0 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’
1 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ PROGRAM TUISYEN KAMI SMART AND BEST KERTAS-2 PENDIDIKAN SENI VISUAL SPM 2023 CATAN: TEKNIK CAT AIR Disampaikan oleh: Sariman bin Haji Husin Pengetua STRILA Tarikh: 18 Oktober 2023 – 31 Disember 2023 Tempat: Dewan Lestari STRILA Latihan Mewarna - 1
2 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Latihan Mewarna – 2
3 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Latihan Mewarna – 3
4 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Teknik basah atas basah (a) Warna yang disapu atas permukaan kertas yang basah. Memerlukan berus basah dicelup ke dalam warna yang cair sebelum disapu pada kertas lukisan. Merupakan teknik paling sukar dan mencabar, terutama semasa mengawal sapuan warnanya. (b) Sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan. Kesan air Kesan Awan dan langit c) Sesuai untuk menghasilkan kesan warna lut sinar
5 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Teknik basah atas kering (a) Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering. Sapuan warnanya mudah dikawal dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis media. (b) Menghasilkan kesan warna legap (opaque). (c) Melibatkan aplikasi warna secara berlapis-lapis, iaitu daripada ton nipis dan cerah kepada yang paling tebal dan gelap. Teknik kering atas kering (a) Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.(b) Campuran warna yang agak pekat atau likat.(c) Untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek.(d) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan, dengan menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan warna lain yang telah kering.
6 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Teknik kering atas basah (a) Melibatkan sapuan warna terus daripada tiub ke atas permukaan kertas lukisan yang basah/lembap.(b) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan legap (opaque) yang kering.(c) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan, dengan menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan warna lain yang lain. Proses melukis pemandangan menggunakan media cat air pada hari ini. Warnakan bahagian atas iaitu warna biru muda untuk warna langit. Selepas itu warnakan gunung dengan warna biru muda. Selepas itu warnakan bukit dengan warna biru. Gunakan warna lebih pekat untuk bukit di bahagian hadapan dan warnakan hijau tua untuk menujukkan pokok yang menghijau. Gunakan Teknik basah atas basah.
7 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Warnakan rumput dengan campuran warna kuning dan hijau. Bahagian bawah erumput diwarnakan dengan warna hujau lebih pekat (tua). Bahagian tebing diwarnakan dengan warna coklat cair. Buatkan lukisan titik-titik dan garisan bewarna coklat untuk menimbulkan kesan irama dan pergerakan.
8 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Sapukan warna biru muda untuk gambar anak sungai. Warnakan batang dan ranting pokok dengan warna coklat cair. Bahagian yang tidak menghadap cahaya diwarnakan lebih gelap. Warnakan daun dengan warna hijau muda dan campuran hijau tua. Bahagian yang menghadap cahaya, warnanya lebih cerah. Bahagian yang tidak menghadap cahaya, warna daunnya lebih gelap. Warnakan rumah dengan warna gelap.
9 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Latihan Pengukuhan-1: Sila Lukis semua teknik catan air seperti yang dipaparkan menggunakan kertas lukisan pertama.
10 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Latihan Pengukuhan-2: Sila Lukis semua teknik catan air seperti yang dipaparkan menggunakan kertas lukisan pertama. Lukisan Teknik Poster.
11 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Latihan Pengukuhan-3: Sila Lukis semua teknik catan air seperti yang dipaparkan menggunakan kertas lukisan pertama.
12 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Latihan Pengukuhan-4: Sila Lukis semua teknik catan air seperti yang dipaparkan menggunakan kertas lukisan pertama.
13 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Latihan Pengukuhan-5: Sila Lukis semua teknik catan air seperti yang dipaparkan menggunakan kertas lukisan pertama.
14 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ CAT AIR Cat air atau aquarel adalah medium lukisan yang menggunakan pigmen dengan pelarut air dengan sifat transparan atau tidak legap. Meskipun medium permukaannya mempunyai variasi dan kepelbagaian ia selalunya akan digunakan dengan mewarna di atas kertas. Selain itu,warna air ini boleh juga diaplkasikan di atas papyrus, plastik, kulit, kain, kayu, atau kanvas.Secara umum, cat air digunakan kerana sifat tidak legapnya. Contonnya,Gouache adalah medium sejenis yang tidak transparan.Hasil karya lukisan cat air biasanya bersifat sangat ekspresif atau sebaliknya menjadi sangat impresif dan ia tergantung kepada teknik yang digunakan. BAHAN UTAMA Cat air dibuat daripada pigmen atau bahan yang halus atau serbuk warna(dye) yang dicampurkan dengan gam arab sebagai bahan baku, serta gliserin atau madu untuk menambah kekentalan dan merekatkan warna ke permukaan. TEKNIK PENGGUNAAN Cat air digunakan dengan mencampurkan cat air bersama air untuk melarutkan warna agar tidak terlalu pekat tetapi cat air ini juga boleh juga dicampurkan dengan material atau bahan yang lain. Biasanya,cat air ini boleh dicampurkan dengan akrilik atau collage.Cat air dengan campuran air berlebih akan menghasilkan warna yang terang dan segar. Warna ini dihasilkan oleh cahaya yang mampu menembus lapisan cat yang bersifat tidak legap.Warna putih biasanya dihasilkan daripada bahagianbahagian yang tidak diberi lapisan cat. Penggunaan cat air putih secara sengaja sangat jarang digunakan pada lukisan. Cat warna air terkenal kerana sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Teknik yang umum digunakan biasanya dihasilkan daripada lapisan-lapisan yang saling ditimpakan setelah lapisan sebelumnya telah kering sehingga menghasilkan variasi warna. Namun teknik lain wet-on-wet yang menimpakan warna di atas lapisan yang masih basah juga membutuhkan ketelitian tinggi untuk mendapatkan hasil maksima.Risiko yang lain adalah kertas menjadi melengkung atau robek jika terlalu banyak air digunakan semasa penghasilan karya dilakukan. KELEBIHAN Cat air memiliki kelebihan kerana tidak berbau, mudah dibersihkan dan cepat kering. TEKNIK-TEKNIK CAT AIR BASAH ATAS BASAH Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah. Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam
15 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan. Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda. BASAH ATAS KERING Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan. Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada KERING ATAS KERING Warna yang melekat pada berus tidak banyak tetapi jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya. CAT AKRILIK
16 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Cat akrilik ialah sejenis cat yang cepat mengering dan cat akrilik ini mengandungi pigmen pengantungan dalam polimer emulsi akrilik.Cat akrilik boleh dicairkan dengan air, tetapi menjadi kalis air apabila mengering. Bergantung kepada berapa banyak cat dicairkan (dengan air) atau diubah suai dengan gel media, akrilik, atau pes dan lukisan akrilik siap boleh menyerupai cat air atau lukisan minyak dan mempunyai ciri-ciri unik berbanding dengan media lain. TEKNIK PENGGUNAAN Cat akrilik boleh dicampurkan dengan air tetapi pembersihan tidakhydratable semula setelah sapuan cat akrilik ini kering.Media cat akrilik akan dicampur menggunakan topcoats atau varnis untuk mengilatkan bahagian sapuan warna supaya ia kelihatan hidup.Apabila mengering, cat akrilik tidak akan tertanggal daripada canvas walaupun pelarut media ini adalah air.Walau bagaimanapun,alkohol isopropyl boleh menanggalkan sapuan warna akrilik ini. KELEBIHAN Cat akrilik adalah cat yang cepat mengering ketika mencampur warna haruslah dilakukan dengan cepat. Kelebihan cat akrilik adalah dapat digunakan di pelbagai media lukis, baik kertas dan kanvas.Cat akrilik juga sangat baik untuk memberi kesan timbul atau relief pada lukisan, caranya adalah melukis lapisan dasar berulang kali. Setelah kering tambahkan lapisan berikutnya.Warna yang dihasilkan oleh cat akrilik cenderung memberikan ketajaman. Untuk membuat warna agar tampak lebih soft atau lembut tambahkan air dan campurkan dengan cat warna putih. CAT MINYAK
17 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Cat minyak merupakan sejenis pewarna yang lambat kering yang mengandungi sejumlah kecil partikel pigment terapung dalam pelarut ringan selain daripada air. Cat minyak telah digunakan di England seawal abad ke 13 bagi hiasan mudah, tetapi tidak digunakan secara meluas bagi tujuan artistik sehingga abad ke 15. Kegunaan moden paling meluas bagi cat minyak di mana ciri-ciri tahan lasak dan warna terang menjadikannya digemari bagi kegunaan dalaman dan luaran. Cat minyak ialah sejenis warna atau pigmen yang datang daripada bentuk tiub.Bahan pengilat untuk cat ini ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat dan bahantara yang digunakan ialah turpentine. Ciriciri bersifat legap, licin, dan berkilat, kasar berjalinan, terpulang kepada teknik mencatan.Dalam penggunaan cat minyak ia boleh dui buat pelbagai kesan dan juga teknik. ALATAN MENGUNAKAN CAT MINYAK BERUS Berus cat minyak mempunyai pemegang yang tirus atau runcing yang ahaja yang membolehkan para pelukis melukis secara adanya jarak daripada kanvas. Berus cat minyak biasanya menggunakan bahan fiber semulajadi yang lembut, seperti bajer dan sable dan sintetik fiber yang lembut. Pewarna berus yang sintetik, kerap kali terdiri daripada warna emas yang kemerah-merahan atau kesannya tersorok. Terdapat beberapa jenis berus yang sesuai digunakan iaitu Georgian Oil Brushes Fan kerana mempunyai panca berjanggut, yang mana membolehkan pengawalan goresan yang lebih baik. Saduran – nikel yang ahaja teratur menunjukkan bahawa keunikan pemegang pelbagai warnanya sesuai untuk kerja-kerja seni.Tiada dua pemegang sekaligus, tapi setiap berus mempunyai jaminan. Baik golongan professional, pelajar, dan juga golongan yang baru belajar, selesa menggunakan berus ‘Georgian’ ini yang sememangnya menawarkan kualiti yang baik dan nilai yang luar biasa.Lain-lain berus ialah fan.filbert,bright,flat dan round.
18 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ LINSEED OILS Terdapat pelbagai jenis minyak linsin ytang membantu mencairkan cat minyak iaitu Bleached Linseed Oil untuk meningkatkan pengaliran warna dan pengeringan yang lebih pantas berbanding ‘refined linseed oil’. Sebotol mengandungi 75ml dan lain-lainnya ialah Cold – Pressed Linseed Oil, Refined Linseed Oil,Stand linseed oil,thickened linseed oil. TURPENTINE ‘Turpentine English’ yang bertapis merupakan pilihan tradisi bagi mencairkan warna dan membersihkan berus, dengan kandungan kelembapan yang baik berbanding bahan mineral. Turpentine yang tinggi golakannya dan mudah terbakar dan ia sepatutnya digunakan secara lebih berhati-hati. STELL PAINTING KNIVES Menyaksikan keunikan pisau ahaj yang diperbuat daripada keluli yang tahan karat iaitu ‘stell knives’. Mata pisaunya adalah fleksibel, kilatannya tinggi dan cantik, dan ianya benar-benar tidak akan berkarat. Setiap mata yang pejal dalam satu kilatan yang mengakhiri pemegang kayu. Ia merupakan buatan Jepun. PALETTE ‘Amaco Paragona Glass Artist Palette’ ini dikhaskan untuk diletakkan pada permukaan meja, bukannya menjadi sesuatu yang ketinggalan. Ianya sesuai bagi campuran warna yang memerlukan ahaja yang luas.‘Paragona Palette’ ini baik kilatannya, sesuai pada berus dan tidak poros. Ianya dibersihkan dengan usaha yang sangat kecil.Paragona yang dibuat adalah kuat, 100% bahan kacanya terkawal keseluruhannya dengan kilauan yang elok, kelebihan yang selesa. Ia mempunyai satu penyokong vinil yang berwarna putih. KELEBIHAN Campuran minyak membuat cat jenis ini memberi kesan kecerahan dan akan mendapat kesan warna yang amat cantik.Selain itu cat membentuk pasta liat sehingga memberikan kesan tekstur yang berkesan bila diolah dengan baik. Cat minyak ini memerlukan waktu beberapa hari untuk mengeringkan cat ini kering dan untuk cat ini ahaja ng dengan sempurna ialah apabila cat ini di cat nipis ia akan mengambil masa beberapa minggu dan jika keadaan cat yang di cat tebal ia akan mengambil masa beberapa bulan bahkan ada lukisan yang mengambil beberapa tahun kemudian. Dalam masa beberapa tahun yang di ambil untuk mengeringkan cat minyak ini jika warna yang dihasilkan akan menjadi kekuningan jika terkena udara lembab pada lukisan warna putih. Untuk warna lain tidak mengalami perubahan warna kekuningan.Ia hanya akan berlaku pada warna putih ahaja.Kelebihan cat minyak ini ialah mempunyai daya tahan terhadap waktu paling awet.
19 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ TEKNIK-TEKNIK CAT MINYAK TEKNIK IMPASTO Impasto adalah teknik lukisan iaitu cat minyak tersebut akan dilapiskan dengan sangat tebal di atas kanvas sehingga arah sapuan cat minyak sangat mudah dilihat.Apabila kering, teknik impasto akan menghasilkan tekstur yang jelas sehingga kesan apabila disentuh dapat lukisan objek itu akan lebih terasa. Impasto akan memberikan dua kesan iaitu yang pertama akan memberikan kesan pantulan cahaya yang berbeza berbanding dengan sapuan cat minyak yang biasa.Seterusnya yang kedua akan memberikan kesan ekspresi yang lebih kuat.Tujuan teknik impasto ini sering dipakai oleh pelukis klasik seperti Rembrandt, seperti untuk memperlihatkan lipatan kain atau pantulan cahaya dari perhiasan. Sementara tujuan kedua sering digunakan oleh pelukis pada era modern seperti Vincent van Gogh. Frank Auerbach menggunakan teknik impasto secara berlebihan untuk menampilkan kesan trimatra yang benar-benar kuat. TEKNIK KILATAN(GLAZING) Teknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan yang berkaca kerana lut sinar.Teknik ini memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih lapisan nipis warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah. TEKNIK TITIK(POINTILISME) Teknik ialah dengan cara menitikkan warna yang dikenakan pada permukaan untuk membentuk tindanan titik-titik warna.Jika dilihat dari jarak yang jauh,titik warna akan bergabung dan menghasilkan warna yang baru.Kesan ini terhasil daripada campuran warna secara optikal. TEKNIK SAPUAN TEPAT(HARD EDGE) Ia merupakan teknik yang menggunakan masking tape untuk memisahkan warna yang dimana hasilnya menampakkan catan seperti dipotong-potong.Ia mempunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat. TEKNIK MELEMBUT(SCUMBLING) Dalam teknik ini,warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang sebalumnya yang mana boleh disapu secara rata,lut sinar atau impasto. Ciri penting dalam teknik ini ialah bahagian yang tidak dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza. Teknik scrumbling ini boleh diperoleh dengan cara menyapu warna terang atas permukaan gelap atau gelap atas permukaan gelap.Ia boleh diaplikasikan dengan menggunakan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari.
20 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ TEKNIK ‘ALLA PRIMA Teknik ini merujuk kepada cara dimana artis mewarna secara cepat dan spontan dengan sapuan warna terus dari tiub.Teknik ini sesuai untuk artis yang menghasilkan catan di luar bangunan kerana tekniknya yang terus dan spontan.Setiap palitan warna perlu tepat kerana dalam teknik ini tiada lapisan kedua. TEKNIK CATAN AIR (LATIHAN PENGAYAAN) PENGENALAN Catan air merupakan suatu proses penghasilan seni dengan meggunakan bahan bewarna iaitu cat air yang dikarya pada permukaan rata. Teknik ini membolehkan seseorang dapat menggambar kesan cahaya pada suatu bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Bahan pewarna iaitu cat memerlukan pelarut daripada air untuk mencairkan dan memudahkan sapuan ketika mengkarya. Untuk teknik catan, kertas 'watercolor paper' amat sesuai digunakan untuk memberi kesan yang terbaik. Dalam penghasilan catan, terdapat banyak teknik untuk diaplikasikan, namun saya akan menerangkan empat teknik catan terlebih dahulu iaitu ; • teknik BASAH ATAS BASAH • teknik BASAH ATAS KERING • teknik KERING ATAS KERING • teknik KERING ATAS BASAH TEKNIK BASAH ATAS BASAH Contoh catan yang menggunakan teknik basah atas basah. Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah. ini bertujuan agar penyerapan warna kedua dapat berlaku ke dalam warna yang pertama untuk penghasilan ton yang menarik. Untuk menghasilkan karya catan
21 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ dengan menggunakan teknik ini, kertas hendaklah dibasahkan dan dihamparkan di atas permukaan rata supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan. Selain itu, ia memerlukan berus basah yang dicelup ke dalam warna yang cair sebelum disapu pada kertas lukisan atau watercolor paper. Teknik ini sesuai digunakan untuk mewarna permukaan yang luas seperti langit, dinding bangunan, tanah, latar belakang lukisan untuk alam benda dan sebagainya. TEKNIK BASAH ATAS KERING Contoh catan yang menggunakan teknik basah atas kering. Teknik basah atas kering merupakan warna yang disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering. Teknik ini dapat menghasilkan warna yang legap. Teknik basah atas kering melibatkan penggunaan warna yang berlapis-lapis, iaitu daripada ton yang cerah kepada ton yang gelap. Jadi untuk menghasilkan kesan cahaya, teknik ini amat sesuai digunakan untuk menghasilkannya. Teknik ini juga sesuai digunakan untuk pelbagai jenis media kerana sapuan warnanya yang mudah dikawal.
22 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ TEKNIK KERING ATAS BASAH Contoh catan yang menggunakan teknik kering atas basah. Latihan melukis dan mewarna pengayaan. Teknik kering atas basah ialah teknik sapuan warna cat air ke atas permukaan kertas yang telah dibasahkan terlebih dahulu atau disapu dengan warna yang cair. Kelegapan warna dapat mudah diaplikasikan pada kertas, jadi ianya sesuai untuk membuat ton warna dan kesan cahaya. Teknik ini dapat menghasilkan sapuan dengan masa yang singkat pada permukaan yang luas seperti tanah, langit dan laut kerana warnanya yang boleh merebak. Teknik ini juga membuatkan warna mudah untuk dikawal kerana tidak merebak terlampau luas serta boleh bersifat lut sinar apabila air pada permukaan kertas ditambah.
23 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ Contoh catan yang menggunakan teknik kering atas basah.
24 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’ TEKNIK KERING ATAS KERING Contoh catan yang menggunakan teknik kering atas kering. Teknik kering atas kering merupakann teknik menggunakan warna cat air daripada tiub terus ke permukaan kertas atau warna yang telah kering. Kering ini bermaksud warna atau cat air yang melekat terus pada berus tidak banyak, ertinya ia masih memerlukan air tapi sedikit sahaja untuk mendapatkan beberapa cat pada berus. Jika terdapat cat air pada berus terlebih, sapu pada permukaan kertas, tisu atau kain untuk membuang warna yang lebih tersebut. Untuk menghasilkan warna yang lain, tunggu warna di atas permukaan kertas mengering terlebih dahulu tetapi tidak terlalu tebal, hanya sekadar mewujudkan keharmonian warna dengan suasana di sekitarnya. Teknik ini dapat memberikan kesan kering legap yang mampu menimbulkan kesan jalinan dengan menindihkan warna tersebut. Dengan menindihkannya, ia akan membentuk ton ke dalam cat air tersebut. “KEJAYAAN YANG LUAR BIASA, MAMPU KITA KECAPI, JIKA KITA BERUSAHA SECARA YANG LUAR BIASA, WALAUPUN KITA HANYALAH INSAN YANG BIASA-BIASA SAHAJA” Disediakan oleh, SARIMAN BIN HAJI HUSIN Guru PSV STRILA 0196621280
25 | M o d u l P S V K E R T A S - 2 ‘ K A M I S M A R T A N D B E S T ’