The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT HEM BIL 1 - terkini

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abuhanafi abusamah, 2019-05-15 11:22:36

Minit Mesyuarat Hem Bil 1 /2019

MINIT MESYUARAT HEM BIL 1 - terkini

MINIT MESYUARAT HEM BIL 1 / 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN TROPICANA

Tarikh : 26 Disember 2018
Hari : Rabu
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tropicana
Pengerusi : Pn Hajah Maznah Bt Othman
Kehadiran : 27 orang

Nama Yang Hadir :

1. Pn Hajah Maznah Bt Othman Guru Besar
2. Pn Rosmaniah Bt Awang Ibrahim PK Pentadbiran
3. Pn Nor Zalia Bt Omar PK HEM
4. En Zamri B Hashim PK Kokurikulum
5. Cik Wan Norhafzan Bt Wan Razali Unit Bimbingan & Kaunseling
6. En Shamsudin B Yaakob Unit Disiplin / SSDM
7. Pn Zaimah Bt Ismail Unit 3K ( Kesihatan )
8. Pn Gowri Ambal A/P Velayutham Tabung Kebajikan Murid

9. Pn Noriyati Bt Othman Unit Squad Denggi
10. En Mohd Hisham B Sabtu Unit Penempatan Tingkatan 1
11. Pn Norazah Bt Harun Unit DATA/SMM/APD
12. Pn Masnira Bt Mohammad Unit Kantin
13. Pn Rahimah Bt Ramian Unit Pengawas
14. En Muhammad Hilmi B Mohamad Nor Unit Penyelenggaraan
15. Cik Raafah Azkia Bt Abdullah Ripain Unit RMT/PSS
16. Pn Noor Fauziati Bt Mohd Noor Unit Keselamatan
17. En Muhammad Kushairi B Azmi Unit SPBT
18. Cik Syazwani Bt Anuar Unit PPDa
19. Pn Siti Arfifah Bt Jais Unit Penempatan Tahun 1
20. Pn Siti Khadijah Bt Zakaria Unit KWAM
21. Pn NursyuhadaBt Shaffie Unit 3K ( Kebersihan)
22. Cik Jaya A/P Dandapani Guru
23. Cik Elina Bt Mohd Saleh Guru
24. Pn Sharipah Bt Ghazali Guru
25. En Mohd Khaidir B Che Ibrahim Guru

TIDAK HADIR :

Pn Medilan Anak Nyutim Bersebab

Pn Rushmani Bt Rasidi Bersebab
En Abu Hanafi B Abu Samah Bersebab
Cik Logeswari Bersebab
Pn Noorzairen Bt Azizan Bersebab
Urusetia : Puan Nursyuhada Binti Shaffie

1.0 Ucapan Pengerusi
1.1.1.Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru untuk mesyuarat kali pertama

ini.Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Penolong Kanan, Setiausaha dan AJK

yang telah menghasilkan Buku Takwin Pengurusan 2019.
Tindakan : Makluman

1.1.2. Guru Besar mengingatkan guru-guru agar visi dan misi perlu difahami dan dihayati agar

momentum kerja dapat ditingkatkan.
Tindakan : Makluman

1.1.3 Guru perlu memberikan komitmen setiap masa dan menjalankan tugas dalam mendidik disamping

mematuhi Tatakerja Kakitangan Awam kerana semua guru adalah tertakluk di bawah Perintah Am

Kerajaan.
Tindakan : Makluman

1.1.4 Guru adalah sebagai penggerak kepada kecemerlangan sekolah dan perlu bergerak secara

berpasukan dan holistik.Guru perlu akur dan laksanakn dasar-dasar atau tarnsformasi pendidikan di

samping mengutamakan kecemerlangan , kesempurnaan dan keberhasilan.
Tindakan : Makluman

1.1.5 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru supaya akur sebagai pelaksana melaksanakan

dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).Pengerusi turut menyampaikan mandat-

mandat berikut ;
1.1.1 Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550)
1.1.2 Dasar pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006 – 2010
1.1.3 Dasar Wawasan Negara 2001-2010
1.1.4 Surat-surat Pekeliling Ikhtisas
1.1.5 Pekeliling-pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam
1.1.6 Arahan-arahan Perbendaharaan
1.1.7 Surat-surat Siaran PPD/JPN/KPM
1.1.8 Pekeliling-pekeliling Kerajaan berkaitan

Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi menjelaskan SPI berikut yang perlu difahami dan laksanakan.
1.2.1 SPI Bil.3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/Waktu Luang (3 Period) oleh Guru.
1.2.2 SPI Bil.4/1986 Panitia Mata Pelajaran.
1.2.3 SPI Bil.3/1987 Penyeliaan P&P di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah.

1.2.4 SPI Bil.3/1990 Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris dan Guru Mata Pelajaran Matematik.
1.2.5 SPI Bil.25/1998 Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan jasmani dan Kesihatan.
1.2.6 SPI Bil.3/1999 Penyediaan Rekod P&P.
1.2.7 Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2018 Pemansuhan
Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) di Sekolah
Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia mulai Tahun 2019
1.2.8 SPI Bil 10/2018 Pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam oleh murid di
Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
- Pn Rahimah mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas disahkan dan En Hisham menyokong
cadangan tersebut.

3.0 PERKARA- PERKARA BERBANGKIT
- Tiada -

4.0 Perkara-perkara Baharu
4.1 Makluman daripada PK HEM.
4.1.1 PK HEM ucapkan terima kasih atas semua aktiviti yag telah dijalankan sepanjang tahun2018.
4.1.2 Terdapat beberapa unit yang belum siapkan fail dan laporan unit masing-masing.

4.1.3 Bilik-bilik di atas dewan , 2 bilik boleh digunakan untuk kelas bergerak atau bilik panitia. 1 bilik
untuk stok perabot yang elok. 1 bilik utk bilik pelupusan / perabot rosak (utk lupus atau dibaiki. Guru-
guru kelas yg meja kerusi perlu diganti boleh ambil di bilik stok dan hantar perabot yg rosak ke bilik
pelupusan).

Tindakan : Makluman

4.1.5 Kerusi dan meja murid telah dipindah ke beberapa buah sekolah yang memerlukan.

o SK Taman Dato’ Harun 2 40 meja

o SK Taman Megah 100 meja 80 kerusi

o SK Taman Medan 43 meja

o SK Taman Dato’ Harun 1100 meja 200 kerusi

Tindakan : Makluman

4.1.6 Bumbung yang bocor sebahagiannya telah dibaiki tetapi perlu pantau semula semasa waktu
hujan lebat jika berlaku kebocoran lagi.

Tindakan : Makluman

4.1.7 Bilik darjah dan bilik khas perlu dalam keadaan bersedia utk digunakan pada hari pertama.
Semua maklumat 2018 yang dilekatkan pada papan kenyataan perlu diturunkan supaya maklumat
2019 dapat dikemaskini.

Tindakan : Makluman
4.1.8 Fail peribadi murid disusun mengikut senarai nama murid 2019

Tindakan : Guru Kelas
4.1.9 Senarai nama murid 2019 akan ditampal di kelas-kelas dan juga diberi kepada guru kelas.Fail
pengurusan kelas yang akan diberi mengandungi item berikut

a. Senarai nama murid 2019
b. Buku kawalan kelas 2019
c. Buku SSDM 2019 (amalan terbaik dan salah laku disiplin murid)
d. Jadual Kedatangan Murid
e. Pas Kebenaran keluar kelas

Tindakan : Guru Kelas
4.2 Kemudahan Sekolah
4.2.1 Keadaan tandas adalah dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan.

4.2.2 Bekalan letrik juga dalam keadaan baik dan telah diselenggarakan.Fius elektrik di pejabat juga
telah ditukar oleh pihak juruelektrik JKR.Walaubagai manapun,masalah suis penyaman udara di bilik
guru masih belum diselesaikan.

Tindakan : Makluman

4.2.3 Fogging sekolah telah dibuat oleh TEAM SEDAR MBPJ pada 18.12.2018 jam 6.30 petang – 7.30
malam.

Tindakan : Makluman

4.3 Pembukaan Sekolah hari pertama

4.3.1 Guru Bertugas perlu pastikan Buku rekod hadir lewat (murid) di pondok pengawal dan nama
murid yang lewat dicatatkan.Murid yang lewat hadir perlu masuk melalui pagar A.Masa bertugas
Guru Bertugas adalah seperti berikut :

A. Pagi ( Isnin -Selasa ) 7.10 pagi - 7.30 pagi

B. Tengahari ( isnin - Selasa )1.30 petang - 1.45 petang

Tindakan : Guru Bertugas

4.3.2 Buku Rekod Guru Penyayang ada di tempat sepatutnya.Selain itu,Guru Bertugas perlu
menyambut murid datang ke sekolah dan memastikan keselamatan murid ketika pulang dari
sekolah . Masa bertugas adalah seperti berikut:

 7.10 pagi dan 1.30 tengahari ( Isnin – Selasa)

 1.00 tgh hari (rabu-Khamis)

 12.00 tgh hari (jumaat)

Tindakan : Guru Bertugas

4.3.3 Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, Guru B&K, guru bertugas, guru tahun 1 perlu berada di
pagar.Pagar akan ditutup pada pukul 7.40 pagi.Murid yang lambat perlu masuk melalui Pintu Pagar A
dan mengisi buku daftar hadir lewat.

Tindakan : Makluman
4.3.4 Guru-guru bertugas perlu bersedia untuk perhimpunan ringkas hari pertama.Guru perlu
pastikan sistem PA, lagu, ikrar serta lain-lain telah disediakan.

Tindakan : Makluman
4.4 Unit Disiplin

4.4.1 SSDM perlu diisi oleh guru ke dalam portal SSDM.Semua guru telah diberikan ID dan kata
laluan.

Tindakan : Makluman
4.4.2 Program Disiplin yang dirancang pada tahun ini adalah :

o Jom Ke Sekolah
o Program Sahsiah Diri
o Program Sekolah Selamat 1 (Buli)bersama PDRM
o Spot Check
o 2 minit Peraturan Sekolah

Tindakan : Makluman
4.4.3 Untuk pengisian eviden dalam SKPMg2di bawah unit HEM,boleh rujuk Jadual 3 dan 4 tahun
2018. Evidens perlulah seiring seperti yang telah didokumentasikan.

Tindakan : Makluman

4.5 Unit Bimbingan dan Kaunseling.
4.5.1 Sekolah telah mendapat tempat ketiga dalam Amalan Terbaik B&K peringkat PPD Petaling Utama.
4.5.2 Antara program Bimbingan kaunseling yang akan dijalankan tahun ini adalah :

 Program Guru Penyayang. “ Kembali Ke Sekolah”.

 Program Outreach B&K.

 PTD Tahun 4,5 & 6.

 Sesi individu dan kelompok. Fokus kepada sahsiah dan pembelajaran .

 Program Champion, Motivasi Tahun 6

 Psikometrik Tahun 3 dan 6

 Program Meniti Awal Remaja

 Program melangkah ke Sekolah Menengah (dlm Pasca UPSR)

 Sambutan Hari Kanak-kanak, sambutan harijadi.

Tindakan : Makluman

4.6 Unit Pengawas
4p.e6n.1gaGwuarsu. Ketua Pengawas perlu sediakan Jadual bertugas pengawas dan senarai AJK tertinggi badan

Tindakan : Makluman
4.6.2 Bilik pengawas sudah diubah dan perlu diselenggara untuk digunakan bagi sesi 2019

Tindakan : Makluman
4.6.3 Pastikan Pengawas jalankan tugas semasa rehat Tahap 1 dan Tahap 2.

Tindakan : Makluman
4Se.6k.o4laKhursus kepimpinan pengawas, Ketua kelas dan penolong ketua kelas akan dijalankan.Rujuk Takwim

Tindakan : Makluman

4.7 Unit SPBT
4.7.1 Bilangan murid telah bertambah bagi tahun 2019. Bilangan buku yang tidak mencukupi akan
diusahakan.

Tindakan : Makluman

4.7.2 Semua guru kelas adalah AJK Unit SPBT . Penambahan AJK iaitu Pn Nor Atikah Hazim untuk unit
SPBT.

Tindakan : Makluman
4.7.3 Penyelaras perlu sentiasa maklumkan selalu utk tugasan kemaskini , naik taraf bilik dan stok-stok
buku serta fail-fail.

Tindakan : Makluman
4.8 Unit Kantin
4.8.1 Penyelaras perlu pastikan kemaskini Carta organisasi, papan kenyataan di kantin dan naik taraf
keceriaan kantin.

Tindakan : Makluman
4.8.2 Buku Laporan Kantin diisi setiap hari.Boleh masukkan aduan, jenis makanan yang dijual, teguran,
pemantauan dan hasil dapatan penarafan(MBPJ)

Tindakan :Makluman
4.9 Unit Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
4.9.1 Laporan Prestasi Akademik dan Laporan Individu (BMI) murid RMT perlu disediakan .Laporan
biasanya dibuat pada Awal Tahun (Januari) dan Akhir Tahun (November) oleh Penyelaras.

Tindakan : Makluman

4.9.2 Borang permohonan akan disahkan oleh pentadbir dan ditadbir dengan baik. PK HEM akan
serahkan Instrumen pemantauan RMT sebagai panduan.

Tindakan : Makluman

4.9.3 Guru bertugas perlu membuat rekod dalam Buku Laporan RMT setiap hari. Guru bertugas perlu
merasai terlebih dahulu makanan tersebut dan memastikan menu mematuhi surat pekeliling yang
terkini.

Tindakan: Makluman

4.9.4 AJK Unit RMT perlu sediakan satu Sudut RMT atau papan kenyataan RMT .Unit RMT boleh
bergerak seiring dengan Unit Kantin untuk tugasan ini.

Tindakan : Makluman

4.10 Unit 3K ( Kebersihan dan keceriaan, Kesihatan dan Keselamatan).

4.10.1 Unit 3K ( Kebersihan dan Keceriaan )

4.10.2 Unit 3K perlu sediakan Buku Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2019.Piala pusingan
baharu ada di bilik PK HEM.

Tindakan : Unit 3K

4.10.3 Gotong Royong Perdana akan dijalankan pada tahun ini. Program tersebut boleh libatkan MBPJ,
Syarikat Pembersihan , PIBG, NGO dan lain-lain. Selain itu Gotong Royong kelas / dalaman juga akan
dijalankan serta dimaklumkan nanti. Tarikh boleh dirujuk pada Takwim Sekolah.

Tindakan : Makluman

4.10.4 Untuk tahun 2019, Projek Kamar Selesa akan menjadi Projek Major HEM tahun ini. Akan ada
Jawatankuasa baharu yang akan ditubuhkan untuk tujuan ini.

Tindakan : PK HEM

4.11 Unit 3K (Kesihatan )

4.11.1 Untuk tahun ini tiada buku RKM untuk Tahun 1 & tahun 2. Walau bagaimanapun, kebenaran ibu
bapa perlu untuk dapatkan imunisasi.

Tindakan : Makluman

4.11.2 Kebenaran untuk mendapatkan rawatan pergigian bagi Tahun 1 dan murid baharu jika tiada dlm
fail peribadi dari sekolah lama perlu disediakan.Jadual pemeriksaan/rawatan gigi ( Prasekolah hingga
Tahun 6) dan imunisasi tahun 1 dan Tahun 6 akan dimaklumkan semula.

Tindakan : PK HEM

4.11.3 Program Amal Cermin Mata masih berlangsung kerana kupon diskaun RM38 masih sah sehingga
April 2019. Dapatkan senarai murid yg dikesan ada masalah penglihatan utk diberi kupon dan sekiranya
daripada kalangan yang berpendapatan rendah boleh dibantu sepenuhnya menggunakan dana yg
ditumpang dalam akaun PIBG.

Tindakan : Makluman

4.11.4 Guru Kelas perlu kemaskini fail dan simpan rekod analisa yg diberi oleh Pusat Kesihatan Daerah.

Tindakan : Makluman

4.12 Unit 3K ( Keselamatan )

4.12.1 Untuk tahun 2019 perlu dijalankan sesi Latihan Kebakaran 1 dan Latihan Kebakaran 2.Rujuk
takwim sekolah

Tindakan : Makluman

4.12.2 Keselamatan keseluruhan persekitaran sekolah ( bangunan, kawasan padang, pintu pagar,
kerjasama pengawal keselamatan/pekerja pembersihan)perlu diberi perhatian.

Tindakan : Makluman

4.12.3 Unit ini boleh bekerjasama dengan Unit Penyelenggaraan dan Infrastruktur sekolah ( En
Muhammad Hilmi)

Tindakan : Makluman
4.12.4 Unit perlu sediakan senarai buku berikut dan diletakkan di pejabat :
a. Buku Murid Pulang Awal
b. Buku Laporan Kerosakan
c. Buku Aduan

Tindakan : Makluman
4.13 Unit Kebajikan
4.13.1 Unit ini akan bertanggungjawab untuk KWAPM, BAP, RMT, Tabung Kebajikan Murid.

Tindakan : Makluman
4.13.2 Senarai nama semua penerima bantuan KWAPM, RMT, BAP, bantuan baju uniform dan lain-lain
mesti disediakan dan dipaparkan di papan kenyataan Unit Kebajikan.

Tindakan : Makluman
4.13.3 Borang-borang permohonan dan perakuan pendapatan perlu kemaskini maklumatnya di APDM
secara berkala.Untuk tindakan guru-guru kelas.

Tindakan : Makluman
4.14 Unit Squad Denggi
4.14.1 Program wajib dijadualkan pada hari Jumaat mengikut jadual yg ditetapkan.Penyelaras Squad
Denggi boleh rujuk takwim sekolah.

Tindakan ; Penyelaras Squad
4.14.2 Squad Denggi Juniorperlu diwujudkan yang terdiri daripada murid Tahun 3, 4 & 5 (5 orang setiap
aliran)bergerak ikut stesen bersama guru penyelaras Squad Denggi dan pekerja pembersihan.

Tindakan : Makluman

4.14.3 Laporan murid dan staf yang menghidap demam denggi perlu disediakan.Laporan bergambar
setiap minggu atau 2 minggu sekali perlu dimasukkan di dalam Whatsapp Team SEDAR.Setiap program
mesti pakai vest SEDAR.

Tindakan : Makluman

4.15 Unit PPDa

4.15.1 Perlu meneruskan yang sedia ada dan mengikut makluman semasa serta menambahbaik
maklumat-maklumat tersebut.

Tindakan : Makluman

4.16 Unit Aset, Perabot dan Inventori

4.16.1 Penyelaras perlu sediakan laporan pergerakan perabot.Inventori setiap kelas, bilik khas,dan
pejabat perlu ada dan dilengkapkan.

Tindakan : Makluman

4.16.2 Pelupusan mesti dilakukan . Perlu pilih satu tarikh dan kumpulkan semua untuk pelupusan rasmi.

Tindakan : Makluman

4.17 Unit Data, APDM dan SMM

4.17.1 Guru kelas perlu maklumkan kepada Pn Norazah untuk mengeluarkan murid pindah keluar.Guru
Kelas memasukkan data murid baharu dalam tempoh 1 hari. Penting untuk rekod kehadiran dalam
APDM.

Tindakan : Makluman

4.17.2 Penetapan murid dan kelas 2019 perlu dimaklumkan sebelum 15 Januari 2019.

Tindakan : Makluman

4.18 Unit Sarana Ibu bapa

4.18.1 Jawatan penyelaras ditukar kepada Setiausaha PIBG

4.18.2 Program sarana boleh dimulakan dengan orientasi tahun 1.

Tindakan : Makluman

4.19 Unit Penempatan Tahun 1

4.19.1 Perlu kemaskini permohonan Tahun 1 bagi tahun 2020. Dapatkan daripada En Nashi.Analisa
permohonan Tahun 1 juga boleh diambil daripada En. Nashi.

Tindakan : Makluman

4.19.2 Perlu kemaskini juga siaran dan banner siaran kepada komuniti/umum untuk permohonan Tahun
1 dan prasekolah 2020 dan digantung di pintu pagar C.

Tindakan : PK HEM

4.20 Unit Penempatan Tingkatan 1 2020

4.20.1 Permohonan ke Tingkatan 1 boleh dilakukan melalui APDM oleh guru kelas Tahun 6.

Tindakan : Makluman

4.20.2 Guru boleh maklumkan tentang siaran feeder school, KAA KRK, SABK, SMKA.Perlu cetak
permohonan ke SMKA dan disahkan oleh Guru Besar.

Tindakan : Makluman

4.20.3 GPI tahun 6 mesti isi bahagian pencapaian JQaf dan Pendidikan Islam dalam APDM bersama guru
kelas untuk permohonan ke Tingkatan 1 SMKA, SABK.Selepas itu, perlu cetak surat penempatan ke
Tingkatan 1. Semak dahulu kerana pernah berlaku kesilapan ke peralihan bagi murid dari SK.

Tindakan : Makluman

4.21 Jawatankuasa Sekolah Selamat

4.21.1 Program akan dijalankan dengan kerjasama PDRM, Bomba,Pusat Kesihatan daerah (PKD),
Komuniti, NGO dan lain-lain.

Tindakan : Makluman

4.22 Jawatankuasa Murid Berisiko Cicir ( JMBC ).
4.22.1 Guru yang terlibat adalah daripada unit Bimbingan & Kaunseling, Pentadbir, guru kelas dan PIBG.

Tindakan : Makluman

4.22.2 Data bermula Mac untuk kehadiran Januari hingga Mac. Program bermula April dan intervensi
dijalankan.Kaedah SSDM bulanan dengan harapan dapat mengelakkan ketidakhadiran yang teruk dan
meningkatkan peratus kehadiran dan capai KPI sekolah.

Tindakan : Penyelaras JMBC

5.0 Hal-hal lain

5.1 Unit Bimbingan Kaunseling terpilih untuk pertandingan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

untuk kategori Pengurusan Bilik Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling.
Tindakan : Makluman

5.2 Guru –guru boleh panjangkan nama-nama murid yang perlu dirujuk kepada guru Bimbingan

Kaunseling bagi sesi individu ataupun kelompok.
Tindakan : Makluman

5.3 Program gotong royong bersama-sama guru akan dijalankan pada 12 Januari 2019 yang turut

berlangsung semasa Program Permuafakatan Tahun 6. Tindakan : Makluman

Disediakan oleh,
PENCATAT MESYUARAT HEM KALI 1/ 2019

BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT

PERKARA : MINIT MESYUARAT HEM KALI KE PERTAMA 2019
TARIKH : 26 Disember 2018
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK TROPICANA

BIL AGENDA UNIT TINDAKAN / PERKEMBANGAN /
ULASAN

1. 4.1.8 Fail peribadi murid Guru kelas Semua guru kelas telah mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk arahan ini.

Semua guru telah maklum dan telah mengambil
2. 4.1.9 Hari pertama sekolah Guru kelas tindakan yang diperlukan

.3.
4.2.1 Guru Bertugas di hari Guru
pertama
Bertugas Semua guru bertugas telah melaksanakan tugas

seperti mana yang telah disenaraikan

4. 4.9.1 Buku pertandingan Unit 3K Buku Pertandingan Kebersihan telah disediakan dan
piala pusingan mingguan hanya akan disampaikan

kebersihan kepada kelas yang memenangi kategori tersebut

5. dengan markah 90% ke atas.
4.

10.2 Kad pergigian PK HEM PK HEM telah edarkan kepada guru kelas untuk
mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa.

6. Telah disediakan oleh penyelaras dan diserahkan
4.13.1Takwim Squad Denggi

Penyelaras kepada PK HEM.

Squad
7. 4.18.2 Siaran Kemasukan

Prasekolah & Tahun Satu 2020 Telah diambil tindakan dan akan digantung di pintu

PK HEM belakang ( Banner ). Selain itu,siaran juga dibuat

melalui makluman aplikasi Whatsapp kelas juga

Facebook sekolah dan Prasekolah.


Click to View FlipBook Version