PELAN OPERASI LATIHAN
2019
SEKOLAH KEBANGSAAN
LENGKUAS
06200 ALOR SETAR,KEDAH DARUL AMAN
1
PELAN OPERASI LATIHAN (POL)
SEKOLAH KEBANGSAAN LENGKUAS
1. PENGENALAN
Selaras dengan Pekeliling Pekhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (Dasar
Latihan Sumber Manusia Unit Awam), Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 2005 ( Pelaksanaan Pelan Latihan Sumber Manusia Unit
Awam) dan Surat Pekeliling KPM (Dasar Latihan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia), setiap anggota perkhidmatan di
Sekolah Kebangsaan Lengkuas perlu dilengkapi dengan sikap (attitude),
kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian
melalui program latihan yang terancang dan pembelajaran yang
berterusan. Dasar ini telah menetapkan setiap anggota perkhidmatan
awam perlu mengikuti kursus sekurang-kurangnya lima (5) hari setahun.
Dasar Latihan ini mampu dijadikan satu mekanisme penilaian bagi tujuan
penilaian prestasi, kenaikan pangkat, melanjutkan pelajaran dan
pengurusan pelapis kepimpinan.
2
2. DEFINISI
2.1 Bagi maksud Pelan Operasi Latihan Sekolah Kebangsaan Lengkuas
(SKL) ini,
i. ”Struktur Latihan” merujuk kepada peringkat-peringkat latihan yang
perlu diikuti oleh guru dan staff SKL
ii. ”Peringkat” merujuk kepada tahap-tahap latihan yang boleh diikuti
oleh guru dan staff SKL.
iii. ”Standard Umum” merujuk kepada tahap pencapaian yang
ditetapkan oleh guru dan staff SKL dan
iv. ”Institusi Latihan Awam” merujuk kepada Institut Aminuddin Baki
(IAB), Institut-institut latihan lain yang diwujudkan di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat, Bahagian, Pejabat
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap,
Institut-institut latihan awam tempatan yang lain yang
menjalankan kursus-kursus bagi anggota Kementerian Pendidikan
Malaysia.
3
3. LATAR BELAKANG PEJABAT
Sekolah Kebangsaan Lengkuas beralamat di Kepala Batas, 06200 Alor
Setar, Kedah ini diterajui oleh Cg Wan Zainah binti Wan Nawawi.
Di bawah pentadbiran sekolah ini, terdapat 18 orang Guru dan 5
orang staf sokongan seperti berikut:
BIL NAMA
Guru
1 WAN ZAINAH BINTI WAN NANAWI (GURU BESAR)
2 MOHAMAD BASRI BIN MOHD BASIR (PKT)
3 ISHAK BIN AHMAD (PK HEM)
4 RAFIAH BINTI OMAR (PK KOKU)
5 RODZIAH BINTI SALLEH
6 ZANARIAH BINTI YAHYA
7 NORLAILA BINTI SAIDIN
8 NORLIS BINTI AZIZAN
9 FATIMAH BINTI HUSSAIN
10 KHAIRIYAH BINTI ABDUL HALIM
11 ROHANI BINTI MD NOOR
12 HABISHAH BINTI CHE ANI @ MAT
13 JUNAINAH BINTI KASSIM
14 DAYANG NORA BINTI AWANG NOH
15 NOOR SAKINAH BINTI KAMIS
16 ISWARDI BIN ISMAIL
17 FAUZE BIN ISHAK
18 MOHD KHAIRY BIN AWANG KECHIK
Staf Sokongan
19 MOHD KHAIR BIN HAMID
20 EZYANTI MONA BINTI YAACOB
21 ZURINA BINTI SHA’ARY
22 SHARINA BINTI HASSAN
23 LUDIN BIN AWANG KECHIK
4
4. VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
5. MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkuaiti untuk Membangunkan
Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
6. OBJEKTIF SEKOLAH KEBANGSAAN LENGKUAS
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan
potensi individu bagi memenangi aspirasi negara.
8. OBJEKTIF LATIHAN
8.1. Latihan adalah diperlukan untuk membentuk sumber manusia di SKL
yang berprestasi tinggi dan cemerlang bagi memenuhi keperluan
perkhidmatan pendidikan. Sehubungan dengan itu, SKL telah
menggariskan beberapa objektif latihan sebagaimana berikut:
i) menyediakan anggota SKL yang berkelayakan, berkebolehan
dan berkompetensi;
ii) mencapai hasil kerja yang berkualiti/ bermutu tinggi;
iii) meningkatkan kompetensi dan produktiviti;
iv) membentuk nilai-nilai murni dan sikap positif;
v) mewujudkan nilai cipta (value creation) dan nilai tambah (value
added) di SKL dan
vi) menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya anggota SKL.
5
9. STRATEGI LATIHAN
9.1 Strategi latihan adalah seperti berikut:
9.1.1 Mengenalpasti kepeluan latihan dengan menjalankan analisis
keperluan latihan (Training Needs Analysis / TNA)
9.1.2 Memberi keutamaan kepada program-program latihan yang
memberi kesan secara langsung ke atas output atau
produktiviti anggota.
9.1.3 Mendapatkan peruntukan yang mencukupi bagi
menjalankan program-program latihan bagi anggota di
bawah pejabat.
9.1.4 Memberi peluang anggota mendapatkan atau memilih
latihan / kursus yang dianjurkan oleh pihak luar; dan
9.1.5 Membuat penilaian ke atas program-program latihan / kursus
yang dijalankan (dalaman atau luar).
10. PELAKSANAAN LATIHAN
10.1 Analisis Keperluan Latihan (TNA)
10.1.1 Keperluan latihan boleh dibahagikan kepada lima peringkat
iaitu:
a. Peringkat Awal Penempatan (Tahap Pendedahan Kompetensi);
b. Peringkat Asas (Tahap Penerapan Kompetensi);
6
c. Peringkat Pertengahan (Tahap Pembangunan dan
Peningkatan Kompetensi);
d. Peringkat Lanjutan (Tahap Pengukuhan Kompetensi; dan
e. Peringkat Peralihan (Tahap Peralihan Kerjaya)
10.1.2 Bidang-bidang Kursus
a. Kumpulan Pengurusan dan Profesional (DGA32-DG54)
i. Kepimpinan dan pengurusan;
ii. Pengurusan Kewangan
iii. Kemahiran Komunikasi
iv. Teknologi Maklumat;
v. Team Building dan Kecergasan
vi. Pengurusan Stress.
vii. Keselamatan Perlindungan
viii. Pengurusan Integriti
b. Kumpulan Pelaksana(Gred 1-27)
i. Motivasi Diri
ii. Pengurusan Kewangan;
iii. Kemahiran Komunikasi
iv. Teknologi Maklumat
v. Team Building dan Kecergasan.
vi. Pengurusan Aset
vii. Pengurusan Stress
7
viii. Keselamatan Perlindungan
ix. Pengurusan Integriti
Pemilihan / penetapan kursus yang sebenarnya adalah berasaskan
kepada Borang Matrik Kompetens/TNA Pegawai dan Staf Sokongan
(MS ISO 9001:2008) yang diedarkan pada awal tahun.
10.2 Metodologi Latihan.
10.2.1 Latihan yang dijalankan akan menggunakan kaedah yang
selaras dengan program pembangunan modal insan iaitu
secara:
a. Anjuran KPM / anjuran bersama dengan agensi lain akan
dibuat dengan menggunakan pendekatan:
i. kuliah termasuk ceramah (classroom method);
ii. seminar / bengkel;
iii. lawatan sambil belajar;
iv. program sangkutan;
b. Penyertaan program kursus, latihan, seminar, bengkel
anjuran agensi kerajaan yang lain; dan
c. Program yang dibeli (outsourced) daripada pihak swasta.
10.3 Tempoh Kursus
10.3.1 Anjuran Sekolah.
a. Kursus – akan diadakan maksimum tiga (3) hari tertakluk
kepada kesesuaian sesuatu bidang kursus;
b. Bengkel – akan diadakan maksimum dua (2) hari
8
c. Program lawatan dan sangkutan – mengikut kesesuaian
tempoh waktu yang diperlukan.
10.3.2 Anjuran PPD, JPN dan Swasta
Tertakluk kepada jumlah hari yang ditentukan oleh pihak
penganjur.
10.4 Tempat Kursus
10.4.1 Kursus / taklimat / latihan yang dianjurkan oleh PPD akan
diadakan sama ada di:
a. Makmal ICT sekolah.
b. Pusat-pusat latihan milik agensi lain di bawah KPM
i. Pejabat Pendidikan Kota Setar
ii. Jabatabn Pendidikan Negeri
iii. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
d. Pusat-pusat latihan milik agensi kerajaan yang lain
i. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
ii. Institut Pengajian Tinggi Tempatan
e. Lokasi milik swasta seperti hotel dan lain-lain.
Pemilihan tempat kursus adalah mengikut kesesuaian sesuatu
program yang dilaksanakan.
10.5 Kumpulan Sasaran
10.5.1 Kumpulan sasaran kursus-kursus yang disediakan mengikut
angka adalah berdasarkan perjawatan seperti berikut:
9
a. Kumpulan Pengurusan & Profesional – 18 orang.
b. Kumpulan Pelaksana – 5 orang.
11. PERANCANGAN LATIHAN
11.1 Perancangan Latihan tahunan SKL adalah dikhusus kepada bidang-
bidang tertentu sebagai pelengkap kerana pihak induk iaitu
Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia juga
menganjurkan pelbagai kursus bagi pegawai dan kakitangan
sokongan. Di samping itu juga peserta-peserta dihantar untuk
mengikuti kursus anjuran Institut Aminudin Baki, Institut Perguruan,
INTAN, JPA dan agensi-agensi luar.
11.2 Pelaksanaan Latihan
11.2.1. Program latihan akan dijalankan seperti berikut:
Kumpulan Pegawai dan Staf Sokongan di PPD
BIDANG KURSUS PELAKSANAAN
DALAM SETAHUN
1 kali
Taklimat Pengurusan EPSA
2 kali
Kursus Pedagogi Abad ke 21
1 kali
Perkongsian Ilmu Pendidkan Murid Alaf baru
Kursus Aplikasi ICT Dalam Pengurusan 2 kali
Pendidikant
3 kali
Bengkel Pengurusan PBS
3 kali
Bengkel Pengurusan SKPMg2
2 kali
Kursus Peningkatan Profesionalisme Warga SKL
* Bergantung kepada kelulusan peruntukan kewangan
10
JADUAL PELAKSANAAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
BIL BULAN / LATIHAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DEC
1. Taklimat TNA POL 2019
2. Taklimat Pengurusan EPSA
Kursus Pedagogi berkesan bagi
2.
guru – PAK 21 siri
Perkongsian ilmu aplikasi
3. pedagogi terkini mengikut
kecerdasan murid – PAK 21 siri 2
4. Bengkel Pengurusan SKPMg2
Taklimat Pegawai Kejohanan
5.
Balapan dan Padang SKKG
Kursus Peningkatan
6.
Profesionalisme Warga SKKG
6. Bengkel Aplikasi ICT dalam PdP
7. PLC Semua Panitia
8. Bengkel Pengurusan PBS
11
12. PENILAIAN DAN PEMANTAUAN
12.1 Satu kajian semula yang berkesan oleh pihak pengurusan terhadap
POL SKL hendaklah dilakukan secara berterusan. Kajian semula dan
penilaian suku/ setengah tahunan akan bertindak sebagai asas
untuk mengenalpasti masalah secara lebih mendalam dan
kemajuan semasa yang dicapai. Sebarang masalah besar yang
dihadapi akan dikaji dengan teliti memandangkan ia memerlukan
satu set tindakan pembetulan yang komprehensif untuk
meningkatkan prestasi dengan sokongan semua Pejabat/
Bahagian/ Agensi di bawah KPM. Perkara-perkara utama untuk
dinilai dan dikawal adalah aspek-aspek berikut:
12.1.1 Peruntukan kewangan yang mencukupi
12.1.2 Tenaga kerja yang mencukupi – taburan dan pembahagian
tugas;
12.1.3 Pembangunan tenaga kerja – sistem berasaskan prestasi
bagi penganugerahan, latihan dan kenaikan pangkat;
12.1.4 Peralatan teknologi dan kelengkapan yang terkini serta
mencukupi;
12.1.5 Kesan ketara dalam organisasi seperti pengurangan kos.
12
12.2 Apabila perancangan latihan telah dilaksanakan, penilaian perlu
dilakukan bagi mengetahui keberkesanan program latihan dan
pembangunan yang telah dijalankan. Antara cara penilaian yang
boleh dilakukan ialah melalui cara-cara berikut:
12.2.1 Menilai hasil kerja selepas latihan; dan
12.2.2 Penilaian prestasi
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:
................................................. ...........................................
DAYANG NORA BT AWANG NOH WAN ZAINAH BINTI WAN NAWAWI
SETIAUSAHA LDP SKL GURU BESAR SKL
13