The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aazieani92, 2022-04-22 04:51:27

eMajalahSBLM1023

eMajalahSBLM1023

Informasi Kesihatan Untuk Semua EDISI april 2022

JOM SIHAT!

MENITI FASA ENDEMIK

COVID-19 :

BERSEDIAKAH KITA?

ISI kandungan

TINTA EDITOR 03
MENITI FASA ENDEMIK COVID-19 : BERSEDIAKAH KITA? 04-06
ELAK 3C AMAL 3W 07
KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL KETIKA
PANDEMIK COVID-19 09-13
5 MAKANAN YANG MAMPU BUAT RASA LEBIH TENANG DAN
GEMBIRA 14-15
Kekal Sihat Di Rumah Tanpa Perlu Ke Gim 18-19
Resepi Mudah Kurus 20-22
4 Faktor utama Obesiti 23-24
Risiko Kesihatan Kanak – Kanak Obes 25-27
AGENDA SEMASA 30

TINTA EDITOR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pertama sekali bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya , kami pelajar
subjek Pengantar Penulisan Universiti Utama Malaysia berjaya menyiapkan tugasan e-
majalah ini. Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada yang terlibat
dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini terutamanya Encik Badrul Hisham yang

telah banyak memberikan panduan kepada kami.
Covid 19 telah memberi tamparan hebat kepada seluruh dunia. Bukan sahaja sistem
kesihatan luMpuh malahan ekonomi dunia turut terjejas. Hasil dari usaha keras para

saintis, vaksin untuk covid 19 telah berjaya ditemui dan sedikit sebanyak
telah meningkatkan ketahanan badan terhADAP VIRUS INI. KINI KITA SEDANG BERALIH KE

FASA ENDEMIK DAN KEADAAN SEMAKIN PULIH.
Akhir kata, kami berharap informasi yang dikongsikan dapat memberikan manfaat kepada

sekalian pembaca. Kami memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan
dalam kandungan e-majalah ini.

Megat Randhi Akmar Farah Atika

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 03

MENITI FASA ENDEMIK COVID-19 : BERSEDIAKAH KITA?

Pengumuman peralihan fasa pandemik COVID-19 ke fasa endemik bermula 1 April
2022 oleh YAB Perdana Menteri telah disambut baik oleh semua golongan rakyat
Malaysia. Pelbagai persiapan telah dibuat bagi menyambut berita baik daripada
pengumuman ini terutamanya oleh pengusaha-pengusaha sektor ekonomi yang
menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat.

Setelah sekian lama terkesan akibat daripada penularan COVID-19, sektor ekonomi
dirancakkan semula dengan membolehkan aktiviti tanpa had penjarakan sosial
masyarakat di tempat awam. Seiring dengan hadirnya bulan Ramadhan, aktiviti sosial
seperti sembahyang berjemaah, jualan makanan di Bazaar Ramadhan, program berbuka
puasa dan sebagainya telah kembali aktif.

Walau bagaimanapun, kerajaan masih mengambil berat akan kesan-kesan yang diterima
ekoran daripada pengumuman ini. Langkah-langkah pencegahan seperti penggunaan
pelitup separuh muka di tempat awam dan memberikan cuti kuarantin kepada penjawat
awam telah dikuatkuasakan. Pengambilan vaksin secara berperingkat di kalangan
masyarakat Malaysia juga semakin menunjukkan kesan di mana kaedah ini telah
membantu mengurangkan risiko kematian terhadap pesakit yang dijangkiti COVID-19.

04|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

Di waktu keadaan penularan COVID-19 semakin
terkawal, timbul pula masalah lain yang sedikit sebanyak
memberi kesan kepada produktiviti perkhidmatan awam
negara. Sebagai contoh, Ketua Pengarah Kesihatan
Malaysia, Tan Sri Noor Dr. Hisham Abdullah baru-baru
ini mengeluarkan kenyataan seramai 8,940 pekerja
penjagaan kesihatan telah dijangkiti COVID-19 sejak 1
Januari hingga 17 Februari 2022. Bilangan ini meningkat
secara mendadak di mana 284 kes pada minggu
pertama menunjukkan pertambahan sehingga 3,434 kes
pada minggu keenam. Berikutan itu, seramai 5,711
pekerja kesihatan tidak dapat hadir bekerja kerana
COVID-19 manakala 3,119 pula merupakan kontak rapat
dan tidak dibenarkan hadir bekerja. DAripada jumlah
tersebut, lebih kurang 3.1% pekerja kesihatan tidak hadir
bekerja. Isu ini secara tidak langsung telah memberi
kesan terhadap produktiviti sektor kesihatan awam yang
beroperasi dalam jumlah yang minima yang boleh
menyebabkan pengurangan kecekapan sektor ini.
Isu kekurangan petugas di sektor-sektor awam ini
bukan sahaja melibatkan sektor kesihatan, malah ia turut
menjejaskan produktiviti di dalam sektor keselamatan,
pendidikan, dan banyak lagi. Amalan bekerja dari rumah
mahupun pembelajaran di atas talian telah
diimplementasi secara drastik pada awal penularan
wabak COVID-19 dahulu menyebabkan peratus
kehadiran petugas ke pejabat bekurangan dengan
banyak. Amalan-amalan ini telah menyebabkan sistem
penyampaian perkhidmatan kurang cekap akibat
daripada limitasi penyeliaan ke atas perkembangan dan
kemajuan kerja yang dilaksanakan oleh seseorang pekerja
tersebut. Namun begitu, amalan kerja yang seumpama
ini masih mampu mencapai sasaran sepertimana yang
ditetapkan setiap tahun.

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |05

Kejayaan program vaksinasi oleh Kementerian Kesihatan sedikit sebanyak telah membantu dalam
mengurangkan risiko jangkitan dan kematian di kalangan penerima suntikan ini. Sebanyak dua dos suntikan diwajibkan un
tuk diambil oleh rakyat Malaysia secara percuma manakala dos penggalak telah diwar-warkan kepentingan
pengambilan suntikan tersebut untuk meningkatkan keberkesanan sistem imunisasi
di dalam tubuh manusia daripada jangkitan COVID-19.

Masyarakat dilihat telahpun bersedia untuk
berhubungan semula secara bersemuka di antara satu
sama lain menyebabkan SOP penjarakan sosial
bukanlah sesuatu yang perlu dipatuhi. Walaupun
perkara ini dilihat seumpama penyelesaian kepada isu
penjarakan sosial yang mengurangkan kadar
produktiviti masyarakat di negara ini, namun dalam
masa yang sama ia masih menyebabkan kadar
penularan penyakit ini semakin bertambah yang
sedikit sebanyak memberi kesan kepada peratus
kehadiran petugas-petugas di pejabat. Rantaian
jangkitan COVID-19 sukar untuk diputuskan selagi
masih ada penghidap penyakit ini di kalangan
masyarakat setempat.

Oleh yang demikian, keprihatinan setiap
masyarakat untuk sama-sama bertanggungjawab
mengawal penularan wabak COVID-19 dan menjaga
kepentingan sosial masyarakat amatlah dituntut. Setiap
kelonggaran pematuhan operasi standard yang
diumumkan oleh kerajaan merupakan manfaat
bersama namun perlu digunakan dengan penuh rasa
kebertanggungjawaban untuk sama-sama mencegah
penularan COVID-19 di negara ini.

06 | JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

ELAK 3C

CROWDED PLACES CLOSE CONVERSATION
CONFINED PLACES

JANGAN LEKA,

KITA BELUM

MENANG!

WASH AMAL 3W

WEAR

WARN

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |07

TAMPARAN CORONA

Tatkala dunia sedang dalam kealpaan,
Kau datang memberi tamparan,
Kau rampas ahli keluarga dan sahabat handai,
Memberi ruang manusia muhasabah diri,
Menghargai masa yang ada, menghargai orang di sekeliling.

Kini kau masih berleluasa,
Walaupun tidak sekuat dahulu,
Kau masih berbisa,
Kesan yang kau tinggalkan bukan sementara,
Memberi peringatan kepada manusia untuk masih berjaga-jaga.

Lekaslah pergi dari dunia ini,
Agar kami boleh menikmati kehidupan kembali,
Cukuplah dengan sejarah yang telah kau cipta,
Kehadiranmu yang sementara,
Telah cukup menggoyah umat manusia.

Noor Akmar Azieani Binti Aziz
274776

08|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL KETIKA
PANDEMIK COVID-19

Pandemik COVID-19 memberi impak yang amat besar kepada kesihatan
mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat
Malaysia. Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah
kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketiba berada di
dalam keadaan stress yang melampau dan isolasi daripada rangkaian
sokongan keluarga dan sahabat handai. Sekiranya kemurungan ini gagal
dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya boleh meningkatkan risiko
tingkah laku bunuh diri.

Sumber daripada Polis Diraja Malaysia mendapati, terdapat peningkatan
dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada tahun 2020 iaitu sebanyak
631 kes berbanding 609 kes pada tahun 2019. Sehingga Mac 2021,
sejumlah 336 kes bunuh diri telah dilaporkan kepada Polis Diraja
Malaysia.

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |09

Masyarakat dipohon untuk lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga
dan orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom-simptom awal
kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri
seperti;

(a) Perubahan tingkah laku kepada individu:
• Sentiasa kelihatan sedih dan murung;
• Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan;
• Kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian

yang biasa;
• Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan;
• Mengalami gangguan tidur dan selera makan;

• Bertindak agresif dan kasar (abusive) kepada diri sendiri dan orang sek

eliling; dan
• Menyalahguna alkohol dan dadah.
b)Menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadi
rannya membebankan ahli keluarga.
C) Menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal
atau penulisan.

10|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

Sekiranya terdapat gejala-gejala yang disenaraikan tersebut, individu
dinasihatkan agar mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam
kadar yang segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk.
Selain daripada itu, orang ramai boleh membantu
dengan berkomunisasi secara berkesan dengan individu yang
mengalami kemurungan, antaranya seperti:

• Mengambil serius tentang masalah yang dialami;
• Meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka;
• Tidak mengambil mudah atau memperlekehkan masalah mereka;
• Menunjukkan empati dan mengelakkan sikap menghakimi

individu tersebut;
• Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat yang terkini bagi

mengekalkan perhubungan dengan individu tersebut;
• Memberikan sokongan sosial kepada mereka seperti membantu

dalam urusan seharian jika diperlukan; dan
• Galakkan dan bantu mereka untuk dapatkan penilaian dan

rawatan profesional.

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |11

Pihak media juga boleh memainkan peranan yang penting dalam
menyebarkan maklumat tepat dan mematuhi Garis Panduan Pelaporan

Media Yang Bertanggungjawab (Guidelines for Media Reporting on
Suicide) yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan KKM tentang tingkah

laku bunuh diri.
Masyarakat juga diminta untuk menghormati perasaan ahli keluarga man
gsa dengan tidak merekodkan video ataupun mengedarkan gambar di
media sosial tentang individu yang membunuh diri. Bunuh diri boleh dic
egah, namun, tindakan viral di media sosial juga boleh mengundang
‘copycat suicide’ bagi mereka yang berisiko.
Selain itu,orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan sokongan
yang diwujudkan seperti;

1. MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
2. Talian Kasih 15999 / WHATSAPP Talian Kasih di 019-
2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelba
gai lagi masalah seperti penderaan);
3. KSK-Care JAKIM di WHATSAPP 0111-9598214
4. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

12|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

Sehubungan dengan itu juga, KKM menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri
Malaysia berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada
28 Jun 2021 yang akan membantu rakyat dalam menghadapi kesan sosio-ekonomi
pandemik COVID-19 ini. Sumbangan makanan daripada penduduk setempat kepada
yang memerlukan amatlah dialu-alukan.
Bagi individu-individu dan isi rumah yang berkelayakan, bantuan kewangan serta
pelbagai bantuan lain termasuk berbentuk moratorium pinjaman daripada institusi-
institusi berkaitan seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri semalam perlulah
dimanfaatkan sebaik, dan perlulah dimohon sekiranya diperlukan.
Budaya peka dan peduli kepada keluarga sendiri, sahabat handai dan masyarakat
sekeliling perlu diterapkan dan sesiapa yang menghadapi masalah dan terkesan dengan
pandemik agar mendapatkan pertolongan dan tidak menghadapinya seorang diri. Setiap
individu perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga kesihatan
mental diri, keluarga, dan komuniti bagi menghadapi pandemik COVID-19 ini.

Sumber Info : Kementerian Kesihatan Malaysia

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |13

5 MAKANAN YANG MAMPU BUAT RASA
LEBIH TENANG DAN GEMBIRA

COKLAT

Pengambilan coklat dapat
merembeskan hormon endorfin ke dalam otak
yang merangsang emosi gembira sekaligus
membuatkan kita berasa lebih tenang.

GREEN TEA

Green tea mengandungi asid amino yang

dipanggil theanine dimana mampu membuatkan anda

lebih tenang dan membantu mendapatkan tidur yang
berkualiti. Di samping itu inaya juga bagus untuk
menurunkan berat badan .

OAT

Oat mampu membantu mengurangkan kolestrol
dalam badan serta membuat anda lebih tenang
dengan membantu mengurangkan tekanan. Ia
juag sarapan yang sangat berkhasiat.

14|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

SALMON

Salmon kaya dengan OMEGA 3
yang mampu membuatkan anda lebih
tenang. Isinya yang lembut menjadikan
sangat enak dan boleh dinikmati
dengan plebagai cara.

SUSU

Tidak kisah susu lembu atau susu kacang
soya, Susu berkesan mengurangkan masalah
mood swing semasa PMS berikutan
kandungan calciumnya yang tinggi. Juga
membantu anda tidur dengan baik dan
selesa.

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |15

COVID OH COVID

COVID oh COVID
Dari mana engkau datang
Hadirmu mengubah rutin dunia
Yang dulunya leka dibuai mimpi indah
Hadirmu membawa seribu satu cerita
Yang hanya mengutus perkhabaran duka

COVID oh COVID
Lihatlah apa yang engkau telah lakukan
Manusia kini dalam keraguan untuk bersatu
Tiada lagi sentuhan, tiada lagi pelukan
Memikirkan engkau yang sentiasa menunggu
Mangsamu diragut satu persatu

COVID oh COVID
Mengapa tiada belas kasihan kepada mangsamu
Yang ibu ditinggalkan sayu
Yang ayah diratapi pilu
Yang anak melewati waktu
Sendirian tanpa belaian didikan
Oh, Tuhan! Hanya kuasa-Mu tempat kami berlindung
Agar kekejaman ini akan berakhir

16|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

COVID oh COVID
Engkau mengajar kami akan sesuatu
Yang mustahil bukan alasan lagi
Untuk terus memejamkan mata, memekakkan
telinga
Engkau terus mengajar kami
Tanggungjawab itu ada walau di mana sahaja
Pertemuan itu ada walau di alam maya
Si ibu ayah lah pendidik sebenar anak kecil

COVID oh COVID
Andai tiba masa engkau lenyap dari dunia ini
Jangan diharap akan ucapan selamat tinggal

NUR ATIKA BT OMAR
250218

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |17

Kekal Sihat Di Rumah Tanpa Perlu Ke Gim

• Kardio – Kardio adalah satu
senaman yang dibuat berulang
kali hingga jantung kita
berdegup laju dari biasa.
Kardio dapat meningkatkan
metabolisme dan mengelakkan
penyakit diabetes. Antara
senaman kardio yang boleh
dilakukan adalah lari setempat,
lompat tali serta lompat
bintang.

• Taichi – Taichi adalah
senaman yang mampu
meningkatkan daya ketahanan,
fleksibiliti dan keseimbangan
tubuh. Tai chi menggunakan
pergerakan membulat tanpa
memaksa otot dan
membuatkan tubuh badan
lebih tenang.

18|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

•Zumba - Zumba adalah senaman aerobik
yang sangat bertenaga. Ianya dilakukan
dalam jangka masa 30 hingga 90 minit .
Zumba mampu membakar kalori yang
banyak dan sangat berkesan untuk
menguruskan badan.
•Yoga
Yoga masih mampu melatih seluruh anggot
a tubuh kita walaupun dengan pergerakan
perlahan yang terkawal . Ianya mementing
kan pengawalan pernafasan semasa melaku
kan postur dan rutin pergerakan serta beru
paya hilangkan stress.
•Kemas Rumah – Tahukah anda megemas
rumah mampu membakar sehingga 190
kalori dalam masa 0 minit sahaja? Ianya
adalah satu senaman harian yang
mudah untuk dilakukan dan dalam masa
yang sama rumah anda juga akan bersih!

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |19

RESEPI MUDAH KURUS

Wrap Telur
Bahan-bahan
2 biji telur ayam
1/2 biji capsicum
2 sudu besar isi tuna
Minyak zaitun
Kepingan tortila
Salad bulat
Tomato
Kubis ungu
Timun jepun
Lemon (perah)
Cara membuat
1. Pukul telur, capsicum dan isi tuna. Goreng
dengan sedikit minyak zaiton. Angkat dan
ketepikan.
2. Sediakan kepingan tortila.
3. Letak hirisan salad bulat, tomato, kubis ungu
yang dihiris halus dan timun jepun.
4. Letak sedikit perasan lemon dan minyak zaiton.
5. Kemudian letakkan telur goreng tadi di atas
rimbunan sayur.
6. Gulungkan tortila dengan kemas.

20|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

AYAM HONEY LEMON DENGAN SWEET POTATO
Bahan Perap
1 keping dada ayam
Serbuk lada hitam
Sos tiram
Minyak zaitun
Bahan Lain
Ubi jepun (oren atau ungu)
Brokoli
Kacang pis
Tomato ceri
Lemon
Madu
Cara membuat
1. Perap dada ayam dengan serbuk lada hitam dan sos
tiram.
2. Panggang ayam di atas kuali dengan sedikit minyak
zaiton.
3. Balik-balikkan sehingga masak sempurna.
4. Panaskan periuk berisi air. Rebus ubi jepun.
5. Rebus juga brokoli dan kacang pis. Angkat setelah 3
minit. Jangan terlalu empuk supaya nutrisi sayur kekal.
6. Perah lemon. Satukan jus lemon dengan madu.
Letakkan sebagai perasa tambahan ke atas ayam
sebelum dihidangkan.
7. Hidangkan hirisan ayam dengan ubi jepun, sayuran
rebus dan salad mentah.

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |21

DORY PAN GRILL
Bahan Perap:
2 hiris isi ikan dory
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam
Minyak zaiton
Bahan Lain :
Tomato ceri
Daun salad
Lemon
Madu
Cara membuat
1. Bersihkan isi ikan dory dan perap bersama lada hitam
dan sedikit garam.
2. Panggang ikan di atas kuali dengan sedikit minyak
zaiton. Balik-balikkan ikan sehingga masak dan angkat.
3. Perah lemon. Satukan jus lemon dengan madu. Letakkan
sebagai perasa tambahan ke atas ikan sebelum
dihidangkan bersama tomato atau salad mentah.

22|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

4 Faktor utama Obesiti

1) Gaya Hidup

Malaysia terkenal dengan hidangan makanannya yang
berlemak dan tinggi kolestrol. Pemilihan makanan
yang berlemak dan tinggi kolestrol ini ditambah
dengan gaya hidup sibuk serta kurang bersenam
menjadi salah satu punca utama kegemukan rakyat
Malaysia. Stress dan kurang tidur salah penyebab
kepada masalah ini. Ini kerana stress dan kurang tidur
menyebabkan kecenderungan untuk makan .

2)Tingkah Laku

Seseorang individu tersebut boleh mengalami obesiti j
ika selalu mengamalkan tingkah laku yang tidak sihat
seperti makan secara tidak sihat dan menjalani kehidu
pan yang tidak aktif.
Dengan menjalani hidup yang kurang aktif tanpa bers
enam ditambah pula dengan pengambilan makanan s
ecara berlebihan, tidak hairanlah mengapa ramai rakya
t Malaysia yang mempunyai berat yang berlebihan.
Oleh itu , kita disarankan untuk mengamalkan tingkah
laku yang sihat seperti bersenam sekurang-
kurangnya 20 minit satu sesi 3
kali seminggu dan menjaga pemakanan.

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |23

3) Hormon 4) Genetik

Gangguan hormon juga Genetik juga boleh menjadi salah satu punca ob
salah satu penyebab utama obesiti. Terdapat bebe esiti walaupun kesannya tidaklah terlalu besar.
rapa keadaan gangguan hormon yang boleh meny Terdapat beberapa kajian membuktikan varian g
ebabkan obesiti antaranya adalah sindrom ovari p en boleh menyebabkan obesiti memandangkan
olikistik, Cushing serta Hipotiroidisme. ia mempengaruhi tingkah laku dan
Selain daripada gangguan- juga metabolisme tubuh serta ianya menyebab
gangguan yang berkaitan dengan hormon, ada jug kan obesiti dengan cara meningkatkan rasa lapa
a penyakit lain r dan pengambilan makanan.
yang boleh menyebabkan obesiti seperti Sindrom
Prader-Willi dan juga osteoarthritis.

24|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

Risiko Kesihatan Kanak –
Kanak Obes

Kanak-kanak yang berlebihan berat atau obesiti akan
terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan seperti berikut;

• Diabetes Mellitus jenis 2
• Tekanan darah tinggi
• Masalah hati
• Kekurangan oksigen semasa t

idur disebabkan rongga pern
afasan yang tersekat
• (‘Obstructive sleep apnea‘)
• Batu karang pada pundi hem
pedu (Gallstones)
• Kerosakan sendi
• Sindrom metabolik dan risiko
penyakit jantung
• Penyakit jantung
• Masalah haid
• Kemurungan

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |25

Diabetes Mellitus jenis 2 kebiasaanya boleh menyerang kanak-kanak berusia seawal 8 tahun
jika kanak-kanak itu mengalami masalah obesiti.
Selain itu, risiko mengalami tekanan darah tinggi dikalangan kanak-kanak yang mengalami
masalah obesiti juga meningkat berikutan peningkatan berat badan yang berlebihan. Tekanan
darah tinggi yang berpanjangan akan membebankan jantung dan membawa risiko kerosakan
kepada jantung.

Masalah hati iaitu masalah hati berlemak (Fatty liver disease/ nonalcoholic steatohepatitis or
NASH) juga sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang mengalami obesiti dan boleh
membawa kepada kegagalan fungsi hati (liver failure, cirrhosis).

Di samping itu, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak juga boleh menyebabkan risiko

kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yang tersekat (Obstructive
sleep apnea). Hal ini kerana kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mempunyai tidur yang

tidak sempurna, dan sering mengalami gangguan pernafasan yang berulang-ulang sepanjang
waktu tidur. Mereka juga sering berdengkur semasa tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan
kematian sekiranya tahap kekurangan oksigen semakin merosot.

26|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

Dalam pada itu, masalah berat badan berlebihan atau lebih dikenal sebagai obesiti dikalangan kanak-kanak

juga boleh menyebabkan risiko mendapat penyakit batu karang pada pundi hempedu (Gallstones). Apa yang

membimbangkan hasil kajian klinikal menunjukkan kanakkanak yang mengalami masalah obesiti mempunyai
risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah ini.
Masalah berat badan berlebihan dikalangan kanak-kanak juga boleh menyebabkan masalah kerosakan sendi.
Masalah ini sering berlaku kerana kanak-kanak yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau
obesiti terpaksa membawa berat yang berlebihan sepanjang masa.
Dalam pada itu, kanak-kanak yang berlebihan berat badan juga boleh menghidapi penyakit sindrom
metabolik dan risiko penyakit jantung. Penyakit Sindrom metabolik ini akan terjadi apabila pesakit obesiti
dalam masa yang sama juga mempunyai kombinasi masalah-masalah lain seperti kolesterol tinggi, tekanan
darah tinggi, dan paras glukos tidak normal. Ini berlaku di kalangan 30-40% kanak-kanak obesiti dan
mereka mempunyai risiko penyakit jantung yang jauh lebih tinggi apabila usia mereka meningkat.
Lebih merisaukan lagi, kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan ini juga berisiko tinggi untuk

menghidapi penyakit jantung. Atherosclerosis iaitu perubahan pada dinding pembuluh darah ialah masalah

yang lazim berlaku pada kanak-kanak obes. Ia boleh berlaku seawal zaman kanak-kanak atau remaja,
terutama pada mereka yang mengalami sindrom metabolik;
Kanak-kanak perempuan yang obes sering mengalami akhil baligh lebih awal daripada yang biasa. Mereka

juga mempunyai risiko fibroid pada rahim (uterine fibroid) and masalah kitaran haid apabila dewasa;

membesar menjadi orang dewasa yang gemuk. Kanak-kanak obesiti lazimnya membesar menjadi orang
Lebih penting lagi, masalah berat badan berlebihan dikalangan kanak-kanak juga boleh menyebakan
kemurungan. Sepertimana kita sedia maklum masalah obesiti sering dikaitkan dengan masalah kemurungan
dan kurang keyakinan pada diri seseorang.

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |27

LAMBAIAN COVID

Covid 19
Nama yang asing tapi berbahaya
Datangnya tanpa diundang
Membawa bencana di seluruh dunia

Covid 19
Datangmu bagai badai
merenggut nyawa yang tidak berdosa
tanpa simpati dan belas kasihan
mengancam alam tanpa henti

Covid 19
Keranamu jiwa merana
tangisan sang anak kehilangan ibu
tangisan isteri kehilangan suami
tapi apalah daya untuk menghalang
hanya mampu berserah kepada ilahi

28|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

Kepada Allah kita bermohon
semoga rahmat tuhan membawa restu
agar Covid 19 cepat berlalu
Malaysia pulih seperti dahulu.

Megat Mohd Aleef Munawir 276526

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |29

AGENDA SEMASA

Tiada Lagi Dos Pertama PICKids selepas 15 Mei

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi
COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) memuruskan bahawa
tiada lagi dos pertama PICKids selepas 15 Mei ini. Dengan
pengumuman ini, ibu bapa perlu membuat keputusan
mengenai vaksinasi COVID-19 sebelum 15 Mei 2022
."Pilihlah untuk vaksinkan anak anda bagi mengelakkan komplikasi jangkitan COVID-19 yang teruk,"
kata Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
MATTA Fair Kembali Lagi Dengan Pelbagai Penjimatan
KUALA LUMPUR : MATTA Fair yang berlangsung pada 9-10
April yang lepas di Pusat Dagangan Putra (WTC)
telah menyaksikan
sebilangan besar pengunjung tidak pulang dengan tangan koson
g. Dengan pelbagai pakej percutian yang menarik serta diskaun
penerbangan dari sayrikat-syarikat penerbangan, MATTA Fair
2022 berjaya menggamit ramai pengunjung dalam suasana nor
ma baharu.
Tiada Lagi Penggiliran Buat Semua Murid Sekolah
PUTRAJAYA: KPM memutuskan untuk semua murid dibenarkan
hadir sekolah tnapa penggiliran bermula 17 April ini. “KPM juga
menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi
pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM,” ujar Menteri
Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin

30|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

BARISAN HADAPAN

Mereka bekerja siang dan malam
Jangan ada yang banyak ragam
Biarpun hujan panas ketika malam
Namun semangatnya tetap ada
Mereka berkorban masa dan tenaga
Jangan pula kita lena dan leka
Masa kita lena mereka bekerja
Wiraku,
Engkaulah penyambung nafas setiap insan
Untuk keluarga kami kekal selamat
Dari musibah Covid 19

Randhi Ak Ata
276780

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |31

KERINDUAN YANG TAK
TERTANGGUNG
“Siti, tengokkan rendang atas dapur tu! Kacau-kacau sikit , risau hangit di
bahagian bawahnya” teringat aku pada laungan ibu sewaktu malam raya
dua tahun lepas. Ibulah insan yang paling sibuk sewaktu raya hampir
tiba. Dia bukan sibukkan baju apa yang hendak dipakai, tema warna apa
tahun ini tapi dia lebih sibuk memasak lauk pauk raya kerana waktu
inilah semua saudara –mara akan datang bertandang ke rumah kami. Ibu
peramah orangnya dan sangat disenangi saudara – mara dan jiran
tetangga. Tidak hairanlah rumah kami sentiasa didatangi tetamu sewaktu
hari lebaran tiba. Berbeza dengan aku yang lebih selesa senyum sahaja
melihat tetamu, ibu pula lebih rancak berborak menghiburkan tetamu.
Namun tahun ini sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Ibu telah
pergi menghadap Ilahi akibat daripada jangkitan coronavirus. Tiada lagi
jerit pekik ibu meminta aku membantunya di dapur, tiada lagi bebelan
ibu apabila aku asyik-asyik melihat telefonku ketika di dapur
membantunya memasak. Lebaran kali ini , aku dan ayah hanya membeli
kuih raya, rendang serta lemang dan ketupat daripada orang kampung
sahaja. Hanya ala kadar sahaja , cukup untuk menjamu sesiapa yang
berhajat untuk bertandang.

32|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022

Sesungguhnya aku rindu ibu. Aku menyesal kerana selalu menolak
pelukannya dengan alasan aku sudah remaja , malu dilihat rakan –
rakan. Kini pelukan itu yang aku dambakan sangat.Aku menyesal
kerana selalu menolak bekal makanan yang disediakan untuk aku baw
a ke sekolah kerana tidak mahu dilihat sebagai seorang yang kedekut
berbelanja. Kini makanan itulah yang aku idamkan sangat. Rumah
kami juga seumpama hilang serinya selepas pemergian ibu.

Ibu,Siti rindu sangat pada ibu.Kehilangan ibu membuatkan Siti sedar b
etapa Siti tidak menghargai ibu selama ini. Ampunkan Siti, ibu.
Tidak kuat rasanya untuk Siti meneruskan kehidupan tanpa ibu.
Tak tertanggung rindu ini terhadap ibu. Setiap hari Siti mengangkat ta
ngan berdoa kepada tuhan agar ibu sentiasa tenang di sana. Damailah
ibu di sana di samping-Nya.

Noor Akmar Azieani Binti Aziz
274776

JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022 |33

HADIR TAK DIUNDANG

Hadirmu tanpa jasad
Tetapi kau mampu menghilangkan jasad
Yang disayangi pergi
Yang dikasihi, ditangisi
Meninggalkan kami sendiri.
Kau menyelinap masuk di setiap sendi
Meragut helaan nafas yang selama ini dihayati
Dan ada juga yang menanggungnya
Berhari-hari
Ah, COVID-19 pergi!
Pergi tinggakan kami sendiri
Untuk kami lewati hari-hari
Dengan lebih bererti dan lebih dirai.

Noor Farahin binti Hayazi
276618

34| JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022



PENJIMATAN HEBAT!

TELEFON 0172579006 SEKARANG

SEHINGGA SENYAP 3 TAHUN
120KG WARANTI

JIMAT
RM500

RM1799

KINI RM1299

30|JOM SIHAT! EDISI APRIL 2022


Click to View FlipBook Version