The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdshamsury1980, 2021-01-17 19:46:36

NOTA BIDANG AKHLAK

TING.5 KSSM

SKEMA modul
topikal

Pendidikan islam
TingkaTan 5 kssm

@

NOTA

(anyflip)

Di sediakan oleh:
Mohd shamsury bin abdul rahman

@ustazsuri (Telegram)
Guru cemerlang Pendidikan islam
Smk sultanah hajjah kalsom Kuantan pahang

PERKONGSIAN OLEH: MOHD SHAMSURY ABD RAHMAN(GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM)

BIDANG: AKHLAK ISLAMIAH

PELAJARAN 18 : TAWADUK MENZAHIRKAN KESUCIAN JIWA

1. Nyatakan pengertian tawaduk. [2 markah ]
Ialah sikap kerendahan hati /kepada Allah SWT dan sesama manusia.

2. Tuliskan dalil nakli berkaitan galakkan untuk bersifat tawaduk.

Maksud hadis: Dan tidaklah seseorang merendahkan diri kepada Allah SWT melainkan
Allah SWT akan mengangkat darjatnya.

3. Jelaskan contoh sifat tawaduk yang diamalkan oleh Rasulullah SAW bagi situasi yang
berikut:

Situasi Contoh
Tawaduk dalam pergaulan
-Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawaduk ketika
Tawaduk dalam kehidupan bergaul,terutama dengan kanak-kanak iaitu baginda
rumah tangga tidak sombong dengan kedudukannya dengan
menunjukkan kasih sayang terhadap mereka.
-Rasulullah SAW selalu menyantuni kanak-kanak
dengan mendahulukan ucapan salam ketika bertemu
dan membelai rambut dengan kasih sayang.
(Riwayat al-Bukhari)

[2 markah]

-Rasulullah SAW bersama-sama membantu isteri
melayani keluarga dan menguruskan rumah tangga.
-Urwah bin Zubair berkata,seseorang bertanya kepada
Saiditina Aisyah.”Adakah Rasulullah SAW bekerja di
dalam rumah baginda?Lalu Saidatina Aisyah
menjawab, “Rasulullah SAW menampal
selipar,menjahit pakaian dan melaksanakan tanggung
jawab dalam rumahtangga seperti mana orang lain.
(Riwayat Ahmad)

[ 2 markah ]

Tawaduk ketika makan dan -Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan
minum yang disediakan untuk baginda.
-Jika baginda menyukai makanan tersebut baginda
akan memakannya.Apabila baginda tidak
menyukainya baginda meninggalkannya
-Baginda tidak menzahirkan perasaannya,sebaliknya
hanya berdiam.
(Riwayat Muslim)

[ 2 markah ]

2

PERKONGSIAN OLEH: MOHD SHAMSURY ABD RAHMAN(GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM)

4. Terangkan dua hikmah bersifat tawaduk. [ 4 markah ]

-Membentuk insan yang bertakwa(isi) kerana sentiasa mengamalkan sifat
mahmudah.(huraian).
-Dikasihi masyarakat (isi)kerana tidak bersikap sombong. .(huraian).

(Mana-mana jawapan lain yang munasabah diterima)

3

PERKONGSIAN OLEH: MOHD SHAMSURY ABD RAHMAN(GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM)

PELAJARAN 19 : ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH

1. Nyatakan maksud istiqamah.(6.20.1) [ 2 markah ]

Ialah ketaatan yang berterusan/dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi

laranganNya.

2. Tuliskan dalil nakli berkaitan galakkan untuk bersifat tawaduk.(6.20.1)

…َ‫َفٱ ۡستقِ ۡمََكمآَأُ ِم ۡرت‬

Maksud:Oleh itu,hendaklah engkau sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul
sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu…

3. Jelaskan empat cara yang boleh dilakukan untuk memiliki sifat istiqamah.(6.20.3)
[ 4 markah ]

-Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu.
-Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT
-Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para Rasul.
-Sentiasa muhasabah diri agar ikhlas dan sabra

*Ayat lengkap
(Mana-mana jawapan lain munasabah diterima)

4. Jelaskan contoh sifat istiqamah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW bagi situasi yang
berikut:

Situasi Contoh
Istiqamah dalam ibadat
-Rasulullah SAW tidak jemu memohon keampunan

Allah SWT walaupun baginda seorang yang maksum.

-Abu Hurairah mengatakan bahawa beliau mendengar
Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah

SWT,sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat
kepada Allah SWT lebih dari 70 kali setiap hari”.

(Riwayat al-Bukhari)

[ 2 markah ]

Istiqamah dalam berdakwah -Rasulullah SAW tetap berdakwah menyebarkan
agama Islam walaupun menghadapi pelbagai
kesusahan dan ancaman.
-Baginda tegas iaitu tidak akan meninggalkan usaha
dakwah walaupun digantikan dengan kesenangan
dunia.
(Nurul yaqin fi sirah Sayyidul Mursalin)

[ 2 markah ]

4

PERKONGSIAN OLEH: MOHD SHAMSURY ABD RAHMAN(GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM)
5. Terangkan tiga hikmah mengamalkan sifat istiqamah dalam kehidupan.(6.20.4)

[ 6 markah ]
-Membentuk individu yang berakhlak mulia(isi) kerana melakukan kebaikan secara
berterusan.(huraian).
-Membentuk insan yang teguh pendirian(isi)dalam mempertahankan kebenaran(huraian).
-Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan Islam.
(Mana-mana jawapan lain yang munasabah diterima)

5

PERKONGSIAN OLEH: MOHD SHAMSURY ABD RAHMAN(GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM)

PELAJARAN 20 : ALAM SEKITAR PENENANG MINDA

1. Nyatakan maksud alam sekitar. [ 2 markah ]

Ialah segala benda hidup dan bukan hidup yang terdapat disekeliling manusia.

2. Tuliskan dalil nakli berkaitan tuntutan adab menjaga alam sekitar.(6.21.1)

٦٤‫َّ َُلۥَماَ ِِفَٱل َسمَٰوَٰ ِتََوماَ ِِفَٱ ۡۡلۡر ِ َضَِإَو َنَٱّ َللََل ُهوَٱلۡغ ِ يَنَٱۡ ۡل ِمي َُد‬

Maksud: Segala yang ada di langit dan di bumi ialah kepunyaanNya.Dan sesungguhnya
Allah,Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

3. Jelaskan empat adab menjaga alam sekitar.(6.21.2) [ 4 markah ]

-Sentiasa mengekalkan ekosistem kehidupan flora dan fauna

-Sentiasa memelihara dan memulihara alam sekitar dengan tidak melakukan kerosakkan.

-Mengekalkan keceriaan dan kebersihan alam sekitar

-Sentiasa menjaga kelestarian alam

*Ayat lengkap
(Mana-mana jawapan lain yang munasabah diterima)

4. Terangkan tiga hikmah beradab menjaga alam sekitar.(6.21.3) [ 6 markah ]

-Membentuk individu yang mencintai alam sekitar(isi) kerana menyedari tanggungjawab
yang telah diamanahkan(huraian).
-Melapangkan fikiran dan menenangkan jiwa (isi)kerana melihat keindahan
alam.(huraian).
-Melestarikan alam sekitar yang indah untuk manfaat generasi akan datang.

(Mana-mana jawapan lain yang munasabah diterima)

6

PERKONGSIAN OLEH: MOHD SHAMSURY ABD RAHMAN(GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM)

PELAJARAN 21 : SIFAT MAZMUMAH MERACUNI HATI

1. Nyatakan maksud sifat mazmumah.(6.22.1) [ 2 markah ]
Ialah sifat dan tingkah laku yang keji /yang berlawanan dengan syarak

2. Apakah maksud riak?(6.22.1) [ 2 markah ]
Ialah melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain.

3. Tuliskan dalil nakli berkaitan larangan bersifat riak.(6.22.1)

Maksud hadis:Sesungguhnya yang amat aku takuti ke atas kamu ialah syirik kecil.Para
sahabat bertanya: “Apakah syirik kecil ya Rasulullah?Baginda menjawab: Iaitu riak…

4. Jelaskan dua contoh sifat riak. [ 2 markah ]
-Melaksanakan solat sunat hanya jika berada dihadapan orang.
-Bersedekah kerana mengharapkan pujian manusia.

5. Apakah maksud ujub?(6.22.1) [ 2 markah ]

Ialah berasa bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri.

6. Tuliskan dalil nakli berkaitan larangan bersifat riak.(6.22.1)

َ‫إِ ۡذَأ ۡعجب ۡت ُك ۡمَك ۡۡثتُ ُك ۡمَفل ۡمَ ُت ۡغ ِنَعن ُك ۡمَش ۡيَا‬

Maksud ayat:iaitu semasa kamu berasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai.
Maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun…

7. Jelaskan dua contoh sifat ujub. [ 2 markah ]
-Berasa bangga dengan kehebatan ilmu yang dimiliki.
-Merasakan diri lebih soleh berbanding orang lain.

8. Apakah maksud hasad?(6.22.1) [ 2 markah ]

Ialah perasaan dengki melihat kelebihan yang ada pada seseorang dan berharap supaya

kelebihan tersebut hilang daripadanya.

9. Tuliskan dalil nakli berkaitan larangan bersifat hasad.(6.22.1)

٥‫و ِمنَ رِشَحا ِس ٍدَإِذاَحس َد‬

Maksud ayat:
…dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.

10. Jelaskan dua contoh sifat dengki. [ 2 markah ]
-Berasa dengki dengan rakan yang memiliki kekayaan harta atau pangkat.
-Berasa cemburu dengan rupa paras cantik dan berharap orang itu cacat.

7

PERKONGSIAN OLEH: MOHD SHAMSURY ABD RAHMAN(GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM)

11. Jelaskan empat cara yang boleh dilakukan untuk meninggalkan sifat [ 4 markah ]
mazmumah.(6.22.2)
-Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah.
-Sentiasa muhasabah diri agar terhindar daripada sifat mazmumah.
-Sentiasa mengawal nafsu suka akan kemegahan.
-Sentiasa berzikir kepada Allah SWT untuk menyucikan jiwa.

(Mana-mana jawapan lain yang munasabah diterima)

12. Terangkan tiga hikmah meninggalkan sifat sifat mazmumah.(6.22.3) [ 6 markah ]

-Membentuk individu yang berakhlak mulia (isi) kerana menghindarkan diri daripada
melakukan larangan Allah SWT.(huraian).
-Mendidik jiwa (isi)supaya sentiasa tunduk kepada kekuasaan Allah SWT.(huraian).
-Memperkukuh jati diri muslim dengan mengamalkan sifat mahmudah.

(Mana-mana jawapan lain yang munasabah diterima)

8


Click to View FlipBook Version