The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU ATUR CARA JAMUAN AKHIR TAHUN 2022 02

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thezhar980, 2022-12-02 19:48:23

BUKU ATUR CARA JAMUAN AKHIR TAHUN 2022 02

BUKU ATUR CARA JAMUAN AKHIR TAHUN 2022 02

MESYUARAT KELAB GURU DAN
KAKITANGAN

JAMUAN AKHIR TAHUN 2022

1


1.0 PENGENALAN
Majlis Jamuan Makan Tahunan merupakan sambutan yang diadakan setiap akhir tahun bagi meraikan guru
– guru KTE Tunku Abdul Rahman Putra (KiSTARP). Ia merupakan program tahunan yang wajib
dijalankan untuk mengeratkan silaturahim sesama guru dalam komunikasi yang lebih santai dan tidak
formal. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan
seorang guru dan menambahkan ukhwah antara guru.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Agar dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru
2.2 Agar dapat meraikan kecemerlangan guru dalam bidang masing – masing
2.3 Membentangkan Pindaan Perlembagaan Kelab Guru & Kakitangan.

3.0 TARIKH
03 Disember 2022 di Hotel De’Palma, Kuala Selangor

4.0 SASARAN
Semua warga KiSTARP.

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn Hj Rahmat Bin Mardi

Timbalan Pengerusi : Pn. Hapijah Binti Marwi

Naib Pengerusi 1 : En. Abdullah Bin Ali

Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Rustan Effendie Bin Ismail

Setiausaha : En. Mohd Zairul Bin Saleh

Naib Setiausaha : En. Khairul Hadi Bin Saibani

Bendahari : Pn. Aniza Binti Mohtar

Ajk : Pn. Low Eyu Kim

: Encik Hj Izahar Bin Yahya

: Encik Izwan Bin Mohd Yusop

: Encik Tan Seng Cheng

: Pn. Farizah Binti Jailani

: Pn. Nor Rahmatol Ammah Binti Ridzuan

: Pn. Nelly Nor Aini Binti Yusuf

: Pn. Rashidah Binti Ali

2


6.0 TENTATIF PROGRAM

2.00 petang : Pendaftaran

2.30 petang : Mesyuarat Agung Kelab Guru Dan Kakitangan

Pembentangan Perlembagaan Kelab.

Pembentangan Kewangan kelab.

: Majlis Pembubaran Jawatan Kelab Guru 2020/2022

:Pemilihan AJK Kelab Guru 2022/2024

3.30 petang :Bacaan Doa

: Ucapan aluan pengerusi majlis

: Ucapan Tn Pengetua

: Pemotongan Kek Hari Lahir ( Julai. Ogos, Sep, Okt, Nov dan Dis)

:Jamuan bermula

6.00 petang : Bersurai

3


PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN KiSTARP (KGKKiSTARP)
KELAB GURU DAN KAKITANGAN (KGK)

KTE TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, JALAN KALABAKAN, 45200 SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL
EHSAN

PERLEMBAGAAN KELAB

PERKARA 1 : NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Kelab :
Kelab Guru dan Kakitangan
KTE TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
(selepas ini disebut KGKKiSTARP)

b. Alamat :
Kelab Guru dan Kakitangan
Kte Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Kalabakan, 45200 Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan

PERKARA 2 : MATLAMAT

Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja
di KiSTARP, lebih kondusif dan produktif.

PERKARA 3 : TUJUAN-TUJUAN KELAB

3.1 Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan staf sokongan dengan
syarat tiada “faedah” sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 boleh diberikan
kepada ahli-ahli atau tanggung ahli.

3.2 Untuk membantu dan menambah usaha Kistarp dalam memenuhi kehendak dan keperluan guru-guru
dan staf sokongan serta pekerja Kistarp.

3.3 Untuk membolehkan guru-guru dan staf sokongan serta pekerja Kistarp berinteraksi dalam suasana
sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan.

3.4 Untuk membentuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.

PERKARA 4 : FUNGSI KELAB

4.1 Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan tujuan kelab
yang dinyatakan dalam PERKARA 3, seperti :

4


4.1.1 Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan staf sokongan serta menjaga
kebajikan mereka.
4.1.2 Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan

hubungan antara guru-guru dan staf sokongan serta sekolah.

PERKARA 5 : KEAHLIAN
5.1 Terbuka kepada semua guru dan staf sokongan serta pekerja di Kistarp
5.2 Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik
5.3 Pengetua juga merupakan ahli kelab (Penasihat)
5.4 Ahli-ahli akan hilang kelayakan sebagai ahli jika :

5.4.1 Tidak lagi bertugas di Kistarp

PERKARA 6 : AHLI JAWATANKUASA
6.1 Kelab hendaklah diuruskan oleh satu jawatankuasa yang dilantik sebagai Jawatankuasa Kelab Guru

dan Kakitangan (selepas ini disebut Jawatankuasa KGK). Jawatankuasa KGK hendaklah dilantik oleh
ahli-ahli kelab dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
6.2 Ahli Jawatankuasa KGK hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan masih lagi berkhidmat

di Kistarp. Ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa
KGKT manakala ahli yang tidak dapat hadir juga boleh dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa
dengan nasihat dan persetujuan Penasihat Kelab.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri daripada :

6.5.1 Pengerusi
6.5.2 Naib Pengerusi
6.5.3 Setiausaha
6.5.4 Bendahari

5


6.5.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan dan bilangan keseluruhan perlulah
ganjil)

6.6 Tempoh memegang jawatan dalam jawatankuasa KGK adalah bermula dari tarikh pelantikan
sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatankuasa KGK yang telah di lantik sebelum itu
tidak boleh dilantik semula selama 5 tahun kehadapan.

6.7 Jawatankuasa KGK hanya boleh memegang jawatan bagi tempoh maksimum 2 sesi pemilihan
berturut-turut sahaja.

6.8 Pemilihan Jawatankuasa KGK hanya dibuat 2 tahun sekali atau jika ada keperluan.

PERKARA 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Fungsi Jawatankuasa KGK ialah mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat
keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar
umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa KGKT dan Mesyuarat
Agung Tahunan dan bertanggungjawab ata kesempurnaan semua mesyuarat.

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Bertanggungjawab atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang
tempoh berkhidmat.

7.1.4 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit
mesyuarat apabila telah diluluskan.

7.1.5 Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa-apa peraturan
dipatuhi oleh semua ahli kelab.

7.1.6 Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai
pengerusi.

7.1.7 Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan
sempurna dan teratur.

7.2 Naib Pengerusi

6


7.2.1 Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi
pengerusi.

7.2.2 Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan
pengerusi.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan
7.3.2 Melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat

jawatankuasa KGK.

7.3.3 Mencatat, menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa
KGK dan Mesyuarat Agung Tahunan.

7.3.4 Menyediakan laporan untuk dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan
serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.

7.3.5 Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab.

7.4 Bendahari

7.4.1 Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab
dengan menyediakan dan menyimpan laporan/rekod kewangan yang
dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

7.4.2 Menguruskan perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh
Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Jawatankuasa KGK.

7.4.3 Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli atau
sumber-sumber lain dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan.

7.4.4 Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang
daripada akuan kelab.

7.4.5 Menyediakan Laporan atau Penyata Kewangan untuk diaudit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung serta laporan-laporan yang berkaitan.

7.5 Ahli Jawatankuasa

7.5.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.

7.5.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7


7.5.3 Hadir dalam semua mesyuarat dan memberikan idea-idea untuk
menambahbaik kelab.

7.6 Pemeriksa Kira-Kira

7.6.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan dan
bertanggungjawab ke atasnya.

7.6.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERKARA 8 : KEWANGAN

8.1 Setiap ahli (guru) DIWAJIBKAN menjadi ahli dan WAJIB membayar yuran RM 100.00 sebagai yuran
tahunan.

8.2 Bagi kakitangan sokongan sekolah DIWAJIBKAN membayar yuran keahlian dengan bayaran
RM50.00 sebagai yuran tahunan.

8.3 Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasa
menyuarat agung tahunan.

8.4 Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti yang dipersetujui oleh 2/3 ahli semasa
mesyuarat agung tahunan.

8.5 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti memerlukan perbelanjaan besar boleh membuat
kutipan khas bagi membiayai aktiviti tersebut dengan persetujuan 2/3 ahli.

8.6 Semua pungutan/penyimpanan mestilah diserahkan kepada bendahari untuk dimasukan dalam
akaun KGK Kistarp yang akan disediakan oleh kelab.

8.7 Setiap pengeluaran wang dari akuan kelab KGK Kistarp perlulah mendapat 2 daripada 3 pemegang
amanah akaun kelab KGK Kistarp (Pengerusi/Naib Pengerusi/Bendahari).

8.8 Semua Kebajikan ahli adalah seperti Lampiran 1 (Sebarang perubahan dan penambahbaikan boleh
dilakukan dengan persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung diadakan.

8.9 Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan pada setiap tahun berakhir dalam Mesyuarat
Agung.

PERKARA 9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung.

9.2 Sekiranya tidak dapat hadir hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab / memaklumkan
kepada pengerusi / jawatankuasa kelab yang lain.

8


9.3 Ahli yang belum menjelaskan tunggakan yuran tahun sebelumnya tidak boleh menyertai semua
aktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun semasa.

PERKARA 10 : AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat ahli
jawatankuasa KGKT.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
10.3 Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli kecuali ahli-ahli seperti
yang dinyatakan dalam PERKARA 9 perenggan 9.3.

PERKARA 11 : PERLUCUTAN KEAHLIAN
11.1 Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau ketenteraman kelab boleh dipecat
oleh Jawatankuasa Kelab. Ahli yang dipecat berhak membuat rayuan kepada Lembaga Pentadbiran
Kelab dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat pemecatan dan untuk keputusan muktamad.

PERKARA 12 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli jawatankuasa KGK semasa
Mesyuarat Agung Tahunan.
12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa KGK dan ahli akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskan jika perlu.
12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah disahkan oleh pengerusi sebelum

dipamerkan.

PERKARA 13 : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
13.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum berakhir bulan Mac
tahun semasa.
13.2 Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihebahkan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya
TUJUH hari sebelum tarikh mesyuarat.
13.3 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :

9


13.3.1 Ucapan Pengerusi

13.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu.

13.3.3 Membentang dan menerima laporan kewangan/aktiviti.

13.3.4 Membahaskan perkara berbangkit.

13.3.5 Pemilihan Jawatankuasa KGK bagi tahun berkenaan.

13.3.6 Hal-hal lain.

13.3.7 Ucapan penangguhan

14.4 Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih calon-calon jawatan dalam jawatankuasa
KGK serta membincangkan serta memutuskan perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan kelab.
Pemilihan calon jawatan dibuat seperti berikut:

14.4.1 Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti yang dinyatakan dalam
PERKARA 6 perenggan 2 dan perenggan 3.

14.4.2 Setiap percalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong.

14.4.3 Pemilihan hendaklah dubat secara undian bagi jawatan yang dipertandingkan.

14.4.4 Calon yang mendapat undian terbanyak akan dipilih menjawat jawatan yang
dipertandingkan.

14.4.5 Mesyuarat Agung Luar Biasa (Khas) boleh diadakan :

a) Apabila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa KGK.

b) Atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada ¾ daripada jumlah
ahli biasa dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

14.6 Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam
tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu.

14.7 Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah diedarkan kepada
semua ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk
mesyuarat.

14.8 Perkara 15 dalam undang-undang ini berkenaan kuorum dan penangguhan Mesyuarat Agung
Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa tetapi dengan syarat jika kuorum
tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luar
Biasa.

10


PERKARA 15 : KUORUM
15.1 Kuorum mesyuarat adalah seperti yang berikut :

15.1.1 Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang ½ daripada jumlah bilangan
ahli jawatankuasa 2/3 ahli.
15.1.2 Kuorum Mesyuarat Jawatankuasa KGK hendaklah tidak kurang ½ daripada
jumlah bilangan ahli jawatankuasa KGK.
15.2 Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan maka mesyuarat
itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab dan jika ketetapan
kedua juga kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk
mesyuarat yang ditangguhkan itu maka mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang
Kelab atau membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli.

PERKARA 16 : PEMBUBARAN KELAB
16.1 Kelab akan dibubarkan pada Mesyuarat Agung terakhir bagi tahun semasa jika berlaku PERKARA 15

Perengggan 15.2.
16.2 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan

masalah yang tidak dapat diselesaikan seperti dalam PERKARA 15 Perenggan 15.2.

“BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT”

Disediakan oleh
Pengerusi
Kelab Guru dan Kakitangan
KTE Tunku Abdul Rahman Putra
45200 Sabak Bernam, Selangor.

11


LAMPIRAN 1

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN KTE TUNKU ABDUL
RAHMAN PUTRA, SABAK BERNAM.

(KEBAJIKAN AHLI)

Ahli bermaksud ahli yang membayar yuran KGK, suami/isteri, ibu bapa bermaksud ayah dan ibu
termasuk ibu dan ayah mertua, anak bermaksud anak yang dilahirkan sah mengikut undang-undang dan
anak angkat yang disahkan (tinggal bersama)akan mendapat manafaat seperti berikut :

BIL PERKARA
1 Khairat kematian dibuat secara kutipan kepada semua guru, kakitangan sokongan, ibu bapa, ibu bapa

mertua dan anak-anak. Pemberian wang tunai RM 100.00 daripada pihak KGK. Jika berlaku kematian ke
atas mana-mana individu yang disebutkan di atas.
(RM 100.00 + kutipan = nilai keseluruhan)
2 Sakit dan menyebabkan kemasukan ke wad (ahli sahaja) pemberian wang tunai sebanyak :
1-3 hari – RM 50.00 setahun sekali
4-6 hari – RM 70.00 setahun sekali
7 hari dan ke atas – RM 100.00 setahun sekali

3 Mendapat
3.1 Anak pertama di Kistarp – RM 50.00 (nilai barangan)
3.2 Cucu pertama di Kistarp – RM 50.00 (nilai barangan)

4 Bersara (wajib/pilihan) untuk ahli sahaja jika berkhidmat
Kurang < 10 tahun RM 150.00
Lebih > 10 tahun RM 200.00

5 Berpindah jika berkhidmat
Kurang < 10 tahun RM 50.00
Lebih > 10 tahun RM 100.00

6 Hadiah hari lahir – RM 10.00 berbentuk cendermata

Sebarang perubahan dan penambahbaikan dalam kebajikan ahli boleh dilakukan di dalam mesyuarat
agung dengan mendapat persetujuan 2/3 daripada ahli KGK Kistarp.

12


KELAB GURU DAN KAKITANGAN KISTARP
Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2021

ENDAPATAN/ PENERIMAAN RM PERBELANJAAN / PEMBAYARAN RM
Baki tahun 2020 2918.2 perbelanjaan persaraan Cikgu Hassan dan Cikgu Norleha 459.80
Yuran Guru Pati Chase 895.00
Yuran Staf 20840.00 Bayaran pskpp guru dan kakitangan 488.40
Keraian 1170.00 Cenderahati dan kek harijadi 1786.34
Perbelanjaan persaraan Cikgu Sofiuddin dan Cikgu Norma 2657.95
JUMLAH 500.00 Hadiah bersalin Cikgu Syahira 26.30
Perbelanjaan persaraan cikgu Yusuf dan Cikgu Mansor 2519.7
25428.2 Perbelanjaan persaraan cikgu Harun 1118.30
Perbelanjaan persaraan cikgu Norsiah 1831.72
Sumbangan kebajikan C. salina, C. Hadri, C. Zahurin, C. anuar 200.00
Hadiah hari guru 3904.00
Perbelanjaan persaraan Puan Habsah 2260.02
Makan malam bbq di Teluk Batik 3000.00
Cenderamata guru berpinda. C Jaafar, C. khairil & C. Amira 150.00
Pos hadiah perpindahan C. Amira 11.95
Pembelian kertas ucapan persaraan 128.2
Bayaran photobook Cikgu Norsiah dan Pn. Hapsah 98.20
Jumlah Perbelanjaan
Baki pada akhir tahun : Wang tunai di bank 21535.88
JUMLAH 3892.32
25428.2

13


KELAB GURU DAN KAKITANGAN KISTARP
Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 02 Disember 2022

PENDAPATAN/ PENERIMAAN RM PERBELANJAAN / PEMBAYARAN RM

BAKI TAHUN 2021 3892.4 Bayaran sarung tangan persaraan Cikgu Norhayati 10
Hadiah pindah Pn.Norhaliza, Pn. Norayuni, Pn. Zawiah, En. Zul 200
YURAN AHLI 10705 Photobook Pn. Norhayati dan Pn. Norlala 126
Kek hari guru 426
Wang keraian persaraan Cikgu Norhayati 500 Kad ucapan Cikgu Ahdah 18.75
Bayaran pos hadiah guru pindah
Sumbangan ikhlas 55.00 Buku program persaraan Cikgu Ahdah 24
Kek persaraan Cikgu Ahdah 29.6
JUMLAH 15152.4 ABC Hari raya dan hari guru 120
Kertas buku ucapan persaraan Cikgu Yunus 440
Backdrop dan banting persaraan Cikgu Yunus 11.3
Pinggan mangkuk program hari jadi
Sarapan pagi program hari jadi guru dan akp 75
Kek hari jadi jan-jun 84.3
Photobook Pn. Ahdah 600
Kek persaraan Cikgu Baharuddin 390
Hadiah hari jadi Guru dan AKP 82.9
Hadiah Hari Guru dan Hari Pekerja 150
Kebajikan C. Zakariah, C. Lizawati, C. Kamarudin, C. Hazrin 1417.5
Bayaran photobook C. Baharuddin 1417.5
Bayaran hi tea kgk 200
Hiasan pentas persaraan Ustazah Helmiah 107.6
Kek persaraan Ustazah Helmiah 6875
Bayaran pos photobook Uatazah Helmiah 300
Bayaran kos photobook Uatazah Helmiah 150

Jumlah Perbelanjaan 10
Baki pada akhir tahun : Wang tunai di bank 45
JUMLAH
13310.45
1841.95
15152.4

14


KELAB GURU DAN KAKITANGAN SESI 2021/2022

PENGERUSI : EN. MOHD ZAIRUL BIN SALEH
NAIB PENGERUSI : EN. KHAIRUL HADI BIN SAIBANI
SETIAUSAHA : PN. NELLY NOR AINI BINTI YUSUF
NAIB SETIAUSAHA : PN. NOR RAHMATOL AMMAH BINTI RIDZUAN
BENDAHARI : PN. ANIZA BINTI MOHTAR
NAIB BENDAHARI : ENCIK IZWAN BIN MOHD YUSOP
AJK : PN. LOW EYU KIM
: ENCIK HJ IZAHAR BIN YAHYA
: ENCIK TAN SENG CHENG
: PN. FARIZAH BINTI JAILANI
: PN. RASHIDAH BINTI ALI

KELAB GURU DAN KAKITANGAN SESI 2023/2024

PENGERUSI : ………………………………………………………………………………………..
NAIB PENGERUSI : ……………………………………………………………………………………….
SETIAUSAHA : ..................................................................................................
NAIB SETIAUSAHA : ...................................................................................................
BENDAHARI : ...................................................................................................
NAIB BENDAHARI : ...................................................................................................
AJK : ...................................................................................................
: ...................................................................................................
: ...................................................................................................
: ...................................................................................................
: ...................................................................................................
:....................................................................................................
: ...................................................................................................

15


This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA

16


Click to View FlipBook Version