The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8729523, 2021-09-17 09:37:29

Kajian Lapangan Geografi Tingkatan 2

Kajian Lapangan Geografi Tingkatan 2

KAJIAN TENTANG SISTEM
PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN

BANDAR KUAH,LANGKAWI

SENARAI PERANCANGAN TUGASAN 2021

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menerangkan konsep dan takrifan sistem pengangkutan awam
2. Menjelaskan latar belakang kawasan Langkawi
3. Dan mentafsir graf atau carta yang sesuai tentang sistem pengangkutan

awam di Langkawi
4. Menghuraikan kepentingan perkembangan sistem pengangkutan awam

di Langkawi
5. Menjelaskan kesan perkembangan sistem pengangkutan awam terhadap

alam sekitar dan manusia di langkawi
6. Mencadangkan langkah – langkah untuk mengurangkan kesan

perkembangan sistem perkembangan di Langkawi

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan
Geografi Tingkatan 2.Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima
kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan Ruzianah
binti Abdul Hamid kerana telah membantu saya dalam penyediaan
laporan kerja lapangan ini.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya
iaitu Suhaimi bin Mohd Nasir dan ibu saya Nooridayu binti Zainol Abidin
yang membantu saya dalam proses menyiapkan kerja lapangan ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada sahabat
saya,Nur Batrisyia binti Johari dan Aliesya Irdina binti Izroaie kerana
turut sama menyumbang tenaga dan masa semasa kajian lapangan ini
disiapkan.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan awam
di kawasan bandar Kuah, Langkawi.

Saya memilih kawasan ini kerana kebanyakkan penduduk di
kawasan ini menggunakan teksi dan feri untuk ke sesuatu
destinasi.Tambahan pula,kawasan ini adalah kawasan bandar.

Saya menjalankan kajian ini selama 1 bulan.

PETA LAKAR BANDAR KUAH,
LANGKAWI

Petunjuk :

HUTAN JALAN RAYA PETEMPATAN

TAFSIRAN

Peta menunjukkan bandar Kuah,Langkawi dan kawasan sekitar
dengannya.Antara ciri pandang darat budaya yang terdapat di
dalam peta ialah jalan raya dan petempatan.Manakala ciri
pandang darat fizikal yang terdapat dalam peta ialah hutan.

Berdasarkan peta di slide sebelah,kegiatan ekonomi
penduduk ialah perindustrian.Hal ini kerana terdapat banyak
pasaraya di kawasan tersebut.

Bandar Kuah menjadi kawasan tempat tumpuan penduduk
dan mempunyai pola petempatan berpusat.

HASIL KAJIAN

• Saya telah menjalankan kajian berkaitan sistem
pengangkutan awam di kawasan langkawi

• Antara maklumat yang saya peroleh ialah:

JENIS PENGANGKUTAN

• Berdasarkan pemerhatian terhadap kawasan bandar
Kuah,Langkawi.Saya dapati bahawa di kawasan ini
menggunakan pengangkutan air dan tertumpu kepada
pengangkutan awam,terutamanya feri.

• Hal ini jelas dapat dilihat kerana pekan Kuah ialah bandar
yang berada di tengah-tengah pekan.

• Contohnya :

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

• Berdasarkan rujukan saya di pautan internet,saya telah dapati faktor
yang mempengaruhi pegangkutan awam di kawasan tersebut ialah
kegiatan ekonomi.

• Kegiatan ekonomi merupakan antara faktor yang mempengaruhi
jaringan pegangkutan awam di bandar Kuah,Langkawi,di mana
kawasan bandar.

• Kawasan bandar membolehkan salah satu pengangkutan awam iaitu
feri dapat diwujudkan bagi memudahkan pergerakan penumpang ke
Kuala Perlis dan Kuala Kedah.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN

• Pertama sekali dapat mempertingkatkan darjah
ketersampaian yang memudahkan kita sampai ke destinasi
dengan mudah.Contohnya,Grik (Perak) dan Jeli (Kelantan)
yang dapat dihubungkan melalui lebuhraya timur-barat.

• Kedua ialah dapat mewujudkan lagi peluang pekerjaan
dengan perkhidmatan teksi dan feri yang menawarkan
peluang untuk bekerja kepada penduduk tempatan.
Contohnya,

KESAN NEGATIF

• Antara kesan negatif yang saya dapati ialah pencemaran
udara.Hal ini berlaku kerana pelepasan asap karbon
monoksida daripada sesebuah kenderaan yang
menggunakan petrol.Contohnya,kereta,motosikal,feri
dan sebagainya.

• Selain itu,pencemaran bunyi juga boleh berlaku
apabila bertambahnya kenderaan bermotor di
atas jalan raya.Contohnya,di Taiping.

CADANGAN UNTUK MENGATASI
KESAN NEGATIF

• Antara cara untuk mengatasi kesan negatif adalah dengan
menggunakan kereta elektrik dan hibrid.Dengan ini, kita
dapat memelihara alam sekitar dengan mengurangkan
pembebasan gas monoksida.

• Di samping itu, kita juga boleh menghadkan kelajuan
kenderaan bagi mengelakkan bunyi kenderaan yang
bising.

RUMUSAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi,Akhirnya dapat juga
daya menyiapkan tugasan kajian lapangan yang diberikan oleh
guru saya. Terdapat beberapa halangan yang saya hadapi semasa
dalam proses menyiapkan tugasan ini. Antaranya adalah jaringan
internet yang perlahan melambatkan lagi proses menyiapkan
tugasan.Walaupun dengan kesusahan dan halangan yang
menimpa saya, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja
lapangan ini dengan lengkap dan baik.Saya berharap tugasan
kajian lapangan ini akan diadakan lagi pada tahun depan.


Click to View FlipBook Version