8.1 REALITI SOSIAL
SEJAGAT
( TAKRIFAN HARIAN & AUTORITI)
Konsep realiti sosial menggambarkan pengalaman hidup yang dilalui dan
diterima oleh pelbagai kumpulan dan strata berdasarkan kepentingan
peribadi dan norma hidup sejagat.Hal ini demikian kerana sosial ialah
suatu tingkah laku yang diterima oleh masyarakat menjadi sebuah
realiti.Realiti sosial yang ada dalam masyarakat Malaysia tidak terlepas
daripada realiti sosial yang berlaku di seluruh dunia kini.Realiti sosial
sejagat terbahagi kepada dua,iaitu
a)Realiti sosial yang ditentukan oleh pihak berkuasa,selalunya berasal dari
atas ke bawah atau sebagai takrifan autoriti
b)Realiti sosial yang lebih terbuka,iaitu realiti sosial yang dibentuk oleh
seseorang,sesebuah keluarga dan dalam kalangan komuniti untuk memenuhi
keperluan seharian masing-masing yang juga disebut sebagai takrifan harian
8.1.1 TAKRIFAN HARIAN
Takrifan harian ialah realiti sosial yang dialami oleh setiap orang dalam
kehidupan charian. Dalam erti lainnya, realiti sosial merupakan sesuatu
yang dicapai dan difahami oleh seseorang dalam apa jua perkara
dan menunjukkan cara seseorang individu menyelami dan
mengamalkan budaya mereka. Lazimnya, hal ini berkaitan dengan
pengalaman budaya individu atau kumpulan yang tidak tertakluk
pada undang-undang atau dasar kerajaan (Shamsul Amri, 2007).
Kebiasaannya, realiti sosial ini merangkumi pengalaman peribadi
seseorang yang melibatkan aktiviti atau amalan yang sering dilakukan
olehnya dalam kehidupan seharian yang tiada kaitan dengan dasar
kerajaan atau dipengaruhi oleh globalisasi. Dalam sukan contohnya,
aktiviti sosial ini dilakukan tanpa mengira bangsa, agama, umur serta
budaya dan semua orang atau kumpulan bersatu menyokong
pasukan yang mengambil bahagian
Umumnya, masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai
budaya dan adat resam masing-masing. Kepelbagaian ini
merupakan suatu keunikan kerana perbezaan ini
mewujudkan rasa saling menghormati antara satu sama lain.
Adat dan budaya yang rencam menunjukkan bahawa
Malaysia kaya dengan budaya dan tradisi yang masih kekal
sejak berzaman. Prinsip kepelbagaian ini perlu dihayati oleh
semua lapisan masyarakat bagi memastikan perpaduan dan
kehidupan harmoni dapat diwariskan kepada generasi masa
hadapan. Hal ini dapat mengurangkan jurang perbezaan
kaum jika dihayati dan dikongsi amalan tradisi dan adat
resam bersama.Kepelbagaian bangsa, agama dan
keturunan menyebabkan masyarakat saling memahami dan
bertolak ansur antara satu dengan yang lain. Sebahagian
budaya dan adat resam kaum terbesar di Malaysia adalah
seperti yang berikut:
BUDAYA MASYARAKAT MELAYU
KLASIFIKASI JENIS
PERAYAAN KEAGAMAAN Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha,
Nuzul al-Quran, Maulud Nabi dan Awal
MUZIK/TARIAN Muharam
ADAT PERKAHWINAN Wayang kulit, makyung, kuda kepang,
JENIS PAKAIAN menora, tarian gamelan dan zapi
MAKANAN TRADISIONAL
Merisik, bertunang, bersanding dan
menaiki pelamin
Baju kurung,baju kebaya dan baju
Melayu
Nasi lemak, baulu dan ketupat
BUDAYA MASYARAKAT CINA
KLASIFIKASI JENIS
PERAYAAN KEAGAMAAN Perayaan keagamaan Perayaan Tahun Baru
Cina, Chap Goh Mei, Ching Ming dan kuih bulan
MUZIK/TARIAN
PAKAIAN Opera Cina, tarian singa dan tarian naga
MAKANAN TRADISIONAL Samfu dan Ceongsam
Kuih Bakul, Yee Sang, Kuih Bulan
BUDAYA MASYARAKAT INDIA
KLASIFIKASI JENIS
PERAYAAN KEAGAMAAN Deepavali, Thaipusam. Pongga
MUZIK/TARIAN Tarian Kathak dan Bharatanatyam
PAKAIAN Sari, Lehenga Choli, Salwar Kameez,
Dhoti dan Kurta
MAKANAN TRADISIONAL Muruku, Thosai, Idli, RoganJosh
BUDAYA MASYARAKAT IBAN
KLASIFIKASI JENIS
PERAYAAN KEAGAMAAN
MUZIK/TARIAN PERAYAAN GAWAI
PAKAIAN
TARIAN NGAJAT
MAKANAN TRADISIONAL
KAIN
CAWAT,DANDONG,BIDANG,KELAMBI,
BEDONG
AYAM PANSUH
8.1.2 TAKRIFAN AUTORIT
Takrifan autoriti merujuk fenomena dan tingkah laku yang berkaitan dengan
sistem perundangan, protokol atau perlembagaan yang telah diinstitusikan
serta meniadi «truktur kuasa dominan dalam sesebuah negara. Takrifan ini kekal
dan tidak boleh diubah kerana takrifan autoriti ini berdasarkan dokumen dan
pihak berkuasa dalam masyarakat dan telah dipersetujui. Setiap perbuatan
masyarakat terikat dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat
kuasa. Segala tindakan yang dilakukan apabila melanggar undang-undang
dan peraturan boleh dikenakan hukuman mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.Setiap masyarakat menginginkan kehidupan yang tersusun dan
teratur. Oleh itu, setiap undang-undang yang disediakan bertujuan
menggalakkan ahli masyarakatnya hidup dengan mematuhi setiap peraturan
yang disediakan dan menjana kehidupan bersama dengan aman dan damai.
Takrifan autoriti yang tertinggi di Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan. Hal
ini bermakna, Perlembagaan Persekutuan merupakan kekuasaan tertinggi.
Sekiranya terdapat undang-undang di bawahnya yang dihasilkan dan
bertentangan dengan Perlembagaan, maka undang-undang ersebut terbatal
secara automatik.
Dalam Perlembagaan Malaysia, Artikel 160 menetapkan bahawa
orang Melayu mesti nenganut agama Islam, bertutur dalam bahasa
Melayu dan mengamalkan budaya dan adat resam Melayu.
Contoh lain dalam Perlembagaan Malaysia adalah seperti
Gagasan 1Malaysia. Gagasan Malaysia merupakan idea yang
dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, iaitu Dato' Sri Naib Tun
Razak untuk diguna pakai dalam pentadbiran negara. Pelbagai
kempen Malaysia telah dilaksanakan melalui media cetak atau
media elektronik. Tidak ketinggalan, media massa turut menyiarkan
sokongan, komentar dan kritikan terhadap gagasan 1Malaysia
yang diilhamkan oleh beliau tersebut. Segala perbincangan, tulisan,
analisis, penentangan, kritikan dan sokongan terhadap idea itu
termasuk dalam skop perbincangan tentang budaya yang bersifat
takrifan autoriti.
Dengan kata lain, perbincangan berlaku dalam ruang yang
ditentukan oleh definisi dan kerangka pihak berkuasa, iaitu
kerajaan. Perbincangan bersifat terbuka kerana sesiapa sahaja
boleh membincangkan gagasan tersebut dan menyuarakan
pendapat masing-masing. Namun begitu, dasar kerajaan telah
menetapkan sempadan yang perlu dipatuhi. Secara dasarnya,
gagasan Malaysia merupakan realiti sosial yang ditentukan oleh
pemerintah, iaitu golongan yang berkuasa.