INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK (INDIVIDU)
NAMA PELAJAR : AHMAD AZECQELSHAZMIE BIN AZEMI
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN : 2021022310028
KUMPULAN/ UNIT
KOD DAN NAMA KURSUS : 031017-13-0955
NAMA PENSYARAH
: PPRBMM2-2
: BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
: PUAN SELINA BINTI HJ AHMAD
TARIKH HANTAR : 21.3.2022
PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM BALAS :
DARIPADA PENSYARAH
Isi Kandungan Halaman
1
Perkara 2
1.0 Pengenalan
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 3
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu
4
Tradisional 6
4.0 Akal Budi Pemikiran Masyarakat Melayu Dalam Pantun-Pantun 7
Tradisional Melayu
5.0 Rumusan
Rujukan
1
1.0 PENGENALAN
Umum mengetahui, sastera Melayu amatlah penting di dalam kehidupan masyarakat
Melayu pada zaman dahulu lagi sehingga masa kini. Hal ini adalah kerana sastera Melayu
mampu membawa kepada kebanggaan dan ketinggian terhadap peradaban bangsa Melayu.
Tambahan lagi, kesusasteraan Melayu juga membawa makna yang besar terhadap budaya
masyarakat kita khususnya kepada orang-orang Melayu. Katakan sahaja peranan dan
sumbangan sesiapun dalam bidang lain tetap tidak akan dapat menandingi sumbangan yang
diberikan oleh bidang kesusasteraan Melayu itu sendiri. Oleh hal yang demikian, sebagai
seorang pencinta bahasa, kita seharusnya sentiasa memelihara hasil-hasil karya yang telah
dikarang oleh para sasterawan negara agar kesusasteraan Melayu sentiasa disanjung tinggi.
2
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya yang dicipta oleh masyarakat Melayu dan
merupakan satu bentuk ciptaa seni yang diaplikasikan melalui bahasa. Sastera ialah
ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam malah sastera juga ialah ekspresi
fikiran yang digunakan melalui medium bahasa. Eksprsei pemikiran yang dimaksudkan ialah
segala idea-idea, pendapat atau pandangan, perasaan serta semua perkara yang melibatkan
mental manusia. Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat (2015) mentakrifkan
kesusasteraan sebagai hasil seni berbentuk prosa atau puisi yang mempunyai kriteria-kriteria
yang tertentu. Selain itu, konsep kesusasteraan Melayu juga ialah seni kreatif yang
menggunakan bahasa yang indah, halus dan menarik serta mampu memberi kesan yang
mendalam kepada si pembaca atau para penonton. Dari aspek Pendidikan pula,
perbandingan diantara karya sastera dengan hasil penulisan akademik atau bukan akademik
lain adalah jauh berbeza kerana sastera Melayu tidak memerlukan variasi bahasa serta
penggunaan bahasa yang tinggi. Hasil karya kesusasteraan Melayu yang telah dicipta boleh
disampaikan dalam beberapa bentuk ataupun cara seperti berbentuk lisan, penulisan, prosa,
puisi, naratif dan juga bukan naratif.
3
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU
TRADISIONAL
Kesusasteraan Melayu mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri.
Karya yang dihasilkan sudah pasti mampu membawa kepada kebaikan dan bukan hanya
dihasilkan semata-mata untuk bersuka ria. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai fungsi
kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional.
Antara fungsi kesusasteraan Melayu ialah dapat dijadikan sebagai bahan hiburan.
Kesusasteraan dapat digunakan sebagai alat hiburan bagi mengisi masa lapang dan boleh
juga dijadikan sebagai hobi untuk seseorang itu. Kesusasteraan Melayu khususnya sastera
kanak-kanak lebih cenderung berfungsi sebagai bahan hiburan untuk kanak-kanak. Hal ini
kerana menurut Rohaya Md Ali et al. (2019) sastera kanak-kanak dapat membantu mereka
memperkuatkan imaginasi, meningkatkan pengalaman, mengembangkan penguasaan
bahasa serta memberikan pendedahan tentang pekerti dan nilai murni melalui peristiwa yang
terungkap di dalamnya. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa sastera Melayu boleh dijadikan
sebagai hiburan dan keseronokkan seiring dengan penggunaan teknologi moden masa kini.
Selain itu, fungsi kesusasteraan Melayu juga adalah untuk dijadikan sebagai pengajaran
dan teladan kepada masyarakat sekeliling. Para sasterawan tempatan sudah semestinya
menghasilkan karya sastera yang mampu membawa kepada pengajaran seperti nilai-nilai
murni dan nilai-nilai kemanusiaan dalam kehidupan kita. Antara contoh sastera yang
mempunyai teladan dan pengajaran adalah seperti cerita Si Tanggang, seloka Pak Pandir,
pantun Nasihat dan sebagainya. Kesemua kesusasteraan tersebut akan memberikan
pengajaran dan teladan sekaligus membentuk kesedaran dalam diri seseorang yang
membaca atau menontonnya. Hal ini bertetapan dengan pandangan Muhd Norizam Jamian
& Shaiful Bahri Md Radzi (2015) yang mengatakan bahawa sastera bertujuan mendidik serta
mengasuh hati nurani khalayak dengan nilai-nilai murni sehingga jiwa mereka turut menjadi
halus dan lembut.
Di samping itu, kesusasteraan Melayu turut berfungsi sebagai alat pendidikan.
Kesusasteraan yang dihasilkan oleh para sasterawan berkait rapat dengan pengalaman
kehidupan mereka yang mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti berkaitan ekonomi, politik
agama dan sosiologi. Menurut Mohd Zubir (2010) kesusasteraan Melayu berfungsi sebagai
alat pendidikan yang dapat mengimbangi rohani, mental, emosi, sahsiah dan sosial
seseorang. Oleh itu, Kisah-kisah hidup para sasterawan ini telah dijadikan sastera yang
berbentuk prosa atau puisi lalu diadun dengan unsur-unsur yang membawa kepada
pengajaran, nilai moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi. Seseorang yang menghayati
4
sastera Melayu tersebut akan mengaplikasikan ilmu yang terdapat di dalamnya serta secara
tidak langsung akan memberikan Pendidikan terhadap si pembaca.
4.0 AKAL BUDI PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN-PANTUN
TRADISIONAL MELAYU
Menurut Shamsudin Othman (2015) akal budi Melayu adalah satu konsep yang sentiasa
subur dalam ruang lingkup sosio budaya Melayu. Hal ini kerana akal budi memainkan peranan
yang penting dalam setiap aspek kehidupan. Begitu juga akal budi pemikiran yang terdapat
dalam pantun yang telah dihasilkan oleh masyarakat kita. Contohnya:
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Berdasarkan pantun tradisional di atas, jelas menunjukkan bahawa pantun tersebut
membawa makna yang tersendiri iaitu dari segi penyampaiannya yang membawa maksud
tersirat. “Baik dibawa resmi padi, semakin berisi semakin tunduk”, dua baris pantun ini
membawa makna yang mendalam iaitu walaupun seseorang itu semakin berilmu atau
mempunyai taraf serta kedudukan yang tinggi tetapi dia tetap semakin merendahkan diri atau
erti kata lain tidak sombong. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak seharusnya bersikap
sombong dan meninggi diri terhadap orang lain dengan kelebihan atau kekayaan yang kita
miliki sebaliknya kita sepatutnya bersyukur dan sentiasa merendah diri.
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Pemikiran akal budi masyarakat Melayu terdahulu melalui pantun dia atas adalah orang
yang berbudi akan dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling serta bangsa yang
bertamadun bergantung pada bahasa dan tutur kata. Kita seharusnya berbudi bahasa dalam
kehidupan kerana kita dapat mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberikan
layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap orang sekeliling. Selain itu, teladan
5
yang diperolah dari pantun di atas juga ialah sesuatu bangsa yang bertamadun tinggi adalah
bangsa yang mempraktikkan penggunaan bahasa yang bertatasusila.
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Akhir sekali, merujuk pantun rangkap terakhir diatas akal budi yang terdapat di dalamnya
ialah seseorang yang menuntut ilmu dengan tidak sempurna tidak akan mendapat faedahnya.
Secara lebih terperinci, nasihat yang ingin disampaikan di dalam pantun tersebut adalah kita
seharusnya belajar dengan bersungguh-sungguh dan sehingga tahap yang tinggi agar di
kemudian hari mendapat kebaikannya. Oleh itu, ilmu yang diperoleh oleh kita tidak akan sia-
sia.
Berdasarkan ketiga-tiga rangkap pantun di atas, sangat jelas bahawa setiap rangkap
pantun tradisional Melayu tersebut mempunyai akal budi yang tersendiri. Setiap daripadanya
membawa pelbagai nilai dan pengajaran yang mampu menyedarkan kita dan mendorang diri
kita untuk melakukan perkara yang berfaedah dalam setiap aspek kehidupan.
6
5.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya seni yang
dihasilkan oleh sasterawan dengan kata-kata yang indah dan mempunyai fungsi bagi menarik
minat pembaca. Dengan adanya, kesusasterawan Melayu, masyarakat dapat memperoleh
pengajaran sekaligus dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian. Oleh itu, sebagai
sebagai rakyat yang berjiwa bahasa seharusnya memelihara kesusasteraan Melayu serta
memperkembangkannya.
(1002 PATAH PERKATAAN)
7
RUJUKAN
Kamus Dewan Bahasa. (2015). Ed. Ke-4. Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Zubir (2010). Peranan sastera dalam menjana modal insan pelajar Melayu ke
arah kemajuan pendidikan. Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa. 29-31
Mac
Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi (2015). Kesusasteraan Melayu tradisional
sebagai wadah komunikasi massa: Suatu analisis. Jurnal Komunikasi:
Malaysia Journal of Communication, 31(2), 183-194.
Rohaya binti Md Ali, Phat a/l Awang Deng, Melor Fauzita binti Yusoff, Rashidah binti
Mamat & Nor Hafidah binti Ibrahim. (2019). Adaptasi Sastera Rakyat Kanak-
Kanak dalam Media Digital: Membangun Modal Insan Negara. Jurnal Sultan
Alauddin Sulaiman Shah. 253-263.
Shamsudin bin Othman, Azhar bin Md Sabil & Ghazali bin Lateh. (2015). Pemikiran
akal budi dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan Kesusasteraan
Melayu. International Journal of Education and Training (InJET), 1(2), 1-10.