DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH KOHORT 3 (SEMESTER 1 SESI 2023/2024) KURSUS & SET : GGGE5014: KAEDAH MENGAJAR (SET 13) TUGASAN BERKUMPULAN: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) NAMA PENSYARAH: DR. NURSHAKILLA AHLI KUMPULAN (1): Nama Ahli Kumpulan 9 No. Matrik 1) SAHLAN BIN AHMAD P132953 2) DHARMA PUTRA BIN ABDUL HADI P133044 3) EZZAH SHAFIQAH BINTI JULHIA P133054 4) SYAHEERAH BINTI AHMAD NEGUIB P133010 5) ANIS SYAHIRA ILYANA BINTI ROSLI P133024
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran Pendidikan Islam Tarikh /hari Jumaat Tingkatan 1 Imam AT-Tarmizi Bilangan murid / pelajar 36 Orang Masa 10.00 pagi - 11.20 pagi (1 jam 20 Minit) Tema Ibadah Unit 5 (Ms 106-113) Tajuk Solat Sempurna Kemahiran fokus Kemahiran Memahami, Membaca, Mengingati dan Mengaplikasi 13 rukun solat
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.5 Memahami dan mengamalkan rukun solat dengan sempurna 4.5.1 Menerangkan pengertian dan hukum rukun solat 4.5.2 Menganalisis dan mempraktikkan 13 rukun solat Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid / pelajar dapat: BIL OBJEKTIF 1. Menyatakan pengertian rukun dan hukum solat dengan tepat. 2. Mengenalpasti 13 rukun solat dengan mengikut urutan yang betul. 3. Memahami dan menghafal bacaan dalam solat. 4. Melaksanakan/melakukan solat (amali) dengan betul. Kriteria Kejayaan BIL KRITERIA KEJAYAAN 1. Murid dapat menghafal 4 daripada 5 niat solat-solat fardhu secara individu. 2. Murid dapat menyatakan 12 daripada 13 rukun solat dengan tepat secara berkumpulan. 3. Murid dapat melakukan pergerakan dan lafaz dalam solat dengan tepat secara individu.
Pengisian Kurikulum / EMK/ Kepelbagaian kaedah dan teknik Nilai Murni ● Peka dengan arahan guru ● Saling bekerjasama ● Ketaqwaan ● Bantu membantu ● Tanggungjawab ● Berfikiran Kreatif dan Kritis Kemahiran Berfikir (KB) ● Menjana Idea ● Membanding beza ● Menganalisis ● Mengaplikasi ● Memerhati Kemahiran Personal (KP) ● Keyakinan ● Keberanian ● Kerohanian Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB) ● Kemahiran Mendengar (arahan) ● Kemahiran Memahami dan Menghafal ● Kemahiran Membaca dan Bertutur ● Kemahiran Menganalisis ● Kemahiran Berkomunikasi ● Kemahiran Menulis Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ● Nilai-nilai Agama
Bahan Bantu Mengajar No Jenis Bilangan 1. Paperdoll 36 2. Kertas Mahjong dan Marker Pen 7 3. Telekung dan Sejadah 1 4. Gambar dan animasi menggunakan flash card 2 5. Poster 3 Pengetahuan sedia ada murid / pelajar : 1. Murid telah menjalankan aktiviti amali solat dan murid pernah menunaikan solat 2. Murid mengetahui pergerakan di dalam solat secara umum KBAT/ I-THINK 1. Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 2. I-Think: Peta buih (Bubble Map) - Menjawab soalan-soalan tentang rukun solat dengan tepat.
Langkah Pengajaran Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahan Bantu Mengajar Catatan Set Induksi (5 minit) Pengenalan awal tentang rukun solat 1. Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid. 2. Guru mengeluarkan sejadah dan telekung dan bertanyakan kepada murid: I. Apakah yang kita lakukan dengan telekung dan sejadah? II. Siapakah yang pernah menunaikan solat? III. Apakah antara rukun solat yang murid tahu? 3. Guru menerangkan secara ringkas rukun solat kepada pelajar supaya dapat memberi pemahaman awal kepada pelajar. Bahan Bantu Mengajar: Telekung dan Sejadah: Nilai Murni: ● Peka dengan arahan ● Ketaqwaan ● Kerohanian. KB: ● Memerhati ● Menjana Idea KP: ● Keyakinan ● Keberanian BCB: ● Kemahiran mendengar ● Kemahiran berkomunikasi Justifikasi: ● Menarik minat murid untuk
memberi perhatian kepada pembelajaran. ● Memberi peluang kepada murid untuk mengeluarkan idea mereka tentang topik yang akan dipelajari. Langkah 1 (20 minit) Lafaz niat solat 1. Guru memperlihatkan poster omar hana yang memaparkan kelima-lima lafaz niat solat fardhu beserta maksudnya di papan putih. 2. Guru menunjukkan flash card lafaz niat solat fardhu dan guru membacakan lafaz niat solat fardhu. 3. Murid-murid mengikuti bacaan lafaz niat solat dengan pengulangan bacaan sebanyak 3x dengan bimbingan guru: I. Subuh II. Zohor III. Asar Bahan Bantu Mengajar: Flash Card Lafaz Niat Solat Fardhu: Nilai Murni: ● Peka pada arahan ● Bertaqwa ● Tanggungjawab KB: ● Memerhati ● Menganalisis ● Menjana Idea KP: ● Keberanian BCB: ● Kemahiran membaca dan bertutur
IV. Maghrib V. Isyak 4. Guru mengadakan aktiviti secara berkumpulan. Guru memberikan puzzle yang tidak sempurna dan pelajar perlu mencantum lafaz niat solat fardhu dengan betul. Pelajar perlu mencari puzzle yang belum dicantum di sekitar bilik darjah. 5. Seterusnya, guru memberikan lembaran kerja kepada setiap murid untuk latihan pengukuhan individu. Murid perlu menyuaikan atau padankan niat solat 5 waktu dengan betul dengan bimbingan guru. Poster bergambar Lafaz Niat Solat Fardhu: Aktiviti mencantum puzzle: ● Kemahiran memahami dan menghafal ● Kemahiran menganalisis ● Kemahiran menulis. Justifikasi: ● Menurut Sanmugan & Lambri (2021), penggunaan bahan visual mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, menarik minat murid, mendorong murid untuk lebih fokus dan berfikiran terbuka di dalam kelas. ● Menurut Rusniah, (2017), bahawa media flash card atau flash card ialah
Lembaran kerja individu: kad yang digunakan untuk mengingat dan mengulang kaji dalam proses pembelajaran. Langkah 2 ( 30 minit) Rukun solat 1. Guru menunjukkan gambar tentang pengertian dan hukum rukun solat. 2. Guru menerangkan maksud rukun solat dan menunjukkan cara pergerakan dan bacaan di dalam solat satu persatu mengikut urutan dengan menggunakan gambar animasi melalui flash card. Guru juga menyediakan dua poster dan Bahan Bantu Mengajar: Paparan Gambar Pengertian dan hukum rukun solat: Nilai Murni: ● Kerjasama ● Bantu membantu ● Kreatif ● Peka pada arahan KB: ● Menjana idea ● Menganalisis ● Membanding beza
menerangkan tentang tatacara perbezaan solat antara lelaki dan perempuan. 3. Aktiviti perseorangan. Guru memanggil seorang pelajar dengan menunjukkan pergerakan Takbiratul Ihram dan 12 murid yang seterusnya akan menunjukkan pergerakan yang lain di dalam solat mengikut turutan rukun solat. 4. Aktiviti pembacaan. Guru akan memilih pelajar membaca dan membimbing bacaan Al-Fatihah, bacaan rukuk, bacaan i'tidal sehingga bacaan Tahiyat Akhir. 5. Aktiviti soalan berkumpulan: guru membahagikan para murid kepada enam kumpulan yang terdiri daripada 6 orang murid bagi setiap kumpulan. Seterusnya, guru meminta ketua kumpulan untuk Paparan Flash Card 13 rukun solat mengikut urutan: Paparan poster rukun solat dan cara menunaikan solat bagi lelaki: KP: ● Keberanian ● Keyakinan BCB: ● Kemahiran mengumpul maklumat ● Membaca ● Berkomunikasi ● Mengingat dan menjana idea ● Berfikiran kreatif ● Menyelesaikan masalah BCB: ● Kemahiran mengumpul maklumat ● Membaca ● Berkomunikasi ● Mengingat dan menjana idea ● Berfikiran kreatif
mengambil lembaran kertas aktiviti dan jawapan. 6. Guru memberikan arahan untuk melaksanakan aktiviti dimana murid-murid perlu berbincang sesama ahli kumpulan untuk menjawab soalan-soalan tentang rukun solat. Murid-murid perlu menentukan jawapan yang tepat dengan menggunting dan menampal pilihan jawapan yang telah disediakan dengan bimbingan guru dan ABM yang disediakan. Paparan poster rukun solat dan cara menunaikan solat bagi Perempuan: Lembaran kertas aktiviti berkonsepkan peta buih: Menyelesaikan masalah Justifikasi: ● Menurut Adenan dan Khairuddin (2012) melihat pembelajaran berpusatkan bahan seperti penggunaan poster perlulah bersesuaian dengan aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas atau isi kandungan yang terdapat dalam poster tersebut perlulah bertepatan dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. ● Menurut Long et al. (2011) yang menyatakan bahawa penggunaan peta pemikiran membantu murid menjadi
Refleksi Guru: Kekuatan 1. Guru dapat menjalankan aktiviti pengajaran berdasarkan rancangan pengajaran harian dengan kehadiran murid yang penuh. 2. Murid berada dalam keadaan terkawal dan bekerjasama antara satu sama lain serta bersungguh-sungguh dalam mengikuti pembelajaran. 3. Penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk gambar animasi serta poster dan flash card bergambar dapat menarik minat murid dan merangsang rasa ingin tahu murid untuk memahami pelajaran dengan lebih mudah. 4. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam aktiviti berkumpulan telah membentuk pembelajaran kolaboratif dimana ia memupuk nilai berdaya saing yang sihat serta bersemangat untuk mencuba dalam kalangan murid. Kekurangan 1. Kekangan dalam penyediaan BBM kerana bahan yang terhad. 2. Tahap penguasaan murid terhadap daya mengingat (pergerakan dan bacaan dalam solat) adalah berbeza-beza. 3. Mengambil masa yang lama untuk membetulkan pergerakan solat bagi setiap murid yang dipilih oleh guru kerana kurang kemahiran murid dalam menggerakkan anggota badan yang terlibat dalam setiap rukun solat. Cadangan Penambahbaikan 1. Guru sentiasa mendedahkan teknologi yang terkini semasa proses pembelajaran yang dijalankan supaya murid tidak ketinggalan dalam menggunakan teknologi yang semakin canggih. 2. Guru perlu lebih kreatif dalam memudahkan murid mengingat lafaz niat solat seperti menyanyikan lagu. Guru juga boleh mengaplikasi kaedah SINGONIM iaitu memendekkan rukun solat kepada huruf AKRONIM contohnya Niat:N, Berdiri Tegak: B, Takbiratul Ihram: T.
3. Guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif (kerja kumpulan) di mana murid boleh membantu antara satu sama lain dalam membetulkan pergerakan solat. Ini bukan sahaja mempercepatkan proses pembelajaran, malah menggalakkan kerjasama dan komunikasi dalam kalangan murid. 4. Bagi murid yang menghadapi kesukaran yang ketara, guru boleh memberikan bimbingan pribadi selepas kelas untuk membantu mereka membetulkan pergerakan solat dengan lebih berkesan. 5. Perlukan lebih banyak masa dalam belajar topik solat supaya pelajar dapat mengamalkan dengan lebih praktikal. Kesimpulan Pada akhir pembelajaran dan pengajaran ini, guru mendapati bahawa sesi PdPc berjalan dengan teratur dan efisien kerana sekurang-kurangnya 34 dari 36 tahun 1 kelas Imam At-Tarmizi dapat memahami keseluruhan objektif manakala 2 daripada 36 pelajar tidak berjaya menguasai objektif berkaitan apa yang guru ajar. 1. Menghafal 5 niat solat fardhu dengan fasih. 2. Menyenaraikan 13 rukun solat fardhu dengan betul mengikut turutan. 3. Mengaplikasikan setiap rukun solat yang dipelajari ke dalam pergerakan solat dengan tepat.
Lampiran Pelaksanaan Aktiviti: Set Induksi: 5 Minit (Telekung dan sejadah) Langkah 1: 20 minit (Flash card, Poster bergambar, puzzle, Lembaran kertas latihan bersaiz A4)
Langkah 2: 30 minit (Paparan Slaid dan poster bergambar, lembaran kertas aktiviti berserta pilihan jawapan berkonsepkan peta buih)
Langkah 3: 25 Minit (Paperdoll, Quizz dan Games daripada Genially) Penutup: 5 minit (Kerja rumah buku aktiviti m/s 113-115)