The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sariman33, 2022-06-05 03:45:06

5 Jun 2022 Hari Alam Sekitar Sedunia

5 Jun 2022 Hari Alam Sekitar Sedunia

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - PERKAM

Hari Alam Sekitar Sedunia

Pengenalan
PERKAM dan Jabatan Alam Sekitar juga melaksanakan Program

Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar menerusi bersempena
Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia. Sambutan Hari Alam Sekitar
Sedunia disambut pada 5 Jun setiap tahun dengan membawa tema
yang tersendiri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh United
Nations Environment Programme (UNEP).

Hari Alam Sekitar Sedunia disambut bermula pada tahun 1972
dan telah berkembang menjadi sambutan utama seluruh dunia dengan
pembabitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam

1

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - PERKAM

meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia terhadap isu alam
sekitar serta mempertingkatkan tindakan dan penglibatan terhadap
perubahan alam sekitar. Hari Alam Sekitar merupakan hari untuk
semua orang, iaitu ia memberi peluang kepada semua pihak untuk
mengambil bahagian dalam tindakan sejagat bagi menggalakkan
perlindungan terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari
serta mengamalkan gaya hidup yang mesra alam.

Ia disambut pada 5 Jun setiap tahun dan pada setiap tahun
tersebut terdapat sebuah negara yang dilantik untuk menjadi `tuan
rumah‟. Maklumat lanjut mengenai Hari Alam Sekitar Sedunia boleh
dirujuk menerusi pautan www.unep.org/wed

Hari Alam Sekitar
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hari Alam Sekitar (HAS) atau (World Environment Day
(WED)) dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972.
Setiap tahun, hari ini diadakan di bandar yang berlainan dan disambut
dengan eksposisi antarabangsa pada minggu 5 Jun. Program
Persekitaran PBB (UNEP), juga ditubuhkan pada 1972, menggunakan
HAS untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan

2

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - PERKAM

menarik perhatian politik dan tindakan awam. Tajuk Hari Alam
Sekitar 2007 ialah "Ais yang mencair - topik hangat?" (Melting Ice –
a Hot Topic?). Semasa Hari Kutub Antarabangsa, HAS 2007
menumpu pada kesan-kesan perubahan iklim pada ekosistem dan
komuniti kutub, pada kawasan lain yang juga dilitupi ais dan salji, dan
kesannya kepada dunia. Sambutan antarabangsa utama diadakan di
bandar Tromsø, Norway, sebuah bandar di utara Garisan Artik yang
menggelar dirinya "Pintu Masuk ke Artik" (The Gateway to the
Arctic) [1].

Tema untuk WED 2006 ialah "Gurun dan Penggurunan" (Desert
and Desertification). Slogan untuk HAS 2006 ialah "Jangan
menggurunkan tanah kering" (Don't desert drylands). Slogan ini
menitikberatkan kepentingan melindungi tanah kering, yang melitupi
lebih daripada 40% permukaan bumi. Ekosistem ini merupakan tempat
tinggal satu pertiga manusia di dunia ini yang merupakan ahli yang
terdedah kepada sistem pengurunan. Sambutan utama diadakan
di Algeria.

Kini, kebanyakan manusia di dunia ini tinggal di bandar. Untuk
menghargai saat bersejarah ini, Datuk Bandar Gavin Newsom telah
menjemput datuk-datuk bandar dari seluruh dunia ke San
Francisco untuk Hari Alam Sekitar PBB untuk mara bersama ke arah
masa depan bandar dapat dikekalkan. Para datuk bandar sedang
bergabung sebagai ejen-ejen perubahan yang paling berkuasa dan
boleh diselaras. Mereka mampu menangani isu-isu alam sekitar
dengan cepat dan secara unik bertanggung jawab kepada penduduk
mereka. Kuasa pembelian mereka yang besar membentuk pasaran dan
menjadikan persekitaran boleh dikekalkan satu daripada
pertimbangan pengilangan. Mereka menangani isu persekitaran
sejagat yang paling mencabar dan penyelesaian visi mereka

3

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - PERKAM

memberikan inspirasi dan sebagai model kepada kesemua sektor
masyarakat.

Tema terdahulu

 2006 - Gurun dan Penggurunan
 2005 – Bandar Hijau – Merancang untuk Planet ini!
 2004 – Dikehendaki! Laut dan Lautan – Mati atau Hidup?
 2003 – Air – Dua Bilion Orang sedang Mati untuknya!
 2002 - Bagi Bumi Satu Peluang
 2001 - Berhubung dengan World Wide Web Kehidupan
 2000 - Milenium Alam Sekitar - Masa untuk Bertindak
 1999 - Bumi Kita - Masa Depan Kita - Terus Selamatkannya!
 1998 - Untuk Hidupan di Bumi - Selamatkan Laut Kita
 1997 - Untuk Hidupan di Bumi
 1996 - Bumi Kita, Habitat Kita, Rumah Kita
 1995 - Kita Manusia: Bersatu untuk Persekitaran Sejagat
 1994 - Satu Bumi Satu Keluarga
 1993 - Kemiskinan dan Alam Sekitar - Memutuskan Kitaran

Kejam
 1992 - Hanya Satu Bumi, Pelihara dan Kongsi
 1991 - Perubahan Iklim. Keperluan Perkongsian Sejagat
 1990 - Kanak-Kanak dan Alam Sekitar
 1989 - Pemanasan Sejagat; Pemanasan Sejagat
 1988 - Apabila Manusia Mementingkan Persekitaran,

Pembangunan akan Berkekalan
 1987 - Persekitaran dan Tempat Berlindung: Lebih Dari Sekadar

Atap
 1986 - Pokok Untuk Kedamaian
 1985 - Pemuda: Populasi dan Persekitaran
 1984 - Penggurunan (Desertification)
 1983 - Mengurus dan Melupuskan Buangan Merbahaya: Hujan

Asid dan Tenaga

4

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - PERKAM

 1982 - Sepuluh Tahun Selepas Stockholm (Pembaharuan
Kebimbangan Persekitaran)

 1981 - Air Tanah; Bahan Kimia Toksik dalam Rantai Makanan
Manusia

 1980 - Cabaran Baru untuk Dekad Baru: Pembangunan Tanpa
Pemusnahan

 1979 - Cuma Satu Masa Depan untuk Anak Kita - Pembangunan
Tanpa Pemusnahan

 1978 - Pembangunan Tanpa Pemusnahan
 1977 - Kebimbangan Persekitaran Lapisan Ozon; Kehilangan

Daratan dan Penyahgredan Tanah
 1976 - Air: Sumber Penting untuk Kehidupan
 1975 - Petempatan Manusia
 1974 - Cuma Satu Bumi

Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 – Pemulihan ekosistem
June 3, 2021. Cerita tentang alam sekitar.

Hari Alam Sekitar Sedunia disambut pada 5 Jun setiap tahun.
Tema sambutan tahun ini adalah „Pemulihan Ekosistem‟ dan ia juga
menandakan bermulanya dekad untuk pemulihan ekosistem oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi tahun 2021-2030.

5

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - PERKAM

Menurut laporan-laporan yang dirujuk oleh PBB, kira-kira $10 trilion
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) global akan hilang menjelang
tahun 2050 jika perkhidmatan ekosistem terus berkurangan.
Malah, kemerosotan tanah akan menurunkan produktiviti makanan
global sebanyak 12 peratus yang akan menyebabkan harga makanan
melambung sehingga 30 peratus pada tahun 2040.

Advertisement

Selain itu, hampir 700 juta orang dianggarkan akan berhijrah
kerana kemerosotan tanah dan perubahan iklim menjelang tahun
2050 PBB juga melaporkan penurunan kesuburan tanah di ladang
jagung menelan belanja petani Amerika Syarikat sekitar setengah
bilion dolar setahun untuk baja tambahan. Tambahan pula,
kemerosotan ekosistem akan meningkatkan pertembungan di antara
manusia dan hidupan liar dan telah dikaitkan dengan wabak penyakit.

Terdapat banyak laporan menunjukkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia dan kemerosotan alam sekitar adalah disebabkan
oleh perubahan guna tanah. Adakah Malaysia dan negara-negara lain
di dunia mengambil gambaran yang serius dan luas mengenai alam
semula jadi dan bagaimana ia berfungsi? Banyak penyelesaian baru
untuk masalah alam sekitar menimbulkan masalah alam sekitar yang
lebih baru dan lebih teruk pada masa akan datang. Penyelesaian-
penyelesaian ekstrem ini didorong oleh pelbagai kumpulan
berkepentingan dan negara masing-masing.

Kaliberasi semula (Recalibrate)

Bahaya semasa kepada dunia kita bukan hanya perubahan iklim
tetapi juga penggunaan sumber semula jadi yang berlebihan dan
pencemaran. Oleh itu, tidak wajar dan lestari untuk membangunkan
penyelesaian ekstrem yang diukur dengan menggunakan pembaris
„pemanasan global‟ sahaja. Ia juga membingungkan bahawa para

6

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - PERKAM

pemimpin dunia juga secara membuta tuli menyokong tindakan
ekstrem ini untuk memaparkan agenda „hijau‟ mereka.

Oleh itu, aktiviti melobi dan ketidakmampuan untuk memahami
gambaran sebenar akan menyebabkan lebih banyak kerosakan kepada
ekosistem menjelang tahun 2040. Adakah dunia bersedia untuk
dikaliberasi semula jika ingin memulihkan ekosistem? Nuklear dilihat
sebagai teknologi mesra perubahan iklim. Pada bulan April tahun ini,
Jepun mengumumkan akan melepaskan 1.25 juta tan air sisa terawat
yang dicemari oleh Loji Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi ke Laut
Pasifik secara sepihak.

Malangnya, bahaya yang tidak diketahui daripada pendedahan
radioaktif terhadap kehidupan akuatik oleh sejumlah besar air sisa
ini menimbulkan keresahan dan bantahan. Sebilangan besar
penyelesaian ekstrem ini juga melibatkan perlombongan berskala
besar untuk memenuhi keperluan semua teknologi yang didakwa
mesra „perubahan iklim‟. Adakah aktiviti perlombongan memusnahkan
ekosistem atau melindungi ekosistem?

Perlombongan dasar laut untuk lithium, tembaga dan zink sudah
mula dirancang dan ini secara langsung akan mempengaruhi ekosistem
laut dan mata pencarian negara-negara yang mengambil hasil dari
laut. Oleh itu, arah tujuan PBB menuju ke arah penyelesaian
„pemanasan global‟ yang ekstrem bertentangan dengan tuntutan
mereka untuk memulihkan ekosistem. Adakah mereka menyedari
perkara ini?

7

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - PERKAM

Susun semula (Reorganise)
Perubahan guna tanah adalah masalah terbesar bagi ekosistem

semula jadi. Kawasan berpenduduk padat, industri intensif sumber
asli dan perladangan monokrop berskala besar adalah beberapa
komponen yang memusnahkan hutan dara. Perladangan monokrop
tidak begitu mesra perubahan iklim dan alam sekitar. Jenis tanaman
berbeza mempunyai tahap kesan kepada alam sekitar yang berbeza.
Kita perlu menghentikan penggondolan hutan dan mengoptimumkan
apa yang sudah kita miliki.
Pecahan populasi penduduk antara bandar dan luar bandar
menyebabkan ketidaksepadanan sumber dan pembaziran terhadap
pembangunan infrastruktur serta corak penggunaan dengan jurang
yang besar. Kita perlu mula memanfaatkan sisa kita sebagai sumber
kita. Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah
berulang kali mendorong kaedah Penilaian Kitaran Hayat (Life Cycle

8

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - PERKAM

Assessment) untuk mewujudkan gaya hidup yang lebih lestari dan
juga sektor ekonomi.

Ia dapat dilakukan tetapi penggubal dasar lebih memberikan
keutamaan kepada strategi game changer untuk melaungkan perkara-
perkara kecil dengan tidak melakukan bina negara dengan kaedah
yang lestari. Penggunaan sumber dan hasilnya secara cekap mesti
menjadi sebahagian daripada gaya hidup. Sebagai contoh, kejayaan
AWER mendorong pelabelan lima bintang mandatori dan Piawaian
Prestasi Tenaga Minimum (MEPS) untuk produk elektrik adalah
pencapaian yang hebat tetapi memerlukan penambahbaikan
berterusan agar tetap relevan.

Pembinaan, perobohan (demolition) dan sektor hartanah perlu
dikaji semula. Apa yang harus menjadi dasar pemerintah: untuk
segelintir orang memiliki terlalu banyak hartanah atau untuk semua
rakyat memiliki hartanah? Pembinaan juga menggunakan sumber dan
dalam beberapa kes, sisa perobohan sudah dikitar semula.

Sepuluh tahun yang lalu, terdapat rumah-rumah yang dibina di
Jepun yang dibuat daripada bahan kitar semula dan rumah-rumah ini
dapat dikitar semula lagi. Sekiranya dasar kita menetapkan langit
sebagai batas, bumi ini tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan
kita. Maka, lebih ramai pemimpin „Pak Pandir‟ seperti Donald Trump
akan muncul untuk melombong di ruang angkasa. Tanpa menyusun
semula dasar dan keutamaan kita, kita tidak akan berjaya menuju ke
masa depan yang lestari untuk semua.

Fikir semula untuk memulihkan (Rethink to restore)

Adakah kita bersedia mengikuti penyelesaian ekstrem yang akan
memusnahkan ekosistem? Mulakan dengan pendidikan. Berdasarkan
pengalaman kami, banyak kesan negatif daripada sumber yang boleh
diperbaharui tidak disebut dengan jelas dalam buku teks. Ada juga
seketika masa para pelajar dibasuh otak (brainwashed) dengan

9

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - PERKAM

templat “nuklear itu baik dan boleh dikawal” yang diterbitkan untuk
mempersiapkan rakyat Malaysia untuk menerima pembinaan loji
tenaga nuklear pertamanya. Pendidikan bersifat neutral dan semua
sifat positif dan negatif teknologi tertentu mesti dijelaskan dengan
terperinci agar generasi akan datang dapat membuat pilihannya
sebagai warganegara yang berpengetahuan dan bukannya secara buta
hati. Kegiatan perhubungan awam untuk menanam pokok telah
berjalan sekian lama. Kawasan tepi hutan yang tidak terganggu akan
berkembang sekiranya dibiarkan.

Oleh itu, perkenalkan semula spesies flora dan fauna asli
tempatan jika kita mahu memulihkan ekosistem. Tidak boleh ada
tindakan rawak dan membuta tuli. Ia harus diselaraskan supaya kita
dapat membantu alam semula jadi memulih secara berperingkat ke
arah yang betul. Taman-taman, kawasan-kawasan perumahan dan zon-
zon perniagaan kita juga harus memulakan agenda spesies asli
tempatan yang serupa. Memulihkan ekosistem memerlukan komponen
utama yang lain iaitu pembalikan pencemaran.

Tidak dapat dipertikaikan bahawa peningkatan kepadatan
penduduk dan kegiatan ekonomi akan meningkatkan pencemaran ke
persekitaran kita dan khususnya sungai kita. Piawaian pelepasan air
sisa semasa oleh Jabatan Alam Sekitar tidak akan dapat
mengurangkan masalah pencemaran air. Ini kerana daya tampung
sungai adalah terhad dan semakin berkurang pada musim panas.
Piawaian pelepasan air sisa berasaskan beban pencemaran mesti
dilaksanakan untuk memulakan pembalikan pencemaran.

Dalam jangka masa panjang, ini akan membantu memastikan
kawasan tadahan air di hulu dilindungi. Kaedah pembalikan
pencemaran ini juga akan mewujudkan tadahan air baru di tengah dan
hilir sungai sambil memastikan sokongan yang diperlukan untuk
memulihkan ekosistem kita. Penyelesaian lestari bukan untuk orang
kaya sahaja. Penyelesaian-penyelesaian ini mesti menyokong
keupayaan dan kemampuan orang tempatan untuk setiap negara.

10

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - PERKAM

 Kami berharap agensi-agensi kerajaan Malaysia menetapkan dasar
yang jelas untuk mendorong anjakan paradigma kelestarian kerana
kami melihat dasar-dasar PBB yang bertentangan berdasarkan
penyelesaian ekstrem akan menyebabkan lebih banyak ancaman
kepada alam sekitar kita dan meninggalkan masalah yang lebih besar
kepada generasi akan datang. Oleh itu, adalah tanggungjawab kita
untuk memastikan kita tidak tertipu dengan keputusan yang dilobi
dan buta hati. Banyak program atau aktiviti yang boleh dilakukan bagi
meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan dan
pemuliharaan alam sekitar. Antaranya ialah program majlis ilmu alam
sekitar tanggungjawab bersama Renjer Alam Sekitar menerusi e-
Anyplip, program penanaman pokok bunga raya dan pertandingan
poster sempena hari alam sekitar sedunia.

Disusun semula oleh,

Sariman Husin

SARIMAN BIN HAJI HUSIN
AJK PERKAM KEBANGSAAN

11

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - PERKAM
12

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - PERKAM

DIKEHENINGAN PAGI 5 JUN 2022

Oleh: Sariman bin Haji Husin „Iman332‟

Dikeheningan pagi itu,
Aku termenung seketika
kurenungkan tarikh keramat
5 Jun 2022
Hari Alam Sekitar Sedunia 2022
fajar hanya sedetik sejengkal membuka tirainya
kurenungi seketika di luar jendela
melihat keindahan waktu pagi
sambil meghirup udara lembab yang menyegarkan
aku masih duduk termangu sendirian
terasa segar dan nyaman
hembusan lembut bayu pagi di Kampung Sagil Parit-3
kicauan burung bebas berterbangan
bunyinya riang rianya memecah kesunyian pagi...
jauh bezanya jika dibandingkan dengan kotaraya

ada ketikanya akan ada kejutan
satu kampung dikejutkan
bunyi mercun menghalau kumpulan kera kelaparan
rombongan kera terus mencari makanan
akibat kelaparan
mereka bergitu pun akibat kita juga
akibat tindakan manusia
menceroboh habitat mereka...
di saat itu
baru ku sedari akan keindahan alam sekitar
kurniaan yang maha kuasa
hebatnya tahap nirvana khazanah alam ciptaan illahi
jangan dibiarkan khazanah ini rosak binasa
akibat ketamakan manusia pada hari ini....

ironinya...

13

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - PERKAM

ada ketikanya kita terlalu leka mengejar pembangunan
ada ketikanya ada insan terlalu rakus mengejar permodenan
ada ketikanya kita lupa dan alpa
pencemaran air menghapuskan kehidupan akuatik
pencemaran udara meragut kesegaran oksigen
pencemaran tanah menyebabkan hakisan
pencemaran saliran menyebabkan banjir kilat
ianya membawa kepada tragedi
bencana kepada semua manusia
akibatnya 1001 masalah terpaksa kita hadapi
akibat tangan kita sendiri yang lupa diri

kita tidak sedar
bumi sedang sarat ketika ini
bumi sedang sakit ketika ini
bumi dirobek tanpa belas kasihan
ekosistem diganggu tanpa sempadan
kepada siapa yang harus dipersalahkan
ketika berlakunya bencana alam...
pencemaran sungai....
masalah suhu dan pemanasan global,
akibat penipisan global yang menyeluruh
akibat ketamakan manusia

bangkitlah wahai teman,
bangunlah wahai sahabatku,
sedarlah wahai kawan-kawanku,
jom kita bangkit bersama
jom kita berganding bahu
jom kita mulakannya
bumi ini hanya dipinjamkan kepada kita
untuk generasi pada masa depan

Nukilan : Sariman bin Haji Husin (Pengetua BiGSS) – 5 Jun 2022

14


Click to View FlipBook Version