The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Geografi Pengangkutan Darat Cikgu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ini ayuain, 2021-11-13 08:52:58

Kajian Geografi Pengangkutan Darat Cikgu

Kajian Geografi Pengangkutan Darat Cikgu

SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN BERIS PANCHOR

PENGANGKUTAN DARAT
DI KAMPUNG WAKAF ZAIN,

TAWANG, BACHOK,
KELANTAN

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : FAARIS HAKEEM BIN FIRDAUS
TINGKATAN : 2 DELTA

NAMA GURU : PUAN HASMAH MOHD HASSAN

JADUAL KERJA

BIL TARIKH AKTIVITI/PERKARA

1. 31 Oktober 2021 Mendengar taklimat kerja

lapangan Geografi di

dalam kelas PdPr oleh guru

Geografi iaitu Cikgu

Hasmah.

2. 31 Oktober 2021 Berbincang dengan guru

melalui whatApp

mengenai kehendak soalan

kehendak kerja lapangan

2021

3. 1 November 2021 Mencari maklumat lanjut

mengenai konsep, jenis,

masalah dan langkah-

langkah tentang

pengangkutan darat.

4. 2 November 2021 Membina jadual kerja dan

senarai kandungan

5. 3 November 2021 Menulis penghargaan dan

pendahuluan.

BIL TARIKH AKTIVITI/PERKARA

6. 3 November 2021 Menentukan objektif

kajian, menulis latar

belakang kawasan kajian

7. 3 November 2021 Mencetak peta kawasan

kajian

8. 3 November 2021 Menentukan kaedah kajian

yang digunakan dalam

kerja lapangan

9. 4 November 2021 Merangka soalan borang

soal selidik

10. 4 November 2021 Mencetak borang soal

selidik dan menjalankan

soal selidik dengan

10 orang responden yang

tinggal di kawasan kajian

11. 5 November 2021 Melawat kawasan kajian

untuk memerhatikan jenis

pengangkutan darat di

kawasan kajian

BIL TARIKH AKTIVITI/PERKARA

12. 8 November 2021 Menulis konsep dan

definisi pengangkutan

darat

9 November 2021 Menghuraikan jenis-jenis
pengangkutan darat

13. 10 November 2021 Menulis dan menjelaskan
masalah-masalah
pengangkutan darat yang
dihadapi oleh responden

14. 12 November 2021 Menghuraikan cadangan-
cadangan untuk
penambahbaikan
pengangkutan darat

15. 14 November 2021 Menulis rumusan dan
sumber rujukan.

16. 15 November 2021 Menghantar kerja
lapangan kepada guru
Geografi

SENARAI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN HALAMAN
1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif kajian

4. Kawasan kajian

5. Kaedah kajian
6. Hasil kajian
7. Rumusan
8. Rujukan
9. Lampiran

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan
Geografi Tingkatan 2. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SMK
Beris Panchor, Tuan Hj Anuar Reping kerana memberi kebenaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan
ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan
Hasmah kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja
lapangan ini. Tunjuk ajar sepanjang penyediaan laporan ini merupakan
hasil komitmen yang jitu daripada beliau. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada ibu saya, Puan Farihan Elyani Zahari yang memberi
bantuan kewwangan dan kebenaran kepada saya untuk menjayakan
kerja lapangan ini. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan saya kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa
dalam proses melaksanakan kerja lapangan ini. Akhir sekali, ucapan
terima kasih ditujukan kepada responden dan orang sumber yang sudi
menjawab soalan-soalan dalam borang temu bual.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan darat di
Kampung Tawang, Bachok, Kelantan. Saya memilih tajuk ini kerana
kebanyakan penduduk di sini menggunakan pengangkutan darat
seperti kereta dan motosikal untuk ke sesuatu tempat. Selain itu,
saya juga memberi cadangan penambahbaikan pengangkutan darat
di kawasan kajian. Tambahan pula, kawasan kajian saya ini tidak
jauh dari bandar Bachok dam Kota Bharu. Antara sebab pemilihan
kawasan kajian adalah kerana kawasan ini berhampiran dengan
rumah saya dan ia memudahkan saya menjalankan kajian. Saya
menjalankan kajian ini selama dua minggu bermula pada 31 Oktober
sehingga 14 November. Pengumpulan data dan maklumat serta
penulisan laporan kerja lapangan dilakukan selepas waktu pdpr.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan pengangkutan darat di Kampung
Tawang, Bachok bertujuan untuk:

a) Mentakrif dan menghuraikan konsep pengangkutan darat.
b) Menyatakan dan menghuraikan jenis pengangkutan darat.
c) Menyatakan dan menghuraikan kepentingan pengangkutan

darat di kawasankajian.
d) Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan darat di

kawasan kajian.
e) Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah

pengangkutan darat di kawasan kajian.

KAWASAN KAJIAN

 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
 PETA KAWASAN KAJIAN
 DEFINISI
 JENIS PENGANGKUTAN DARAT
 MASALAH PENGANGKUTAN DARAT
 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di sekitar Kampung Tawang, Bachok,
Kelantan. Daerah Tawang adalah salah satu daripada 8 daerah yang
terletak di Jajahan Bachok. Keluasan Daerah Tawang iaiatu 36.3 Km
persegi. Ianya meliputi 13.01% daripada keluasan keseluruhan
Jajahan Bachok yang terbahagi kepada 10 Mukim Penghulu dangan
56 buah kampung. Keluasan lingkungan kawasan kajian saya adalah
lebih kurang 15 kilometer persegi. Kawasan ini juga terletak dalam
Mukim Tawang, Bachok, Kelantan. Jumlah penduduk di mukim
Tawang ialah 1,129 orang yang terdiri daripada 173 buah rumah.
Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri daripada tanah rata
dan sebahagian kecilnya berpaya. Jarak kawasan kajian dari bandar
Bachok ialah lima kilometer dan sepuluh kilometer dari bandar Kota
Bharu.

PETA KAWASAN KAJIAN

DEFINISI

Pengangkutan di Malaysia mula dimajukan semasa
pemerintahan penjajahan British, dan rangkaian pengangkutan
negara ini kini luas dan maju. Terdapat pelbagai jenis
pengangkutan yang ada,iaitu pengangkutan darat, pengangkutan
air dan juga pengangkutan udara.

Pengangkutan darat merupakan sebuah kegiatan ekonomi di
mana sebuah perusahaan menggunakan pengangkutan darat
untuk mengangkut penumpang atau barang. Pengangkutan ini
dapat dibahagikan kepada pengangkutan rel (iaitu
perkhidmatan LRT dan keretapi) dan juga pengangkutan jalan
raya (iaitu merangkumi kenderaan pacuan empat roda
termasuk kereta, MPV van, dan sebagainya dan juga
perkhidmatan bas).

Di kawasan kajian saya, pengangkutan darat adalah pengangkutan
yang terpenting dan boleh dikatakan penduduk sepenuhnya
menggunakan pengangkutan jalan raya. Ini adalah kerana
pengangkutan jalan raya lebih sesuai untuk jarak dekat.
Pengangkutan jalan raya ini digunakan oleh penduduk untuk
menghubungkan kebanyakkan bandar,pekan dan juga tempat-
tempat lain. Kos modal dan belanja penyelengaraan juga adalah
rendah.

Antara kenderaan yang digunakan ialah kereta, van,bas dan teksi.
Pengangkutan ini adalah sesuai untuk jarak dekat. Ada di
kalangan penduduk yang menggunakan pengangkutan jalan raya
ini untuk tujuan bisnes. Ia sesuai digunakan untuk mengangkut
barang-barang walaupun ruangan agak sempit berbanding
pengangkutan rel.

JENIS PENGANGKUTAN DARAT

Rangkaian jalan raya Malaysia sangat besar, merangkumi 63,445
km, termasuk 1,630 km lebuh raya. Lebuhraya utama negara ini
berpanjang melebihi 800 km, mencapai sempadan Thai dari
Singapura. Rangkaian jalan di Semenanjung Malaysia adalah
berkualiti, sementara sistem jalan raya di Malaysia Timur kurang
maju. Cara pengangkutan utama di Semenanjung Malaysia
termasuk bas, kereta api dan kereta.

Terdapat dua jenis pengangkutan darat yang ada di Malaysia,iaitu
pengangkutan jalan raya dan pengangkutan rel.

Di kawasan kajian saya,penduduk hanya menggunakan
pengangkutan jalan raya,iaitu kereta, motosikal,lori, teksi dan bas.

CONTOH PENGANGKUTAN JALAN RAYA

Bas Motosikal Beca

Lori Basikal Kereta

CONTOH PENGANGKUTAN REL

Perkhidmatan Tren Elektrik Transit Aliran Ringan
(ETS) (LRT)

KLIA Ekspress/KLIA Transit Keretapi
(ERL)

MASALAH PENGANGKUTAN DARAT

Antara masalah pengangkutan darat yang dihadapi oleh
penduduk Kampung Tawang ialah,

(a) Pencemaran udara
Melalui pemerhatian saya, pengangkutan darat di kawasan
kajian telah menyebabkan pencemaran udara. Ini adalah kerana
bilangan kenderaan yang digunakan oleh penduduk terlalu
sesak. Kenderaan ini mengeluarkan asap yang banyak.
Pencemaran udara ini mungkin memberi kesan terhadap
kesihatan, keselamatan dan mendatangkan ketidakselesaan
kepada penduduk dan harta benda.

b) Sikap kebanyakkn pemandu yang cuai.
Berdasarkan temu bual dengan Encik Zahari Ibrahim, beliau
bersetuju bahawa, terdapat pemandu kereta yang memandu
secara berbahaya dan tidak berhati-hati, terutamany di

kawasan sekolah dan perumahan. Mereka memandu tanpa
mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan dan ada juga yang
tidak memakai topi keselamatan untuk yang bermotosikal.

c) Tiada lampu isyarat di persimpangan yg sibuk.
Melalui pemerhatian saya, tiada lampu isyarat di Kampung
Tawang. Persimpangan yang sibuk terlampau sesak terutamanya
jika terdapat kereta berhenti di gerai-gerai di tepi jalan raya untuk
membeli belah. Lebih-lebih lagi jalan di persimpanagan agak
sempit.

d) Kekurangan pengangkutan awam
Pengangkutan awam untuk ke bandar Kota Bharu yang ada di
Kampung Tawang adalah bas. Tetapi jadual perjalanan adalah amat
terhad. Ini menyebabkan penduduk yang tidak mempunyai
kenderaan sendiri terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan
perkhidmatan bas.

e) Jalan berlubang dan tidak rata
Banyak jalan berlubang dan tidak rata di sekitar Kampung
Tawang. Ini adalah berbahaya untuk penduduk dan boleh
menyebabkan kemalangan terutamanya waktu hujan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PENGANGKUTAN DARAT

Setelah mengkaji masalah-masalah pengangkutan jalan raya
yang ada di sekitar Kampung Tawang, saya mencadangkan
beberapa penambahbaikan untuk keselesaan penduduk di sini.
Antaranya ialah,

(a) Pencemaran udara yang berlaku boleh dielakkan jika
penduduk mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan
raya iaitu dengan cara berkongsi kenderaan. Ini juga dapat
mengurangkan gas karbon monoksida.

b) Persatuan penduduk Tawang perlu kerap mengadakan
kempen Pemanduan Berhemat kepada semua penduduk supaya
pemandu-pemandu mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap
keselamatan di jalan raya.

c) Saya mencadangkan agar Persatuan Penduduk memohon
lampu isyarat di persimpangan yang sibuk dan juga lampu isyarat
untuk melintas jalan di kawasan sekolah.

d) Perkhidmatan pengangkutan awam perlulah dijadualkan
dengan lebih kerap. Ini sekaligus dapat mengurangkan kesesakan
lalu lintas dan juga menyenangkan penduduk yang tidak
mempunya ikenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain. Pengangkutan awam juga dapat mengurangkan
kos kerana pengangkut awam lagi murah berbanding kenderaan
persendirian.

e) Masalah jalan berlubang dan tidak rata perlulah diusulkan
kepada Jabatan Kerja Raya secepat mungkin agar pihak
berkenaan dapat mengambil tindakan segera.

KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:

(a) Pemerhatian
Pemerhatian dibuat melalui tinjauan dan pemerhatian di
kawasan kajian. Saya menggunakan kaedah ini untuk
mengetahui jenis pengangkutan darat dan masalahnya di
kawasan kajian

(b) Temu bual
Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui
kepentingan pengangkutan darat di kawasan kajian.Selain
itu, kaedah ini digunakan untuk mengetahui masalah
pengangkutan awam dan cadangan mengurangkan
masalah pengangkutan awam.

(c) Rujukan
Rujukan buku dan Internet digunakan untuk mengetahui
konsep pengangkutan darat.

RUMUSAN

Kajian yang saya lakukan di kampung Tawang telah memberi
banyak pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna
kepada saya. Melalui kajian ini, saya berpeluang mengenalpasti
jenis pengangkutan dan masalah pengangkutan yang terdapat di
Kampung Tawang. Jenis pengangkutan yang digunakan oleh
penduduk Tawang ialah pengangkutan jalan raya iaitu kereta,
motosikal, van dan lori. Kajian ini juga membolehkan saya
mengetahui masalah penduduk tempatan dengan lebih
mendalam. Saya juga berpeluang berkomunikasi dengan
responden-responden untuk mempelajari cadangan-cadangan
penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap
pengangkutan di Kampung Tawang. Saya berharap semoga
sistem pengangkutan darat Kampung Tawang dapat
ditambahbaik dan memberi faedah jeoada semua penduduk
Kampung Tawang.

RUJUKAN

BUKU TEKS :
Buku teks tingkatan 2:
Kang Chai Yoeng, Zulkipli Bin Ismail, Rajanderan Subramaniam,
2017, BukuTeks Geografi Tingkatan 2, Joho, Percetakan IMS BOOKS
Trading Sdn. Bhd.

LAMAN WEB:
https://www.mot.gov.my/my/about/division-unit/logistic-and-
land-transport

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan

https://anyflip.com/hpvu/xdjv/basic

http://www.ideaterkini.com/contoh-kerja-kursus-geografi-sistem-
pengangkutan/

LAMPIRAN
(Borang Kaji Selidik)







Terima
Kasih


Click to View FlipBook Version