The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norellianaliana, 2021-09-16 11:09:56

MALAYSIA TANAH AIRKU

BUKU SKRAP KEMERDEKAAN

Kamus Dewan - maksud bebas

(daripada penjajahan, kurungan,

naungan dan lain-lain), lepas

(daripada tebusan, tuntutan),

berdiri sendiri dan tidak

bergantung pada yang lain.

Wikipedia -merdeka

(independence) ialah berkaitan

dengan kedaultan sesebuah

bangsa dan negara dengan

pemerintahan yang tiada

campur tangan pihak luar

Bertempat di Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur

27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama
dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada
Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu,
3 wakil Cina dan 2 wakil India.
18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957
sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang
Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk
mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan i su pemberontakan komunis.
Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng,
Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan
Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda
negara mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957 Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium
Merdeka, Kuala Lumpur.

PENUBUHAN MALAYSIA
16 SEPTEMBER 1963

PENGUMUMAN: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengadakan
sidang akhbar di kediaman rasmi beliau pada 6 Julai, 1963 bagi
mengumumkan keberangkatan ke London untuk menghadiri majlis
menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia. - Sumber Arkib
Negara

TANGGAL 16 September 1963, maka lahirlah sebuah negara baharu bernama Malaysia. Ia merupakan
detik paling bersejarah yang memperlihatkan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah,
Sarawak dan Singapura.
Penyatuan itu bermula selepas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
mencadangkannya pada 27 Mei, 1961 disusuli Mesyuarat Persatuan Parlimen KOMANWEL Cawangan
Tanah Melayu di Singapura pada 23 Julai yang memutuskan penubuhan Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia yang dipengerusikan Tun Mohammad Fuad Stephens.
Penyatuan dan kerjasama kerjasama itu perlu diadakan terutamanya untuk menyekat pengaruh
komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau.
Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang
memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu, gagasan ini bertujuan
mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses

kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.

PENUBUHAN MALAYSIA
16 SEPTEMBER 1963

MESYUARAT: Ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
bermesyuarat di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur pada 6 dan
7 Januari 1962. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada bulan Julai 1961 dengan tujuan
memberi penerangan kepada penduduk Borneo Utara, Sarawak dan Brunei
mengenai penubuhan Malaysia. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang ketiga. -
Sumber Arkib Negara

PENUBUHAN MALAYSIA
16 SEPTEMBER 1963

PENUBUHAN MALAYSIA
16 SEPTEMBER 1963

PENUBUHAN MALAYSIA
16 SEPTEMBER 1963

PENUBUHAN MALAYSIA
16 SEPTEMBER 1963

PENUBUHAN MALAYSIA
16 SEPTEMBER 1963

DETIK BERSEJARAH: Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj melaungkan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali
diselang seli laungan rakyat yang hadir selepas
tamat membaca pemasyhuran Malaysia pada 17
September, 1963. - Sumber Arkib Negara



Ia bermula pada 29 November 1949 apabila diadakan pertandingan mencipta bendera
peringkat kebangsaan.

Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek kerajaan Johor)
dipilih sebagai pemenang dan buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu
telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950.

Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Bendera Persekutuan Tanah Melayu
telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam
Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 31 Ogos 1997, sekali lagi sejarah bendera terukir apabila Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

Penghasilan bendera yang diilhamkan oleh penciptanya, Mohamad Hamzah dibuat dengan
jiwa yang penuh semangat nasionalisme.

Maka, setiap lambang dan warnanya yang digunakan menonjolkan maksud tertentu.

• Bahagian berwarna biru tua bermaksud perpaduan yang merupakan elemen paling
penting bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

• Warna kuning pula bermaksud Raja Berpelembagaan.
• Merah membawa maksud keberanian.
• Manakala putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi

meningkatkan dan mempertahankan kebudayaan dan keperibadian Malaysia.





Rukun Negara diperkenalkan susulan peristiwa 13 Mei 1969 adalah untuk
membentuk perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia. Peristiwa
hitam ini telah menjadi titik temu bagi semua kaum supaya saling mengikat tali
perpaduan dan semangat muhibah dengan menyemai prinsip Rukun Negara
dalam setiap sanubari kita. Oleh itu, aspek perpaduan adalah elemen
terpenting dalam Rukun Negara. Rukun Negara juga merupakan ideologi
kebangsaan yang perlu didukung semua lapisan masyarakat tanpa batasan
kaum, adat resam dan anutan agama

Sebagai warganegara Malaysia, kita sewajarnya menerapkan kelima-lima prinsip
Rukun Negara dalam kehidupan seharian kita demi kesejahteraan Malaysia.
Jadikanlah perpaduan sebagai suatu kebiasaan. Sematkan perpaduan sentiasa
di hati kerana dari hatilah kita akan menzahirkannya dalam setiap tindakan
sekali gus boleh menyatukan kita semua tanpa mengira jurang agama, bangsa
dan budaya

'Malaysia Prihatin'
'Together We Excel'














Click to View FlipBook Version