The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7866262, 2022-07-29 07:48:49

NURUL SYAFIQAH BT. MOHAMAD ALI PENCALONAN NILAM

NURUL SYAFIQAH PENCALONAN NILAM

tikar mengkuang yang dianyam sendiri olehnya. Zabedah melihat dirinya yang
tersenyum dengan tatapan yang penuh tanda tanya. Adakah Maimunah tidak terasa
hati dengan apa yang dikatakan olehnya sebentar tadi?

“Sesungguhnya harta itu tidak sepenting ilmu yang telah aku berikan kepada
anakku. Dan aku juga bukanlah dahan yang patah. Tidak akan kubiarkan anakku
jatuh ke lubang yang tidak berpenghujung tanpa sebarang pegangan yang kukuh.
Cuba kau fikirkan, jika kita hanya meninggalkan anak-anak kita dengan harta yang
terus melimpah ruah adakah mereka akan mengetahui kesusahan yang kita lalui
untuk sampai ke tahap ini? Dan tanpa kau sedari mereka akan terus hidup dalam
kesombongan dan kebodohan sepanjang hayat.”

Zabedah terkesima dan terus terdiam seribu bahasa. Ada betulnya kata Maimunah.
Jika seseorang itu terus hidup dalam kesenangan tanpa melihat dan memikirkan
tentang kesusahan hidup orang lain, lama-kelamaan mereka akan terus hidup dalam
keadaan takbur dan bongkak. Tidak pernah terlintas di akal fikran Maimunah untuk
menyakitkan hati sesiapa, apatah lagi menyindir Zabedah tetapi itulah apa yang
dirinya lihat sejak kecil sehingga kini.

Beribu pesanan diberi kepada anaknya, sama sahaja dengan pesanan yang selama
ini diberi oleh arwah suaminya kepada anak mereka. Dan pesanan itulah yang
diulang-ulang sehingga sekarang kepada anaknya. Tidak pernah sehari pun dia
tidak berpesan kepada anak lelakinya itu untuk menjaga adab dan tutur bicara agar
menjadi seorang yang layak dihormati pada masa hadapan kelak.

“Jaga diri di negara orang. Jangan berbuat sesuka hati dan jadilah orang yang
sentiasa merendah diri tak kiralah di mana kita berdiri. Jika belajar sehingga ke
hujung dunia sekalipun jika kita tidak berbudi dan beradab, tidakkah kita sama
sahaja dengan mereka yang sombong dan takbur?” pesannya sekali lagi sambil
memasukkan barang-barang keperluan anaknya ke dalam beg bersaiz besar.

Danial hanya tersenyum melihat tingkah ibunya yang sama sekali tidak berubah.
Sejak umurnya 5 tahun sehingga umurnya yang sudah mencecah 20, pesanan itu
tidak berubah dan diulang-ulang sentiasa oleh ibunya. Danial tidak pernah
melupakan ajaran, pesanan atau nasihat yang diberikan oleh ibunya. Sepanjang
dirinya berada di luar negara, ibunyalah yang menjadi penyemangat di pagi hari
sehinggalah dirinya tertidur pada malam yang bertemankan bunyi kenderaan yang
tidak pernah berhenti di jalan dan bukanlah bunyi cengkerek yang selalu menjadi
peneman di malam harinya.

Sewaktu kali pertama dirinya menjejakkan kaki di bumi Itali ini, terasa budaya dan
suasana di sana amat berbeza dengan suasana dan budaya di bumi Malaysia tanah
tumpah darahnya. Rakan-rakannya di sana tidak pernah menyindir atau
memperkatakan dirinya dengan panggilan yang bukan-bukan, malah mereka lebih
ramah dan baik hati serta prihatin berbanding rakan-rakannya di kampung halaman.
Pada mulanya agak sukar untuk dirinya membiasakan diri dengan suasana di Itali
yang sentiasa bertukar musim, tetapi lama kelamaan dirinya sudah dapat
membiasakan diri dengan suasana dan persekitaran yang baru ini. Tetapi meskipun
dia telah serasi dengan kehidupan di Itali dan dirinya sudah mencipta pelbagai
memori yang indah bersama rakan-rakan barunya, namun dia masih lagi merindui
saat-saat manis bersama ibunya di kampung halaman. Bak kata pepatah, hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Danial duduk di dalam pesawat sambil melihat-lihat album gambar dirinya bersama
ibu tercinta. Dia tersenyum bahagia apabila mengimbau kisah-kisah dan memorinya
silam zaman kanak-kanaknya membesar bersama ibunya. Sudah lama dirinya tidak
pulang ke kampung tumpah darahnya. Sudah lama dirinya tidak dapat menikmati
masakan-masakan ibunya yang menyelerakan sehingga dirinya sudah terlupa
bagaimana rasa dan rupa masakan ibunya,ya allah ya tuhanku apakah aku masih
berpeluang untuk merasainya? fikir danial di dalam hati, Apakah ibunya sedang
memasak masakan kegemarannya gulai tempoyak ikan patin,fikir danial lagi? Tanpa
disedari dirinya sudah jauh dibuai mimpi indah sambil tangannya memeluk erat

album kenangan dan kini membawa rindunya kepada ibu tercinta ke mimpi
indahnya.

Maimunah tidak senang duduk semasa memasak ,gulai ikan patin kegemaran anak
tersayang telah siap di dapur. Matanya tidak lekang melihat-lihat jam besar yang
tergantung indah di dinding rumahnya sambil menyiapkan hidangan kegemaran
anaknya ,Maimunah tidak dapat menahan sabar untuk menyambut kepulangan anak
lelaki kesayangannya. Si comel hanya melihat gelagat tuannya dengan bermacam-
macam persoalan bermain di fikiran. Jarang untuk tuannya itu memperlihatkan rasa
cemas dan panik, namun ternyata Maimunah kelihatan amat teruja dan tidak
berhenti tersenyum meskipun jelas terpampang di wajah tua itu seribu keletihan.

Selepas memasak, tubuh tua itu tidak terus pergi berehat, malah terus bergerak ke
bilik Danial dan menyiapkan segala keperluan agar anak kesayangannya dapat tidur
dengan nyaman dan selesa. Rumah Maimunah yang biasanya sunyi sepi kini bising
dengan bunyi periuk belanga , pinggan mangkuk dan pencuci hampagas dan jiran-
jirannya sudah dapat meneka bahawa anak kesayangan Maimunah akan pulang ke
kampung halaman pada hari ini.

Selepas hampir sejam mengemas rumah dan menyiapkan bilik tidur anak
kesayangannya, Maimunah duduk di ruang tamu sambil mengusap-usap bulu si
comel yang terbaring di riba. Matanya masih lagi melirik jam di dinding dan melihat-
lihat telefon pintarnya sambil berfikir adakah anak lelakinya itu telah pun selamat
menjejakkan kaki di bumi tumpah darahnya atau adakah dia masih lagi berada di
dalam pesawat. Tangan tua itu memegang telefonnya dengan erat seperti tidak ingin
melepaskan pegangannya kerana dirinya risau terlepas pesanan atau panggilan dari
anak kesayangannya itu.

Tidak lama selepas itu kedengaran bunyi enjen kereta memasuki pekarangan rumah
miliknya. Dengan perlahan Maimunah bangun dari posisi duduknya lalu bergerak ke

pintu dan dikejutkan dengan anaknya yang berdiri dimuka pintu sambil tangan
terdepa luas tersedia untuk memeluk tubuh ibu yang selama ini dirinduinya, bau
harum yang hampir setiap pagi memeluknya sewaktu bangun untuk ke sekolah
hampir sahaja di lupakan . Perlahan-lahan air mata Maimunah mengalir laju
menuruni pipi tuanya dan tidak tergambar di fikiran Maimunah yang dia masih lagi di
beri peluang merasa pelukan anak kesayanagnnya itu, terukir senyuman manis di
wajah tua itu. Danial tahu air mata di wajah ibunya adalah air mata kegembiraan
kerana di dalam dirinya ternyata mempunyai rasa yang sama.

Sebelum Maimunah dapat menyatakan kerinduannya , anaknya sudah pun memeluk
erat tubuh kecilnya itu seakan-akan tidak mahu melepaskannya lagi. Maimunah
hanya tersenyum apabila mendengar tangisan anak lelakinya yang sudah lama tidak
didengari. Kali terakhir dirinya melihat Danial menangis ialah sewaktu anaknya itu
ingin menaiki pesawat untuk melanjutkan pelajarannya tiga tahun lalu. Namun kini
anak lelakinya sudah ada di hadapannya, memeluk dirinya dengan erat. Maimunah
mengusap perlahan belakang anaknya, cuba untuk menenangkan hati anak
lelakinya yang masih lagi tersedu-sedan di bahunya.

“Danial lapar?” soal Maimunah laju , “Bonda sudah menyiapkan makanan. Mari ke
dapur, ceritakan pada bonda segalanya.” Pujuk Maimunah dengan perlahan sambil
meneruskan usapan lembutnya di kepala dan bahu Danial. Bahunya terasa basah
dengan air mata anaknya.

Danial hanya mengangguk kepalanya, mengelakkan pandangan mata dengan
ibunya, malu dengan keadaannya yang masih lagi menangis di bahu ibunya
sedangkan sepanjang perjalanannya dari lapangan terbang hingga ke kampungnya
dirinya sudah pun berjanji untuk tidak mengalirkan walau setitik pun air mata di
hadapan ibunya yang tercinta.

Dengan langkah yang ringan dan penuh dengan bicara lembut serta suara Danial
yang masih serak kesan daripada tangisannya tadi kedua anak beranak itu
bersembang dengan penuh khusyuk menuju ke dapur untuk mengisi perut anak
lelakinya yang sudah kelihatan lebih kurus berbanding dengan sebelumnya. Sudah
menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan bahawa anaknya makan dengan
cukup semasa berada di sini bersamanya sepanjang bulan.

Rumah yang senyap sunyi itu kini sudah dipenuhi dengan gelak tawa dan cerita-
cerita yang mencuit hati dan menyentuh perasaan dua beranak itu. Kini Maimunah
berasa kehidupannya sudah lengkap sepenuhya. Baginya bukanlah wang atau harta
yang melambangkan kebahagian sesebuah keluarga, baginya kebahagiaan yang
sebenar hadir apabila setiap ahli keluarga dapat berkumpul dan berjumpa, walaupun
hanya seketika untuk melepaskan rindu dan berkongsi kisah suka dan duka mereka.
Itulah kebahagiaan yang Maimunah sudah lama kecapi sebelum ini, meskipun suami
tercinta sudah kembali ke rahmatullah dia masih mempunyai anak lelakinya disisinya
dan itulah yang paling penting baginya.

Rukun Negara Amalan Rakyat Malaysia
OLEH : Nurul Syafiqah Binti Mohamad Ali

Salam mesra pembuka kata,
Salam sejahtera bersulam indah,
Buat hadirin pendengar bicara,
Lantunan pidato saya persembah.

Izinkan saya memulakan pidato saya dengan lafaz bismilahirahmanirahim ,
assalamualaikum wbt , salam sejahtera dan salam satu malaysia .
Tuan pengerusi majlis yang saya hormati,kombinasi kehakiman yang berintergriti
dan seterusnya sidang hadirin yang dikasihi.

“Rukun Negara Amalan Rakyat Malaysia.”, itulah tajuk pidato yang akan saya
persembahkan pada pertemuan kita kali ini.

Kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran
perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan. Inilah
lima prinsip rukun negara yang wajib diketahui dan diamalkan oleh seluruh rakyat
Malaysia. Prinsip rukun negara yang di wujudkan berdasarkan acuan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama .

Hadirin hadirat yang saya hormati,

Memetik kata-kata mantan perdana menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul
Razak rahsia kesempurnaan rukun negara adalah terletak pada amalannya, tanpa
amalan rukun negara cuma akan menjadi secebis dokumen yang tiada makna.

Tuan-tuan dan puan-puan ,
Tahukah anda ? Rukun negara terbentuk daripada peristiwa 13 mei 1969 dimana
pada waktu itu berlakunya rusuhan kaum di negara kita. Hasil perbincangan
bersama oleh Majlis Gerakan Negara dan Tun Abdul Razak setahun selepas
kejadian tersebut, maka terbentuklah Rukun Negara yang menjadi amalan kita pada
hari ini. Menurut Tun Abdul Razak rukun negara bukan sahaja perlu difahami oleh
rakyat malah perlu di amalkan agar setiap kalimat-kalimat rukun negara itu menjadi

darah daging di dalam diri setiap rakyat maka itu izinkan saya menghuraikan satu
persatu di dalam hujah-hujah saya sebentar lagi.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Disini saya rungkaikan setiap satu prinsip rukun negara yang perlu kita fahami
sebagai warganegara Malaysia .pertama prinsip kepercayaan kepada tuhan ,Albert
Einstein pernah berkata agama tanpa ilmu itu lumpuh , ilmu tanpa agama itu buta .
Maka terbukti la bahawa agama itu adalah segala galanya , tanpa agama maka
runtuh la keperibadian seseorang ,bangsa dan juga negara. Agama islam adalah
agama rasmi persekutuan tetapi agama dan kepercayaan lain bebas diamalkan di
negara kita ,ini membuktikan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang
bertoleransi.

Kedua kesetiaan kepada raja dan negara. Raja adalah lambang perpaduan
negara,sumpah taat setia kepada raja dapat mengelakkan berlaku nya rusuhan
kaum seperti peristiwa 13 mei 1969. Jika rakyat mematuhi prinsip kedua ini maka
kestabilan negara akan terjamin.
Ketiga keluhuran perlembagaan. prinsip ini membuktikan betapa rakyat perlu
menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan perlembangaan ,rakyat perlu
sedar bahawa perlembagaan berfungsi untuk melindungi hak dan keistimewaan
mereka sebagai warganegara.

Hadirin yang saya hormati

Prinsip yang ke empat iaitu kedaulatan undang-undang . Kita tahu setiap negara
mempunyai undang-undang bagi mengawal dan mewujudkan sebuah negara yang
aman, stabil dan makmur, sekaligus dapat menjamin kesejahteraan rakyat berada
dalam keadaan yang selamat selagi undang-undang dipatuhi.
Hadirin hadirat sekelian
Yang kelima dan merupakan prinsip terakhir rukun negara iaitu kesopanan dan
kesusilaan , prinsip ini menekankan keperibadian personaliti dan tingkah laku
seseorang untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila .
prinsip ini la yang membolehkan negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum
, agama dan bangsa .

Hadirin hadirat yang saya hormati

Pada pendapat saya jika kita tidak mengamalkan prinsip rukun negara ini maka tidak
hairan la jika generasi akan datang akan saling mengejek antara kaum , saling
menghina antara bangsa dan tidak menghormati antara agama . jangan terkejut jika
peristiwa berdarah 13 mei 1969 berulang kembali kerana sikap sambil lewa kita
untuk mematuhi rukun negara ini.bak kata perpatah tepuk dada tanya selera tetapi
kalau jawapannya masih tiada maka apa yang perlu anda lakukan adalah anda
perbaiki diri sendiri kerana kita tidak perlu menyalahkan antara satu sama lain.

Tuan-tuan dan puan-puan

Kesimpulannya disini kita boleh perkatakan bahawa kita sebagai rakyat yang
berwibawa , berwawasan dan beritika perlulah memahami dan mengamalkan lima
prinsip rukun negara ini untuk membuktikan bahawa kita adalah warganegara yang
setia .

Justeru itu hadirin dan hadirat sekelian mari lah kita sebagai rakyat Malaysia yang
bersatu mengamalkan lima prinsip rukun negara ini agar negara kita sentiasa di
bawah lindungan NYA .

Hadirin hadirat yang saya hormati

Sebelum saya mengundurkan diri izinkan saya persembahkan serangkap pantun
buat renungan kita bersama .

Bunga raya bunga negara

megah terlihat merata-rata

mari amalkan rukun negara

agar rakyat aman sejahtera.

Sekian wabillahitaufikwalhidayah assalamualaikum wbt .

Dan salam sejahtera .

Bersyukur Atas Nikmat
OLEH : Nurul Syafiqah Binti Mohamad Ali

Assalamualaikum wbt
Saya akan mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk bersyukur atas nikmat.
Dengarkan dan hayatilah.

Mendongak,
Merenung ke langit biru,
Melihat kepulan-kepulan awan berarak pergi,
Menghirup udara bersih,
Bersama deruan angin di dinihari.

Di bumi yang fana ini,
Aku bersyukur kepada Mu Ya Tuhanku,
Di atas nikmat-nikmat yang engkau berikan,
Kepada aku hambamu yang lemah,
Kerana syukur itu satu nikmat,
Yang bersifat maknawi dan rohani.

Seterusnya syukur itu mengingatkan aku,
Betapa kerdilnya aku,
Di bumi mu Ya Tuhanku.

Terpaku aku sejenak,
Melihat betapa indahnya ciptaan Mu,
Air yang mengalir jernih,
Ikan-ikan yang berenang riang,
Di bawah bayang-bayang pepohon.

Pohon-pohon yang hijau merimbun,

Menaungi kitaran kehidupan alam,
Meriahnya unggas yang berterbangan,
Riuhnya berbicara tentang limpahan rezeki mu,
Di sebalik dedaunan di dada bumi.

Tuhanku,
Betapa sempurnanya dunia ciptaan Mu,
Betapa luas langit engkau bentangkan,
Betapa terang matahari engkau pancarkan,
Betapa indahnya bulan di malam hari.

Tuhanku,
Terima kasih atas rezekimu,
Terima kasih limpah kurniamu,
Terima kasih atas segalanya-galanya,
Aku bersyukur dilahirkan di dunia ini,
Tuhanku aku bersyukur atas segala nikmat-nikmat yang kau berikan.

Tuhanku,
Ku panjatkan kesyukuran kepada Mu,
Di atas rahmat yang kau limpahkan,
Kepada hamba-hamba Mu,
Dan kepada bumi mu yang indah ini.

Rakyat Sihat, Negara Selamat
OLEH : Nurul Syafiqah Binti Mohamad Ali

Salam mesra pembuka kata,
Salam sejahtera bersulam indah,
Buat hadirin pendengar bicara,
Lantunan pidato saya persembah.

Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan salam perpaduan.

Yang dihormati,Tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang sentiasa berada di paksi
kebenaran. Seterusnya, rakan seperjuangan yang saya hormati.

“Rakyat sihat, negara selamat” itulah mauduk pidato yang bakal saya sajikan buat
santapan minda warga maya. Pencerahan untuk tajuk pidato ini akan saya
terangkan melalui dua indikator.

Hadirin yang saya muliakan,

Umum tahu bahawa dunia telah digemparkan dengan wabak covid 19. Bukan sahaja
di negara kita, malah di seluruh pelosok dunia terkesan dengan wabak ini yang telah
meragut jutaan nyawa. Jadi, apakah tindakan yang perlu kita ambil untuk menangani
krisis yang besar ini? Jawapannya terletak pada indikator saya yang pertama di
bawah kata kunci ‘sihat’.

Bunyi macam remeh tuan-tuan dan puan-puan, tetapi itulah satu perkataan yang
perlu kita pegang dan amalkan untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang
selamat. Sihat itu bukan cuma sihat luaran. Sihat itu perlulah sempurna dari segi
fizikal, mental dan sosial. Jadi, apakah peranan kita? Tidak lain dan tidak bukan iaitu

mengamalkan cara hidup sihat. Misalnya bersenam, mengamalkan pengambilan
makanan yang seimbang dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Hadirin yang dihormati,
Gaya hidup sihat ini perlu kita amalkan bukan sahaja di rumah, malah di mana-mana
sahaja. Oleh itu, indikator saya yang kedua ialah pematuhan SOP yang telah
ditetapkan oleh kerajaan perlu dipandang serius oleh masyarakat sebagai langkah
awal untuk mencegah daripada dijangkiti wabak ini kerana sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna.

Akhir bicara terimalah …
Naik basikal ke kedai Pak Samat,
Rakyat sihat, negara selamat.

Sekian, terima kasiih


Click to View FlipBook Version