The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nicholas Viny, 2023-05-16 10:45:56

Kes Pembuangan Bayi

E-Folio

A N D RIA N IMA N G ( 2 0 D KM2 2F1 0 5 6 ) N I C H OLAS V I N Y( 2 0 D KM2 2F1 0 5 0 ) RAP H AEL CYPRIA N ( 2 2 D KM2 2F1 0 0 9 ) MARC ELL ALAI( 2 0 D KM2 2F1 0 6 8 ) A H LI K UMP U LA N : KES PEMBUANGAN BAYI MPU2 3 0 4 2 NIL A I MA S Y A R A K A T PE N SYARA H P U A N FARA H H A N A N BI N TI AB U BA K AR


PRA K ATA Selain itu, saya juga ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya iaitu Raphael Andrian dan Marcell yang meluangkan masa dan tenaga untuk menyiapkan e-book ini.Tidak dilupakan juga,setiap ahli kumpulan berusaha sedaya upaya mencari maklumat mengenasi isu yang berkaitan dengan "kes pembuangan bayi" yang semakin berleluasa sehingga ke hari ini. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Farah Hanan Binti Abu Bakar yang merupakan pensyarah untuk kelas kami telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami sepanjang melakukan e-folio ini. Selain itu, beliau juga memberikan sokongan moral kepada kami semasa pembuatan e-folio ini.Sedikit sebanyak dapat membantu kami dalam menyiapkan e-folio ini dengan jayanya. Melalui projek e-folio ini dapat memupuk semangat sepasukan dan kerjasama yang baik dalam kumpulan. Segala ilmu yang telah kami perolehi amat bermakna. Sekian terima kasih


P E N G E N A L A N Kes pembuangan bayi boleh dikatakan hampir setiap hari terjadi di Malaysia. Kebanyakannya adalah melibatkan golongan remaja disebabkan pergaulan bebas dan kes rogol. Lebih menyayat hati bayi yang tidak berdosa dibuang di dalam tong sampah, tandas, rumah terbiar dan lain-lain. Kemelut yang semakin serius ini bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyirul lagi apabila akhbar-akhbar perdana negara sering memaparkan kejadian ini dalam akhbar dengan begitu meluas tanpa segan-silu. Kejadian ini juga menyusahkan pelbagai pihak malah imej negara jugu turut tercemar. Jadi sebelum mencari jalan penyelesaiannya,kita perlulah mengenal pasti musabab yang menjadi akar umbinya sebelum kemelut ini menjadi barah.


Punca Pembuangan Bayi 1.Kurang Didikan Agama Kekurangan didikan agama menyebabkan remaja terlibat terlibat dalam gejala negatif seperti pergaulan bebas.Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menyebabkan perempuan mengandung tanpa ikatan yang sah.Dalam situasi tersebut,remaja akan membuang dan membiarkan bayi tersebut mati selepas dilahirkan.


Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Rakan-rakan yang negatif tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.Remaja yang terlibat dalam gelaja negatif ini, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang mendesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar. 2.Pengaruh Rakan Sebaya


3.Pengaruh Teknologi dan Internet Banyak remaja sekarang sudah mempunyai teknologi seperti telefon pintar. Telefon pintar membolehkan remaja melayari pelbagai maklumat yang berfaedah dan tidak berfaedah.Pengaruh daripada media sosial dan rakan sebaya juga seperti bahan lucah telah menyebabkan remaja terpengaruh dan terikut-ikut menyebabkan berlakunya pembuangan bayi.


4.Kurang kasih sayang dan perhatian Kasih sayang dan perhatian keluarga sangat penting dalam membentuk harga diri dan maruah diri dan keluarga. Sekirannya anak-anak dibimbing dan diberikan perhatian penuh, anak-anak dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan jenayah dan gejala sosial.Namun tidak semua remaja mempunyai ibu bapa yang mencerminkan tingkah laku yang baik kepada anakanak.Oleh itu, remaja mudah terpengaruh dengan orang luar keranasikap lalai ibu bapa dalam mendidik anak-anak.


5.Tidak menjaga diri dan gaya pemakaian Pemakaian yang mencolok mata merupakan salah satu mengundang kepada kes rogol.Kebanyakan remaja menjadi mangsa rogol telah memyebabkan pembuangan bayi semakin meningkat.Selain itu, remaja tiada ilmu seni bela dalam mempertahankan diri juga senang menjadu mangsa rogol. Mempelajari seni mempertahakan diri merupakan salah satu cara menjaga diri daripada mangsa rogol.


5 Kesan Kes Pembuangan Bayi


Kesan terhadap bayi Kesan terhadap bayi adalah akan mengakibatkan dia akan dipandang rendah dan dihina oleh masyarakat setempat.setelah meningkat dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung mereka sendiri ini disebabkan anak itu mungkin tidak ingin menerima kenyataan bahawa beliau adalah anak luar nikah ini juga akan memberi kesan kepada anak itu dimana ia akan dijadikan bahan ejekan rakannya dan mengakibatkan emosinya terganggu.


Kesan terhadap ahli keluarga Pandangan orang lain terhadap keluarganya rendah dan akan dihina oleh masyarakat kerana perkara yang tidak berperikemanusiaan dan digolongkan sebagai keluarga yang kurang didikan atas tingkah lakunya. Keluarganya akan berasa malu apabila mengetahui anak mereka terlibat dalam kes seperti ini. Selain itu, ini akan menjadi bahan mulut orang dan akan diungkit selama-lamanya menyebabkan mereka berasa malu untuk bertegur sapa dengan orang lain. Disamping itu, keluarga juga akan menjadi tumpuan perhatian orang lain jika terdapat masalah seperti ini berlaku.


Kesan terhadap perempuan tersebut kemungkinan akan dibuang atau dihalau oleh ahli keluarganya.Ini akan menyebabkan emosi mereka dan mental mereka terganggu kerana tiada sokongan moral daripada ahli keluarga.Selain itu,mereka juga susah mencari bantuan kerana takut diketahui oleh orang lain terutamanya ahli keluarga mereka.Di samping itu, mereka juga terpaksa menahan sakit untuk melahirkan bayi yang boleh meragut nyawa mereka sendiri. Kesan Terhadap Perempuan


Kesan Terhadap Masyarakat Kes pembuangan bayi ini juga akan memberikan impak yang buruk kepada imej masyarakat setempat. Hal ini juga sudah pasti akan mengakibatkan semua remaja menjadi tumpuan utama dan dipersalahkan di dalam kes pembuangan bayi ini kerana kebiasaanya remaja merupakan golongan yang terbesar melibatkan diri di dalam kegiatan ini.Selain itu, kes pembuangan bayi ini akan menyusahkan masyarakat setempat kerana perlu melaporkan kes ini atau terpaksa menjadikan mereka anak angkat.Di samping itu, tidak semua anak angkat diberikan layanan sama rata seperti anak kandung.


Kes ini juga boleh memberikan impak negatif yang besar terhadap sesebuah negara terutama sekali negara kita yang masih membangun ini.Berita ini akan sampai keluar negara juga dan akan mengakibatkan negara luar akan memandang negara kita menjadi negara yang gagal dalam menyelesaikan kes pembuanggan bayi. Kenaikkan dan kemerosotan pembangunan sesebuah negara itu tergantung kepada kita dan generasi baru yang akan datang. Selain itu, jika kes pembuangan ini tidak dapat dikawal kerajaan akan dipersalahkan kerana tidak mengambil berat tentang rakyatnya sendiri. Negara kita akan dipandang serong oleh negara yang lain. Kesan Terhadap Negara


Cara Mengatasi Cabaran Kes Pembuangan bayi 5


1.Ibu bapa sepatutnya menyelitkan agama dan moral dalam mendidik anak-anak mereka. Hal ini amat signifikan kerana pendidikan agama dan moral mampu menyedarkan anak-anak mereka tentang dosa dan pahala. Ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana bapa borek anak rintik".Begitu juga,ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak ejak kecil lagi kerana " melentur buluh biarlah dari ebungnya .Anak-anak juga dapat mengelakkan diri daripada aktiviti yang negatif seperti jenayah Peranan ibu bapa


2.Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan perlulah menggiatkan lagi program-program kesedaran yang sedia ada bermula dari sekolah rendah lagi agar kesedaran timbul lebih awal dalam diri pelajar. Program -program kesedaran termasuklah memberikan ceramah berkenaan pembuangan bayi. Hal ini mampu dikatakan mampu menjadi perisai kepada mereka kerana mempunyai maklumat tentang perkara yang sepatutnya dilakukan. Hal ini demikian supaya generasi muda sekarang akan memahami pergaulan bebas dengan terperinci tentang pergaulan seks. Kementerian Pelajaran Malaysia


3.Samping itu, pihak polis haruslah menguatkuasakan undang -undang yang sedia ada kerana hal ini sangat penting dalam membendung isu pembuangan bayi. Pihak polis juga perlu mengenakan hukuman berat ke atas individu yang membuang bayi sesuka hati. Sebagai contoh, pihak polis harus melakukan hukuman penjara ke atas mereka kerana hal ini dapat menginsafkan akan kesalahan yang dilakukan. Oleh itu, jelaslah bahawa pihak polis turut berperanan penting dalam membendung isu pembuangan bayi. Pihak Polis


4.Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan juga perlu bekerjasama untuk mengatasi kes pembuangan bayi. Kini, cadangan penubuhan "Tabung DNA" merupakan satu langkah yang perlu disokong oleh seluruh rakyat kerana menerusi pelaksanaan ini,ibu bapa yang terlibat dalam kes pembuangan bayi akan lebih mudah untuk dikesan. Hal ini demikian kerana setiap bayi yang dilahirkan akan diambil sampul DNAnya untuk simpanan pihak hospital. Penubuhan "Baby Hatch" juga mampu mengatasi kes pembuangan bayi. Dengan itu, ibu bapa akan meletakkan bayi mereka dalam pelindung bayi sebaliknya membuang bayi di tempat lain. Pihak kerajaan


Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna. Misalnya, pendedahan berbentuk grafik dan kisah benar tentang seseorang yang pernah membuang bayi lalu ini akan membangkitkan kesedaran para remaja.Program motivasi dan kempen kesedaran seperti ‘Dosa Besar’ dan ‘Adab Bergaul’ mampu memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja dalam melakukan dosa. Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan melampaui yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi adegan lucah. Pihak media massa


Contoh contoh isu cabaran yang berlaku di Malaysia


Kesimpulannya, kesan pembuangan bayi yang semakin berleluasa sememangnya amat membimbangkan dan mencemaskan masyarakat. Tindakan untuk mengawal gejala ini sudah sampai ke tahap yang dianggap serius. Selain itu, semua warga masyarakat tidak mengira agama dan kaum haruslah bersatu padu bagi membantu mencegah dan membanteras gejala sosial supaya tidak menjadi lebih serius dan dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Pihak kerajaan juga perlu lebih peka dan perlu menganjurkan perbagai ceramah, program-program dakwah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan sedasr tentang kesan buruknya. Sebagai remaja yang bermoral, kita haruslah menjauhkan dir daripada melakukan perbuatan yang kejam dan hina, sebaliknya kita akan dihina, dicaci dan dicemuh oleh masyarakan. Kita perlu berfikir Rasional dengan mengambil kira baik dan buruk sesuatu perkara sebelum melakukan sesuatu hal tersebut. Kesimpulan


Aktiviti Pengukuhan Senaraikan dua nilai yang sepatutnya yang diamalkan oleh individu yang membuang bayi? 1. 2. Apakah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah pembuangan bayi? 3. Bagaimanakah pandangan masyarakat terhadap individu yang melakukan perbuatan yang kejam dan hina?


Rujukan Buku: 1. Masitah Mohd Ali, Siti Noryanie Yusoff & Kamsani Md Saad. Nilai Masyarakat Malaysia(2016) 2.Nur Syahidah Abdul Jalil. Menangani Zina & Pembuangan Bayi(2012) Internet: 1.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/92324 8/jenayah-buang-bayi-masih-berleluasa 2.https://www.sinarharian.com.my/article/168459/berita/sema sa/remaja-17-tahun-ditahan-kes-buang-bayi


Lampiran


Sinopsis E-book ini menjelaskan tentang kes pembuangan bayi yang berlaku di Malaysia.Antara perkara yang terkandung dalam e-book ini adalah faktor-faktor, kesan-kesan dan cara untuk mengatasi kes pembuangan bayi daripada kerap berlaku dan contoh isu pembuangan bayi.E-book ini sekaligus akan menyedarkan masyarakat bahwa perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini akan mencalarkan maruah diri dan keluarga.


Click to View FlipBook Version