The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KONSEP INOVASI PRASEKOLAH PPDKS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jonaneismail47, 2024-02-26 02:58:04

INOVASI PRASEKOLAH PPDKS 2024

KERTAS KONSEP INOVASI PRASEKOLAH PPDKS

1 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN INOVASI PRASEKOLAH KiS Preschool Innovation Carnial (KiSPIS) PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN TAHUN 2024 1. KATEGORI i. GURU INOVATIF INDIVIDU ii. GURU INOVATIF KUMPULAN (2 / 3 Peserta) 2. KRITERIA PENILAIAN Penilaian dijalankan secara online. Peserta perlu menghantar kertas kerja Inovasi dan evedens/video. Video yang disertakan mestilah berdurasi 5 minit sahaja. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. Inovasi yang yang dihasilkan oleh calon perlu memenuhi perkara berikut: a) Kreativiti & Inovasi (Kesesuaian idea) — 30% b) Bentuk inovasi (Kebolehlaksanaan inovasi) — 20% c) Keberkesanan pengajaran guru — 15% d) Keberkesanan pembelajaran murid — 15% e) Potensi inovasi untuk disebar luas — 10% f) Keberkesanan kos — 10% Inovasi yang dihasilkan oleh calon mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut : i. Inovasi yang dihasilkan mestilah boleh meningkatkan kefahaman konsep melalui pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan bukan sebagai usaha memudahkan murid menjawab soalan peperiksaan. ii. Inovasi yang pernah memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga dalam pertandingan peringkat negeri atau pertandingan lain di peringkat kebangsaan atau antarabangsa tidak layak dicalonkan. iii. Inovasi yang sama dan pernah dicalonkan pada tahun sebelum ini ini tidak layak dicalonkan. iv. Inovasi yang dihasilkan oleh calon belum ada dalam pasaran. v. Bagi pencalonan kategori kumpulan, bilangan ahli hendaklah antara 2 – 3 orang. Ahli kumpulan mesti dari sekolah yang sama. vi. Inovasi yang dihasilkan mesti merupakan inovasi calon dan tidak diambil dari inovasi orang lain atau mana-mana sumber lain.


2 3. PENULISAN INOVASI Guru yang dicalonkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hendaklah menyediakan satu penulisan yang mengandungi perkara berikut: 1. Kategori pencalonan 2. Tajuk inovasi 3. Sinopsis inovasi 4. Objektif inovasi 5. Kumpulan sasaran 6. Latar belakang (penjelasan tentang proses penghasilan inovasi mengikut kronologi) 7. Isu/Masalah yang ditangani oleh bahan inovasi 8. Huraian Inovasi • Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi • Cara inovasi digunakan (sertakan video PdP dan foto) • Kos bagi menghasilkan inovasi Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran (sertakan bukti berasaskan data) • Potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain • Keterangan lain yang berkaitan 4. TEMA INOVASI Pemilihan tema hendaklah bersesuaian dengan kemahiran / tunjang dalam KSPK. Pemilihan tema perlu berkaitan dengan STEM, DIDIK HIBUR, BAHASA, GAME dan lain-lain yang sesuai. 5. PAMERAN INOVASI PRASEKOLAH 2024 Pameran Inovasi Prasekolah akan diadakan tetapi masih dalam perbincangan. 6. GARIS MASA BIL TARIKH PERKARA 1 30 Jan 2024 Taklimat 2 22 Mac 2024 Progress 3 24 April 2024 Penilaian 4 13 Mei 2024 Pameran Prasekolah 2024


3


Click to View FlipBook Version