DENGAN AGENSI-AGENSI PERTANIAN
Antara kerjasama yang boleh dijalankan ialah:
a) Pembukaan tanah baru untuk pertanian secara tidak menentu
akan menyebabkan fragmentasi habitat. Semakin luas kawasan hutan
yang diterokai semakin tinggi kebarangkalian gajah akan memasuki
kawasan pertanian tersebut. Ini berkait rapat dengan masalah
pengecilan habitat gajah. Oleh itu dicadangkan supaya semua projek
pertanian dibuat secara bersepadu dan tidak bertaburan di dalam
blok-blok yang kecil. Ini dapat mengatasi masalah gajah-gajah liar
terperangkap di dalam kawasan yang dibangunkan dan seterusnya
tertarik kepada sumber makanan yang terdapat disekitarnya.
6. KERJASAMA DENGAN AGENSI-AGENSI PERTANIAN
Antara kerjasama yang boleh dijalankan ialah:
b) Dalam sesetengah kawasan, perlu diwujudkan zon-zon
penampan (buffer zone) di antara kawasan pertanian dan kawasan
terdapatnya kumpulan gajah. Tanaman yang tidak digemari atau tidak
boleh dimakan oleh gajah mungkin boleh ditanam di kawasan zon
penampan ini. Walau bagaimanapun ini bergantung kepada faktor
kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang dimajukan. JD119156
Tek.indd 21 3/22/07 12:31:26 PM 22 Pelan Pengurusan Gajah
Semenanjung malaysia
6. KERJASAMA DENGAN AGENSI-AGENSI PERTANIAN
Antara kerjasama yang boleh dijalankan ialah:
c) Pelan tindakan pengurusan bersepadu yang melibatkan
kawasan pembangunan tanah (pertanian, industri perkilangan dan
sebagainya) yang disediakan oleh agensi-agensi pertanian seperti
FELDA, FELCRA, RISDA dan ladang-ladang swasta harus dijadikan salah
satu perancangan pembukaan tanah yang tersusun. Pihak tersebut
harus merujuk kepada Jabatan PERHILITAN bagi mendapatkan
pandangan dan ulasan bagaimana pembangunan tanah yang
diusahakan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Ia bukan sahaja
melibatkan keuntungan sebelah pihak tetapi menjadikan kawasan
yang bermasalah dengan gangguan gajah dapat diuruskan secara
bijaksana.
7. KERJASAMA DARIPADA KERAJAAN NEGERI
Sebagai pihak yang berkuasa di dalam pembangunan tanah,
kerjasama dan peranan pihak Kerajaan Negeri amat penting bagi
menjayakan hasrat ini dengan cara:
a) Mewujudkan kawasan habitat semulajadi gajah. Ini adalah penting
di dalam pengurusan populasi gajah-gajah tersebut. Oleh yang
demikian, kawasan-kawasan Taman Negara, Rezab dan Santuari
Hidupan Liar yang sedia ada perlu dikekalkan di samping
menambahkan lagi kawasan-kawasan lain yang sesuai.
7. KERJASAMA DARIPADA KERAJAAN NEGERI
b) Pembukaan kawasan hutan perlu dibuat dengan cara yang lebih
sistematik agar kelompok-kelompok hutan yang kecil tidak
diwujudkan. Ini untuk mengelakkan daripada terjadinya populasi-
populasi gajah yang kecil dan terasing. Ini bukan sahaja boleh
mendatangkan ancaman tetapi juga merumitkan kerja-kerja
pengurusannya.
c) Pihak Kerajaan Negeri perlulah mengambilkira dan memasukkan
kepentingan konservasi gajah ke dalam perancangan pembangunan
tanah. Permasalahan yang wujud secara berterusan dari segi
pertindihan pengwartaan Hutan Simpan dengan Rezab Hidupan Liar di
negeri-negeri harus diberikan penekanan bagi memastikan
perancangan dan pengurusan pembukaan hutan yang sistematik dapat
dijalankan bagi tujuan konservasi habitat gajah.
8. TABUNG AMANAH GAJAH
Tabung Amanah Gajah yang sedia ada perlu diteruskan dan
diperkukuhkan kedudukan sumber kewangannya. Dengan adanya
tabung amanah ini semua sumbangan kewangan yang diterima untuk
operasi tangkap pindah atau konservasi gajah boleh dimasukkan ke
dalamnya. Selain daripada membiayai operasi tangkap pindah gajah, ia
juga boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dan aktiviti-aktiviti
konservasi gajah yang berkaitan. Pihak-pihak yang terlibat dengan
pembukaan kawasan hutan secara meluas, terutamanya pihak
Kerajaan Negeri dan agensi-agensi pertanian, yang menjejaskan
habitat gajah di kawasan berkenaan, perlu memberi sumbangan
kepada tabung tersebut. Penyelarasan sumbangan Kerajaan Negeri
kepada pengwujudan Tabung Amanah Gajah Persekutuan boleh
dilaksanakan dengan memberi keyakinan dan penerangan serta
taklimat mengenai kepentingan dan keupayaan Jabatan PERHILITAN
dalam menguruskan permasalahan yang berkaitan dengan gajah.
9. KEPERLUAN PERBELANJAAN PENGURUSAN
Setiap perancangan belanjawan pembangunan dan belanjawan
mengurus tahunan perlu mengambilkira kos konservasi gajah. Segala
kos pengurusan yang diperlukan mestilah merangkumi perincian kos-
kos untuk kerja-kerja tangkap pindah gajah, kerja kawalan dan aktiviti-
aktiviti penyelidikan yang diperlukan bagi menyokong konservasi
gajah. Antara keperluan utama masa kini ialah mempromosikan Gajah
menerusi sebaran Digital, Bunting Bermaklumat tentang gajah dan
segalanya tentang gajah. Gajah akan lenyap di muka bumi ini jika kita
tidak ada kesedaran tentang gajah dan tidak sayangkan Gajah. Fokus
pembentangan sayan pada hari ini ialah “Kenali Gajah” dan “Saya
Sayang Gajah”.
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. 1992. Major forest types in Peninsular Malaysia.
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. 1997. Inventori Hutan Nasional Ketiga.
John F. E, George M.M & John S.,1990. Asian elephants. National Zoologocal Park,
Smithsonian Institution, Washington D.C.
Mohd Khan M.K.1992. The Malayan Elephant. A species plan for its conservation. Malindo
Printers Sdn. Bhd, Shah Alam, Selangor.
Olivier R.C.D. 1974. On the ecology of the Asian Elephant. Volume II. Unpublished.
PERHILITAN. 1990. Pelan induk pemuliharaan gajah Semenanjung Malaysia. Tidak
diterbitkan.
Richard C.L.1997. Gone astray. The care and management of the asian elephant in
domesticity. Dharmasarn Co., Ltd. Bangkok.
Salman, S. & Nasharuddin, O. 2002. A study on the home range and habitat utilization of a
translocated elephant (Elephas maximus) using satellite transmitter in Terengganu National
Park.
Sukumar. R.1989. The asian elephant. Ecology and management. Cambridge university press.
Cambridge.
Susan K.M., Eva L.S & Ranglack G.S. 1994. Medical management of the elephant. Indira
Publishing House. Michigan. U.S.A.
T.C. Whitmore, 1991. Hutan hujan tropika di timur jauh. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur
Syarat Pertandingan:
Kategori: Sekolah Menengah
1. Disertai oleh pelajar sekolah menengah (13-19 tahun) terpilih ATAU dicalonkan
oleh sekolah yang dipilih oleh penganjur.
2. Pertandingan secara online (Google Meet) yang akan dipaparkan secara umum
kepada orang ramai.
3. Seramai 4 orang calon yang terpilih akan menyampaikan informasi bertemakan
sambutan hari istimewa alam.
4. Tema akan diberikan secara notis pemilihan kepada calon yang terpilih/dicalonkan.
5. Calon perlu bersedia dengan informasi tema yang diberikan dan penyampaian
dalam 10 minit sahaja
6. Penyampaian informasi menggunakan Power Point untuk penjurian dan
perkongsian maklumat.
7. Info penyampaian: (Pendahuluan,informasi,gambar-gambar berkaitan &
pandangan penyampai)
8. Seramai 50 -80 penonton akan melihat penyampaian anda secara virtual.
9. Secara keseluruhan, seramai 4 calon sahaja yang akan layak daripada setiap
kategori untuk ke pusingan akhir.
10. Keputusan adalah muktamad!
BIL. ASPEK PEMARKAHAN MARKAH CATATAN /20
1 PENDAHULUAN/PENAMPILAN
2 ISI KANDUNGAN BERDASARKAN TEMA /20
/20
- fakta2 /20
- permasalahan yang dihadapi /20
- cara mengatasi
- pandangan penyampai
3 KESIMPULAN PENYAMPAIAN
4 SOAL-JAWAB
5. KRITERIA GAYA PENYAMPAIAN/KELANCARAN/BAHASA/DLL
** U.P:
Persediaan persembahan dengan Power Point dalam 10 minit sahaja (digalakan 8 -10
minit)
Petah bercakap dan berkeyakinan tinggi dalam hujah penyampaian
Mempunyai fakta atau apa2 informasi berkaitan Tema penyampaian
Penyampaian yang baik dan berkesan
Berketrampilan sebagai seorang ‘Aktivis Alam Sekitar’ yang profesional (gaya tersendi