The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FLIPBOOK BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 1 (BAHASA MELAYU KUNO)
by Musliha, Farah, Syazana (utem sem1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by musliha, 2023-09-28 07:40:05

FLIPBOOK BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 1 (BAHASA MELAYU KUNO) by Musliha, Farah, Syazana

FLIPBOOK BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 1 (BAHASA MELAYU KUNO)
by Musliha, Farah, Syazana (utem sem1)

M U S L I H A - F A R A H - S Y A Z A N A B A H A S A M E L A Y U S T P M P E N G G A L 1 B A H A S A M E L A Y U K U N O U T E M S 1


Oleh sebab kertas belum lagi digunakan untuk menulis, kewujudan bahasa melayu kuno hanya dapat dikesan pada prasasti atau pada batu-batu bersurat. KONSEP BAHASA MELAYU KUNO Bahasa melayu kuno bermula pada abad ke-4 masihi berdasarkan penemuan sebuah prasasti berbahasa melayu di Dong Yen Chau, di Teluk Tourane, Vietnam. Di Nusantara pula, beberapa buah prasasti atau batu bersurat telah ditemukan di Sumatera dan di Jawa antara abad ke-7 hingga abad ke-13, iaitu pada zaman pemerintahan kerajaan Sriwijaya. Tulisan yang digunakan pada batu bersurat kebanyakannya berasal dari India, iaitu tulisan Devanagari, Palava, Jawa Kuno, Kawi, dan lainlain.


CIRI BAHASA MELAYU KUNO Ciri bahasa Melayu Kuno dapat dilihat berdasarkan tulisan yang terdapat pada batu bersurat dengan memfokuskan tiga aspek penting, iaitu: KOSA KATA SISTEM TULISAN MORFOLOGI DAN EJAAN


SISTEM TULISAN DAN EJAAN 2. Tulisan Kawi pada peringkat awalnya ditulis pada daun lontar dan kemudiannya digunakan untuk menulis pada batu. Tulisan ini digunakan pada batu bersurat di Joreng dan di Padang Lawas yang terletak di Tapanuli, Sumatera Utara. 1. Tulisan yang terdapat di Nusantara ketika itu ialah tulisan Rencong yang dikesan di daerah Sumatera Selatan, iaitu di Palembang, di Bangkahulu, dan di Lampung. 3. Selain itu, tulisan Nagiri yang berasal dari utara India digunakan pada batu bersurat yang ditemukan di Gandasuli.


4. Bahasa Melayu Kuno menggunakan tulisan Palava. Tulisan ini berasal dari India selatan dan digunakan untuk menulis kitab dalam bahasa Sanskrit untuk penyebaran agama Hindu. 5. Terdapat dua jenis tulisan Palava, iaitu Palava Awal dan Palava Kemudian. Perbezaannya ialah aksara Palava Awal ditulis besar-besar, manakala Palava Kemudian menggunakan aksara yang sama tinggi, seolah-olah ditulis di antara dua garisan lurus. Dari aspek yang lain pula, aksara Palava Kemudian tidak lagi menonjolkan “ekor” yang terjulur di bawah garis dasar.


6. Perbezaan ejaan bagi sesuatu perkataan antara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu moden adalah seperti yang berikut: Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden wulan wala watu wuluh riwu tuwa bulan bala (tentera) batu buluh ribu tuba (i) Konsonan w dalam bahasa Melayu kuno menjadi konsonan b dalam bahasa Melayu moden.


(ii) Vokal e pepet tidak digunakan dalam bahasa Melayu kuno;,sama ada dihilangkan atau digantikan oleh vokal a. Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden dngan/dangan lapas wanua dengan lepas benua (iii) Konsonan n dalam bahasa Melayu kuno menjadi ny dalam bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden dalamna mulana wuahna dalamnya mulanya buahnya


(iv) Dalam bahasa Melayu kuno, konsonan yang diucapkan dengan aspirasi atau hembusan banyak digunakan, misalnya bh, dh, kh, ph, th, dan lain-lain. Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden bhumi dhuka phala sukhacita tathapi bumi duka pahala sukacita tetapi (v) Perubahan vokal secara yang tidak tekal berlaku dalam bahasa Melayu kuno, misalnya vokal u berubah menjadi vokal o. Contohnya perkataan uram (bahasa Melayu kuno) berubah menjadi orang (bahasa Melayu moden. Namun begitu, vokal u pada suku kata akhir tertutup tidak pula berubah menjadi bagi perkataan wunuh dan wuluh tidak berubah.


(vi) Dalam sesetengah perkataan, konsonan h dalam bahasa Melayu kuno telah ditiadakan dalam bahasa Melayu modennya. Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden haur sahaya samuha tuha aur saya semua tua (vii) Fonem /m/ dalam bahasa Melayu kuno sama dengan /ng/ dalam bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden yam datam yang datang


MORFOLOGI Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden Bahasa melayu juga memperlihatkan perbezaan dari segi morfologi dengan bahasa melayu moden marlari marlepas marwuat berlari berlepas berbuat


MORFOLOGI Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden Awalan ni- dalam bahasa Melayu kuno menjadi di- dalam bahasa melayu moden Awalan par- dalam bahasa Melayu kuno menjadi ber- dalam bahasa melayu moden nimakan nisuruh nitanam niwuat niwunuh dimakan disuruh ditanam dibuat dibunuh parwuat perbuat


MORFOLOGI Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden manwuat manglari mawawa membuat melalarikan membawa makagila makasakti wuata datua menjadi gila menjadi sakti perbuatan datu Awalan kata kerja aktif transitif maN- bahasa Melayu kuno menjadi meN- dalam bahasa melayu moden Awalan maka- dan akhiran -a dalam bahasa Melayu kuno tidak lagi duganakan dalam bahasa melayu moden


MORFOLOGI Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden Akhiran -i dalam bahasa Melayu kuno sama seperti dalam bahasa melayu moden dan boleh hadir dengan awalan kata kerja aktif atau kata kerja pasif. Awalan sa- dalam bahasa melayu kuno sama dengan awalan se- dalam bahasa Melayu moden. Manghidup niujari menghidupi diujari sa- (riwu) sa-(pulu) se(ribu) se(puluh)


KOSA KATA KAATTAA bahasa sanskrit merupakan bahasa kelas atasan dan mempunyai tamadun yang tinggi Bahasa sanskrit merupakan bahasa agama Hindu yang banyak dianuti masyarakat ketika itu bahasa Melayu kuno kekurangan kosa kata untuk mengungkapkan sesuatu konsep i. Bahasa melayu kuno banyak menerima pengaruh bahasa sanskrit ,terutama dari segi kosa kata. Antara faktornya ialah


Banyak kosa kata yang berasal daripada bahasa sanskrit telah berserap ke dalam bahasa melayu,terutama yang berkaitan dengan nama bahagian tubuh badan,barang-barang perdagangan,alat perkakas,nama binatang,tumbuh tumbuhan,senjata,perkataan yang berkaitan dengan keagamaan,ilmu pengetahuan dan lain-lain. KOSA KATA


KOSA KATA Bahagian tubuh badan (bahu,kepala,rupa) Binatang (Gajah,singa,angsa) Alat perkakas (jala,penjara,kesturi) Tumbuh-tumbuhan (Biji,delima,kasturi) Barang perdagangan (neraca,kedai,kodi) Ilmu pengetahuan (guru,bahasa,sastera) Senjata (Cemeti) Perkataan keagamaan (puasa,Syurga,dosa)


Terdapat perkataan daripada bahasa melayu yang masih digunakan dengan bentuk dan makna yang sama Terdapat juga perkataan daripada bahasa melayu kuno tidak lagi digunakan dalam bahasa melayu moden.contohnya. Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden dhawa inan parlak sarak tuwi terlalu atau sangat itu kebun memisahkan diri dengan Anggota, bangsa, cerita, gergaji, istana, jiwa, laksamana, negara, perdana, putera, sastera, seteru, teratai, seni.


1.2.3 BAHAN BUKTI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KUNO 1 3 5 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KUNO DAPAT DIBUKTIKAN DENGAN PENEMUAN BATU BERSURAT DI: 2 4 KEDUKAN BUKIT,PALEMBANG, 683M TALANG TUWO, DEKAT PALEMBANG, 684M KOTA KAPUR,PULAU BANGKA, 686M KARANG BRAHI,MERINGIN,DAERAH HULU JAMBI,686M GANDASULI, DAERAH KEDU,JAWA TENGAH,832M


BATU BERSURAT DI KEDUDUKAN BUKIT,PALEMBANG BATU BERSURAT INI DITEMUKAN -DI KAKI BUKIT SIGUNTANG -BERTARIKH 683M -BATU BERSURAT TERSEBUT MERUPAKAN BUKTI TERAWAL PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KUNO DALAM BENTUK TULISAN KANDUNGANNYA ADALAH MENGENAI KISAH PELAYARAN SEORANG RAJA BERSAMA DENGAN 20,000 ORANG TENTERA UNTUK MENDAPATKANKUASA SAKTI AGAR KERAJAAN SRIWIJAYA MEMPEROLEH KEMAKMURAN -TULISAN PADA BATU BERSURAT INI MENGGUNAKAN HURUF PALAVA YANG BERASAL DARI INDIA SELATAN


BATU BERSURAT DI TALANG TUWO,DEKAT PALEMBANG -DI TALANG TUWO,IAITU DI BAHAGIAN BARAT PALEMBANG INI BATU BERSURAT YANG DITEMUKAN -BERTARIKH 684M -TULISAN PADA BATU BERSURAT INI MENGGUNAKAN HURUF PALAVA -KANDUNGANNYA ADALAH TENTANG PEMBINAAN SEBUAH TAMAN OLEH RAJA JAYANASA DENGAN HARAPAN TINDAKAN BAGINDA ITU DAPAT MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN KEPADA SEMUA MAKHLUK -TURUT TERKANDUNG DALAM TULISAN PADA BATU BERSURAT ITU IALAH DOA AGAR RAKYAT JELATA MEMPEROLEH HASIL TANAMAN DAN TERNAKAN YANG BANYAK DAN HIDUP BAHAGIA


BATU BERSURAT DI KOTA KAPUR,PULAU BANGKA -BATU BERSURAT INI DITEMUKAN PADA TAHUN 686M DI KOTA KAPUR,IAITU SEBUAH PEKAN DI PULAU BANGKA -TULISAN PADA BATU BERSURAT INI, IAITU 10 BARIS AYAT DITULIS DENGAN MENGGUNAKAN HURUF PALAVA -KANDUNGANNYA MENYERU DEWA DAN MAKHLUKMAKHLUK TINGGI YANG LAIN AGAR MELINDUNGI KERAJAAN SRIWIJAYA -TULISAN PADA BATU ITU JUGA MENYERU DEWA DAN MAKHLUKMAKHLUK TINGGI YANG LAIN AGAR MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN KEPADA SESIAPA YANG MENGABDIKAN DIRI KEPADA KERAJAAN SRIWIJAYA DAN MENGUTUK SESIAPA YANG TIDAK SETIA KEPADA SRIWIJAYA


BATU BERSURAT DI KARANG BRAHI,MERINGIN,DAERAH HULU JAMBI -BATU BERSURAT YANG DITEMUKAN DI KARANG BRAHI,MERINGIN DALAM DAERAH HULU JAMBI INI BERTARIKH 686M -TULISAN PADA BATU BERSURAT INI JUGA MENGGUNAKAN HURUF PALAVA -KANDUNGANNYA HAMPIR MENYAMAI PETIKAN PADA BATU BERSURAT DI KOTA KAPUR


BATU BERSURAT DI GANDASULI,DAERAH KEDU -BATU BERSURAT YANG DITEMUKAN DI GANDASULI,KEDU,JAWA TENGAH INI BERTARIKH 832M -TULISAN PADA BATU BERSURAT INI MENGGUNAKAN HURUF NAGIRI YANG BERASAL DARI UTARA INDIA -BATU BERSURAT INI MEMBERIKAN GAMBARAN BAHAWA BAHASA MELAYU KUNO BUKAN SAHAJA TERSEBAR DI KAWASAN YANG MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU(SUMATERA) TETAPI JUGA DI KAWASAN YANG PENDUDUKNYA MENGGUNAKAN BAHASA JAWA KHUSUSNYA DI PULAU JAWA


1.BM KUNO TELAH TERSEBAR LUAS DAN BERFUNGSI SEBAGAI LINGUA FRANCA 2.KEBANYAKAN BATU BERSURAT DITULIS ATAS TITAH RAJA.SECARA TIDAK LANGSUNG,SITUASI INI MENJADI BUKTI BAHAWA BM KUNO MENJADI BAHASA RASMI DAN BAHASA URUSAN PEMERINTAHAN DI ISTANA KESIMPULAN YANG DAPAT DIBUAT BERDASARKAN PENEMUAN DAN MAKLUMAT YANG TERDAPAT PADA BATU BERSURAT DI ATAS ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT: -BM KUNO JUGA BERFUNGSI SEBAGAI BAHASA KEBUDAYAAN DAN KESUSASTERAAN


3.BM KUNO BERSIFAT KOSMOPOLITAN,IAITU MENERIMA PENGARUH DARI LUAR,KHUSUSNYA DARIPADA BAHASA SANSKRIT 4.BM KUNO SUDAH MEMPUNYAI SISTEM TULISAN YANG DIPINJAM DARIPADA BAHASA ASING,IAITU DARIPADA BAHASA SANSKRIT 5.BM KUNO MENGALAMI PERKEMBANGAN PESAT PADA ZAMAN KERAJAAN SRIWIJAYA,TERUTAMANYA PADA TAHUN 1300-AN HINGGA 1400-AN 6.WALAUPUN BM KUNO MENERIMA PENGARUH BAHASA LAIN,SIFAT ASALNYA MASIH WUJUD HINGGA HARI INI,KHUSUSNYA DARI SEGI SUKU KATA DAN SISTEM IMBUHANNYA


Click to View FlipBook Version