The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sariman33, 2024-06-09 19:45:52

SMART PSV

SMART PSV

0 | S M A R T P S V S T R I L A


1 | S M A R T P S V S T R I L A SMART PSV SARIMAN BIN HUSIN NORAZIAH BINTI MOHD YUSOF NUR SYIFA BINTI SHAMSUL AZAM SMK TUN SRI LANANG, FELDA SRI JAYA, BUKIT SERAMPANG, TANGKAK, JOHOR [email protected] ABSTRAK Pengurusan SMART PSV diilhamkan oleh Cikgu Sariman pada 15 Disember 2022. SMART PSV dilakukan secara menyeluruh bagi mendepani era Pendidikan Digital dewasa ini. SMART PSV memberikan penekanan 100% kepada Penggunaan Kitaran PDCA iaitu Plan Do, Check and Action, penggunaan media sosial seperti aplikasi DELIMA, Telegram dan Whatsapp untuk tujuan pengurusan pendidikan bagi tujuan pendokumentasian, pelaporan, pengurusan data, penyampaian dan penyebarluasan maklumat dan yang seumpama dengannya. SMART dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan Skil yang memberikan fokus kepada skil pengurusan untuk menjayakan pembangunan sekolah, Mahir pula memberikan fokus kepada kemahiran para guru menjayakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berteraskan aplikasi ICT, Atribut pula memberikan penekanan kepada kemenjadian pelajar meliputi pelbagai aspek iaitu akademik, insaniah dan kokurikulum, Relevan menyokong program sekolah yang relevan dalam keperluan pendidikan abad ke 21 dan Teknologi pula mendukung kepada penggunaan teknologi/ICT yang digunakan bagi memperkasakan Pendigitalan Pendidikan di sekolah. PSV pula ialah akronim bagi Proude Smart Value iaitu ‘Nilai Pintar Yang membanggakan’ . 1.0 PENDAHULUAN Visi sekolah ialah ‘Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Misi sekolah pula ialah ‘Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Antara hala tuju SMK Tun Sri Lanang (STRILA) ialah untuk mengupayakan SLT dan MLT, meningkatkan pengurusan kewangan, mengupaya kompetensi guru, memperkasa PAK21, mengoptimum penglibatan PIBG & Komuniti, meningkatkan sistem pengurusan yang lebih cekap, meningkatkan pencapaian akademik, memperkasakan pengurusan Unit HEM, meningkatkan kokurikulum berimpak tinggi dan memperluas kebolehpasaran pendidikan khas. SMART PSV digunakan secara optimum bagi memastikan semua hala tuju STRILA dapat direalisasikan bagi mengoptiumumkan kemenjadian murid dan peningkatan kualiti guru secara holistik. 1.1 LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI SMART PSV diilhamkan oleh Cikgu Sariman dan mula diperkasakan di STRILA pada tahun 2023. Berdasarkan penyeliaan berfokus oleh Cikgu Sariman, budaya dokumentasi dan perancangan adalah kurang berfokus kepada Kitaran PDCA iaitu Plan Do Cheack and Action. 1.2 OBJEKTIF INOVASI Antara objektif yang hendak dicapai ialah:


2 | S M A R T P S V S T R I L A 1.2.1 Memastikan semua maklumat berkaitan akademik, HEM dan Kokurikulum berada di hujung jari serta senang untuk diakses oleh semua pihak. 1.2.2 Memastikan semua warga pendidik Celik Digital untuk merancang dan melaksanakan PAK21 secara sistematik. 1.2.3 Memastikan semua murid dapat mengenali potensi diri dengan cara pengurusan data menerusi Buku Catatan Projek Demi Anak Tersayang (Data Driven). 2.0 PENYATAAN MASALAH 2.1 Berdasarkan data/dokumen/pemerhatian/soal selidik/refleksi/dll a. Berdasarkan data dalam Aplikasi DELIMA KPM, tidak ada rekod menunjukkan dokumen perancangan dan laporan yang dimuat naik dalam media tersebut. Buku-buku laporan tahunan juga tidak dicetak untuk tujuan rujukan. b. Berdasarkan dokumen yang disemak dalam Fail Induk di pejabat, budaya PDCA dan dokumentasi adalah sangat rendah. c. Berdasarkan soal selidik yang dibuat kepada semua guru dan AKP, budaya PDCA dan penyebarluasan maklumat menerusi media digital adalah sangat rendah. 2.2 Keaslian idea dan tiada unsur plagiarism a. SMART PSV sebenarnya memberikan penekanan kepada budaya dokumentasi secara digital. b. Inovasi ini adalah sangat mudah dan sangat murah untuk dilaksanakan kerana hanya memerlukan kemahiran menguruskan data dan maklumat menerusi Aplikasi DELIMA, AnyFlip, Telegram dan Whatsaps. c. SMART PSV adalah idea yang kecil dengan kesan impak yang luas untuk menyebarluaskan maklumat secara pantas dan terancang serta tidak ada kecairan maklumat. 2.3 Idea projek ini sama ada asli/baharu atau adaptasi dari mana-mana sumber/model a. SMART PSV adalah idea baharu yang memberikan penekanan kepada budaya dokumentasi yang terkini mengunakan Media Maya. b. Model SMART PSV mementingkan pengurusan data yang sistematik, gerak kerja yang terancang menggunakan kitaran Plan Do, Check and Action bagi merancang sesuatu dengan cara yang SMART AND BEST untuk mencapai hala tuju yang disasarkan. 2.4 Idea yang unik/pendekatan di luar kotak a. SMART PSV adalah idea yang sangat unik kerana ianya tidak memerlukan kos yang besar untuk melaksanakannya secara menyeluruh. b. SMART PSV akan dapat memberikan impak yang besar secara berterusan kerana semua aktiviti dan program sekolah disimpan dalam media yang selamat serta senang untuk diakses oleh semua pihak yang berkepentingan. c. SMART PSV juga senang untuk diakses kerana hanya memerlukan talian internet untuk mengakses data dan maklumat. 3 BAHAN DAN KAEDAH INOVASI (TAHAP PELAKSANAAN) 3.1 Strategi penyelesaian dan proses perancangan yang digunakan a. Penerangan tentang kepentingan SMART PSV dapat memperkasakan amalan dokumentasi kepada semua warga sekolah oleh Pengetua.


3 | S M A R T P S V S T R I L A b. Penerangan kaedah mudah untuk membuat atau menulis laporan bagi setiap aktiviti/ program yang dilaksanakan di sekolah. c. Budaya perkongsian bahan menerusi DELIMA, Telegram Rasmi dan aplikasi AnyFlip. 3.2 Kaedah dan bahan inovasi a. Secara umumnya, semua laporan aktiviti/program sekolah hendaklah disiapkan dalam tempoh masa 14 hari selepas sesuatu aktiviti/program dilaksanakan disekolah. Bahan dan pelaporan tersebut hendaklah disemak oleh GPK yang berkaitan dan disahkan oleh Pengetua sebelum disebarluaskan di media sosial. b. Laporan bagi setiap aktiviti/program akan disunting dan dibukukan serta disebarluaskan menerusi Aplikasi DELIMA, dan Telegram Rasmi SMART AND BEST. c. SMART PSV adalah salah satu amalan pembudayaan pengintegrasian aplikasi digital yang dapoat digunakan dalam Pengurusan Pendidikan di semua sekolah. 3.3 Uji cuba protaip a. SMART PSV telah mula dilaksanakan oleh Cikgu Sariman dengan tujuan untuk menunjukkan kepentingan budaya dokumentasi dan pelaporan program/ aktiviti secara menyeluruh. b. Berikut ditunjukkan kaedah serta Takwim Pelaksanaan SMART PSV BIL/ TARIKH PERKARA TINDAKAN STATUS 15-11.2023 Analisis Persekitaran dan semakan Laporan tahunan mengikut unit Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 23.11.2023 Mesyuarat SMART PSV-1. Rumusan Laporan Tahunan dan Pengurusan Analisis SWOT. Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 24.11.2023 Mesyuarat SMART PSV-2. Rumusan Laporan Tahunan dan Pengurusan Analisis SWOT. Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 24.11.2023 Pelancaran SMART PSV peringkat sekolah Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 24.11.2023 Pelancaran Pemerkasaan Amalan Baik 3’ABC’ dan SSDM KPM peringkat sekolah Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 27.11.2023 Taklimat SMART PSV iaitu Amalan 3’ABC’ kepada semua murid. 7:00 – Pengetua dan Dilaksana


4 | S M A R T P S V S T R I L A Hingga 01-12.2023 7:30 pagi. Semua Panitia MP 01.12.2023 Majlis Penyerahan Buku SMART PSV iaitu 40 Hari Menjelang SPM 2023 Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 01.12.2023 Taklimat SMART PSV iaitu Amalan 3’ABC’ kepada semua ibu bapa Tingkatan 5. 9:00 – 11:00 pagi. Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 04.12.2023 Hingga 08.12.2023 Perlaksanaan Inovasi: 1. Telegram 1.1 Creat New Group. 1.2 a. Creat Topic, b. New Topic, c. Topic Name. 2. DELIMA KPM 2.1 Penyeliaan e-Rancangan Pelajaran Harian. 2.2 Simpanan soft copy dokumen semua unit. 3. Ianya melibatkan 9 Kompetensi Pengetua, Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 11.12.2023 Hingga 15.12.2023 Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 18.12.2023 Hingga 22.12.2023 Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 25.12.2023 Membuat Analisis Rumusan Amalan Baik dan Salah Laku berdasarkan SSDM KPM. Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 01.01.2024 Hingga 31.01.2024 Perlaksanaan Amalan Baik SMART PSV oleh semua warga STRILA. Pengisian Amalan Baik anak-anak STRILA menerusi SSDM KPM. Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 01.2.2024 Perlaksanaan Amalan Baik SMART Pengetua dan Dilaksana


5 | S M A R T P S V S T R I L A Hingga 28.02.2024 PSV oleh semua warga STRILA. Pengisian Amalan Baik anak-anak STRILA menerusi SSDM KPM. Semua Panitia MP 01.03.2024 Menyiapkan sebahagian Laporan Inovasi SMART PSV Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 01.03.2024 Hingga 08.03.2024 Perlaksanaan Amalan Baik SMART PSV oleh semua warga STRILA. Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 08.03.2024 Menyiapkan Laporan Penuh untuk Inovasi SMART PSV. Menyemak laporan untuk penambahbaikan dan sebagainya. Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 09.03.2024 Menghantar Laporan Inovasi SMART PSV ke PPD Tangkak untuk Penilaian selanjutnya. Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 19.03.2024 Penambahbaikan Projek jika berkaitan. Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 27.03.2024 Pelancaran SMART PSV Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 04.04.2024 – 04.04.2024 Perlaksanaan SMART PSV oleh semua unit Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 1-30.05.2024 Pengurusan Data SMART PSV Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana 1-2.06.2024 Semakan Buku Inovasi SMART PSV Pengetua dan Semua Panitia MP Dilaksana


6 | S M A R T P S V S T R I L A 4 PRAKTIKAL DAN KEBOLEHGUNAAN 4.1 Inovasi mudah digunakan. a. SMART PSV adalah gerakan kerja yang sistematik, terancang, boleh diukur dapat digunakan dengan mudah jika data yang diberikan adalah tepat. b. SMART PSV memerlukan jati diri yang positif untuk meningkatkan kualiti guru dalam dunia digital 4.2 Keberkesanan inovasi a. SMART PSV telah menunjukkan kesan yang maksimum apabila semua program dapat dibanding beza berdasarkan pencapaian yang tersurat (dibukukan) b. SMART PSV juga dapat digunakan dengan mudah dan boleh diakses mengunakan telefon bimbit sahaja. 4.3 Berpontensi untuk dikembangkan a. SMART PSV sangat sesuai digunakan oleh semua warga pendidik akan semua bahan boleh diakses dihujung jari. b. SMART PSV merupakan salah satu cara untuk meletakkan diri agar sentiasa bersifat proaktif dan gerakkerja yang sistematik. 5 IMPAK INOVASI 5.1 Efisien/keberkesanan a. SMART PSV dapat memastikan bahawa setiap unit perlu membuat satu laporan tahunan untuk tujuan penambahbaikan pada tahun yang berikiutnya. b. Banyak bahan dan pelaporan telah dikongsikan menerisi aplikasi DELIMA dan media Telagram Rasmi STRILA SMART AND BEST. 5.2 Penjimatan masa a. Masa untuk mencari dan mengakses bahan adalah sangat singkat berbanding kaedah lama yang hanya berfokuskan bahan cetakan yang ditulis tangan sahaja. b. Perkongsian bahan dan berita penting dapat dilakukan dalam masa yang sangat pantas. 5.3 Penjimatan kos a. Tidak ada kos tambahan diperlukan kerana semua warga pendidik dan anak-anak murid memiliki telefon bimbit dan talian internet masing-masing untuk mengakses data. b. Cetakan buku tidak perlu dibuat terlalu banyak kerana semua bahan dikongsiakan menerusio media maya. 5.4 Tingkatkan produktiviti a. Kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan dengan cara yang lebih sistematik kerana semua data yang berkaitan dapat disimpan secara tertib. b. Kerja guru menjadi lebih mudah kerana semua kertas kerja boleh digunakan semula dan dilakukan penambahbaikan berdasarkan catatan yang telah dibuat untuk program aktiviti yang sebelumnya. 5.5 Memberi kepuasan kepada pengguna a. SMART PSV memberikan kepuasan yang maksimum kepada pengguna kerana semua warga pendidik dapat mengakses, menggunakan semula dan dapat menjadikannya sebagai contoh untuk program kecemerlangan yang berikutnya. b. SMART PSV juga dapat diakses oleh semua guru dan murid agar setiap wacana pendidikan negara dapat diakses tanpa sempadan. 6 PERLUASAN 6.1 Projek SMART PSV ini sepatutnya diamalkan oleh semua warga pendidik agar tidak ada kecairan maklumat.


7 | S M A R T P S V S T R I L A 6.2 SMART PSV merupakan cara yang paling mudah untuk membudayakan Dokumentasi dalam dunia pendidikan pada hari ini. 7 PROJEK INI DISEBAR LUAS DAN DIKOMERSIALKAN 7.1 SMART PSV telah disebarkluaskan kepada semua sekolah menerusi aplikasi TikTok, Media Telegram dan Facebook serta Perkongsian Pintar Amalan Baik semasa Sesi Jalinan dan Jaringan Strategik kecemerlangan SMK Tun Sri lanang bersama sekolah lain dan pihak Swasta. 7.2 SMART PSV juga merupakan satau pendekatan yang holistik bagi menangani kelemahan budaya dokumentasi oleh semua warga pendidik.


8 | S M A R T P S V S T R I L A SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SRI LANANG BUKIT SERAMPANG, TANGKAK 85210 JEMENTAH JOHOR Kod Sekolah: JEA9011 LAMPIRAN SMART PSV z Ruj. Kami : STSL.600-3/2/11( ) Tarikh : 4 Disember 2023 Kepada, Semua Guru SMK Tun Sri Lanang Tangkak, Johor Tuan, PENGURUSAN CEMERLANG PANITIA MATA PELAJARAN STRILA 2024 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk 2. Pihak Jawatankuasa Pengurusan G11 STRILA telah bermesyuarat pada 30 November 2023 dan menetapkan agar semua panitia mata pelajaran dapat diuruskan dengan sempurna agar kualiti guru dan kemenjadian murid dalam bidang akademik dapat dipertingkatkan menerusi perancangan yang sistematik dan berkesan. 3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memberi kerjasama dengan mematuhi semua panduan pengurusan panitia seperti yang terkandung dalam lampiran “Panduan Pengurusan Panitia Cemerlang STRILA 2024”. 4. Sila patuhi SOP PKP, PKPB, PKPP dan mengamalkan 3W serta mengelakkan 3S semasa hadir ke sekolah untuk semua perkara yang berkaitan semasa mesyuarat, taklimat atau bengkel kerja serta proses PdPc bersemuka. 5. Kerjasama pihak tuan diucapkan dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. “BEKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, SARIMAN BIN HAJI HUSIN Pengetua, SMK Tun Sri Lanang, Tangkak, Johor Darul Takzim. Tel. : 06-9776335 Faks : 06-9777044 Emel : [email protected] سكوله منڠه كبڠسأن تون سري النڠ


9 | S M A R T P S V S T R I L A LAMPIRAN – A “PENGURUSAN CEMERLANG PANITIA MATA PELAJARAN STRILA 2024” PENGENALAN “Kita tidak pernah ditakdir untuk gagal tetapi adakalanya kita gagal merancang dengan sempurna”. Pengetua STRILA mengharapkan agar semua warga STRILA dapat meningkatkan ilmu dalam bidang pengurusan dan Kualiti Guru Dioptimumkan agar pencapaian murid juga dapat dioptumumkan. Jadilah guru yang hadirnya sentiasa dinanti-nanti dan kepulangannya dirindui oleh semua anak didik.Jom kita sama-sama amalkan 3’ABC’ agar segala hasrat Falsafah Pendidikan Negara dapat kita terjemahkan demi anak-anak didik STRILA yang kita sayangi. Untuk membantu pihak sekolah melaksanakan kurikulum dengan sokongan sistem Panitia Mata Pelajaran yang efektif, satu surat pekeliling ikhtisas (KP (BS)8591/Jld.II/(44), 13 HB Mac 1986) telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan bagi menjelaskan dengan lanjut fungsi dan peranan panitia mata pelajaran di sekolah. Dengan adanya garis panduan ini, diharapkan panitia-panitia yang diwujudkan di sekolah dapat berfungsi atas landasan yang kukuh bagi menjayakan pelaksanaan kurikulum dengan sempurna di sekolah TUGAS DAN PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN 1. Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli panitia. 2. Menyedia serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan. 3. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru dan untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah. 4. Menyelaras soalan ujian dan penilaian bagi setiap kelas. 5. Mengkaji dan menganalisis keputusan ujian dan penilaian Panitia mata pelajaran bagi semua murid dalam tiap-tiap ujian dan penilaian, mengambil langkah-langkah serta melaksanakan strategi-strategi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran. 6. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala serta selaras dengan takwim sekolah. Mengadakan perjumpaan Ad-Hoc apabila dan jika perlu. 7. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat ahli-ahli Panitia mata pelajaran secara formal atau tidak formal untuk merancang dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut. 8. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru dengan ahli-ahli lain yang diperolehi setelah mengikuti kursus, mesyuarat atau taklimat. 9. Menjana minat ahli-ahli Panitia Mata Pelajaran supaya mengadakan penyelidikan pembangunan (R&D) dan Kajian Tindakan bagi menangani isu akademik yang terdapat di sekolah.


10 | S M A R T P S V S T R I L A 10. Mewujudkan kerjasama efektif dengan persatuan akademik dari sekolah lain dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. MESYUARAT PANITIA PELAJARAN Perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam Panitia Mata Pelajaran ialah: 1. Menentukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini. 2. Menyelaras format penulisan Rancangan Mengajar Harian. 3. Mengkaji keberkesanan dan kelemahan buku teks. 4. Mencadangkan buku-buku rujukan, bahan-bahan kurikulum dan BBM. 5. Penyelarasan ujian dan penilaian serta tindak ikut. 6. Mengkaji punca kelemahan pelajar dan cara mengatasinya serta tindakan pembetulan yang perlu dilakukan. 7. Membincangkan keperluan mengadakan latihan dalaman, bengkel atau taklimat yang sesuai. 8. Membincangkan teguran dan pengesyoran daripada Pengetua/Guru Besar, GPK, Ketua Bidang, PPD, JPN serta lain- lain yang berkaitan. 9. Memaklumkan kepada ahli tentang arahan-arahan terbaru serta mengambil respon serta merta terhadap mana-mana Surat Pekeliling atau arahan-arahan jabatan. 10. Mengkaji dan menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahan Mata Pelajaran di dalam bilik darjah serta melaksanakan tindakan-tindakan pembetulan atau menambah baik nilai sedia ada. 11. Menilai keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan serta membincangkan pelan tindakan dan persediaan bagi program-program yang belum dilaksanakan. 14 PERKARA YANG PERLU DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT PANITIA PERTAMA 1. AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia, penyelaras mata pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik. 2. AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping pemakluman tempat penyimpanan peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk pengetahuan dan kegunaan semua ahli panitia. 3. PASCA NILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/PT3/UPSR/SPM Analisis peperiksaan akhir tahun, PT3/UPSR perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama untuk makluman dan tindakan semua ahli. 4. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA


11 | S M A R T P S V S T R I L A Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR yang dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program perlu ada perancangan untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan skop latihan/program. 5. PENGGUBALAN RPT Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran perlu dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah. Tarikh semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek. 6. BUKU REKOD MENGAJAR/ PENULISAN RPH Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu dibincangkan dalam Panitia. 7. PENULISAN RPH Panitia perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang telah diputuskan dalam mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun semasa. 8. PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN Jumlah buku latihan perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan setiap kelas bagi tingkatan/tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang sama. 9. AGIHAN LATIHAN Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan jumlah latihan minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid perlu mempunyai 12 latihan penulisan. 10. SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan latihan murid. Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat pertama dan kedua setiap buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya. Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia. 11. PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan JSU, soalan dan skop soalan serta nama penggubal bagi setiap peperiksaan atau ujian yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama. 12. PENCERAPAN Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk makluman semua ahli panitia. 13. ULBS/PBS/ PBD


12 | S M A R T P S V S T R I L A Gerak kerja (prosedur) untuk ULBS dan PBS serta PBD mesti dibincangkan untuk makluman semua ahli. Borang yang digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua. 14. PLC/PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan keperluan setiap ahli panitia. * Perkara lain yang dirasakan sesuai boleh dibincangkan dalam mesyuarat panitia pertama. SPESIFIKASI TUGAS KETUA PANITIA Ketua panitia adalah bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar di sekolah masing-masing terhadap: 1. Perancangan 2. Pengelolaan – program Panitia Mata Pelajaran di sekolahnya. 3. Pelaksanaan 4. Penyeliaan 5. Program Khas “Tindakan susulan” Penambahbaikan Program 6. Pelaporan PERLANTIKAN KETUA PANITIA 1. Guru terkanan. 2. Berpengalaman. 3. Prestasi kerja baik. 4. Sifat kepimpinan. SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PANITIA MATA PELAJARAN 1. Mengetuai Panitia Mata Pelajaran. 2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 3. Melantik Setiausaha Panitia dari kalangan Ahli Panitia. 4. Mempengerusikan Mesyuarat Panitia. 5. Merancang aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan pencapaian Mata Pelajaran. 6. Memastikan minit mesyuarat disediakan dan disampaikan kepada Pengetua/Guru Besar, GPK dan AJK Panitia. 7. Memastikan kesemua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan sempurna. 8. Menjadi fasilitator di antara Ahli Panitia dengan semua pihak yang lain tentang hal yang berkaitan dengan mata Pelajaran. 9. Memberi perhatian kepada semua keputusan ujian dan peperiksaan mata pelajaran untuk menjamin pencapaian pelajar.


13 | S M A R T P S V S T R I L A KRITERIA PERLANTIKAN SETIAUSAHA PANITIA MATA PELAJARAN Setiausaha Panitia – nadi penggerak sesebuah panitia. Kriteria setiausaha panitia adalah seperti berikut: 1. Kelayakan ikhtisas 2. Pengalaman mengajar 3. Prestasi kerja 4. Sifat-sifat kepimpinan 5. Berkualiti 6. Kecenderungan, minat dan keupayaan. SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA PANITIA 1. Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat kepada semua ahli panitia dan para jemputan yang lain. 2. Menyediakan segala agenda mesyuarat setelah berunding dengan Ketua Panitia. 3. Menyediakan minit mesyuarat panitia dengan segera. 4. Menyediakan salinan minit mesyuarat kepada AJK Panitia dan pihak sekolah. 5. Menyimpan rekod-rekod pengurusan dan perjalanan panitia serta fail-fail panitia. 6. Menyimpan dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang berkaitan. 7. Mengemaskini fail-fail bagi tahun-tahun semasa seperti yang ditetapkan. 8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. SPESIFIKASI TUGAS AJK PANITIA PELAJARAN AJK Panitia – jentera penggerak sesebuah panitia. Kriteria-kriteria AJK Panitia adalah seperti berikut: 1. Pengalaman mengajar 2. Prestasi kerja 3. Berkualiti 4. Kecenderungan, minat dan keupayaan. 5. Komitmen dan kerja TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK PANITIA 1. Menghadiri dan menyertai mesyuarat panitia. 2. Menyetujui cadangan-cadangan yang dirancang dalam mesyuarat panitia. 3. Menjalankan aktiviti-aktiviti atau program yang dirancangkan sebaik mungkin. 4. Memberi perhatian dan membuat analisa/post mortem ujian dan peperiksaan yang telah dijalankan bagi mengkaji kekuatan dan kelemahan yang ada. 5. Membuat aktiviti pemulihan dan pengayaan bagi setiap murid lemah. 6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diamanahkan. 7. Bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.


14 | S M A R T P S V S T R I L A 8. Menjaga keselamatan dan kebersihan alatan BBM dan bilik-bilik khas. 9. Membantu menguruskan bank-bank soalan. PENUTUP Visi dan kualiti kepimpinan ketua panitia akan menentukan sejauh manakah sesebuah panitia mata pelajaran akan berjaya dalam mewujudkan satu budaya kerja yang harmoni dan sepakat di kalangan ahli-ahli untuk memperkembangkan dan menjayakan program pengajaran mata pelajaran berkenaan di peringkat sekolah. Sikap rendah diri dan ingin terus maju, berkeyakinan, menghargai idea dan usaha ahli, bertimbang rasa, suka berunding, mengambil perhatian tentang kebajikan ahli dan sentiasa menerima komen dengan hati terbuka dalam menjalankan tugas sebagai ketua kumpulan adalah di antara beberapa sifat peribadi yang akan membantu seorang ketua panitia menjalankan tugasnya dengan berkesan. Di samping itu, pihak sekolah menaruh sepenuh kepercayaan kepada ketua panitia yang telah dilantik agar dapat mengurusakan panitia dengan cemerlang. Ketua Panitia juga perlu bijak menjadi Pembimbing, Peneraju perubahan, Pemikir Strategik dan juga Pemikir Holistik dalam urusan pentadbiran sekolah berhubung dengan hal akademik, diberi peluang untuk membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran dalam bidangnya dan menghargai usaha dan sumbangan panitianya terhadap sekolah. Adalah diharapkan dengan adanya perhubungan yang mesra serta dibanteraskan punca-punca yang boleh menimbulkan perasaan yang tidak puas hati, satu budaya kerja yang kondusif kepada peningkatan mutu pelajaran akan dapat diwujudkan di STRILA. “Kejayaan sentiasa boleh kita kecapi jika kita terus berusaha menerusi perancangan yang sistematik”. “Kejayaan luar biasa boleh dicapai oleh insan yang biasa-biasa sahaja jika diusahakan dengan cara yang luar biasa dan berserah kehadrat Illahi”. “MALAYSIA MADANI” “BEKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, SARIMAN BIN HAJI HUSIN Pengetua, SMK Tun Sri Lanang, Tangkak, Johor Darul Takzim.


15 | S M A R T P S V S T R I L A LAMPIRAN - B MINIT MESYUARAT PANITIA……….. BIL.1/2023 SMK TUN SERI LANANG, TANGKAK, JOHOR. Tarikh : ….. April 2023 ( Hari) Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat …. Pengerusi : Cikgu Sariman bin Hj Husin ( Pengetua) Kehadiran : Rujuk Lampiran 1. UCAPAN PENGERUSI Tindakan : Makluman semua 2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 3. PERKARA BERBANGKIT Tindakan : AAA 4. PERBINCANGAN/ PERANCANGAN AKTIVITI SERTA ISU-ISU SEMASA 4.1 AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia, penyelaras mata pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik. Tindakan : AAA 4.2 AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping pemakluman tempat penyimpanan peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk pengetahuan dan kegunaan semua ahli panitia. Tindakan : AAA 4.3 PASCA NILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/PT3/UPSR Analisis peperiksaan akhir tahun, PT3/UPSR perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama untuk makluman dan tindakan semua ahli. Tindakan : AAA 4.4 PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR yang dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program perlu ada perancangan untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan skop latihan/program. Tindakan : AAA 4.5 PENGGUBALAN RPT


16 | S M A R T P S V S T R I L A Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran perlu dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah. Tarikh semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek. Tindakan : AAA 4.6 BUKU REKOD MENGAJAR/ PENULISAN RPH Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu dibincangkan dalam Panitia. Tindakan : AAA 4.7 PENULISAN RPH YANG BERFOKUS Panitia perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang telah diputuskan dalam mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun semasa. Penggunaan eRPH sepenuhnya pada bulan April 2021. Tindakan : AAA 4.8 PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN Jumlah buku latihan perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan setiap kelas bagi tingkatan/tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang sama. Tindakan : AAA 4.9 AGIHAN LATIHAN YANG BERFOKUS DAN SISTEMATIK Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan jumlah latihan minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid perlu mempunyai 12 latihan penulisan. Tindakan : AAA 4.10 SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan latihan murid. Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat pertama dan kedua setiap buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya. Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia. Tindakan : AAA 4.11 PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan JSU, soalan dan skop soalan serta nama penggubal bagi setiap peperiksaan atau ujian yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama. Tindakan : AAA 4.12 PENCERAPAN BERTERASKAN STANDARD 4 SKPMK@S Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk makluman semua ahli panitia. Tindakan : AAA 4.13 ULBS/PBS/ PBD Gerak kerja (prosedur) untuk ULBS dan PBS mesti dibincangkan untuk makluman semua ahli. Borang yang digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua. Tindakan : AAA


17 | S M A R T P S V S T R I L A 4.14 PLC/PENINGKATAN PROFESIONALISME SERTA OPC GURU DALAM PANITIA Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan keperluan setiap ahli panitia. Tindakan : AAA * Perkara lain yang dirasakan sesuai boleh dibincangkan dalam mesyuarat panitia pertama. Tindakan : AAA 5.0 HAL-HAL LAIN 5.1 Perancangan Jamuan 5.2 Majlis 5.3 5.4 Tindakan : Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11. 45 pagi. Disediakan oleh, ……………………………. SETIAUSAHA PANITIA


18 | S M A R T P S V S T R I L A CONTOH TAKWIM PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL SMK TUN SRI LANANG BIL PERKARA/ AKTIVITI TINDAKAN (GURU/ AKS) TARIKH PERLAKSANAAN TAHUN 2024 2024 MULA AKHI R 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3 1 Taklimat Penyelaras Awal Tahun Guru Mata Pelajaran Mac Mac 2 Menyiapkan Takwim Tahunan Unit Kurikulum Guru Mata Pelajaran Mac Mac 3 Menyiapkan Perancangan Strategik Panitia Mata Pelajaran dan Program Intervensi Lima langkah (PILL) Guru Mata Pelajaran Mac Mac 4 Menghantar Perancangan Strategik Panitia Mata Pelajaran kepada PK Pentadbiran Guru Mata Pelajaran April April 5 Menghantar Program Intervensi Lima langkah Untuk Mata Pelajaran <3.0 (Senarai murid yang terlibat sahaja) Guru Mata Pelajaran April April 6 Mesyuarat Pengurusan Kurikulum Bil.1/2023 PK-1, S/u Kurikulum April April 7 Mesyuarat Panitia Bil.1/ 2023 Ketua Panitia April April 8 Penghantaran Minit Mesyuarat Bil.1 & ABM Tahunan Panitia Ketua Panitia April Mei 9 Pengurusan PdPc Guru Mata Pelajaran Mac Mei 10 Penyediaan Soalan Peperiksaan Guru Mata Pelajaran Mei Mei 11 Peperiksaan PK-1 Guru Mata Pelajaran Mei Mei 12 Mesyuarat Panitia & Dialog Akademik Bil.2/ 2023 Guru Mata Pelajaran Julai Julai 13 Pengurusan PdPc Guru Mata Pelajaran Julai Sept 14 Bengkel Teknik Belajar Berkesan Guru Mata Pelajaran Ogos Ogos 15 Pertandingan Melukis Poster & Kad Hari Raya Guru Mata Pelajaran Ogos Ogos 16 Penyediaan Soalan Peperiksaan Guru Mata Pelajaran Sept Sept 17 Peperiksaan PK-2 Guru Mata Pelajaran Sept Sept 18 Mesyuarat Panitia & Dialog Akademik Bil.3/ 2023 Guru Mata Pelajaran Sept Sept 19 Pengurusan PdPc Guru Mata Pelajaran Sept Nov 20 Bengkel Kemahiran Melukis Poster Guru Mata Pelajaran Nov Nov 21 Kelas Tambahan Berfokus Guru Mata Pelajaran Dis Dis 22 Program Sembang Santai & Rehat Minda Guru Mata Pelajaran Dis Dis 23 Bengkel Kemahiran Kertas1 & Kertas 2 SPM Siri-1 Guru Mata Pelajaran Dis Dis 24 Mesyuarat Panitia & Dialog Akademik Bil.4/ 2023 Guru Mata Pelajaran Jan Jan 25 Pengurusan PdPc Guru Mata Jan Feb


19 | S M A R T P S V S T R I L A Pelajaran 26 Bengkel Kemahiran Kertas1 & Kertas 2 SPM Siri-2 dan Siri 3 Guru Mata Pelajaran Jan Jan 27 Bengkel Kemahiran Kertas1 & Kertas 2 SPM Siri-4 dan Siri-5 Peperiksaan SPM 2024 Guru Mata Pelajaran Feb Feb 28 Peperiksaan SPM 2024 Guru Mata Pelajaran Feb Mac 29 Program Puasa Sunat dan Solat Dhuha & Solat Hajat setiap hari Guru Mata Pelajaran Feb Mac 30 Program Rehat Minda Hujung Minggu Guru Mata Pelajaran Mac Mac 31 Majlis Lambaian kasih Pelajar Tingkatan 5 Guru Mata Pelajaran Mac Mac BIL AKTIVITI KENYATAAN TINDAKAN NAMA (GURU/ AKP) TARIKH PERLAKSANAAN SEBENAR KERTAS KERJA (Ada/ Tiada) LAPORAN/ DIOKUMENT ASI (Ada/ Tiada) CATATAN/ ULASAN/ TANDATANGAN PENTADBIR MULA AKHIR 1 Taklimat Penyelaras Awal Tahun Dilaksanakan Mac Mac 2 Menyiapkan Takwim Tahunan Unit Kurikulum Dilaksanakan Mac Mac 3 Menyiapkan Perancangan Strategik Panitia Mata Pelajaran dan Program Intervensi Lima langkah (PILL) Dilaksanakan Mac Mac 4 Menghantar Perancangan Strategik Panitia Mata Pelajaran kepada PK Pentadbiran Dilaksanakan April April 5 Menghantar Program Intervensi Lima langkah Untuk Mata Pelajaran <3.0 (Senarai murid yang terlibat sahaja) Dilaksanakan April April 6 Mesyuarat Pengurusan Kurikulum Bil.1/2023 Dilaksanakan April April 7 Mesyuarat Panitia Bil.1/ 2023 Dilaksanakan April April 8 Penghantaran Minit Mesyuarat Bil.1 & ABM Tahunan Panitia Dilaksanakan April Mei 9 Pengurusan PdPc Dilaksanakan Mac Mei 10 Penyediaan Soalan Peperiksaan Mei Mei 11 Peperiksaan PK-1 Mei Mei 12 Mesyuarat Panitia & Dialog Akademik Bil.2/ 2023 Julai Julai 13 Pengurusan PdPc Julai Sept 14 Bengkel Teknik Belajar Berkesan Ogos Ogos 15 Pertandingan Melukis Poster & Kad Hari Raya Ogos Ogos 16 Penyediaan Soalan Peperiksaan Sept Sept 17 Peperiksaan PK-2 Sept Sept 18 Mesyuarat Panitia & Dialog Akademik Bil.3/ 2023 Sept Sept 19 Pengurusan PdPc Sept Nov 20 Bengkel Kemahiran Melukis Poster Nov Nov 21 Kelas Tambahan Berfokus Dis Dis 22 Program Sembang Santai & Rehat Minda Dis Dis


20 | S M A R T P S V S T R I L A 23 Bengkel Kemahiran Kertas1 & Kertas 2 SPM Siri-1 Dis Dis 24 Mesyuarat Panitia & Dialog Akademik Bil.4/ 2023 Jan Jan 25 Pengurusan PdPc Jan Feb 26 Bengkel Kemahiran Kertas1 & Kertas 2 SPM Siri-2 dan Siri 3 Jan Jan 27 Bengkel Kemahiran Kertas1 & Kertas 2 SPM Siri-4 dan Siri-5 Peperiksaan SPM 2024 Feb Feb 28 Peperiksaan SPM 2024 Feb Mac 29 Program Puasa Sunat dan Solat Dhuha & Solat Hajat setiap hari Feb Mac 30 Program Rehat Minda Hujung Minggu Mac Mac 31 Majlis Lambaian kasih Pelajar Tingkatan 5 Mac Mac Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, ............................................... .............................................. .......................................... Ulasan oleh GKMP, ........................................................................................................................................................................................................................................................... Ulasan oleh GPK-1, ........................................................................................................................................................................................................................................................... Ulasan oleh Pengetua, ...........................................................................................................................................................................................................................................................


21 | S M A R T P S V S T R I L A Lampiran Folder SMART PSV Semua murid akan ada folder masing-masing untuk memudahkan proses penyeliaan kemenjadian murid menerusi talian iaitu Telegram. Semua panitia dan guru mata pelajaran hendaklah menyusun atur folder masingmasing. Semua murid boleh membuat pertanyaan secara terus menerusi telegram personal dalam folder masing-masing semasa membuat ulangkaji atau kerja rumah di rumah masing-masing. Contoh perancangan untuk kerja Kursus PSV yang sistematik Semua murid adalah bebas memberikan cadangan atau muat naik bahan yang berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Contoh: Zihan muat naik 112 gambar dan 35 shared links untuk dikongsi kepada semua rakan PSV Tingkatan 5 SPM 2024.


22 | S M A R T P S V S T R I L A Lampiran Folder SMART PSV KRSV PSV 2024 2025 Gambar di sebelah menunjukkan bahawa terdapat 1. 2556 gambar telah dikongsikan 2. 13 video pembelajaran dabn tunjuk cara 3. 28 files Pembelajaran dan pemudahcaraan 4. 1025 shared links. Gambar di atas menunjukkan bahawa Zihan telah muat naik gambar serta penerangan berkaitan dengannya. Semua guru PSV iaitu Cikgu sariman, Cikgu Noraziah dan Cikgu Nur Syifa boleh memberikan pandangan dan cadangan. Murid pula bebas untuk membuat pilihan.


23 | S M A R T P S V S T R I L A LAMPIRAN CONTON BAHAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) STRILA Gambar di sebelah menunjukkan Fail dan maklumat senang untuk diakses oleh semua guru panitia PSV STRILA dengan merujuk kepada folder yang berkenaan. Gambar di atas menunjukkan Folder PBD. Borang-borang PBD boleh dimuat turun, diedit semula dan dangat senang untuk diakses.


24 | S M A R T P S V S T R I L A Gambar di sebelah menunjukkan folder JSU Gambar di atas menunjukkan Folder yang berkaitan dengan Modul untuk mata Pelajaran Pemdidikan Seni Visual dan sebagainya untuk tujuan rujukan dan kegunaan semasa prose Pembelajaran dan Pemudahcaraan.


25 | S M A R T P S V S T R I L A Poster Digital SMART PSV


26 | S M A R T P S V S T R I L A


Click to View FlipBook Version