SINOPSIS NOVEL HEMPASAN OMBAK
(BAHASA MELAYU TINGKATAN 3)
Nama: Rain Amber Rony
Kelas: 3 Inquirer
Sekolah: SMK Pantai IBWS
Guru Subjek: Pn. Sa’adiah binti Bohari
BAB 1: WARISAN?
Farid Haji Badrul adalah seorang pemuda berumur 19 tahun yang menjadi warisan syarikat
perniagaan ayahnya selepas kematian beliau.Farid belum lagi bersedia untuk mewarisi
perniagaan tersebut tetapi tiada siapa yang boleh diharapkan.Ibunya,Hajah Zaoyah sudah
berumur 56 tahun.Kakaknya,Latifah sudah beranak lima manakala Lotfi,abangnya pula
telah hidup di atas kerusi roda lebih 10 tahun.Abangnya yang sulung,Farhan,maut dalam
kemalangan jalan raya pada tahun akhir pengajiannya,Kedua-dua adiknya,Hanisyah dan
Hisyam yang berumur 15 dan 12 tahun masih terlalu mentah untuk melaksanakan amanat
ayahnya.
Dengan pengetahuan yang sedikit mengenai perniagaan,mujurlah Tomsiah,kerani syarikat
yang sudah lebih 10 tahun,memberikan sokongan serta bantuan kepada Farid.Kak Tom
telah menjelaskan serba sedikit mengenai kedudukan hutang dan kewangan syarikat.Selain
itu,Kak Tom juga telah memberikan Farid nombor telefon seseorang yang dapat membantu
Farid dengan lebih mendalam mengenai bidang perniagaan.
BAB 2: MENGGAPAI AWAN
Punca kematian ayah Farid,Haji Badrul,dibangkitkan semula.Doktor memberitahu bahawa
ayahnya mengalami barah dalam perut serta mempunyai tekanan darah tinggi.Walaupun
ada yang berkata ayahnya “disantau” atau “dituju” yang “dibuat orang”,Farid tetap
menerima takdir Tuhan.Farid meyakinkan dirinya bahawa dia perlu mencari ilmu dan
sentiasa bersabar.Perniagaan batik ayahnya masih beroperasi seperti biasa tetapi ada
sebilangan ejen yang mengambil kesempatan tidak membayar hutang.
Beberapa orang batik tersenyum hormat apabila menyedar Farid menyusun langkah ke
dalam bangsal batik.Farid berbual-bual dengan salah satu pekerja batik,Pak Nik,mengenai
kuota pengeluaran yang dikecilkan kerana bekalan bahan mentah yang menghasilkan
bekalan batik semakin kurang.Bukan itu sahaja,batik keluaran mereka juga kurang laris
dipasaran.Pak Nik turut menasihati Farid bahawa dalam dunia perniagaan,terdapat
pelbagai wajah dan gelagat.
BAB 3: T IT IAN NIAGA
Pada suatu malam,Hajah Zaoyah dan keluarga makan malam bersama-sama.Mereka
bercerita tentang banyak perkara.Farid juga meluahkan masalah syarikat kepada ibu dan
abangnya.Farid berasa malu dengan diri sendiri kerana bangsa lain yang seusia dengannya
mampu mengendalikan perniagaan.Hajah Zaoyah dan Lotfi cuba membantu Farid dengan
memberikan kata-kata semangat dan cadangan untuk mengatasi masalah kewangan
syarikat ayahnya.
Ibunya sanggup menggadaikan barang kemas dan tanah mereka untuk menyelamatkan
syarikat kerana beliau tidak mahu syarikat suaminya dibubarkan.Lotfi bersetuju dengan
cadangan ibunya tetapi Farid tidak berfikir sedemikian.Dia takut bahawa hasil daripada
gadaian itu tidak akan mencukupi.Farid tidak boleh pejamkan matanya lalu berjaga
sehingga jam 3 pagi kerana dia asyik terfikir tentang cadangan ibunya.
BAB 4: AZAM USAHAWAN MUDA
Farid mempunyai idea untuk memperbesarkan ruang prospek industri batiknya.Pak Nik
bangga akan Farid kerana sifat kerja keras Haji Badrul yang ada padanya.Dia juga ingin
mencontohi kawan-kawannya,Abdul Kabeer yang mempunyai kedai kain kecil dan Chew
Teck Heng yang menjual mi.Kedua-dua pemuda ini berniaga secara kecil-kecilan tetapi
berjaya kerana berkat kesabaran dan kecekapan dalam bidang perniagaan.Semangat
kawan-kawannya itu menyebabkan Farid semakin yakin dengan industri batiknya.
Pada suatu hari,suatu mesyuarat kali pertama di bawah teraju baharu diadakan.Dalam
mesyuarat itu,Farid dan ahli-ahli mesyuarat lain membincangkan mengenai masalah kos
dan juga usaha meningkatkan kualiti batik.Farid telah menerima cadangan ibunya yang
sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk memulihkan masalah kewangan syarikat.
BAB 5: LANGKAH PERTAMA
Farid pergi ke Jalan Tok Lam untuk berjumpa dengan lelaki yang pernah bercakap
dengannya melalui telefon pada tempoh hari,iaitu Encik Mokhsein.Beliau amat tertarik
dengan sikap Farid,anak muda yang berjiwa besar,inovatif dan berpandangan jauh.Mereka
banyak membincangkan tentang ilmu perniagaan dan peluang serta penglibatan
bumiputera khususnya dalam DEB.Encik Mokhsein juga menceritakan tentang
hubungannya dengan Haji Badrul.Beliau pernah bekerja dengan ayah Farid lebih 10 tahun
di Syarikat Batik Nusantara.Beliau membantu Haji Badrul berdagang kain batik sekeliling
Malaysia bersama-sama dengan Lotfi.Ayah Farid juga banyak mengajar Encik Mokhsein
selok-belok dalam perniagaan ketika bekerja dengannya.
Pendapat beliau sama dengan Pak Nik bahawa masalah perniagaan batik adalah kerana
dikhianati oleh sesetengah syarikat lain.Oleh itu,Encik Mokhsein mencadangkan beberapa
idea yang baik kepada Farid untuk mengatasi pesaingan perusahaan batik yang lain.
BAB 6: ILHAM DARIPADA ZURAIDA
Pada suatu hari,Farid pergi ke kedai pakaian di stesen bas Jalan Banggol untuk berjumpa
dengan kawan lama.Zuraida,pemilik kedai itu terkejut dengan kedatangan Farid.Farid
sangat kagum akan kegigihan kawannya itu yang setelah 10 tahun mengusahakan
perniagaan.Sejak zaman persekolahan lagi,Zuraida membantu keluarganya mengusahakan
kedai pakaian mereka.Dia selalu mencuri-curi untuk belajar sementara menunggu
pelanggan datang membeli.Zuraida adalah seorang yang sangat merendahkan diri.Dia juga
mengatakan kepada Farid bahawa perniagaannya yang kecil di kaki lima itu tidak sehebat
perusahaan rakan sekelasnya.Walaupun sibuk melayan pelanggan-pelanggannya dengan
sabar dan manis,Zuraida tetap mempunyai masa untuk berbual-bual dengan Farid.
Farid memberitahu Kak Tom bahawa semalam dia berjumpa dengan Encik Mokhsein dan
hari ini pula dia berjumpa dengan Zuraida.Bagi pemuda itu,kedua-dua Zuraida dan Encik
Mokhsein merupakan usahawan yang gigih serta perlu dicontohi.
BAB 7: BATIK,CINTA
Farid telah berkunjung ke kedai Zuraida untuk mempelawa dia makan tengah hari di
Restoran Mail yang terletak di seberang Jalan Bonggol.Zuraida memuji kehebatan Farid
bahawa pelajar dari kelas tingkatan 5 Sastera 1 itu sudah berjaya menjadi tauke
muda.Farid memberitahu bahawa dia menghadapi masalah yang berat dan memerlukan
bantuan.Zuraida walaubagaimanapun,sedia untuk membantu Farid tanpa mengharapkan
balasan.Bekas rakan sekelasnya itu mencadangkan bahawa Farid menjual batik
keluarannya di kedai Zuraida.Farid juga menceritakan tentang syarikatnya yang tidak dapat
memusing modal kerana ada ejen yang tidak jujur dan liat membayar hutang selepas batik
dijual.Zuraida juga telah mencadangkan kepada Farid untuk memodenkan batik
keluarannya agar pasaran meluas serta mampu bersaing dan memenuhi cita rasa
pelanggan terkini.Selepas makan dan menuju balik ke kedai Zuraida,Farid dapat merasakan
terdapat suatu perasaan telah bertunas terhadap bekas rakan sekelasnnya itu.
BAB 8: CORAK BAHARU
Di pejabat,Farid asyik memikirkan mengenai corak baharu yang agak moden untuk
keluarannya.Kak Tom bersetuju dengan cadangan Farid supaya memodenkan batik
perusahaan.Farid kemudiannya bercadang untuk meminta pertolongan daripada Encik
Mokhsein bagi menilai dan memberikan pandangan tentang projek memodenkan
pengeluaran batiknya.Ketika berbincang dengan Encik Mokhsein,beliau telah memuji Farid
kerana dialah contoh usahawan yang hendak dilahirkan oleh DEB iaitu seorang yang
berdaya saing.Encik Mokhsein bersetuju dengan projek “Pembesaran Keupayaan
Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara” dilaksanakan
segera.Menurut beliau,anak muda itu masih muda tetapi berpotensi untuk berjaya dalam
perniagaan.Encik Mokhsein yakin bahawa projek Farid dapat menaikkan maruah bangsa
dan martabat industri kampung.Beliau juga berjanji akan membantu aspek pasaran agar
produk Farid tidak jatuh ke tangan ejen yang tidak bertanggungjawab.Selepas itu,Encik
Mokhsein selalu bertanyakan mengenai perkembangan projek Farid.
BAB 9: BATIK SUMBER REZEKI
Encik Mokhsein telah hadir ke majlis kenduri doa selamat sempena perasmian bangunan
bangsal batik moden dan bangsal tambahan untuk batik asli Syarikat Batik Nusantara di
Losong.Beliau juga telah menjadi perasmi majlis tersebut.Encik Mokhsein telah membawa
sepupunya,Hartini Noor menghadiri majlis perasmian itu.Beliau adalah seorang graduan
seni reka fabrik lepasan UiTM dan melanjutkan bidangnya di sebuah akademi seni tampak
di Australia.Zuraida berasa cemburu akan kehadiran Hartini Noor.Encik Mokhsein
memberikan cadangan kepada Farid untuk mengambil pekerja tempatan bagi
mengurangkan kos.Dengan bantuan Atan,drebar van syarikat,mereka berjaya
menyenaraikan nama tujuh orang pekerja batik moden.
Hartini Noor banyak menceritakan kepada Farid tentang kaedah,corak dan sejarah batik
asli (sarung) serta pengalamannya belajar.Farid yakin batik modennya mampu bersaing
dengan syarikat batik lain.Dia juga lupa akan janjinya kepada Zuraida untuk menjual batik
keluarannya di gerai kawannya itu.
BAB 10: MAAFKAN AKU,EDA
Zuraida terkejut apabila Farid muncul di gerainya pada pagi Sabtu.Dia tidak menyangka
Farid ada masa untuk berjumpa dengannya.Farid kurang senang dengan perasaan cemburu
Zuraida.Akhirnya,dia menjelaskan tentang Hartini Noor,bahawa beliau hanya bekerja
selama sebulan sahaja dan beliau juga telah bertunang serta umurnya adalah 25
tahun.Hartini Noor berjaya membimbing pekerja-pekerja kilang batik Farid dengan
baik.Kerja mencanting batik atas kain sutera yang dilakukan oleh beliau sangat halus.
Lain cerita,Farid telah mengajak Zuraida mengelilingi Semenanjung sebagai strategi
promosi.Antaranya adalah Kuantan,Kota Bharu,Johor Bahru,Seremban,Kuala Lumpur,Ipoh,
Seberang Perai dan Alor Setar.Farid mengajak Zuraida kerana dia yakin akan sifat semula
jadi keperempuannya.Petang itu,Zuraida pergi ke bengkel syarikat Farid kerana dia yang
mengundangnya.Zuraida juga terpukau melihat hasil kerja Hartini.Namun beliau
merendahkan dirinya dan tidak mahu dianggap sebagai primadona.
BAB 11: BARA DENDAM
Mukhtar marah kerana jualan batiknya semakin merosot.Pada mulanya,dia berpuas hati apabila
melihat perniagaan batik Haji Badrul musnah selepas kematian beliau.Namun Mukhtar amat
marah apabila mendapat tahu bahawa batik keluaran Syarikat Rajawali tidak berapa laku kerana
batik moden kini telah menjadi pujaan pengguna.Mukhtar menganggap Farid sebagai seorang
budak mentah yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah syarikat
arwah ayahnya.Bagaimanapun,dia mula berasa risau apabila tahu Farid pernah datang ke
pejabat Encik Mokhsein untuk meminta pertolongan daripada beliau.Dia juga risau kerana Farid
rapat dengan Zuraida,iaitu anak saudaranya.
Mukhtar datang ke gerai Zuraida dan memarahinya kerana menjual batik moden milik syarikat
musuhnya.Zuraida cuba untuk mempertahankan haknya tetapi Mukhtar mengugutnya bahawa
dia akan merobohkan gerai anak saudaranya itu.Farid pula telah mendapat surat daripada orang
yang tidak dikenalinya.Hal ini membimbangkan keluarga Farid tetapi dia tidak takut.Dia
menyedari bahawa ugutan dari surat itu adalah kerana cemburu dengan bengkel baharunya
yang berupaya meghasilkan corak batik moden.
BAB 12: SAMSENG
Sebelum pergi ke tempat kerja pada pagi itu,Farid mendapat panggilan daripada Zuraida.
Dia ingin berjumpa dengan Farid kerana ada perkara penting yang ingin Zuraida luahkan.
Dia memberitahu Farid bahawa ada orang mengugut gerainya akan dirobohkan sekiranya
menjual batik moden syarikat Farid.Oleh itu,Zuraida terpaksa menutup gerainya dan
mengajak Farid ke rumahnya untuk menceritakan tentang perkara penting tersebut.Ibu
Zuraida berharap agar Mukhtar tidak menggangu hubungan Zuraida dan Farid.Farid risau
dan rasa bersalah dengan segala cabaran yang Zuraida dan keluarganya harus tempuhi.
Manakala di bengkel Syarikat Batik Nusantara pula,Mahmood membuat kekacauan.Ini
adalah kerana Masri dan Azmi merupakan bekas pekerja Syarikat Rajawali yang telah
melarikan diri.Hartini Noor yang ketakutan dan tidak boleh berbuat apa-apa meminta
bantuan Pak Nik.Melihat Azmi diperlakukan kasar oleh Mahmood,Masri mencurahkan lilin
panas ke muka Mahmood untuk menolong Azmi.Setelah itu,Mahmood berjaya melarikan
diri dan hal ini telah dilaporkan kepada Farid.
BAB 13: API!
Kira-kira pada jam 2 pagi,Hajah Zaoyah dan keluarganya terjaga kerana berlaku kebakaran di
bangsal batik moden mereka.Farid berusaha memadamkan api tersebut menggunakan dua buah
alat pemadam api tetapi gagal.Jiran-jirannya turut membantu sebelum ketibaan pasukan
bomba.Farid berasa sangat sedih apabila melihat bangsal batik modennya yang tidak sampai
sebulan telah musnah dan sebahagian besarnya juga telah menjadi rangka. Siasatan mendapati
bahawa 75% harta benda musnah.Walaupun dalam kesedihan,Farid memberitahu abangnya
bahawa kebakaran bangsal batik moden itu ada kaitan dengan ugutan surat layang yang
diterimanya.Namun ibunya telah menyerahkan surat layang tersebut kepada Pak Nik untuk
dilaporkan kepada pihak polis kerana Farid masih mentah dalam hal-hal sebegini.
Keesokan harinya,kawasan kebakaran menjadi tumpuan.Pekerja-pekerja batik asli diarahkan
untuk bekerja seperti biasa manakala pekerja-pekerja batik moden dikehendaki membantu
kerja-kerja penyiasatan.Hartini Noor terkejut tetapi juga kagum akan ketenangan dan kesabaran
Farid.Pihak polis mengesahkan bahawa kebakaran tersebut mempunyai kaitan dengan surat
layang dan kekacauan oleh Mahmood.Inspektor Ruzman juga menjelaskan bahawa
Mukhtar,pemilik Syarikat Batik Rajawali adalah punca segalanya.
BAB 14: OMBAK
Mukhtar bin Yusof telah ditangkap polis atas tuduhan membakar bangunan bengkel batik
moden Farid.Dia didakwa mengupah tiga orang samseng yang kini masih bebas untuk
melakukan perbuatan itu.Menurut Encik Mokhsein,beliau juga telah menerima surat
ugutan daripada Mukhtar.Encik Mokhsein juga mempunyai suatu berita baik kepada Farid
bahawa butik di Singapura dan di Kuala Lumpur ingin melanggan batik moden
keluarannya.Selain itu,beliau akan mencarikan Farid peluang untuk mengadakan
pertunjukkan kesenian.Farid sangat terhutang budi kepada Hajah Zaoyah,Lotfi,Encik
Mokhsein,Kak Tomsiah,Pak Nik,Hartini Noor dan Zuraida kerana telah banyak membantu.
Mahkamah Rendah Kuala Terengganu mendapati bahawa Mukhtar bersalah dan akan
meringkuk dalam penjara selama tiga tahun di Marang.Farid bermimpi Mukhtar datang ke
rumahnya untuk meminta maaf dan insaf.Setelah itu,Encik Mokhsein datang untuk
mengajak Farid dan Zuraida ke majlis perkahwinan adik sepupunya,Hartini Noor di
Kuantan.
SINOPSIS KESELURUHAN
Farid Haji Badrul adalah seorang pemuda berumur 19 tahun.Dia telah menjadi warisan
syarikat perniagaan ayahnya,Syarikat Batik Nusantara selepas kematian beliau.Haji Badrul
meninggal dunia akibat barah dalam perut.Ibunya,Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan
tanggungjawab tersebut kepada Farid kerana anak-anaknya yang lain tidak mampu untuk
memikul tugas tersebut.Pelbagai onak,duri dan ranjau sanggup ditempuhi oleh Farid demi
meneruskan perniagaan batik kecil-kecilan,warisan harta pusaka peninggalan arwah
ayahnya.Antaranya adalah masalah hutang,masalah kewangan,batik keluaran kurang laris
serta dikhianati oleh syarikat lain.Sesungguhnya,kejayaan tidak datang bergolek.Dengan
sokongan keluarga,pekerja dan rakan memungkinkan hasil yang manis dapat dituai
akhirnya.
RUJUKAN
❖Novel Hempasan Ombak
❖Buku Rujukan