The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bsyamiera, 2024-05-15 12:23:42

Implikasi Globalisasi Terhadap Keruntuhan Akhlak

PENGAJIAN ISLAM EFOLIO_MPU23012

PENGAJIAN ISLAM MPU23012 SESI II 2023/2024 IMPLIKASI GLOBALISASI TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK PENSYARAH: PUAN HASANI BINTI GHAZALI


AHLI KUMPULAN NUR INSYIRAH BINTI ISHAK 08DPI23F1065 NUR SYAKIRAH BINNTI NAZRI 08DPI23F1069 SITI NURSYAMIERA BALQIS BINTI MAZLAN 08DPI23F1105


ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENGENALAN PETIKAN ARTIKEL / AKHBAR PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK KESAN KERUNTUHAN AKHLAK TERHADAP INDIVIDU DAN NEGARA LANGKAH MENCEGAH KERUNTUHAN AKHLAK DALIL KESIMPULAN SUMBER RUJUKAN 01 02-03 04-05 06-08 09-11 16-17 12-15 18 19


Alhamdulillah , bersyukur kehadrat Illahi kerana limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan e-folio ini dengan jayanya yang bertajuk “Implikasi Globalisasi Terhadap Keruntuhan Akhlak” . Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah matapelajaran Pengajian Islam (MPU23012) iaitu Puan Hasani Binti Ghazali kerana banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung . Tidak lupa juga kepada ibubapa serta rakan-rakan yang memberi sokongan kepada kami secara langsung atau tidak langsung sepajang proses merealisasikan tugasan ini berjalan . Harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi insan yang cemerlang dan berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat . penghargaan 01


PENGENALAN APA ITU GLOBALISASI ? Globalisasi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dalam kehidupan kita pada hari ini . Secara umumnya, kita dapat lihat bahawa globalilasi ini membawa pelbagai perubahan kepada kita sama ada yang positif serta negatif terutamanya kepada generasi-generasi muda yang kian membesar . Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, globalisasi ialah proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi dan kebudayaan yang disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi serta dasar terbuka. Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) yang bererti tabiat, kelakuan, perangai, serta tingkah laku. Dalam maksud istilah pula, akhlak ini ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang serta mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan . Prof Dr Ahmad Amin dalam bukunya yang bertajuk ‘Etika Ilmu Akhlak’ merumuskan pengertian akhlak ini ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh sesetengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat” . APA ITU AKHLAK ? 02


Gejala keruntuhan akhlak merupakan satu isu yang meningkat sekarang. Pelbagai insiden yang tidak diingini berkaitan dengan masyarakat tanpa mengira usia di negara ini sering didedahkan di media massa mahupun di hadapan mata masyarakat . Terdapat beberapa contoh gejala keruntuhan akhlak seperti pergaulan bebas, pergaulan dadah, hubungan seks dan sebagainya. Gejala ini tidak dapat diterima oleh masyarakat dan ia juga melanggar syariat islam. Ini kerana ia membawa impak yang besar kepada masyarakat selain daripada diri sendiri. Gejala ini juga merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda generasi remaja dan belia. Ini terjadi disebabkan kesan globalisasi yang melanda seluruh dunia. Akhirnya, gejala ini juga berpunca daripada ibubapa yang gagal memainkan peranan. Terdapat banyak implikasi globalisasi terhadap pemikiran remaja pada zaman sekarang. Antaranya ialah remaja mudah terpengaruh budaya barat. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membezakan di antara perkara baik dan buruk. Budaya barat yang tersebar melalui media sosial dapat memanipulasikan pemikiran mereka. Remaja pada zaman ini hidup dengan teknologi yang canggih yang membekalkan kepada mereka rangkaian internet yang boleh membuatkan mereka mengakses laman sesawang yang tidak memberikan faedah serta mengandungi unsur yang tidak bermoral . 03


RINGKASAN ARTIKEL PETIKAN ARTIKEL / AKHBAR Isu perselisihan faham ini banyak dibicarakan terutamanya dalam media sosial.Tersebut merupakan beberapa artikel yang berkaitan tajuk yang dibincangkan.Antara artikel tersebut ialah: 1. KES BULI YANG MELIBATKAN KEMATIAN Punca kematian seorang pelajar KV lahad Datu , Mohammad Nazmie Muhd Narul Azwan dipercayai adalah disebabkan perselisihan faham mengenai wang berjumlah RM 85 iaitu mangsa dituduh mencuri wang berjumlah RM35 dan RM50 daripada dua pelajar dan disebabkan oleh itu mangsa dipukul oleh 13 pelajar berusia antara 16 hingga 19 tahun.Justeru adalah sangat penting kita sebagai seorang muslim untuk berbincang baik - baik jika terdapat masalah dan perselisihan faham dan tidak bertindak mengikut perasaan.Jika kita tidak dapat mengawal perasaan , kemungkinan isu seperti yang berlaku di atas akan terjadi kembali.Kita juga pandai mencari kawan yang baik dan boleh membawa pengaruh baik kepada kita.Jika kawan kita melakukan kesalahan, tegurlah dia supaya dia boleh menjadi orang yang lebih baik dimasa hadapan. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kematian-pelajar-kv-lahaddatu-reman-13-remaja-lelaki-disambung-464403 04


2. KES PASANGAN KEKASIH MEMBERIKAN DADAH KEPADA BAYI Sepasang kekasih ditahan polis selepas disyaki memberi dadah kepada bayi lelaki berusia 16 bulan yang dipercayai anak mereka.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata pasangan itu selepas Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru membuat laporan mengenai bayi malang itu yang didapati positif dadah.Selepas mendapat aduan, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di Jalan Salleh, Johor Bahru dan seorang wanita berusia 31 tahun di HSA.Menurut hasil ujian awal saringan air kencing mendapati pasangan kekasih itu positif dadah, manakala bayi itu pula didapati positif methamphetamine atau amphetamine.Wanita yang juga ibu kandung bayi berkenaan ditahan ketika menghantar mangsa yang mengalami sawan ke hospital.Keruntuhan akhlak memberikan impak yang buruk kepada kita , jadi sebagai orang muslim kita perlulah menjaga akhlak kita dan mengetahui apa yang baik dan buruk. https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2023/12/1191767/bayi-16- bulan-positif-dadah-polis-tahan-ibu-kandung-teman-lelaki 05


PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK Keruntuhan akhlak ini kebanyakkannya terjadi pada golongan muda.Terdapat banyak punca Keruntuhan Akhlak. Antaranya pengaruh media massa. Zaman sekarang memang manusia tidak lekang dengan telefon pintar. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap orang untuk mempunyai telefon pintar. Semua informasi dan maklumat yang berupa video, artikel, berita dan banyak lagi boleh didapati di telefon pintar menggunakan aplikasi Google, Facebook, Instagram, YouTube dan lainlain. Akan tetapi bukan semua yang dipaparkan di media sosial itu pengaruh yang baik kerana banyak unsur yang tidak senonoh seperti pornografi dan keganasan. Zaman sekarang juga, terdapat banyak drama atau cerita yang meromantikkan babak-babak yang tidak senonoh ini yang mempengaruhi orang yang menontonnya untuk melakukan perkara yang sama dan akhirnya ia menjadi satu normalisasi dalam masyarakat kita. 1)PENGARUH MEDIA MASSA 06


2) TREND YANG MENGARUT YANG DIBUAT OLEH INFLUENCE Seterusnya, di aplikasi seperti Tiktok dan Instagram banyak trend yang mengarut yang di buat oleh 'influencer'. Sebelum ini timbul satu cabaran yang sedang popular di seluruh dunia iaitu ‘tripping jump challenge’ yang mana cabaran ini melibatkan seorang individu yang berada di tengah akan di-prank kononnya perlu melompat setinggi mungkin, sementara dua lagi rakan di sebelahnya akan menyepak kaki individu tersebut. Antara kecederaan yang akan dihadapi, risiko kecederaan serius pada kepala, sekiranya bahagian itu terhentak dengan kuat di lantai sewaktu terjatuh. Pastinya, bahaya yang menanti sekiranya kepada terhentak dengan kuat ke atas konkrit, misalnya berlaku gegaran otak. Sepanjang cabaran ini tular, seorang remaja perempuan di Brazil meninggal dunia selepas melakukan permainan yang popular dalam kalangan remaja Selain itu, 'influencer' di media sosial juga sering menunjukkan kehidupan yang mewah dan kekayaan mereka dia media sosial. Pengikut- pengikut yang melihatnya terutama dalam kalangan remaja turut juga ingin kehidupan yang mewah. Ia memberi kesan yang buruk kerana remaja ini akan menghabiskan duit pada barangan dan makanan yang mahal hanya untuk dipaparkan di media sosial sedangkan kewangan mereka tidak cukup untuk menghayati kehidupan seperti itu. Lebih teruk, apabila mereka menipu ibu bapa mereka hanya kerana ingin mendapatkan duit , sedangkan ibu bapa mereka tidak mampu dan penat lelah bekerja hanya untuk mencari sesuap nasi. 07


3) KURANGNYA DIDIKAN AGAMA Punca keruntuhan akhlak yang lain pula adalah daripada kurangnya didikan agama. Di Malaysia, majoriti rakyatnya menganut agama islam. Islam ialah agama yang memberi panduan hidup untuk di dunia dan akhirat. Sebab itulah sebagai orang islam, kita perlu melakukan perkara yang diperintah-Nya dan meninggalkan perkara yang dilarang-Nya. Malangnya, zaman sekarang, kita boleh lihat betapa ramainya tidak ambil berat soal agama yang akhirnya melakukan sikap liberal yang tidak bertempat seperti pergaulan bebas antara berlainan jantina, mengikut budaya barat, perkahwinan berlainan agama dan lain-lain lagi. Didikan itu bermulanya daripada rumah. Bukan semua keluarga itu hidup bahagia kerana semua orang itu tidak sempurna. Oleh itu, ada terjadinya pergaduhan antara suami isteri yang memberi impak kepada anak-anak. Anak-anak akan rasa tertekan dan tidak ingin berada di rumah. Selain itu, Ibu bapa juga sering mengabaikan tanggungjawab mereka kerana sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk anak-anak apabila mereka ingin meluah tentang perasaan mereka. Jadi anak-anak ini akan berasa jauh dengan ibu bapa mereka dan merasa lebih dekat dan selesa dengan rakan-rakan sebaya mereka berbanding ibu bapa sendiri. Tetapi apakan daya, apabila mereka tersalah pilih rakan kerana rakan yang mereka berkawan tersebut itu memberi pengaruh yang buruk. Contohnya, melakukan aktiviti lumba haram, merokok, vandalism, membuli dan banyak lagi. Jadinya, ibu bapa perlu memperhatikan aktiviti anak-anak dan mengetahui rakan-rakan anak mereka supaya mereka tidak melakukan perkara yang tidak baik. 08


KESAN KERUNTUHAN AKHLAK TERHADAP INDIVIDU DAN NEGARA 1.KESAN KEPADA INDIVIDU Antara kesan keruntuhan akhlak boleh menjadikan individu tersebut hubungan sosialnya kurang kualiti. Apabila kualiti sosialnya berkurangan, orang sekelilingnya seperti rakan dan masyarakat akan mula menjauhkan diri kerana menghadapi kesukaran dalam membina dan menjaga hubungan yang sihat kerana individu sudah kehilangan keyakinan dan reputasi yang diperlukan untuk menjalin hubungan yang baik. Jika perkara ini berlarutan, individu mungkin akan merasa tertekan dan murung kerana masyarakat tidak menerima dirinya seperti dahulu lagi. Selain itu, individu akan memburukkan nama baik ibu bapa, kerana masyarakat kita percaya didikan itu datangnya daripada rumah. Jika anak-anak melakukan perkara yang tidak bermoral, orang lain akan menuduh dan menyalahkan ibu bapa kerana menganggap ibu bapanya gagal mendidik anak menjadi orang yang baik dan berguna. Akibatnya, ibu bapa perlu tanggung malu bagi kesilapan anak-anak walaupun sudah ada ibu bapa yang telah memberikan pendidikan dan ajaran yang baik kepada anak-anak. 09


Seterusnya, kesan yang akan berlaku apabila seseorang itu keruntuhan akhlak ialah keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan bahagia. Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud perbalahan dan pergaduhan. Lebih parah lagi apabila pergaduhan tersebut menjurus ke arah penceraian. Anak-anak pula yang akan menjadi mangsa. Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak-anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja. Impaknya pula akan terus kepada anak-anak di mana akan wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.Benarlah kata-kata hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. 2.KESAN KEPADA KELUARGA 10


3.KESAN KEPADA AGAMA DAN BANGSA Kesan yang berikutnya pula adalah pada agama dan bangsa. Sebagai seseorang yang mempunyai agama, kita perlu menunjukkan contoh yang baik kepada orang yang bukan menganut agama kita kerana mereka tidak belajar tentang agama kita dengan membaca, akan tetapi mereka akan mendalami agama kita dengan melihat cara gaya hidup kita seperti cara kita bercakap, berbudi bahasa, makan, minum, dan lain-lain lagi. Sudah tentu agama memberi panduan kepada kita untuk menjadi orang yang baik, tetapi sebagai manusia kita pasti akan melakukan kesilapan. Jika kita melakukan kesilapan, mereka akan menuduh bahawa agama kita mengajari umatnya untuk melakukan perkara sedemikian sedangkan sudah pasti setiap agama itu indah dan mengajari perkara yang baik-baik sahaja. Oleh sebab itulah, kita perlu menjaga nama baik agama dan tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya kerana kita membawa imej agama. Selain itu, bangsa juga turut mendapat kesan yang sama seperti agama, ia merupakan satu sensitiviti terutamanya pada negara yang berbilang kaum seperti negara kita, Malaysia. 4.KESAN KEPADA NEGARA Dari sudut negara pula, apabila terdapat ramai rakyat yang akhlaknya runtuh, negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan. Bukanlah kita nafikan seseorang itu tidak boleh berubah untuk menjadi lebih baik, tetapi bila ramai yang melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral ini, sudah tentu sikap-sikap ini mereka akan bawa hingga ke alam pekerjaan, yang di mana kita boleh lihat pada dunia sekarang banyaknya berlaku kes jenayah seperti rasuah, merogol, dadah, membunuh dan banyak lagi. Jika perkara ini masih diteruskan, tidak hairanlah jika sesebuah negara itu tidak maju kerana rakyatnya sendiri masih tidak ada kesedaran untuk berubah. Oleh itu, wajarlah golongan ini tidak layak untuk menjadi ketua, apatah lagi untuk memimpin negara kerana mereka sendiri masih belum dapat mengawal diri sendiri untuk tidak melibatkan diri daripada melakukan perkara-perkara sedemikian. Jika negara diberikan kepada golongan seperti ini, hancurlah sesebuah negara itu. 11


1. PERANAN IBUBAPA Langkah utama bagi mengatasi keruntuhan akhlak adalah ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anakanak ibarat pepatah 'melentur buluh, biarlah dari rebungnya.' Anak-anak membesar dengan melihat cara percakapan dan perilaku ibu bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah menjadi contoh terbaik untuk anak-anak dengan bercakap dengan bahasa yang baik dan tidak meninggikan suara. Seterusnya, ibu bapa perlulah meluangkan masa dengan anak-anak dan bukan sahaja menyibukkan diri dengan kerja dan tidak mempunyai masa untuk bermain bersama anak-anak. Cara untuk meluangkan masa adalah dengan melakukan aktiviti seperti menonton televisyen bersama keluarga ataupun makan bersama-sama tanpa sebarang telefon dan perbanyakkan berbual-bual dan mengetahui perkembangan dan kehidupan anak-anak. Bagi aktiviti luar pula, ibu bapa boleh bawa anakanak beriadah pada hujung minggu ataupun ketika mempunyai masa terluang. Selain itu, ibu bapa perlu peka dengan setiap perkara yang diberitahu oleh anak-anak terutamanya ketika mereka mempunyai masalah. Sentiasa berada di sisi anak-anak ketika mereka berada dalam kesusahan dan menjadi rakan atau pendengar yang setia untuk mendengar dan berkongsi segalah masalah yang dihadapi. LANGKAH BAGI MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK 12


2. PANDAI MENCARI KAWAN YANG BAIK Langkah yang lain pula, bergaul dengan rakan-rakan yang memberi pengaruh yang baik. Rakan ini adalah pengaruh yang besar dalam hidup kita. Oleh itu, kita perlulah bijak memilih rakan kerana jika baik rakan kita, baik jugalah diri kita, jika jahat rakan kita, jahat jugalah diri kita. Rakan yang baik banyak memberikan manfaat kepada kita, disebabkan itulah kita perlu perbanyakkan bergaul dengan golongan ini supaya akhlak kita juga terjaga. Biarlah orang lain kata yang kita ini sombong kerana tidak bergaul dengan mereka, asalkan kita tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang membawa keburukan. Tetapi ini tidak bermaksud rakan-rakan yang memberi pengaruh buruk kepada kita perlu dijadikan musuh, kita hanya perlu kurang bergaul dengan mereka agar diri sendiri terjaga dari segala kejahatan. 13


3. MENCARI HOBI YANG BERMANFAAT Selain itu, langkah untuk mengatasi keruntuhan akhlak ialah menukarkan aktiviti harian kepada hobi yang lebih sihat. Jika, sebelum ini seseorang itu banyak menghabiskan masa dengan bermain telefon, tukarkan aktiviti itu kepada perkara yang lebih bermanfaat seperti membaca buku ilmiah. Membaca itu amalan mulia, jadi perbanyakkan lagi membaca buku untuk menambah ilmu bagi kecerdasan otak daripada bermain telefon untuk menonton video yang merapu. Membaca buku ilmiah juga dapat menyedarkan diri untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, disitu juga seseorang itu dapat menjauhkan diri daripada keruntuhan akhlak. Selain itu, aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah bersukan. Lebih baik bergerak dengan melakukan aktiviti sukan daripada terbaring di atas katil untuk bermain telefon. Bersukan dapat mengeluarkan peluh yang dapat membuang toksin daripada badan dan juga dapat mencergaskan badan. Jelaslah di sini, bahawa melakukan aktiviti yang sihat dapat menghindarkan diri daripada keruntuhan akhlak. 14


4. MERAPATKAN HUBUNGAN DENGAN ALLAH Akhir sekali, langkah bagi mengatasi keruntuhan akhlak adalah dengan mendalami dan mempraktikkan agama dalam kehidupan seharian. Contohnya, agama islam berpandukan al-Quran dan Hadith. Setiap daripada ayat yang tertera adalah bertujuan untuk membantu kita menjalani masalah dalam kehidupan kita. Misalnya, "Hai orangorang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar, " surah AlBaqarah, ayat ke-153. Daripada petikan ayat ini juga menunjukkan, islam mengajar manusia untuk bersabar apabila menghadapi masalah, setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan diberi ganjaran. Sebagai orang islam, banyakkan berdoa kepada Allah untuk dijauhkan daripada perkara yang tidak baik dan juga menjaga solat kerana solat itu tiang agama. Amalkan apa sahaja yang diajar bagi agama masing-masing, asalkan ia tidak membawa pada keburukan. 15


DALIL AL-QURAN DAN HADIS حَذِلَك، َوِإَّما اَل ُي ن َأ ِإَّما مثل الجليس الصالح والَّسْوِء، َك َحاِمل المسك ونافخ الكبير ، محامل المسك : ًحا طيبة، ونافح الكبير : إما ل يحرق يملك، وإما في تجد ريحا خرية ( ْبَتاعِمْنُه، َوِإَّما َلن َتِجَد ِمْنُه ِري َت Maksudnya, "Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk" (Hadis. al-Bukhari. No: 5534 & Muslim. No: 2628) َحُدُكْم َمْن َيْنُظْر َأ َم الَّر ُجُل َعىَل ِديِن َخِليِلِه َف ْل َّل ْيِه َوَس ل َرُسوُل هللا َصىَّل ُهللا َعَل ُق عن في الهريرة ، قال : ( يحلل Maksudnya, "Seseorang itu tergantung pada agama temannya, Maka hendaklah diperhatikan siapakah yang dia jadikan teman" (Hadis. Abu Dawud. No: 4833 & Al- Tarmidhi. No: 2378) 1.MENCARI KAWAN YANG BAIK -Kedua-dua hadis ini menunjukkan kepentingan memilih teman atau kawan yang baik kerana merekalah yang akan membentuk peribadi dan akhlak kita. Perumpamaan teman atau kawan yang baik ini umpama seorang penjual wangi kerana manfaat yang kita akan peroleh daripadanya apabila kita berdamping dengannya. Tambahan pula, Imam al- Nawawi meletakkan hadith ini di bawah bah atau tajuk sunat bergaul dengan orang yang soleh. Selain itu juga, hadith ini menunjukkan kepada kita kelebihan duduk bersama orang yang soleh, orang yang baik, orang yang menjaga maruah, orang yang mulia akhlaknya, orang yang warak, ahli ilmu, orang yang beradab di samping larangan duduk bersama. orang yang tidak baik, ahli bid'ah, orang yang dibenci masyarakat atau yang melakukan maksiat, malas beramal dan sebagainya yang termasuk di dalam perkara-perkara yang dicela (Ahmad Ayoup, 2018). 16


2. MASUK ISLAM BUKAN KERANA TERPAKSA 1. Q.S Al-Baqarah ayat 208 ْم َعُدٌّو ُّمِبيٌن ُه َل ُك َّن ْوا ِفي السلم كافة وال تتبعوا خطوت الَّشْيَطُن ِإ ُخُل ِذيَن آَمُنوا اْد َّل َها ا ُّي َأ َي Artinya: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam (kedamaian) secara menyeluruh dan janganlah ikuti langkah-langkah setan! Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu" (Q.S Al-Baqarah: 208). Dinukilkan dari riwayat Ibn Jarir serta Ikrimah mengatakan, "Ayat ini turun kepada Qais bin Zaid, Usaid bin Ka'ab, Ibn Yamin, Abdullah bin Salam, Tsa'labah serta Said bin Amr." Semuanya merupakan golongan Yahudi. Mereka mengatakan, "Wahai Rasulullah, hari sabtu merupakan hari agung bagi kami, biarkanlah diagungkan hari tersebut oleh kami, serta Injil dan taurat berasal dari tuhan. Maka biarkan kami menghidupi malam untuk membaca kitab tersebut. " Maka turunlah ayat: َّف ًة ِم َكا ْل وا ِفي الَّس ُخُل ِذيَن آَمُنوا اْد َّل َها ا ُّي َأ َي Artinya: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam (kedamaian) secara menyeluruh." 17


Kesimpulannya, pengaruh globalisasi ini perlulah diatasi dengan segera. Semua pihak harus memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini terutamanya dalam ibubapa serta dalam kalangan remaja. Gejala keruntuhan akhlak di negara ini akan menjadi sukar dibendung sekiranya masyarakat bersikap lepas tangan. Masalah ini telah lama mendapat tempat di dalam keprihatinan masyarakat khususnya di Malaysia,tetapi sehingga kini masih belum tampak jelas jalan penyelesainnya. Isu ini seharusnya diberi penekanan yang tinggi kerana jatuh bangunnya sesebuah negara itu tergantung kepada pihak kerajaan atau bukan kerajaan memainkan peranan penting untuk mengetasi masalah gejala keruntuhan akhlak ini. Oleh itu, untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam bidang kepimpinan, pengurusan, dan pentadbiran perlu dihadapi dengan iman dan keterampilan dalam pelbagai bidang ilmu . Untuk membina generasi kepimpinan baru yang baik, seseorang itu perlulaj mempunyai sifat mukmin iaitu kejujuran, amanah dan lain-lain dengan tahap profesionalisme dan kompetensi yang tinggi, cekap serta berketerampilan. Dengan sifat ini, maka akan terbinalah Malaysia sebagai negara islam yag progresif, toleran dan dinamik . Akhir sekali, kitaharuslah menjaga maruah kita dan diri kita sendiri agar tidak dipandang rendah oleh orang lain. KESIMPULAN 18


19 SUMBER RUJUKAN I N T ER N E T : HT TPS : / /MS .WIKIPE D IA. O R G /WIKI /MO RAL HT TPS : / /ARI E F N AZMI E . TRIP O D . C OM/ C ARA % 2 0ME N G ATAS I .HTM HT TPS : / / T IRT O . I D /AYAT -AYAT -AL - Q URA N - T E N TA N G -AKHLAKS ERTA-PE N JE LASA N N YAG KL F # : ~ : T EXT =ART I N YA % 3A % 2 0 % 2 2HAI % 2 0 O RA N G % 2 D O RA N G , BA Q ARAH % 2 0 % 5B2 % 5 D % 3A % 2 0 1 5 3 ).&T EXT =ART I N YA % 3A % 2 0 % 2 2 JA D I LAH % 2 0 PEMAAF % 2 0 D A N % 2 0 SURUHLAH,RAF % 2 0 % 5B7 % 5 D % 3A % 2 0 1 9 9 ) PE T IKA N AKHBAR: HT TPS : / /WWW.BHARIA N . C OM.MY/AMP/BERI TA/KE S / 2 0 2 3 / 1 2 / 11 9 1 7 6 7 /BA YI-1 6 -BULA N -P O S I T I F - D A D AH-P O L I S - TAHA N -IBU-KA N D U N G - T EMA N - L E LAKI •HT TPS : / /WWW.AS TR O AWA N I . C OM/BERI TA-MALAYS IA/KEMAT IA N - PE LAJAR-KV- LAHA D - D ATU-REMA N -1 3 -REMAJA- L E LAKI- D I SAMBU N G - 4 6 4 4 0 3 BUKU AL - Q URA N


Click to View FlipBook Version