The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sariman33, 2023-03-06 21:19:41

Hari Haiwan & Hidupan Liar 3 Mac 2023

Hari Haiwan & Hidupan Liar 3 Mac 2023

0 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’


1 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Jom kita sama-sama raikan dan juga meningkatkan kesedaran tentang haiwan dan tumbuhan liar di seluruh dunia. Sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia warga STRILA 2023 Meraikan spesies ikonik Borneo Disunting oleh : Sariman bin Haji Husin (Pengetua STRILA) Tarikh: 3 Mac 2023


2 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Selayang Pandang Untaian Kasih SARIMAN BIN HAJI HUSIN Pengetua STRILA Assalamualaikum........Salam Malaysia MADANI, Salam Muafakat Johor. Salam PPD Tangkak PERKASA dan Salam STRILA SMART & BEST (SS&B). Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia dariNya, Buku Lestari STRILA dapat diterjemahkan dengan jayanya oleh Kelab PPDa STRILA. Buku Lestari STRILA pada kali ini bertemakan ‘Sambutan hari Haiwan dan Hidupan Liar Sedunia’ yang diraikan pada 3 Mac pada setiap tahun di seluruh dunia. Kekuatan serta peluang yang ada di sekolah dapat dikenalpasti serta boleh digunakan untuk mengurangkan kelemahan yang ada bagi meningkatkan Kualiti Guru dan kemenjadian murid secara menyeluruh dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Kitaran PDCA iaitu Plan, Do Check and Action perlu dilaksanakan sebaik mungkin agar segala yang dirancangkan dan dilaporkan oleh warga STRILA dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Perkara yang paling utama ialah keberkesanan untuk setiap program yang memberikan impak yang maksimum terhadap kemenjadian murid dan juga mampu meningkatkan tahap kualiti guru pada setiap masa. Sama-samalah kita menyahut seruan bahawa “Menjaga Kelestarian Alam Adalah tanggungjawab Kita Bersama”. Semoga penerbitan Buku Lestari STRILA ini dapat memberikan manafaat kepada semua warga pendidik dan semua anak-anak didik di seluruh dunia secara umumnya. Mutiara Kata “Kejayaan yang luar biasa mampu kita kecapi jika kita berusaha dengan cara yang luar biasa dan juga Amalan Baik 3’ABC’ serta bertakwa kepada Allah swt walaupun kita hanyalah insan yang biasa-biasa sahaja”


3 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Di Sabah, kebanyakan daripada biodiversiti ini ditemui di hutan rizab dengan banyak daripadanya kini berstatus terancam. - Foto WWF Malaysia BERTEMAKAN Pemulihan Spesies Utama untuk Pemuliharaan Ekosistem, Hari Hidupan Liar Sedunia pada tahun ini memberi tumpuan ke atas beberapa spesies paling terancam. Hutan hujan Borneo merupakan rumah bagi 221 mamalia darat dan 420 spesies burung.


4 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Di Sabah, kebanyakan daripada biodiversiti ini ditemui di hutan rizab dengan banyak daripadanya kini berstatus terancam atau semakin menuju ke arah itu. Antara ancaman utama ke atas ekosistem di Sabah termasuk kemusnahan habitat akbat aktiviti penerokaan hutan, kemerosotan dan penukaran status tanah untuk tujuan pembangunan pertanian dan infrastruktur. Ia diburukkan lagi dengan aktiviti pemburuan haram dan perdagangan haiwan liar hingga memberi tekanan hebat kepada kelangsungan hidup pelbagai spesies di negeri itu. Dalam usaha melindungi biodiversiti negeri, Kerajaan Sabah beriltizam untuk memastikan 30 peratus daripada keluasan tanah negeri dilindungi sepenuhnya menjelang tahun 2025. Buat masa ini, 26 peratus sudah digazetkan. Pihak kerajaan negeri juga menyasarkan 100 peratus daripada industri sawitnya diperakui menerusi RSPO menjelang tahun 2025, sekali gus memastikan pengeluaran minyak sawit di Sabah bersifat lestari. Sebagai tambahan, pelbagai usaha dilakukan untuk membanteras masalah perdagangan hidupan liar secara haram.


5 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Sempena Hari Hidupan Liar Sedunia, mari kita lihat beberapa spesies paling ikonik di Sabah, yang sempat menjadi subjek kamera di habitat liar. Orang Utan Orang Utan Orang Utan Borneo adalah spesies paling ikonik di Sabah. Disenaraikan sebagai spesies terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) sejak 2016, populasi orang utan Borneo diancam oleh kemusnahan dan kehilangan habitat akibat aktiviti pertanian dan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya.


6 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Usaha pemuliharaan kolektif telah membolehkan bilangan orang utan di Sabah stabil, dengan dianggarkan 11,000 ekor masih hidup di hutan. Gajah Asia Gajah Asia Gajah Asia yang terdapat di utara Borneo membentuk populasi yang terpencil secara geografi dan berbeza secara genetik. Populasi gajah Borneo di Sabah dianggarkan kurang daripada 1,500.


7 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Kajian terbaharu mengenai populasi gajah Borneo mendapati bahawa populasinya adalah lebih kecil daripada yang dianggarkan sebelum ini. Ini menandakan perlunya dijalankan tinjauan populasi yang lebih meluas di habitat gajah lain di Sabah untuk menentukan anggaran populasi sebenar mereka. Tenggiling Sunda Tenggiling Sunda Tenggiling Sunda adalah satu-satunya spesies tenggiling yang ditemui di Borneo. Tidak banyak yang diketahui tentangnya kerana kurangnya kajian berkaitan, termasuk bilangan populasi semasa. Walau bagaimanapun, tenggiling sunda merupakan


8 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ spesies terancam kerana ia kerap diperdagangkan untuk mendapatkan sisik dan dagingnya. Pada 2019, pihak berkuasa Sabah menemui sindiket memperdagangkan 29.8 tan tenggiling. Tenggiling sunda diklasifikasikan sebagai Spesies Terancam Kritikal dalam Senarai Merah IUCN dan merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya di Sabah. Enggang Berkedut Enggang Berkedut


9 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Terdapat lapan spesies enggang yang terdapat di Borneo, kesemuanya boleh ditemui di Kinabatangan, Sabah. Enggang Berkedut bersaiz sederhana besar dan berwarna terang. Burung ini hidup berpasangan sepanjang hayatnya. Burung enggang memainkan peranan penting dalam penjanaan semula hutan hujan tropika dengan menyebarkan benih pokok. Seperti burung enggang lain di Borneo, Enggang Berkedut bersarang pada pokok yang besar dan matang. Aktiviti pembalakan telah menyebabkan kekurangan tempat pembiakan yang sesuai untuk spesies tersebut. Lembu Banteng Borneo


10 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Lembu Banteng Borneo Lembu Banteng Borneo adalah spesies mamalia besar Pleistosen yang paling terancam di dunia. Banteng diklasifikasikan sebagai "Terancam" di bawah Senarai Merah IUCN dan juga disenaraikan di bawah Jadual 1 dalam Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997, sekali gus memberikannya perlindungan penuh. Namun Banteng tetap menjadi sasaran pemburu untuk mendapatkan dagingnya. Ia juga diancam oleh kemusnahan habitat, dan pembangunan jalan raya serta infrastruktur. Banteng dikenali sebagai haiwan pemalu dan jarang dapat dilihat berada berdekatan manusia. Mamalia ini memainkan peranan penting dalam ekosistem dengan bertindak sebagai kawalan pertumbuhan lalang dan semak. Najisnya juga menambah kesuburan kepada tanah. Hari ini, populasi Banteng di Sabah dianggarkan berjumlah hanya 326 ekor, dengan bilangannya mungkin akan semakin berkurangan jika langkah pemuliharaan tidak dipertingkatkan.


11 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Harimau Dahan Sunda Harimau Kumbang Sunda Sangat cantik dan jarang dilihat, harimau dahan Sunda adalah pemangsa utama Borneo. Diklasifikasikan sebagai Terjejas dalam Senarai Merah IUCN, populasi Harimau Kumbang Sunda di Sabah adalah kecil, dianggarkan kira-kira 750 ekor sahaja. Harimau dahan Sunda diancam oleh kemusnahan habitat dan kekurangan jaringan hutan. Kajian menunjukkan bahawa hutan terpencil yang semakin berkurangan boleh menjejaskan jumlah harimau tersebut.


12 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Spesies ini juga diancam oleh pemburuan dan permerdagangan hidupan liar secara haram di mana haiwan ini dijual untuk mendapatkan kulit dan daging. Ia juga dijual untuk dijadikan haiwan peliharaan. Monyet Proboscis Monyet Proboscis Monyet Proboscis adalah antara monyet terbesar di Asia. Di Sabah, ia ditemui terutamanya di tanah lembap air tawar Teluk Dewhurst, di sepanjang Sungai Kinabatangan, Segama dan Sugut serta di Semenanjung Klias.


13 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Sebagai spesies arboreal, Monyet Proboscis menghabiskan sebahagian besar masanya di atas pokok, dan hanya sekali-sekala turun ke tanah untuk mencari makanan. Monyet Proboscis disenaraikan sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN, akibat kemusnahan habitat. Kepentingan memulihara hidupan liar KEPUPUSAN hidupan liar kebanyakannya adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia. Aktiviti pembalakan akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam suatu jangka masa tertentu. Selain itu, pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan pupus. Pembukaan kawasan pertanian baharu seperti pembukaan tanah baharu turut menggalakkan kepupusan fauna. Antara yang paling kritikal adalah pembukaan kawasan baharu untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi. Pemburuan haram yang berleluasa di hutan-hutan negara juga adalah faktor kepupusan habitat dan spesies haiwan kerana permintaan tinggi dari negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britian dan


14 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di beberapa buah negara di dunia. Pencemaran laut juga menyumbang kepada kepupusan hidupan laut. Tumpahan minyak dan sampah-sarap serta pembuangan sisa toksik ke dalam laut menyebabkan kemusnahan hidupan laut. Hal ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain. Perubahan suhu dunia juga menyebabkan sesuatu spesies mengalami kepupusan. Pemanasan global telah menyebabkan terdapat haiwan yang tidak dapat hidup dalam keadaan suhu yang terlampau panas. Manakala pembawaan wabak penyakit oleh spesies lain terhadap sesuatu spesies juga boleh mengakibatkan spesies tersebut menjadi pupus. Hidupan liar yang semakin pupus akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem. Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh menyebabkan kepupusan dan pengecilan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas. Adakah kita sanggup melihat kemusnahan haiwam dan hidupan liar yang disebabkan oleh segelintir manusia yang tamak mengejar kemewahan dunia…?


15 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Kesan kepupusan hidupan liar Hidupan liar yang semakin pupus akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem. Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh menyebabkan kemusnahan dan pengecilan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas. Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Selain itu, aktiviti perikanan moden dan pengurangan bilangan haiwan telah menyebabkan sesuatu spesies haiwan menjadi pupus. Kepupusan hidupan liar akan menyebabkan sesuatu spesies tidak lagi wujud atau ditemui di tempat lain. Selain itu, kepelbagaian haiwan dan tumbuhan adalah merupakan daya tarikan utama pelancong asing. Ekonomi pelancongan sesebuah negara akan menjadi semakin merosot seiring dengan kepupusan hidupan liar. Generasi akan datang juga tidak dapat melihat spesies-spesies yang wujud sekiranya spesies-spesies ini pupus. Mereka hanya dapat melihat spesies-spesies ini dalam buku sahaja. Pembelajaran seharusnya menjadi lebih menyeronokkan apabila pelajar-pelajar sekolah dapat mengenali haiwan-haiwan yang dilindungi dengan lebih dekat lagi seperti mengadakan lawatan ke zoo dan tempat-tempat pemuliharaan.


16 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Kepentingan memulihara hidupan liar Pemuliharaan hidupan liar adalah amat penting bagi mengekalkan ekosistem. Setiap spesies memainkan peranan masing-masing dalam memastikan ekosistem berada dalam keadaan stabil. Hidupan liar juga amat penting kerana dapat memberikan sumber maklumat atau pendidikan kepada masyarakat terutama sekali kepada pelajar sekolah. Sebagai contoh harimau dikategorikan kepada beberapa subspesies seperti Harimau Sumatera, Harimau Bengal, Harimau Indochina, Harimau Malaya dan Harimau China Selatan. Oleh itu, masyarakat akan berpeluang untuk mengenali spesies-spesies itu secara lebih dekat sekiranya haiwan-haiwan ini dilindungi daripada pupus.


17 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Tingkat kesedaran kanak-kanak untuk melindungi hidupan liar LAWATAN ke zoo antara kegiatan mampu tarik minat kanakkanak untuk menghargai hidupan liar. - Foto AFP Hari Antarabangsa Kepelbagaian Biologi pada tahun 2020, dengan tema Our Solutions are in Nature menuntut tindakan manusia untuk merujuk kembali kepada alam semula jadi. Berfokus hidupan liar, isu semasa mengenainya tidak pernah lekang diperbincangkan. Daripada isu pemusnahan habitat, pemburuan dan perdagangan haram hingga isu penyakit bawaan haiwan (zoonosis), termasuk COVID-19.


18 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Ramai tidak sedar bahawa hidupan liar memainkan peranan dalam persekitaran semula jadi. Pertama, fungsi ekologi hidupan liar ditakrif sebagai peranan ekologi spesies seperti menyokong kepelbagaian tumbuhan dengan cara menyebarkan biji benih dan pendebungaan misalnya oleh kelawar serta burung. Hidupan liar juga menyokong struktur trofik, iaitu keseimbangan dalam rantaian makanan dan sebagai 'jurutera' alam sekitar. Contohnya aktiviti menggali tanah dan membina busut sebagai kawasan kediaman oleh landak dapat membantu pengudaraan serta aliran air bawah tanah dengan lebih baik. Kedua, hidupan liar memberi manfaat dari segi kos dan kepentingan ekonomi serta pengembangan pendidikan alam sekitar menerusi nilai estetika, rekreasi hidupan liar, ekopelancongan dan program pendidikan alam sekitar. Namun, saban hari kegiatan manusia terhadap hidupan liar dan habitatnya tidak berhenti. Permintaan terhadap hidupan liar sebagai sumber makanan eksotik dan haiwan peliharaan berterusan walaupun banyak bukti serta maklumat jelas melaporkan risiko jangkitan virus atau penyakit bawaan hidupan liar ini boleh berlaku kepada manusia.


19 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Disebabkan peningkatan kadar kepupusan, kematian dan penurunan populasi hidupan liar, langkah serta usaha pengenalan kepada kesedaran dan pengetahuan mengenai peranan dan kepentingan hidupan liar sangat penting. Usaha ini memerlukan perubahan terhadap tingkah laku bermula pada usia muda. Kanak-kanak mempunyai pelbagai jenis hubungan terhadap hidupan liar dalam kehidupan seharian. Mereka belajar hidupan liar dan alam semula jadi dalam suasana formal dan tidak formal. Satu kajian di Eropah melaporkan kanak-kanak prasekolah (5 hingga 6 tahun) memperoleh maklumat mengenai dunia di sekeliling mereka daripada media dan orang lain. Kajian lain di New York melaporkan pada usia 7 hingga 11 tahun, kanak-kanak mula belajar bekerjasama dan mengambil bahagian dengan rakan atau orang dewasa. Kajian di California pula melaporkan pada usia 10 hingga 12 tahun, pelajar secara aktif mencari lebih banyak maklumat mengenai haiwan. Antara usia 11 hingga 12 tahun pelajar mempunyai kecenderungan lebih tinggi untuk memproses maklumat dengan lebih berkesan. Di Malaysia, pendidikan membabitkan hidupan liar diperkenalkan kepada pelajar pada usia 10 tahun dalam sukatan


20 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ mata pelajaran Sains dan pengetahuan dipertingkatkan lagi ketika berada di Tahun 5. Jelas, sekolah ialah sumber utama bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat pengetahuan asas hidupan liar dan kesedaran alam sekitar. Kajian tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap hidupan liar dalam kalangan pelajar Tahun 5 dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) di Bintulu dan Petaling Perdana. Seramai 638 responden daripada 12 sekolah rendah di Bintulu dan 391 responden daripada sembilan sekolah di Petaling Perdana terbabit. Daripada hasil tinjauan, 76 peratus pelajar di Bintulu dan 83 peratus di Petaling Perdana mempunyai pengetahuan mengenai definisi hidupan liar. Pelajar di Bintulu memperoleh pengetahuan hidupan liar kebanyakannya daripada televisyen (79 peratus) dan guru (73 peratus).


21 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Di Petaling Perdana pula, guru (74 peratus) dan sekolah (71 peratus) memainkan peranan sebagai sumber maklumat utama tentang hidupan liar. Internet (69 peratus) dan televisyen (68 peratus) direkodkan sebagai sumber maklumat mengenai hidupan liar dalam bentuk pentas digital. Jika dilihat sudut kesedaran terhadap hidupan liar, 86 peratus pelajar di Bintulu dan 96 peratus di Petaling Perdana bersetuju hidupan liar perlu dilindungi. Namun, masih ada segelintir memilih tidak bersetuju hidupan liar dilindungi. Justeru, lebih banyak usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kanak-kanak mengenai pendidikan hidupan liar harus dipertimbangkan. Sebagai contoh, program alam sekitar, lawatan ke zoo dan penyampaian maklumat interaktif melalui media seperti dokumentari video boleh dimanfaatkan untuk menarik minat generasi muda terhadap hidupan liar. Hidupan liar ialah khazanah alam sangat bernilai untuk sesebuah negara. Justeru, pengetahuan dan pendedahan


22 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ berterusan mengenai hidupan liar, terutamanya di negara ini harus dipupuk sejak kecil dan berterusan hingga dewasa. Sumber: Prof Madya Dr Marina Mohd Top - Mei 23, 2020 @ 10:30am Hari Hidupan Liar Sedunia: Kerajaan Negeri Mesti Memberikan Perhatian Lebih Kepada Dasar Negara dan Komitmen Antarabangsa. 3 Mac setiap tahun adalah Hari Hidupan Liar Sedunia dengan tema yang bertepatan iaitu ‘Hutan dan Mata Pencarian: Memelihara Manusia dan Planet’. Tema tahun ini dipilih untuk menyoroti peranan utama hutan, spesies hutan dan fungsi ekosistem dalam memelihara berjuta-juta manusia di seluruh


23 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ dunia, bukan hanya untuk komuniti orang asal dan yang bergantung kepada hutan tetapi juga kepada orang ramai. Ia mengingatkan kita akan tanggungjawab yang semakin kita lupakan terhadap setiap makhluk hidup di atas muka bumi ini. Ia juga mengingatkan kita bahawa lebih daripada setahun telah berlalu sejak hiruk-pikuk tercetus di seluruh dunia akibat pandemik Covid-19. Ekonomi dunia terhenti manakala banyak negara termasuk Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi menentang kesan kesihatan yang teruk daripada pandemik tersebut yang dikaitkan dengan virus yang dikatakan muncul daripada haiwan liar. Lebih banyak penyakit berkaitan dengan zoonotik boleh muncul jika kita terus memusnahkan, menceroboh dan merosakkan habitat semula jadi dan ekosistem kita dan tidak mengambil iktibar daripada pandemik Covid-19. Adalah jelas bahawa sesetengah kerajaan negeri tidak mengambil iktibar dan terus membuat keputusan untuk menukarkan ekosistem semula jadi berharga terakhir yang kita masih ada, untuk tujuan lain seperti projek tambak laut, ladang monokultur, pembangunan bandar dan malah untuk tapak pelupusan sisa industri dan radioaktif di hutan simpan dan kawasan alam sekitar sensitif.


24 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Contoh projek yang memusnahkan termasuklah cadangan untuk menyahwartakan Hutan Simpan Kuala Langat Utara di Selangor dan hutan simpan kekal lain di Perak, pembinaan kemudahan pelupusan sisa industri dan radioaktif di hutan tadahan air di Pahang, dan projek tambak laut besar-besaran di Pulau Pinang yang akan memusnahkan sama sekali kawasan perikanan. Tambahan, di negeri seperti Kedah, gesaan supaya mewartakan kompleks hutan Ulu Muda sebagai hutan tadahan air tidak dipedulikan sejak bertahun. Kita perlu serius menghentikan arah aliran ini dan mula melindungi hutan dan ekosistem marin kita dan mata pencarian, termasuk habitat hidupan liar semula jadi, daripada penukaran dan pemecahan atau fragmentasi. Usaha pemulihan hidupan liar juga perlu dipertingkatkan serta menghentikan perdagangan hidupan liar. Walaupun hal ehwal tanah dan perhutanan adalah di bawah bidang kuasa negeri, kerajaan mestilah sedar dan peka kepada pelbagai dasar negara yang digubal oleh Kerajaan Persekutuan, seperti Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan, Dasar Perubahan Iklim Negara dan Rancangan Fizikal Negara. Dasardasar ini digubal untuk melaksanakan komitmen antarabangsa Malaysia di bawah proses seperti Konvensyen Kepelbagaian Biologi, Perjanjian Paris mengenai Perubahan Iklim. Matlamat


25 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’ Pembangunan Mampan serta Deklarasi Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal adalah penting juga. Oleh sebab itu, hari ini kami menggesa semua Kerajaan Negeri supaya mematuhi komitmen dan kewajipan antarabangsa ini serta menghentikan segala kegiatan yang memusnahkan dan merosakkan hutan, pantai dan ekosistem marin kita. Sebagai tambahan, Kerajaan Persekutuan mestilah membantu negeri-negeri dari segi kewangan untuk memastikan bahawa komitmen antarabangsa ini dipenuhi dalam melindungi hutan dan biodiversiti dan tidak terus mengekalkan janji di atas kertas yang tidak bermakna. Marilah kita melakukan perkara yang betul dalam memastikan kemampanan generasi semasa dan masa depan dan mengutamakan bumi ini lebih daripada keuntungan. Sumber: Siaran Akhbar, 3 Mac 2021 Disediakan oleh Sariman Haji Husin SARIMAN BIN HAJI HUSIN Pengetua STRILA KETUA JK ICT, GRAFIK & ILLUSTRASI PERKAMarikh: 3 Mac 2023


26 | H a r i H i d u p a n & T u m b u h a n L i a r S e d u n i a ‘ S T R I L A S M A R T & B E S T ’


Click to View FlipBook Version