0|Sariman bin Haji Husin (Pengetua SMK Bukit Gmbir., Tangkak , Johor)
GOOGLE MEET
23HB MAY 2022
8 MALAM
LINK:
MEET.GOOGLE.COM/XVO-BDZU-KQM
GOOGLE (HTTP://MEET.GOOGLE.COM/XVO-BDZU-KQM)
REAL-TIME MEETINGS BY GOOGLE. USING YOUR BROWSER, SHARE YOUR
VIDEO, DESKTOP, AND PRESENTATIONS WITH TEAMMATES
1|Sariman bin Haji Husin (Pengetua SMK Bukit Gmbir., Tangkak , Johor)
Burung pipit burung kedidi
Hingap di pokok di tepi sawah
Jika hidup tidak berbudi
Ibarat pokok tidak berbuah.
Terima kasih saudari pengacara majlis. Yang berbahagia Profesof Dr Er Ts
Santasekaran Sumbramaniam (Pengasas dan Presiden Pertubuhan Konservasi
Alam Malaysia (PERKAM) selaku Renjer Konservasi Alam Malaysia.
Yang Berusaha Ts Mohammad bin Abdullah (Pensyarah UiTM Pasir Gudang,
Johor). Yang dihormati Cikgu Rassidi bin Abdullah (Gur Bimbingan Kaunseling
Sekolah Menengah), Rakan-rakan Aktivis Alam Malaysia, Rakan-rakan ahli
PERKAM dan sidang hadiri yang mengikuti program ini secara google meet.
Pengenalan Biodiversiti. United Nation Earth Summit pada tahun 1992 telah
mendefinisikan Kepelbagaian biologi atau “biodiversiti" sebagai " kepelbagaian
antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan
2|Sariman bin Haji Husin (Pengetua SMK Bukit Gmbir., Tangkak , Johor)
lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang
kompleks termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan
ekosistemnya.
Lihat sahaja pada di sekeliling kita. Kita mempunyai pelbagai jenis tumbuhan
berbunga, pakis, pokok yang gah, serangga, burung, ikan dan haiwan serta habitat
mereka yang unik seperti paya bakau, sungai, tanah tinggi dan kawasan pantai. Air
yang kita minum, udara yang kita hirup dan pakaian yang kita pakai, semuanya
datang daripada alam semula jadi serta daripada proses yang kompleks serta
perkhidmatan daripada alam semula jadi yang membantu mengekalkan kehidupan di
bumi. Semua kehidupan di bumi termasuklah manusia dan perkhidmatan ekosistem
membentuk jaringan kehidupan yang bersepadu. Inilah yang dimaksudkan sebagai
konsep biodiversiti. Sehingga kini, kira-kira 1.75 juta spesies telah dikenal pasti.
Saintis pula berpendapat bahawa terdapat kira-kira 13 juta spesies, walaupun ia
dianggarkan berjumlah di antara 3-100 juta.
Kemandirian Manusia Sejagat
3|Sariman bin Haji Husin (Pengetua SMK Bukit Gmbir., Tangkak , Johor)
Biodiversiti memberikan kita udara yang bersih, air, makanan, pakaian, ubat dan
semua keperluan utama kita untuk hidup.
Faedah Ekosistem dan Perkhidmatan
Biodiversiti mengawal interaksi ekosistem dan proses biologi lain yang kompleks
termasuklah kitaran nutrien, pendebungaan, pembentukan dan perlindungan tanah,
kawalan banjir dan kawalan iklim.
Riadah dan Nilai Kebudayaan
Biodiversiti menyediakan nilai estetik, pendidikan, rekreasi, keagamaan dan
kebudayaan. Biodiversity juga memainkan peranan penting dalam pembentukan
kepelbagaian budaya bagi banyak komuniti.
Menyokong Kehidupan
Biodiversiti menyokong kehidupan di bumi ini pada masa ini dan pada masa
hadapan dengan membenarkan organisma hidup untuk menyesuaikan diri dan
berkembang mengikut perubahan keadaan alam sekitar.
4|Sariman bin Haji Husin (Pengetua SMK Bukit Gmbir., Tangkak , Johor)
Jawatankuasa
BBP
Akta Taman Negara 1980
National Biodiversity Council (Majlis Biodiversiti Negara - MBN)
Biodiversity Technical Committee of the National Biotechnology
Genetic Modification Advisory Committee
Biosafety Regulations Advisory Committee
Core Group ABS
Main Committee Wetlands Management
National Parks Advisory Council
Technical Steering Committee and the Ramsar Convention
National Committee of CITES
Dasar & Perundangan
DASAR
5|Sariman bin Haji Husin (Pengetua SMK Bukit Gmbir., Tangkak , Johor)
Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016 - 2025 / National Policy on
Biological Diversity (NPBD 2016 - 2025)
Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 1998 – National Policy on Biological
Diversity (NPBD 1998)
PERUNDANGAN
Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah (2017)
Peraturan-peraturan Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah
2020
Perhilitan
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)
Akta Taman Negara 1980
6|Sariman bin Haji Husin (Pengetua SMK Bukit Gmbir., Tangkak , Johor)
Penemuan-Penemuan Ekspedisi Yang Signifikan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian
Biologi Hutan
Malaysia telah diiktirafkan sebagai salah sebuah daripada 12 negara „mega-
kepelbagaian‟ di dunia. Sejajar dengan pengiktirafan ini, kerajaan Malaysia telah
memberi persetujuan dan komitmen untuk mempertingkatkan keberkesanan
pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber kepelbagaian biologi hutan
negara secara berkekalan. Dalam konteks ini, penekanan berterusan diberikan ke
7|Sariman bin Haji Husin (Pengetua SMK Bukit Gmbir., Tangkak , Johor)
atas aspek-aspek pemeliharaan, pemuliharaan, penggunaan secara lestari dan
perkongsian secara saksama dan adil terhadap sumber tersebut.
Dalam usaha untuk mengumpul maklumat-maklumat kepelbagaian biologi
daripada kawasan-kawasan semulajadi Negara kita, Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan siri-siri Ekspedisi Saintifik
Kepelbagaian Biologi Hutan di kawasan-kawasan berhutan terutamanya kawasan
Hutan Simpanan Kekal (HSK). Penganjuran ekspedisi ini melibatkan pelbagai disiplin
yang merentas sempadan (cross sectoral) seperti aspek fizikal ekosistem hutan,
kepelbagaian biologi flora dan fauna, ekopelancongan, ekologi, rekreasi, geologi,
arkeologi dan sosio-ekonomi. Ekspedisi Saintifik yang dianjurkan telah disertai oleh
para saintis dan penyelidik daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan,
Institusi Penyelidikan, Institusi Pengajian Tinggi Awam, Badan-Badan Bukan
Kerajaan serta juga individu yang mempunyai minat khusus terhadap bidang
pengurusan hutan serta kepelbagaian biologi hutan.
Di samping pegawai dan kakitangan JPSM, institusi yang sering terlibat secara
aktif dalam setiap ekspedisi adalah seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia
8|Sariman bin Haji Husin (Pengetua SMK Bukit Gmbir., Tangkak , Johor)
(USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT),
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Jabatan landskap dan Taman,
Perbadanan Putrajaya, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), World Wide Fund
for Nature (WWF), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Folia Malaysiana,
Malaysian Nature Society (MNS), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM), Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM), dan
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Sehingga kini, sebanyak 32 siri Ekspedisi Saintifik telah dianjurkan di
Semenanjung Malaysia yang meliputi pelbagai ekosistem hutan daripada hutan paya
laut (bakau), hutan paya gambut, hutan tanah pamah hinggalah ke hutan
pergunungan. Melalui siri ekspedisi yang dilaksanakan, pelbagai penemuan yang
signifikan termasuk spesies baru, endemik, dan unik bagi flora dan fauna telah
berjaya direkodkan. Sebahagian daripada hasil penemuan signifikan daripada siri
ekspedisi saintifik ini telah dibukukan dalam siri prosiding kepelbagaian biologi
hutan yang diterbitkan oleh JPSM. Sehingga kini, sebanyak 24 siri prosiding telah
dikeluarkan iaitu:
9|Sariman bin Haji Husin (Pengetua SMK Bukit Gmbir., Tangkak , Johor)
Penemuan-penemuan Signifikan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan
Malaysia telah diiktirafkan sebagai salah sebuah negara „mega-kepelbagaian‟ di
dunia. Sejajar dengan pengiktirafan ini, kerajaan Malaysia telah memberi
persetujuan dan komitmen untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan,
pemeliharaan dan pembangunan sumber kepelbagaian biologi hutan negara secara
berkekalan. Dalam konteks ini, penekanan berterusan diberikan ke atas aspek-
aspek pemeliharaan, pemuliharaan, penggunaan secara lestari dan perkongsian
secara saksama dan adil terhadap sumber tersebut.
Dalam usaha untuk mengumpul maklumat-maklumat kepelbagaian biologi
daripada kawasan-kawasan semulajadi Negara kita, Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan siri-siri Ekspedisi Saintifik
Kepelbagaian Biologi Hutan di kawasan-kawasan berhutan terutamanya kawasan
Hutan Simpanan Kekal (HSK). Penganjuran ekspedisi ini melibatkan pelbagai disiplin
yang merentas sempadan (cross sectoral) seperti aspek fizikal ekosistem hutan,
kepelbagaian biologi flora dan fauna, ekopelancongan, ekologi, rekreasi, geologi,
arkeologi dan sosio-ekonomi. Ekspedisi Saintifik yang dianjurkan telah disertai oleh
10 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
para saintis dan penyelidik daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan,
Institusi Penyelidikan, Institusi Pengajian Tinggi Awam, Badan-Badan Bukan
Kerajaan serta juga individu yang mempunyai minat khusus terhadap bidang
pengurusan hutan serta kepelbagaian biologi hutan.
Di samping pegawai dan kakitangan JPSM, institusi yang sering terlibat secara
aktif dalam setiap ekspedisi adalah seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia
(USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT),
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Jabatan landskap dan Taman,
Perbadanan Putrajaya, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), World Wide Fund
for Nature (WWF), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Folia Malaysiana,
Malaysian Nature Society (MNS), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM), Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM), dan
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Sehingga kini, sebanyak 32 siri Ekspedisi Saintifik telah dianjurkan di
Semenanjung Malaysia yang meliputi pelbagai ekosistem hutan daripada hutan paya
11 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
laut (bakau), hutan paya gambut, hutan tanah pamah hinggalah ke hutan
pergunungan. Melalui siri ekspedisi yang dilaksanakan, pelbagai penemuan yang
signifikan termasuk spesies baru, endemik, dan unik bagi flora dan fauna telah
berjaya direkodkan. Sebahagian daripada hasil penemuan signifikan daripada siri
ekspedisi saintifik ini telah dibukukan dalam siri prosiding kepelbagaian biologi
hutan yang diterbitkan oleh JPSM. Sehingga kini, sebanyak 24 siri prosiding telah
dikeluarkan iaitu:
Siri 1 Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Endau Rompin: Pengurusan,
Persekitaran Fizikal dan Biologi
Siri 2 Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Nuang, Selangor: Persekitaran Fizikal
dan Kepelbagaian Biologi
Siri 3 Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah: Pengurusan,
Persekitaran Fizikal dan Biologi
4 Forest Biodiversity Series: Sustainable Management of Matang Mangroves:
100 Years and Beyond
Siri 5 Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Gunung Stong, Kelantan:
Pengurusan, Persekitaran Fizikal, Biologi dan Sosio-ekonomi
12 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
Siri 6 Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Gunung Jerai, Kedah: Pengurusan,
Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi
Siri 7 Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Gunung Mandi Angin, Terengganu:
Pengurusan, Persekitaran Fizikal, Kepelbagaian Biologi dan Pelancongan Ekologi
Siri 8 Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Rimba Kenong, Pahang: Pengurusan,
Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi
Siri 9 Kepelbagaian Biologi Hutan Bukit Belata, Selangor: Pengurusan,
Persekitaran Fizikal, Kepelbagaian Biologi dan Sosio-ekonomi
Siri 10 Kepelbagaian Biologi Hutan Rimba Bandar Bukit Bauk, Terengganu:
Pengurusan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi
Siri 11 Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Panti, Johor: Pengurusan,
Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi
Siri 12 Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Bintang Hijau, Perak: Pengurusan,
Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi
Siri 13 Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Gunung Angsi, Negeri Sembilan:
Pengurusan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi
13 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
Siri 14 Kepelbagaian Biologi Hutan Pergunungan Cameron Highlands: Pengurusan
Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi
Siri 15 Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri DiRaja Belum: Pengurusan
Hutan, Persekitaran Fizikal, Kepelbagaian Biologi dan Sosio-ekonomi.
Siri 16 Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Melaka: Pengurusan Hutan,
Persekitaran Fizikal, Kepelbagaian Biologi dan Sosio-ekonomi.
Siri 17 Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Bukit Panchor dan Pulau
Jerejak: Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi.
Siri 18 Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Gunung Berlumut: Pengurusan Hutan,
Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi.
Siri 19 Kepelbagaian Biologi Hutan Pulau Pangkor, Perak: Pengurusan Hutan,
Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi.
Siri 20 Kepelbagaian Biologi Hutan Banjaran Bintang – Gunung Inas, Kedah:
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi.
Siri 21 Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan:
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi.
14 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
Siri 22 Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Gunung Tebu, Terengganu:
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi.
Siri 23 Kepelbagaian Biologi Hutan Paya Laut Merbok, Kedah: Pengurusan
Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Flora.
Siri 24 Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Eko-Rimba Kuala Lumpur: Pengurusan
Hutan, Persektiaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi.
15 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
16 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
Hari Penyu Sedunia disambut pada 23 Mei setiap tahun.
Tujuan sambutan adalah untuk menarik perhatian, meningkatkan pengetahuan
dan kesedaran awam tentang kepentingan penyu dan kura-kura terhadap ekosistem,
dan mendorong tindakan manusia untuk membantu mereka bertahan dan
berkembang.
Selamat Menyambut Hari Penyu Sedunia. HARI PENYU SEDUNIA 23 Mei
disambut sebagai Hari Penyu Sedunia di kebanyakan negara. Penyu adalah haiwan
yang seringkali dikaitkan dengan kehidupan yang dikurniakan umur panjang serta
pelbagai cerita mitos masa lalu. Hari ini, penyu merupakan antara haiwan yang
menjadi tarikan pelancong di kawasan perairan Malaysia. Namun, beberapa masalah
seperti penangkapan penyu dan telurnya bagi tujuan komersial serta pembuangan
sampah di pantai menyebabkan populasi penyu saban tahun semakin berkurang dan
merubah sistem eko marin di Malaysia. Justeru itu, sambutan Hari Penyu Sedunia
ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ancaman yang
boleh mengorbankan penyu sekiranya kawasan pembiakan haiwan laut ini berterusan
diancam dan tidak dijaga. Hari peringatan ini juga salah satu usaha untuk
17 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
meningkatkan penglibatan masyarakat dalam perlindungan dan pemeliharaan penyu
serta kawasan pembiakannya. Lindungilah ciptaan Tuhan ini dengan menjaga
kebersihan pantai-pantai kita. Pantai yang bersih melestarikan kehidupan eko
marin. Selamat Hari Penyu Sedunia!
Bumi adalah merupakan antara makhluk ciptaan Allah SWT yang dipinjamkan
kepada manusia untuk dijadikan sebagai tempat tinggal sementara sebelum
berpindah ke alam akhirat (al-Mulk: 67: 15). Ia tidak menjadi hak milik kekal bagi
seseorang bahkan ia adalah sesuatu yang akan diwariskan daripada satu generasi
manusia kepada generasi yang lain sehinggalah tiba saat kehancurannya. Ikuti temu
bual bersama Dr Shamsul Hakim, Pensyarah Fakutli Pengajian Quran dan Sunnah
tentang sudut pandangan Islam dalam menjaga nikmat yang dikurniakan Allah ini.
18 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
SOALAN-1 :
Apa pandangan dari perspektif Islam mengenai kepentingan melindungi alam sekitar
dengan meminta umatnya tidak menebang pokok, mencemarkan sungai, laut dan
udara?
JAWAPAN-1:
Kehidupan manusia di bumi ini sebenarnya turut dikongsi bersama-sama dengan
makhluk lain seperti jin, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Mereka turut sama
memiliki hak ke atasnya. Kesemua makhluk ini ditentukan kehidupannya oleh Allah
SWT dalam keadaan saling memerlukan antara satu sama lain dalam konsep yang
dikenali sebagai kitaran kehidupan alam. Sebarang pencabulan hak ke atas makhluk-
makhluk lain yang turut sama mendiami alam ini seperti mencemarkan, merosakkan,
membunuh tanpa keperluan, dan memusnahkan sumber alam akan membawa kepada
ketidak seimbangan alam. Ia akhirnya tetap akan memberi kesan dan menjejaskan
kualiti kehidupan manusia sebagai salah satu elemen dalam rantaian kehidupan di
alam ini. Oleh kerana itu, Islam menegaskan kepentingan memelihara dan
memulihara alam ini ke atas setiap manusia demi memastikan kelestarian hidup di
19 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
alam ini. Sebarang bentuk pencemaran dan kerosakan ke atasnya dikira sebagai
perbuatan dosa dan maksiat.
SOALAN-2:
Tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam semula
jadi menyebabkan kepentingan orang ramai terjejas. Apa pandangan Islam
terhadap mereka ini?
JAWAPAN-2:
Islam memandang pelaku kerosakan ke atas muka bumi seperti mencemarkan darat,
air dan udara sebagai pelaku maksiat (orang yang melakukan larangan Allah SWT).
Ia boleh menjadi punca seseorang itu terjerumus ke dalam neraka seperti seperti
kisah seorang wanita yang dimasukkan ke dalam neraka kerana mengurung seekor
kucing sehinga mati (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar
R.Anhuma). Ini bermaksud pelaku kerosakan ke atas alam ini boleh digolongkan
dalam kalangan pelaku dosa-dosa besar.
20 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
Bahkan mereka yang mencemarkan alam ini sehingga menjejaskan kepentingan orang
ramai adalah seperti golongan yang disebutkan dalam peringatan daripada Nabi
SAW: Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasululah SAW bersabda: “Berhati-
hatilah kamu akan dua hal yang terlaknat”. Para sahabat bertanya: “Apakah dua hal
terlaknat itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Orang yang buang air di
tengah jalan atau di tempat manusia berteduh” (Hadith Riwayat Muslim).
Mereka yang membuang air di laluan perjalanan atau tempat teduh manusia sudah
diancam untuk tergolong dalam kalangan yang akan dilaknat, apatah lagi seandainya
perlakuan seseorang itu hingga menyebabkan bukan setakat manusia sahaja
terkesan dengannya, bahkan alam seluruhnya seperti pembuangan sisa toksik dan
bahan tercemar ke dalam sungai dan saliran-saliran air.
SOALAN-3:
Hubungan manusia dengan alam ciptaan Allah SWT. Jika dilihat sejauh mana
kesedaran masyarakat hari ini terhadapnya?
21 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
JAWAPAN-3:
Islam sangat menekankan tentang konsep ini dalam kehidupan seseorang manusia.
Seorang manusia bukan sekadar perlu menjaga hubungan baiknya dengan Tuhannya
semata-mata, bahkan dengan seluruh makhluk. Sebarang bentuk kezaliman akan
mendatangkan kesan yang buruk terutamanya untuk kehidupan di akhirat
(pembalasan). Kezaliman kepada Tuhan (syirik) adalah dilarang, begitu juga dengan
kezaliman kepada makhluk-makhluk yang lain sama ada terhadap manusia mahu pun
ke atas flora dan fauna. Contoh seorang wanita yang diazab kerana menzalimi
seekor kucing sudah cukup memberikan peringatan bahawa manusia perlu memiliki
kesedaran untuk berlaku adil kepada semua, Allah dan sekalian makhluknya.
Keadilan kepada makhluk-makhlukNya adalah dengan memelihara hak alam ini untuk
hidup bersama-sama dan mengelakkan dari melakukan kerosakan, pencemaran dan
kemusnahan ke atasnya.
Ia perlu dimasukkan ke dalam agenda kehidupan beribadah seseorang muslim
dengan tidak menghadkan urusan ibadah mereka hanya kepada ritual-ritual
22 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
tertentu semata-mata, bahkan ia mestilah meliputi segenap aspek pengabdian diri
kepada Tuhan (mentaati segala perintahNya, dan menjauhi segala laranganNya)
termasuklah perintahNya supaya tidak merosakkan bumi (al-A‟raf: 7: 56).
SOALAN-4:
Beberapa kejadian pencemaran alam sekitar berlaku kebelakangan ini seperti di
Selangor dan Port Dickson. Apa pandangan atau langkah proaktif yang sesuai dalam
menanganinya?
JAWAPAN-4:
Islam telah menunjukkan kaedah-kaedah dalam menerapkan kefahaman dan
penghayatan manusia ke atas kepentingan memelihara kelestarian alam sekitar dan
menjauhi perbuatan merosakkan dan mencemarkannya. Ia bermula dari menanamkan
kefahaman dan keyakinan menerusi ilmu dan kesedaran terhadap kepentingan
memelihara alam ini dan serta meyakini adanya konsep pembalasan melibatkan
pahala dan dosa selain dari keyakinan bahawa ada yang memerhati dan mengetahui
segala tingkah laku manusia sama ada secara terang-terangan atau pun
23 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
tersembunyi. Manusia turut sama perlu kembali disedarkan bahawa bumi ini adalah
sesuatu yang bersifat pinjaman, bukan kurniaan kekal. Ianya akan diwarisi oleh
generasi-generasi akan datang. Cara manusia berinteraksi dengan alam ini akan
menentukan bentuk bumi yang akan diwarisi oleh generasi akan datang, adakah ia
indah terpelihara atau sudah tercemar.
Silibus-silibus berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam ini hendaklah
diperkasakan di setiap peringkat pengajian. Dalam masa yang sama, syariat Islam
juga telah menggariskan batasan perlakuan manusia menerusi hukum-hakamnya. Ia
telah meletakkan ketetapan dalam sesuatu perintah atau larangan yang mesti
dipatuhi oleh manusia. Ia akan memberikan kesan terhadap amalan seharian manusia
seperti menjimatkan air ketika bersuci dan berwudhuk, larangan melakukan
kerosakan dan kezaliman, menghormati hak makhluk lain dan sebagainya. Di sini,
dapat difahami bahawa keperluan wujudnya undang-undang dalam memelihara
tindak tanduk manusia ke atas alam ini sangat penting. Manusia tidak boleh
dibiarkan semata-mata berpandukan kepada kehendak diri mereka semata-mata,
sebaliknya mereka perlu dipandu dan dibimbing menerusi penguatkuasaan undang-
24 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
undang dan pelakasanaan hukuman khususnya melibatkan pemeliharaan kelestarian
alam sekitar demi menjami kemaslahatan orang ramai dalam segenap isunya.
Selain itu, usaha pembudayaan menerusi akhlak dan sikap manusia terhadap alam ini
hendaklah sentiasa ditekankan semenjak dari usia kecil lagi sehingga ia benar-benar
menjadi sikap dan budaya masyarakat. Sikap buruk terhadap alam seperti suka
membuang sampah merata-rata, membazir sumber alam, dan mencemarkannya
adalah sesuatu perkara yang perlu dibendung dari awal usia supaya ia menjadi
tabiat dalam diri manusia. Inilah antara elemen akhlak yang perlu dimasukkan ke
dalam diri anak-anak kita selain dari akhlak-akhlak mulia yang lain.
Kempen-kempen kesedaran tidak wajar difokuskan pada waktu-waktu tertentu
semata-mata, bahkan ia wajar diteruskan sepanjang masa. Selain itu, penekanan dan
penegasan terhadap penggunaan teknologi hijau yang mampu memelihara dan
memulihara alam hendaklah ditekankan dalam segenap cabang kehidupan manusia.
Institusi-institusi agama perlu turut sama dilibatkan dalam usaha ini seperti
masjid-masjid dan surau-surau. Alatan penjimatan air dan kitar semula air wudhuk,
penggunaan mentol lampu jimat tenaga, dan penggunaan tenaga solar antara contoh
25 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
usaha-usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam yang mesti digerakkan
dengan lebih aktif lagi pada masa hadapan.
SOALAN-5:
Islam melarang dan membenci orang yang membuat kerosakan. Mohon ustaz
perincikan?
JAWPAN-5:
Ini kerana ia selari dengan firman Allah SWT: “Dan janganlah engkau melakukan
kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
berbuat kerosakan (al-Qasas: 28: 77).
Apa sahaja bentuk kerosakan di atas muka bumi, ianya adalah termasuk dalam
perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan dibenci olehNya. Ia selari dengan fitrah
manusia sendiri yang sukakan keindahan dan kecantikan. Sesiapa yang melakukan
kerosakan ke atas muka bumi, sebenarnya dia sedang merosakkan dirinya sendiri
(fitrah dirinya yang sukakan keindahan dan kecantikan). Tamabahan pula, seluruh
makhluk di muka bumi ini adalah milik Allah SWT, maka tidak sewajarnya manusia
26 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
merosakkannya. Manusia pula hanya diberi pinjam kehidupan di bumi ini, dan akan
tiba masanya kita mesti memulangkan kembali kepada Allah SWT. Sebarang
kerosakan yang dibuat padanya pasti akan dihitung kira ke atasnya.
27 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
PENGURUSAN TAMAN LAUT, PUSAT PENYU DAN SANTUARI
UTAMA » PERKHIDMATAN » TAMAN LAUT & PENGURUSAN
SUMBER » PENGURUSAN TAMAN LAUT, PUSAT PENYU DAN SANTUARI
28 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
Apa Itu Taman Laut?
Taman Laut adalah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari
tikas air surut terendah, kecuali Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau
Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh satu batu
nautika dari tikas air surut terendah. Taman Laut ditubuhkan untuk melindungi dan
memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik.
Hari ini, perairan di 42 pulau-pulau di Malaysia telah digazetkan sebagai Taman-Taman
Laut. Pulau-pulau itu adalah seperti berikut:
Taman Laut Johor
Taman Laut Kedah
Taman Laut Pahang
Taman Laut Terengganu
Taman Laut Labuan
Pulau Labuan terletak di pantai barat Sabah,
lebih kurang 8 kilometer daripada titik terdekat Sabah dan kira-kira 123 kilometer
daripada Kota Kinabalu yang merupakan Ibu Negeri Sabah. Perairan 2 batu nautika
dari pantai yang mengelilingi 3 buah pulau kecil ini, telah diisytiharkan sebagai Taman
29 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
laut selepas 1994. Tiga buah pulau tersebut adalah Pulau Kuraman, Pulau Rusukan
Kecil dan Pulau Rusukan Besar, yang terletak di barat daya Pulau Labuan.
Selanjutnya…
Pusat Konservasi & Penerangan Penyu
30 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
Pusat Konservasi dan
Penerangan Penyu (PKPP)
dibina oleh Jabatan
Perikanan Malaysia dan
diuruskan oleh Pejabat
Perikanan Negeri. Ia
merupakan pusat informasi,
pembelajaran, tempat
perlindungan, penetasan dan
penyelidikan mengenai
penyu. Pusat ini juga turut
dijadikan pusat rawatan bagi
penyu-penyu yang dijumpai
terdampar dan tercedera sebelum dilepaskan semula ke laut.
Langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulihara penyu:
Jangan makan telur penyu
Jangan ganggu penyu yang sedang bertelur
Jangan ganggu anak penyu yang menetas merangkak ke laut
Jangan beli kraftangan/cenderamata yang dibuat daripada penyu
Jangan buang sampah ke pantai/laut/sungai
31 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
Jangan buang jaring/pukat/pancing ke dalam laut
Sokong aktiviti pemuliharaan penyu yang dijalankan di Malaysia
Hubungi Jabatan Perikanan Malaysia di talin 03-8888 5019 sekiranya terdapat penyu
terdampar
Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu mula ditubuhkan sejak tahun 1985. Terdapat
enam (6) buah pusat dan satu (1) ruang pameran Penyu di seluruh semenanjung
Malaysia iaitu:
Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Pantai Kerachut, Pulau Pinang
Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Segari, Perak
Ruang Pameran Penyu, Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, Negeri Sembilan
Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Melaka
Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Cherating, Pahang
Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Rantau Abang, Terengganu
Pusat Konservasi Penyu Ma’Daerah, Kerteh, Terengganu
32 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
ife
33 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )
Sayangi diri, hormati ibu bapa, guru-guru dan komuniti anda. Berusahalah menjadi
yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan
berjaya.
Dengan lafas yang mulia Bismillah........ saya dengan ini merasmikan Sambutan
“HARI BIODIVERSITI SEDUNIA” dan “HARI PENYU SEDUNIA” peringkat
kebangsaan yang dianjurkan oleh PERKAM dan SMK Bukit Gambir, Tangkak,
Johor. Wabillahhitaufik walhidayah waassalamualaikum........ wbk...
Disediakan oleh
Sariman Husin
SARIMAN BIN HAJI HUSIN
Pengetua
SMK Bukit Gambir, Tangkak, Johor
34 | S a r i m a n b i n H a j i H u s i n ( P e n g e t u a S M K B u k i t G m b i r . , T a n g k a k , J o h o r )