The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadsulongahmad, 2022-04-24 22:46:28

Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPPM

Peraturan AM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM
PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

PERATURAN AM

1. NAMA PERTANDINGAN

Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia

2. PENGANJUR

Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia

3. PENGELOLA

Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Negeri

4. PERATURAN UMUM
Undang-undang dan Peraturan Antarabangsa bagi satu-satu jenis permainan
yang dipertandingkan dan Peraturan Am Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan
Perkhidmatan Pelajaran Malaysia yang sedang berkuatkuasa sekarang akan
digunakan.

5. PERATURAN TAMBAHAN

Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa penganjur dan pengelola
berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras
dengan matlamat penganjuran Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan
Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.

6. JENIS-JENIS PERMAINAN

6.1 Permainan Teras

Bil Jenis Permainan Jantina Jenis Pertandingan
1. Bola Sepak Senior Lelaki Berpasukan
2. Bola Sepak Veteran Lelaki Berpasukan
Berpasukan (Senior &
3. Bola Jaring Wanita Veteran)
Berpasukan (Senior &
4. Sepak Takraw Lelaki Veteran)
Berpasukan
5. Bola Tampar Wanita Berpasukan
6. Boling Tenpin Lelaki+Wanita Individu/Berpasukan
7. Golf Lelaki Berpasukan
8. Kebudayaan Lelaki+Wanita

2

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

6.2 Permainan elektif / pilihan

6.2.1 Pihak pengelola dibenarkan untuk mencadangkan tambahan 2
permainan elektif / pilihan semasa kejohanan MSKPPM.

6.2.2 Permainan tersebut akan dipertandingkan sekiranya ada empat
(4) negeri yang mengambil bahagian.

7. JUMLAH PESERTA

Bil Permainan Peng J/latih Fisioterapi Pengadil Peserta Jum
LP 22
1. Bola Sepak 01 01 01 01
Senior 18 00

2. Bola Sepak 01 01 01 01 18 00 22
Veteran

3. Bola Jaring 01 01 - 01 00 12 15

4. Sepak Takraw 01 01 - 01 12 00 15

5. Bola Tampar 01 01 - 01 00 15 18

6. Boling Tenpin 01 01 - 00 05 05 12
7. Golf 01 01 - 00 08 00 10
8. Kebudayaan 01 01 - 01 06 06 15
08 08 02 06 67 38 129
JUMLAH

* Bilangan pegawai terpulang kepada pasukan PSKPP Negeri masing-masing.

8. KELAYAKAN

8.1 Pemain yang layak menyertai pesta ini adalah:

8.1.1 Warganegara Malaysia

8.1.2 Seseorang yang sedang berkhidmat dan menerima gaji
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sama ada bekerja
secara tetap atau kontrak (dari segi jawatan).

8.1.3 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang berkhidmat secara
berterusan 3 bulan ke atas.

8.1.4 Pegawai Khidmat Singkat dibenarkan dengan syarat telah
berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan.

3

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

8.1.5 Guru yang melanjutkan pelajaran secara penuh masa dan
gajinya masih dibayar oleh pihak sekolah atau Jabatan asalnya.

8.1.6 Institusi Pendidikan yang berdaftar secara sah dan bergabung
dengan MSKPP Negeri serta/dan membayar yuran dengan
MSKPP Negeri.

8.1.7 Semua pegawai yang berkhidmat di Sekolah Sukan Bukit Jalil,
Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor
adalah tertakluk di bawah pasukan MESCA.

8.2 Pemain yang tidak layak:

8.2.1 Pekerja Kontrak Swasta.

8.2.2 Guru ganti dan KGSK

8.2.3 Guru yang sedang menjalankan praktikum di institusi
pendidikan.

8.3 Penyertaan bagi peserta lelaki dalam kategori Veteran adalah 40
tahun ke atas manakala bagi bagi peserta wanita adalah 35 tahun di
kira pada tahun pertandingan.

8.4 Pemain tidak dibenarkan mewakili pasukan persatuan lain selain
daripada negeri tempat bertugas.

8.5 Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding/didaftarkan di bawah
satu permainan/peringkat umur iaitu senior atau veteran dalam satu
permainan sahaja. Penegasan: Pemain kumpulan veteran boleh
didaftarkan dalam kumpulan senior dalam mana-mana permainan dan
tertakluk dalam satu kategori sahaja. Pemain senior tidak boleh
didaftarkan dalam kategori veteran.

8.6 Setiap peserta hendaklah menunjukkan kad pengenalan (asal) dan
Slip gaji (asal) atau surat tawaran kerja secara kontrak (asal). Semua
pengesahan hendaklah dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan.
Salinan kad Pengenalan, Slip gaji dan dokumen berkaitan hendaklah
disediakan oleh semua pengurus pasukan semasa pengesahan untuk
simpanan jawatankuasa pengelola.

8.7 Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengurusan Pasukan adalah
bertanggungjawab penuh pada setiap nama pemain yang didaftarkan.
Sebarang bentuk penyelewengan adalah tanggungjawab mereka dan
jika berlaku sebarang penyelewengan, kenyataan bertulis akan dibuat
oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Yang Dipertua MSKPPM untuk
tindakan selanjutnya.

4

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

9 SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan berpasukan adalah secara liga satu pusingan dalam
kumpulan dan atau secara kalah mati seperti berikut:

9.1 Jika 12 pasukan atau lebih

Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan
dan atau cara kalah-mati seperti berikut:

9.1.1 Perlawanan Peringkat Awal
( Secara liga satu pusingan dalam kumpulan )
Kumpulan A – 3 pasukan (termasuk Johan tahun lalu)
Kumpulan B – 3 pasukan ( termasuk Naib Johan tahun lalu )
Kumpulan C – 3 pasukan ( termasuk tempat ke 3 tahun lalu )
Kumpulan D – 3 pasukan (termasuk tempat ke 4 tahun lalu)

9.1.2 Perlawanan Peringkat Kedua ( Separuh Akhir – Kalah mati)

9.1.2.1 Pusingan Kedua akan dijalankan seperti berikut:

9.1.2.1.1 Johan dan Naib Johan setiap
kumpulan akan masuk ke pusingan
suku akhir dan pertandingan akan
dijalankan secara kalah mati.

9.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana
berikut:

9.1.2.2.1 Undian bagi 4 pasukan Johan
Kumpulan akan didahulukan untuk
ditempatkan di kedudukan 1, 3, 5 dan
7.

9.1.2.2.2 Undian bagi 2 pasukan Naib Johan
kumpulan ditempatkan dikedudukan 2,
4, 6 dan 8.

9.1.2.2.3 Pasukan yang menang pada
perlawanan separuh akhir akan
memasuki perlawanan akhir bagi
menentukan Johan dan Naib Johan.
Sementara Pasukan yang kalah akan
bermain untuk menentukan tempat
ketiga dan keempat.

5

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

9.1.3 Perlawanan Akhir ( Secara kalah mati seperti berikut )

Johan Kumpulan X melawan Johan Kumpulan Y
Bagi menentukan Johan dan Naib Johan.

Naib Johan Kumpulan X melawan Naib Johan Kumpulan Y
Bagi menentukan Ketiga dan keempat.

1
E

2
X

3
F

4

5
G

6
Y

7
H

8

9.2 Jika 9 hingga 11 pasukan.

Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan
dan atau cara kalah-mati seperti berikut:

9.2.1 Perlawanan Peringkat Awal

( Secara liga satu pusingan dalam kumpulan )
Kumpulan A – 3 pasukan (termasuk Johan tahun lalu)
Kumpulan B – 4 pasukan ( termasuk Naib Johan tahun lalu )
Kumpulan C – 4 pasukan ( termasuk tempat ke 3 tahun lalu )

9.2.2 Perlawanan Peringkat Kedua

9.2.2.1 Johan dari kumpulan pusingan awal akan diundi untuk
diletakkan dalam kumpulan X dan kumpulan Y. Mana-
mana 2 daripada 3 pasukan johan tadi akan berada
dalam kumpulan sama X atau Y melalui undian
tersebut. Undian akan dibuat selepas sahaja
pertandingan pusingan awal tamat.

6

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

9.2.2.2 Pasukan Naib Johan daripada kumpulan yang
berlainan di pusingan awal akan diletakkan ke dalam
kumpulan X dan Y.

9.2.2.3 Pasukan-pasukan dalam kumpulan X dan Y akan
bermain secara liga dalam kumpulan.

9.2.3 Pusingan Akhir

9.2.3.1 Johan Kumpulan X lawan Johan Kumpulan Y untuk
menentukan Johan dan Naib Johan

9.2.3.2 Naib Johan Kumpulan X lawan dengan Naib Johan
Kumpulan Y untuk tempat ketiga dan keempat.

9.3 Jika 6 hingga 8 pasukan

9.3.1 Pusingan Awal

9.3.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A
dan B

9.3.1.2 Kumpulan A

Jika 6 penyertaan : 3 pasukan

Jika 7 penyertaan : 3 pasukan

Jika 8 penyertaan : 4 pasukan

(termasuk Johan dan tempat keempat tahun lalu )

9.3.1.3 Kumpulan B

Jika 6 penyertaan : 3 pasukan

Jika 7 penyertaan : 4 pasukan

Jika 8 penyertaan : 4 pasukan

(termasuk Naib Johan dan tempat ketiga tahun lalu )

9.4 Jika 5 atau kurang pasukan

Secara liga satu pusingan dalam kumpulan. Pasukan yang mendapat
mata terbanyak dikira Johan dan seterusnya Naib Johan, Ketiga dan
keempat.

9.5 Pertandingan terbuka

Undian dan seeding (jika ada) akan dilakukan oleh Jawatankuasa
Pertandingan.

7

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

10 PENDAFTARAN

10.1 Borang Pendaftaran

10.1.1 Tiap-tiap PSKPP Negeri dikehendaki mengesahkan penyertaan
kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 20 hari
sebelum tarikh pertandingan. Penyertaan melalui telefon
tidak dibenarkan.

10.1.2 Tiap-tiap pasukan PSKPP Negeri dikehendaki mendaftar nama
pegawai dan pemain dalam borang tertentu yang disediakan
oleh Jawatankuasa pengelola yang mengandungi:

10.1.2.1 Nama Penuh (mengikut kad pengenalan dan
Nyatakan En/Cik/Puan/Haji/Hjh).

10.1.2.2 No Kad Pengenalan Baru

10.1.2.3 No gaji

10.1.2.4 Pekerjaan ( Nyatakan dengan jelas)

10.1.2.5 Alamat pejabat/sekolah dan No telefon

10.1.2.6 Alamat rumah dan no telefon.

10.1.3 Borang pendaftaran tersebut hendaklah diisikan dengan
lengkap. Jawatankuasa Pengelola berhak menolak mana-mana
borang pendaftaran yang tidak lengkap dan hendaklah
ditandatangani oleh Yang DiPertua dan Setiausaha Agung
dengan Cop Rasmi.

10.1.4 Yuran Pendaftaran bagi setiap penyertaan adalah sebanyak
RM200.00 kecuali bagi dua acara (rujuk jadual 1) melainkan
ada ketetapan lain dan dipersetujui oleh ahli gabungan.

BIL ACARA YURAN
PENYERTAAN

1 Boling Tenpin Asas RM 600.00

Golf: RM 350.00
2 i) Gross & Nett RM 250.00

ii) VIP & Jemputan

Jadual 1

8

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

10.2 Pakaian Pemain

10.2.1 Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian yang seragam
sesuai dengan jenis permainan yang telah ditetapkan.

10.2.2 Nombor-nombor pada jersi hendaklah serupa dengan nombor-
nombor yang didaftarkan dalam senarai pendaftaran.

11 CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN JOHAN KESELURUHAN

11.1 Pemberian mata akan diberikan mengikut pencapaian dalam sesuatu
permainan oleh pasukan seperti berikut:

11.1.1 Johan - 5 mata
11.1.2 Naib Johan - 3 mata
11.1.3 Ketiga - 2 mata
11.1.4 Keempat - 1 mata

11.2 Sekiranya jumlah mata adalah sama maka penentuan akan dibuat
berdasarkan kepada jumlah Johan yang terbanyak diperolehi oleh
pasukan tersebut.

11.3 Jika masih seri juga hendaklah di rujuk kepada jumlah naib johan dan
seterusnya.

12 MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING

12.1 Mana-mana pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan
setelah pengesahan dibuat oleh PSKPP Negeri dan diterima menyertai
pertandingan oleh pengelola.

Sebarang tindakan menarik diri oleh sesuatu pasukan atau peserta
adalah dianggap bertentangan dengan semangat kesukanan dan
pasukan tersebut atau PSKPP Negeri berkenaan dikehendaki
memberikan penjelasan bertulis kepada Yang DiPertua Jawatankuasa
Kerja MSKPPM dalam masa 3 hari.

12.2 Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri daripada perlawanan
semua keputusan perlawanan yang telah disertai oleh pasukan
tersebut akan dibatalkan dan pasukan berkenaan tidak akan
dibenarkan menyertai sebarang perlawanan seterusnya.

13 PENGGANTUNGAN

9

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

13.1 Sesuatu pasukan / pemain yang diperintah keluar padang / gelanggang
dalam masa permainan kerana tindakan tatatertib akan diminta
menghadirkan diri di hadapan lembaga Juri Rayuan yang akan
bersidang dalam tempoh masa 3 jam dari masa kejadian. Pemain /
Pasukan itu tidak dibenarkan menyertai pertandingan sehingga
Lembaga Rayuan memberikan keputusannya.

13.2 Pegawai yang didapati bersalah kerana tindakan tatatertib akan
dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Lembaga tatatertib
MSKPP Malaysia.

13.3 Seseorang pemain yang telah digantung oleh persatuan sukan di
peringkat negeri atau peringkat kebangsaan tidak boleh menyertai
sebarang permainan di dalam Pesta MSKPP Malaysia.

14 PENGADILAN
14.1 Hanya pegawai yang bertauliah dan berpengalaman sekurangnya 2
tahun boleh dilantik untuk bertugas di dalam pertandingan-pertandingan
MSKPP Malaysia.
14.2 Semua pengadil yang dilantik hendaklah terdiri daripada mereka yang
bertugas dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

14.3 Jawatankuasa Pengelola berhak melantik ketua pengadil, pengadil-
pengadil lain dalam pertandingan kelolaannya.

14.4 Semua PSKPP Negeri diwajibkan membawa pengadil mengikut jenis
permainan yang disertai dan memastikan pengadil-pengadil berkenaan
menjalankan tugas seperti yang dikehendaki.

14.5 Kegagalan membawa pengadil sebagaimana yang telah ditetapkan
akan didenda sebanyak RM 100.00 seorang.

10

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

15 BANTAHAN

15.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan
hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
atau wakilnya tidak lebih daripada setengah jam (30 minit) selepas
perlawanan berkenaan berakhir melainkan dinyatakan lain di dalam
Undang-Undang permainan tersebut.

15.2 Tiap-tiap satu bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM
300.00 bagi acara berpasukan dan RM 200.00 bagi acara individu
yang tidak akan dikembalikan jika sekiranya didapati bantahan tersebut
tidak berasas.

15.3 Sekiranya ada bantahan yang belum dapat diputuskan di dalam jangka
masa yang ditetapkan, perlawanan seterusnya hendaklah dijalankan
mengikut jadual dan pasukan terlibat bertanding di bawah
bantahan ( under protest )

15.4 Jika bantahan berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang
peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum
pertandingan , bantahan (under protest), tersebut akan dikemukakan
kepada Jawatankuasa Kerja MSKPPM

16 LEMBAGA JURI RAYUAN
Jawatankuasa pengelola akan menubuhkan satu badan Lembaga Juri
Rayuan yang mengandungi
16.1 Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya
16.2 Ahli Jawatankuasa : 5 orang
16.2.1 Pengerusi Jawatankuasa permainan yang berkenaan
16.2.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola sebagai Ex-Officio
16.2.3 3 orang Pengurus pasukan yang tidak terlibat.

11

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

17 LEMBAGA TATATERTIB

Lembaga tatatertib akan ditubuhkan oleh MSKPP Malaysia yang dianggotai
oleh:

Pengerusi : Yang DiPertua MSKPPM atau wakilnya

Naib Pengerusi : Timbalan Yang DiPertua atau wakilnya

Setiausaha : Setiausaha Agung MSKPPM

Ahli : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola permainan
yang berkenaan dan 3 orang ahli yang dilantik.

18 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan
peraturan ini akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola
mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap
satu pertandingan permainan yang sedang berkuatkuasa DAN berhak
meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.

12


Click to View FlipBook Version