The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizahhashim190806, 2021-04-25 01:23:01

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Keywords: Oleh : Muhammad Amsyar Hifzhan bin Azizan,6 Gama (2021),SK Sri Bukit Pasir,Muar

Tokoh Pemimpin Johor

Tun Hussein
Onn

• Muhammad Amsyar Hifzhan bin Azizan
• 6 Gama
[email protected]
• SK Sri Bukit Pasir
• 84300 Muar, Johor

Pendahuluan

Negeri Johor telah melahirkan ramai tokoh dan negarawan yang disegani.

Tun Hussein Onn merupakan salah seorang dari tokoh kelahiran negeri Johor
yang banyak berjasa pada negara. Buku skrap digital yang dihasilkan ini
mengandungi latar belakang, biodata, pendidikan dan sejarah kerjaya
Allahyarham Tun Hussein Onn.

Selain itu, diselitkan juga catatan sumbangan, nilai kepimpinan
dan foto-foto Allahyarham. Segala jasa dan sumbangan Allahyarham pasti
akan dikenang setiap anggota masyarakat.

Biodata Dato’Onn bin Jaafar-
Ayahanda Tun Hussein Onn
Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru. Beliau
Tun Hajah Suhailah -
adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai isteri Tun Hussein Onn
lapan orang anak.

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Tun Suhailah binti Tan Sri Haji
Mohamed Noah pada tahun 1948 dan dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Dato’ Seri
Hishamuddin bin Hussein, Haris Onn Hussein, Datin Roquiya Hanim, Puan Sri Dr Suraiya
Hani, Roziah Hanis dan Dr Rozita Halina.

Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat
semasa menjalani rawatan kesihatan di sana. Beliau telah disemadikan di Makam Pahlawan,
Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pendidikan Tun Hussein Onn
semasa di Maktab
Tun Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di peringkat rendah di Telok Tentera Sandhurat

Kurau School Singapura yang kini dikenali sebagai Telok Kurau Primary School
(Sekolah Rendah Telok Kurau). Selepas itu, beliau menyambung persekolahan di
peringkat menengah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor
Baharu. Selepas persekolahannya, Tun Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera
Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab
Tentera Sandhurst, di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai
Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu
peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di
"Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpandi

Kerjaya Tun Hussein Onn bersama
Tun Abdul Razak
• Sejak tahun 1942, beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin, Iran
dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, beliau ditempatkan di
Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi. Beliau kemudiannya
dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah
Malaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Tun Hussein
merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.

• Beliau pulang ke Malaya (kemudian Persekutuan Tanah Melayu; kini Semenanjung
Malaysia) pada tahun 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Beliau
kemudiannya bersara daripada perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu
pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British.
Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera, beliau dikenali sebagai seorang yang berdisiplin
dan menepati masa. Seterusnya, beliau menyertai perkhidmatan awam Malaya sebagai
Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor.

Kerjaya

• Beliau kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk
oleh Tun Abdul Razak yang menjadi Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.
Beliau bertanding dan menang dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan
dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

• Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun DR
Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagai Timbalan Perdana Menteri
Pada 15 Januari 1976, beliau dilantik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang
ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak

Tun Hussein Onn semasa mengangkat
sumpah menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang ketiga

Sumbangan Tun Hussein Onn merupakan
pemimpin yang disenangi kawan
Seperti yang diketahui Tun Hussein Onn memberi banyak sumbangan yang besar kepada negara
kita antaranya ialah: dan disegani lawan

1. Penyertaan beliau dalam kabinet Malaysia apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh
Tun Abdul Razak. Di bawah pentadbiran beliau, Kementerian Pelajaran terus meningkat
maju

2. Beliau juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap
ancaman dadah di bawah pentadbirannya. Angkatan Bersenjata Malaysia telah diperbesar
dan dipermodenkan apatah lagi pada ketika itu rantau di Asia Tenggara telah menjadi
gempar ekoran jatuhnya kerajaan Vietnam Selatan ke tangan komunis dan terbinalah cita-
cita "Teori Domino" komunis.

Sumbangan Tun Hussein Onn bersama
pemimpin Iraq, Saddam
3. Semasa pentadbirannya pada tempoh darurat, usaha membanteras pengganas komunis di
hutan dan bandar telah diperhebat malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis Hussein (kanan)
dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengintipan yang dikatakan berjaya.

4 Ekonomi negara Malaysia pernah terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, namun beliau
berjaya untuk mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi
dan sosial.

5. Beliau sentiasa mahu meningkatkan taraf hidup masyarakat melayu yang agak ketinggalan
berbanding kaum lain terutamnya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau
melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah
bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Keamanan negara yang diperkukuhnya telah menarik pelabur luar untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi. Sumbangan beliau
yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh.

Sumbangan

6. Beliau sentiasa mahu meningkatkan taraf hidup masyarakat melayu yang
agak ketinggalan berbanding kaum lain terutamnya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada
20 April 1981, beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang
merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera
dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang diperkukuhnya telah menarik pelabur luar
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik dan
ekonomi. Sumbangan beliau yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh.

Nilai Kepimpinan Tun Hussein Onn semasa
lawatan kerja ke negara
• Beliau ialah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal negara.
Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman dalam bidang ketenteraan China
telah menjadikan beliau sebagai seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Beliau telah
memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan ulasan dengan harapan
bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Beliau ialah seorang negarawan yang
disegani dan dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur. Dalam sejarah, beliau akan
sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk semangat
perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia. Beliau mewarisi
kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana oleh
sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran
kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada ketika itu.

Tanda Penghormatan

• Sebagai mengenang jasa dan penghormatan terhadap jasa-jasa Tun Hussein Onn, terdapat beberapa institusi pendidikan tinggi,pusat perubatan bandar dan sekolah
yang dinamakan sempena nama beliau. Antaranya, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Parit Raja.,Batu Pahat dan Pagoh, Muar, Bandar Tun Hussein Onn di
Johor Bahru, Hospital Mata Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur dan SMK Tun Hussein Onn di Kluang, Johor.

Univeriti Tun Hussein Onn Kampus Parit Universiti Tun Hussein Onn Kampus Bandar Tun Hussein Onn, Johor Bahru
Raja, Batu Pahat Pagoh, Muar

Hospital Mata Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur SMK Tun Hussein Onn, Kluang

Kesimpulan

Kesimpulannya Tun Hussein Onn merupakan seorang pemimpin yang bijak.dan tegas. Beliau telah
berjaya memperbaiki ekonomi Malaysia semasa ekonomi Malaysia merundum teruk. Walaupun
allahyarham sudah pergi, tetapi kita tetap dapat merasai kesan baik hasil pemerintahannya. Oleh itu kita
sebagsai ganerasi seterusnya patut menjadikan nilai terpuji Tun Hussein Onn sebagai teladan. Seluruh
rakyat Malaysia lebih-lebih lagi rakyat negeri Johor perlu berbangga kerana pemimpin kelahiran negeri
ini merupakan pemimpin yang telah banyak berjasa untuk negara. Semoga allahyarham bersemadi
dengan aman dan ditempatkan bersama orang yang soleh.



Rujukan

• Buku

• Tajuk:Kenali Tun Hussein Onn
• Pengarang:Maruwiah Ahmat
• Penerbit:EAGLE PUBLICATIONS SDN. BHD

• Tajuk:HUSSEIN ONN PEJUANG MARUAH BANGSA
• Pengarang:S.Hasbim Ahmad
• Penerbit:MAJLIS BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA (MBKM)

• Laman sesawang

• https://www.slideshare.net/mobile/Dhass97/sejarah-dan-sumbangan-yabhg-tun-hussein-bin-dato-onn
• https://www.wikiwand.com/ms/Hussein_Onn
• https://dinmerican.files.wordpress.com/2012/04/tun-hussein-onn1.jpg


Click to View FlipBook Version
Previous Book
วิจัยชั้นเรียน
Next Book
The Closest Stranger