The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sariman33, 2021-10-20 04:11:32

Sambutan Hari Gajah Sedunia

Ditulis oleh: SARIMAN BIN HUSIN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR

KAMPUNG SUNGAI JAYA, Tel : 06-9761050
84800 BUKIT GAMBIR, TANGKAK, Faks : 06-9764900
JOHOR DARUL TAKZIM. Email : [email protected]

Projek Gemilang Kokurikulum “ProGeKo” BiGSS

Kelab PPDa & Kelab Alam Sekitar BiGSS

“BiGSS Lestari, Hebat dan Terbaik”



KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR

KAMPUNG SUNGAI JAYA, Tel : 06-9761050
84800 BUKIT GAMBIR, TANGKAK, Faks : 06-9764900
JOHOR DARUL TAKZIM. Email : [email protected]





Menurut Kamud Dewan dan Pustaka.
Definisi Gajah:
Gajah ialah sejenis mamalia dalam keluarga
Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai
belalai dan gading); ~ Asia = ~ India, Elephas
maximus; ~ Afrika, Loxodonta afrikana

Definisi belalai:
Hidung yang panjang pada gajah dikenali sebagai
belalai.

Gajah tergolong dalam keluarga Elephantidae, satu-satunya keluarga dalam
order Proboscidea yang masih wujud. Saudara terdekat yang masih ada
meliputi sirenia (dugong dan lembu laut) dan hyrax; gajah berada dalam klad yang
sama, iaitu klad Paenungulata dalam superorder Afrotheria.[9] Gajah dan sirenia
juga tergolong dalam klad Tethytheria.[10] Secara tradisional, terdapat dua spesies
gajah yang diakui, iaitu gajah Afrika (Loxodonta africana) dan gajah Asia (Elephas
maximus). Gajah Afrika mempunyai telinga yang besar, punggung yang cekung,
kulit yang lebih berkerut, kawasan perut yang miring, dan dua sambungan seperti
jari di hujung belalai. Telinga gajah Asia lebih kecil, punggungnya cembung, kulitnya
lebih halus, kawasan perutnya mengufuk dan kadang-kadang melengkung di
tengah, dan hujung belalainya hanya mempunyai satu sambungan. Tonjolan di gigi
geraham gajah Asia lebih sempit bila dibandingkan dengan geraham gajah Afrika
yang berbentuk seperti berlian. Gajah Asia juga mempunyai benjolan di
bahagian dorsal kepalanya dan tanda depigmentasi di kulitnya.[11] Secara umum,
gajah Afrika lebih besar daripada gajah Asia.

Ahli zoolohi Sweden Carl Linnaeus pertama kali mendeskripsikan genus Elephas dan seekor
gajah daripada Sri Lanka dengan nama binomial Elephas maximus pada tahun 1758. Kemudian,
pada tahun 1798, Georges Cuvier mengklasifikasikan gajah india dengan nama
binomial Elephas indicus. Zoolog Belanda Coenraad Jacob Temminck mendeskripsikan gajah
Sumatera pada tahun 1847 dengan nama binomial Elephas sumatranus, sementara
zoolog Inggeris Frederick Nutter Chasen mengklasifikasikan ketiganya sebagai subspesies gajah
Asia pada tahun 1940.[12] Subspesies gajah Asia mempunyai perbezaan warna dan kadar
depigmentasi. Gajah Sri Lanka (Elephas maximus maximus) menghuni Sri Lanka, gajah India
(E. m. indicus) berasal dari daratan Asia (di Asia Selatan dan Indochina), dan gajah Sumatera
(E. m. sumatranus) dapat ditemui di pulau Sumatera.[11] Salah satu subspesies yang
diperdebatkan, iaitu gajah Borneo, tinggal di Borneo utara dan lebih kecil daripada subspesies
lain. Gajah ini juga mempunyai telinga yang lebih besar, ekor yang lebih panjang, dan gading
yang lebih lurus berbanding gajah biasa. Ahli zoologi Sri Lanka Paules Edward Pieris
Deraniyagala pada tahun 1950 mendeskripsikannya dengan nama trinomial Elephas maximus
borneensis, dengan menjadikan ilustrasi di National Geographic sebagai spesimen
jenisnya.[13] Gajah ini kemudian digolongkan
sebagai E. m. indicus atau E. m. sumatranus. Analisis genetik pada tahun 2003 menunjukkan
bahawa leluhur gajah Borneo terpisah daripada populasi di daratan Asia sekitar 300,000 tahun
yang lalu.[14] Namun, pemerhatian pada tahun 2008 menunjukkan bahawa gajah Borneo tidak
berasal dari pulau tersebut, tetapi dibawa oleh Sultan Sulu dari Jawa sebelum tahun 1521.[13]

Gajah Afrika pertama kali dinamakan oleh naturalis Jerman Johann Friedrich
Blumenbach pada tahun 1797 dengan nama binomial Elephas
africana.[15] Genus Loxodonta diyakini dinamai oleh Georges Cuvier pada tahun
1825. Cuvier mengejanya Loxodonte dan seorang penulis anonim
meromanisasi ejaan tersebut menjadi Loxodonta; International Code of Zoological
Nomenclature telah mengakui perubahan ini.[16] Pada tahun 1942, 18 subspesies
gajah Afrika telah diakui oleh Henry Fairfield Osborn, namun data morfologis telah
mengurangkan jumlah subspesies yang terklasifikasi,[17] dan pada tahun 1990-an
hanya terdapat dua subspesies yang diakui, iaitu gajah semak
Afrika (L. a. africana) dan gajah hutan Afrika (L. a. cyclotis);[18] telinga gajah hutan
Afrika lebih kecil dan bulat, taringnya lebih kurus dan lurus, dan habitatnya terhad
pada kawasan hutan di Afrika Barat dan Tengah.[19] Jurnal yang diterbitkan pada
tahun 2000 memberikan hujah bahawa kedua-dua subspesies tersebut diangkat
menjadi spesies L. africana dan L. cyclotis berdasarkan morfologi tengkorak.[20]

Penelitian DNA yang diterbitkan pada tahun 2001 dan 2007 juga menunjukkan
bahawa gajah Afrika dan Asia adalah spesies yang berbeza,[21][22] sementara

pemerhatian pada tahun 2002 dan 2005 menyimpulkan bahawa kedua-duanya
adalah spesies yang sama.[23][24] Akan tetapi, hasil pemerhatian yang diterbitkan
pada tahun 2010 menyokong perubahan status menjadi spesies.[25] Hingga tahun
2011, penamaan gajah Afrika dalam taksonomi masih diperdebatkan.[26] Edisi

ketiga Mammal Species of the World menggolongkan gajah semak Afrika dan gajah
hutan Afrika sebagai spesies yang terpisah,[16] dan tidak memasukkan subspesies
untuk Loxodonta africana.[16] Pendekatan ini tidak diikuti oleh World Conservation

Monitoring Centre atau IUCN, yang menganggap L. cyclotis sebagai sinonim
dari L. africana.[27][28] Beberapa bukti menunjukkan bahawa gajah di Afrika Barat
adalah spesies yang terpisah,[29] walaupun ini masih diperdebatkan.[24][26] Gajah

kerdil di Lembangan Congo yang diduga merupakan spesies terpisah (Loxodonta

pumilio) kemungkinan merupakan gajah hutan yang mempunyai ukuran kecil
dan/atau kematangan awal kerana keadaan alam sekitar.[30]

Gajah mengamuk tanda tertekan.
14 Ogos. Kejadian gajah mengamuk seperti yang dilaporkan berlaku di Lebuh raya Timur
Barat dekat Gerik pada 3 Ogos lalu lalu mungkin dapat dielakkan sekiranya perancangan
dibuat dengan teliti semasa menjalankan sesuatu projek pembangunan.
Pembinaan jalan raya merentas hutan menghalang laluan tradisi gajah dan ini boleh
menimbulkan konflik manusia-gajah. Begitu juga dengan kes yang dilaporkan di kawasan
Batu 7 Jalan Mawai (Jalan Kota Tinggi-Mersing) yang juga bersebelahan habitatnya di
Hutan Simpan Panti, Kota Tinggi.
Kajian perlu dijalankan sebelum sesuatu pembangunan dilaksanakan dan sentiasa
memberikan pilihan kepada hidupan liar seperti gajah agar tiada konflik dengan manusia.
Laluan khas hidupan liar seperti gajah perlu dibina bagi membolehkan haiwan tersebut
melintas lebuh raya dengan selamat.
Sebelum ini mungkin rakyat Malaysia pernah
mendengar ‘pengisytiharan’ perang terhadap
pemburu haram dalam usaha pemuliharaan
harimau yang dikatakan kurang
daripada 200 ekor.

Gajah mengamuk tanda tertekan.
Walhal kerajaan menyasarkan 1,000 ekor Harimau Malaya dalam habitat asalnya di seluruh
Semenanjung pada tahun ini.
Sasaran asal itu terkandung dalam Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan
(NTCAP) dilancarkan pada 2008.
Begitu juga penekanan kerajaan dengan Gajah Asia yang juga sangat terancam.
Kerajaan komited dalam pengurusan gajah liar. Pelan Induk Pemuliharaan Gajah Asia
(Elephas maximus) Semenanjung Malaysia yang diwujudkan sejak tahun 1990 dan
dikemaskini pada tahun 2006 sebagai Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia
menunjukkan komitmen kerajaan dalam usaha melindungi haiwan tersebut.
Pelan Tindakan Pemuliharaan Gajah Kebangsaan (NECAP) untuk 10 tahun (2013-2022) pula
menyediakan strategi pemuliharaan yang fokus kepada tindakan yang khusus.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ialah agensi kerajaan
yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pemuliharaan hidupan liar di
Semenanjung. Ini bermakna gajah dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang.
Kawasan lain seperti Ulu Muda dan Belum- Temenggor antara kawasan yang terdapat
banyak gajah. Populasi gajah dikira berdasarkan kesan tapak kaki, tahi gajah atau
menggunakan perangkap kamera dan data konflik manusia-gajah.

Gajah mengamuk tanda tertekan.
Namun bilangan gajah sebenar masih tidak dapat ditentukan. Kaedah lain perlu diterokai
terutamanya pada zaman teknologi informasi bagi mendapatkan bilangan sebenar gajah.
Penerokaan hutan untuk pertanian, ladang rakyat, kawasan perumahan dan perbandaran
mengurangkan habitat gajah. Projek penanaman klon getah memberikan tekanan kepada
habitat gajah. Penebangan hutan mengganggu laluan tradisi gajah dan apabila keluasan
hutan semakin mengecil dan berpulau-pulau akhirnya menyebabkan konflik dengan
manusia. Konflik manusia-gajah adalah masalah kedua dalam konteks konflik manusia-
hidupan liar selepas konflik manusia-kera. Ini berpunca daripada habitat hiawan semakin
kecil dan manusia terdedah kepada haiwan liar. Konflik manusia-gajah termasuklah
gangguan tanaman dan masuk ke kawasan perumahan. Langkah kerajaan mengurangkan
konflik adalah dengan memindahkan gajah ke tempat lain seperti di taman negara. Antara
tahun 1974 hingga 2010, terdapat lebih 600 gajah dipindahkan ke taman negara dan
kawasan hutan sekitarnya seperti Pulau Besar and Sungai Ketiar, Belum-Temengor dan
Endau Rompin. Program pemindahan gajah dilakukan setelah pembunuhan gajah
diharamkan pada 1974. Malaysia adalah negara yang terkenal dalam program pemindahan
gajah. Pelaksanaan CFS (Central Forests Spines) masih lagi belum dinyatakan berbanding
kadar kemusnahan hutan yang menjadi habitat gajah.
Sempena hari gajah tahun ini marilah seluruh rakyat Malaysia bersama kerajaan meneliti
pelaksanaan kerajaan dalam pemuliharaan gajah liar.

Gajah bersifat agresif kerana terancam.

Kejadian gajah mengamuk baru baru ini memberi pengajaran kepada kita dalam
pengurusan gajah liar atau pun hidupan liar amnya.
Kawasan-kawasan yang dikatakan diganggu gajah ini adalah lokasi perbuatan haiwan
berkenaan keluar dari hutan dan melintas jalan raya kerana ini adalah kawasan
tradisinya.
Gajah bertindak agresif apabila berasa terancam disebabkan gangguan manusia.
Misalnya pengguna jalan raya yang terserempak gajah dilaporkan membunyikan hon
kereta.
Ada juga yang teruja keluar daripada kenderaan kerana ingin merakam gambar dan
video gajah yang keluar melintas. Tindakan ini boleh mengundang bahaya kepada
manusia.
Banyak kes-kes sebelum ini tentang gajah yang dikatakan mengamuk atau konflik dengan
manusia. Misalnya pada Jun 2017, seekor anak gajah dirempuh dan mati apabila sedang
melintas di Lebuh raya Gerik-Jeli.

Pada Februari 2018, seekor gajah betina dewasa terkena renjatan elektrik berhampiran
sebuah kem tentera di Tasik Banding, Perak.
Pada Januari 2018 gajah menghampiri perkampungan manusia akibat penebangan hutan
di kawasan berdekatan di Baling, Kedah.
Pada bulan September, 2018 pula, seorang pesara tentera mati dipijak gajah jantan dekat
Padang Terap, Kedah. Konflik atau kejadian seperti ini boleh dielakkan sekiranya
penbangunan dirancang dengan teliti.
Ancaman utama gajah adalah aktiviti pemburuan haram. Permintaan tinggi terhadap
gadingnya mendedahkan haiwan tersebut kepada pemburuan haram.
Antara negara yang memerlukan gading ialah China. Pemburuan gajah juga untuk daging,
kulit dan lain-lain bahagian badannya.
Ancaman lain adalah kehilangan habitat kerana penebangan hutan untuk balak, pertanian
dan penempatan manusia.
Keadaan hutan yang sempit mengehadkan pergerakan haiwan ini dan boleh mengganggu
pembiakannya.
Justeru konflik yang timbul menjadi masalah dan menyebabkan gajah perlu dipindahkan
ke habitat baharu.
Gajah di dalam kurungan pula merupakan masalah dalam hak berkaitan konservasi gajah.
Ini kerana gajah dalam kurungan selalunya diletakkan di dalam zoo untuk faedah
pelancongan.

Hari Gajah Sedunia merupakan satu lagi acara tahunan yang disambut pada 12 Ogos
bertujuan melindungi dan memulihara haiwan tersebut.
Walaupun gajah liar hanya terdapat di benua Afrika dan Asia Timur serta Asia Tenggara,
seluruh dunia memberi perhatian.
Gajah Asia terdapat di Malaysia dan berada dalam keadaan terancam.
Info
» Bilangan gajah di Malaysia ketika ini adalah antara 2,351 hingga 3, 066 ekor.
» Jumlah gajah di Semenanjung Malaysia antara 1,251 hingga 1,466 ekor manakala di Borneo
antara 1,100 hingga 1,600 ekor.
» Gajah di Semenanjung Malaysia terdapat di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang,
Johor dan Negeri Sembilan.
» Bilangan gajah berubah- ubah bergantung kepada rujukan dan tahun kajian dilakukan.
» Tiada satu kaedah yang mudah bagi mengetahui bilangan gajah sebenar di dalam hutan
tebal di negara ini.
» Pada abad ke-19 gajah dilaporkan terdapat di semua negeri di Semenanjung kecuali Pulau
Pinang.
» Taman Negara mempunyai gajah paling banyak antara 290 hingga 350 ekor.
» Kawasan lain seperti Endau-Rompin 50 ekor, Kelantan (antara 250 hingga 300 ekor) dan
Johor (antara 130 hingga 180 ekor).

Gajah merupakan mamalia besar daripada keluarga Elephantidae dan
order Proboscidea. Secara tradisional, terdapat dua spesies yang diakui,
iaitu Gajah Afrika (Loxodonta africana) dan Gajah Asia (Elephas maximus),
walaupun beberapa bukti menunjukkan bahawa Gajah semak Afrika dan Gajah
hutan Afrika merupakan spesies yang berbeza (L. africana dan L. cyclotis). Gajah
tersebar di seluruh Afrika sub-Sahara, Asia Selatan, dan Asia Tenggara.
Elephantidae adalah satu-satunya keluarga daripada order Proboscidea yang
masih ada; keluarga lain yang kini sudah pupus
termasuk mammoth dan mastodon. Gajah Afrika jantan merupakan haiwan darat
terbesar dengan tinggi yang dapat mencapai 4 m (13 ka) dan jisim hingga 7,000 kg
(15,000 lb). Gajah mempunyai ciri-ciri khusus, dengan yang paling mencolok
adalah belalai yang digunakan untuk banyak perkara, terutamanya untuk
bernafas, menyedut air, dan mengambil benda. Gigi kacipnya tumbuh menjadi
gading yang dapat digunakan sebagai senjata dan alat untuk memindahkan benda
atau menggali. Daun telinganya yang besar membantu mengatur suhu tubuhnya.
Gajah Afrika mempunyai telinga yang lebih besar dan punggung yang cekung,
sementara telinga gajah Asia lebih kecil dan punggungnya cembung.

Gajah merupakan haiwan herbivor yang dapat ditemui di
berbagai habitat, seperti savana, hutan, gurun, dan paya. Gajah
cenderung berada di tepi air. Gajah dianggap sebagai spesies
kunci kerana impaknya terhadap alam sekitar. Haiwan-haiwan
lain cenderung menjaga jarak daripada gajah, dan pemangsa
seperti singa, harimau. dubuk, dan anjing liar biasanya hanya
menyerang gajah muda. Gajah betina cenderung hidup dalam
kawanan keluarga, yang terdiri daripada satu betina dengan
anak-anaknya atau beberapa betina yang berkerabat beserta
anak-anaknya. kawanan ini dipimpin oleh individu gajah yang
dipanggil matriark, yang biasanya merupakan betina tertua

. Gajah mempunyai struktur kawanan pecah
gabung (fission-fusion society), iaitu ketika
kawanan-kawanan keluarga bertemu untuk
bersosial. Gajah jantan meninggalkan
kawanan keluarganya ketika telah mencapai
zaman baligh, dan akan tinggal sendiri atau
bersama jantan lain. Jantan dewasa biasanya
berinteraksi dengan kawanan keluarga ketika
sedang mencari pasangan dan memasuki
tahap peningkatan testosteron dan agresi
yang dipanggil musth, yang membantu jantan
mencapai dominasi dan keupayaan membiak.

Anak gajah merupakan pusat perhatian
kawanan keluarga dan bergantung pada
induknya selama lebih kurang tiga tahun.
Gajah dapat hidup selama 70 tahun di alam
bebas. Gajah berkomunikasi melalui
sentuhan, penglihatan, menghidu, dan
suara; gajah menggunakan
komunikasi infrabunyi dan seismik untuk
jarak jauh. Kecerdasan gajah telah
dibandingkan dengan
kecerdasan primat, ikan paus dan lumba-
lumba. Gajah nampaknya
mempunyai kesedaran diri dan
menunjukkan empati kepada gajah lain yang
hampir atau sudah mati.

Gajah Afrika digolongkan sebagai spesies
yang terjejas oleh IUCN, sementara Gajah
Asia diklasifikasikan sebagai spesies
terancam. Salah satu ancaman utama bagi
gajah adalah perdagangan gading yang
mendorong kegiatan pemburuan haram.
Ancaman lain adalah kehancuran habitat
dan konflik dengan penduduk tempatan.
Gajah digunakan sebagai haiwan pekerja di
Asia. Dahulu gajah pernah digunakan
untuk perang; kini, gajah seringkali
dipertontonkan di zoo dan sarkas. Gajah
mudah dikenali rupa bentuknya dan telah
digambarkan dalam seni, cerita rakyat,
agama, sastera, dan budaya popular.

Ciri-Ciri Gajah dan Fakta Uniknya, Tak
Sekadar Memiliki Ukuran Serba Besar.

Jom Kenali Gajah.

Seperti yang sudah dijelaskan di atas, gajah
Afrika lebih besar daripada gajah Asia. Gajah
Afrika memiliki berat antara 2268 hingga 6350
kilogram dengan tinggi mencapai 4 meter.
Sedangkan kisaran berat gajah Asia adalah
berkisar 2041 hingga 4990 kilogram dengan tinggi
mencapai 3 meter.

Belalai pada gajah ini adalah perpanjangan dari bibir bagian
atas dan hidung. Belalai pada gajah ini memiliki berbagai fungsi
yang vital bagi kehidupan seekor gajah. Ya, belalai gajah digunakan
untuk menggenggam, bernapas, untuk makan yaitu dengan
memasukkan makanan ke dalam mulut, untuk minum, untuk
membersihkan diri dari debu, untuk mengendus, mengangkat,
berkomunikasi, sebagai alat perlindungan dan tentunya sebagai
alat penginderaan.

Untuk mendukung berbagai fungsi vitalnya ini, belalai gajah
diperkirakan dilengkapi oleh 100.000 otot dan tendon. Hal ini
membuat belalai gajah tak hanya menjadi sangat fleksibel,
melainkan juga kuat. Belalai gajah ini juga bisa memanjang, loh.
Selain itu juga bisa menegang atau berkontraksi, serta bisa
digerakkan ke segala arah sesuai kehendak gajah

Belalai adalah gabungan hidung dengan bibir atas, walaupun pada
tahap janin bibir atas dan belalai masih terpisah.[40] Belalai gajah panjang
dan dikhususkan agar dapat dengan mudah digerakkan. Belalai
mempunyai lebih kurang 150,000 fasikel otot, tanpa tulang dan
sedikit lemak. Terdapat dua jenis otot: superfisial (di permukaan) dan
internal. Otot superfisial terdiri daripada otot dorsal, ventral, dan lateral,
sementara otot internal terdiri daripada otot melintang dan menyebar.
Otot-otot belalai terhubung dengan bukaan bertulang di
tengkorak. Septum nasal terdiri daripada unit-unit otot kecil yang
membentang secara melintang di antara lubang hidung. Tulang rawan
memisahkan lubang hidung di dasarnya.[60] Sebagai hidrostat otot, belalai
digerakkan dengan mengkoordinasi pengecutan otot secara tepat. Otot-
otot bekerja bersama dan berlawanan satu sama lain. Saraf belalai yang
unik – yang terbentuk daripada saraf maksila dan fasialis – menjalar di
kedua-dua sisi belalai.[61]

Gajah Afrika mempunyai dua sambungan yang berbentuk seperti
jari di hujung belalai yang membolehkannya untuk menjangkau dan
mengangkut makanan ke dalam mulutnya. Gajah Asia hanya
mempunyai satu sambungan, dan biasanya membelit makanan
dengan belalainya dan kemudian memasukkannya ke
mulutnya.[11] Gajah Asia lebih dapat melakukan koordinasi otot dan
mampu melakukan tugas yang lebih kompleks.[60] Tanpa belalai,
gajah sukar bertahan hidup,[40] walaupun dalam hal tertentu gajah
dengan belalai pendek berjaya bertahan. Pernah terlihat seekor
gajah sedang memakan rumput dengan melipatkan tungkai
depannya, mengangkat tungkai belakangnya, dan mengambil
rumput dengan menggunakan bibir.[60] Gajah semak Afrika boleh
mengalami floppy trunk syndrome, iaitu kelumpuhan belalai yang
disebabkan oleh degradasi sistem saraf tepi dan otot.[64]

Tak hanya tubuhnya saja yang besar, beberapa bagian tubuh gajah lainnya juga
besar seperti telinga. Salah satu ciri-ciri gajah ini adalah ukuran telinganya yang
besar. Ukurannya bisa mencapai seperenam dari ukuran tubuhnya dan memiliki
fungsi utama dalam proses pendinginan.
Telinga gajah ini mengandung jaringan pembuluh darah dengan ukuran yang
sangat kecil dan begitu ekstensif. Aliran darah yang hangat saat bersirkulasi pada
jaringan tersebut akan mendingin sebagai akibat dari pengaruh lingkungan di luar
tubuh gajah. Hal ini bisa terjadi karena lapisan kulit pada gajah sangat tipis,
sehingga kontak antara darah dengan temperature lingkungan luar lebih dingin
dapat terjadi.
Berdasarkan fungsinya ini, maka telinga gajah yang habitatnya lebih dekat pada
ekuator akan lebih besar daripada gajah yang habitat hidupnya lebih jauh dari
garis khatulistiwa. Semakin dengan habitatnya ke ekuator, maka akan semakin
banyak panas yang harus dipindahkan dari tubuh gajah. Oleh karena itu gajah
memiliki bentuk telinga yang lebih lebar.

Telinga gajah mempunyai dasar yang tebal dan hujung yang nipis.
cuping telinga gajah, atau pina, mempunyai sejumlah saluran darah
yang dipanggil salur darah kapilari. Darah yang hangat mengalir ke
saluran darah kapilari, sehingga membantu mengeluarkan panas
tubuh yang berlebih. Ini berlaku ketika pina berada pada posisi
diam, dan gajah dapat mengeluarkan lebih banyak panas dengan
mengibaskan cuping telinganya. Semakin luas permukaan telinga,
semakin banyak jumlah saluran darah kapilari, sehingga lebih
banyak panas yang dapat dikeluarkan. Daripada semua gajah, gajah
semak Afrika hidup di iklim terpanas, sehingga mempunyai cuping
telinga terbesar.[58] Gajah mampu mendengar pada frekuensi rendah
dan peka sekali pada takat 1 kHz.[59]

Nah, ini merupakan ciri-ciri gajah yang pastinya sudah tak asing
lagi. Ya, gading gajah. Setiap spesies pada gajah baik itu jantan
atau betina, pasti akan memiliki gading. Ciri ciri gading gajah
jantan memiliki ukuran lebih besar (50 – 79 kilogram)
dibandingkan dengan gading gajah betina yang hanya (18 – 20
kilogram).
Sedangkan gajah Afrika memiliki gading yang lebih besar
dibandingkan dengan gajah Asia. Ya, bobot gading gajah terberat
yang pernah ditimbang bisa mencapai 100 kilogram, loh.

Gading gajah merupakan pengubahsuaian gigi kacip di rahang atas. Gading tersebut
menggantikan gigi susu ketika gajah berumur 6–12 bulan dan tumbuh dengan laju
pertumbuhan sekitar 17 cm (7 in) per tahun. Gading yang baru tumbuh mempunyai
lapisan enamel yang kemudian akan luntur. Dentin pada gading
dipanggil gading dan pada penampang lintangnya terdapat pola garis yang
berselang-seli, yang menghasilkan kawasan berbentuk berlian. Sebagai jaringan
yang hidup, gading sendiri agak lembut; gading gajah lebih kurang sekeras
mineral kalsit. Sebahagian besar gigi kacip dapat dilihat dari luar, sementara sisanya
melekat pada sendi di tengkorak. Sekurang-kurangnya sepertiga gading
merupakan pulpa dan beberapa gading mempunyai saraf yang membentang hingga
ke hujung. Maka sukar untuk mengambil gading gajah tanpa melukai haiwannya.
Ketika diambil, gading mula mengering dan pecah bila tidak disimpan di tempat
yang sejuk dan lembap. Gading mempunyai beberapa fungsi. Gading dapat
digunakan untuk menggali untuk menemui air, garam, dan akar; menguliti atau
menandai pokok; dan menyingkirkan pokok dan dahan yang menghalangi jalan.
Ketika sedang berkelahi, gading digunakan untuk menyerang dan bertahan, serta
untuk melindungi belalai.[66]

Seperti manusia yang mempunyai kegemaran menggunakan tangan kanan
atau kiri, gajah juga mempunyai kegemaran dalam menggunakan gading
kiri atau kanannya. Gading yang dominan biasanya kelihatan sudah sering
digunakan kerana biasanya lebih pendek dan hujungnya lebih tumpul.
Pada gajah Afrika, baik jantan mahupun betina sama-sama mempunyai
gading, dan panjangnya lebih kurang sama (iaitu mencapai 3 m
(10 ka)),[66] namun gading jantan cenderung lebih tebal.[67] Sementara itu,
pada gajah Asia, hanya jantan yang mempunyai gading besar. Gajah Asia
betina mempunyai gading yang sangat kecil, ataupun tidak sama
sekali.[66] Ada pula gajah jantan yang tak bertaring dan biasanya dapat
ditemui di Sri Lanka.[68] Panjang gading gajah Asia jantan dapat menyamai
gading gajah Afrika, tetapi gading gajah Asia biasanya lebih nipis dan
ringan; gading gajah Asia terbesar yang pernah diketahui mempunyai
panjang 3.02 m (10 ka) dan jisim 39 kg (86 lb). Namun, akibat kegiatan
memburu gading di Afrika,[69] and Asia[70] terjadi proses pemilihan semula
jadi yang menghasilkan gading yang lebih pendek.[71]

Pada umumnya gajah mempunyai 26 gigi: gigi kacip, yang
dipanggil gading, 12 gigi geraham kecil susu, dan 12 gigi geraham.
Tidak seperti kebanyakan mamalia yang pada awalnya
mempunyai gigi susu yang kemudian digantikan oleh gigi dewasa
kekal, gajah merupakan haiwan polifiodon, atau dalam kata lain
mempunyai kitaran giliran gigi sepanjang hidupnya.

Gambar di sebelah menunjukkan
gambar gigi anak gajah semak Afrika
Yang sudah mati

Gigi untuk mengunyah diganti enam kali dalam jangka waktu
kehidupan gajah. Gigi lama tidak digantikan oleh gigi baru yang
tumbuh di rahang (seperti pada kebanyakan mamalia), tetapi gigi
baru tumbuh di bahagian belakang mulut dan maju ke depan dan
menolak keluar gigi lama. Gigi pengunyah pertama di rahang
tanggal setelah gajah berumur dua atau tiga tahun. Gigi
pengunyah kedua tanggal ketika gajah berusia enam tahun. Gigi
pengunyah ketiga tanggal pada umur 9–15 tahun, dan gigi
keempat akan bertahan hingga usia 18–28 tahun. Gigi kelima
akan tanggal pada awal umur 40-an, dan gigi keenam (yang
biasanya merupakan gigi terakhir) akan tetap ada hingga akhir
hayat. Gigi gajah mempunyai semacam tonjolan, yang lebih tebal
dan berbentuk seperti berlian pada gajah Afrika.[65]

Ciri-ciri gajah lainnya adalah kaki pada gajah yang memiliki
keunikan. Kaki pada gajah memiliki tulang rangka yang miring
dengan bantalan lemak yang besar dan terdapat jaringan ikat
pada bagian tumit kaki gajah.
Rangka miring pada kaki gajah ini memiliki artian bahwa gajah
berjalan dengan cara berjinjit dengan mendistribusikan bobot
tubuhnya yang besar secara merata ke bantalan lemak atau ke
jaringan ikat yang ada di tumitnya. Struktur kaki gajah yang
demikian membuatnya dapat melewati berbagai medan, baik itu
tanah yang tak rata ataupun tanah berawa.

Kulit gajah biasanya sangat keras, dengan tebalnya 2.5 cm (1 in) di
punggung dan sebahagian kepalanya. Kulit di sekitar mulut, dubur, dan di
dalam telinga jauh lebih nipis. Warna kulit gajah pada umumnya kelabu,
tetapi gajah Afrika kelihatan berwarna kecoklatan atau kemerahan
setelah berkubang di lumpur yang berwarna. Gajah Asia mungkin
menunjukkan tanda-tanda depigmentasi, terutama di dahi, telinga, dan
kulit di sekitarnya. Anak gajah mempunyai rambut yang berwarna
kecoklatan atau kemerahan, terutama di kepala dan punggungnya. Begitu
gajah menjadi dewasa, rambut ia menjadi lebih gelap dan jarang, tetapi
konsentrasi rambut dan rambut kejur (bristle) yang padat masih dapat
ditemui di hujung ekor, dagu, alat kelamin, dan di sekitar mata dan
bukaan mata. Gajah Asia umumnya mempunyai lebih banyak rambut
daripada gajah Afrika.[72]

Gajah menggunakan lumpur untuk melindungi kulitnya
daripada sinar ultraungu, walaupun kulit gajah sebenarnya sangat
sensitif. Bila gajah tidak secara rutin berkubang dalam lumpur,
kulitnya akan mengalami kerosakan akibat sinar matahari, gigitan
serangga, dan hilangnya kelembapan. Setelah berkubang, gajah
biasanya menggunakan belalainya untuk menyemburkan debu ke
tubuhnya, dan debu ini akan mengering menjadi kerak pelindung.
Gajah mengalami kesulitan dalam mengeluarkan panas daripada
kulitnya kerana nisbah luas permukaan terhadap isipadunya yang
jauh lebih rendah daripada manusia. Sementara itu, beberapa
gajah didapati mengangkat kaki ia untuk memaparkan tapak
kakinya ke udara.[72]

Rata-rata kulit pada gajah adalah berwarna
abu-abu dan tekturnya terlihat berkedut. Kalau
dibandingkan antara gajah Afrika dan Asia, maka
kulit gajah Afrika lebih berberkedut dibandingkan
dengan kulit gajah Asia.

Kulit berkedut pada gajah ini bertujuan
untuk menjaga tubuh gajah agar tetap normal atau
tidak merasakan terlalu panas. Ya, berkedut ini
mampu menangkap kelembaban udara sehingga
bisa berfungsi dalam mendinginkan suhu tubuh
gajah. Tak hanya berkedut, kulit gajah juga tebal.
Ketebalan kulit pada gajah bisa mencapai 3,8 cm.
Tebalnya kulit pada gajah ini dapat melindunginya
dari suhu lingkungan yang terlalu sejuk.

Ciri-ciri gajah ternyata juga memiliki rambut di pada tubuhnya.
Ya, rambut pada gajah ini memang jarang, tipis, dan tersebar
tidak merata di tubuhnya. Hanya pada bagian-bagian tertentu
saja rambut gajah terkonsentrasi. Misalnya pada bagian
seputar mata, telinga, dagu, dan ekor. Hanya gajah dewasa saja
yang memiliki rambut yang sedikit. Sedangkan gajah berusia
muda memiliki lebih banyak rambut.

Posisi tungkai gajah lebih vertikal daripada mamalia lain untuk menyokong beban
gajah. Tulang-tulang yang panjang di tungkai mempunyai tulang
spongiosa sebagai pengganti rongga medula, sehingga memperkuat tulang
sementara masih membolehkan hemopoesis.[73] Baik tungkai depan mahupun
belakang dapat menyokong beban gajah, walaupun 60% beban disokong oleh
bahagian depan.[74] Kerana tulang-tulang tungkai berada di bawah tubuh, gajah
dapat berdiam diri dalam waktu yang lama tanpa perlu menghabiskan banyak
tenaga. Gajah tidak dapat memutar tungkai depannya kerana tulang
hasta dan radiusnya berada pada posisi pronasi yang tetap; pada saat yang sama,
telapak manusnya selalu menghadap ke belakang.[73] Otot pronator
kuadratis dan pronator teres biasanya tersusut atau tidak ada sama sekali.[75] Kaki
gajah yang bundar mempunyai jaringan lembut di bawah manus atau pes, yang
mendistribusikan beban gajah.[74] Gajah nampaknya mempunyai tulang
sesamoid yang merupakan “jari kaki” tambahan yang serupa dengan “ibu jari”
tambahan pada panda gergasi, yang turut membantu mengagihkan
beban.[76] Paling tidak terdapat lima jari kaki di kaki depan dan belakang.[11]

Gajah dapat bergerak ke depan atau belakang, tetapi tidak dapat berderap,
melompat, atau mencongklang. Ia hanya mempunyai dua gaya berjalan di darat,
iaitu berjalan biasa dan berjalan cepat.[73] ketika berjalan, tungkainya berperanan
sebagai bandul, dengan pinggul dan bahu yang naik dan turun sementara kaki
berada di tanah. Tanpa “fasa udara”, gaya berjalan yang cepat tidak memenuhi
kriteria “berlari”, walaupun gajah menggunakan tungkainya seperti haiwan pelari
lain, dengan pinggul dan bahu yang turun dan kemudian naik sementara kaki
berada di tanah.[77] ketika sedang bergerak cepat, tungkai depan gajah kelihatan
“berlari”, sementara tungkai belakangnya kelihatan “berjalan” dengan kaki
belakang; laju gajah yang bergerak cepat sendiri dapat mencapai 18 km/j
(11 mph).[78] Dengan laju seperti ini, sebahagian besar haiwan berkaki empat lain
harus mencongklang. Kinetik yang seperti pegas merupakan perbezaan antara
pergerakan gajah dengan haiwan lain.[79] Selama gerak alih, cushion pads (struktur
khusus pada kaki gajah yang membantu menyokong beban) mengecut dan
mengurangkan rasa sakit dan bunyi yang dihasilkan oleh pergerakan haiwan yang
sangat berat.[74] Gajah juga mahir berenang, malah dapat berenang selama enam
jam tanpa menyentuh dasarnya, dan dapat berenang sejauh 48 km (30 bt) dengan
kelajuan 2.1 km/j (1 mph).[80]

Jisim otak gajah berkisar antara 4.5–5.5 kg (10–12 lb), sementara jisim
otak manusia lebih kurang hanya 1.6 kg (4 lb). Walaupun begitu,
berdasarkan nisbah otak terhadap jisim tubuh, otak gajah sebenarnya
lebih kecil. Ketika lahir, jisim otak gajah sudah mencapai 30–40% jisim otak
dewasa. Serebrum dan serebelum terbentuk dengan baik,
sementara lobus temporal gajah sangat besar hingga kelihatan
menyembul.[57] Gajah mempunyai kantung di tenggorokan yang dapat
digunakan untuk menyimpan air.[40] Sementara itu, jisim jantung gajah
lebih kurang 12–21 kg (26–46 lb).
Jantung gajah mempunyai apeks berhujung
ganda, yang merupakan ciri-ciri yang tidak
biasa pada mamalia.[57] ketika berdiri,
jantung gajah berdetak 30 kali seminit.

Tidak seperti haiwan lain, detak jantung gajah bertambah 8 hingga
10 kali seminit ketika sedang berbaring.[81] Diafragma gajah melekat
pada paru-paru, dan pernafasan lebih bergantung pada diafragma
daripada peluasan tulang rusuk.[57] Gajah tidak mempunyai rongga
pleura, tetapi mempunyai jaringan ikat yang membantu gajah
menghadapi perbezaan tekanan ketika tubuhnya berada di bawah
air dan ketika belalainya keluar dari permukaan air untuk menghisap
udara,[42] walaupun kebenaran penjelasan ini telah
dipertanyakan.[82] Menurut penjelasan lain, adaptasi ini ada untuk
membantu gajah menghisap air melalui belalai.[42] Gajah menghisap
udara dengan menggunakan belalainya, walaupun sebahagian udara
juga masuk melalui mulut. Gajah juga mempunyai sistem penapaian
gut belakang, dan panjang ususnya dapat mencapai 35 m (115 ka).
Sebahagian besar pengambilan makanan gajah tidak dicerna
meskipun prosesnya berlaku hingga sehari.[57]

Testis gajah jantan terletak di tepi ginjal. Panjang zakar gajah dapat
mencapai 100 cm (39 in) dan diameternya lebih kurang 16 cm (6 in). Zakar
gajah berbentuk S ketika sedang ereksi dan mempunyai lubang uretra
eksternal yang berbentuk Y. Gajah betina mempunyai kelentit yang
panjangnya dapat mencapai 40 cm (16 in). Vulvanya terletak di antara
tungkai belakang, sementara pada kebanyakan mamalia vulva terletak di
tepi ekor. Penentuan status kebuntingan gajah sendiri cukup sukar
kerana rongga abdominal gajah yang besar. Sementara itu, kelenjar
mama gajah betina menempati ruang di antara tungkai depan, sehingga
bayi gajah yang sedang menyusui dapat dijangkau oleh belalai sanga
induk.[57] Gajah juga mempunyai organ yang unik, iaitu kelenjar temporal,
yang terletak di kedua sisi kepala. Organ ini berkaitan dengan kelakuan
seksual, dan gajah jantan mengeluarkan cairan daripada kelenjar tersebut
dalam keadaan musth.[83] Gajah betina juga didapati mengeluarkan cairan
daripada kelenjar temporal.[62]

Gajah semak Afrika dapat ditemui di berbagai jenis habitat, seperti
di savana, gurun, paya, dan pesisir tasik, di ketinggian yang
berbagai-bagai antara permukaan laut hingga kawasan pergunungan
di atas garis salji. Gajah hutan Afrika utama hidup di hutan-hutan
Khatulistiwa, tetapi akan memasuki hutan gerbang dan ekoton di
antara hutan dan savana.[19] Gajah Asia lebih gemar hidup di
kawasan yang merupakan percampuran antara rerumputan,
tumbuhan berkayu yang tumbuh
rendah, dan pokok-pokok,
dengan habitat utama di hutan
semak belukar berduri yang kering
di India Selatan dan Sri Lanka dan
hutan hijau abadi di Semenanjung
Malaysia.[12]5

Gajah merupakan haiwan herbivor dan akan memakan daun, ranting,
buah, kulit pokok, dan akar.[19] Ia terlahir dengan usus yang steril, dan
memerlukan bakteria yang dapat diperoleh daripada tinja ibunya untuk
mencerna tumbuh-tumbuhan.[84] Gajah Afrika pada umumnya
merupakan pemakan daun, sementara gajah Asia cenderung makan
rumput. Ia dapat mengambil 150 kg (330 lb) makanan dan 40 L
(11 US gal) air dalam satu hari. Gajah cenderung hidup di tepi sumber
air.[19] Tempoh makan biasanya berlaku
pada pagi, siang, dan malam hari. Pada
pertengahan hari, gajah beristirahat di
bawah pokok dan mungkin tertidur
ketika berdiri. Gajah baru berbaring
tidur pada malam hari.[73][85]

Kehidupan sosial gajah jantan dan betina sangat berbeza. Gajah
betina menghabiskan hidupnya dalam kawanan keluarga
yang matrilineal (nasab ibu). Beberapa kawanan terdiri daripada
lebih sepuluh ahli (termasuk tiga pasangan ibu dan anak) yang
dipimpin oleh seekor matriark yang biasanya merupakan betina
tertua.[95] Sang matriark memimpin kawanan hingga ia
meninggal[15] atau jika ia tidak lagi mempunyai cukup tenaga untuk
menjalankan tugasnya;[96] menurut pemerhatian di zoo, ketika
matriark meninggal, kandungan kortikosteron (hormon stres) tinja
meningkat mendadak pada gajah yang masih hidup.[97] ketika
tugasnya berakhir, anak perempuan tertua sang matriark akan
menggantikannya, bahkan bila saudara perempuan sang matriark
masih hidup.[15] Matriark yang lebih tua cenderung menjadi
pembuat keputusan yang lebih efektif.[98]

Beberapa populasi gajah di India dan Sri Lanka juga mempunyai
organisasi sosial yang serupa. Di kawasan tersebut nampaknya terdapat
unit keluarga yang padu dan perkumpulan yang lebih longgar. Ia
mempunyai “unit perawatan” dan “unit pengurusan anak”. Di India
selatan, populasi gajah terdiri daripada kawanan keluarga, kawanan
ikatan, dan mungkin suku puak. kawanan keluarga cenderung kecil dan
terdiri daripada satu atau dua betina dewasa dan anaknya. kawanan yang
mempunyai lebih daripada dua betina dewasa dipanggil “kawanan
gabungan”. Populasi gajah di Semenanjung Malaysia bahkan mempunyai
unit keluarga yang lebih kecil, dan biasanya tidak mempunyai organisasi
sosial yang lebih tinggi tingkatannya daripada keluarga atau kawanan
ikatan. Sementara itu, kawanan gajah hutan Afrika umumnya terdiri
daripada satu betina dewasa dengan satu hingga tiga anak. kawanan ini
kelihatan berinteraksi dengan kawanan lain, terutama di tanah
terbuka.[95]

Kehidupan gajah jantan sendiri sangat berbeza. Menjelang dewasa,
gajah jantan akan menghabiskan lebih banyak waktu di luar
kawanannya dan bergaul dengan jantan dari luar atau bahkan
kawanan lain. Di Amboseli, gajah jantan yang berusia 14–15 tahun
menghabiskan 80% waktunya di luar kawanan keluarganya. Gajah
betina dewasa di kawanan mula menjadi agresif terhadap sang
jantan, yang akan mendorongnya untuk meninggalkan kawanan
buat selamanya. Setelah sang jantan meninggalkan kawanan, ia
akan hidup sendiri atau bersama jantan lain. Gajah jantan di hutan
yang padat biasanya hidup sendiri. Gajah Asia jantan pada
umumnya menyendiri, tetapi kadang-kadang membentuk kawanan
yang terdiri daripada dua individu atau lebih; kawanan terbesar
terdiri daripada tujuh ahli.

Gajah jantan dewasa mengalami fasa

kenaikan testosteron yang

dipanggil musth. Pada populasi gajah

di India selatan, gajah jantan

pertama kali memasuki tempoh

musth pada umur 15 tahun, tetapi

tidak terlalu terlalu hingga usianya

melebihi 25 tahun. Di Amboseli,

gajah jantan yang berusia di bawah

24 tahun tidak mengalami musth,

sementara sesetengah gajah yang

berumur 25–35 tahun dan semua

gajah berusia di atas 35

mengalaminya.

Gajah jantan muda nampaknya memasuki tempoh musth pada
musim kemarau (Januari–Mei), sementara gajah jantan yang lebih
tua mengalaminya pada musim hujan (Jun–Disember). Ciri-ciri
utama gajah yang sedang mengalami musth adalah keluarnya cairan
daripada kelenjar temporal di wajahnya. Sang jantan dapat
membuang air kecil dengan zakar yang masih berada di
dalam kulupnya, sehingga air kencing akan menyemprot ke tungkai
belakangnya. Kelakuan yang dikaitkan dengan musth adalah
berjalan dengan kepala yang terangkat dan berayun, mengorek
tanah dengan gading, menandai, membuat suara gaduh, dan
melambaikan satu telinga saja. Musth boleh berlaku antara sehari
hingga empat bulan.[101]


Click to View FlipBook Version