The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aziayusof2004, 2022-09-26 12:08:31

T2, BM1 (NUR AZIA BINTI MOHD YUSOF)

T2, BM1 (NUR AZIA BINTI MOHD YUSOF)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PERSEDIAAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)

AMBILAN JUN 2022
SEMESTER 1

TUGASAN 2 – E-PORTFOLIO

NAMA PELAJAR : NUR AZIA BINTI MOHD YUSOF

ANGKA GILIRAN : 2022092310014

NO KAD PENGENALAN : 040609-04-0288

KUMPULAN / UNIT : BM 1

KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074 / SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU

NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN

TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2022

NO. TELEFON : 019-7394686

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL, 21030 KUALA NERUS, TERENGGANU

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS ( PROJEK / AMALI )

Nama: NUR AZIA BINTI MOHD YUSOF Angka Giliran Pelajar: 2022092310014
Tajuk Tugasan: E-PORTFOLIO
Pensyarah: Dr. Fadzil Kursus/M.Pelajaran: PPISMP/BMMB 1074
Tarikh Hantar: 17 September 2022 Tarikh Diterima:

Tandatangan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan: Tarikh: 17 September 2022

Perincian Maklum Balas Tugasan Moderator:
Kekuatan:
Pemeriksa:
Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami:

Catatan:

Tandatangan pelajar: Tarikh:

PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas limpah kurnia dan rahmat-Nya yang telah mengurniakan
semangat, kekuatan dan iltizam yang bersungguh-sungguh dapat saya menyempurnakan
tugasan 2 e-portfolio bagi kod subjek BMMB1074 iaitu Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada
Dr. Mohd Fadzil bin Baharudin selaku Pensyarah Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
kerana tidak jemu memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar tentang cara membuat kerja
kursus mengikut kriteria yang ditetapkan.

Tidak dilupakan kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dan berkongsi idea
dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Semoga jasa kalian
dibalas oleh Allah s.w.t dan sentiasa dilimpahi dengan keberkatan dan rahmat Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.

….……………………………………….
NUR AZIA BINTI MOHD YUSOF
Siswi Guru
Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu.

ISI KANDUNGAN

TUGASAN 2

Bil. Perkara Muka surat
1.0 PENGENALAN 1
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
1-4
2.1 EJAAN RUMI LATIN PIGAFETTA 1-2
2.2 EJAAN RUMI HOUTMAN 2-3
2.3 EJAAN RUMI BOWREY
2.4 EJAAN RUMI THOMSEN 3
3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM 3-4
4-5
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI
4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI 5-6
5.0 KESIMPULAN 6
6.0 RUJUKAN 7
7.0 LAMPIRAN 7

1.0 PENGENALAN

Sistem ejaan Rumi yang digunakan secara meluas hari ini bermula sejak tahun 1972. Sistem
ejaan Rumi yang sedang diguna pakai oleh semua orang sekarang sebenarnya terbentuk
hasil perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu di Malaysia dengan bahasa
Indonesia yang telah dipersetujui sejak tahun 1967 lagi. Di Malaysia, badan yang bertugas
untuk menyusun panduan ejaan Rumi ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang
dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1487, sekumpulan ahli pelayaran
Portugis yang diketuai Bartholomew Diaz telah berjaya mengelilingi dunia dan melintasi negeri
Melaka serta terdapatnya kemunculan kuasa tulisan Rumi yang terawal di Melaka. Kejayaan
Portugis menawan Kota Melaka telah menjadi penyemangat kepada kuasa-kuasa Barat yang
lain untuk turut sama berkuasa di Melaka terutamanya kuasa Sepanyol. Dari sini bermulanya
legasi tulisan Rumi di Alam Melayu terutamanya di Melaka. Namun begitu, kuasa Portugis ini
merosot setelah kedatangan kuasa baharu, iaitu Belanda, Sepanyol dan Inggeris.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI

Kedatangan kuasa Portugis pada tahun 1511 di Melaka merupakan titik permulaan yang
memperlihatkan tulisan Rumi buat pertama kalinya digunakan di alam Melayu terutamanya di
Tanah Melayu pada ketika itu. Terdapat beberapa jenis ejaan Rumi yang terawal yang mula
mengembangkan pengaruhnya dengan dipelopori oleh ejaan Rumi Latin Pigafetta, ejaan
Rumi Houtman, ejaan Rumi Thomas Bowrey dan ejaan Rumi Thomsen.

2.1 EJAAN RUMI LATIN PIGAFETTA

Ejaan Rumi Latin Pigafetta ini dipelopori oleh Antonio Pigafetta iaitu seorang pelayar
Itali yang berjaya belayar bersama Ferdinand Magellan pada tahun 1522. Beliau mengikuti
ekspedisi Magellan secara sukarela dan bertindak sebagai jurutulis. Salah satu daripada
tugas beliau sepanjang pelayaran tersebut ialah merakam beberapa perkataan Itali – Melayu
sebanyak 426 kata. Sistem ejaan yang diperkenalkan oleh Pigafetta ini sebenarnya
berdasarkan sistem ejaan Itali daripada dialek Vicentina, iaitu tempat asal Pigafetta. Beliau
menamakan daftar kata tersebut sebagai kosa kata yang digunakan oleh orang Moorish atau
Muslim. Bukan itu sahaja, Ejaan Rumi Latin Pigafetta juga mengandungi abjad-abjad yang
dapat dipadankan dengan abjad Rumi bahasa Melayu moden dari segi grafem dan nilai
bunyinya.

1

Rajah 2.1.1 Ejaan Rumi Latin Pigafetta

Senarai ini telah dikaji oleh beberapa pengkaji dan berpendapat semuanya berbeza-beza
seperti H. Schuchardt (1890), Le Roux (1929), J. Gonda (1938) dan Kern (1938). Berdasarkan
ejaan ini, beberapa perkataan Melayu mengandungi abjad yang boleh dipadankan dengan
abjad bahasa Melayu moden melalui grafem-grafem dan nilai bunyinya.

2.2 EJAAN RUMI HOUTMAN

Ejaan Rumi Houtman ini dipelopori oleh Cornelius de Houtman iaitu seorang pelayar
Belanda yang telah menghasilkan senarai perkataan bahasa Melayu yang ditulis dalam skrip
tulisan Rumi sewaktu beliau sampai ke Kepulauan Melayu pada tahun 1596. Senarai ini
terkumpul semasa beliau berada dalam penjara setelah ditangkap oleh Sultan Bantam III,
Pangeran Muhamad kerana konflik dan kekasaran orang Belanda. Pada tahun 1598,
Houtman dikatakan ditebus semula oleh pihak Belanda.

Rajah 2.2.1 Ejaan Rumi Houtman

2

Menurut Hashim Musa (1997), sistem ejaan Rumi dalam senarai Houtman bagi bahasa
Melayu tidak begitu stabil sekiranya dibandingkan dengan yang terdapat dalam senarai
Pigafetta. Terdapat banyak bunyi bahasa Melayu dilambangkan oleh lebih daripada satu
bentuk abjad atau grafem yang berbeza-beza.

2.3 EJAAN RUMI BOWREY

Ejaan Rumi Bowrey diperkenalkan oleh Thomas Bowrey (1710) dan semua hasilnya
telah dijilidkan menerusi kamus pertama Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu yang diterbitkan
di London serta diberikan judul A Dictionary of English and Malayo, Malayo and English.
Selain daripada daftar kata, beliau juga telah menurunkan ayat perbualan sehari-hari dan
dialog pelbagai tajuk. Berikut merupakan susunan beberapa perkataan yang terdapat dalam
kamus beliau.

Rajah 2.3.1 Ejaan Rumi Bowrey
Menurut Hashim Musa (1997), sistem ejaan Thomas Bowrey mempunyai ciri – ciri antic iaitu
penggunaan gugus konsonan yang sama seperti gg, dd, ll, rr, ss dan tt, serta gugus vokal
yang sama iaitu ee dan oo. Kesemuanya seolah – olah melambangkan kepanjangan
konsonan atau tasyhdid dan juga kepanjangan vokal untuk lambang vokal tersebut.

2.4 EJAAN RUMI THOMSEN

Ejaan Rumi Thomsen yang terakhir ini berada pada tempoh sebelum zaman
kedatangan British. Ejaan ini mengambil sempena nama seorang Padri C.H. Thomsen. Pada
tahun 1820, C.H. Thomsen telah berjaya menerbitkan sebuah kamus Inggeris-Melayu yang

3

bertajuk A Vocabulary of The English and Malayan Languages yang mengandungi lebih
kurang 200 patah perkataan. C.H. Thomsen melakukan perumian ini pada awal abad ke-19,
iaitu ketika orang Barat lebih banyak menggunakan tulisan Jawi dalam mengeja bahasa
Melayu.

Rajah 2.4.1 Ejaan Rumi Thomsen

3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN
SISTEM EJAAN RUMI

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai hasil
perjuangan golongan ahli bahasa, sasterawan, wartawan, pendidik dan agamawan melalui
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua (1954) serta Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu Ketiga (1956). Pejuang kemerdekaan telah mengangkat bahasa dan persuratan
Melayu sebagai asas nasionalisme dan perjuangan menuntut kemerdekaan.

Melalui sejarah perkembangan sistem ejaan Rumi, terdapat pelbagai usaha yang
dilakukan untuk mempergiat sistem ejaan Rumi. Oleh itu, perbezaan dalam sistem ejaan pasti
akan wujud kerana dipelopori oleh individu yang berbeza. Hal ini menyebabkan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan yang penting dalam menyeragamkan sistem
ejaan Rumi. Antara peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah memajukan bakat
kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah
menggiatkan program dari semasa ke semasa iaitu Minggu Penulis Remaja dengan motif
melahirkan dan memupuk penulis muda. Program ini bertujuan melahirkan pewaris ilmu
kesusasteraan pada masa depan. Bagi menggalakkan sasterawan - sasterawan menceburi
bidang ini, DBP telah menggunakan kaedah penganugerahan.

4

Seterusnya, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan organisasi yang
sangat penting dalam industri percetakan dan penerbitan buku – buku, risalah, kamus- kamus
serta pelbagai bahan ilmiah. Pihak DBP juga telah banyak mencetak buku – buku untuk
sekolah seperti buku teks, buku rujukan serta buku latihan yang akan digunakan oleh pelajar
sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Ini bermakna peranan DBP sangat penting dan
memberi impak yang baik dalam industry pendidikan, percetakan dan lain – lain. Bukan itu
sahaja, DBP juga bertindak sebagai medium penterjemahan karya – karya asing. Maka, ilmu
dari luar dapat diadaptasikan dalam bahasa Melayu.

Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlulah menggalakkan penggunaan
bahasa kebangsaan yang betul. Pada masa kini, segelintir sahaja daripada rakyat Malaysia
yang menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Majoriti daripada mereka menggunakan
bahasa Melayu yang tidak betul. Contohnya, rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar
sebagai bahasa komunikasi harian mereka. Oleh itu, pihak DBP perlu memainkan peranan
yang penting dalam mengatasi masalah ini seperti mewujudkan buku – buku, risalah – risalah
dan akhbar yang menggunakan bahasa Melayu yang betul disamping dapat memperbetulkan
penggunaan bahasa Melayu yang tidak betul oleh rakyat Malaysia. Dengan adanya DBP,
penyalahgunaan bahasa Melayu dapat dibendung.

4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI

Sistem ejaan Rumi perlu diperkasakan agar ejaan ini tidak lapuk pada zaman yang sedang
membangun ini. Namun, terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam mengekalkan
sistem ejaan Rumi pada masa kini. Antara cabarannya ialah penggunaan bahasa rojak yang
boleh dikatakan menjadi – jadi sejak kebelakangan ini. Bahasa rojak semakin berkembang
luas dalam kalangan pengguna bahasa terutama kalangan generasi muda. Penggunaan
bahasa rojak dalam urusan rasmi boleh membawa kesan yang buruk lebih – lebih lagi jika
digunakan oleh orang ternama seperti pemimpin. Hal ini boleh menyebabkan sesetengah
masyarakat terikut dengan tabiat buruk tersebut dan memandang remeh dengan bahasa ini.
Oleh itu, penggunaan bahasa rojak ini telah menjadi suatu kebiasaan dalam kehidupan setiap
individu ketika berkomunikasi dan masyarakat beranggapan bahawa bahasa rojak lebih
mudah difahami berbanding bahasa Melayu baku. Penggunaan bahasa rojak secara
berleluasa boleh mengurangkan rasa hormat terhadap bahasa sendiri. Terdapat sebahagian
pengguna bahasa rojak yang berasa bangga dengan berselang – seli menggunakan kata
kerana kelihatan menguasai bahasa asing. Jika perkara ini berterusan, akan berlaku
pemerosotan nilai bahasa Melayu.

5

Rajah 4.0.1 Penggunaan bahasa rojak

Seterusnya, kanak – kanak generasi sekarang masih lagi tidak mahir dengan bahasa
Melayu yang sebenar. Hal ini demikian kerana, terdapat kanak – kanak dari kaum lain yang
masih tidak reti mengeja bahasa Rumi dengan baik walaupun sudah berada di tingkatan satu.
Hal ini berlaku kerana sesetengah masyarakat beranggapan bahawa bahasa ibunda mereka
akan hilang jika mereka menerapkan bahasa Melayu sejak kecil. Bukan itu sahaja, guru yang
mengajar juga menjadi penyebab pelajar tidak dapat menggunakan bahasa Rumi dengan
baik. Hal ini kerana penggunaan bahasa loghat dan menyebabkan pelajar tidak dapat belajar
bahasa Melayu dengan tepat tetapi akan merosakkan keindahan bahasa itu sendiri. Namun,
perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menjejaskan taraf bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sistem ejaan Rumi merupakan elemen terpenting dalam memastikan
bahasa Melayu dapat terus digunakan oleh rakyatnya. Berdasarkan analisis terhadap sejarah
perkembangan sistem ejaan Rumi, kebanyakan ejaan Rumi yang terawal sebelum
kedatangan British merupakan usaha persendirian oleh individu tertentu yang berkepentingan
seperti keagamaan, perdagangan dan perhubungan sosial. Banyak kelemahan yang dikesan
dan proses mendokumentasi dilakukan berdasarkan kepada catatan individu yang diperoleh.
Walau bagaimanapun, masih wujud penambahbaikan sistem antara tempoh berkenaan.
Justeru, semua pihak sewajarnya berganding bahu tidak kira bangsa mahupun agama dalam
menangani cabaran ejaan rumi disamping memartabatkan bahasa Melayu agar bahasa
Melayu dipandang tinggi oleh masyarakat mahupun luar negara.

6

6.0 RUJUKAN
Muhammed Salehudin Aman. (2022). Sinopsis sistem ejaan bahasa Melayu. Dimuat turun

daripada: http://klikweb.dbp.my/?p=6003
Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin. (2018, April 30). Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

dalam memartabatkan bahasa Melayu. Dimuat turun daripada:
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-
pustaka.html
Prof Datuk Dr Awang Sariyan. (2020, Jun 12). Isu bahasa, kuasa DBP jangan hanya ditegur,
nasihat. Dimuat turun daripada:
https://www.bharian.com.my/amp/rencana/muka10/2020/06/699435/isu-bahasa-
kuasa-dbp-jangan-hanya-tegur-nasihat
Norsuhaila Ibrahim. (2021, Ogos 16). Sistem ejaan yang bermanfaat. Dimuat turun daripada:
https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/08/16/1279/
Dr. Khairuddin Mohamad. (2015) Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan &
Terjemahan, Sasbadi Sdn. Bhd.

7.0 LAMPIRAN

7


Click to View FlipBook Version