The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadsulongahmad, 2022-04-24 23:03:43

PASUKAN BOLING TENPIN MSKPPM

BOLING TENPIN PSKPPNS

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN M

BOLING TENPIN

1. UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa
sebagaimana yang diperuntukan oleh Persatuan Boling Tenpin Dunia (WTBA) dan telah
diterima oleh Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) serta Peraturan Am Pesta MSKPPM.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

Setiap pasukan perlu mendaftarkan maksimum:

BIL STATUS / KATEGORI LELAKI WANITA JUMLAH

1 Pengurus 1 orang 1 orang
1 orang
2 Jurulatih 1 orang 4 orang
10 orang
3 VIP 3 orang 1 orang 16 orang

4 Pemain 5 orang 5 orang

Jumlah

3. PENDAFTARAN PASUKAN

3.1 Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan Borang Pendaftaran Rasmi
yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan diserahkan semasa
Mesyuarat Pengurus Pasukan.

3.2 Jawatankuasa pengelola berhak untuk menolak borang pendaftaran pasukan
yang tidak lengkap.

4. KELAYAKAN DAN STATUS PEMAIN

4.1 Terbuka - lelaki dan wanita di semua peringkat umur.

4.2 VIP - 4 orang peserta campuran sekurang kurangnya seorang peserta
wanita (mestilah berkhidmat sebagai pengurusan tertinggi di KPM / JPN sama
ada Pengarah / TImbalan Pengarah / KPPK / Ketua Kaunselor Negeri / KPPD.

4.3 Sila rujuk Peraturan 8 di dalam Peraturan Am Pesta MSKPPM.

5. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

5.1. Individu (TERBUKA)

5.1.1 Individu Lelaki

5.1.2 Individu Wanita

5.2. Beregu (TERBUKA)

5.2.1 Beregu Lelaki

5.2.2 Beregu Wanita

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

5.3 Trio (TERBUKA)

5.3.1 Trio Lelaki

5.3.2 Trio Wanita

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

5.4 Berpasukan (TERBUKA)

5.4.1 Berpasukan Lelaki

5.4.2 Berpasukan Wanita

5.5 Berpasukan VIP

6. FORMAT PERTANDINGAN DAN KIRAAN MATA

6.1 Acara Individu lelaki dan wanita

6.1.1 Semua pemain yang telah mendaftar layak untuk menyertai acara
individu lelaki dan wanita.

6.1.2 Setiap pemain akan bermain sebanyak 4 permainan / games.

6.1.3 Pemenang acara ini berdasarkan dengan jumlah jatuhan pin dalam 4
permainan / games yang dipertandingkan.

6.1.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan /
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.2 Acara Beregu Lelaki dan Wanita

6.2.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1
Pasukan

6.2.2 Setiap pemain bagi setiap kategori akan bermain sebanyak 4
permainan/ games

6.2.3 Jumlah keseluruhan jatuhan pin yang diperoleh oleh setiap beregu
akan diambil kira untuk menentukan pemenang bagi acara ini.

6.2.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan/
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.3 Acara Trio Lelaki dan Wanita

6.3.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1
pasukan bagi setiap kategori Trio lelaki/ wanita.

6.3.2 Setiap pemain bagi setiap kategori akan bermain sebanyak 4
permainan/ games.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

6.3.3 Jumlah keseluruhan jatuhan pin yang diperolehi oleh setiap trio akan
diambil kira untuk menentukan pemenang bagi acara ini.

6.3.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan/
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.4 Acara Berpasukan Lelaki dan Wanita

6.4.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1
pasukan yang terdiri daripada 5 orang pemain bagi setiap kategori
berpasukan lelaki / wanita.

6.4.2 Setiap pasukan akan bermain sebanyak 5 permainan / games secara
Baker Format.

6.4.3 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan /
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.5 Acara Berpasukan VIP

6.5.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1
pasukan yang terdiri daripada 4 orang pemain lelaki / wanita.

6.5.2 Setiap pasukan akan bermain sebanyak 2 permainan / games.

6.5.3 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan /
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.6 Keseluruhan

6.6.1 Pasukan yang mengumpul mata tertinggi dalam semua kategori yang
dipertandingkan akan dikira sebagai pemenang.

7. PAKAIAN

7.1 Setiap pemain mestilah memakai seluar slek panjang (slacks), T-shirt berkolar
dan berkasut.

7.2 Pemakaian seluar jeans, cargo pants, slek poket bertampal dan track bottom
adalah DILARANG.

8. BAYARAN PENYERTAAN

8.1 Setiap pasukan PSKPP Negeri yang ingin menyertai pertandingan ini
dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM600.00 (Ringgit Malaysia: Enam
Ratus Ringgit Sahaja).

9. KIRAAN MATA DAN MENENTUKAN PEMENANG

9.1 Pemenang keseluruhan akan ditentukan mengikut jumlah pungutan mata bagi
pemenang setiap acara yang dipertandingkan:

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

BIL ACARA KEDUDUKAN / PUNGUTAN MATA

1 Individu Lelaki EMAS PERAK GANGSA KE-4
2 Individu Wanita 5 1
3 Beregu Lelaki 5 32 1
4 Beregu Wanita 5 1
5 Trio Lelaki 5 32 1
6 Trio Wanita 5 1
7 Berpasukan Lelaki 5 32 1
8 Berpasukan Wanita 5 1
5 32 1

32

32

32

32

9.2 Sekiranya berlaku keputusan seri dalam jumlah pengiraan mata, maka jumlah
turutan pingat emas, perak dan gangsa akan diambil kira bagi menentukan
pemenang.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

10. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan 15 di dalam Peraturan Am Pesta MSKPPM.

11. LEMBAGA JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan 16 di dalam Peraturan Am Pesta MSKPPM.

12. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini
serta Peraturan Am Pesta MSKPPM akan dirujuk dan di selesaikan oleh
Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang
meliputi tiap-tiap satu permainan yang sedang berkuatkuasa dan berhak meminda
atau menambah mana-mana yang bersesuaian.


Click to View FlipBook Version