BMMB3163KEBUDAYAANKEBANGSAANTUGASAN2WONGWEI YINGPT4S1-9PENSYARAHPEMBIMBING:DR NOOR HAYATI BINTI CHEMAT
1.0 Pendahuluan Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum, agama danbudaya(Aszlan & Mohamad Iszuan, 2013). Malaysia terdiri daripada golongan masyarakat yangkepelbagaian kaum iaitu kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan bumiputera yangmemiliki negeri Sabah dan Sarawak seperti orang Asli, Iban, Bidayuh, Kadazan, Dusun dan sebagainya(Abdul Rahman, 2006). Kebudayaan merujuk kepada cara hidup yang dipraktikkanolehsesuatu masyarakat yang berkaitan dengan akal budi dan berkelakuan dan diwarisi dari satugenerasi ke generasi berikutnya (Kamus Dewan, 2015). Hal ini menunjukkan pertembunganbudaya iaitu penemuan sesuatu cara hidup manusia berlainan yang dapat membezakansatukelompok masyarakat dengan masyarakat yang lain. Pertembungan budaya menyebabkanproses pembudayaan wujud dan diperlukan dalam kalangan masyarakat Malaysiauntukmembentuk negara yang unik dan harmoni. 2.0 Adat resam Adat resam merupakan peraturan yang perlu diamalkan dan dipatuhi sejak turuntemurun dalam sesebuah masyarakat (Kamus Dewan, 2015). Adat resammerangkumi aspek- aspek cara kehidupan seperti kepercayaan, hari perayaan, kelahiran, perkahwinandankematian dan sebagainya (Zuraiha Binti Mohd Zain, et al, 2021). Adat resamyang berbezamengikut kaum memerlukan proses akomodasi. Akomodasi menunjukkan kumpulanetniksaling menghormati dan tetap mempertahankan budaya masing-masing (Shamsul Amri, 2007). Sebagai contoh, masyarakat Melayu akan melawat kubur dengan berdoa kepada keluargaatausaudara mara yang telah meninggal dunia semasa hari raya Aidilfitri (Sharifah Nur Syafiqah, 2023). Pada hari perayaan Deepavali, masyarakat India perlu mandi dengan minyak bijanyangdisapukan oleh ahli keluarga tertua ke atas kepala setiap ahli keluarga untuk membersihkandiri dari segala kejahatan dan sifat dengki (Rubini Nagarajah, 2022 Oktober 23). Seterusnya, sukukaum Iban dan Bidayuh di Sarawak menyambut perayaan Gawai dengan mengadakanpelbagai aktiviti seperti tari-menari, minum arak beras, upacara penyembahan makanan danarakkepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran (Nurul Julia Alani Henry, 2022). Setiap adat resam mempunyai pantang larang tertentu mengikut budaya masing- masing. Pantang larang merupakan perbuatan yang tidak boleh dilakukan mengikut kepercayaan, adat dan budaya warisan nenek moyang masing-masing. Pantang larangyangberbeza mengikut kaum juga berlaku akomodasi. Misalnya, masyarakat Cina tidak bolehmenyapu rumah hari pertama pada Tahun Baru Cina kerana keuntungan akan dibuang(Afix
Redzuan, 2022 Januari 30). Selain itu, suku kaum Semai orang Asli tidak boleh mendekati binatang-binatang yang boleh memudaratkan kandungan dan bayi dalamkandunganseperti kura-kura, beruk, ular (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, 2023). Dengan itu, prosesakomodasi berlaku di mana masyarakat Malaysia saling menghormati adat resamdanpantanglarang yang berbeza dan tetap mempertahankan budaya tersendiri supaya kesejahteraanhidupdibentuk. 3.0 Pakaian Pakaian tradisional merupakan warisan tamadun dan peradaban yang diturunkansejakzaman dahulu. Masyarakat Malaysia mempunyai pakaian tradisional dengan pelbagai corak, bentuk dan warna yang melambangkan identiti budaya masing-masing. Pakaian tradisional akan berlaku proses akulturasi dan proses asimilasi Akulturasi merupakan prosesyangmenerima unsur kebudayaan asing tetapi diolah mengikut kebudayaan sendiri tanpa kehilanganidentiti asal masyarakat penerima (Mardianah & Hasnah, 2003). Proses asimilasi pulamerujukkepada satu kumpulan etnik membentuk budaya dan identiti yang sama dengan kumpulanetnikyang lain (Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainudin, 2007). Masyarakat Melayu memerlukanproses akulturasi jika ingin memakai pakaian tradisional masyarakat lain dengansyarat menutup aurat supaya konsep kesopanan dan tatasusila ditekankan (Azman Ibrahim, 2020, Ogos 27). Masyarakat lain berlaku proses asimilasi kerana mereka tidak perlu mengolahkanpakaian tradisional yang ingin dipakai. Sebagai contoh, masyarakat Malaysia boleh memakai baju kurung dan baju Melayu yang sebagai baju kebangsaan dalam upacara atau majlisrasmi (Noor Hidayah Tanzizi, 2023 September 9). 4.0 Makanan Makanan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai adat dan budaya. Masyarakat Baba dan Nyonya yang menerima unsur budaya Melayu danunsur budaya Cina berlaku pertembungan budaya dari segi makanan dan mewujudkanprosesakulturasi dan proses asimilasi. Proses akulturasi berlaku dalam masakan Baba danNyonyadaripada unsur budaya Melayu seperti penggunaan belacan, daun pandan, santan kelapadanserai (Vijayaletchumy Subramaniam & Wan Muna Ruzanna, 2009). Rempah ratus yangseringdigunakan oleh masyarakat Melayu membolehkan keaslian masakan masyarakat BabadanNyonya terpelihara. Tambahan pula, masyarakat Baba dan Nyonya mengekalkantradisi makanan berasal dari masyarakat Cina yang disesuaikan dengan masakan pedas masyarakat Melayu. Misalnya, pang teh dan itik sioh (Che Wan Jasimah, 2009). Hal ini menunjukkan
bahawa lada cili yang banyak digunakan oleh masakan masyarakat Baba dan Nyonyamerupakan satu identiti yang berbeza dengan masyarakat Cina. Oleh itu, makanan BabadanNyonya mewujudkan proses akulturasi kerana masyarakat Baba dan Nyonya menerimaunsur budaya Melayu dan budaya Cina dan diolahkan menjadi resepi makanan yang mempunyai identiti Baba dan Nyonya seperti ayam pongteh, kerabu bihun, ayam masak cili dan sebagainya. Masyarakat Baba dan Nyonya juga menggunakan proses asimilasi kerana kuih-muih tradisional seperti onde-onde, dodol, kuih bahulu dan cendol mengekalkan resepi makanan tradisional masyarakat Melayu manakala kuih bakul pula mengekalkan resepi makanan tradisional masyarakat Cina (Vijayaletchumy Subramaniam & Wan Muna Ruzanna, 2009). 5.0 Perkahwinan Perkahwinan campur disifatkan sebagai penyatuan antara dua pihak yang berlainanagama, bangsa atau kaum. Perkahwinan campur di Malaysia mempunyai pertembunganbudaya dan mewujudkan proses amalgamasi. Amalgamasi merujuk kepada unsur-unsur budaya bercampur dan membentuk jenis kaum yang baharu. Misalnya, Baba danNyonyamerupakan perkahwinan campur antara pendatang China dengan masyarakat tempatanyangboleh terdiri daripada pelbagai etnik. Buktinya, Sultan Mansur Shah menjalinkan hubungandiplomatik dengan China. Maharaja Dinasti Ming di China iaitu maharaja Yongle menghadiahi anaknya, puteri Li Po untuk menjadi isteri Sultan Mansur Shah. Hang Li Po datang keTanahMelayu bersama dengan Laksamana Cheng Ho dengan 500 pengiring perempuan. Pengiringputeri menetap di Bukit Cina dan akhirnya berkahwin dengan Sultan Mansur Shah(KongYuanZi, 2001). Jadi, perkahwinan campur antara kaum Melayu dan kaumCina pada masaitutelah dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Contoh perkahwinan campur lain yang dapat melihat proses amalgamasi adalah perkahwinan masyarakat Portugis dengan masyarakat Melayuyangmelahirkan masyarakat baru dikenali sebagai Orang Luso-Melayu (Pue Giok Hun, 2015). Selainitu, perkahwinan campur antara orang Sikh dengan orang Cina dan Kadazan mewujudkanmasyarakat baru iaitu peranakan Punjabi (Pue Giok Hun, 2015). Pendek kata, sesuatu generasi dan budaya yang baharu telah dibentuk melalui proses amalgamasi iaitu perkahwinan campur.
6.0 Penutup Kesimpulannya, kepelbagaian budaya di Malaysia mewujudkan pertembunganbudayayang memerlukan proses pembudayaan untuk mengekalkan kesejahteraan hidup kita. Olehitu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu menguasai keempat-empat jenis proses pembudayaandandigunakan dalam pertembungan budaya supaya melambangkan Malaysia sebagai sebuahnegara yang harmoni melalui kepelbagaian kaum yang saling hormat-menghormati.
Rujukan Afix Redzuan. (2022, Januari 30). 15 hari patuhi pantang larang, Tahun Baru Cina bawatuahdan kemakmuran. selangorkini online. https://selangorkini.my/2022/01/15-hari-patuhi-pantang-larang-tahun-baharu-cina-bawa-tuah- dan-kemakmuran/ Aszlan Selamat dan Muhamad Iszuan bin Safarudin. (2016). Penilaian faktor-faktor kesenjangan etnik di Malaysia sebagai penghalang perpaduan nasional. Jurnal Kinabalu, 77- 93. https://www.ums.edu.my/fksw/images/files/BIL192013/Kinabalu19_C4_PENILAIAN_FAKTOR. pdf Azman Ibrahim. (2020, Ogos 27). Memakai pakaian tradisional kaum lain dibolehkan –Zulkifli. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/komuniti/2020/08/memakai-pakaian-tradisional-kaumlain-dibolehkan-zulkifli/ Che Wan Jasimah Bt. Wan Mohamed Radzi. (2009). Budaya pemakanan masyarakat Malaysiadari perspektif agama, polisi, sains dan teknologi dengan rujukan khusus kepada pengaruhIslam dalam penghasilan makanan. Universiti Malaya Kuala Lumpur. http://studentsrepo.um.edu.my/4342/8/Combine.pdf Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. (2021, November 9). Adat & pantang larangorangAsli. https://www.jakoa.gov.my/orang-asli/adat-pantang-larang-orang-asli/ Kong YuanZi. (2001). Cerita Hang Li Po: Ode Persahabatan Kedua-dua BangsaChina- Malaysia. Jurnal Sari, 19 (2001), 179-187. http://journalarticle.ukm.my/1219/1/Cerita_Hang_Li_Po.pdf
Mardinah Nordin dan Hasnah Hussin. (2003). Membina Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perpaduan Negara. Noor Hidayah Tanzizi. (2023, September 9). Hatiku 'dicuri' baju kurung. HarianMetro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/09/1007816/hatiku-dicuri-baju-kurung Nurul Julia Alani Henry. (2022, Jun 2). Hari Gawai: Perayaan tradisi etnik peribumi Sarawak. Dewan Budaya. https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2022/06/02/1953/ Pue Giok Hun. (2015). Perkahwinan campur dan fenomena peranakan di semenanjungMalaysia. Jurnal UKM, 41(2015), 306-843. https://www.researchgate.net/publication/317228777_Perkahwinan_campur_dan_fenomena_Peranakan_di_Semenanjung_Malaysia Rubini Nagarajah. (2022, Oktober 23). Inilah 5 perkara wajib yang perlu dilakukanketikaperayaan deepavali. Getaran. https://www.getaran.my/artikel/tara/33561/inilah-5-perkara-wajib-yang-perlu-dilakukan-ketika- perayaan-deepavali Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Putrajaya:Kementerian PengajianTinggi Malaysia. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna. (2009). Cara hidup kemelayuanmasihlagi menjadi pegangan dan amalan masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia. Jurnal ASWARA. https://dokumen.tips/documents/baba-dan-nyonya-55ab5891bb1b7.html