DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH KOHORT 3 (SEMESTER 1 SESI 2023/2024) KURSUS & SET : GGGE5014: KAEDAH MENGAJAR (SET 13) TUGASAN BERKUMPULAN: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) NAMA PENSYARAH: DR. NURSHAKILLA AHLI KUMPULAN (1): Nama Ahli Kumpulan 9 No. Matrik 1) SAHLAN BIN AHMAD P132953 2) DHARMA PUTRA BIN ABDUL HADI P133044 3) EZZAH SHAFIQAH BINTI JULHIA P133054 4) SYAHEERAH BINTI AHMAD NEGUIB P133010 5) ANIS SYAHIRA ILYANA BINTI ROSLI P133024
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran Pendidikan Islam Tarikh /hari Jumaat Tingkatan 1 Imam AT-Tarmizi Bilangan murid / pelajar 36 Orang Masa 10.00 pagi - 11.20 pagi (1 jam 20 Minit) Tema Ibadah Unit 5 (Ms 106-113) Tajuk Solat Sempurna Kemahiran fokus Kemahiran Memahami, Membaca, Mengingati dan Mengaplikasi 13 rukun solat
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.5 Memahami dan mengamalkan rukun solat dengan sempurna 4.5.1 Menerangkan pengertian dan hukum rukun solat 4.5.2 Menganalisis dan mempraktikkan 13 rukun solat Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid / pelajar dapat: BIL OBJEKTIF 1. Menyatakan pengertian rukun dan hukum solat dengan tepat. 2. Mengenalpasti 13 rukun solat dengan mengikut urutan yang betul. 3. Memahami dan menghafal bacaan dalam solat. 4. Melaksanakan/melakukan solat (amali) dengan betul. Kriteria Kejayaan BIL KRITERIA KEJAYAAN 1. Murid dapat menghafal 4 daripada 5 niat solat-solat fardhu secara individu. 2. Murid dapat menyatakan 12 daripada 13 rukun solat dengan tepat secara berkumpulan. 3. Murid dapat melakukan pergerakan dan lafaz dalam solat dengan tepat secara individu.
Pengisian Kurikulum / EMK/ Kepelbagaian kaedah dan teknik Nilai Murni ● Peka dengan arahan guru ● Saling bekerjasama ● Ketaqwaan ● Bantu membantu ● Tanggungjawab ● Berfikiran Kreatif dan Kritis Kemahiran Berfikir (KB) ● Menjana Idea ● Membanding beza ● Menganalisis ● Mengaplikasi ● Memerhati Kemahiran Personal (KP) ● Keyakinan ● Keberanian ● Kerohanian Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB) ● Kemahiran Mendengar (arahan) ● Kemahiran Memahami dan Menghafal ● Kemahiran Membaca dan Bertutur
● Kemahiran Menganalisis ● Kemahiran Berkomunikasi ● Kemahiran Menulis Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ● Nilai-nilai Agama ● Teknologi Multimedia Komunikasi (TMK) ● Kreativiti & Inovasi Bahan Bantu Mengajar No Jenis Bilangan 1. Video animasi dari Youtube 4 2. Quiz dan Gamifikasi daripada aplikasi Genially 3 Set 3. LCD & Projector 1 4. Laptop 1 5. Lembaran kertas aktiviti individu 38 6. Bell hand Pressing 6
Pengetahuan sedia ada murid / pelajar : 1. Murid telah menjalankan aktiviti amali solat dan murid pernah menunaikan solat 2. Murid mengetahui pergerakan di dalam solat secara umum KBAT/ I-THINK 1. Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 2. I-Think: Peta buih (Bubble Map) - Menjawab soalan-soalan tentang rukun solat dengan tepat.
Langkah Pengajaran Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahan Bantu Mengajar Catatan Set Induksi (3 minit) Pengenalan awal tentang rukun solat 1. Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid. 2. Guru memaparkan slide muka hadapan tentang unit 5:Solat Sempurna kepada murid-murid. 3. Guru mempertontonkan kepada murid video animasi Omar Hana tentang orang solat hebat bagi menarik minat murid dan pengenalan awal kepada murid. 4. Seterusnya guru bertanya kepada murid soalan-soalan berikut: I. Siapa nak jadi orang hebat? II. Siapakah yang pernah menunaikan solat? III. Apakah antara rukun solat yang murid tahu? Paparan muka hadapan slide unit 5: solat sempurna: Video animasi omar hana tentang solat sebagai pengenalan awal kepada murid: 1. KP: ● Keyakinan ● Keberanian 2. Nilai Murni: ● Peka dengan arahan ● Ketaqwaan ● Kerohanian. 3. KB: ● Memerhati ● Menjana Idea 4. EMK: ● Teknologi Multimedia dan Komunikasi (TMK) ● Nilai-nilai Agama Justifikasi:
- Menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berunsurkan media dan animasi. -Menurut Gorman (2000), bahawa media yang menarik dan sesuai akan menarik tumpuan pelajar di dalam kelas -Menurut Weng dan Bee (2016), teknologi realiti berperantara digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dan daya tarikan persekitaran pembelajaran pelajar dalam senario dunia sebenar. Penggunaan realiti berperantara dalam pembelajaran juga dapat memudahkan penyampaian konsep yang sukar diajar dan pelajar juga dapat menyelesaikan masalah yang rumit dengan lebih mudah melalui gabungan
maklumat dari dunia sebenar dengan maklumat maya (Tobar Muñoz, Baldiris dan Fabregat, 2017). Langkah 1 (20 minit) Lafaz niat solat 1. Guru memperlihatkan kepada murid slide melalui aplikasi genially tentang 5 jenis lafaz niat solat fardhu. 2. Setiap gambar berbentuk animasi tersebut memaparkan cara bacaan setiap lafaz niat solat fardhu. 3. Murid-murid mengikuti bacaan lafaz niat solat dengan pengulangan bacaan sebanyak 3x dengan bimbingan guru: I. Subuh II. Zohor III. Asar IV. Maghrib V. Isyak Slide Genially tentang lafaz niat solat fardhu: Video Upin Ipin tentang lafaz niat solat fardhu https://view.genial.ly/65955cf75b2bd50014712 e9d/interactive-content-untitled-genially 1. KP: ● Keberanian ● Keyakinan 2. BCB: ● Kemahiran membaca dan bertutur ● Kemahiran memahami dan menghafal ● Kemahiran menganalisis ● Kemahiran berkomunikasi 3. Nilai Murni: ● Peka pada arahan
4. Guru mempertontonkan kepada murid video animasi Upin Ipin di Youtube tentang cara bacaan niat solat 5 waktu melalui aplikasi Genially sambil mengajak murid-murid untuk menyanyi bersama. Seterusnya, guru memanggil 1 nama murid secara rawak utk menjawab soalan quiz pantas melalui aplikasi Genially. 5. Seterusnya, Guru memaparkan slide melalui aplikasi Genially tentang pengertian dan hukum rukun solat. 6. Aktiviti quiz berkumpulan: guru membahagikan para murid kepada enam kumpulan yang terdiri daripada 6 orang murid bagi setiap kumpulan. 7. Setiap kumpulan perlu berbincang sesama mereka untuk menjawab 5 soalan kuiz berkonsepkan game based learning yang telah disediakan oleh guru melalui aplikasi Genially (True Paparan Slide Genially tentang Pengertian dan hukum rukun solat: Bell hand pressing Quiz Genially (true or lie) ● Bertaqwa ● Tanggungjawab ● Kerjasama 4. KB: ● Memerhati ● Menganalisis ● Menjana Idea ● Menyelesaikan masalah 5. EMK: ● Teknologi Multimedia dan Komunikasi (TMK) ● Nilai-nilai agama ● Kerja kumpulan Justifikasi: -PdP yang mengaplikasikan unsur-unsur hipermedia seperti animasi, bunyi, grafik, hiperteks, dan warna menjadikan persembahan lebih
or lie) tentang lafaz niat solat fardhu dan pengertian serta hukum rukun solat. 8. Setiap kumpulan akan diberikan 1 ‘bell hand pressing’ dimana kumpulan yang pertama/laju yang menekan loceng tersebut boleh menjawab soalan dan jika jawapan yang diberikan adalah tepat, kumpulan tersebut akan mendapat mata (point). 9. Pada akhir pembelajaran, kumpulan yang paling banyak mengumpul mata(point) akan diberikan ganjaran/hadiah daripada guru. Contoh-contoh quiz: https://view.genial.ly/65955cf75b2bd50014712e9d/i nteractive-content-untitled-genially menarik dan mampu menarik minat pelajar (Maimun et al., 2011) -Multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan (Zamri dan Nur Aisyah, 2011). -Pembelajaran berasaskan permainan menghasilkan banyak kesan positif pada pembelajaran pelajar seperti motivasi, pencapaian dan persepsi murid terhadap pembelajaran (Ku, Hou dan Chen, 2016). -Hasil maklum balas dalam kajian Shirazi dan
Behzadan (2015), menunjukkan bahawa pelajar mendapati kolaborasi kontekstual dan alat mudah alih realiti berperantara adalah pendekatan yang menarik, bermotivasi dan menolong mereka untuk mendapat pengetahuan yang lebih mendalam bagi jangka masa yang panjang. -Pembelajaran kooperatif dapat meningkatkan pembelajaran secara umumnya kerana mempunyai dasar-dasar atau prinsip-prinsip yang khusus.Di samping itu, pembelajaran kooperatif mampu diajar melalui penerapan nilai-nilai murni seperti hormat menghormati, bertanggung jawab dan kemahiran kemahiran
sosial yang berguna dan efektif kepada murid. Melalui pembelajaran kooperatif, kesedaran dapat dikukuhkan oleh gurumelalui penerapan nilai hormat dan bertanggungjawab dalam diri murid (Somasundram, B., & Mahamod, Z. (2017).
Langkah 2 ( 35 minit) Rukun solat 1. Guru memaparkan video animasi Upin Ipin melalui aplikasi Genially tentang pengenalan terhadap 13 rukun solat. Guru mengajak murid-murid untuk bernyanyi bersama. 2. Seterusnya, guru menunjukkan slide tentang cara menunaikan solat berserta video animasi upin ipin tentang panduan cara solat yang betul kepada murid (Genially). 3. Seterusnya, guru menunjukkan cara pergerakan dan bacaan di dalam solat satu persatu mengikut urutan dengan menggunakan slide animasi melalui aplikasi Genially. 4. Aktiviti individu: Guru memanggil seorang pelajar dengan menunjukkan pergerakan Takbiratul Ihram dan 12 murid yang seterusnya akan menunjukkan Video animasi Upin Ipin tentang panduan cara solat yang betul:
pergerakan yang lain di dalam solat mengikut turutan rukun solat. 5. Aktiviti pembacaan. Guru akan memilih pelajar membaca dan membimbing bacaan Al-Fatihah, bacaan rukuk, bacaan i'tidal sehingga bacaan Tahiyat Akhir. 6. Seterusnya guru menyambung aktiviti berkumpulan bagi menjawab quiz berbentuk games based learning melalui aplikasi Genially (Farm Escape Room) tentang rukun solat dan cara mengerjakannya: Paparan Slide Genially 13 rukun solat mengikut urutan serta cara mengerjakan solat: 5. EMK: ● Teknologi Multimedia dan Komunikasi (TMK) ● Kreativiti dan Inovasi ● Kerja kumpulan Justifikasi: -Menurut Jamar, Annasaii, and Mohd Aderi Che Noh (2020), Pembelajaran interaktif dapat menarik rangsangan berbentuk teks, gambar, dialog, carta ataupun audio visual kerana aktiviti pembelajaran interaktif sedemikian, dapat mengarah kepada proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang bersifat kendiri dengan menggunakan seluruh instrumen yang ada.
-Selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam ucapan Tahun Baharu 2016 yang mahu pendekatan kepada pendidikan fleksibel ditingkatkan melalui inovasi gamifikasi atau ‘gamification’dan menyarankan supaya satu inisiatif dibentuk di kalangan mereka yang berkebolehan untuk membangunkan gamifikasi, dengan menerapkan nilai dan budaya tempatan supaya kaedah ini berjaya dijadikan alat PdPc serta dapat memberi kefahaman kepada masyarakat dan pelajar terhadap nilai budaya serta identiti negara. - Pembelajaran kooperatif merupakan salah satu
Soalan quiz berbentuk games based learning melalui aplikasi Genially (Farm Escape Room) tentang rukun solat dan cara mengerjakannya: Contoh-contoh soalan Kuiz berkumpulan: https://view.genial.ly/65955cf75b2bd50014712e9d/intera ctive-content-untitled-genially daripada teknik pengajaran moden. Pembelajaran ini secara langsungnya dapat meningkatkan pemahaman murid, menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, meningkatkan pencapaian dan motivasi murid serta juga meningkatkan secara berterusan akan sesuatu pengetahuan kepada murid (Somasundram, B., & Mahamod, Z. (2017).
Langkah 3 ( 20 minit) Aktiviti penilaian secara individu Aktiviti penilaian secara individu (Penilaian Sumatif): 1. guru memberikan sehelai kertas kepada setiap murid. Murid diarahkan untuk menulis nama dan kelas mereka. 2. Murid perlu menulis jawapan mereka pada kertas tersebut dan menjawab soalan penilaian berdasarkan 10 soalan yang telah disediakan melalui aplikasi Genially yang merangkumi topik-topik yang telah dipelajari hari ini yang dipaparkan di screen projector. Soalan Kuiz penilaian individu melalui Genially tentang lafar niat solat, rukun solat dan cara mengerjakan solat: Antara contoh-contoh soalan penilaian quiz: 1. KB: ● Menjana idea ● Menganalisis 2. KP: Keyakinan 3. BCB: ● Kemahiran Mendengar Arahan ● Kemahiran mengaplikasi ● Kemahiran Menulis ● Kemahiran menganalisis ● Menyelesaikan masalah 4. Nilai Murni: ● Patuh pada arahan ● Bekerjasama 5. EMK: ● Teknologi Multimedia dan
https://view.genial.ly/654bc39fd4e7020011 e2f416/interactive-content-solat-tahun-1 Komunikasi (TMK) ● Kreativiti dan Inovasi Justifikasi: -Penilaian sumatif merujuk kepada penilaian di mana tahap kognitif pelajar diukur pada akhir proses pembelajaran. Ia menyediakan maklumat untuk pertimbangan akhir pencapaian pelajar bagi satu set objektif yang telah ditetapkan (Govindasamy, 2002). Penutup ( 5 minit) Rumusan 1. Guru membuat refleksi dan kesimpulan secara menyeluruh berdasarkan subjek yang dipelajari. 2. Guru bertanyakan kepada murid jika mereka ingin bertanyakan soalan tentang apa yang mereka Lembaran kertas aktiviti berkonsepkan peta buih: 1. K-BAT/ I-think: ● Peta buih Justifikasi: -Menurut Ab. Halim Tamuri, (2013). Guru
kurang faham berdasarkan pembelajaran hari ini. 3. Guru memberikan kerja rumah kepada murid sebagai latihan pengukuhan tambahan melalui lembaran kertas aktiviti dan jawapan yang telah guru sediakan menggunakan canva yang berkonsepkan peta i-think (peta buih). 4. Murid-murid perlu menentukan jawapan yang tepat dengan menggunting dan menampal pilihan jawapan yang telah disediakan. 5. Kertas lembaran aktiviti ini nanti boleh menjadi nota bagi murid sebagai rujukan. Lembaran jawapan yang perlu digunting dan ditampal: ataupun pendidik dalam pengajian Islam perlu lebih kreatif, inovatif dan proaktif dalam menggunakan kemudahan yang ada, khususnya infrastruktur yang disediakan oleh KPM bagi memastikan pelaksanaan sesi pembelajaran dalam talian masih memenuhi objektifnya serta dapat melahirkan generasi yang cemerlang bukan sahaja dari aspek pembacaan dan teori, malah pengamalan dan pembudayaan.
Refleksi Guru: Kekuatan 1. Guru dapat menjalankan aktiviti pengajaran berdasarkan rancangan pengajaran harian dengan kehadiran murid yang penuh. 2. Murid berada dalam keadaan terkawal dan bekerjasama antara satu sama lain serta bersungguh-sungguh dalam mengikuti pembelajaran. 3. Penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk slide (Genially) serta video animasi melalui aplikasi Genially dapat menarik minat murid dan merangsang rasa ingin tahu murid untuk memahami pelajaran dengan lebih mudah. 4. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam aktiviti berkumpulan melalui konsep game based learning telah membentuk pembelajaran kolaboratif dimana ia memupuk nilai berdaya saing yang sihat serta bersemangat untuk mencuba dalam kalangan murid. Kekurangan 1. Terdapat segelintir murid kurang pendedahan kepada penguasaan teknologi yang terkini dan memerlukan bimbingan minimal daripada guru. 2. Tahap penguasaan murid terhadap daya mengingat (pergerakan dan bacaan dalam solat) adalah berbeza-beza. 3. Mengambil masa yang lama untuk membetulkan pergerakan solat bagi setiap murid yang dipilih oleh guru kerana kurang kemahiran murid dalam menggerakkan anggota badan yang terlibat dalam setiap rukun solat. Cadangan Penambahbaikan 1. Guru sentiasa mendedahkan teknologi yang terkini semasa proses pembelajaran yang dijalankan supaya murid tidak ketinggalan dalam menggunakan teknologi yang semakin canggih. 2. Guru perlu lebih kreatif dalam memudahkan murid mengingat lafaz niat solat seperti menyanyikan lagu. Guru juga boleh mengaplikasi kaedah SINGONIM iaitu memendekkan rukun solat kepada huruf AKRONIM contohnya Niat:N, Berdiri Tegak: B, Takbiratul Ihram: T.
3. Guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif (kerja kumpulan) di mana murid boleh membantu antara satu sama lain dalam membetulkan pergerakan solat. Ini bukan sahaja mempercepatkan proses pembelajaran, malah menggalakkan kerjasama dan komunikasi dalam kalangan murid. 4. Bagi murid yang menghadapi kesukaran yang ketara, guru boleh memberikan bimbingan pribadi selepas kelas untuk membantu mereka membetulkan pergerakan solat dengan lebih berkesan. Kesimpulan Pada akhir pembelajaran dan pengajaran ini, guru mendapati bahawa sesi PdPc berjalan dengan teratur dan efisien kerana sekurang-kurangnya 34 dari 36 pelajar dapat: 1. Menghafal 5 niat solat fardhu dengan fasih. 2. Menyenaraikan 13 rukun solat fardhu dengan betul mengikut turutan. 3. Mengaplikasikan setiap rukun solat yang dipelajari ke dalam pergerakan solat dengan tepat.
Lampiran Pelaksanaan Aktiviti: Set Induksi: 3 Minit (Telekung dan sejadah, video animasi daripada Youtube) Langkah 1: 20 minit (Video animasi, Poster bergambar, quiz Wordwall, Lembaran kertas latihan bersaiz A4) Langkah 2: 30 minit (Paparan Slaid dan poster bergambar, lembaran kertas aktiviti berserta pilihan jawapan berkonsepkan peta buih) Langkah 3: 25 Minit (Paperdoll, Quizz dan Games daripada Genially)
Penutup: 5 minit (Kerja rumah buku aktiviti m/s 113-115)