The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IRDINA FATINI BINTI ZULKHAIRI IPG-Pelajar, 2024-02-27 11:56:49

BUKU LOG DIGITAL BSMM

Irdina Fatini, BSMM

BUKU LOG DIGITAL UNIT BERUNIFORM (BSMM) NAMA PENUH : IRDINA FATINI BINTI ZULKHAIRI ANGKA GILIRAN : 2021252340550 NO. KAD PENGENALAN : 030216-08-0212 UNIT : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) KOD KURSUS : MPU3451a NAMA KURSUS : KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM BSMM I TARIKH HANTAR : 8 FEBRUARI 2024


MAKLUMAT PERIBADI 1. NAMA: IRDINA FATINI BINTI ZULKHAIRI 2. NO KAD PENGENALAN: 030216-08-0212 3. NO KAD MATRIK: P21 4. KELAS: 22N-KG 5. AMBILAN: JUN 2021 6. PENGKHUSUSAN: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 7. ALAMAT: N0 50, PERSIARAN PUTERA 5/1, BANDAR 8. NO TELEFON: 011-62620681 9. UNIT BERUNIFORM: BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 10.JAWATAN: AHLI AKTIF 11.PENSYARAH PENASIHAT: ENCIK NG KHENG LOON ENCIK ZULKIFLI BIN MOHD YUSOF BARU PUTERA, 31400, IPOH PERAK


1.0 LAMBANG DAN LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) • LAMBANG BSMM MAKSUD LAMBANG: Logo BSMM berasal dari lambang palang merah yang telah diiktiraf oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929. Lambang ini digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka daripada diserang ketika peperangan. PERANAN LAMBANG: Lambang BSMM menunjukkan sebagai tanda perlindungan seseorang. Hal ini kerana, lambang BSMM adalah di bawah perlindungan undang-undang kemanusiaan. Lambang juga berperanan sebagai suatu tanda pengenalan bagi seseorang yang memerlukan bantuan kecemasan. Ianya berkaitan dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.


• LAGU BSMM


2.0 CARTA ORGANISASI PENSYARAH PENASIHAT : ENCIK NG KHENG LOON ENCIK ZULKIFLI BIN MOHD YUSOF PENGERUSI : UMI NAJWA BINTI WAHID TIMB. PENGERUSI : NURFARAH WAHIDAH BINTI ZULKEFLI SETIAUSAHA : NUR FATIN AFIQAH BINTI ROSIDI BENDAHARI : NUR FATIN AQILAH BINTI NORIZUDDIN AHLI KUMPULAN : SEMUA AHLI BSMM


3.0 KONSEP DAN SEJARAH UNIT BERUNIFORM Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950-an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Selepas kemerdekaan, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan tersebut mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, penubuhan Persekutuan Malaysia, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1975 oleh Parlimen Malaysia. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di peringkat dunia lebih dikenali sebagai Palang Merah. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai Bapa Palang Merah. Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera. Hasil daripada pengalaman tersebut,beliau telah menerbitkab buku bertajuk "Kenangan Di Solferino". Dengan bantuan beberapa orang yang berminat, Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu PALANG MERAH yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut. Pada tahun 1876, ketika berperang dengan Rusia, Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam.


4.0 CATATAN PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM MINGGU 1 TAJUK : MESYUARAT AGUNG DAN TAKLIMAT MAKLUMAT KURSUS TARIKH : 10 JANUARI 2024 MASA : 8.00 – 10.00 PAGI TEMPAT : G203 PENSYARAH PENASIHAT : ENCIK NG KHENG LOON ENCIK ZULKIFLI BIN MOHD YUSOF CATATAN AKTIVITI: Pada minggu pertama, sesi perkenalan bersama pensyarah penasihat BSMM dimulakan. Encik Ng memberikan taklimat bagi maklumat kursus bagi semester ini dan mengagihkan kumpulan bagi perbentangan kumpulan. Encik Zulkifli juga menerangkan tentang perancangan bagi semester ini dan aktiviti yang akan dilaksanakan di dalam dan luar kampus berkaitan unit beruniform BSMM. Seterusnya, Encik Zulkifli memberi arahan agar kami membuat pemilihan bagi setiap jawatan dan ahli jawatan kuasa kecil dalam BSMM. Mensyuarat agung dilaksanakan agar semua mendapat kata sepakat dalam memilih ketua iaitu badan-badan tertinggi dalam unit beruniform BSMM ini. Organisasi telah pun ditubuhkan dan setiap jawatan disandang bagi unit BSMM bergerak dengan baik melalui pemimpin yang berjiwa kompeten. Pengerusi terdiri dari pelajar opsyen Matematik iaitu Umi Najwa binti Wahid. Naib pengerusi pula ialah Nurfarah Wahidah binti Zulkefli. Keputusan majoriti yang melayakkan mereka untuk menjadi pemimpin dalam unit BSMM.


MINGGU 2 TAJUK : PERBENTANGAN KUMPULAN 1 TARIKH : 17 JANUARI 2024 MASA : 8.00 – 10.00 PAGI TEMPAT : G204 PENSYARAH PENASIHAT : ENCIK NG KHENG LOON ENCIK ZULKIFLI BIN MOHD YUSOF CATATAN AKTIVITI: Perbentangan kumpulan bermula dengan kumpulan 1 iaitu topik 1 (Pengurusan Dan Pentadbiran Unit Beruniform BSMM). Pendaftaran dan ahli kumpulan terbuka krpada semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan jantina. Kumpulan 1 menerangkan pengurusan buku log yang mana setiap muka hadapan perlu mempamerkan lambang unit beruniform dan judul buku log hendaklah menyatakan apakah jenis unit beruniform anda. Seterusnya, pakaian seragam hendaklah diberi tauliah agar ahli unit memakainya dengan mengetahui fungsi dan keperluan sesuatu perkara tersebut. Wanita hendaklah memakai tudung putih tanpa corak dan dimasukkan lebihan tudung ke dalam baju. Baju seragam BSMM mempunyai 8 butang kecil berlambangkan BSMM. Ianya terdiri daripada 2 pada bahu, 2 pada poket atas dan 4 pada baju. Lanyard hendaklah tidak berbunga dan berwarna hitam. Beret berwarna gelap dan di bahagian lengan hendaklah dijahitkan tanda negeri dan lambang BSMM. Selain itu, tanda nama wajib dipakai supaya kelihatan kemas. Uniform separa yang boleh menggantukan kemeja putih BSMM adalah Tshirt BSMM. Seluar hendaklah berwarna putih dan dipakai bersama tanda nama. Tudung wanita hendaklah berwarna putih tanpa corak sama seperti ahli memakai uniform penuh.


Seterusnya, kumpulan 2 membentangkan topik 2 (Sejarah Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah). Terdapat 7 prinsip asas dalam BSMM. Pertama, Kemanusian yang dapat mencegah dan meringankan kesengsaraan dengan sedaya upaya dimana shaja ia wujud. Tujuan utamanya ialah melindungi nyawa dan kesihatan serta memastikan wujudnya sikap hormat-menghormati sesama manusia. Kedua, Kesaksamaan yang dapat meringankan kesengsaraan dan keutamaan diberi berdasarkan kes-kes yang paling memerlukan. Ketiga, Berkecuali yang tidak menyebelahi mana-mana pihak atau menyertai apa-apa pertikaian yang berbentuk politik, perkauman, agama atau ideologi. Keempat, Kebebasan yang menyatakan BSMM adalah sebuah pergerakan yang bebas. Kelima, Perkhidmatan Sukarelawan yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan. Keenam, Bersatu yang mana BSMM terbuka kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli dan harus menjalani aktiviti berbentuk kemanusiaan di seluruh negara. Ketujuh, Kesejagatan yang bermaksud persatuan-persatuan di peringkat kebangsaan mempunyai taraf, tanggungjawab dan tugas yang saksama untuk menolong antara satu sama lain.


MINGGU 3 TAJUK : AKTIVITI BALUTAN TARIKH : 24 JANUARI 2024 MASA : 8.00 – 10.00 PAGI TEMPAT : G204 PENSYARAH PENASIHAT : ENCIK NG KHENG LOON ENCIK ZULKIFLI BIN MOHD YUSOF CATATAN AKTIVITI: Aktiviti minggu ini adalah demonstrasi balutan bagi persediaan minggu keempat iaitu lawatan ke SK Pasir Kechil. Setiap kumpulan menunjukkan contoh dan menyatakan fungsi setiap balutan tersebut. Terdapat beberapa balutan yang dipelajari. Antaranya adalah balutan lutut, arm sling, elevation sling, balutan kepala, balutan ring balutan tapak tangan dan balutan tapak kaki. Setiap kumpulan tampil kehadapan kelas dengan membawa kain anduh bersama. Setiap ahli BSMM perlu mencuba membuat setiap balutan agar semua ahli BSMM mengetahui cara setiap balutan dibuat.


MINGGU 4 TAJUK : AKTIVITI DI SK SUNGAI PASIR KECHIL TARIKH : 31 JANUARI 2024 MASA : 10.00 – 1.00 TENGAH HARI TEMPAT : SK SUNGAI PASIR KECHIL PENSYARAH PENASIHAT : ENCIK NG KHENG LOON ENCIK ZULKIFLI BIN MOHD YUSOF CATATAN AKTIVITI: Lawatan ke SK Sungai Pasir Kechil bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid di SK Sungai Pasir Kechil berkaitan balutan asas sebelum kecemasan dibawa ke hospital atau mendapat rawatan lanjut. Setelah semua ahli sampai ke sekolah, kami diberi briefing untuk memberi pendedahan tentang balutan selama 8 minit kepada setiap kumpulan. Fungsi dan peranan perlu diberitahu supaya murid memahami kepentingan balutan-balutan tersebut. Saya yang berada di stesen 4 menerangkan tentang elevation sling. Balutan ini berfungsi apabila luka mangsa berdarah dan ianya dapat mengurangkan pendarahan. Selain itu, elevation sling dapat mengurangkan bengkak pada tangan mangsa kerana balutan yang kemas dan ketat akan tidak menggerakkan tangan dengan terlalu banyak. Seterusnya, pada pukul 12 tengah hari, kami berkumpul di lobi sekolah dan mendengar pihak sekolah memberi ucapan. Terdapat sesi fotografi bersama dengan pihak sekolah dan murid-murid SK Sungai Pasir Kechil. Balutan Elevation Sling


5.0 RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN Tarikh 30 Mac 2024 Hari Rabu Masa 3:00 – 4:00 petang Bilangan Ahli 37 orang Jenis Kokurikulum Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Tajuk Balutan Fokus Asas balutan (arm sling, elevation sling) Objektif Latihan Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: i. Melakukan balutan arm sling ii. Melakukan balutan evelation sling Pengetahuan Sedia Ada Murid mengetahui asas pertolongan cemas, jenis kain pembalut dan ikatan simpul sila. Nilai Kerjasama, tekun, keyakinan Alatan/Bahan Kain anduh KOMPONEN /MASA AKTIVITI KETERANGAN GAMBAR RAJAH/CATATAN Pendahuluan (10 minit) Nyanyian lagu BSMM Kehadiran 1. Semua ahli BSMM berdiri tegak dan menyanyikan lagu BSMM. 2. Ketua BSMM melaporkan kehadiran kepada guru penasihat. Langkah 1 (15 minit) Tayangan video cara-cara membuat balutan arm slind dan elevation sling 1. Semua ahli BSMM fokus melihat langkahlangkah membuat balutan. 2. Semua ahli BSMM membuat nota langkahlangkah balutan arm


sling dan elevation sling. Langkah 2 (15 minit) Praktikal balutan arm sling 1. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. 2. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. 3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian dalam untuk lebih kemas. 4. Semua ahli BSMM perlu mencuba bautan arm sling pada rakan secara berpasangan. Langkah 3 (15 minit) Praktikal balutan elevation sling 1. Lengan mangsa hendaklah menyokong dan diletakkan di atas bahu. 2. Letakkan kain anduh di atas lengan yang cedera. 3. Balut kain anduh di bawah lengan mereka yang cedera dan bawanya menyerong di belakang mangsa untuk bertemu hujung yang lain di bahu mereka.


4. Ikat hujung kedua-dua belah kain aduh dengan ikatan buku sila serta selitkan bahagian yang terkeluar untuk kelihatan kemas. Penutup (5 minit) Buat kesimpulan dan ingat semula dengan menyebut langkah-langkah balutan 1. Semua ahli BSMM perlu menceritakan semula langkahlangkah bagi balutan arm sling dan elevation sling. 2. Bersurai.


6.0 PERANCANGAN TAKWIM TAHUNAN PERJUMPAAN AKTIVITI PENGLIBATAN 1 Mesyuarat Agong Unit Beruniform BSMM dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Guru penasihat dan semua ahli BSMM 2 Sejarah BSMM dan Palang Merah Pelajar 3 Mempelajari lagu BSMM Guru penasihat dan semua ahli BSMM 4 Gotong-royong Semua ahli BSMM 5 Asas pertolongan cemas Semua ahli BSMM 6 Ikatan dan balutan Semua ahli BSMM dan pihak sekolah 7 Jenis-jenis kesihatan Semua ahli BSMM 8 Panduan dalam Penjagaan Kesihatan Semua ahli BSMM 9 Mengenali ubat-ubatan Semua ahli BSMM dan organisasi luar 10 Panduan rawatan kecemasan Semua ahli BSMM 11 Jamuan petang dan mesyuarat penutup Guru penasihat dan semua ahli BSMM


GAMBAR AKTIVITI


Click to View FlipBook Version