The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sariman33, 2023-03-22 05:02:21

Puasa Ramadhan 2023

Puasa Ramadhan 2023

Puasa Ramadhan: Pengenalan dan Panduan Lengkap Bagaimanakah untuk melakukan puasa di bulan ramadhan berserta niat-nya? Artikel ini akan menghuraikan secara lengkap berkenaan puasa ramadhan, niatnya, kelebihan dan amalan sunat ketika berpuasa. Isi Kandungan 1. Pengenalan 2. Pengertian Ramadhan dan Puasa 3. Jenis Puasa 4. Dalil Puasa Fardhu Ramadhan 5. Rukun, Syarat Wajib dan Syarat Sah Puasa 6. Mengenai niat puasa • Lafaz Niat Puasa Ramadhan • Lafaz Niat Puasa Sebulan 7. Golongan yang dibolehkan tidak berpuasa 8. Perkara yang mempengaruhi puasa 9. Amalan Sunat Ketika Berpuasa


Selayang Pandang Untaian Kasih SARIMAN BIN HAJI HUSIN Pengetua STRILA Assalamualaikum........Salam Malaysia MADANI, Salam Muafakat Johor. Salam PPD Tangkak PERKASA dan Salam STRILA SMART & BEST (SS&B). Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia dariNya, Buku Lestari STRILA yang berjudul “Panduan Puasa Ramadhan” dapat diterbitkan dengan jayanya oleh Pengetua dan juga Kelab PPDa serta Panitia Pendidikan Islam STRILA. Buku Lestari STRILA pada kali ini bertemakan “Panduan Puasa Ramadhan’ yang memberikan fokus kepadan panduan khusus untuk melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kitaran PDCA iaitu Plan, Do Check and Action perlu dilaksanakan sebaik mungkin agar segala yang dirancangkan dan dilaporkan oleh warga STRILA dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan menitikberatkan nilai tanggungjawab terhadap bagaimana untuk melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini secara menyeluruh. Perkara yang paling utama ialah keberkesanan untuk ibadah puasa yang memberikan impak yang maksimum terhadap hubungan dengan Allah swt. Sama-samalah kita menyahut seruan bahawa “Jom kita berpuasa dan beramal ibadah di bulan Ramadhan” yang mulia ini.. Semoga penerbitan Buku Lestari STRILA pada kali ini dapat memberikan manafaat kepada semua warga pendidik dan semua anak-anak didik STRILA secara khususnya dan di seluruh dunia secara umumnya.


PENGENALAN Ibadah puasa di bulan Ramadan merupakan tuntutan fardu ‘ain yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim yang mukalaf. Ibadah puasa di bulan Ramadan ini telah disyariatkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat Islam sejak bulan Ramadan tahun ke-2 Hijrah. [1] Ibadah puasa yang fardu ini telah diperintahkan khusus oleh Allah SWT dan bulan Ramadan telah ditetapkan sebagai bulan khas untuk dilaksanakannya. Oleh itu, seorang Muslim perlulah berusaha memahami aspek asas berkaitan fiqahnya bagi memastikan ibadah ini menjadi ibadah yang sempurna seterusnya mengharapkan penerimaan oleh Allah SWT. PENGERTIAN RAMADHAN DAN PUASA Ramadan ialah bulan yang kesembilan daripada beberapa bulan yang terdapat dalam pengiraan kalendar Hijrah. Perkataan Ramadan (رمضان (itu sendiri bermaksud panas yang sangat terik. Hal ini kerana kebiasaan cuaca di Tanah Arab pada bulan Ramadan adalah berkeadaan sangat panas, kering, dan terik. Maka ibadah puasa dalam bulan ini diibaratkan seperti membakar dosa-dosa orang yang berpuasa. Bukan sahaja pensyariatan puasa yang menjadi keistimewaan utama dalam bulan ini, malah terdapat banyak peristiwa besar yang lain turut berlaku semasa Ramadan. Ini membuktikan betapa besarnya nilai bulan ini yang juga disebut sebagai penghulu segala bulan kepada kehidupan Muslim. Antara beberapa peristiwa tersebut; [2] • Kemenangan umat Islam dalam Perang Badar tahun ke-2 Hijrah. Jumlah tentera Islam ketika itu hanya 313 orang dan berjaya menentang tentera musuh yang jauh lebih ramai melebihi 900 orang. • Peristiwa meruntuhkan semua berhala di Kaabah dan sekitar Kota Makkah pada tahun ke-7 Hijrah. • Pembukaan Kota Makkah pada tahun ke-8 Hijrah kesan daripada pencabulan Perjanjian Hudaibiyah yang dimeterai antara Rasulullah SAW dengan kaum Quraisy pada tahun ke-6 Hijrah.


• Tariq bin Ziyad berjaya kuasai Kota Andalusia pada tahun 91 Hijrah yang menjadi pencetus kepada bertapaknya Islam di Eropah. • Pembukaan Ammuriah yang berlaku pada tahun 223 Hijrah. • Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib pada tahun 584 Hijrah yang memberikan mereka berjaya menguasai semula Benteng Shafad. • Pembukaan Bosnia Herzegovina pada tahun 791 Hijrah. Menyelusuri jalan peristiwa besar yang berlaku ini, maka tidak hairanlah sekiranya golongan Salaf terdahulu sangat menanti kedatangan Ramadan dengan penuh semangat dan akan menangisi pemergiannya. Ramadan mempunyai satu nilai yang cukup mendalam kepada kekuatan jiwa mereka, mereka menjalani Ramadan sebagai sebuah madrasah jihad yang bukan sahaja menentang hawa nafsu malah sebagai tempat untuk mencari dan menagih pertolongan daripada Allah SWT. Manakala menyentuh pengertian puasa pula, ia disebut sebagai ash-shiyam (الصيام (ataupun ash-shaum (الصوم (dalam bahasa Arab. Secara pengertian bahasa, puasa boleh dimaksudkan dengan erti menahan diri. Manakala dari segi istilah syarak, puasa membawa pengertian menahan diri daripada makan, minum, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. JENIS PUASA DALAM ISLAM Puasa dapat dikelaskan kepada dua jenis, iaitu puasa yang diperintahkan oleh syarak dan puasa yang dilarang oleh syarak. PUASA DIPERINTAHKAN SYARAK Puasa wajib (fardu): 1. Diwajibkan oleh Allah: Puasa bulan Ramadan 2. Diwajibkan oleh Hamba: Puasa nazar, Puasa Kafarah, Puasa Qada Puasa sunat:


1. Sunat mutlaq: Puasa yang tiada pengkhususan waktu oleh dalil 2. Sunat muqayyad: Puasa yang ada pengkhususan waktu oleh dalil, seperti Puasa enam hari Syawal, Puasa Isnin dan Khamis, Puasa hari ‘Arafah, Puasa hari Tasu’a, Puasa Ayyamul Bidh (Puasa hari putih), dan Puasa ‘Asyura PUASA DILARANG SYARAK Puasa haram: Puasa pada hari raya ‘Aidilfitri dan ‘Aidiladha, dan Puasa pada hari Syak (hari ke-30 bulan Syaaban) Puasa makruh: Puasa hari ‘Arafah bagi mereka yang mengerjakan haji DALIL PUASA FARDHU RAMADHAN Perintah anjuran berpuasa di bulan Ramadan sebagai satu daripada ibadah yang fardu adalah merupakan perintah yang wajib bagi setiap Muslim. Dalil-dalil tentang kewajipan puasa fardu Ramadan adalah; Firman Allah SWT: ُّ َها يَا ي أ ِذي َن َ َّ ْي ُكُم ال آ َمنُوا ُكتِ َب عََ ال ِِّصيَا َكَما ُكتِ َب ى ُم لَ َعل ِذي َن َ َّ ْبِل ُكْم ال ِم ْن ُكْم َ َّ ق لَعَل َّقُو َن تَت “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [3] Hadis Rasulullah SAW,


ِن َع ِن ُع رضى هللا عنهما ا َل َم َر ا ْب ق ا َل َ َي ق َر ُسو ُل ََّللاِ صلى هللا عليه وسلم ” َ بُنِ ُم ا ى ِإل ْسالَ َش َها َدِة ْن َخ : ْم َعل س َ َ أ لَ هَ َ َّ إِل إِل ن ََّللاُ َّ َر ُسو ُل ََّللاِ، اِم َ م ًدا َّ ُم َح َوأ َوإِقَ ز َكا ِة، ِّ، ِة، َوإِيتَا ِء ال َّ صالَ ال َّ َحجِ ” َر َم َضا َن َوال َو َصْوِم ْ “Daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Islam dibangun atas lima (perkara), Syahadah La ilaha illallah dan Muhammad Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, haji, dan puasa Ramadan.” [4] Hadis daripada Talha bin ‘Ubaidillah RA, yang menceritakan bahawa ada seorang Arab Badwi yang berambut kusut datang bertemu dengan Rasulullah SAW lalu bertanya tentang puasa kepada baginda, sebagaimana berikut; قَا َل “ ِ ف ْرنِي َ ْخب َر أ َما َض َ ََّللاُ فَ ى َّ ال ِِّصيَاِم ا َل َعل ِم َن َ قَ َّ ْن َ ف “ َش ْه َر َر َم َضا َن، إِل َ أ و َع ط َّ َّ تَ َشْيئًا “ “Maklumkan kepadaku mengenai puasa apa yang Allah wajibkan kepadaku, Baginda SAW bersabda, puasa sebulan Ramadan, melainkan jika engkau ingin berpuasa lebih sebagai puasa sunat.” [5]


RUKUN, SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH PUASA Rukun Puasa 1. Niat 2. Menahan diri daripada makan dan minum, dan daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar (fajar shodiq) hingga terbenamnya matahari. SYARAT WAJIB PUASA 1. Islam Ibadah puasa hanya disyariatkan bagi umat Islam sahaja, adapun apabila seseorang kafir masuk Islam pada bulan Ramadan, maka dia wajib melaksanakan puasa Ramadan. 2. Baligh Anak kecil yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, namun adalah sangat digalakkan untuk mengajari mereka berpuasa dari kecil kerana ini bertepatan dengan anjuran dalam sebuah hadis Rasulullah SAW. 3. Berakal Orang gila tidak diwajibkan berpuasa bahkan tidak wajib menggantikan puasanya ketika dia masih gila. 4. Bermukim Orang yang sedang dalam safar tidak wajib berpuasa malah mereka diberikan pilihan sama ada untuk terus berpuasa ataupun tidak semasa safar. Jika memilih tidak berpuasa, mereka wajib menggantikan bagi hari puasa yang ditinggalkan tersebut. 5. Suci daripada haid dan nifas


Wanita dalam keadaan tidak suci kerana haid atau nifas tidak wajib berpuasa, tetapi mereka wajib menggantikan hari yang ditinggalkan tersebut. 6. Mampu berpuasa Islam tidak membebankan umatnya yang uzur. Puasa tidak wajib bagi orang yang sakit dan tidak mampu berpuasa, namun mereka wajib menggantikan semula sebanyak hari yang mereka tinggalkan itu. SYARAT SAH PUASA 1. Islam 2. Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk) 3. Suci daripada haid, nifas, dan wiladah 4. Berpuasa pada waktunya MENGENAI NIAT PUASA Niat menjadi pembeza antara berpuasa dengan menahan diri daripada makan dan minum kerana diet. Niat puasa merupakan antara rukun kepada kesempurnaan puasa Ramadan dan juga puasa sunat. Setiap Muslim yang ingin menyempurnakan ibadah puasa baik fardu mahupun sunat adalah wajib berniat untuk berpuasa. Imam an-Nawawi RH menyatakan bahawa; “Tidak sah puasa seseorang kecuali dengan niat. Niat itu letaknya di dalam hati, tidak disyaratkan untuk diucapkan dan pendapat ini tidak terdapat perselisihan dalam kalangan para ulama.” [6] Pendapat ‘ulama mazhab as-Syafi’i yang lain dalam hal ini, antaranya; “Pertama niat, iaitu rasa ingin berpuasa, tempat niat adalah di hati, tidak cukup dengan lisan dan tidak disyaratkan melafazkan niat. Dalil wajib niat sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya tiap amalan itu bergantung pada niat. Hadis riwayat al-Bukhari (1) dan Muslim (1907).” [7]


Daripada penerangan ini, niat puasa tidak terikat pada lafaz tertentu, sebaliknya cukup terlintas di dalam hati untuk berpuasa pada keesokkan harinya dan itu sudah memadai dianggap sebagai berniat puasa. Malah ada pendapat ulama juga yang mengatakan apabila seseorang bangun untuk bersahur, maka itu sudah cukup dikira sebagai berniat kerana seseorang tidak akan bangun bersahur melainkan ada rasa untuk berpuasa. Walaupun begitu, tidak menjadi kesalahan bahkan sangat baik sekiranya kita dapat melafazkan niat puasa yang sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat. LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN Antara contoh lafaz niat puasa yang boleh digunakan adalah seperti; َو ْي ُت ْر َع ْن اَ َدا ِء ِض َغ َصْو َم د نَ ِة ِِ ِلل تَعَالَى َ ف َش ْهِر َر َم َضا َن َهِذِه ال َّسنَ Nawaitu shauma ghadin ‘an ada ‘i, fardhi syahri Ramadana hazihis sanati Lillahi Ta’ala Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala.” Perbincangan Seputar Niat Puasa Adalah sangat dianjurkan untuk berniat puasa yang wajib pada waktu malam hari bagi puasa yang ingin dilakukan pada keesokannya. Hal ini sebagaimana disebut dalam sebuah hadis daripada Saidatina Hafsah Ummul Mukminin RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda; َم ْم ْن ِ ل ِّ ِت َ ال ِِّصيَا ْب َل َم يُبَي ْجِر الَ َ لفَ ق اْ َم َ ف ِصيَا “Siapa yang tidak berniat puasa pada waktu malam sebelum fajar maka tiada puasa baginya.” [8] Ibn ‘Umar, Jabir bin Yazid daripada kalangan sahabat, al-Nashir, alMuayyid Billah, Imam Malik, al-Laits, dan Ibn Abi Dzaib, mereka mewajibkan niat


puasa dilakukan pada malam hari tanpa membezakan sama ada untuk puasa Ramadhan ataupun sunat. Manakala Imam as-Syafi’i, Imam Ahmad bin Hanbal semisalnya mengharuskan niat pada malam hari khusus hanya untuk puasa Ramadhan dan tidak untuk puasa sunat. Bagi puasa sunat, seseorang boleh sahaja berniat pada waktu malam atau siang selagi mana dia tidak makan dan minum. Keadaan ini ada contohnya daripada Rasulullah SAW, dalam sebuah hadis diriwayatkan daripada Saidatina ‘A’isyah Ummul Mukminin RA; َع ْن ِِّم َعائِ َشةَ ُم أ ْؤ ِم ُ ال نِي َن، – رضى هللا عنها – ْت ْ الَ ق ا َل َ ق ِلي َر ُسو ُل ََّللاِ صلى هللا َ ل ُت يَا َر ُسو َل ََّللاِ َما قُْ ْت فَ الَ َه ْل ِعْن َد ُكْم َش ْى ء “ . قَ ا َت يَ ْو م “ يَا َعائِ َشةُ عليه وسلم ذَ َش . ا َل ْى ِع ء ْن َدنَا ِّي َ ق “ ِإنِ ْت َ ف َصائِ م “ . الَ ق َخ َر َج َ ف َر ُسو ُل ََّللاِ صلى هللا عليه َ ْهِديَ ْت لَنَا ُ أ َّة – وسلم فَ ْو َهِدي َ ْت ْو ر أ َجا َءنَا َز – الَ َ ما َّ ق – لَ ف َر َج َع َر ُسو ُل ََّللاِ صلى َ ْد ْو َجا َءنَا َز ْو ر – َوقَ َ َّة – أ ْهِديَ ْت لَنَا َهِدي ُ ل ُت يَا َر ُسو َل ََّللاِ أ هللا عليه وسلم قُْ ُت ْ َك ئًا َشْي . ا َل َخبَأ لَ ل ُت َ ق “ َما ُه َو “ . ْ ق َحْي س . ا َل ُ ِج ق “ َهاتِي ِه “ . ئْ ُت َ ب َك َل ِ ف ِه َ َ أ م َ َّ ف ثُ ا َل ق “ ْد َ ق ُكْن ُت ْصبَ ْح ُت َ َ َصائِ ًم “ . ا َل أ ا قَ َحةُ ُت َطلْ دثْ َّ َح َ ف ُم َجا ِه ًدا ا ب َحِدي ِث ِ َهذَ ال ا َل ْ قَ فَ ا َك ْخِر ُج َ ر ُج ِل يُ ِة ال َّ ِ َم ْنِزلَ ذ ب صَدق ِم ْن َماِل ِه ِإ ْن َةَ ال َّ َ ف َشا َء ْم َضا َها َ ْن َشا َء ْم َس َك َها أ َوإِ َ . أ “Daripada ‘A’isyah Ummul Mukminin RA katanya, pada suatu hari Rasulullah SAW bertanya, “Wahai ‘A’isyah, adakah kamu mempunyai makanan?” Lalu saya menjawab, “Wahai Rasulullah, kita tidak mempunyai apa-apa.” Nabi berkata, “Jika begitu, saya berpuasa.” Lalu Baginda SAW keluar dan kami diberikan hadiah atau dikunjungi orang yang datang menziarah. Apabila Rasulullah SAW pulang, saya berkata, “Wahai Rasulullah, kami diberikan hadiah atau dikunjungi orang dan saya telah simpan sedikit makanan untukmu.” Baginda bertanya, “Apa dia?” Aku menjawab, “Hais (kurma diuli dengan tepung dan minyak sapi).” Nabi bersabda, “Bawa ke mari.” Lalu Baginda makan kemudian Baginda berkata, “Sebenarnya pagi tadi saya berpuasa.” Talhah berkata, “Saya menyampaikan hadis ini kepada Mujahid lalu beliau berkata: Perkara ini seperti orang yang mengeluarkan duit untuk sedekah, jika dia ingin dia teruskan, jika tidak dia tahan.” [9]


Jika seseorang terlupa berniat puasa yang wajib di malam hari, maka dia harus segera melaksanakan niatnya apabila kembali ingat. Niat puasa yang wajib harus dilakukan pada setiap malam bulan Ramadhan dan ini adalah pendapat Imam as-Syafi’i. Manakala Imam Malik dan Imam Ahmad pula berpendapat puasa tetap juga sah sekiranya seseorang ingin berniat puasa untuk sebulan Ramadhan sekaligus. LAFAZ NIAT PUASA SEBULAN Bagi mereka yang ingin berniat untuk sebulan Ramadan, antara contoh lafaz niat yang boleh diguna pakai adalah seperti; َو ْي ُت َصْو لى َم نَ ل ِه َِّلِلِ تَعَاَ ِّ شََ ْهِر َر َم َضا َن ُكِ Nawaitu shauma syahri Ramadana kullihi Lillahi Ta’ala Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan kerana Allah Ta’ala.” GOLONGAN YANG DIBOLEHKAN TIDAK BERPUASA Islam tidak membebankan umatnya yang tidak mampu untuk menunaikan puasa sebulan Ramadan kerana mereka boleh dikecualikan daripada berpuasa. Allah SWT memberikan keringanan (rukhsah) kepada mereka dan sebagai bukti Allah yang bersifat Maha Penyayang lagi Maha Pengasih terhadap sekalian hamba-Nya. Golongan yang mendapat pengecualian untuk tidak berpuasa boleh dibahagikan kepada dua bahagian, seperti mana berikut; PERTAMA: Dikecualikan tapi wajib ganti semula apabila tiada halangan 1. Orang yang sakit yang ada harapan sembuh


2. Musafir Firman Allah SWT, َمن ْو َ مِريضاً َّ ف َكا َن ِمن ُكم أ ى َ ر َعلَ َسفَ دة َّ ِع َّا م َ ف ِِّم ْن ي َ َخ َر أ ُ أ “Maka siapa di antara kamu yang sakit, atau dalam safar, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.” [10] KEDUA: Dikecualikan dan tidak perlu ganti semula apabila tiada halangan, tetapi perlu bayar fidyah 1. Lelaki/Wanita tua yang tidak mampu berpuasa 2. Orang sakit yang tiada lagi harapan sembuh 3. Wanita hamil 4. Wanita yang menyusukan anak Firman Allah SWT, ِذي َن َو َعلَى ال يُ ِطيقُونَهُ َّ ُم ِم ْسِكي ن فِ ْديَة َطعَا “Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” [11] PERKARA YANG MEMPENGARUHI PUASA Semasa menunaikan ibadah puasa, beberapa tindakan yang bermain dalam kehidupan seharian perlu diambil perhatian kerana tanpa sedar ia mampu menjejaskan puasa yang ditunaikan. Secara umumnya, perkara-perkara tersebut dapat dikategorikan kepada tiga keadaan yang utama, iaitu perkara yang membatalkan puasa, perkara yang makruh ketika berpuasa, dan perkara yang diharuskan semasa berpuasa (mubah).


Perincian terhadap perkara tersebut dapat dirumuskan seperti berikut;


AMALAN SUNNAH PUASA RAMADHAN Untuk memastikan pelaksanaan ibadah puasa dapat dilakukan dengan lebih cemerlang, seorang Muslim seharusnya memahami beberapa amalan yang bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW ketika berpuasa. Beberapa amalan sunnah yang boleh dilaksanakan semasa mengerjakan ibadah puasa, antaranya; a) Bersahur sebelum masuk waktu fajar 1. Sahur merupakan satu amalan yang sangat dituntut oleh sunnah bagi mereka yang ingin berpuasa. Seseorang Muslim dituntut untuk berusaha bangun bersahur walaupun dengan seteguk air kerana keberkatan yang ada pada sahur sangat besar. 2. Sahur dianjurkan untuk dilewatkan sehingga ke penghujung waktu sahur sebelum masuknya waktu fajar. b) Berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan pahala 1. Mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan pahala akan diampunkan dosa yang lalu. 2. Di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama al-Rayyan, dikhususkan bagi mereka yang berpuasa untuk memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. c) Mempertingkatkan amalan kebajikan 1. Memperbanyak bacaan al-Quran di siang dan malam hari bulan Ramadhan, sama ada membaca secara bersendirian ataupun bertadarus beramai-ramai. 2. Menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa. 3. Melakukan umrah di bulan Ramadhan, pahala seperti melaksanakan haji. d) Memperbanyakkan doa ketika berpuasa 1. Tiga doa yang mustajab tanpa syak, antaranya doa orang yang berpuasa. e) Menyegerakan berbuka puasa apabila masuk waktu


1. Seorang manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka puasa. f) Mulakan berbuka puasa dengan ruthob (kurma muda), jika tiada maka dengan tamar (kurma tua), jika tiada maka dengan air 1. Menjadi kebiasaan Rasulullah SAW memulakan berbuka puasa dengan ruthob sebelum solat, tetapi jika tiada ruthob maka berbuka dengan tamar. Jika tiada tamar, maka Baginda berbuka dengan beberapa teguk air. g) Membaca doa berbuka puasa 1. Boleh membaca apapun doa yang membawa maksud berbuka puasa, namun doa berbuka puasa yang warid daripada Rasulullah SAW seperti mana yang diceritakan oleh Marwan ibn Salim al-Muqaffa’, bahawa Ibnu ‘Umar menyebut kebiasaan Rasulullah SAW apabila berbuka puasa, Baginda akan berkata; َه َب ذَ ُ ظ َمأ َّ ال ِت َّ َوا ْبتَل عُ ُرو ُق ال بَ َت ْ ْن َشا َء َوث ْج ُر َ إِ األَ ََّللاُ Zahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insya Allah Maksudnya: “Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat, dan telah tetap pahala dengan izin Allah” [12] h) Mempertingkatkan ibadah pada 10 malam terakhir bulan Ramadan 1. Pada sepuluh malam terakhir Ramadan dijangkakan berlakunya satu malam yang cukup istimewa dan lebih baik daripada seribu bulan, iaitu Malam al-Qadar. Terlalu banyak berkat dan rahmat daripada Allah SWT bagi sesiapa yang berjaya menghidupkan malam ini. 2. Menjadi kebiasaan Rasulullah SAW apabila masuk sahaja sepuluh hari terakhir Ramadhan, Baginda akan bersungguh-sungguh menghidupkan malamnya. i) Beriktikaf di masjid


1. Melakukan iktikaf, iaitu duduk dalam masjid dengan niat untuk bermunajat kepada Allah SWT. Mereka yang kekal berada dalam keadaan berwuduk dan di tempat solatnya maka berpeluang mendapat keberkatan doa daripada para malaikat. j) Mengeluarkan zakat fitrah 1. Zakat fitrah adalah fardu kepada semua orang Islam dan wajib ditunaikan dalam bulan Ramadan. Zakat fitrah boleh dibayar pada bila-bila masa sepanjang bulan Ramadhan atau sebelum menunaikan Solat Sunat ‘Aidilfitri. PENUTUP Puasa bukan sahaja terhad kepada sebuah anjuran ibadah dalam agama, malah perintah puasa itu sendiri membawa erti yang signifikan ke arah mendidik seseorang insan menjadi seorang Muslim yang produktif. Islam mengajar umatnya secara menyeluruh daripada satu perintah ibadah sehingga ia merangkum pelbagai nilai-nilai baik yang menyentuh norma kehidupan manusia. Lihatlah bagaimana puasa dapat mendidik seorang hamba untuk mengawal hawa nafsunya dan berusaha memberikan ketaatan kepada tiap perintah Tuhan, sedang ganjaran yang cukup besar pula menanti mereka yang berjaya melaksanakannya. Melalui puasa juga seseorang akan belajar tentang erti sabar, bersyukur dengan nikmat, dan mendidik semua insan bersama merasai bagaimana keperitan si fakir miskin seterusnya bersama meringankan beban mereka melalui sumbangan zakat. Tidak hairanlah jika Ramadan selalu disebut sebagai sebuah madrasah, madrasah yang akan menyucikan kembali jiwa dan roh mengenal hakikat sebagai hamba. Hamba yang wajib tunduk dan patuh semata-mata hanya kepada Allah SWT. Puasa seorang hamba adalah untuk Allah SWT. Oleh itu, hadis daripada Abu Hurairah RA ini wajar direnung sedalam-dalamnya, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda;


ِن آ َدَم يُ َضا َع ُف “ ُك ُّل َع َم ِل ا ْب َح َسنَةُ ُر الْ َع ْش اِل َها ْمثَ أ ى َ إِل َسْبِعِمائَ ِة ِض ْع ف ا َل َ ََّللاُ قَ َّل ز َج َّ َو َع َّ هُ إِل َّ صْو َم ِإن ال َّ َ ف ِلي نَا َوأ ْجِزي َ أ ِه َ ِ ِم ْجِلي ْن َو َط ب يَ َد ُع َش ْه َوتَهُ عَا َمهُ َ أ صائِِم ِن ِلل َّ ْر َحتَا فَ ْر َحة ْط ف ِعْن َد ِر ِه َ فِ ْر َحة ِّ ِه ِع ا ِء ْن َد َوفَ َرب . و ُف ِ ِلقَ ِعْن أ َد َ ْط َول فِي ِه يَ ُب َ ُخلُ ِم ْن ََّللاِ ِم ْس ِك ِريحِ ال “ ْ “Setiap amalan baik anak Adam pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah ‘Azza wa Jalla berkata: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Akulah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya. Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wanigan kasturi.” [13] JENIS PUASA YANG LAIN Puasa Ramadhan Puasa Nazar Puasa Enam Puasa Bulan Rejab Puasa Hari Asyura Puasa Hari Putih Puasa Hari Arafah Puasa Ganti


RUJUKAN [1] Imam asy-Syaukani dalam Nailul Authar, Kitab puasa, 245. [2] Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Ramadhan al-Mubarak Fadhilat dan Hukum Semasa, 26-32. [3] Surah al-Baqarah, ayat 183. [4] Hadis riwayat Imam al-Bukhari. Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Du’aa ukum Imaanukum, hadis no 8. [5] Hadis riwayat Imam al-Bukhari. Sahih al-Bukhari, Kitab Puasa, Bab Puasa diwajibkan dalam Ramadan, hadis no. 1891. [6] Imam an-Nawawi dalam Raudhah al-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin, 1/268. [7] Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha, Ali al-Syarbaji dalam Fiqh alManhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, 1/340. [8] Hadis riwayat Imam an-Nasa’i. Sunan an-Nasa’i, Kitab Puasa, Bab Zikri Ikhtilaf al-Naaqilin li Khabar Hafsah fi zalik, hadis no. 2331. Hadis ini sahih menurut Syeikh al-Albani RH. [9] Hadis riwayat Imam Muslim. Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab Dibolehkan melakukan puasa sunat dengan niat di siang hari sebelum tergelincir matahari dan dibenarkan untuk berbuka puasa sunat tanpa sebab walaupun lebih baik baginya untuk meneruskannya, hadis no. 1154. [10] [11] Surah al-Baqarah, ayat 184. [12] Hadis riwayat Imam Abu Daud. Sunan Abu Daud, Kitab Puasa, Bab Ucapan pada waktu berbuka puasa, hadis no. 2357. [13] Hadis riwayat Imam Muslim. Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab Fadilat Puasa, hadis no. 1151.


Click to View FlipBook Version