MINIT MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 26
SEKOLAH KEBANGSAAN GITA, KUCHING SARAWAK
SESI 2019 - 2021
Tarikh : 27 April 2019
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 a.m. – 01.00 p.m.
Tempat : Dewan Tun Abang Haji Openg, SK Gita
Agenda :
1. Kata alu-aluan Yang Dipertua PIBG Sesi 2017/2019
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke 25.
3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG 2018.
4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember
2018.
5. Laporan dari Penolong Kanan SK Gita.
6. Perbahasan Usul.
7. Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2021.
8. Pemilihan Juru Audit Dalaman.
9. Hal-hal lain.
10. Penangguhan Mesyuarat.
1
1. Kata alu-aluan Yang Dipertua PIBG Sesi 2017/2019
1.1 Puan Sabtuyah selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan kesyukuran kerana dapat
berkumpul pada hari ini.
1.2 Beliau turut mengucapka terima kasih kepada semua yang hadir dan meluangkan
masa menghadiri mesyuarat.
1.3 Beliau berharap mesyuarat seperti ini digunakan sebaiknya untuk bersama-sama
memberi idea untuk membangunkan sekolah dan memberi kerjasama yang tidak
bebelah bagi kepada pihak sekolah demi kejayaan anak-anak.
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke 25.
2.1 Disahkan oleh : Encik Abu Seman bin Haji Ibrahim
Disokong oleh : Puan Hasanah binti Baki
2.2 Tiada perkara berbangkit daripada minit mesyuarat ke 25.
3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG 2018.
3.1 Laporan Tahunan PIBG 2018 dibaca oleh Setiausaha PIBG Sesi 2017/2019, Puan
Salmiah binti Rajani.
3.2 Laporan Tahunan PIBG 2018 , rujuk Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SK
Gita, Kuching kali ke 26 pada halaman muka surat 19.
4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember
2018.
4.1 Laporan Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2018 dibaca oleh
Bendahari PIBG Sesi 2017/2019, Puan Zuraini binti Mat Salleh.
4.2 Laporan Juruaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, dibaca oleh
Juruaudit Dalam PIBG Sesi 2017/2019, Encik Surpadi bin Hamsawi.
4.3 Laporan Penyata Kewangan PIBG dan Laporan Juruaudit bagi kewangan Berakhir
31 Disember 2018, rujuk Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SK Gita, Kuching
kali ke 26 pada halaman muka surat 20 hingga 23.
2
5. Laporan dari Penolong Kanan SK Gita.
5.1 Laporan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
5.1.1 Penolong Kanan Hem meminta semua ibu bapa untuk memberi maklum balas
mengenai Hal Ehwal Murid.
5.1.2 Beliau memaklumkan bahawa pendaftaran tahun 1 dan pra sekolah bagi sesi
persekolahan 2020 masih dibuka sehingga hujung bulan mei. Setakat ini sudah
lebih daripada 80 orang murid telah mendaftar. Beliau juga memberitahu seperti
kebiasaan pendaftaran tahun 1 dijangka akan meningkat kepada 100 orang
kerana ibu bapa akan mendaftar lewat anak mereka dengan alasan lupa.
Pendaftaran tahun 1 boleh dibuat secara atas talian dan sila cetak dan hantar
kepada pihak sekolah.
5.1.3 Beliau juga memaklumkan pendaftaran tahun 1 dan pra sekolah sesi persekolahan
2021 boleh didaftar tahun ini supaya ibu bapa tidak ketinggalan.
5.1.4 Beliau memberitahu, pada tahun ini jumlah murid yang layak mendapat bantuan
program rancangan makanan tambahan (RMT) sebanyak 210 orang dan 5 orang
murid telah menolaknya dan menjadikan jumlah sebanyak 205 orang murid yang
mengikut program rancangan makanan tambahan (RMT) bagi tahun 2019.
Beliau juga memaklumkan daripada 205 orang murid yang layak mendapat bantu
RMT, hanya lebih kurang 160 orang yang mengikuti program RMT setiap rehat.
Hal ini disebabkan murid yang mendapat bantuan RMT membeli makanan di
kantin sekolah. Untuk menyelesaikan masalah ini, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid menyaran agar ibu bapa tidak memberi wang saku yang banyak kepada
murid yang menerima bantuan RMT.
5.1.5 Beliau juga memaklumkan pada tahun ini kelayakkan untuk mendapat bantuan
RMT adalah RM660.00 ke bawah atau RM160.00 perkapita. Selain daripada itu,
pihak sekolah akan menilai keadaan murid jika murid tersebut memerlukan
bantuan RMT dan akan berbincang dengan Jawatan Kuasa RMT sekolah untuk
berbincang sama ada murid tersebut layak mendapat RMT atau sebaliknya.
5.1.6 Beliau juga memaklumkan mulai tahun hadapan semua murid akan diberi
makanan percuma setiap hari (jika betul), tetapi perkara ini masih lagi dalam
perbincangan pihak kementerian.
5.1.7 Pada hari ahad yang lepas, sebanyak 33 orang murid yang baik dalam pelajaran
dan golong B40 telah menerima bantuan kewangan dalam SSPN sebanyak
3
RM50.00 yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Fazzarudin (Dun
Tupong) di Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA).
5.1.8 Untuk bantuan Kumpulan wang amanah pelajar miskin (KWAPM) sebanyak
RM100.00, senarai nama murid yang layak menerima sudah dikeluarkan tetapi
duit belum disalurkan kepada pihak sekolah. Bantuan awal persekolah RM100.00
telah diberikan kepada murid pada awal tahun 2019.
5.1.9 Program Guru Penyayang telah dilaksanakan setiap hari dari jam 06.30 pagi
hingga 07.00 pagi di pintu masuk sekolah (Pagar 2). Selain daripada menyambut
kedatangan murid ke sekolah, progam ini bertujuan untuk memantau keadaan
dan kesihatan murid. Untuk keselamatan semua ibu bapa hendaklah menghantar
murid menggunakan pintu masuk pagar kedua dan pintu masuk pagar pertama
adalah untuk laluan masuk kereta guru.
5.2 Laporan Penolong Kanan Kokurikulum
5.2.1 Pencapaian aktiviti sukan pada tahun 2018 adalah seperti berikut
- Beliau menyatakan hanya 2 sukan yang layak bertanding ke peringkat
bahagian iaitu Merentas Desa dan Olah raga yang diadakan di Lundu
- Untuk acara sukan bagi kategori berpasukan, pencapaian ditahap memuaskan.
5.2.2 Pada tahun 2019 , pihak sekolah telah menyertai semua acara sukan yang telah
dipertandingkan di peringkat daerah. Pada tahun ini, terdapat beberapa acara
sukan baharu yang disertai oleh murid iaitu bowling dan rugbi sentuh. Beliau
juga memaklumkan semua sukan yang dipertandingan dan disertai mempunyai
S.O.P Keselamatan.
5.2.3 Untuk aktiviti kokurikulum pula, pada tahun ini waktu perlaksanaannya
dijalankan pada waktu persekolahan iaitu dimasukkan dalam jadual waktu jam
12.00 tengah hari hingga 1.30 petang. Ini bertujuan untuk meningkatkan
kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum dan kehadiran 100% kerana pada
tahun yang lepas, kehadiran murid untuk aktiviti kokurikulum amat
mengecewakan jika dibuat selepas waktu persekolahan iaitu jam 2.00 petang
hingga 4.00 petang. Untuk aktiviti kokurikulum sukan dan permainan masa
perlaksanaannya jam 08.40 a.m. hingga 10.10 a.m. dan aktiviti kokurikulum unit
berunifrom dan kelab / persatuan dijalankan pada jam 12.00 p.m. hingga 01.30
p.m. untuk waktu pendidikan jasmani akan dijalankan sebelum jam 10.00 pagi.
4
Beliau berharap agar semua ibu bapa jelas kenapa waktu aktiviti kokurikulum
dimasukan dalam jadual waktu.
5.2.4 Beliau juga memaklumkan semua murid wajib menggunakan pakaian seragam
unit beruniform semasa aktiviti kokurikulum unit beruniform. Semua murid
tahun 4 dan 5 wajib membeli pakaian seragam unit beruniform. Murid juga tidak
dibenarkan menukar aktiviti kokurikulum sesuka hati sehingga tahun 6 kerana ia
telah ditetapkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum. Untuk aktiviti kokurikulum
mingguan dan pakaian akan diumumkan setiap selasa di dalam “whatapps” KSIB
kelas masing-masing.
5.2.5 Beliau juga memaklumkan mengenai penglibatan murid dalam aktiviti sukan
(pertandingan) atau lawatan, murid perlu mengisi borang deklarasi. Borang ini
mesti diisi dan ditandangani oleh ibu bapa dan diserah kepada guru dan untuk
ditandatangi oleh guru besar. Jika borang tidak ada, murid yang menyertai
pertandingan atau lawatan tidak dibenarkan mengikutinya.
5.2.6 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan mulai tahun ini jika ada murid
yang menyertai pertandingan yang menggunakan kenderaan guru untuk dihantar
dan diambil ke tempat pertandingan, ibu bapa hendaklah mengisi dan
menandatangai surat kebenaran untuk menaiki kenderaan guru. Jika ada
dikalangan ibu bapa tidak bersetuju, maka ibu bapa perlulah menghantar dan
mengambil anak mereka sendiri ke tempat pertandingan.
5.2.7 Waktu pendidikan jasmani, semua murid diwajibkan menggunakan baju PJ
sekolah. Waktu pendidikan jasmani akan dijalankan sebelum jam 10.00 pagi.
Jika waktu PJ selepas jam 10.00 pagi, murid tidak dibenarkan menggunakan baju
sukan kerana waktu tersebut adalah waktu Pendidikan Kesihatan. Jika waktu PJ
dan PK serentak hari yang sama, maka murid boleh menggunakan Baju PJ
sekolah. Beliau juga meminta mulai tahun hadapan 2020, semua murid
dikehendaki memakai tracksuit atau seluar jersi berwarna hitam plain supaya
seragam. Untuk baju sukan pada waktu sukanan tahunan 2019, murid boleh
menggunakan baju sukan tahun lepas kerana rumah sukan tahun ini masih sama
dan kekal sehingga tahun 6. Untuk murid yang baru berpindah dan tidak ada
baju, diwajibkan membeli.
5.2.8 Untuk program PAJSK, beliau memaklumkan semua guru sudah mendaftar
aktiviti kokurikulum di dalam sistem PAJSK. Program ini hanya melibatkan
murid tahap 2 iaitu dari tahun 4 hingga 6. Program ini terdiri daripada 2
5
komponen iaitu kokurikulum dan ujian SEGAK. Ujian SEGAK di jalan
sepanjang bulan Mac dan Ogos semasa waktu Pendidikan Jasmani dan beliau
meminta semua ibu bapa untuk memastikan anak-anak (murid) hadir sepanjang
bulan tersebut. Untuk ujian SEGAK bulan Mac, markah telah di isi dalam sistem
PAJSK. Untuk tahun 6, laporan ujian SEGAK dan PAJSK akan dikepilkan
sekali dalam PPSR berserta Slip keputusan UPSR 2019 pada hujung bulan
November nanti. Beliau meminta ibu bapa untuk memastikan anak mereka yang
mempunyai berat badan yang obesity, pastikan anak-anak mengurangkan berat
badan sebelum ujian SEGAK bulan Ogos dijalankan.
6. Perbahasan Usul.
6.1 Usul Pertama : Rujuk lampiran 1 (Mohamad Fadzairy bin Fadzil)
Respon Pen. Kanan KK, Encik Mohamad Fadzairy bin Fadzil
I. Rujuk Perkara 5.2.7 – Ucapan Pen. Kanan KK
6.2 Usul Kedua : Rujuk lampiran 2 (Puan Sofbrina binti Sabri)
Respon Pen. HEM , Encik Haidi bin Abdullah
I. Pihak sekolah telah membina sudut pidato di medan ilmu sekolah. Sudut ini
digunakan pada waktu ABM dan ABI setiap hari isnin dan selasa. Selain itu
setiap kelas akan mengadakan latihan pidato dalam kelas masing-masing
semasa waktu ABM dan ABI.
Respon Guru Besar , Encik Jamain bin Sarapa.
I. Apa yang dibelajar di sebelah pagi akan dibawa kesebelah petang iaitu waktu
kokurikulum. Beliau juga memaklumkan pada bulan Ogas nanti pihak
sekolah akan menjemput Pegawai Pendidikan Daerah Kuching untuk datang
ke sekolah melihat kemenjadian dan bakat murid dan persembahan murid
iaitu kawad kaki, pancaragam, bicara berirama, “Choral Speaking”, bercerita
dan sajak.
II. Beliau juga memaklumkan bahawa keputusan UPSR tahun 2018 adalah baik.
Untuk tahun 2019, beliau menjangkakan keputusan UPSR 2018 sukar untuk
diatasi kerana mengikut rekod ujian AR1 2019 yang lepas masih belasan
murid mendapat 6E dan belum ada murid yang mendapat 6A.
6
III. Beliau juga memaklumkan semua aktiviti PdPc guru akan sentiasa dipantau
oleh pihak pentadbir. Beliau juga memaklumkan pada tahun ini pihak
sekolah akan membuat solat hajat sebanyak 2 kali dan meminta murid
membawa sebotol air mineral setiap kali bacaan Yassin. Sealin itu motivasi
pagi untuk murid dijalankan setiap hari jam 06.45 a.m. hingga 07.10 a.m.
IV. Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk meningkatkan akademik murid dengan
pelbagai program yang telah dirancang. Bagi ibu bapa yang tidak mahu anak
mereka terlibat, bolehlah menulis surat tidak mahu mengikut program yang
dianjukan oleh pihak sekolah dan menghantar kepada beliau.
V. Untuk program LINUS, program tersebut telah digantikan kepada program
PERMATA dibawah penyelaras Cikgu Rabaah. Beliau juga memberitahu
semua guru di SK Gita sentiasa berusaha dan bekerja keras.
6.3 Usul Ketiga : Rujuk Lampiran 3 (Encik Othman)
Respon Guru Besar, Encik Jamain bin Sarapa
I. Bagi ibu bapa yang mahukan anak mereka memperkasakan bahasa Inggeris,
bolehlah mencari dan menghantar anak mereka ke sekolah yang
menggunakan “Dual Language Programme” dalam pengajaran Matematik
dan Sains. Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai program untuk
meningkatkan penggusaan murid dalam bahasa Inggeris seperti Program ABI.
6.4 Usul keempat : Rujuk lampiran 4 (Encik Abu Seman)
Respon Guru Besar, Encik Jamain bin Sarapa
I. Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyuarakan dan
memohon peruntukkan untuk membaiki susur gajah kepada YB, PPD dan
JPN.
II. Mengenai hukuman, beliau berkata tidak semua guru bersikap seperti itu. Jika
ada aduan, beliau akan merekod didalam buku aduan dan beliau akan
menganggil dan menegur guru tersebut. Setakat ini guru yang terlibat sudah
diambil tindakan.
III. Untuk masalah laluan pejalan kaki, beliau memaklumkan bulan lepas pegawai
DBKU telah datang melihat laluan pejalan kaki tersebut dan PIBG sekolah
telah menghantar surat kepada pihak DBKU untuk membuat bentengan
ditengah-tengah pejalan kaki supaya motosikal tidak dapat melaluinya. Pihak
7
DBKU telah mengukur dan pembinaannya tertakluk kepada kewangan
DBKU.
6.5 Usul kelima : Rujuk lampiran 5 (Puan Dayang Juanita binti Awang Morshidi)
Respon Guru Besar, Encik Jamain bin Sarapa.
I. Beliau memaklumkan bahawa masa tamat sekolah telah dibincangkan semasa
mesyuarat KSIB dan hal ini telah dipersetujui oleh semua Ahli Jawatan Kuasa
KSIB setiap kelas.
II. Jika ada ibu bapa yang masih tidak setuju mengenai waktu balik boleh
berjumpa atau menulis surat kepada beliau. Perkara ini boleh dibawa
berbincang balik dalam mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa KSIB setiap kelas.
Respon Pen. Kanan HEM, Encik Haidi bin Abdullah.
I. Beliau memaklumkan sudah banyak kali tandas diperbaiki tetapi sering
dirosakkan seperti kepala pili hilang, hos dalam tandas tercabut dan hilang
dan pelbagai lagi kerosakkan yang sering berlaku.
6.6 Usul keenam : Rujuk lampiran 6 (Encik Mohamad Firdaus Zakaria)
Respon Pen. Kanan HEM, Encik Haidi bin Abdullah.
I. Beliau memaklumkan bahawa pintu pagar sentiasa ditutup apabila waktu
balik sekolah. Kadang-kadang pihak sekolah bertolak ansur untuk
membenarkan para ibu bapa masuk ke dalam sekolah untuk menunggu anak
mereka balik sekolah dan cuma segelintir ibu bapa yang masuk menggunakan
kenderaan untuk mengambil anak mereka. Selain itu, beliau juga
memaklumkan bahawa semua murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan
sekolah semasa waktu balik sehingga ibu bapa mereka datang mengambilnya
tetapi ada juga dikalangan murid keluar dari kawasan sekolah untuk melihat
sama ada ibu bapa mereka telah datang atau tidak.
II. Mengenai peralatan didalam bilik darjah beliau memaklumkan keadaan bilik
darjah dalam keadaan tidak selamat kerana pintu bilik darjah tidak dapat
ditutup dan dikunci dan murid lain boleh masuk ke bilik darjah tersebut
semasa murid tiada di dalam bilik darjah. Beliau menyaran supaya murid
sendiri yang menjaga barang mereka sendiri.
III. Mengenai makanan di kantin sekolah, pihak kantin telah mepamerkan harga
makanan mereka. Harga air di kantin RM1 kerana bahan untuk membuat air
8
adalah berkualiti iaitu pihak kantin menggunakan air masak dan pati oren
sunquick. Semua harga makanan berpatutan.
6.7 Usul ketujuh : Jualan Amal (Puan Sofbrina binti Sabri)
Respon Yang Dipertua PIBG
I. Beliau memberitahu perkara tersebut akan dilaksanakan.
6.8 Usul Kelapan : Tandas Sekolah
Respon Guru Besar, Encik Jamain bin Sarapa.
I. Beliau memaklumkan pada bulan Februari, Pegawai Pendidikan Daerah
Kuching telah melawat tandas sekolah dan beliau mencadangkan supaya
pihak sekolah untuk memasuki pertandingan tandas kerana ada sekolah lain
tandasnya lebih teruk daripada tandas sekolah kita.
II. Beliau juga telah menulis surat dan menghantar kepada kementerian untuk
meminta bantuan dan peruntukkan membaiki dan memulihkan tandas
sekolah.
6.9 Usul Kesembilan : Rujuk lampiran 7 (Puan Hazelina binti Mokti)
Respon Yang Dipertua PIBG.
I. Beliau menyatakan boleh membuat program tersebut.
7. Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2021.
7.1 Berikut merupakan Ahli Jawatankusa PIBG SESI 2019/2021 yang telah dipilih oleh
ibu bapa murid SK Gita:
Penasihat : Encik Jamain bin Sarapa
Yang Dipertua : Puan Sabtuyah binti Hailen
Naib Yang Dipertua : Puan Hazelina binti Morti (ibu bapa)
Encik Haidi bin Abdullah (Guru)
Setiausaha : Encik Ibrahim bin Jamil
Bendahari : Puan Rohani binti Juperi
Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa : Puan Effa Octavia binti Paidin
Puan Azah binti Zamhari
Puan Siti Hawa binti Usup
9
Ahli Jawatankuasa Guru Puan Royhaila binti Drahman
Encik Wan Habib Alwie bin Wan Zainal Abidin
: Puan Hafiza binti Bom
Puan Hanisa Stella binti Ainnie
Puan Wan Norasiah binti Wan Ismail
Encik Hisham Syukri bin Zainal Abidin
8. Pemilihan Juru Audit Dalaman.
8.1 Berikut merupakan Juru Audit Dalaman PIBG SK Gita yang telah dipilih oleh ibu
bapa dan guru untuk sesi 2019/2021:
1) Encik Surpadi bin Hamsawi
2) Encik Othman bin Sajali
9. Hal-hal lain.
9.1 Puan Royhaila mencadang supaya semua ibu bapa memberi idea bagaimana cara
untuk menghargai guru untuk sambutan hari guru yang akan diadakan pada 16 Mei
setiap tahun. Beliau juga memberi beberapa cadangan untuk menghargai jasa guru
seperti memberi sumbangan, berbuka puasa bersama-sama guru dan anak-anak murid
(potluck) dan solat berjemaah.
9.2 Puan Sofbrina mencadangkan supaya pihak sekolah mengadakan jualan amal
bertujuan untuk mencari dana untuk membantu PIBG SK Gita. Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid menjawab terserah kepada AJK PIBG Baharu untuk mengadakannya.
9.3 Ustazah Siti Baizura selaku penyelaras Kafa mencadangkan mulai tahun depan
semua murid KAFA dibekalkan dengan buku kerja. Perkara ini telah dipersetujui
oleh semua ibu bapa yang hadir dan bayaran akan dikutip mulai bulan Februari 2020.
9.4 Kutipan sumbangan Ibu bapa kepada PIBG SK Gita dinaikkan dari RM10 kepada
RM20 mulai tahun 2020 dan kutipan untuk pembelian buku kerja murid tahun 2020.
Perkara ini telah dipersetujui oleh semua ibu bapa yang hadir.
9.5 Bagi ibu bapa yang tidak hadir ke mesyuarat PIBG akan dikhendaki membayar
sebanyak RM30 dan perkara ini telah dipersetujui oleh semua ibu bapa yang hadir.
Jika tidak hadir dengan alasan yang kukuh berserta surat dan bukti, maka ibu bapa
tersebut tidak akan dikenakan bayaran tertakluk kepada keputusan daripada Yang
diPertua PIBG.
10
9.6 Guru Besar menyatakan jika ada sebarang masalah, para ibu bapa boleh datang
berjumpa dengan beliau dan berbincang supaya dapat diselesaikan dengan baik.
9.7 Semua wakil AJK PIBG 2019/2021 mengucapkan terima kasih kerana memberi
kepercayaan kepada mereka untuk menerajui Ahli JawatanKuasa PIBG 2019/2021
dan berharap agar semua ibu bapa dan guru memberi kerjasama.
10. Penangguhan Mesyuarat.
10.1 Yang Dipertua PIBG 2019/2021 mengucapkan terima kasih kepada semua ibu
bapa dan guru yang hadir ke mesyuarat agong PIBG SK Gita Ke 26. Beliau
berharap agar semua ahli jawatankuasa 2019/2021 berkerja keras untuk
memajukan dan membangunkan SK Gita.
10.2 Mesyuarat Ditangguhkan pada jam 1300 petang.
Dicatat Oleh :
Puan Surina binti Omar Cik Dayang Nursalma binti
Pencatat Pertama Awang Salleh
Pencatat Kedua
Disediakan oleh:
Disemak oleh :
Encik Ibrahim Bin Jamil
Setiausaha Kehormat Puan Sabtuyah bt Hailen
Yang Dipertua PIBG
Persatuan Ibu bapa dan guru
Sekolah Kebangsaan Gita Persatuan Ibubapa dan guru
Sessi 2019/2021 Sekolah Kebangsaan Gita
Sessi 2019/2021
11
Lampiran 1
12
Lampiran 2
13
Lampiran 3
14
Lampiran 4
15
Lampiran 5
16
Lampiran 6
17
Lampiran 7
18