TARIKH LAHIR:
12 RABIUL AWWAL
HARI:
ISNIN
TAHUN:
TAHUN GAJAH
BANGSA:
ARAB QURAISH
Berita kelahiran Nabi Muhammad S.A.W telah
dinyatakan di dalam kitab-kitab terdahulu
sebelum kelahiran Baginda lagi. Peristiwa
kelahiran Baginda amat ditunggu-tunggu.
Pada malam sebelum Nabi Muhammad S.A.W
dilahirkan, ibunya Aminah melihat cahaya yang
amat terang meyinari seluruh istana di negara
Syam.
Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan daripada
keturunan yang amat dihormati di Kota Mekah
kerana mereka merupakan golongan pemimpin
dan bangsawan. Mereka juga pemegang kunci
Kaabah dan sering memberikan makanan
kepada tetamu yang mengunjungi Kaabah.
Nabi Muhammad S.A.W merupakan
seorang anak yatim, Bapanya
meninggal dunia ketika Baginda masih
di dalam kandungan ibunya. Apabila
dilahirkan, datuknya Abdul Muttalib
membawa Baginda ke Kaabah dan
menamakannya Muhammad,
bermaksud yang terpuji. Nama itu
tidak pernah digunakan dalam
masyarakat Arab pada ketika itu.
Sebagaimana adat masyarakat Arab, Nabi
Muhammad S.A.W juga dibesarkan di sebuah
perkampungan Bernama Bani Saad. Di sana,
Baginda disusukan oleh Halimatus Saadiah.
Udaranya yang segar membantu
tumbesaran Nabi Muhammad S.A.W dengan
sihat.
Nabi Muhammad S.A.W merupakan kanak-
kanak yang disayangi dan disenangi kerana
akhlak Baginda yang mulia.
Usia 6 tahun
Ibunya Aminah sakit dan meninggal dunia di
Abwa’. Baginda tinggal bersama datuknya
Abdul Muttalib.
Usia 8 tahun
Datuknya Abdul Muttalib meninggal dunia.
Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya,
Abu Talib.
Usia 9 tahun
Mengambil upah mengembala kambing bagi
penduduk Kota Mekah.
Usia 12 tahun
Mengikut bapa saudara Baginda berniaga di
Syam.
Usia 15 tahun
Terlibat dengan peperangan Al-fijar.
Usia 20 tahun
Membawa barangan dagangan milik Khadijah
ke Syam untuk diniagakan. Baginda ditemani
orang suruhan Khadijah yang dikenali
sebagai Maisarah.
Usia 25 tahun
Berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid
yang berusia 40 tahun.
Usia 35 tahun
Terlibat dengan peristiwa pembinaan
semula Kaabah. Baginda menyelesaikan
perbalahan antara qabilah-qabilah Quraisy
mengenai perletakan Hajarul Aswad di
penjuru Kaabah.
Usia 40 tahun
Menerima wahyu pertama di gua Hira’
sebagai perlantikan Nabi dan Rasul akhir
zaman.
Usia 53 tahun
Berhijrah ke Madinah dengan ditemani Abu
Bakar As-Siddiq. Rombongan tiba pada
tanggal 12 Rabiul Awwal bersamaan 24
September 622 Masihi.
Usia 63 tahun
Kewafatan Rasulullah S.A.W di Madinah pada
hari Isnin, 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah
bersamaan 8 Jun 632 Masihi.
SALAm dAN SeLAWAT keATAS
JUNJUNGAN NABI mUHAmmAd S.A.W.
َولَََع آِهله ُُ َم َّم ٍد،اَللَّ ُه َّم َصِ ىّل لَََع ُُ َم َّم ٍد