1
2 KATA ALU ALUAN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, salam maufakat, salam Malaysia Madani, salam ukhwah buat semua warga SK Guar Perahu, ibu bapa, waris anak didik Sekolah Kebangsaan Guar Perahu yang dikasihi. Bersyukur ke hadrat dengan izinNya jua saya diberi ruang dan kesempatan bagi merakamkan sepatah dua kata di ruangan ini.Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-tingi penghargaan semua warga Sekolah Kebangsaan Guar Perahu dan ibu bapa yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 ini. Alhamdulillah berkat dengan izinNya, dan berkat usaha gigih dan kerjasama semua pihak, Sekolah Kebangsaan Guar Perahu telah menunjukkan transformasi dalam pimpinan berkesan, guru berkualiti, persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dan sokongan PIBG dan komuniti .Sehubungan itu, saya berharap, agar semua ibu bapa dapat memberikan kerjasama yang baik bagi memantapkan lagi kualiti pembelajaran anak-anak kita di sekolah ini. Saya turut mengharapkan agar semua ibu bapa dapat seiring dengan guru bagi merealisasikan hasrat negara bagi mewujudkan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. Kebersamaan permuafakatan antara kita perlu diteruskan supaya dapat berfikir aras tinggi bagi memastikan anak anak warga Sekolah Guar Perahu dapat menggapai kecemerlangan dan kegemilangan secara berterusan. Akhir kata saya menyeru dan mengharapkan agar semua warga Sekolah Guar Perahu, ibu bapa dan komuniti terus melipat gandakan usaha selari dengan Slogan Sekolah Ilmu iaitu Daulatkan Kita. Saya turut ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 Sekolah Kebangsaan Guar Perahu. Sekian, Terima kasih. (Fazliyaton Binti Ahmad Suhaimi) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Perahu
3 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh, dan salam sejahtera, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan izinNya jua dapat kita bertemu kembali dalam Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Guar Perahu kali ke-45. Kepada semua, saya ucapkan syabas dan tahniah atas kehadiran semua ibu bapa dan waris dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 45.Di harapkan perjumpaan kali ini dapat dapat memberikan manfaat untuk kebaikkan sekolah kita. Sepanjang tahun 2022/2023 barisan jawatankuasa telah bersama-sama pihak sekolah melaksanakan tanggungjawab atas kepercayaan yang diberikan dalam pelbagai bentuk. Perkara yang dilakukan ini sebagai tanda sokongan bagi membantu usaha pihak sekolah mendidik anak –anak menjadi insan yang cemerlang akademik serta sahsiah yang terpuji. PIBG adalah salah satu medium yang sesuai untuk membincangkan berkaitan dengan kemajuan pendidikan anak anak. Sebolehnya sekiranya mempunyai isu yang ingin dibincangkan perlulah diselesaikan melalui platform PIBG. Hal ini adalah tanda hubungan baik diantara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Pada kesempatan ini, saya mengharapkan semua pihak agar dapat menonjolkan diri dengan niat berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing demi membina kecemerlangan akademik dan sahsiah anak anak kita. Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi perghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Guar Perahu kali ke-45. Sekian, terima kasih. ( Sharul Nizam Bin Ibrahim ) Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Guar Perahu
4 TENTATIF PROGRAM MASA AKTIVITI 8.15 pagi Pendaftaran guru dan waris 8.30 pagi Majlis bermula Bacaan doa Mesyuarat Agung kali ke-45 dimulakan: 1. Ucapan YDP PIBG (Encik Sharul Nizam Bin Ibrahim) 2. Ucapan Perasmi Encik Bakhtiar Bin Ahmad Penolong Pengarah Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan 3. Penyerahan Sijil kepada perasmi dan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 4. Jamuan Makan VIP dan waris Mesyuarat dimulakan 5. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu. 6. Membentangkan aktiviti kerjasama antara PIBG dan sekolah sesi 2022/2023 7. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata kewangan berakhir 31Mac 2023 8. Membahas Usul Mesyuarat Agung PIBG 2023 9. Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 10. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 11. Pemilihan Juru Audit Dalaman 12. Hal-hal lain 13. Ucapan penangguhan 14. Cabutan bertuah 11.05 Bersurai
5 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG SK GUAR PERAHU TAHUN 2023 KALI KE-45 Penasihat : Pn. Fazliyaton Binti Ahmad Suhaimi (Guru Besar ) Pengerusi : En. Sharul Nizam bin Ibrahim (YDP PIBG) Naib Pengerusi : En. Abdul Hamid Bin Haji Mohd Nor Setiausaha : Pn. Zuliana Binti Ibrahim Bendahari : Pn. Nur Isdawani Binti Hasan SAMBUTAN • Pn. Fazliyaton Binti Ahmad Suhaimi (GB) • En. Sharul Nizam bin Ibrahim (YDP PIBG) • En. Abdul Hamid Bin Mohd Nor (NYDP PIBG) • Pn. Mariyatul Kaptiah Binti Md Sabiani (GPK 1) • En. Shahrizal Bin Sufian (GPK HEM) • En.Nor Azmi bin Mohamed Zuki (GPK KOKO) • Semua AJK PIBG PENDAFTARAN • Thn 1 & 2- Pn.Ruhani bt Abdul Rahman • Thn 3 & 4- Pn.Azirah bt Ismail • Thn 5 & 6- Pn. Farah Waheda bt Abdul Shukor JURUACARA MAJLIS • Pn. Adilah bt Khosin BACAAN DOA • En. Mohammad Nazmi B. Mohsin HIASAN PENTAS & BANNER • Pn. Hasnah Hussain (K) • Pn. Veethiyasri A/P Prakasam • Pn. Nazahiyah Binti Samsurrijal • Pn. Fatimah bt Teh@Abdul Latif • Pn. Ros Aini Binti Ismail CENDERAHATI & SIJIL • Pn. Rozilawati Bt Mohamed Salleh (K) • Pn. Zuraida Binti Mansur • Pn.Normazlenha Azma Bt Abdul Manaf • Pn. Nordazrina bt Danial • Pn. Izyani Raiha Bt Ilias PENYEDIAAN BUKU PENYATA MESYUARAT AGUNG • Pn. Noraini Binti Ismail (K) • En. Salmezi Bin Mohamed (juru Audit Guru ) • Pn. Nor Afiza Bt Jamaludin • Pn. Siti Kholijah Binti Osman (Juru Audit Waris ) PERSIAPAN & KEMAS DEWAN • En. Mohammad Nazmi Bin Mohsin (K) • En. Mohamad Mahran bin Mohd Aini • En. Zaini B. Zakaria • En.Muhamad Nor bin Bakar • En.Muhamad Rafi bin Romley • Pekerja pembersihan
6 MAKANAN & MINUMAN VIP • Pn. Norhayati bt Mohamad(K) • Pn.Norliza bt Abu Ahmad • Pn Intan NurIzzati Binti Fadhil • Pn Hasniza Binti Zainul • Pn.Jusnita bt Jamaluddin MAKANAN & MINUMAN GURU & WARIS • Pn. Norbayani bt Baharum (K) • Pn. Nurlina Binti Harun • Pn. Norhayati Binti Syafie • Pn. Nazahiyah bt Samsurrijal • Pn. Azlina Binti Awang SUMBANGAN CABUTAN BERTUAH • Pn.Haslinda bt Md.Saad (K) • Pn Siti Asmah Binti Nor • Pn Azwin Farazahida Binti Ismail • Pn. Norazmin Syuhada Binti Mat Desa • Pn.Norhidayah Binti Abdullah • Pn. Nur Husnayati Binti Ibrahim PENCATAT MESYUARAT AGUNG PIBG • Pn. Suraya bt Yusoff (K) • Pn. Jamaliah bt Harun • Pn. Norhayati bt Ishak • Pn. Haliza Binti Mat Lin • Pn Hanidah Binti Aziz PA SISTEM/ LCD/ KOMPUTER • En. Muhammad Fahmi b. Azemi (K) • Pn. Mahfuzah bt. Othman JURUFOTO & DOKUMENTASI • Pn. Hartini bt Arjan (K) • Pn.Fatin Suhilah bt Awaluddin EDARAN BUKU PENYATA MESYUARAT • Pn. Hashanurmima bt Hashim (K) • Pn.Aminah bt Mansor • En. Mohd Fazli Bin Osman (AJK PIBG) • Pn. Siti Nur Basirah Binti Ismai l(AJK PIBG) • En.Khairolajmal Bin Ismail (AJK PIBG) • Pn. Rozaimah Binti Abu Bakar (AJK PIBG) • En. Mohamad Nasir Bin Dali (AJK PIBG)
7 AHLI JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU 2022/2023 PENASIHAT Puan Fazliyaton Binti Ahmad Suhaimi YANG DIPERTUA PIBG Encik Sharul Nizam Bin Ibrahim NAIB YANG DIPERTUA PIBG Encik Abdul Hamid Bin Hj Mohd Nor SETIAUSAHA Puan Zuliana Binti Ibrahim BENDAHARI Nur Isdawani Binti Hassan AHLI JAWATANKUASA ( WAKIL GURU ) Puan Norazmin Syuhada Binti Mat Desa Puan Haslinda Binti Saad Encik Muhamad Nor Bin Bakar Encik Mohamad Fahmi Bin Azemi Puan Hashanurmima Binti Hashim AHLI JAWATANKUASA ( WAKIL WARIS ) Encik Khairolajmal Bin Ismail Encik Mohamad Nasir Bin Dali Mohamad Fazli Bin Osman Puan Rozaimah Binti Abu Bakar JURU AUDIT Encik Salmezi Bin Mohamed (Wakil Guru) Puan Siti Kholijah Binti Osman ( Wakil Waris )
8 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK GUAR PERAHU KALI KE – 44 TAHUN 2022 Tarikh : 28 Mei 2022 (Sabtu) Masa : 9.15 pagi Tempat : Dewan Seri Tanjung,SKGP Kehadiran : 173 orang Agenda : 1. Ucapan YDP PIBG Mesyuarat mengambil maklum tentang perkara-perkara berikut : 1.1 Mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru dan waris. 1.2 Beliau berharap semua waris memberikan kerjasama untuk melancarkan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 2. Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar) Mesyuarat mengambil maklum tentang perkara-perkara berikut : 2.1 Mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan semua AJK PIBG, guru- guru dan semua waris yang hadir. 2.2 Mengucapkan terima kasih kepaada pihak Coop-Bank yang sudi hadir dan menyumbangkan hadiah untuk acara cabutan bertuah. 2.3 Memaklumkan bahawa kehadiran yang telah dibanci ialah sebanyak 180 orang. 2.4 Menyatakan tujuan Mesyuarat Agung dijalankan adalah kerana ingin berjumpa, berbincang serta mendapat persetujuan daripada ahli mesyuarat berkenaan dengan usul serta program PIBG yang akan dilaksanakan sepanjang tahun. 2.5 Menerangkan tentang peranan PIBG, tujuan-tujuan persatuan seperti yang terdapat di dalam Perlembagaan PIBG serta maksud surat Pekeliling Ikhtisas daripada Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyatakan pihak PIBG tidak boleh campur tangan dalam urusan pentadbiran sekolah serta pihak guru. 2.6 Memaklumkan bahawa kenderaan waris tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali ketika hujan lebat kerana ia merbahaya kepada murid-murid . 2.7 Berkenaan dengan tempat murid menunggu waris semasa pulang dari sekolah. Guru Besar dan YDP PIBG telah memohon dua khemah daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk kegunaan murid supaya mereka boleh berlindung daripada hujan dan panas. 2.8 Bagi menjawab persoalan tentang cara mengatasi isu buli di sekolah. Tuan Guru Besar menyatakan bahawa murid-murid perlu maklum kepada guru kelas atau mana-mana guru untuk tindakan selanjutnya.
9 2.9 Berkenaan tentang cadangan agar murid tahap 2 solat berjemaah dahulu di sekolah sebelum pulang ke rumah, Guru Besar menyatakan ia sukar dilaksanakan kerana surau kecil dan tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai. Hanya murid tahun 6 dan 5 yang mengikuti kelas tambahan MPDCA sahaja akan solat berjemaah di surau sebelum kelas tambahan bermula. 2.10 Semua maklumat penting tentang sekolah akan dimuatnaik ke dalam Group Telegram Komuniti SKGP . 3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke – 43 3.1 Puan Normazlenha Azma bt Ab Manaf (Setiausaha PIBG), membentangkan minit mesyuarat kali ke – 43 tahun 2021. 3.2 Beliau meminta waris meneliti minit mesyuarat yang dipaparkan di skrin atau flip book Mesyuarat Agung yang telah dimuatnaik ke dalam Group Telegram Komuniti SKGP. 3.3 Pengesahan minit mesyuarat Cadangan : Encik Rozman bin Abd Rahim Sokongan : Encik Muhammad Fahmi bin Azemi 4. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG 2021 4.1 Mesyuarat mengambil maklum aktiviti PIBG bagi sesi 2021 seperti di Lampiran A. 5. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan 2021 5.1 Puan Azwin Farazahida bt Ismail (Bendahari PIBG), membentangkan penyata kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2021 seperti di Lampiran B. 5.2 Pengesahan penyata kewangan Cadangan : Encik Mohamad Mahran bin Mohd Aini Sokongan : Puan Suraya bt Yusuf 6. Pembahasan Usul 6.1 Mencadangkan pihak PIBG melaksanakan beberapa program untuk menambah dana PIBG. Pencadang : Encik Mohamad Nor bin Bakar Penyokong : Encik Fazli bin Osman Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menjalankan beberapa program untuk menambah dana PIBG. Tindakan : YDP PIBG 6.2 Kutipan Sumbangan PIBG Kutipan Sumbangan PIBG untuk satu keluarga berjumlah RM 30 dikekalkan. Pencadang : Puan Adilah bt Khosin Penyokong : Puan Norwida bt Ahmad Mesyuarat bersetuju sebulat suara kutipan sumbangan PIBG pada tahun 2022 kekal sebanyak RM 30 untuk satu keluarga. Mesyuarat juga bersetuju untuk menyediakan tabung khas PIBG di sekolah supaya murid/waris boleh memberi derma untuk membantu menambah dana PIBG. Tindakan : Bendahari PIBG
10 6.3 Cadangan untuk mengadakan Lawatan Sambil Belajar untuk murid-murid Pencadang : Puan Suraya bt Yusuf Penyokong : Encik Muhammad Fahmi bin Azemi Mesyuarat bersetuju untuk pihak sekolah melaksanakan program lawatan sambil belajar bagi memberi pendedahan serta pengalaman luar bilik darjah kepada murid. Tindakan : Guru Besar 6.4 Cadangan mengadakan Surauton bagi mengumpul dana surau SKGP. Pencadang : Puan Rozilawati binti Salleh Penyokong : Encik Mohammad Nasir bin Dali Mesyuarat bersetuju untuk menjalankan program Surauton atau aktiviti yang sesuai untuk menambah dana surau SKGP. Dana berkaitan akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti Imarah Surau termasuklah penyelenggaraan. Tindakan : YDP PIBG 6.5 Cadangan pembinaan bumbung tempat murid menunggu waris di Pintu Pagar Padang. Pencadang : Encik Mohamad Nasir bin Dali Penyokong : Encik Muhammad Syukur 6.5.1 Mesyuarat bersetuju dengan pindaan untuk mendirikan khemah sementara tempat murid menunggu waris. Bagi pembinaan pondok berbumbung tidak boleh dijalankan tanpa kebenaran pihak PPD dan JPN kerana ianya melibatkan struktur. 6.5.2 Sekiranya ada penyumbang pihak sekolah akan memohon kebenaran daripada pihak PPD dan JPN dahulu sebelum pembinaan dilaksanakan. 6.5.3 Mesyuarat juga mengambil maklum tanggungjawab waris yang mengambil anak supaya tidak parkir kenderaan berhampiran dengan sekolah kerana ianya melibatkan keselamatan murid. Tindakan : YDP PIBG 7. Pembubaran AJK PIBG 2021 dan Perlantikan AJK PIBG 2022 7.1 Mesyuarat bersetuju melantik AJK PIBG 2022 seperti berikut : YDP : Encik Sharul Nizam bin Ibrahim NYDP : Encik Abdul Hamid bin Hj.Mohd Noor Setiausaha : Puan Zuliana binti Ibrahim Bendahari : Puan Nur Isdawani binti Hassan AJK Guru : Encik Mohammad Fahmi bin azemi Encik Muhamad Nor bin Bakar Puan Hashanurmima bt Hashim Puan Norazmin Syuhada bt Mat Desa Puan Haslinda bt Md. Saad
11 AJK Waris : Encik Khairolajman bin Ismail Encik Mohammad Nasir bin Dali Encik Mohd Fazli bin Osman Puan Rozaimah bt Abu Bakar Puan Siti Nur Basirah Juru Audit : Puan Siti Kholijah bt Osman (Waris) Encik Salmezi bin Mohamed (Guru) Tindakan : Untuk makluman 7.2 Sehubungan dengan itu, berikut merupakan penandatangan cek bagi akaun PIBG SK Guar Perahu: 7.3 Mandat tandatangan adalah dua daripada tiga penama di atas. Bendahari merupakan penandatangan wajib. 8. Hal-hal Lain Mesyuarat menerima maklum perkara-perkara berikut : 8.1 Bagi menjawab cadangan waris untuk mengadakan kelas tambahan kepada murid-murid tahap 1 yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira, Encik Khairolajman bin Ismail selaku Pegawai SICS merangkap AJK PIBG, memaklumkan bahawa di sekolah telahpun diadakan Kelas Pemulihan untuk murid-murid yang berkenaan. Pihak sekolah perlu mohon kebenaran daripada pihak PPD untuk mengadakan kelas tambahan tersebut dan memerlukan pertimbangan daripada pelbagai aspek. Tindakan : Untuk makluman 9 Ucapan Penangguhan 9.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang lepas dan mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang telah terpilih bagi tahun 2022. 9.2 YDP PIBG 2021, Encik Sharul Nizam bin Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan dan kerjasama yang baik. Beliau berharap semua AJK yang baru dilantik dapat memberikan komitmen yang tinggi bagi kemajuan SKGP dan kejayaan anak-anak. Tindakan : Untuk makluman JAWATAN PENANDATANGAN Yang Di-Pertua SHARUL NIZAM BIN IBRAHIM NO KP : 780517 – 07 – 5217 Setiausaha ZULIANA BT IBRAHIM NO KP : 780919 – 09 – 5018 Bendahari NUR ISDAWANI BINTI HASSAN NO KP : 870804 – 02 – 5342
12 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 ditangguhkan pada jam 11.30 pagi Disediakan oleh Puan Zuliana bt Ibrahim Setiausaha PIBG SK Guar Perahu
13 CADANGAN DAN USUL PIBG 1. Mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan tempat bagi waris menunggu anak ketika menjemput anak waktu pulang dari sekolah. Pencadang : Abdul Fatah Bin Musa 2. Mencadangkan agar buku teks dan buku aktiviti dibawa balik supaya waris dapat memantau pembelajaran murid serta kebolehan anak. Pencadang : Siti Nor Marlina Binti Othman. 3. Mencadangkan agar pihak sekolah sentiasa memastikan agar tandas berada di dalam keadaan yang bersih, tidak rosak demi memastikan murid selesa ketika menggunakan tandas. Pencadang: Mohamad Zohairi Saad 4. Mencadangkan agar menyelaraskan waktu pulang murid bagi tahap 1 dan tahap 2, serta mengurangkan harga buku sekolah yang dijual oleh kedai buku. Pencadang :Ashraf Bin Hassan. 5. Mencadangkan agar sekolah mengambil inisiatif bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas terutamanya pada hari isnin dan jumaat. Pencadang: Nordiana Binti Abdullah Pencadang: Hazwani binti Zakaria 6. Mencadangkan agar setiap kelas mempunyai loker atau almari bagi tujuan menyimpan buku- buku yang ditinggalkan oleh murid selepas waktu balik. Pencadang: Nur Aini Farhana Binti Rosli 7. Mencadangkan penambahan bilangan kipas dinding di dewan Seri Tanjung bagi kemudahan pelajar terutamanya ketika program dijalankan di dewan. Pencadang: Norazmin Syuhada Binti Mat Desa 8. Mencadangan pihak sekolah memaklumkan tentang sistem Pemarkahan UASA bagi sesi 2022/2023 yang belum diterima. Pencadang: Shakirah Binti Ahmad 9. Mencadangkan agar barang keperluan seperi kemudahan barang keperluan sekolah terutamanya pakaian sukan sekolah sentiasa mempunyai stokdari awal sesi sehingga akhir sesi persekolahan bagi memudahkan urusan murid membeli. Pencadang: Khairul Azmi Bin Abdul Rahman. 10. Mencadangkan kutipan sumbangan dana PIBG RM 30.00 satu keluarga. Pencadang: Hasnah Hussain
14 PROGRAM ANJURAN SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU BIL UNIT AKTIVITI 1 Kurikulum Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2 HEM Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 3 HEM Majlis dermasiswa daripada Tuan Yang Terutama kepada murid B-40 Sekolah Kebangsaan Guar perahu 4 Kokurikulum Bazaria Glorious
15
16 AHLI JAWATAN KUASA PIBG SESI 2023
17 Jawatan Nama No. Telefon Yang Dipertua : .................................................... ........................... Naib Yang Dipertua : .................................................... ........................... Setiausaha : .................................................... ........................... Bendahari : .................................................... ........................... Ahli Jawatankuasa : Wakil Guru 1. .................................................... ........................... 2. .................................................... ........................... 3. .................................................... ........................... 4. .................................................... ........................... 5. .................................................... ........................... Ahli-ahli Jawatankuasa : Wakil Ibubapa/Waris 1. .................................................... ........................... 2. .................................................... ........................... 3. .................................................... ........................... 4. .................................................... ........................... 5. .................................................... ........................... Juru Audit : 1. .................................................... ........................... 2. .................................................... ...........................
18 PENGHARGAAN Jawatankuasa Mesyuarat Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada individu dan kumpulan yang mencurahkan tenaga, buah fikiran secara langsung dan tidak langsung bagi melancarkan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Guar Perahu kali ke-45. Tidak dilupakan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada : Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Perahu Yang Di Pertua PIBG Sekolah kebangsaan Guar Perahu sesi 2022/2023 AJK Induk Persatuan Ibu Bapa dan Guru Guru-guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Guar Perahu Para waris/ penjaga / ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan Guar Perahu Hanya Allah S.W.T sahaja yang akan membalas budi dan jasa baik tuan/puan sekalian. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T Yang lemah itu datangnya dari kelemahan hambaNya. Terima kasih daun keladi Tahun hadapan berjumpa lagi