Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 2 STUDENT’S HANDBOOK PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 3 STUDENT’S HANDBOOK PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK Kandungan buku ini adalah betul pada tarikh penerbitan. Program Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Kuala Langat berhak untuk menambah, meminda atau membuat sebarang pindaan pada kandungan buku ini apabila perlu. Setiap bahagian terbitan tidak boleh diterbitkan semula, dismpan untuk pengeluaran atau dipinsahkan ke bentuk lain sama ada dengan cara elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Kolej Komuniti Kuala Langat. Hak Cipta Terpelihara © Januari 2023 Kolej Komuniti Kuala Langat Diterbitkan Oleh: Program Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Kuala Langat Jalan Sultan Suleiman Shah 42700 Banting Selangor Darul Ehsan Tel: 03-31202030 Faks : 03-31202080 Laman web: http://kkkualalangat.mypolycc.edu.my PENULIS ROZI ROSLINDA BINTI ABU HASSAN PENYUNTING ROHAYATI BINTI YUSOF EDISI II 2022/2023
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 4 PRAKATA KETUA PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Student’s Handbook bagi Program Sijil Teknologi Elektrik telah berjaya diterbitkan. Buku ini merupakan satu lagi usaha untuk memperkukuhkan pengetahuan pelajar terhadap program yang disertai. Justeru, adalah diharapkan Student’s Handbook Program Sijil Teknologi Elektrik ini akan dapat dijadikan panduan dan rujukan oleh semua pelajar khususnya pelajar Program Sijil Teknologi Elektrik dalam mengharungi pengajaran dan pembelajaran serta urusan sepanjang berada di Kolej Komuniti Kuala Langat. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan Student’s Handbook ini. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh semua pelajar. Sekian, wassalam. ROZI ROSLINDA BINTI ABU HASSAN Ketua Program Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Kuala Langat
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 5 KANDUNGAN PRAKATA KETUA PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK 4 LATAR BELAKANG KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT 7 VISI, MISI & DASAR KUALITI 8 LOGO 9 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN TERTINGGI KKKL 10 FASILITI KKKL 11 BAHAGIAN AKADEMIK KURIKULUM DAN SILIBUS O Pengenalan Sijil Teknologi Elektrik 14 O Spesifikasi Program 14 O Prospek Kerja 15 O Objektif Program Pengajian (Programme Educational Objectives-PEO) 16 O Hasil Pembelajaran Program (Programme Learning Outcomes –PLO) 17 O Pemetaan Hasil Pembelajaran Program vs Objektif Program 18 O Maklumat Program 19 O Struktur Program 20 O Sinopsis Kursus Teras 21 O Fasiliti Program Sijil Teknologi Elektrik 24 O Penganugerahan Sijil Kolej Komuniti 26 UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN O Pengenalan Dan Fungsi Unit 28 O Peraturan Penilaian 29 O Permohonan Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus 37 UNIT HUBUNGAN INDUSTRI DAN ALUMNI O Pengenalan dan Fungsi Unit 39 O Latihan Industri 40 O Proses Latihan Industri 41 O Peraturan Am Latihan Industri 42 o Pengesanan Graduan 43 o Alumni 43
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 6 BAHAGIAN BUKAN AKADEMIK UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR o Pengenalan dan Fungsi Unit o Pembiayaan Kewangan o Insurans Pelajar o Pengurusan Psikologi o Penginapan Pelajar o Pengurusan Pendaftaran Kenderaan Pelajar o Peraturan Pelajar o Jawatankuasa Perwakilan Pelajar o Kesukarelawanan (Brisk) 46 47 48 49 50 51 52 59 60 UNIT PENGAMBILAN o Peranan Unit Pengambilan o Pengurusan Pertukaran Program o Pengurusan Pertukaran Kolej o Pengurusan Tangguh/ Berhenti Pengajian 61 62 63 64 UNIT SUKAN o Pengenalan dan Fungsi Unit 65 PERPUSTAKAAN o Pengenalan 66
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 7 Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KKKL ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ianya sejajar dengan hasrat kerajaan dalam memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia demi untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. KKKL mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting pada 1 April 2003 dan berpindah ke kampus induk di Jalan Suleiman Shah pada Disember 2003. Kini KKKL mempunyai kampus sendiri dengan keluasan tanah 15 ekar. Sebagai salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, peranan KKKL telah diperluaskan dengan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus-kursus pendek. Penawaran kursus ini adalah mengikut kepada kehendak komuniti. Lulusan Kolej Komuniti Kuala Langat yang berkelayakan berpeluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Komuniti, Politeknik atau di Institut Pengajian Tinggi yang lain. Disamping itu lulusan juga boleh mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka peluang perniagaan sendiri. LATAR BELAKANG KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 8
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 9 LOGO KOLEJ KOMUNITI SEMALAYSIA LOGO KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT MOTTO “Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran” LOGO
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 10 CARTA ORGANISASI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 11 Interpretasi KEMUDAHAN FASILITI
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 12
Student Handbook Sijil Teknologi Elektrik BAHAGIAN AKADEMIK
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 14 PENGENALAN SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK Program pengajian tahap sijil bidang teknologi elektrik dan elektronik Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi merupakan program yang menerapkan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam perkhidmatan teknikal yang merangkumi pemasangan, pengujian dan penyelenggaraan. Program sijil bidang teknologi elektrik dan elektronik Kolej Komuniti dibangunkan secara komprehensif yang terdiri daripada kursus matematik, sains, teknologi elektrik dan elektronik, keperluan kompetensi di tempat kerja dan pembangunan sahsiah. Graduan sijil bidang teknologi elektrik dan elektronik akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khusus termasuk aplikasi teknologi hijau dan kecekapan tenaga, teknologi komputer dan komunikasi serta aplikasi automasi selaras dengan perkembangan industri masa kini. Sijil bidang teknologi elektrik dan elektronik adalah program sepenuh masa dua tahun yang terdiri daripada tiga semester kursus dan satu semester penuh latihan industri. SPESIFIKASI PROGRAM Program Sijil Teknologi Elektrik (dahulunya dikenali Sijil Pemasangan Elektrik) direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi elektrik pada masa kini. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dan latihan kemahiran berkaitan elektrik dan elektronik. Pelajar berkemampuan untuk mengendalikan kerja-kerja pemasangan dan perkhidmatan berkaitan industri elektrik dan elektronik. Program ini menawarkan kursus teras Teknologi Elektrik, Alat Pengukuran, Peranti Semikonduktor, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer, Motor Elektrik Satu Fasa, Pemasangan Elektrik Satu Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pengawal Logik Bolehaturcara, Sistem Automasi Bangunan, serta kursus Sistem Keselamatan dan Penyamanan Udara. Selain itu, kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga ditawarkan sebagai teras umum selain Matematik dan Sains. Pelajar juga akan didedahkan dengan elemen soft skills melalui kursus wajib yang menerapkan kemahiran insaniah dan pembelajaran kendiri melalui tugasan serta projek. KURIKULUM DAN SILIBUS
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 15 Di samping itu, lulusan daripada program ini juga akan mempelajari teknik-teknik keusahawanan sebagai nilai tambah bagi menyahut cabaran dunia sebenar keusahawanan dalam bidang elektrik dan elektronik. PROSPEK KERJAYA Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Elektrik yang menyediakan laluan kerjaya seperti berikut: PENOLONG JURUTEKNIK ELEKTRIK / ELEKTRONIK JURUTEKNIK ELEKTRIK / ELEKTRONIK PENOLONG JURUTERA GRED JA29 JURUELEKTRIK
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 16 OBJEKTIF PROGRAM (OP) (PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES – PEO) Objektif Program Sijil Teknologi Elektrik adalah untuk menghasilkan tenaga kerja yang: Menjadi juruteknik dalam bidang elektrik dan elektronik selari keperluan semasa dan hasrat negara Melibatkan diri secara berterusan dalam aktiviti peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kerjaya secara dinamik Memberi sumbangan kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab serta beretika Melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan keusahawanan atau aktiviti bercirikan inovatif
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 17 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP) (PROGRAMME LEARNING OUTCOMES –PLO) Memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan rutin bidang pengajian Possess basic knowledge of technology fundamentals to routine procedures and practices in the field of study. HPP 1 Mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin. Propose and employ current tools and techniques to resolve routine problems. HPP 2 Menjalankan kajian menerusi pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah rutin bidang pengajian. Establish basic investigative and significant thinking abilities to resolve routine problems in the field of study. HPP 3 Menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segera menerusi komunikasi. Communicate and describe simple tasks within familiar areas and the immediate needs. HPP 4 Menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi. Illustrate the understanding of the issues related to the society and the subsequent responsibilities appropriate to the routine technology practices. HPP 5 Mengenalpasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Acknowledge the requirement of career establishment and to employ in continuing learning. HPP 6 Menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan keusahawanan tekno dalam perspektif sebenar. Illustrate consciousness of management and technopreneurship routine in real perspective HPP 7 Menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme. Illustrate ethical awareness and professionalism. HPP 8 Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal. Illustrate leadership character and work efficiently in a technical team. HPP 9
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 18 PEMETAAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP) VS OBJEKTIF PROGRAM (OP) Jadual 1:Pemetaan Hasil Pembelajaran Program vs Objektif Program HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM OBJEKTIF PROGRAM OP1 OP2 OP3 OP4 HHP1 Memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan rutin bidang pengajian. Possess basic knowledge of technology fundamentals on routine procedures and practices in the electrical and electronic. / HHP2 Mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin. Propose and employ current tools and techniques to resolve routine problems. / HHP3 Menjalankan kajian menerusi pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah rutin bidang pengajian. Establish basic investigative and significant thinking abilities to resolve routine problems in the electrical and electronic. / HHP4 Menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segera menerusi komunikasi. Communicate and describe simple tasks within familiar areas and immediate need / HHP5 Menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi. Illustrate the understanding of the issues related to the society and the subsequent responsibilities appropriate to the routine technology practices / HHP6 Mengenalpasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Acknowledge the requirement of career establishment and to employ continuing learnig / HHP7 Menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan keusahawanan tekno dalam perspektif sebenar. Illustrate a consciousness of management and technopreneurship routine in real perspective. / HHP8 Menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme Illustrate ethical awareness and professionalism / HHP9 Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal. Illustrate leadership character and work efficiently in technical team. /
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 19 MAKLUMAT PROGRAM Jadual 2: Maklumat Program 1. Nama Program Sijil Teknologi Elektrik 2. Nama Institusi Kolej Komuniti Kuala Langat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 3. Bahasa Penghantar Bahasa Melayu 4. Mod Pengajian Sepenuh Masa 5. Syarat Kemasukan 1. Warganegara Malaysia 2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) DAN 3. Tidak buta warna 6. Tempoh Pengajian Minimum (4 semester) Maksimum (10 semester) 7. Minggu Pembelajaran dan Pengajaran 14 minggu per semester(tidak termasuk cuti semester) 8. Latihan Industri 16 minggu , 8 kredit 9. Jumlah Kredit Graduat 61 kredit
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 20 STRUKTUR PROGRAM Jadual 3: Struktur Program SEMESTER 1 KLASIFIKASI KOD KURSUS JAM KREDIT PRASYARAT UMUM SUE10011 Communicative English 1 MPU11012 Pengajian Malaysia 2 SBM10012 Matematik 2 SBS10012 Sains 2 TEKNOLOGI SEE10013 Teknologi Elektrik 3 SEE10023 Alat Pengukuran 3 SEE10033 Motor Elektrik Satu Fasa 3 SEE10043 Peranti Semikonduktor 3 JUMLAH SEMESTER 1 19 SEMESTER 2 KLASIFIKASI KOD KURSUS JAM KREDIT PRASYARAT UMUM SBC10012 Aplikasi Komputer 2 MPU12012 Keusahawanan 2 SEE20052 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan 2 TEKNOLOGI SEE20063 Sistem Digit 3 SEE20072 Lukisan Terbantu Komputer 2 SEW20023 Pemasangan Elektrik Satu Fasa 3 SEW40043 Pengawal Logik Boleh Aturcara 3 JUMLAH SEMESTER 2 17 SEMESTER 3 KLASIFIKASI KOD KURSUS JAM KREDIT PRASYARAT UMUM SUE20021 Workplace English 1 MPU13012 Pengajian Islam* 2 MPU13022 Pendidikan Moral ** TEKNOLOGI SEE30083 Motor Elektrik Tiga Fasa 3 SEE10033 SEE30093 Sistem Automasi Bangunan 3 SEE30104 Sistem Keselamatan dan Penyamanan Udara 4 SEW40034 Pemasangan Elektrik Tiga Fasa 4 SEW20023 JUMLAH SEMESTER 3 17 SEMESTER 4 KLASIFIKASI KOD KURSUS JAM KREDIT TEKNOLOGI SUT40038 Latihan Industri (LI) 8 JUMLAH SEMESTER 4 8 JUMLAH KESELURUHAN 61 Nota: MPU12022 Bahasa Kebangsaan A adalah WAJIB diambil oleh pelajar yang tidak mendapat kredit di dalam subjek Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pengambilan kursus ini akan menyumbang kepada CGPA pelajar.
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 21 SEE10013 TEKNOLOGI ELEKTRIK Teknologi Elektrik adalah sebuah kursus yang memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk memahami konsep teknologi elektrik yang bermula dari asas penghasilan tenaga. Pelbagai konsep asas Kejuruteraan Elektrik seperti pengenalan elektromagnetik, pengubah, komponen pasif dan litar-litar asas elektrik akan diterangkan secara terperinci di dalam kursus ini. Melalui kursus ini juga pelajar akan didedahkan dengan aplikasi kemagnetan dan pengubah. SEE10023 ALAT PENGUKURAN Kursus Alat Pengukuran direka untuk mendedahkan pelajar kepada konsep asas pengukuran elektrik dan elektronik. Kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran yang membolehkan pelajar mengendalikan pelbagai alat pengukuran dan mengukur kuantiti elektrik dan elektronik dengan tepat. SEE10033 MOTOR ELEKTRIK SATU FASA Kursus ini memberi pemahaman kepada pelajar mengenai bahagian dan prinsip kendalian motor elektrik satu fasa. Kursus ini juga memberi penekanan kepada kemahiran pemasangan litar-litar pemula motor dan kerja penyelenggaraan serta baikpulih yang berkaitan. SEE10043 PERANTI SEMIKONDUKTOR Peranti Semikonduktor memberi kefahaman mengenai prinsip semikonduktor dan pengetahuan mengenai komponen elektronik berkaitan. Penekanan adalah berkaitan kendalian, pengujian dan pemasangan komponen semikonduktor untuk kegunaan litar yang bersesuaian melalui pemasangan litar secara kaedah pematerian. Kursus ini juga memberi penekanan kepada pembentangan hasil keputusan pengujian litar elektronik. SEMESTER 1
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 22 SEE20052 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan perundangan serta pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kursus ini juga memberi penekanan terhadap budaya kerja dan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat selain melatih pelajar berkaitan latihan kebakaran dan pertolongan cemas. SEE20063 SISTEM DIGIT Kursus ini memberi pengetahuan asas tentang asas sistem nombor dan sistem kod, logic gate dan rangkaian logik dan aritmetik. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada aplikasi penggunaan litar logik dalam aplikasi sistem digital mudah. SEE20072 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER Lukisan Terbantu Komputer/ Computer Aided Design (CAD) memberi pengetahuan tentang penggunaan perisian komputer yang boleh digunakan untuk melukis objek secara 2 dimensi (2D). Penekanan kursus adalah kepada Arahan-arahan Melukis dan Suntingan (Draw and Editing Commands), serta pemilihan dan pengurusan maklumat dalam sesuatu lukisan elektrik. SEW 20023 PEMASANGAN ELEKTRIK SATU FASA Pemasangan Elektrik Satu Fasa mengandungi pembelajaran teori danlatihan amali bagi melaksanakan kerja – kerja berkaitan pemasangan elektrik mengikut akta dan garis panduan yang terkini dalam pemasangan domestik. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada penggunaan perkakasan elektrik berdasarkan teknologi semasa dipasaran. SEW 40043 PENGAWAL LOGIK BOLEH ATURCARA Kursus ini akan memberi pengetahuan asas mengenai sistem kawalan automasi dan asaspengaturcaraan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Rajah Tangga (Ladder Diagram) dalam Pengawal Logik Boleh Aturcara (PLC). Kursus ini akan dilaksanakan secara praktikal dalam melaksanakan aplikasi kawalan automasi PLC yang ringkas bagi memenuhi keperluan industri SEMESTER 2
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 23 SEE30083 MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA Kursus Motor Elektrik Tiga Fasa memberi penekanan kepada pengendalian sertabahagianbahagian penting motor tiga fasa. Di samping itu juga kursus ini berkaitan dengan kaedah pemasangan, kawalan, penyelenggaraan dan kaedah baik pulih motor elektrik tiga fasa. SEE30093 SISTEM AUTOMASI BANGUNAN Kursus ini memberi pengetahuan asas mengenai sistem automasi bangunan yang merujuk kepada penciptaan berpusat, sistem rangkaian perkakasan dan perisian yang memantau dan mengawal sistem kemudahan bangunan. Kursus ini dilaksanakan secara praktikal di mana melaksanakan pemasangan dan pengaturcaraan aplikasi kawalan sistem automasi bangunan bagi memenuhi keperluan teknologi terkini di industri. SEE30104 SISTEM KESELAMATAN DAN PENYAMANAN UDARA Kursus Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik Industri ini memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan pemasangan dan penyelenggaraan Pendingin Hawa, Sistem Penggera Kebakaran, Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan Sistem Penggera Keselamatan. SEW40034 PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA Pemasangan Elektrik Tiga Fasa mengandungi pembelajaran teori dan praktikal bagi melaksanakan kerja-kerja pendawaian dan pemasangan elektrik tiga fasa. Pelajar didedahkan kepada teknik melukis gambarajah litar, mendawai dan menguji pepasangan serta mengesan kerosakan dan baikpulih pepasangan elektrik tiga fasa. SEMESTER 3
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 24 FASILITI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK Bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi program sijil teknologi elektrik, pihak Kolej Komuniti Kuala Langat telah menyediakan fasiliti-fasiliti seperti berikut: ✓ Makmal Teknologi Elektrik ✓ Makmal Elektrik dan Elektronik ✓ Makmal Pemasangan Elektrik ✓ Makmal Autocad ✓ Makmal Progammable Logic Control (PLC) ✓ Wiring Bay ✓ Conceal Bay Makmal Teknologi Elektrik Makmal Elektrik dan Elektronik
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 25 Makmal Pemasangan Elektrik Conceal Bay Wiring Bay Makmal Autocad Makmal PLC
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 26 PENGANUGERAHAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI Pelajar hanya layak dianugerahkan Sijil setelah memenuhi syarat-syarat berikut: ✓ Telah lulus semua kursus / LA yang ditetapkan bagi setiap program; ✓ Lulus Latihan Industri / WBL; ✓ HPNM ≥ 2.00; ✓ Tidak melebihi tempoh maksimum pengajian yang ditetapkan; ✓ Syarat-syarat lain yang ditetapkan; dan ✓ Diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti. Semua markah yang diperolehi oleh pelajar bagi sesuatu kursus / LA akan dinyatakan dalam bentuk gred seperti Jadual 4. Jadual 4: Jadual Gred
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 27 Pelajar akan memperolehi Anugerah Pengarah sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: ✓ Pelajar mendaftar kursus / LA sekurang-kurangnya 12 kredit pada semester / modul berkenaan; dan ✓ Mendapat PNM ≥ 3.67 bagi semester / modul berkenaan Nota : Catatan “Anugerah Pengarah” akan dimasukkan dalam slip Pelajar akan dianugerahkan Pingat Ketua Pengarah (PKP) pada semester / modul terakhir sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: ✓ Memperolehi HPNM sekurang-kurangnya 3.83; ✓ Cemerlang Latihan Industri; ✓ Kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh JK; dan ✓ Diperakukan oleh Ketua Pengarah. Nota : PKP akan dianugerahkan semasa majlis konvokesyen.
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 28 PENGENALAN DAN FUNGSI UNIT Unit Peperiksaan dan Penilaian adalah merupakan suatu pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan dan penilaian. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan bagi setiap program. Unit Peperiksaan dan Penilaian berfungsi untuk: ➢ Merancang, menyedia dan menyelaras aktiviti-aktiviti bagi memastikan semua arahan dan peraturan peperiksaan dipatuhi. ➢ Menerima, merekod dan menyimpan semua dokumendokumen berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian bagi menjamin keselamatan dan kerahsiaan. ➢ Menyediakan laporan keputusan peperiksaan untuk menentusahkan gred pencapaian pelajar. ➢ Menguruskan dokumen keputusan peperiksaan, transkrip dan sijil bagi memastikan capaian pelajar terhadap keputusan peperiksaan. UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 29 PERATURAN PENILAIAN PERATURAN AM KAEDAH PENILAIAN Mendaftar Kursus / LA i. Pelajar yang telah mendaftar semester / modul dikehendaki mendaftar tiap–tiap kursus / LA yang diambil melalui pensyarah kelas dalamtempoh satu (1) minggu selepas pendaftaran semester / modul. ii. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus / LA yang mempunyai prasyarat, sekiranya pelajar belum lulus kursus / LA yang menjadi pra syaratbagi kursus / LA tersebut. iii. Pelajar perlu mendapat pengesahan TPA/TP/Ketua Program sebelum mendaftar iv. Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak senarai kursus / LA yang telah didaftarkan dengan teliti. v. Pelajar yang telah mendaftar kursus / LA berkenaan hendaklah mengikuti sepenuhnya aktiviti pembelajaran bagi kursus / LA tersebut. vi. Pindaan pendaftaran kursus / LA hendaklah diselesaikan pada minggu ketiga (3) perkuliahan dengan mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP) vii. Borang pendaftaran kursus / LA akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu ketiga semester / modul berkenaan kepada pelajar melalui pensyarah kelas. viii. Satu salinan borang pendaftaran kursus hendaklah diserahkan kepada TPA / TP, Unit Peperiksaan dan Fail Pelajar.
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 30 Menentukan Jumlah Kredit Nilai kredit. i. Setiap kursus / LA mempunyai nilai kredit tertentu. ii. Setiap 40 jam belajar pelajar adalah bersamaan satu (1) kredit. iii. Setiap kursus / LA direkabentuk antara satu (1) hingga lima (5) kredit iv. Latihan Industri (LI) membawa lapan (8) hingga 12 kredit mengikut keperluan program. Satu (1) bulan LI bersamaan dua (2) kredit. Beban kredit minimum dan maksimum. i. Pelajar dikehendaki mengambil minima sembilan (9) kredit bagi setiap semester / modul kecuali bagi semester akhir / modul terakhir ii. Pelajar yang mendapat HPNM kurang dari 2.00 hendaklah mengambil tidak lebih daripada 13 kredit termasuk kursus wajib pada semester / modul berikutnya. iii. Bilangan kredit maksimum yang boleh diambil ialah 19 kredit, dengan kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP). Pelajar dinasihatkan berbincang dengan pensyarah kelas terlebih dahulu.
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 31 Kredit kursus / LA ulangan (UK). i. Bagi pelajar yang mengulang kursus / LA (UK), gred terkini akan menggantikan gred terdahulu. ii. Bagi tujuan pengiraan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus/LA yang diulang akan diambilkira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu dimansuhkan. iii. Bagi pelajar yang perlu mengulang kursus / LA (UK) minima 9 kredit, pelajar TIDAK DIBENARKAN mendaftar kursus/LA bagi semester/modul yang berikutnya. Kredit penebusan gred (TG) i. Bagi pelajar yang mendapat status LB kursus/LA bagi menebus gred (TG), gred gred terdahulu. DIBENARKAN mengulang terkini akan menggantikan ii. Bagi tujuan pengiraaan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus / LA yang diperbaiki akan diambilkira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu dimansuhkan. Kredit lulus program dan tempoh pengajian i. Pelajar mesti lulus semua kursus / LA yang ditetapkan untuk program yang diambilnya termasuk LI. ii. Kredit minimum bagi program sijil adalah 61 kredit. Kredit sebenar hendaklah dirujuk kepada struktur program masing-masing. iii. Tempoh pengajian lazim bagi sesuatu program adalah antara 4 hingga 6 semester/modul manakala tempoh maksimum pengajian adalah 10- semester atau 40 bulan. Kerangka tempoh pengajian maksimum ini ditetapkan bagi memastikan lulusan sentiasa relevan dengan keperluan semasa.
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 32 Pindahan Kredit i. Pelajar boleh memohon kelulusan pindahan kredit bagi mana-mana kursus / LA daripada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP). ii. Mata kredit yang diperolehi bagi kursus / LA yang dipindah kredit tidak diambilkira dalam pengiraan HPNM. iii. Jumlah Jam Kredit bagi kursus / LA yang dipindahkan akan diambil kira bagi menentukan Jumlah Jam Kredit Terkumpul untuk tujuan penganugerah sijil. iv. Kursus-kursus / LA program Kolej yang telah dilaksanakan di sesebuah Kolej boleh diterima atau dibawa ke Kolej lain yang menawarkan kursus / LA yang sama. v. Pelaksanaan pindahan kredit hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Pindahan Kredit Program Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia edisi terkini. Penilaian i. Pelajar hendaklah menduduki atau melaksanakan semua aktiviti - aktiviti Pentaksiran Berterusan (PB) bagi semua kursus / LA yang diikuti berdasarkan keperluan kurikulum. ii. Pelajar LULUS penilaian sesuatu Kursus / LA jika memenuhi syarat-syarat berikut; ✓ Memperolehi markah Pentaksiran Berterusan dengan MINIMA 40 Markah(Lulus Bersyarat) atau gred D iaitu Nilai Mata 1.00 dan; ✓ Wajib HADIR Penilaian Akhir. iii. Struktur penilaian bagi Program Sijil adalah secara Pentaksiran Berterusan (100%)
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 33 Menggugur Kursus / LA i. Pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP). ii. Pengguguran Kursus / LA hendaklah dibuat dalam tempoh yang dibenarkan iaitu minggu keempat (4) perkuliahan. Mengulang Kursus / LA (UK) i. Pelajar perlu mendaftar untuk mengulang kursus / LA bersama-sama dengan kursus / LA yang ditetapkan bagi semester / modul semasa setelah mendapat nasihat dan kelulusan Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP) . ii. Pindaan pendaftaran kursus / LA hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada minggu kedua selepas pendaftaran dengan mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP). iii. Mengulang kursus / LA adalah keadaan apabila seseorang pelajar tidak mencapai kriteria penilaian sesuatu kursus / LA atau gagal kursus / LA pada semester / modul sebelumnya iv. Kaedah Mengulang Kursus / LA ini juga adalah tertakluk kepada samada kursus / LA itu ditawarkan atau tidak pada semester / modul berkenaan (lihat syarat pendaftaran). Bagaimanapun, pelajar perlu memohon kebenaran daripada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP). Pelajar dinasihatkan berbincang dengan pensyarah kelas terlebih dahulu bagi mengulang kursus / LA untuk mengelakkan pertembungan jadual. v. Pelajar dikehendaki mengulang kursus / LA bagi mana-mana kursus / LA yang disyaratkan ke atasnya pada semester / modul berikut jika kursus / LA itu ditawarkan.
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 34 Meneruskan Pengajian Ke Semester / Modul Berikutnya i. Pelajar dikehendaki mengambil semula kursus / LA yang gagal pada semester / modul seterusnya (sekiranya kursus / LA tersebut ditawarkan oleh pihak kolej). ii. Pelajar dikehendaki lulus semua kursus / LA yang ditawarkan bagi sesuatu program sebelum dibenarkan menjalani latihan industri di akhir pengajian. Pelajar yang mendapat status HPNM Lulus Bersyarat perlu memperbaiki status keputusan sebelum menjalani Latihan Industri. iii. Walau bagaimanapun, pelajar yang tidak memenuhi syarat untukmendaftar latihan industri, boleh membuat rayuan untuk dipertimbangkan menjalani latihan industry jika kursus / LA berkenaan tidak ditawarkan padasemester / modul tersebut dengan mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP). Menamatkan Pengajian Program Pelajar dianggap telah menamatkan pengajian program sekiranya : i. Mendapat HPNM 2.00 atau lebih bagi sesuatu program dan telah lulus Latihan Industri / WBL. ii. Memenuhi jumlah jam kredit yang ditetapkan bagi sesuatu program. iii. Bagi pelajar Warganegara yang tidak kredit Bahasa Melayu SPM WAJIB LULUS kursus Bahasa Kebangsaan A.(berkuatkuasa Sesi Mac 2015) Status Diberhentikan i. Memperolehi status akademik (PNM) LB sebanyak tiga kali berturutturut. ii. Telah melebihi tempoh maksimum pengajian sesuatu program (10 semester) termasuk Latihan Industri.
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 35 i. Transkrip pelajar dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas pengumuman keputusan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti. ii. Setiap transkrip yang dikeluarkan perlu dicop dengan Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti. iii. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar boleh memohon salinan transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan dokumen berkenaan dengan mengemukakan borang permohonan beserta Surat Akuan Sumpah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. iv. Penggantian transkrip akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap. SIJIL KOLEJ KOMUNITI i. Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi hanya dikeluarkan sekali sahaja setelah pelajar menamatkan pengajian di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi. Sijil ini akan diserahkan semasa Majlis Konvokesyen. ii. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar boleh memohon salinan sijil atau transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan dokumen berkenaan dengan mengemukakan borang permohonan beserta Sumpah. Surat Akuan Sumpah disahkan oleh Pesuruhjaya iii. Penggantian sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap. PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN Pengumuman keputusan peperiksaan perlu dibuat dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti. Pegawai Peperiksaan Kolej Komuniti akan mengumumkan keputusan peperiksaan bagi pihak Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti dengan mempamerkan keputusan di kolej atau hebahan melalui media elektronik. Slip keputusan peperiksaan boleh didapati di Unit Peperiksaan selepas pengumuman dibuat. TRANSKRIP
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 36 Pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat berhubung sesuatu program dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kolej Komuniti, maka keputusan dan / atau slip keputusan peperiksaannya boleh ditahan sehingga ia memenuhi syarat-syarat tersebut. RAYUAN KE ATAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN i. Pelajar boleh membuat semakan semula skrip jawapan penilaian akhir melalui Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP) dengan mengisi Borang Rayuan Semakan Semula Keputusan bagi mana-mana kursus / LA dalam tempoh tujuh ( 7 ) hari selepas keputusan diumumkan atau mengikut tarikh yang ditetapkan oleh kolej. Rayuan bagi kursus / LA yang tiada penilaian akhir (PA) atau rayuan markah Pentaksiran Berterusan (PB) boleh dikemukakan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas minggu peperiksaan. ii. Setiap rayuan hendaklah disertakan resit bayaran rayuan penyemakan. iii. Kadar bayaran rayuan penyemakan adalah sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus / LA. Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pengarah Kolej Komuniti. PENYEMAKAN SEMULA SKRIP JAWAPAN i. Pelajar semester / modul akhir yang ingin membuat penyemakan semula skrip jawapan sesuatu kursus / LA hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti untuk mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti. ii. Keputusan semakan semula akan dimaklumkan kepada pelajar dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan keputusan
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 37 PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS Pemberian pindah kredit dan pengecualian kursus merupakan satu pengiktirafan terhadap kelayakan dan pengetahuan sedia ada seseorang pelajar apabila mula mengikuti sesuatu program pengajian baharu. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan kredit dan dikecualikan daripada mengambil sesuatu kursus apabila mengikuti sesuatu pengajian berdasarkan kepada dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh sesebuah Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Perbezaan antara Pindah Kredit dengan Pengecualian Kursus PINDAH KREDIT Proses pindah kredit membolehkan kredit bagi kursus tersebut dikira sebagai sebahagian daripada keperluan kredit untuk bergraduat bagi program yang sedang diikuti. PENGECUALIAN KURSUS Pengecualian kursus tidak membawa sebarang nilai kredit. Pelajar perlu mengambil kursus lain bagi mencukupkan keperluan kredit untuk bergraduat Carta alir berikut menunjukkan proses permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus. Untuk mendapatkan borang permohonan dan menjalankan urusan berikut palajar boleh berhubung terus dengan Unit Peperiksaan.
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 38 KURSUS CARTA ALIR KERJA
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 39 PENGENALAN DAN FUNGSI UNIT Unit Hubungan Industri dan Alumni diketuai oleh Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni dan dibantu oleh Penyelaras Hubungan Industri dan Alumni bagi setiap program. Unit Hubungan Industri dan Alumni adalah merupakan unit yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan perkara berikut: ➢ Merancang dan menyelaras aktiviti latihan industri yang perlu diikuti oleh pelajar meliputi persediaan sebelum, semasa dan selepas menjalani latihan industri. ➢ Menyelaras dan memantau pelaksanaan Kajian Pengesanan Graduan (KPG). ➢ Merancang dan melaksanakan aktiviti sebelum, semasa dan selepas program intervensi kebolehpasaran graduan (temuduga/majlis dialog). ➢ Menyelaras program kerjasama industri. ➢ Menyelaras aktiviti/program berkaitan alumni. UNIT HUBUNGAN INDUSTRI DAN ALUMNI
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 40 LATIHAN INDUSTRI Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Kolej Komuniti. Tempoh latihan industri yang perlu dijalani oleh pelajar adalah selama 16 minggu atau 1 semester. Pelajar perlu lulus kesemua modul/kursus bagi melayakkan diri mereka untuk menjalani latihan industri. Pelajar juga disyaratkan lulus latihan industri sebelum mereka diperakukan bagi penganugerahan Sijil Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. Bagi membolehkan pelajar lulus latihan industri, pelajar perlu; ✓ Menghadiri Latihan Industri mengikut tempoh yang ditetapkan; ✓ Lulus penilaian Latihan Industri daripada Penyelia Syarikat dan Pensyarah Penyelia berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan; ✓ Melengkapkan dan menghantar Buku Laporan Latihan Industri. Pelajar boleh memilih untuk menjalani latihan industri di tempat latihan yang memenuhi kriteria berikut: ✓ Jabatan kerajaan atau syarikat/firma swasta; ✓ Tempat latihan yang relevan dengan jurusan pengajian pelajar; ✓ Syarikat/firma yang berdaftar; dan ✓ Mempunyai alamat tetap dan boleh dihubungi Malah, pelajar juga disaran agar memilih tempat latihan yang menawarkan peluang pekerjaan setelah tamat latihan industri. Sepanjang menjalani latihan, pelajar diselia oleh Penyelia Syarikat dan berada di bawah pengawasan tempat latihan. Segala peraturan di tempat latihan adalah berkuatkuasa ke atas pelajar. Sekiranya pelajar diberhentikan daripada tempat latihan, pelajar adalah dikira Gagal dan perlu mengulang Latihan Industri. Pelajar dinasihatkan untuk sentiasa menunjukkan sikap dan disiplin yang tinggi sepanjang tempoh latihan bagi memastikan latihan yang diikuti oleh pelajar dapat disempurnakan dengan jayanya.
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 41 PROSES LATIHAN INDUSTRI Keputusan Latihan Industri Lulus TAMAT Penilaian Latihan Industri Menjalani Latihan Industri Menyempurnakan Latihan Industri Gagal MULA Mengulang Latihan Industri Pengesahan Tempat Latihan Industri Mendapatkan Tempat Latihan Industri Pendaftaran Kursus Latihan Industri (LI) Tidak Ya
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 42 1. Pelajar hendaklah memahami dan melaksanakan semua langkah dan kehendak yang terkandung di dalam Garis Panduan dan Peraturan Latihan Industri yang berkaitan dengan pelajar. 2. Pelajar adalah terikat dengan segala peraturan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan peraturan di tempat latihan semasa menjalani Latihan Industri. 3. Pelajar hendaklah menjalani Latihan Industri di tempat latihan yang telah diluluskan. 4. Pelajar tidak dibenarkan menukar tempat latihan kecuali dengan kelulusan pihak institusi. 5. Pelajar hendaklah menjalani Latihan Industri mengikut tempoh yang ditetapkan. 6. Pelajar mestilah mematuhi jadual/program Latihan Industri yang telah ditetapkan oleh tempat latihan. 7. Pelajar tidak dibenarkan bercuti atau tidak menghadiri Latihan Industri tanpa kebenaran pihak tempat latihan. 8. Pelajar hendaklah menunjukkan sikap yang baik, berkelakuan sopan, berdisiplin diri, dan berbudi pekerti tinggi pada bila-bila masa semasa menjalani Latihan Industri. 9. Pelajar hendaklah menjaga nama baik institusi dan juga tempat latihan setiap masa sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri. 10. Pelajar tidak dibenarkan memalsukan sebarang dokumen yang berkaitan dengan program Latihan Industri. 11. Pelajar perlu mendapat kebenaran dari tempat latihan sekiranya ingin mencetak/menyalin/mengeluarkan sebarang dokumen/maklumat tempat latihan. 12. Pelajar tidak dibenarkan membocor sebarang rahsia tempat latihan. 13. Pelajar tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang harta benda tempat latihan tanpa kebenaran. 14. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan apa-apa harta benda tempat latihan untuk tujuan peribadi. 15. Pelajar tidak dibenarkan mencemar nama baik pegawai/kakitangan di tempat latihan. 16. Pelajar tidak dibenarkan terlibat dengan kegiatan jenayah atau politik semasa menjalani Latihan Industri. 17. Pelajar hendaklah memaklumkan kepada Unit LI dan pihak tempat latihan sekiranya mengalami masalah kesihatan yang boleh memudaratkan pelajar semasa menjalani latihan industri. 18. Pelajar yang melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh Kolej Komuniti, KPT atau tempat latihan boleh diberhentikan daripada tempat latihan serta dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Kolej Komuniti, KPT. PERATURAN AM LATIHAN INDUSTRI
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 43 PENGESANAN GRADUAN Graduan adalah pelajar yang tamat dengan jayanya dalam sesuatu program pengajian dan layak dianugerahkan pengijazahan dalam majlis konvokesyen sesebuah institusi. Pengesanan graduan dijalankan pada setiap tahun bagi mengenal pasti kebolehdapatan graduan (bekerja atau belum bekerja) setelah menamatkan pengajian. Ianya dilaksanakan menggunakan platform soal selidik secara atas talian yang dikenali sebagai Sistem Kajian Pengesanan Graduan TVET (SKPG-TVET). Selain dapat mengetahui kebolehdapatan graduan, soal selidik ini juga mengumpulkan maklum balas dan pandangan graduan terhadap program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak institusi (IPT). Maklum balas graduan ini adalah sangat penting dalam membawa penambahbaikan kepada penyampaian perkhidmatan di IPT serta peningkatan kualiti pendidikan tinggi negara. Secara tidak langsung, maklum balas graduan juga merupakan sumbangan kepada IPT serta bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai program pengajian di IPT tersebut. Secara umumnya, graduan KKKL berpeluang untuk bekerja dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana institusi yang menjadi tumpuan graduan adalah di Politeknik dan institusi-institusi pendidikan lain seperti IPTA/IPTS, Institusi Kemahiran MARA (IKM), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan lain-lain. ALUMNI Alumni merupakan aset kepada sesebuah institusi dan sumbangan serta penglibatan mereka berupaya menaikkan reputasi sesebuah institusi di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Sebuah persatuan ditubuhkan untuk mengumpulkan graduan ini dalam satu organisasi serta menjadi wadah kepada penyatuan alumni KKKL. Persatuan Alumni KKKL telah berjaya ditubuhkan pada tahun 2015 bertujuan mengumpulkan semua bekas pelajar yang pernah menimba ilmu di KKKL. Keahlian persatuan ini adalah terbuka kepada semua graduan KKKL. Melalui aktiviti-aktiviti persatuan, jalinan silaturahim antara graduan dan tenaga pengajar serta pihak kolej akan dapat diteruskan di samping dapat bertukar-tukar fikiran dan idea seterusnya membina jaringan pembangunan diri sendiri, kolej dan masyarakat.
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 44
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P BAHAGIAN a g e | 43 BUKAN AKADEMIK
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 46 UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR PENGENALAN DAN FUNGSI UNIT Unit Pembangunan Pelajar adalah merupakan unit yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan perkara berikut: ➢ Merancang, mengurus dan menyelaras program kecemerlangan pelajar termasuk kebajikan, kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah pelajar secara holistik termasuk pelajar antarabangsa ➢ Merancang, mengurus dan menyelaras program pembangunan pelajar berdasarkan garis panduan termasuk untuk program mobiliti pelajar dan pendidikan fleksibel termasuk pelajar antarabangsa. ➢ Mengurus dan memantau penguatkuasaan peraturan-peraturan yang terkandung dalam Akta 174 bagi mengawal tatatertib pelajar. ➢ Merancang dan mengurus program dengan kerjasama agensi yang berkaitan dengan pembangunan pelajar dari aspek sahsiah. ➢ Bertanggungjawab sebagai urussetia kepada pelbagai jawatankuasa yang berkaitan dengan pembangunan pelajar dari aspek sahsiah.
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 47 PEMBIAYAAN KEWANGAN Pelajar Kolej Komuniti boleh memohon pinjaman atau bantuan kewangan seperti berikut: > Sijil Kolej Komuniti Jadual 5: Senarai tajaan/bantuan kewangan BIL TAJAAN/BANTUAN PIHAK YANG MENGURUSKAN PENERANGAN 1 Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) Penyelaras Bantuan Kewangan (PKB) • Hanya layak kepada pelajarpelajar yang mana pendapatan Ibu Bapa kurang dari RM 3000 2 Elaun Khas Orang Kelainan Upaya (OKU) Penyelaras Bantuan Kewangan (PKB) • Ditawarkan hanya kepada pelajar OKU yang memenuhi syarat permohonan •Pelajar perlulah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 3 Bantuan Kewangan JAKOA Penyelaras Bantuan Kewangan (PKB) •Hanya ditawarkan kepada pelajar orang asli sahaja. 4 Pinjaman/Elaun Pelajar Diberi kepada pelajar yang memenuhi syarat dan layak sahaja Contoh : Bantuan zakat, Baitulmal, Yayasan Negeri dan sebagainya 5 Yayasan Negeri dan Penaja- penaja Lain Pelajar Tawaran bantuan dari Yayasan Negeri dan penaja-penaja lain kepada pelajar yang berminat
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 48 INSURANS PELAJAR Setiap pelajar di WAJIBKAN untuk mendapatkan skim perlindungan insuran berkelompok. Perlindungan insuran ini bertujuan untuk menyediakan manfaat dalam bentuk bantuan kewangan jika pelajar yang dilindungi meninggal dunia atau menderita keilatan kekal atau kecederaan anggota badan sama ada akibat kemalangan atau penyakit. Segala urusan caruman insuran akan di uruskan oleh Penyelaras Insuran dan Kebajikan (PIK) Kolej Komuniti Kuala Langat. Jadual 6: Senarai Manfaat Perlindungan Insurans BIL SKOP/MANFAAT PERLINDUNGAN PAMPASAN JUMLAH PAMPASAN 1 Kematian Biasa/ Akibat Penyakit Sahaja RM10,000.00 2 Cacat/Keilatan Kekal Menyeluruh Biasa/Akibat Penyakit Sahaja RM10,000.00 3 Kematian Akibat Kemalangan Sahaja RM20,000.00 4 Cacat/Keilatan Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan sahaja RM40,000.00 5 Keilatan Separa Kekal Akibat Kemalangan Sahaja RM40,000.00 (Maksimum) 6 Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan Sahaja RM3,000.00 (Maksimum) 7 Perbelanjaan Pengkebumian RM2,000.00 8 Manfaat Elaun Wad Hospital Akibat Kemalangan Sahaja (maksimum 30 hari) RM50.00 sehari 9 Pampasan “Rape Trauma” RM1,000.00 10 Dengue Recuperation RM500.00
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 49 PENGURUSAN PSIKOLOGI Unit Pengurusan Psikologi melaksanakan perkhidmatan sesi kaunseling bagi membantu pelajar dalam menangani masalah atau stress dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Disamping itu, unit ini juga turut menganjurkan program-program peningkatan kecemerlangan pelajar bagi membantu pelajar dalam meningkatkan jati diri dan motivasi untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan berjaya Jadual 7: Jadual waktu Operasi Pengurusan Psikologi WAKTU PENGOPERASIAN Isnin – Jumaat 8.00am – 5.00pm Jenis Perkhidmatan yang disediakan: ➢ Kaunseling Individu / Kelompok ➢ Intervensi Krisis ➢ Pengurusan Stress ➢ Ujian Psikologi / Psikometrik ➢ Program-program motivasi dan peningkatan kecemerlangan pelajar
Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 50 PENGINAPAN PELAJAR Kolej Komuniti Kuala Langat tidak menyediakan penginapan kepada pelajar-pelajar. Walaubagaimanapun Unit Pembangunan Pelajar (UPP) membantu dalam menyediakan maklumat penginapan luar kampus (rumah sewa) kepada pelajar. Urusan di antara pemilik penginapan luar kampus dengan pelajar adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.