The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norainiishak730102, 2022-03-22 00:45:48

kelab guru 1

kelab guru 1

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN KELAB
KELUARGA SMK DATUK AWANG JABAR
21610 MERCHANG,TERENGANU

KANDUNGAN

FASA 1 : NAMA
FAS 2 : TEMPAT URUSAN
FASA 3 : TUJUAN /OBJEKTIF
FASA 4 : KEAHLIAN
FASA 5 : YURAN KEAHLIAN
FASA 6 : DANA ? KEWANGAN KELAB
FASA 7 : HAK DAN GANJARAN UNTUK AHLI
FASA 8 : PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
FASA 9 : MESYUARAT AGUNG
FASA 10 : JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI
FASA 11 : PEMERIKSAAN KIRA-KIRA (AUDIT)
FASA 12 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
FASA 13 : LARANGAN
FASA 14 : PEMBUBARAN
FASA 15 : PENJELASAN

KELAB KELUARGA
SMK DATUK AWANG JABAR
21610 MERCHANG,TERENGGANU

PERLEMBAGAAN

FASA 1 : NAMA
Kelab Keluarga Sek. Men. Keb. Datuk Awang Jabar 21610 Merchang Terengganu

FASA 2: TEMPAT URUSAN
Sek. Men. Keb. Datuk Awang Jabar 21610 Merchang Terengganu

FASA 3: TUJUAN /OBJEKTIF

3.1 Memberikan satu saluran berkuasa kepada guru-guru untuk menyuarakan pendapat
mereka berkaitan dengan hal kebajikan ahli-ahli

3.2 Meningkatkan keharmonian dan Kerjasama di kalangan guru dan Anggota Kumpulan
Pelaksana

3.3 Menjalankan aktiviti-aktiviti yng membawa ke arah semangat kekitaan
3.4 Mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli-ahli melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang
3.5 Menimbulkan kecenderungan dalam hal-hal ikhtisas ,social,kebudayaan dalam kalangan

ahli

FASA 4 : KEAHLIAN

Semua guru dan kakitangan yang berkhidmat secara tetap di sekolah ini adalah secara automatic

menjadi ahli KKDAJ. Tarikh keahlian adalah tarikh guru melaporkan diri di SMKDAJ

FASA 5 : YURAN KEAHLIAN

5.1 Semua ahli (guru) wajib membayar yuran tahunan keahlian sebanyak RM150.00 (Ringgit :
Satu Ratus Lima Puluh Sahaja)

5.2 Semua ahli (kakitangan) wajib membayar yuran tahunan keahlian sebanyak RM130.00
(Ringgit : Satu Ratus Tiga Puluh Sahaja)

5.3 Kutipan yuran di buat tiga kali setahun ( Jan, Mei dan September )
5.4 Mengenakan kutipan tambahan pada tahun semasa jika melibatkan program persaraan pada

tahun semasa sebanyak RM100.00. Dan dibayar secara sekaligus pada awal Tahun bersama
bayaran yuran kali pertama.

FASA 6 : DANA KEWANGAN KELAB

6.1 Kutipan yuran dan kumpulan wang bagi kelab hanya boleh digunkan untuk membiayai
aktiviti kelab sahaja

6.2 Kelab berhak menerima dan mencari sumbangan dalam bentuk wang atau lain dari mana-
mana pihak

6.3 Segala perbelanjaan hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari

6.4 Penyata darihal wang yangb diterima dan dibelanjakan serta penyata pendapatan dan
perbelanjaan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh
Pemeriksa kira-kira yang dilantik di bawah fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa
segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu
hendaklahdikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya

dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman semua ahli

6.5 Tahun kewangan “KKDAJ” ini bermula 1 Januari dan berakhirpada bulan Disember tiap-

tiap tahun

FASA 7 : HAK DAN GANJARAN UNTUK AHLI

7.1 Ahli-ahli berhak meikmati semua kemudahan yang mampu disediakan oleh “KKDAJ”

7.2 Semua ahli berhak:
7.2.1 Mengundi untuk memilih Jawatankuasa kerja tertinggi di peringkat sekolah
7.2 .2 Memegang jawatan dalam jawatankuasa kerja tertinggi
7. 2.3 Mencadang dan meminda sesuatu usul

7.3 Setiap ahli juga berhak mendapat ganjaran seperti berikut :
BIL PERKARA PERUNTUKAN CATATAN

7.3 1 Berpindah sekolah RM 50.00 ( 1 hingga 5 tahun) rm 70.00 ( 6 hingga 9 tahun) 10
tahun atau lebih (RM100.00) tambah dengan kutipan edaran

7.3.2 Perkahwinan - Guru & kakitangan (kali pertama sahaja) RM120.00 sahaja Tambah
dengan kutipan edaran

7.3.3 Kelahiran (bagi anak pertama yang dilahirkan di SMKDAJ) RM50.00 Tambah
dengan kutipan edaran . Anak ke dua dan seterusnya dengan edaran.

7.3.4 KEMATIAN – Guru & kakitangan -waris terdekat (pasangan,anak ,ibu,bapa –
RM100) Tambah dengan kutipan edaran

7.4 Satu Salinan perlembagaan ini akan diserahkan kepada pengetua dan satu Salinan berada
dalam fail Kelab Guru

FASA 8 : PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

8.1 Seseorang yang telah membayar yuran keahliannya dan tidak lagi berkhidmat di sekolah
ini atas sebab perpindahan atau bersara , berhak menghadiri jamuan akhir tahun dalam
tahun semasa

8.2 Seseorang yang gagal membayar yuran keahlian sepenuhnya tidak akan mendapat sebarang
manafaat daripada KKDAJ pada tahun semasa

8.3 Seseorang ahli bolehboleh ditamatkan keahliannya sekiranua ahli iru dikeluarkan dari
sekolah ini atas sebab telah di hukum di mahkamah

8.4 Seseorang yang tamat keahliannya tidak berhak terhadap tuntutan , hak milik dan tabung
/dana KKDAJ

FASA 9 : MESYUARAT AGUNG

9.1 Pengelolaan “KKDAJ” ini terserah kepada mesyuarat agung
9.2 Sekurang kurangnya ½ daripada jumlah ahli ang berhak mengundi atau atau dua kali

ganda jumlah ahli jawatankuasa Tertinggi hendaklah hadir dan diterima mencukupi
korum untuk mesyuarat bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat.
9.3 Mesyuarat Agung Tahunan bagi “KKDAJ” hendaklah diadakan secepat mungkin setelah
berakhirnya tahun kewangan semasa.

9.4 Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah :
9.4.1 Menerima laporan bendahari dan Penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun
Lalu

9.4.2 Memilih ahli-ahli jawatankuasa Kerja Tertinggi dn pemeriksa kira-kira tiap-tiap dua
tahun sekali

9.4.3 Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan dalam mesyuarat itu

FASA 10 : JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI

10.1 Pengerusi
10.1.1 Menjadi pengerusi semua mesyuarat Agung dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Tertinggi dan bertanggungjjawab ke atas kesempurnaan perjalanan semua
mesyuarat
10.12 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah dia menandatangani peringatan
mesyuarat bila telah diluluskan.

10.2 Naib Pengerusi
10.2.1 Membantu pengerusi menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan
10.2.1 Memangku jawatan pengerusi semasa ketiadaan pengerusi di sekolah dan
mengendalikan mesyuarat Jawatankuasa kerja Tertinggi.

10.3 Setiausaha
10.3.1 Menjalankan kerja Pentadbiran “KKDAJ” mengikut perlembagaan
10.3.2 Hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat Agung dan Jawatankuasa Kerja
Tertinggi
10.3.3 Bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan
semua buku ,surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.

10.4 Naib Setiausaha
10.4.1 Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan
10.4.2 Memangku jawatan setiausaha semasa ketiadaan setiausaha di sekolah dalam
tugas-tugas yang ditetapkan

10.5 Ahli jawatankuasa biasa
10.5.1 AJK terdiri daripada 5 orang ahli termasuk 3 orang daripadanya adalah AKP
10.5.2 Membantu Jawatankuasa Kerja Tertinggi dam menjalankan semua tugasan yang
diarahkan olehnya.

FASA 11 : PEMERIKSAAN KIRA-KIRA (AUDIT)

11.1 Seorang pegawai yang bukan ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi boleh dilantik dalam
Mesyuarat AgungTahunan sebagai Pemeriksa kira-kira. Dia akan memegang jawatan
selama setahun dan boleh dilantik semula.

FASA 12 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1 Pindaan Perlembagaan mengenai mana-mana hanya boleh dilakukan dengan persetujuan
2/3 kehadiran mesyuarat Guru (memenuhi korum)

FASA 13 : LARANGAN

13.1 Mana-mana pihak tidak boleh menggunakan nama Kelab Keluarga untuk sebarang

tujuan tanpa pengetahuan dan kelulusan KELAB KELUARGA SMKDAJ
13.2 Mana-mana pihak tidak dibenarkan membuat keputusan untuk menggunakan wang

KKDAJ tanpa persetujuan dari Kelab KKDAJ

FASA 14 : PEMBUBARAN

14.1 Pembubaran hanya boleh dlakukan pada Mesyuarat Agung Kali Pertama
14.2 Penyerahan tugas AJK harus dilakukan secara rasmi pada Mesyuarat Agung KKDAJ
14.3 Semua fail setiausaha dan Bendahari harus dikemaskini dan laporan kewangan harus

dibentangkan pada Mesyuarat Agung Guru Kali Pertama sebelum penyerahan tugas
kepada AJK baru.

FASA 15 : PENJELASAN

Jika timbul sesuatu perkara yang luar daripada peraturan-peraturan di atas yang tidak diterangkan
dengan jelas. Jawatankuasa Kerja Tertinggi akan menggunakan keputusan kuasanya untuk
memberi keterangan mereka sendiri dan keputusan itu akan melibatkan semua ahli kecuali
mendapat tentangan dari Mesyuarat Agung yang akan diadakan kelak.


Click to View FlipBook Version